Surah 9: Bara'ah
Memberikan Kata Putus. 1 - 127.

Tidak Ada Bismillah*

1. Allah dan rasulNya telah memberikan kata putus kepada orang orang ingkar yang mengadakan perjanjian dengan kamu.

2. Dari itu, jelajahlah dimuka bumi ini dengan bebasnya selama empat bulan, dan ketahuilah yang kamu tidak akan dapat terlepas dari Allah, kerana Allah yang menghina orang orang yang ingkar.


*9:1 Surah ini tidak ada Bismillah, bukan saja petanda yang nyata dari Allah yang Maha Kuat, bahkan telah didapatinya yang surah ini telah ditambahkan, dan juga merupakan mukjizat yang amat mengkagumkan. Lihat penerangannya didalam Appendik 24 & 29.


3. Pengumuman dari Allah dan rasulNya telah diisukan disini kepada semua manusia untuk menunaikan ibadah haji dihari yang besar, yang mana Allah tidak akan menerima orang orang yang menyekutukan (Allah), dan begitu juga dengan rasulNya. Lantas, jikalau kamu bertaubat itu adalah baik bagi kamu. Tetapi jika kamu berpaling, dan ketahuilah yang kamu tidak akan dapat terlepas dari Allah. Dijanjikan kepada orang orang yang ingkar itu, hukuman yang sangat menyakitkan.

4. Jika orang orang yang menyekutukan (Allah) itu menyain perjanjian damai kepada kamu, dan tidak mencabulinya, dan tidak juga bersepakat dengan yang lainnya untuk menentang kamu, maka bolehlah kamu memenuhi perjanjian mereka, sehingga tamat tempuhnya. Allah mencintai orang orang yang benar.

5. Selepas saja bulan bulan suci telah berlalu (dan mereka menolak untuk berdamai) maka bolehlah kamu membunuh orang orang yang menyekutukan itu bila saja kamu bertemu mereka, hukumlah mereka, dan tentanglah tiap tiap pergerakkan mereka. Jika mereka telah bertaubat dan Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), maka kamu mestilah membiarkan mereka pergi. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

6. Jika salah satu dari orang orang yang menyekutukan (Allah) itu meminta perlindungan dengan kamu, kamu mestilah memberikan perlindungan, supaya dia akan dapat mendengar perkataan Allah, lalu hantarlah dianya pulang ditempat keselamatannya. Itu kerana mereka adalah orang orang yang tidak faham.

7. Masakan boleh orang orang yang menyekutukan itu menuntut supaya diberikan sebarang jaminan oleh Allah dan juga dari rasulNya? Dikecualikan hanyalah orang orang yang telah sain perjanjian damai dengan kamu diMasjid Suci. Jika mereka menghormati dan memegang perjanjian demikian, kamu juga mestilah memegangnya. Allah cinta kepada orang orang yang benar.

8. Bagaimana boleh mereka (menuntutkan jaminan) sedangkan mereka tidak pernah memerhatikan hak perhubungan saudara diantara kamu dan mereka, dan tidak juga dengan sebarang perjanjian, sebaliknya jika mereka mendapat kesempatan untuk mengatasinya. Mereka akan cuba meredakan kamu hanya dengan berpura pura saja, sedangkan hati hati mereka bersama penentang kamu, dan kebanyakan dari mereka itu adalah orang orang yang zalim.

9. Mereka memperniagakan revelasi revelasi Allah dengan harga yang murah. Akibatnya, mereka menghalang manusia dari jalanNya. Malang sungguh apa yang telah mereka lakukan.

10. Mereka tidak pernah memerhatikan sebarang ikatan persaudaraan dengan orang orang yang percaya, dan mereka tidak juga memegang perjanjian perjanjian mereka; sesungguhnya merekalah orang orang yang benar benar melampaui batas.

Bertaubat: Pembersihan Roh.

11. Jika mereka bertaubat dan Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma wajib (Zakat), maka mereka adalah saudara kamu seagama. Lantas, kami terangkan revelasi revelasi kami kepada orang orang yang mengerti.

12. Jika mereka mencabuli sumpah sumpah mereka setelah berjanji untuk memegang perjanjian perjanjian dan menyerang agama kamu, maka bolehlah kamu berperang dengan ketua ketua kaum jahiliah itu - kamu tidak lagi terikat dengan perjanjian perjanjian dengan mereka supaya mereka dapat berhenti.

13. Tidakkah kamu mahu berperang dengan orang orang yang mencabuli persetujuan persetujuan mereka, dan cuba untuk menghapuskan rasul, dan merekalah yang mulakan peperangan pada mulanya? Adakah kamu takut kepada mereka? Allah sajalah yang sepatutnya ditakuti, jika kamu adalah orang orang yang percaya.

14. Kamu mestilah menentang mereka, kerana Allah akan menghukum mereka melalui tangan tangan kamu, dengan memalukan mereka, dan memberikan kamu kemenangan diatas mereka, dan menyejukkan dada dada orang orang yang percaya.

15. Dia juga akan menghilangkan kemarahan dihati hati orang orang yang percaya. Allah akan menyelamatkan sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Ujian Yang
Tidak Dapat Dielakkan.

16. Adakah kamu fikir yang kamu akan ditinggalkan bersedirian tanpa Allah membezakan orang orang diantara kamu yang berjuang, dan yang tidak pernah berhubungan dengan musuh musuh Allah, dan musuh musuh rasulNya, ataupun musuh musuh orang orang yang percaya? Allah Amat Mengawasi segala apa yang kamu lakukan.

17. Orang orang yang menyekutukan (Allah) itu tidaklah kerap kemasjid masjid Allah, sebaliknya mengakui keingkaran mereka. Inilah yang membatalkan segala pekerjaan pekerjaan mereka, dan mereka akan berkekalan diNeraka.

18. Orang orang yang kerap kemasjid masjid Allah itu adalah mereka yang percaya kepada   Allah dan Hari Akhirat, Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan memberikan derma yang wajib (Zakat), tidak takut sesiapapun selain Allah. Ini tentu sekali diantara orang orang yang dapat bimbingan.

Soalan Bagi Orang Orang Arab.

19. Adakah kamu beranggapan dengan menghulurkan bantuan air kepada para jama'ah yang menunaikan ibadah haji dan yang memelihara Masjid Suci itu sebagai gantian untuk orang orang yang percayakan Allah dan Hari Akhirat, dan juga berjuang dijalan Allah? mereka tidaklah sama pada sisi Allah. Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.

Berita Berita Baik.

20. Orang orang yang percaya, berhijrah, dan berjuang kejalan Allah dengan wang dan nyawa nyawa mereka, lebih jauh lagi tinggi kedudukannya disisi Allah. Inilah orang orang yang berjaya.

21. Tuhan mereka memberikan berita berita baik kepada mereka: belas kasih dan keredhaan dariNya, dengan taman taman dimana mereka menikmati kegembiraan dan kebahgian yang berkekalan.

22. Mereka akan sentiasa berada didalamnya. Sesungguhnya Allah mempunyai ganjaran yang besar.

Jika Kamu Dipaksa Untuk
Membuat Pilihan.

23. Wahai orang orang yang percaya, janganlah kamu berpihak berikatan dengan ibu bapa ibu bapa dan saudara saudara kandung kamu, jika mereka memilih untuk mengingkari daripada percaya. Sesiapa diantara kamu yang mengadakan berhubungan sedemikian, sungguhlah mereka itu dari orang orang yang melampaui batas.

Kriteria Yang Mustahak.

24. Umumkanlah: "Jika ibu bapa ibu bapa, anak anak, saudara saudara kandung, pasangan pasangan, keluarga, wang pendapatan, perniagaan yang kamu khuatirkan dan rumah rumah yang menggembirakan menjadi kecintaan kamu lebih dari Allah dan rasulNya,** daripada berjuang keranaNya, maka tunggulah sehingga Allah memberikan pengadilanNya." Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.


*9:24 Kemungkinan besar kekaguman ini ditentang oleh sebarang manusia sememangnya kebenaran bagi kepercayaan dan mengabdikan diri kepada Allah sahaja (12:103, 106), amatlah sukar sekali untuk melihat semua keluarga percaya. Lantas kebanyakan manusia terpaksa membuat pilihan: "Sama ada aku ataupun Allah dan rasulNya." Pilihan ini selalunya dinyatakan oleh pasangan yang percaya, supaya memilih sama ada kedua orang tua mereka, anak anak mereka dan dll. Konsistennya, orang orang yang percaya selalunya mengambil langkah yang betul. Ini adalah cubaan mandatori bagi semua orang orang yang percaya (29:2).

**9:24 Quran matematika menunjukkan bukti terutamanya kepada Rasul Allah yang dijanjikan. Dengan mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampur dengan nilai "khalifah" (725), Dan dicampurkan dengan nombor ayat (24), kita akan dapati 505+725+24=1254=19x66.


25. Allah telah memberikan kemenangan dalam kebanyakan keadaan. Tetapi pada hari Hunayin, kamu telah menjadi terlalu megah dengan bilangan yang besar. Akibatnya, ini tidakpun dapat menolong kamu sama sekali, dan bumi yang luas ini menjadi sempit disekeliling kamu, lantas kamu berpusing kebelakang dan lari.

26. Maka Allah turunkan rasa puas hati kepada rasul dan juga kepada orang orang yang percaya. dan Dia menurunkan tentera tentera yang ghaib; lantas Dia telah menghukum orang orang yang ingkar. Ini adalah pembalasan bagi orang orang yang ingkar.

27. Akkhirnya, Allah yang menyelamatkan sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya   Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

28. Wahai orang orang yang percaya, penyekutu penyekutu (Allah) itu telah tercemar; mereka tidak boleh dibiarkan berada diMasjid Suci selepas tahun ini. Jika kamu khuatir akan kehilangan pendapatan, Allah akan mencucuri rezekiNya kepada kamu, dengan mengikut kehendakNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

29. Kamu mestilah menentang kembali orang orang yang ingkar kepada Allah, Hari Akhirat, dan juga orang orang yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan rasulNya dan tidak juga mereka ini berkekalan dengan agama yang benar - diantara orang orang yang menerima kitab - sehingga mereka membayar cukai yang ditetapkan dengan rela ataupun tidak merelakan.

Kekufuran.

30. Orang orang Yahudi berkata, "Ezra adalah anak Allah," sementara orang orang Nasrani pula berkata, "Isa anak Allah!" Ini adalah kekufuran yang dilafazkan dari mulut mulut mereka, lantas kekufuran mereka itu serupa seperti orang orang dahulu yang telah mengkufurinya. Allah telah mengutuk mereka. Tentu sekali mereka itu telah menyeleweng.

Mengamalkan Ajaran
Dari Ketua Ketua Agama
Dan Bukan Dari Ajaran Allah.
 

31. Mereka telah menjadikan ketua ketua agama dan ulama' ulama' sebagai tuhan tuhan,* dan bukannya Allah. Yang lainnya mengingkari Al-Masih anak Maryam. Padahal mereka kesemuanya telah diperintahkan supaya menyembah hanya satu tuhan. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala kepujian bagiNya, jauh keatas dari mempunyai pasangan pasangan.

32. Mereka berkeinginan untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut mulut mereka, tetapi   Allah mahukan supaya disempurnakan cahayaNya, sekalipun orang orang yang ingkar itu mencubanya.


*9:31 Jika kamu menanyakan "Ulamak Islam" berkenaan menyembah Allah sahaja, dan hanya mendukung ayat ayat Allah sahaja, sebagaimana yang diajarkan didalam kitab yang terbukti ini, mereka akan menasihatkan kamu sebaliknya. Jika kamu menanyakan Pope berkenaan identiti Isa, mereka akan menasihatkan kamu supaya memegang ajaran triniti. Jika kamu ta'at kepada :Ulamak Islam" dimana nasihat mereka tidak secucuk dengan ajaran Quran (Allah) ataupun jika kamu mengambil nasihat dari Pope yang menasihatkan kamu ada tuhan selain Allah, kamu akan berakhir dengan menjadikan guru guru agama ini sebagai tuhan tuhan disamping Allah.


"Penyerahan Yang
Sepenuhnya (Kepada Allah)"
Telah Dipastikan
Untuk Mengatasi Kesemuanya.

33. Dia Sahajalah yang menghantarkan rasulNya* dengan petunjuk dan agama yang sebenar, dan akan menguasai kesemua agama, sekalipun adanya orang orang yang ingkar.

Berwapadalah
Dengan Orang Orang Yang
Profesional Dalam Keagamaan.

34. Wahai orang orang yang percaya, banyak ketua ketua agama dan pembicara pembicara yang mengambil wang manusia dengan cara yang haram, dan berpaling dari jalan Allah. Orang orang yang mengumpulkan emas dan perak, dan tidak membelanjakannya dijalan Allah, maka janjikanlah kepada mereka hukuman yang amat menyakitkan.

35. Harinya akan tiba apabila emas dan perak akan dipanaskan didalam api Neraka, dan digunakan untuk membakar dahi dahi mereka, disebelah kanan dan kiri, dan juga dibelakang mereka: "Inilah apa yang kamu kumpulkan untuk diri diri kamu, maka rasakan apa yang telah kamu kumpulkan."

Sistem Allah:
Dua Belas Bulan Dalam Setahun*

36. Perkiraan pada bulan bulan, bagi Allah adalah dua belas.* Ini telah dijadikan undang undang Allah, sejak pada hari yang Dia telah menciptakan sekelian cekrawala dan bumi. Empat daripadanya adalah suci. Ini adalah agama yang cukup sempurna; janganlah kamu menzalimi roh roh kamu (dengan berperang) pada Bulan Bulan Suci. Bagaimana pun, kamu bolehlah mengisytiharkan peperangan habis habisan untuk menentang orang orang yang ingkar (walaupun dimasa Bulan Bulan Suci), apabila mereka cuba untuk berperang habis habisan terhadap kamu, dan ketahuilah yang Allah akan bersama sama dengan orang orang yang benar.

Merubahkan Bulan Bulan Suci*

37. Merubahkan Bulan Bulan Suci adalah satu tanda keingkaran yang keterlaluan; ini akan menambahkan kesesatan kepada orang orang yang sememangnya sesat. Mereka berselang selikan bulan bulan Suci itu dengan bulan bulan biasa, sementara mengekalkan beberapa bulan bulan yang telah diabdikan oleh Allah. Dengan demikian mereka telah  melanggar apa yang Allah telah tetapkan. Segala kerja kerja jahat mereka itu telah dihiaskan baik pada mata mata mereka. Allah tidak akan membimbing orang orang yang ingkar.

38. Wahai orang orang yang percaya, apabila kamu telah disuruh, "Bersiap sedialah dijalan   Allah." Kenapa mestinya kamu menjadi terlalu sangat melekat kebumi? Adakah kamu memilih kehidupan didunia ini dari Akhirat? Kebendaan didunia ini jika dibandingkan dengan Akhirat, tidak ternilai langsung.


*9:33 Penyataan ini, huruf bagi huruf, terjadi disini dan didalam 61:9. Jika kita menulis nilai gematrikal "Rashad" (505) diikuti nilai "Khalifah" (725), diikuti pula dengan surah dan nombor ayat yang mana penyataan ini terjadi (9:33 & 61:9), kita akan mendapat 505725933619, dibahagikan dengan 19. Ini telah membuktikan yang rasul disini adalah Rashad Khalifa. Tambahan pula, nombor ayat ayat dari 9:33 sampai 6:9 (3902) +9+33+61+9+ dicampurkan dengan nilai "Rashad Khalifa" (1230) akan mendapat 5244, juga dibahagikan dengan 19. Nilai gematrikal bagi 9:33 & 61"9, dikira dengan mencampurkan setiap nilai huruf, adalah 7858. Dengan mencampurkan nombor ini, campur dengan nombor bagi huruf huruf didua ayat ayat (120), dan dicampurkan nombor ayat ayat dari 9:33 sampai 61:9 (3902), dicampur dengan nilai "Rashad Khalifa" (1230), kita akan mendapat 7858+120+3902+1230=13110=19x690. Lihat Appendik 1, 2 dan 26.

*9:36 perkataan "bulan" telah disebutkan didalam Quran 12 kali, dan "hari" 365 kali.

*9:37 Bulan bulan Suci mengikut Muslim yang korup ialah Rajab, Zul Qe'dah, Zul-Hijjah dan Muharram (7th, 11th, 12th, dan 1st bulan bagi Kalendar Islam). Dengan adanya kajian Quran yang amat teliti, bulan bulan suci sepatutnya jatuh pada Zul-Hijjah, Muharram, Safar, dan Rabil Awal (12th, 1st, 2nd, dan 3rd pada bulan bulannya). Lihat appendik 15.


39. Jika kamu enggan bersiap sedia, Dia akan komitkan kamu dengan hukuman yang amat menyakitkan dan menggantikan orang orang yang lain dari tempat kamu; kamu tidak akan dapat melukaiNya walau sedikitpun. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Tentera Tentera Allah Yang Ghaib.

40. Jika kamu gagal untuk menyokong dia (rasul), Allah telahpun menyokongnya. Lantas, apabila orang orang yang ingkar itu mengejarnya, dan dia adalah salah satu diantara berdua yang berada didalam gua, dia berkata kepada kawannya, "Janganlah bimbang; Allah ada bersama sama kita." Maka Allah pun menurunkan ketenangan dan perlindungan keatasnya, dan membantunya dengan tentera tentera yang gaib. Dia jadikan perkataan orang orang yang ingkar itu terlalu rendah. Perkataan Allah mengandungi perintah yang tertinggi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Orang Orang Percaya
Lebih Yakin
Berjuang Kerana Allah.

41. Kamu mestilah sanggup bersiap sedia, ringan ataupun berat, dan berjuanglah dengan wang dan nyawa nyawa kamu kerana Allah. Ini adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya.

Yang Tinggal.

42. Jika terdapat keuntungan yang cepat dan dengan perjalanan yang singkat, barulah mereka akan mengikut kamu. Tetapi berjuang amatlah berat bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan Allah: "Jika kami boleh, tentu kami akan bersama sama bersiap sedia dengan kamu." lantas, mereka melukai diri diri mereka sendiri, dan Allah tahu yang mereka itulah orang orang yang pembohong.

43. Allah telah mengampuni kamu: kenapa mesti kamu memberi keizinan (tinggal dibelakang) sebelum kamu dapat membezakan siapakah yang benar dari orang orang yang pembohong.

44. Orang orang yang benar benar percaya kepada Allah dan Hari Akhirat, tidak akan meminta keizinan kamu untuk mengelakkan diri dari mendapatkan peluang berjuang dengan wang dan nyawa nyawa mereka. Allah amat menyedari akan orang orang yang benar.

45. Hanyalah orang orang yang ingin supaya tidak berserta , mereka bukanlah dari orang orang yang percaya kepada Allah dan Hari Akhirat. Hati hati mereka penuh dengan keraguan, maka keraguan itulah yang menyebabkan mereka menjadi teragak agak.

46. Kalau mereka benar benar ingin bersiap sedia, tentunya mereka akan bersiap dengan bersungguh sungguh. Tetapi Allah tidak suka dengan penyertaan mereka, maka Dia tidak menggalakkan mereka; mereka telah dikatakan. "Tinggallah dibelakang dengan orang orang yang ditinggalkan kebelakang."

47. Kalau mereka bersiap sedia bersama sama kamu, mereka tentunya akan membuatkan kekeliruan, dan akan menjadikan perbalahan juga perpecahan diantara kamu. Ada diantara kamu yang tertarik untuk mendengarkan mereka. Sesungguhnya Allah amat menyedari akan orang orang yang melampaui batas itu.

48. Mereka cuba mencari jalan untuk merebakkan kekeliruan diantara kamu pada masa yang lalu, dan membingungkan perkara perkara untuk kamu. Bagaimanapun, akhirnya kebenaran dapat mengatasinya, dan rancangan Allah dapat dijalankan walaupun adanya mereka.

49. Sesetengah dari mereka akan berkata, "Berilah aku keizinan (untuk tinggal dibelakang); janganlah mengenakan kesukaran begini kepada aku." Sebenarnya, mereka telah menerima kesukaran yang amat dahsyat; Neraka telah mengelilingi orang orang yang ingkar.

50. Jika apa apa kebaikan yang kamu dapati, mereka berdukacita, tetapi apabila kesusahan menimpa kamu, mereka berkata, "Kami telah katakan kepada kamu," sambil pergi dengan kegembiraan.

51. Katakanlah, "Tidak ada apa yang akan berlaku kepada kami, melainkan apa yang Allah telah mendekrikan kepada kami. Dialah Tuhan dan Tuan kami. Kepada Allah sahajalah orang orang percaya mesti menaruhkan kepercayaan."

52. Katakanlah, "Kamu hanyalah boleh mengharapkan kepada kami satu diantara dua perkara (Kemenagan atau syahid), sementara kami mengharapkan kepada kamu kutukkan dari Allah dan hukuman dariNya, ataupun dari tangan tangan kami. Dari itu, tunggulah dan kami juga akan tunggu bersama sama kamu."

53. Katakanlah, "Berbelanjalah, dengan kesanggupan ataupun tidak ada kesanggupan. Tidak ada apa yang dapat diterima dari kamu, kerana kamu adalah orang orang yang zalim."

Sembahyang (Salat)
Telah Wujud Sebelum Muhammad*

54. Apa yang menjadikan penghalang dari menerima perbelanjaan mereka, ialah kerana mereka itu adalah orang orang yang ingkar kepada Allah dan rasul, dan apabila mereka berdiri untuk Mengerjakan Sembahyang (Salat),* mereka melakukan dengan malasnya, dan apabila mereka memberikan derma, mereka memberikan dengan penuh kesukaran. Mereka melakukannya dengan hati yang berat.

Kejayaan Didunia Yang Nyata Ini.

55. Janganlah tertarik dengan wang, ataupun anak anak mereka. Allah telah menjadikan ini sebagai punca hukuman untuk mereka dikehidupan ini, dan (apabila mereka mati) roh roh mereka keluar sementara mereka tetap juga sebagai orang orang yang ingkar.

56. Mereka bersumpah kepada Allah yang mereka itu bersama sama kamu, tetapi mereka itu bukanlah dibahagian kamu; mereka adalah orang orang yang berpecah belah.

57. Jika mereka mendapatkan perlindungan, digua gua, ataupun tempat persembunyian, mereka akan dengan pantas kesitu.

58. Sesetengah dari mereka mengkritik pendermaanmu; jika mereka diberikan darinya, mereka berpuas hati, tetapi jika mereka tidak mendapatkan bahagian itu, mereka menjadi penentang.  

59. Mereka seharusnya berpuas hati dengan apa yang Allah dan rasulNya telah berikan kepada mereka. Sepatutnya mereka berkata, "Cukuplah Allah untuk kami. Allah akan memberikan kepada kami dari segala pemberianNya, begitu juga dengan rasulNya. Kami hanya memohon kepada Allah saja."

Sistem Pembahagian
Untuk Derma.

60. Segala derma derma mestilah diberikan kepada orang orang miskin, yang berkeperluan, pekerja pekerja yang memungut mereka, mu'alaf mu'alaf yang baru, untuk membebaskan hamba hamba, juga orang orang yang memikul beban pembelanjaan dengan tiba tiba kerana Allah, dan kepada pengembara yang tidak dikenali. Demikianlah perintah perintah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

61. Sesetengah dari mereka menyakiti nabi dengan berkata, "Dia adalah semua telinga telinga!" Katakanlah, "Itukan baik bagi kamu yang dia mendengarkan kamu. Dia percaya kepada Allah dan juga percaya kepada orang orang yang percaya. Dia adalah belas kasih bagi orang orang diantara kamu yang percaya." Sesiapa yang menyakiti rasul Allah, akan diberikan siksaan yang pedih sebagai hukuman.

62. Mereka bersumpah dengan Allah kepada kamu, hanya untuk menyenangkan kamu, padahal   Allah dan rasulNyalah yang lebih patut diberikan penghormatan, jika sememangnya benar mereka itu orang orang yang percaya.

Hukuman Kerana
Menentang Allah Dan RasulNya.

63. Tidakkah mereka ketahui sesiapa yang menentang Allah dan rasulNya akan dimasukkan kedalam api Neraka untuk selama lamanya? Sesungguhnyalah ini penghinaan yang amat sangat.

Hypokrit.

64. Orang orang hypokrit itu khuatir suatu surah yang boleh menerangkan yang dapat menunjukkan apa yang ada dihati hati mereka. Katakanlah, "Teruskanlah dengan cemuhan kamu. Allah akan memperlihatkan dengan sebenarnya apa yang kamu takutkan itu."


*9:54 Ini satu lagi bukti yang menunjukkan bahwasanya Pengerjaan Sembahyang (Salat) telah ada sebelum Quran lagi, dan telah diturunkan melalui Ibrahim (lihat 21:73). Juga, dengannya dapat membuktikan kepada orang orang yang mencabar kenyataan Allah yang Quran itu cukup sempurna dan terperinci apabila mereka menanyakan, "Mana ada keterangan berkenaan sembahyang didalam Quran?" (6:19, 38, 114).


65. Jika kamu bertanya kepada mereka, mereka akan berkata, "Kami hanya mengejek dan bermain main saja." Katakanlah, "Adakah kamu tidak sedar yang sebenarnya kamu telah mengejek Allah, revelasi revelasiNya dan rasulNya?"

66. Janganlah meminta pengampunan. Kamu telah ingkar sesudah percaya. Kami akan memaafkan setengah dari kamu dan akan kami menghukum yang lainnya dari kamu, akibat kezaliman mereka. 

67. Orang orang hypokrit lelaki lelaki dan perempuan perempuan hypokrit mereka adalah bersamaan satu dan lainnya - mereka menggalakkan kejahatan dan mengharamkan kebaikan, dan mereka adalah orang orang yang kikir. Mereka melupakan Allah, maka Allah pun lupakan mereka. Orang orang hypokrit itu benar benar zalim.

68. Allah menjanjikan kepada lelaki lelaki hypokrit dan juga perempuan perempuan hypokrit, begitu juga dengan orang orang yang ingkar, dengan api Neraka, dimana didalamnya mereka akan tinggal berkekalan. Itu cukup untuk mereka. Allah telah mengutuk mereka; mereka telah mendapat hukuman yang tidak ada akhirnya.

Sistem Allah
Tidak Pernah Berubah.

69. Sesetengah dari orang orang yang terdahulu itu lebih kuat dari kamu, dan mempunyai lebih banyak wang dan anak anak. Mereka begitu sibuk dengan kebendaan yang mereka miliki. Begitu juga, dengan kamu yang telah menjadi terlalu sibuk dengan kebendaan yang kamu miliki, sama seperti orang orang sebelum kamu yang hanya melayankan kesibukan mereka. Kamu telah begitu lalai, terus dengan kelalaian. Itulah orang orang yang telah terbatal segala kerja kerja mereka, kedua duanya didunia ini dan juga diAkhirat; mereka itulah orang orang yang rugi.

Orang Orang Yang Rugi.

70. Tidakkah mereka mengambil pelajaran dari semua melalui generasi generasi yang terdahulu; kaum Nuh, 'Ad, Thamud, kaum Ibrahim, penduduk Midyan, orang orang zalim (Sodom dan Gomorrah)? Para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa bukti bukti yang nyata. Allah tidak pernah zalim terhadap mereka; tetapi merekalah sendiri yang memilih untuk menzalimi roh roh mereka.

Orang Orang Yang Berjaya.

71. Lelaki lelaki dan perempuan perempuan yang percaya adalah pihak yang berikatan satu dengan lainnya. Mereka menggalakkan kebaikan dan mengharamkan kekejian, mereka Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan mereka menta'ati Allah dan rasulNya. Mereka ini akan mendapat belas kasih dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

72. Allah menjanjikan lelaki lelaki yang percaya dan perempuan permpuan yang percaya dengan taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir, dimana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya, dan rumah rumah besar yang tersergam indah didalam taman taman 'Adnin didalam syurga. Rahmat dan keizinan Allah lebih lagi besar. Inilah kemenagan yang terbesar.

Kamu Mestilah Tegas Terhadap
Orang Orang Yang Ingkar.

73. Wahai nabi, berjuanglah untuk menentang orang orang yang ingkar dan juga orang orang hypokrit, berlaku tegaslah apabila berurusan dengan mereka. Destini mereka adalah Neraka; betapa malangnya tempat tinggal.

 74. Mereka bersumpah dengan Allah yang mereka tidak pernah mengatakannya, walaupun mereka telah melepaskan perkataan yang tidak percaya; mereka telah menjadi ingkar selepas menyerahkan diri diri mereka sepenuhnya kepada (Allah). Sebenarnya, mereka telah melepaskan apa yang tidak pernah mereka punyai. Mereka telah menentang walaupun Allah dan rasulNya telah menaburkan belas kasih dan rezeki rezeki dariNya. Jika mereka bertaubat,itu adalah paling baik bagi mereka.Tetapi jika mereka berpaling,   Allah akan komitkan kepada mereka siksaan yang amat pedih didunia ini dan diAkhirat juga. Mereka tidak akan mendapati sesiapapun dimuka bumi ini untuk dijadikan Tuhan dan Tuan mereka.

75. Sesetengah dari mereka telah membuat perjanjian : "Jika Allah menaburi limpah kurniaNya kepada kami, kami akan menjadi dermawan, dan akan menjalani kehidupan yang benar."

76. Tetapi apabila Dia memencucuri mereka dengan segala rezeki rezeki dariNya, mereka menjadi kikir, dan berpaling dengan kebencian.

77. Akibatnya, Dia menjadikan hati hati mereka berperasaan hypokrasi, sehingga sampai kepada hari yang mereka akan bertemuNya. Ini adalah kerana mereka telah memungkiri janji janji mereka kepada Allah, dan juga kerana sifat pembohong mereka.

78. Tidakkah mereka sedar yang Allah tahu segala rahsia rahsia mereka, dan pakatan mereka dan juga Allah Maha Mengetahui akan segala rahsia rahsia?

79. Sesiapa yang mengkritik orang orang percaya yang murah hati kerana memberi terlalu banyak, dan menyindir orang orang percaya yang miskin kerana memberikan terlalu sedikit, Allah menghina mereka. Maka mereka telah dikenakan hukuman yang amat menyakitkan.

Umpan Syaitan Yang Paling Efektif :
Mitos Untuk Perantaraan.

80. Sama ada kamu mintakan pengampunan untuk mereka, ataupun kamu tidak memintakan pengampunan bagi mereka- walaupun kamu memintakan pengampunan sebanyak tujuh puluh kali - Allah tidak akan mengampuni mereka. Ini kerana mereka telah mengingkari Allah dan rasulNya. Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.

81. Orang orang yang ditinggalkan itu bergembira kerana ditinggalkan kebelakang oleh rasul Allah, dan benci untuk berjuang dengan wang dan nyawa nyawa mereka demi kerana Allah. Mereka berkata, "Biarkanlah kami begini dari bersiap sedia didalam panas ini!" Katakanlah, "Api Neraka lebih lagi panasnya," jika hanya mereka dapat memahaminya.

82. Biarkanlah mereka ketawa sedikit, dan berbanyak menangis. Inilah balasan dari dosa dosa yang mereka kerjakan.

83. Jika Allah pulangkan kamu kembali kepada keadaan dimana mereka meminta keizinan kamu untuk bersiap sedia dengan kamu, kamu akan berkata, "Kamu tidak akan lagi dapat bersiap sedia bersama sama kami, tidak juga kamu dapat berperang bersama sama kami untuk menentang sebarang musuh. Kerana kamu telah pilih untuk bersama sama dengan orang orang yang ditinggalkan pada mulanya. Dari itu, kamu mesti tinggal bersama sama orang orang yang ditinggalkan.

84. Jangan sekali kamu mengerjakan sembahyang untuk mereka apabila mereka mati, dan jangan juga kamu berdiri diperkuburan mereka. Mereka telah ingkar kepada Allah dan rasulNya, dan mati dalam keadaan yang zalim.

Kebendaan Didunia Ini
Tidak Ada Nilainya Langsung.

85. Janganlah kamu tertarik dengan wang dan anak anak mereka; Allah telah menjadikan itu semua sebagai punca penderitaan bagi mereka didunia ini, dan roh roh mereka akan keluar sebagai orang orang yang ingkar.

86. Apabila suatu surah diturunkan, menjelaskan: "Percaya kepada Allah, dan berjuang bersama dengan rasulNya,"Sehinggakan yang kuat diantara mereka pun berkata, "Biarkan kami tinggal dibelakang!"

87. Mereka telah memilih untuk bersama sama dengan orang orang yang ditinggalkan. Akibatnya, hati hati mereka jadi tertutup, lantas, mereka tidak dapat memahaminya.

Orang Orang Yang
Benar Benar Percaya
Sangat Berminat Untuk Berjuang.

88. Bagi rasul dan orang orang yang percaya kepadanya, mereka sangat minat untuk berjuang dengan wang dan nyawa nyawa mereka. Mereka itu berhak mendapatkan yang baik baik; mereka itulah orang orang yang menang.


*9:80 Jika Muhammad tidak boleh menjamin (memberi Shafa'aat) kepada pakcik dan sepupunya, apakah yang orang orang yang tidak dia kenali percaya yang dia akan menjamin bagi pihak mereka? Ibrahim tidak boleh menjamin bagi pihak bapanya, dan tidak juga Nuh dapat menjamin bagi pihak anaknya (11:46 & 60:4).


89. Allah telah siapkan untuk mereka itu taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir, dimana mereka akan tinggal berkekalan untuk selama lamanya. Ini adalah kemenangan yang terbesar.

90. Orang orang Arab membuat alasan, dan datang kepada kamu dengan meminta keizinan untuk tinggal dibelakang. Ini menunjukkan keingkaran mereka kepada Allah dan rasulNya -mereka tinggal kebelakang. Sesungguhnya, orang orang yang ingkar diantara mereka itu telah menerima hukuman yang memedihkan.

91. Tidak dipersalahkan adalah orang orang yang lemah, ataupun sakit, atau tidak ada apa benda pun untuk diberikan, asalkan saja mereka dapat mengabdikan diri diri mereka kepada Allah dan rasulNya. Orang orang salih diantara mereka tidaklah boleh disalahkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

92. Dan juga diizinkan ialah orang orang yang datang kepada kamu berkeinginan untuk disertakan bersama sama dengan kamu, tetapi kamu mengatakan kepada mereka, "Kami tidak ada satu apapun untuk membawa kamu bersama." Mereka berpaling dengan titisan air mata, dengan jujurnya dan kesedihan kerana mereka tidak ada kemampuan untuk memberikan sumbangan.

93. Yang dipersalahkan ialah orang orang yang datang kepada kamu untuk meminta keizinan supaya ditinggalkan kebelakang, walaupun mereka tidak punya alasan. Mereka telah memilih untuk bersama sama dengan orang orang yang ditinggalkan. Akibatnya, Allah telah menutup hati hati mereka, lantas mereka tidak akan mendapat sebarang ilmu pengetahuan.

Masa Masa Sukar Bagi
Mendedahkan Orang Orang Hypokrit.

94. Mereka meminta maaf kepada kamu setelah kamu pulang kepada mereka (dari peperangan). Katakanlah, "Janganlah meminta maaf; kami tidak lagi mempercayai kamu. Allah telah memberitahukan kami berkenaan kamu." Allah akan melihat kerja kerja kamu, begitu juga dengan rasul, maka kamu akan dikembalikan kepada yang Mengetahui kesemua rahsia rahsia juga apa apa yang dilafazkan, dan Dia akan memberitahukan apa apa yang telah kamu lakukan.

95. Mereka akan bersumpah dengan Allah kepada kamu setelah kamu pulang kepada mereka, maka kamu bolehlah tidak mempedulikan mereka. Janganlah pedulikan mereka. Mereka itu telah tercemar, dan destini mereka adalah Neraka, sebagai balasan dari dosa dosa yang telah mereka amalkan.

96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu dapat memaafkan mereka. Walaupun jika kamu memaafkan mereka, Allah tidak akan mengampunkan orang orang yang zalim itu.

Orang Orang Arab.

97. Orang orang Arablah yang paling kuat keingkaran dan kehypokrasiannya, dan kebanyakan dari merekalah yang tidak menghiraukan perintah perintah yang Allah telah turunkan kepada rasulNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

98. Sesetengah orang orang Arab beranggapan dengan berbelanja (dijalan Allah) itu satu kerugian, bahkan mereka menunggu dengan harapan supaya kecelakaan mengenai kamu. Tetapi merekalah yang akan mendapat kecelakaan yang dahsyat. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

99. Orang orang Arab yang lainnya ada yang percaya kepada Allah dan Hari Akhirat, dan beraganggapan perbelanjaan mereka itu adalah jalan yang terbaik kearah Allah, dan usaha yang terbaik untuk membantu rasul. Sesungguhnya, inilah yang membawa mereka lebih dekat; Allah akan memasukkan mereka kedalam belas kasihNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

100. Bagi perintis perintis yang terdahulu yang telah berhijrah (Muhajerin), dan pembantu pembantu yang memberikan mereka perlindungan (Ansar) dan orang orang yang mengikuti mereka dalam mengamalkan ketakwahan, Allah sungguh meredhai amalan mereka dan mereka juga redha kepada Allah. Dia telah sediakan untuk mereka taman taman yang air sungai sungainya mengalir, dimana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya. Inilah kemenangan yang terbesar.

Hukuman Yang Berganda
Untuk Orang Orang Hypokrit.*

101. Diantara orang orang Arab disekeliling kamu, ada juga yang hypokrit. Begitu juga diantara penghuni penghuni bandar, ada juga orang orang yang menjadi kebiasaan dengan bersifat hypokrasi. Kamu tidak tahu akan mereka, tetapi kami tahu mereka. Kami akan gandakan hukuman untuk mereka, mereka berakhir dengan dikomitkan hukuman yang dahsyat

102. Yang lainnya telah memberi pengakuan tentang dosa dosa mereka; mereka telah mencampurkan perbuatan perbuatan baik dengan yang keji. Allah akan mengampunkan mereka, kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

103. Ambillah dari wang mereka untuk didermakan bagi membersihkan dan menyucikan mereka. Juga untuk menggalakkan mereka, kerana penggalakkan kamu itu dapat menenangkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

104. Tidakkah mereka sedar yang Allah menerima taubat dari penyembah penyembahNya, dan menerima segala rupa derma, dan sesungguhnya Allah Maha Penyelamat lagi Maha Penyayang?

105. Katakanlah, "Kerjakanlah amalan yang baik baik; Allah akan melihat pekerjaan kamu, begitu juga dengan rasul dan orang orang yang percaya. Akhirnya, kamu akan dipulangkan kepada Yang Maha Mengetahui segala rahsia rahsia dan apa apa yang dilafazkan, kemudian Dia akan memberitahukan apa apa yang telah kamu lakukan."

106. Yang lainnya sedang menunggukan keputusan Allah; Dia mungkin menghukum ataupun Dia mungkin menyelamatkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Masjid Masjid Yang
Menentang Allah dan RasulNya.*

107. Ada orang orang yang menyalah gunakan masjid dengan mempraktikkan penyekutuan terhadap (Allah), memecah belahkan orang orang yang percaya, dan memberi keselesaan kepada orang orang yang menentang Allah dan rasulNya. Mereka bersumpah dengan sungguh sungguh: "Niat kami adalah mulia!" Allah telah bersaksikan yang mereka adalah orang orang yang pembohong.

Jangan Sekali Kamu
Bersembahyang
Di-Masjid Masjid Itu.

108. Jangan sekali kali kamu sembahyang dimasjid demikian. Masjid yang telah dirasmikan dengan berasaskan ketakwahan pada mulanya lebih lagi patut bagi kamu untuk bersembahyang didalamnya, Kerana didalamnya itu, ada orang orang yang cinta untuk menyucikan diri. Allah cinta kepada orang orang yang suka menyucikan diri diri mereka.

109. Seorang yang telah merasmikan bangunan yang berasaskan untuk memuliakan Allah dan mendapatkan kebenaranNya itu baik, ataupun seorang yang merasmikan bangunannya diatas batu bata dari bukit yang runtuh, yang jatuh bersamanya didalam api dari Neraka? Allah tidak akan membimbing orang orang yang melampaui batas.

110. Demikianlah bangunan yang mereka telah rasmikan menjadi punca keraguan dihati hati mereka, sehinggakan hati hati mereka menjadi kaku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


*9:101 Orang orang hypokrit duduk diantara orang orang yang percaya, mendengarkan mesej dan bukti bukti, lalu menyebarkan keraguan jahat mereka. Adalah undang undang Quran yang mereka itu akan menerima hukuman yang digandakan, sekarang dan untuk selama lamanya.

*9:107 Mana saja Masjid yang tidak mempraktikkan pengabdian kepada Allah Sahaja dipunyai oleh syaitan, bukannya Allah. Sebagai contoh, menyebut nama nama Ibrahim, Muhammad dan Ali didalam azan dan juga didalam Sembahyang melanggar perintah perintah Allah didalam 2:136, 2:285, 3:84, & 72:18. Malang sekali ini adalah amalan bagi semua muslim yang korup didunia.


Pelaburan Yang
Paling Menguntungkan.

111. Allah telah membeli dari orang orang yang percaya itu dengan nyawa nyawa dan wang mereka untuk digantikan dengan syurga. Lantas, mereka berjuang kerana Allah, rela untuk membunuh dan dibunuh. Demikianlah jaminan yang sebenar dariNya didalam Taurat, Injil dan Quran- siapakah yang dapat memenuhi jaminan yang lebih baik daripada Allah? Kamu mestilah bergembira dengan mendapat penukaran yang sedemikian. Inilah kemenangan yang terbesar.

Orang Orang Yang Percaya.

112. Mereka adalah orang orang yang bertaubat, penyembah penyembah, pemuji pemuji, para tafakkur yang ruku' dan yang sujud, para penyeru kebaikan dan pelarang kekejian, dan yang mendukung perintah perintah Allah. Berikanlah berita baik kepada orang orang percaya yang sedemikian.

Kamu Mesti Memutuskan Hubungan
Dengan Musuh Musuh Allah:
Abrahim Berpaling dari Bapanya.

113. Tidak juga nabi, dan tidak juga orang orang yang percaya dibolehkan untuk memintakan pengampunan bagi orang orang yang menyekutukan (Allah), walaupun mereka adalah saudara yang terdekat, apabila saja mereka sedar yang destini mereka itu Neraka.

114. Sebabnya Ibrahim memintakan pengampunan untuk bapanya kerana dia telah berjanji untuk melakukannya. Tetapi apabila saja dia sedar yang dianya itu musuh Allah, maka dia pun berpaling daripadanya. Ibrahim amat sangat baik hati dan juga ihsan.

115. Allah tidak akan menyesatkan manusia , selepas Dia membimbing mereka, dan sebelum menunjukkan kepada mereka apa yang patut dihadapi. Allah amat sedar akan segala seganya.

116. Kepunyaan Allah segala kedaulatan disekelian cekrawala dan bumi. Dia yang menguasai segala kehidupan dan kematian. Kamu tidak ada sesiapa selain Allah sebagai Tuhan dan Tuan.

117. Allah telah menyelamatkan nabi dan orang orang yang berhijrah (Muhajirin) dan orang orang yang menyokong dan memberikan mereka perlindungan (Ansar), yang mengikutnya dimasa masa yang sukar. Itulah masanya yang hati hati sesetengah dari mereka hampir berubah ubah. Tetapi Dia telah selamatkan mereka, kerana Dia amatlah Pembelas Kasih kepada mereka, lagi Maha Penyayang.

Janganlah Tinggalkan Rasul.

118. Dan juga (yang diselamatkan adalah) bertiga yang ditinggalkan dibelakang. Bumi yang luas menjadi sempit kepada mereka, hampir hampir mereka berputus asa. Akhirnya mereka sedar yang mereka tidak dapat terlepas dari Allah, hanyalah Dia sahaja. Maka Dia pun menyelamatkan mereka, semoga mereka bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Penyelamat lagi Maha penyayang.

119. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah memuliakan Allah, dan jadilah diantara orang orang yang benar.

120. Janganlah diantara penghuni penghuni bandar, dan tidak juga orang orang Arab yang disekeliling mereka, cuba mencari kebenaran untuk tinggal dibelakang rasul Allah (apabila dia bersiap sedia untuk berperang).Tidak juga mesti mereka mengutamakan hubungan keperibadian mereka dari membantu dia. Ini adalah kerana mereka tidak mengalami kehausan, ataupun berusaha dengan apa cara sekalipun, ataupun kelaparan kerana berjuang untuk Allah, dan juga mencari jalan untuk mencari kemarahan orang orang yang ingkar, ataupun mengenakan sesuatu kesukaran diatas musuh, yang tidak dapat dituliskan supaya diberikan kredit kepada mereka. Sesungguhnya Allah tidak pernah lalai dari memberikan ganjaran kepada orang orang mengerjakan amalan yang benar.

121. Tidak juga mereka mengalami sebarang perbelanjaan, sedikit ataupun banyak, tidak juga mereka merintasi lembah, dengan tidak mendapatkan kredit yang dituliskan untuk mereka. Allah tentu sekali akan memberi ganjaran yang berlimpahan diatas kerja kerja mereka.

Mustahaknya
Mempelajari Agama.

122. Apabila orang orang yang percaya telah bersiap sedia, janganlah semua dari kamu melakukan demikian. Bagi tiap tiap kumpulan mestilah bersiap sedia dengan mengabdikan masa mereka untuk mempelajari agama. Lantas, mereka akan dapat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang orang mereka apabila mereka kembali kelak, supaya mereka mendapat pengetahuan berkenaan agama.

Orang Orang Yang Ingkar.

123. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah menentang orang orang yang ingkar yang menyerang kamu - biarlah mereka tahu yang kamu itu tegas - dan ketahuilah yang Allah ada bersama sama orang orang yang benar.

Hypokrit.

124. Apabila suatu surah telah diturunkan, ada diantara mereka akan berkata, "Dapatkah surah ini menguatkan iman orang orang diantara kamu?" Sesungguhnyalah, ini telahpun menguatkan keimanan orang orang yang percaya, dan mereka bergembira apabila didatangi dengan sebarang revelasi revelasi.

125. Bagi sesiapa yang mempunyai keraguan dihati hati mereka, ini sesungguhnya telah menggandakan ketidak sucian mereka kerana sebenarnya mereka itu tidak suci, dan mereka mati sebagai orang orang yang ingkar.

126. Tidakkah mereka mengetahui yang mereka itu telah mengalami ujian ujian yang sukar sekali dua pada setiap tahun? Tetapi mereka tidak konsisten untuk bertaubat, dan tidak juga berusaha untuk merenungkan.

Jenayah Dalam Sejarah
Terdedah:
Kerana Mengubah Perkataan Allah.*
Allah Mempunyai Bukti
Yang Nyata Yang Tidak boleh Menafikan.

127. Apabila saja suatu surah yang diturunkan, sesetengah dari mereka memandang antara satu dan lainnya seolah olah mereka hendak mengatakan: "Adakah sesiapa yang melihat kamu?" Lalu mereka pun kembali. Lantas, Allah telah palingkan hati hati mereka, kerana mereka itu adalah orang orang yang tidak faham.


*9:1 & *9:127 Hanya surah ini yang tidak dimulakan dengan Bismillah. Phenomina ini telah membingungkan penuntut penuntut Quran selama 14 centeri, dan banyak teori yang baharu telah menerangkannya. Sekarang barulah kita sedar yang ketiadaan Bismillah adalah kerana tiga perkara: (1) Ini menunjukkan orang orang yang menyekutukan Allah telah ditakdirkan untuk menambahkan 2 ayat yang palsu. (9:128-129). (2) menunjukkan salah satu fungsi kod matematika dari Allah didalam Quran, untuk melindungnya dari sebarang perubahan. (3) Mengadakan mukjizat tambahan bagi kod Quran. Disebabkan kelebihan yang luar biasa diperlukan, penjelasannya telah diberikan diAppendik 24 dan 29. Satu dari perhatian yang segera adalah genapnya bagi nombor "Allah" pada akhir surah 9 ini totalnya adalah 1273 (19x67). Jika kedua dua ayat 127-128 ada didalam surah ini, phenomina ini - dan banyak lagi - akan hilang.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org