Surah 74: Al-Muddath-thir
Rahsia Yang Tersembunyi     1 - 56.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Wahai kau rahsia yang tersembunyi.*

2.        Keluarlah dan berikan amaran.

3.        Sanjungilah Tuhanmu.

4.        Sucikan pakaianmu (Quran).*

5.        Tinggalkan apa yang salah.

6.        Berpuas hatilah dengan apa yang kau ada.

7.        Bersabarlah dalam mengingati Tuhanmu.

8.        Lalu, apabila terumpit ditiupkan.

9.        Maka itu akan menjadi hari yang payah.

10.     Bagi orang orang yang ingkar, tidaklah mudah.

11.     Biarkan Aku membuat perhitungan dengan seorang yang

       Aku cipta sebagai individu.

12.     Aku memberikannya dengan wang yang banyak.

13.     Dan anak anak yang dapat dilihat.

14.     Aku menjadikan semuanya mudah untuknya.

15.     Namun demikian, dia masih juga tamak mahukan lagi.

16.     Dia berkeras tidak mahu menerima bukti bukti ini.

17.     Aku akan tetap menambahkan hukumannya.

18.     Kerana dia merenungkan, lalu membuat keputusan.

19.     Malang sekali yang dia telah memutuskan. 

20.     Malang sungguh apa yang dia telah memutuskan.

21.     Dia memperhatikan.

22.     Dia kerut dahi dan merungut.

23.     Lalu dia berpaling dengan sombongnya.

24.     Dia berkata, "Ini tidak lain hanyalah magik yang pintar!"

25.     "Ini adalah buatan manusia."

26.     Aku akan mengkomitkannya kepada siksaan.

27.     Apa itu siksaan!

28.     Teliti dan menyeluruh.

29.     Ketara kepada semua manusia.

______________________________________________________________________________

*74:1 Allah yang Maha Bijaksana dengan kehendakNya telah menurunkan Quran melalui

Muhammad, sementara kekaguman Quran berkenaan asas   mukjizat 19 matematika telah

diturunkan melalui Rasul Allah yang dijanjikan 1406 tahun qamari sesudah revelasi Quran

(1406 = 19 x 74 & 1974 AD adalah tahun suria bagi penemuan). Apabila ditinjau kembali,

kita dapati yang seluruh surah ditujukan kepada Quran asas mukjizat 19 (Appendik 1 & 2).

*74:4 Quran sebagai pakaian yang mengandungi kod rahsia. Ini ditujukan untuk

mengeluarkan 9:128-129.

______________________________________________________________________________

Nombor Asas Kiraan Di-Dalam Quran

30.     Diatasnya adalah sembilan belas.*

31.     Kami melantikkan para malaikat menjadi penjaga penjaga Neraka,

        dan kami berikan nombor mereka (19)

(1)     untuk mengganggu orang orang yang ingkar,

(2)     untuk menyakinkan orang orang Kristian dan Yahudi

       (yang ini adalah kitab suci dari Tuhan),

(3)     untuk menguatkan iman orang orang yang ta'at,

(4)     untuk menghilangkan semua kesan keraguan dihati hati orang orang

       Kristian dan Yahudi, begitu juga dengan orang orang yang percaya, dan

(5)     untuk mendedahkan orang orang yang menyembunyikan keraguan dihati

       hati mereka, dan juga orang orang yang ingkar; mereka akan berkata,

       "Apakah yang Allah maksudkan dengan aligori ini?" Lantas Allah

       membiarkan sesat sesiapa saja yang Dia kehendaki, dan membimbing

       sesiapa saja yang Dia kehendaki. Tiada siapa yang tahu askar askar

       Tuhan kamu melainkan Dia. Ini adalah suatu penyataan untuk manusia.

32.     Sudah pasti, (Aku bersumpah) dengan bulan.

33.     Dan malam apabila ianya berlalu.

34.     Dan pagi apabila ianya bersinar.

Salah Satu Dari

Mukjizat Mukjizat Yang Besar

35.     Ini adalah salah satu dari mukjizat mukjizat yang besar.*

36.     Suatu amaran kepada bangsa manusia.

37.     Bagi orang orang diantara kamu yang berkeinginan

       untuk maju kehadapan, ataupun berundur.

38.     Setiap roh telah terperangkap dengan dosa dosanya.

39.     Melainkan bagi orang orang yang disebelah kanan.

40.     Sementara didalam Syurga, mereka akan bertanya.

41.     Tentang para pesalah.

42.     "Apakah sebabnya yang membawa kamu kepada hukuman ini?"

43.     Mereka akan berkata, "Kami tidak mengerjakan sembahyang (Salat)

44.     "Kami tidak memberikan makan kepada orang orang miskin.

45.     "Kami melakukan kesalahan bersama sama dengan orang orang yang

        membuat kesalahan.

46.     "Kami tidak percayakan kepada Hari Pengadilan.

47.     "Hinggakan keyakinan datang kepada kami kini?"

48.     Perantaraan dari perantara perantara tidak akan dapat menolong kami.

49.     Kenapakah mereka terlalu membenci kepada amaran ini?

50.     Berlari seperti zibra zibra.

51.     Yang cuba lari dari singa!

52.     Adakah setiap dari mereka itu berkehendak mendapatkan

       kitab bersendirian?

53.     Sesungguhnya, mereka tidaklah takutkan Akhirat.

54.     Sesungguhnya, ini adalah suatu peringatan.

55.     Bagi orang orang yang berkeinginan untuk merenungkan.

56.     Mereka tidak dapat mengambil perhatian tanpa kehendak dari Allah.

       Dia adalah sumber ketakwahan ; Dia adalah sumber pengampunan.

_____________________________________________________________________________

*74:30-35 “Satu dari mukjizat mukjizat yang besar memberikan bukti fizikal yang pertama

sebenarnyalah Quran ini adalah mesej dari Allah untuk dunia. Asas mukjizat 19, memberi

penjelasan dengan sepenuhnya diAppendik 1.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org