Dipersilakan kepada pengabdian untuk
MENYERAHKAN DIRI DENGAN SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH (ISLAM)

Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet



Apendik 25

End Of The World

(Allah) sahajalah yang Maha Mengetahui bagi masa depan; Dia tidak akan mengizinkan sesiapa pun mendedahkan ilmu pengetahuan yang sedemikian. Hanyalah kepada rasul yang Dia pilih,* akan Dia terangkan tentang masa lampau dan masa hadapan, dengan berita berita yang telah ditentukan.* [72:27]


Diantara tugas tugas yang diberikan kepadaku sebagai Rasul Allah yang dijanjikan adalah untuk memberitahukan tentang akhirnya dunia. Kami pelajari dari 18:7-8 dan 69:13-15 bahwa dunia ini akan berakhir. Bumi baru dan sekelian cekrawala yang baru akan mengganti sekelian cekrawala dan bumi yang ada sekarang ini (14:48).

Tanda Tanda Hampir Akhirnya Dunia

Quran telah memberikan banyak tanda tanda, dan menyatakan cara tertentu untuk memberitahukan akhirnya dunia yang telah diberikan (47:18). Tanda tanda yang telah diberikan didalam Quran termasuk:
1.
Terbelahnya bulan : Ini telah pun berlaku pada bulan June 1969 apabila kita mendarat dibulan dan membawa balik batu batu dari bulan. Manusia dibumi bolehlahmenziarahi dibeberapa museum, kolej kolej dan menyaksikan kepingan kepingan batu batu dari bulan.


2.
Pertemuan Quran kod matematika yang berasaskan 19 (74:30-37): Telah temui pada 1969-1974.

3.
Makhluk (27:82): "Yang diperbuat dari bumi, ianya akan menyedarkan manusia yang mereka itu tidak sedar kepada Pencipta mereka." Makhluk, yang diciptakan dari bumi telah muncul dan telah dipergunakan untuk membuka kod yang berangka didalam Quran, dan mengumumkan bahwa dunia ini telah tidak mengambil peduli dengan mesej Allah; makhluknya adalah komputer. Perhatikan bahwa digit bagi 27:82 apabila dicampur menjadikan 19.


4. Munculnya Rasul Allah yang Dijanjikan (3:81):
Penjelasannya diAppendik 2, rasul yang menyatukan, yang telah diramalkan didalam Quran, datang sesudah semua para nabi telah menyampaikan kitab kitab, untuk menyuci dan menyatukan. Ramalan ini telah disahkan pada bulan Ramadan 1408.



5.
Asap(44:10): berlaku selepas Rasul Allah yang dijanjikan menyampaikan mesej penyatuan dan mengumumkan Islam (Penyerahan diri kepada Allah Sahaja) hanyalah agama yang diterima oleh Allah.



6. Ya'juj dan Ma'juj: Mereka akan muncul sekali lagi, mengikut perancangan Allah, pada tahun 1700 AH (2271 AD). Ya'juj dan Ma'juj telah disebutkan diayat 18:94 dan 21:96. Jika kamu kira ayat ayat dari 18:94 hingga akhir surah 18, kamu akan mendapat 17. Jika kamu kira ayat ayat dari 21:96 hingga akhir Surah 21, kamu akan juga mendapat 17. Ini adalah tanda dari Quran yang Ya'juj dan Ma'juj akan muncul sekali lagi pada 1700 AH.

Ianya Tidak Akan Tetap Tersembunyi [20:15]

Ayat 15 surah 20 memberitahukan kita yang akhirnya dunia akan diperlihatkan oleh Allah sebelum ianya berlaku, dan Surah 15, Ayat 87, memberikan masa yang:

Kami telah memberi kamu tujuh pasang, dan Quran yang besar. [15:87]

Tujuh pasang adalah 14 huruf huruf permulaan didalam Quran. Total nilai gematrikal untuk tunggak tunggak yang nyata bagi mukjizat Quran yang merujuk kepada tahun bagi akhirnya dunia. Perlu diperhatikan bahwa Ayat 85 Surah 15 menyatakan:

"Akhirnya dunia tentunya akan mendatang."

Ayat yang lain, 15:86, memberitahukan kita yang Allah adalah Pencipta dunia ini, dan tentu sekali, Dia tahu bilakah tamatnya. Ayat yang berikut,15:87, menyatakan kepada kita bilakah dunia akan berakhir. Sebagaimana yang telah ditunjukkan diRajah 1, nilai gematrikal "Tujuh pasang" bagi "huruf huruf permulaan didalam Quran berjumlah 1709 (lihat Rajah 1 diAppendik 1). Mengikut ayat 15:87 dunia akan bertahan pada 1709 tahun qamari dari masa terjadinya ramalan ini yang telah dinyatakan didalam Quran. Ini bermakna yang dunia akan berakhir dalam tahun 1710 AH. Nombor ini boleh dibahagikan dengan 19; 1710 = 19x90.

Rajah 1: Total Nilai Gematrikal bagi "Tujuh pasang" bagi Huruf huruf permulaan didalam Quran.

H.H.P dalam
Quran
Nilai Gematrikal
1. Q 100
2. N 50
3. S (Saad) 90
4. H.M. 48
5. Y.S. 70
6. T.H. 14
7. T.S. 69
8. A.L.M. 71
9. A.L.R. 231
10. T.S.M. 109
11. `A.S.Q. 230
12. A.L.M.S. 161
13. A.L.M.R. 271
14. K.H.Y.`A.S. 195
                     = 1709

Dengan terbukanya maklumat yang telah mengambil tempat ditahun AH, 309 tahun sebelum ramalan tentang akhirnya dunia (1709-1400=309). Nombor 309 telah berhubungkait dengan akhirnya dunia (18:21). Kepelikan cara penulisan bagi 309 diayat 18:25, adalah "Tiga ratus tahun, ditambahkan dengan sembilan," menunjukkan yang 309 adalah tahun qamari. Perbezaan diantara 300 tahun suria dan 300 tahun qamari adalah 9 tahun.

Tahun penemuan ini, 1400 AH, bersamaan dengan 1980 AD, dan 1980 dicampurkan dengan 300 tahun suria adalah 2280, juga boleh dibahagikan dengan 19, 19x120. Lantas, dunia akan berakhir pada 1710 AH, 19x90, yang mana bersamaan dengan 2280 AD, 19x120. Bagi orang orang ingkar yang tidak mahu menerima bukti dari Quran yang terkuat ini, akhirnya dunia akan datang kepada mereka dengan tiba tiba (6:31, 44, 47; 7:95, 187; 12:107; 21:40, 22:55; 26:202; 29:53; 39:55; 43:66; dan 47:180.

Sementara Hadis dilarang dari menjadikan sumber dalam ajaran agama (Apendik 19), ianya hanyalah baik untuk digunakan sebagai sumber sejarah. Kita boleh mendapat banyak usul yang memberikan maklumat berkenaan peristiwa berlaku didalam sejarah tentang adat dan tradisi dimasa masa lalu didalam pergolakan Islam. Buku buku hadis telah menunjukkan yang huruf huruf permulaan Quran dipercayai untuk menentukan jankau kehidupan kaum Islam.Tafsiran klasik oleh Al-Baydaawy mengesahkan sejarah berikutan dengan peristiwa yang dapat menceritakan tentang Huruf huruf permulaan Quran. Peristiwa sama yang diberikan penjelasannya oleh Al-Suyooty's ITQAAN, Cetakaan pertama, 1318 AH, Vol 2, Muka Surat 10:

Orang orang Yahudi Medinah datang kepada Nabi dan berkata, "Quranmu telah berhurufkan permulaan dengan A.L.M., dan huruf huruf permulaan ini menentukan jangkau kehidupan bagi agamamu. Oleh kerana 'A' adalah 1, 'L' adalah 30, dan 'M' adalah 40, ini bermakna yang agamamu akan bertahan hanya 71 tahun." Muhammad menjawab, "Kami juga mempunyai A.L.M.S." Mereka berkata, 'A' adalah 1, 'L' adalah 30, 'M' adalah 40, dan 'S' adalah 90. Ini dicampurkanmenjadi 161. Adakah kau mempunyai apa apa lagi?" Nabi menjawab, "Ya, A.L.M.R." Mereka berkata, "Bahkan ini lebih panjang dan lebih berat lagi, 'A' Adalah 1, 'L' adalah 30, 'M' adalah 40, dan 'R' adalah 200, menjadikan totalnya 271." Mereka akhirnya menyerah dengan berkata, "Kami tidak tahu berapa banyak huruf huruf permulaan ini yang dia berikan!" [Rujukan Al-Suyuty yang terkenal ITQAAN]

Walaupun pengisahan ini amatlah terkenal, banyak para cendikiawan Islam merasakan berat untuk menerima Huruf huruf permulaan Quran yang berhubungkait dengan kebenaran akhirnya dunia. Mereka tidak dapat untuk membawakan diri diri mereka supaya bersetuju dengan perkara ini kerana perkiraan ini dapat menunjukkan kebenaran akan akhirnya dunia dan kebenarannya adalah logik dan nyata.


info@submission.org

SUBMISSION.ORG
 



Copyright   Submission.org