













|
Surah 75: Al-Qeyaamah
Hari Kebangkitan
1 - 40.
|

Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1.
Aku bersumpah demi Hari Kebangkitan.
2.
Dan Aku bersumpah demi roh yang menuduh.
3.
Adakah manusia berfikir yang kami tidak akan
menyusunkan semula
tulang
tulangnya?
4.
Ya sesungguhnya; kami boleh menyusunkan semula hujung
jarinya.
5.
Tetapi manusia itu hanya mempercayai apa yang dia lihat
didepannya saja.
6.
Dia meragukan Hari Kebangkitan!
7.
Apabila saja pemandangan menjadi tajam.
8.
Dan bulan telah gerhana.
9.
Matahari dan bulan bertembung dengan satu sama lain.
10. Manusia
akan berkata pada hari itu, "Dimanakah tempat pelarian?"
11. Sudah
pasti tidak ada yang dapat melarikan diri.
12. Kepada
Tuhan kamu, pada hari itu, destini yang terakhir.
13. Manusia akan diberitahukan, pada hari itu, segala apa
yang dia lakukan untuk
memajukan dirinya, dan segala apa
yang dia lakukan untuk mengundurkan
dirinya sendiri.
14. Manusia
akan menghakimkan dirinya sendiri.
15. Tidak
ada alasan yang akan diterima.
Muhammad Di-Larang Dari
Menerangkan Quran
16. Janganlah
menggerakkan lidahmu untuk mempercepatkannya.
17. Ianya
adalah kami yang mengumpulkannya menjadi Quran.
18. Apabila
saja kami membacakannya, kau mestilah mengikuti Quran
yang
sedemikian.
19. Kemudian
ianya adalah kami yang menerangkannya.
20. Sesungguhnya,
kamu menyintai kehidupan yang sekejap ini.
21. Sementara
tidak mempedulikan Akhirat.
22. Ada
wajah wajah, pada hari itu, akan bergembira.
23. Melihat
akan Tuhan mereka.
24. Wajah
wajah yang lainnya, pada hari itu, menderita.
25. Menjangkakan
yang terburuk.
26. Sesungguhnya,
apabila (nyawa) sampai kekerongkong.
27. Dan
ianya diperintahkan: "Lepaskan!"
28. Dia
tahu yang ianya sudah berakhir.
29. Sekaki
akan berada dalam keadaan kaku bersebelahan satu sama lain.
30. Kepada
Tuhan kamu, pada hari itu, adalah perhimpunan.
31. Kerana
dia yang tidak memberikan derma dan tidak juga mengerjakan
sembahyang (Salat).
32. Tetapi
dia mengingkarkan dan berpaling.
33. Dengan
keluarganya, dia berlagak sombong.
34. Kamu
sepatutnya mendapatkan ini.
35. Sesungguhnya,
kamu sepatutnya mendapatkan ini.
36. Adakah
manusia itu berfikir yang dia akan dibiarkan dengan begitu saja?
37. Bukankah
dia dari setitik cecair air mani yang memancut keluar?
38. Dan
Dia menjadikan suatu embrio darinya!
39. Dia
menjadikannya kepada lelaki ataupun perempuan!
40. Adakah
selepas itu Dia tidak boleh menghidupkan semula yang mati?
Back Home
Copyright © 1997-2003 Submission.org