Surah 77: Al-Mursalaat
Penghantaran    1 - 50.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        (Para malaikat) dihantarkan dengan berturut turut.

2.        Untuk membawakan angin.

3.        Mengumpulkan awan awan.

4.        Membahagikan peruntukkan peruntukkan.

5.        Menyampaikan mesej mesej.

6.        Berita berita baik, begitu juga dengan amaran.

7.        Apa yang dijanjikan pasti akan berlaku.

8.        Lantas, apabila bintang bintang telah dilenyapkan.

9.        Langit akan dibuka luas.

10.     Gunung gunung telah meletup.

11.     Para rasul akan dihimpunkan.

12.     Itulah hari yang dijanjikan.

13.     Hari Penentuan.

14.     Apakah Hari Penentuan itu!

15.     Malang sungguh bagi pengingkar pengingkar pada hari itu.

16.     Bukankah kami telah menghapuskan generasi generasi yang terdahulu?

17.     Lalu kami menjadikan yang lain mengikuti mereka?

18.     Inilah apa yang kami lakukan kepada penjenayah penjenayah.

19.     Malang sungguh bagi pengingkar pengingkar pada hari itu.

20.     Tidakkah kami yang menciptakan kamu dari cecair yang hina?*

21.     Lalu kami menempatkan ianya didalam tempat simpan yang dikawal rapi.

22.     Untuk masa yang telah ditetapkan.

23.     Kami mengukurnya dengan tepat*. Kamilah pereka pereka bentuk yang terbaik.

24.      Malang sungguh bagi pengingkar pengingkar pada hari itu.

25.     Tidakkah kami yang menjadikan bumi sabagai tempat tinggal?

26.     Untuk yang hidup dan yang mati?

27.     Kami meletakkan diatasnya gunung gunung yang tinggi, dan mengadakan untuk kamu

       air bersih untuk diminum.

28.     Malang sungguh bagi pengingkar pengingkar pada hari itu.

29.     Pergilah kepada apa yang pernah kamu ingkarkan itu.

30.     Pergilah kepada tempat teduh yang mempunyai tiga tiga keadaan

       yang berlainan.

31.     Namun, ianya tidak memberikan kesejukan, dan tidak juga melindungi

       dari kehangatan.

32.     Ianya mengeluarkan percikan api sebesar rumah rumah besar.

33.     Yang kurning seumpama warnanya unta unta.

34.     Malang sungguh bagi pengingkar pengingkar pada hari itu.

35.     Itulah harinya yang mereka tidak boleh berkata kata.

36.     Dan tidak juga mereka diberikan keizinan untuk meminta maaf.

37.     Malang sungguh bagi pengingkar pengingkar pada hari itu.

38.     Ini adalah Hari Penentuan. Kami telah menghimpunkan kamu dan

       generasi generasi yang terdahulu.

_______________________________________________________________________________

*77:20-23 Mengikut Langman’s Medical Embryology, oleh T.W.Sadler (Fifth Edition, Page 88):

Biasanya masa bagi kandungan penuh fetus adalah 266 hari ataupun 38 minggu selepas

penyuburan.” Kedua dua nombor nombor ini 266 dan 38 boleh dibahagikan dengan 19

(Appendik 1).

_______________________________________________________________________________

39.     Jika kamu mempunyai sebarang rancangan, teruskanlah dan rancangkanlah.

40.     Malang sungguh bagi pengingkar pengingkar pada hari itu.

41.     Orang orang yang benar akan menikmati teduhan dan pancuran pancuran.

42.     Dan buah buahan yang mereka inginkan.

43.     Makan dan minumlah dengan gembiranya sebagai balasan dari

       kerja kerja kamu.

44.     Lantas, kami menganugerahkan orang orang yang mulia.

45.     Malang sungguh bagi pengingkar pengingkar pada hari itu.

46.     Makan dan minumlah buat sementara waktu; kamu adalah pesalah.

47.     Malang sungguh bagi pengingkar pengingkar pada hari itu.

48.     Apabila mereka telah dikatakan, "Ruku'lah," mereka tidak mahu ruku'.

49.     Malang sungguh bagi pengingkar pengingkar pada hari itu.

50.     Hadis yang mana selain ini, yang mereka mendukungnya?


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org