Surah 73: Al-Muzzammil
Yang Berselubung    1 - 20.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Wahai kau yang berselubung.

2.        Bertaffakurlah diwaktu malam, kecuali jarang jarang.

3.        Separuh darinya, ataupun sedikit kurang.

4.        Ataupun lebih dari sedikit. Dan bacalah Quran dari mula hingga habis.

5.        Kami akan memberikanmu mesej yang berat.

6.        Bertaffakur diwaktu malam itu adalah lebih berkesan, dan lebih takwah.

7.        Kamu telah mempunyai masa yang banyak semasa siang hari untuk

       perkara perkara yang lainnya.

8.        Kamu mestilah memujikan nama Tuhan kamu, untuk datang dekat

       dan lebih dekat kepadaNya.

9.        Tuhan bagi timur dan barat; tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Kamu

       mestilah memilihNya sebagai penyokong kamu.

10.     Dan sentiasa bersabar menghadapi percakapan percakapan mereka, dan

       berpalinglah dari mereka dengan cara yang baik.

11.     Dan biarkanlah Aku yang membuat perhitungan dengan pengingkar

       pengingkar, yang telah dirahamati dengan mewahnya; berikanlah

       mereka sedikit masa.

12.     Kami mempunyai hukuman yang dahsyat, dan Neraka.

13.     Makanan yang sangat susah untuk ditelan, dan hukuman yang menyakitkan.

14.     Harinya akan tiba apabila bumi dan gunung gunung akan bergegar, dan gunung

       gunung akan bertukar menjadi timbunan yang ringan.

15.     Kami telah menghantar kepada kamu seorang rasul, sebagaimana telah kami

menghantarkan kepada Fir'aun seorang rasul.

16.     Fir'aun telah mengingkari rasul dan, akibatnya, kami menghukumnya dengan

       dahsyat sekali. 

17.     Jika kamu mengingkarkan, bagaimana pula dapat kamu mengelakkan satu hari

       yang sangat dahsyat dimana ianya akan menjadikan bayi bayi beruban?

18.     Cekrawala akan menjadi hancur berkecai disitu. PerjanjianNya adalah benar.

19.     Ini adalah satu amaran; sesiapa saja berkehendakkan, biarkanlah dia memilih

       jalan kepada Tuhannya.

20.     Tuhanmu tahu yang kau bertaffakur pada waktu dua pertiga dari

        malam, ataupun separuh darinya, ataupun satu pertiga darinya, dan

        ada juga diantara orang orang yang percaya bersama samamu. Allah

        telah membentukkan malam dan siang, dan Dia tahu yang kau tidak

        dapat melakukan ini selalu. Dia telah mengampunkanmu. Sebaliknya,

        kau mestilah membaca apa yang kau boleh didalam Quran. Dia tahu

        ada diantara kamu mungkin sakit, yang lainnya mungkin berpergian

        untuk mencari rezeki rezeki Allah, dan yang lainnya mungkin berjuang

        dijalan Allah. Kau mestilah membaca apa yang kau boleh darinya, dan

        kerjakan sembahyang (Salat), dan berikanlah derma yang diwajibkan

        (Zakat), dan pinjamilah Allah suatu pinjaman berupa kebajikan. Apa

        saja kebaikan yang kamu hantarkan kedepan bagi pihak rohmu, kamu

        akan mendapatinya disisi Allah jauh lebih baik lagi dan ganjaran yang

        mewah. Dan bermohonlah kepada Allah untuk pengampunan.

        Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi

        Maha Penyayang.

 


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org