Surah 76: Al-Insaan
Manusia    1 - 31

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Tidakkah ianya menjadi satu fakta yang mana suatu masa dahulu ketika manusia itu  

belum suatu apa pun yang boleh disebutkan?

2.        Kami menjadikan manusia dari suatu campuran cecair, dari kedua ibu bapa, demi

untuk mencubanya. Lantas, kami menjadikannya supaya dapat mendengar dan melihat.

3.        Kami menunjukkannya dua perjalanan, lalu, dianya sama ada bersyukur, ataupun tidak

mensyukurinya.

4.        Kami sediakan untuk orang orang yang ingkar itu, rantai rantai, belenggu belenggu,

       dan nyalaan Neraka.

5.        Bagi yang berakhlak mulia, mereka akan meminum dari cangkir cangkir bercampuran

dengan madu bunga.

6.        Sebuah mata air yang telah dikhaskan untuk hamba hamba Allah; ianya akan memancut

keluar sebagaimana yang mereka sukai.

7.        Mereka memenuhi janji janji mereka, dan sedar akan satu hari yang sungguh sungguh

       amat sukar.

8.        Mereka mendermakan makanan yang disukai oleh mereka kepada orang orang miskin,

       anak anak yatim dan orang orang tawanan.

9.        "Kami memberikan kamu makan hanyalah kerana Allah; kami tidak mengharapkan

        hadiah dari kamu, dan tidak juga ucapan terima kasih.

10.     "Kami takut dari Tuhan kami satu hari yang dipenuhi dengan penderitaan dan

        kesusahan."

11.     Akibatnya, Allah melindungi mereka dari keburukkan keburukkan dihari itu,

       dan menganugerahkan mereka dengan kegembiraan dan puas hati.

12.     Kami menganugerahkan mereka kerana kesabaran mereka dengan Syurga, dan sutera.

13.     Mereka berehat didalamnya diatas perabut perabut yang mewah. Dan mereka tidak akan

merasakan kehangatan matahari, dan tidak juga sebarang kesejukkan.

14.     Peneduh meneduhkan mereka didalamnya, dan buah buahan yang dibawa didalamnya

dapat dicapai.

15.     Mereka akan diberikan minuman dari mangkuk mangkuk perak dan cangkir cangkir

       dari kaca lut cahaya.

16.     Cangkir cangkir dari kaca lut cahaya, walaupun diperbuat dari perak; mereka

        sepatutnya menerima semuanya ini.

      

17.     Mereka menikmati minuman yang enak lagi berbagai macam rasa.

18.     Dari mata air didalamnya dikenali sebagai "Salsabeel."

19.     Yang akan melayan mereka adalah pembantu pembantu yang suci. Apabila kamu

        melihat mereka, mereka kelihatan seperti mutiara mutiara yang bertaburan.

20.     Dimana saja kamu melihat, kamu akan mendapati keindahan, dan penguasaan yang

        hebat.

21.     Pakaian pakaian mereka adalah daripada baldu hijau, satin, dan barang barang

        perhiasaan dari perak. Tuhan mereka akan mengadakan untuk mereka air

        minuman yang bersih.

22.     Ini adalah anugerah yang menunggu kamu, kerana usaha kamu telah dihargai.

23.     Kami telah turunkan Quran ini kepadamu; revelasi yang teristimewa dari kami.

24.     Kamu mestilah bersabar dalam membawa perintah perintah dari Tuhanmu,

       dan janganlah menta'ati sebarang pengingkar pengingkar yang berdosa dari

       kalangan mereka.

25.     Dan agungkanlah nama Tuhan kamu siang dan malam.

26.     Diwaktu malam, jatuh sujudlah kepadaNya, dan mengagungkanNyalah dengan

banyaknya sepanjang malam.

27.     Manusia ini telah begitu sibuk dengan kehidupan yang sekejap ini, sementara

mengabaikan  apa yang sudah dekat dihadapan mereka - satu hari yang berat.

28.     Kami menciptakan mereka, dan memantapkan mereka, dan, bila masa saja kami

        kehendaki, kami boleh menggantikan orang yang lain dari tempat mereka.

29.     Ini adalah amaran: sesiapa saja berkehendakkan bolehlah memilih kejalan

       Tuhannya.

30.     Apa saja yang kamu kehendaki adalah mengikut kehendak dari Allah.

       Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

31.     Dia memasukkan sesiapa saja dengan kehendakNya didalam belas kasihNya.

       Bagi orang orang yang melampaui batas, Dia telah menyediakan untuk mereka

       hukuman yang menyakitkan.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org