Surah 83: Al-Mutaffifeen
Para Penipu   1 - 36.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Malang sungguh bagi para penipu.

2.        Yang menuntutkan ukuran yang penuh dari manusia

        apabila menerima.

3.        Tetapi apabila memberi mereka mengukur atau menimbang,

        mereka menipu.

4.        Tidakkah mereka tahu yang mereka itu akan dibangkitkan?

5.        Pada suatu hari yang amat sangat dahsyat?

6.        Pada hari itulah apabila semua manusia akan berdiri dihadapan

       Tuhan bagi sekelian alam.

Buku Buku Struktur

Yang Berangka

7.        Sesungguhnya, buku bagi orang orang yang zalim adalah didalam Sijjeen.

8.        Tahukah kamu apa itu Sijjeen?

9.        Buku struktur yang berangka.

10.     Malang sungguh pada hari itu bagi pengingkar pengingkar.

11.     Mereka tidak percayakan Hari Pengadilan.

12.     Tidak ada pengingkar pengingkar didalam ini melainkan pelampau,

       dan pendosa.

13.     Apabila revelasi revelasi kami telah dibacakan kepadanya, dia berkata,

       "Dongengan masa lampau!"

14.     Sesungguhnya, hati hati mereka telah menjadi terkepung dengan

       dosa dosa mereka.

15.     Sesungguhnya, mereka akan diasingkan, pada hari itu, dari Tuhan mereka.

16.     Lalu mereka akan dicampakkan keNeraka.

17.     Mereka akan dikatakan, "Inilah apa yang kamu pernah menafikan."

18.     Sesungguhnya, buku bagi orang orang yang benar akan berada di'Elleyyeen.

19.     Tahukah kamu apakah 'Elleyyeen itu?

20.     Buku struktur yang berangka.

21.     Akan disaksikan oleh orang orang yang rapat kepadaKu.

22.     Orang orang yang benar sepatutnyalah menerima kebahgiaan.

23.     Diatas perhiasan yang indah mereka melihat.

24.     Kamu akan mengenali diwajah wajah mereka yang penuh dengan

       kegembiraan kerana kebahagiaan.

25.     Minuman mereka akan dicampurkan dengan madu bunga.

26.     Campuran itu adalah serupa kasturi. Inilah apa yang pesaing pesaing

       sepatutnya bersaingkan.

27.     Dicampurkan didalamnya adalah perasa perasa yang istimewa.

28.     Dari pancuran yang telah dikhaskan untuk orang orang yang rapat kepadaKu.

29.     Orang orang yang zalim pernah mentertawakan orang orang yang percaya.

30.     Apabila mereka berlalu didepan mereka, mereka selalu mempersendakan.

31.     Apabila mereka bersama sama dengan orang orang mereka, mereka pernah

       mengejek ejek.

32.     Bila saja mereka melihat mereka, mereka berkata, "Orang orang ini telah

       tersesat jauh!

33.     "Mereka tidaklah ada sebarang penjaga penjaga yang (gaib).

34.     Hari ini, orang orang yang percaya mentertawakan orang orang

       yang ingkar.

35.     Diatas perhiasan yang indah mereka melihat.

36.     Sudah pasti, orang orang yang ingkar akan mendapat balasan

       diatas apa yang mereka telah lakukan.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org