













|
Surah 88: Al-Ghaasheyah
Peristiwa Yang Amat Sangat. 1 - 26.
|

Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang
1.
Adakah kamu
sedar akan
peristiwa yang amat sangat?
2.
Wajah wajah
pada hari itu akan
mendapat keaiban.
3.
Sukar dan
keletihan.
4.
Menderita dalam
api Neraka
yang menyala nyala.
5.
Meminum dari
pancuran yang berapi.
6.
Mereka tidak
mempunyai makanan melainkan campuran
yang tidak berguna.
7.
Ianya tidak
akan menyehatkan, dan tidak juga
mengenyangkan
kelaparan.
8.
Wajah wajah
lainnya pada hari itu akan menjadi sungguh gembira.
9.
Berpuas hati
dengan kerja kerja mereka.
10. Didalam Syurga yang tinggi.
11. Didalamnya, tidak kedengaran yang sia sia.
12. Didalamnya, pancuran pancuran yang mengalir.
13. Didalamnya, ada segala perhiasan yang mewah.
14. Dan
minuman yang sedia ada.
15. Dan
kendi kendi yang tersusun rapi.
16. Dan
permaidani permaidani terbentang luas.
17. Kenapakah tidak mereka merenungkan akan unta unta
dan
bagaimanakah mereka
itu diciptakan?
18. Dan
langit bagaimanakah ianya dinaikkan.
19. Dan
gunung gunung bagaimanakah mereka itu dibina.
20. Dan
bumi bagaimanakah ianya dijadikan.
21. Kau mestilah memberi
peringatan, kerana misimu itu adalah
untuk memberikan
peringatan ini.
22. Kau tidak mempunyai
kuasa keatas mereka.
23. Bagi orang
orang yang berpaling dan mengingkarkannya.
24. Allah
akan mengkomitkan
mereka kepada hukuman yang besar.
25. Kepada kamilah destini mereka yang terakhir.
Lalu akan kami
memanggil mereka untuk diperhitungkan.
Back Home
Copyright © 1997-2003 Submission.org