Surah 79: Al-Naaze'aat
Peragut    1 - 46.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        (Para malaikat yang) meragut (nyawa nyawa orang orang yang ingkar)

secara paksa.

2.        Dan mereka yang dengan lembutnya mengambil (nyawa nyawa orang

       orang yang percaya) dengan meriahnya.

3.        Dan yang terapung apung dimana mana saja.

4.        Dengan penuh minat berlumba lumba dengan satu sama lain-

5.        untuk menjalankan berbagai bagai perintah perintah.

6.        Hari yang menggegar dengan gegaran.

7.        Diikuti dengan tiupan yang kedua.

8.        Ada minda minda akan menjadi terperanjat.

9.        Mata mata mereka akan menjadi tunduk.

10.     Mereka akan berkata, "Kami telah diciptakan semula dari kubur!

11.     "Bagaimana ini boleh terjadi sesudah kami bertukar menjadi tulang

        tulang yang reput?"

12.     Mereka pernah berkata, "Ini adalah sesuatu ulang cipta yang mustahil."

13.     Semuanya hanya mengambil satu singgungan saja.

14.     Lalu mereka pun bangun.

15.     Sudahkah kamu mengetahui tentang sejarah Musa?

16.     Tuhannya memanggilnya dekat lembah suci Tuwa.

17.     "Pergilah kepada Fir'aun; dia telah melampaui batasan."

18.     Katakan kepadanya, "Tidakkah kau mahu membaiki diri?

19.     "Biarkan aku membimbingkanmu kepada Tuhanmu, supaya

        kau tahu menghormat."

20.     Lalu dia menunjukkannya mukjizat yang besar.

21.     Tetapi dia mengingkarkan dan menentang.

22.     Lalu dia berpaling dengan segera.

23.     Dia menghimpunkan dan mengumumkan.

24.     Dia berkata, "Aku adalah Tuhanmu; yang maha tinggi."

25.     Akibatnya, Allah mengkomitkannya kepada hukuman diAkhirat,

       dan begitu juga dengan kehidupan yang pertama.

26.     Ini adalah satu pengajaran bagi sesiapa yang takut.

27.     Adakah kamu lebih susah lagi untuk diciptakan dari langit?

       Dia yang membinanya.

28.     Dia yang menaikkan kepulan kepulan, dan menyempurnakannya.

29.     Dia yang menjadikannya malam gelap, dan menerangkannya dipagi hari.

30.     Dia yang menjadikan bumi yang berbentuk telor.*

31.     Darinya, Dia mengeluarkannya airnya sendiri dan padang rumput ternak.

32.     Dia yang menetapkan gunung gunung.

33.     Kesemuanya ini untuk memberikan bantuan kehidupan kepada kamu dan

       binatang binatang kamu.

34.     Lalu, apabila pukulan yang kuat datang.

35.     Itulah harinya apabila manusia akan mengingat semula segala apa

       yang telah dia lakukan.

36.     Neraka akan dibawa kepada kewujudan.

37.     Bagi orang yang melampaui batasan.

38.     Yang terlalu sibuk dengan kehidupan ini.

39.     Neraka akan menjadi tempat tinggal.

40.     Bagi orang yang menghormati keagungan Tuhannya, dan menjauhi

       diri sendiri dari nafsu nafsu yang berdosa.

41.     Syurga akan menjadi tempat tinggal.

42.     Mereka menanyakanmu tentang Waktu, dan bilakah ianya akan

       mengambil tempat!

43.     Ianya bukanlah kau (Muhammad) yang telah ditakdirkan untuk

       mengumumkan masanya.

44.     Tuhan kamulah yang akan memutuskan nasibnya.

45.     Misimu hanyalah untuk memberi amaran kepada orang orang yang

       menantikannya.

46.     Harinya apabila mereka melihatnya, mereka akan merasakan seolah olah

       mereka telah berada selama satu petang ataupun setengah hari.

_______________________________________________________________________________

*79:30 Bahasa Arab bagi perkataan “dahhaahaa” berasal dari “Dahyah” maknanya “telor.”


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org