Surah 72: Al-Jinns
Jin    1 - 28.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Katakanlah, "Aku telah diinspirasikan yang segolongan para jin mendengarkan,

       lalu berkata, 'Kami telah mendengar sebuah Quran yang amat hebat.

2.        " 'Ianya membimbing kepada kebenaran, dan kami telah percaya kepadanya;

        kami tidak akan mengada adakan pujaan pujaan disamping Tuhan kami.

3.        " 'Yang Maha Tinggi adalah Tuhan kami sahaja. Dia tidak pernah mempunyai

       pasangan mahupun seorang anak lelaki.

4.        " 'Ianya  adalah  yang bodoh diantara kami yang pernah melafazkan kata kata

       yang tidak bermakna berkenaan Allah.

5.        " 'Kami berfikir tiada dari manusia, tidak juga dari para jin, akan berani melafazkan

kebohongan terhadap Allah.

6.        " 'Manusia pernah mencari kekuasaan melalui makhluk jin, tetapi mereka

        hanyalah mengenakan banyak penderitaan.

7.        " 'Mereka berfikir, seperti mana yang kamu fikirkan, yang Allah tidak akan

        menghantarkan (rasul) lagi.

8.        " 'Kami telah menyentuh cekrawala dan mendapatinya dipenuhi dengan

       penjaga penjaga dan pelancar pelancar yang menggerunkan.

9.        " 'Kami telah duduk disana supaya dapat mengintip. Sesiapa yang mendengar

       akan dikejar dengan pelancar pelancar yang amat kuat.

10.     " 'Kami tidak mempunyai idea jika sebarang kejahatan dirancangkan untuk

       penduduk penduduk bumi, ataupun jika Tuhan mereka kehendaki untuk

       menebus mereka.

11.     " 'Ada diantara kami yang benar, dan ada yang kurang kebenarannya;

       kami mengikuti jalan yang berbagai bagai.

12.     " 'Kami tahu dengan sepenuhnya yang kami tidak mungkin dapat melarikan diri

       dari Allah diatas Bumi; dan kami tidak akan dapat melarikan diri dan terlepas.

13.     " 'Apabila kami mendengar akan petunjuk, kami percaya terhadapnya. Sesiapa

       yang percaya kepada Tuhannya tidak pernah akan merasakan sebarang ketidak adilan,

       dan tidak juga sebarang penderitaan.

14.     " 'Diantara kami ada yang menyerahkan diri diri sepenuhnya (kepada Allah), dan

       diantara kami ada yang bekompromi.' " Bagi orang orang yang menyerahkan diri

       (kepada Allah), mereka berada dijalan yang benar.

15.     Bagi yang berkompromi, mereka akan menjadi bahan bakaran diGehenna. 

16.     Jika mereka tetap dijalan yang benar, kami akan merahmati mereka dengan

       air yang banyak.

17.     Sudah tentu akan kami mencuba mereka semuanya. Baginya yang mengingkari

       mesej dari Tuhannya, Dia akan mengarahkannya kepada hukuman yang sentiasa

       ditambahkan.

18.     Tempat untuk menyembah adalah kepunyaan Allah; janganlah memanggil kepada

       sesiapa pun melainkan Allah.

Rasul Allah Yang Di-Janjikan*

19.     Apabila hamba Allah* menyeru kepada Dia sahaja, hampir kesemuanya mereka

berkumpul menjadi satu untuk menentangnya.

20.     Katakanlah, "Aku hanya menyembah Tuhanku; aku tidak pernah mengada

       adakan pujaan pujaan disampingNya."

21.     Katakanlah, "Aku tidak mempunyai kuasa untuk memudharatkan kamu, dan

       tidak juga untuk membimbingkan kamu."

_______________________________________________________________________________

*72:1-28 Rasul disini namanya, melalui matematika adalah “Rashad Khalifa,” yang mana Allah

telah dedahkan kepadanya berkenaan akhirnya dunia (Appendik 25). Nombor ayat dari 1:1

hingga ke 72:27, dimana rasul telah disebutkan, adalah 5472, 19 x 72 x 4. PerkataanRashada

telah disebut sebanyak 4 kali disurah 72. Nilai bagiRashadaadalah 504, dan 504 + 28

(ayat ayat bagi Surah 72) adalah 532, 19 x 28. Nilai bagi “Rashad Khalifa”

(1230) + 72 + 28 = 1330 = 19 x 70). Digit digit bagi Surah 72 dan nombor  bagi

ayat ayatnya (28)dicampurkan menjadi 7 + 2 + 2 + 8 = 19. Juga penyataan yang

gentinghanya kepada rasul yang Dia pilihmempunyai nilai 1919, 19 x 101.

________________________________________________________________________________

22.     Katakanlah, "Tidak ada sesiapa pun yang akan dapat melindungiku dari Allah,

       dan tidak juga akan aku mendapati sebarang perlindungan yang lain selainNya.

23.     "Aku menyampaikan pengumuman pengumuman dan mesej mesej Allah."

       Orang orang yang mengingkari Allah dan rasulNya akan menerima api Neraka,

       dimana mereka akan tinggal untuk selama lamanya.

24.     Apabila saja mereka melihat apa yang telah menunggu mereka, mereka akan

       mengetahui siapakah yang benar benar lemah dalam berkuasa, dan

       sedikit didalam bilangan.

25.     Katakanlah, "Aku tidak tahu apa yang telah dijanjikan untuk kamu akan berlaku

       dengan segera, ataupun jika Tuhanku akan melambatkannya untuk seketika."

26.     Dialah yang Maha Mengetahui tentang masa hadapan; sesungguhnya, Dia tidaklah

       menerangkan tentang masa hadapan kepada sesiapa pun.

27.     Hanyalah kepada rasul yang Dia pilih,* akan Dia terangkan tentang masa lampau

       dan masa hadapan, dengan berita berita yang telah ditentukan.*

28.     Ini adalah untuk memastikan yang mereka telah menyampaikan mesej mesej Tuhan

       mereka. Dia amatlah sedar akan apa yang mereka punyai. Sesungguhnya, Dia telah

       mengira bilangan bilangan bagi segala sesuatu.     


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org