Surah 85: Al-Burooj
Bimasakti Bimasakti.    1 - 22

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Langit serta bimasakti bimasaktinya.

2.        Hari yang dijanjikan.

3.        Saksi dan yang menjadi saksi.

4.        Malang sungguh bagi penduduk penduduk dilembah yang menjdalam.

5.        Mereka menyalakan api yang membakar.

6.        Lalu duduk mengelilinginya.

7.        Untuk menyaksikan orang orang percaya yang dibakar.

8.        Mereka membenci mereka itu dengan tidak ada apa alasan melainkan

       kerana mempercayakan Allah, yang Maha Kuat lagi Maha Terpuji.

9.        KepunyaanNya kerajaan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dan Allah

        menyaksikan segala sesuatu.

10.     Sudah tentu, orang orang yang menyiksakan orang orang percaya lelaki

       dan perempuan, lalu gagal untuk bertaubat, telah menerima siksaan Gehenna;

       mereka telah dikenakan hukuman bakaran.

11.     Sudah tentu, orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar,

sepatutnyalah mendapatkan taman taman dengan air sungai sungainya yang

mengalir. Ini adalah kemenangan yang terbesar.

12.     Sesungguhnya, pembalasan dari Allah amatlah dahsyat sekali.

13.     Dia Sahajalah yang meinisiasikan dan mengulanginya.

14.     Dan Dia adalah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

15.     Pemilik bagi tahta yang cemerlang.

16.     Pembuat bagi apa saja yang Dia kehendaki.

17.     Adakah kamu memperhatikan sejarah bagi askar askar?

18.     Fir'aun dan Thamud?

19.     Orang orang yang ingkar selalu menafikan.

20.     Allah amat sedar akan mereka.

21.     Sesungguhnya, ianya adalah Quran yang gemilang.

22.     Tersimpan rapi didalam sebuah tablet yang ulung.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org