













|
Surah 71: Nuh
Nuh 1 - 28.
|

Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang
1.
Kami telah
menghantar Nuh kepada kaumnya: "Kamu mestilah memberikan
amaran kepada
kaummu sebelum hukuman yang menyakitkan mengena mereka."
2.
Dia berkata,
"Wahai kaumku, aku adalah pemberi
amaran yang nyata bagi kamu.
3.
"Untuk menyedarkan kamu yang kamu mestilah sembah
Allah, menghormatiNya,
dan ta'atilah
aku.
4.
"Barulah Dia akan mengampuni
kamu dosa dosa kamu dan
menangguhkan
kamu hingga
kemasa yang telah ditetapkan. Sudah pasti, ketetapan Allah tidak
pernah ditangguhkan,
apabila saja ianya dijangkakan tiba, jika kamu
hanyalah
mengetahuinya.
5.
Dia berkata,
"Tuhanku, aku telah mengundang kaumku malam dan
siang.
6.
"Tetapi pengundanganku hanyalah menambahkan kebencian mereka.
7.
"Setiap kali apabila saja aku
mengundang mereka supaya mendapatkan pengampunan
dariMu, mereka
meletakkan jari jari mereka ketelinga
telinga mereka, tutup diri diri
mereka dengan
pakaian pakaian mereka, berkeras dan berpaling dengan
sombong.
8.
"Kemudian aku mengundang mereka dikhalayak ramai.
9.
"Lalu aku mengumumkan kepada mereka dengan
sekuatnya, dan aku berbicara
kepada mereka
bersendirian.
10. "Aku berkata, 'Bermohonlah
kepada Tuhan kamu untuk pengampunan;
sesungguhnya, Dialah
yang Maha Pengampun.
11. " 'Barulah Dia akan menghujani
kamu dengan hujan yang banyak.
12. "
'Dan memberikan kamu wang dan anak
anak, dan taman taman,
dan sungai
sungai.' "
13. Kenapakah tidak kamu berjuang untuk
menghormati Allah?
14. Dia Sahajalah yang menciptakan kamu berperingkat peringkat.
15. Tidakkah kamu sedar
yang Allah telah
menciptakan tujuh semesta alam
berlapis lapis.
16. Dia telah membentukkan
bulan didalamnya untuk memberikan cahaya,
dan meletakkan
matahari untuk menjadi lampu.
17. Dan
Allah membiakkan
kamu dibumi seperti tumbuh tumbuhan.
18. Lalu Dia kembalikan
kamu kedalamnya, dan tentu sekali
Dia
akan
mengeluarkan kamu.
19. Allah menjadikan bumi supaya boleh didiami
oleh kamu.
20. Supaya kamu bolehlah
membuat lorong lorong didalamnya.
21. Nuh berkata, "Tuhanku, mereka mengingkariku, dan mengikuti orang
orang yang lebih
lagi korup setelah dirahmati dengan wang dan
anak anak.
22. "Mereka merancang dengan rancangan rancangan yang dahsyat.
23. "Mereka berkata, 'Janganlah tinggalkan tuhan tuhan kamu.
Janganlah
tinggalkan Wadd,
Suwaa', Yaghout, Ya'ooq, dan Nasr.'
24. "Mereka menyesatkan banyak. Dari itu, biarkanlah orang orang yang
zalim itu
terus terjerumus dengan kerugian yang lebih dalam lagi."
25. Oleh kerana dosa
dosa mereka, mereka telah ditenggelamkan
dan ditempatkan
keapi neraka. Mereka tidak akan mendapatkan penolong penolong untuk
melindungi mereka dari Allah.
26. Nuh juga berkata,
"Tuhanku, janganlah tinggalkan seorang pun yang ingkar
diatas bumi.
27. "Kerana jika kau
membiarkan mereka, mereka itu hanyalah
akan menyesatkan
hamba hambamu
yang akan melahirkan tidak lain hanyalah pengingkar
pengingkar yang zalim.
28. "Tuhanku, ampunilah aku dan ibu
bapaku, dan sesiapa yang masuk kerumahku
sebagai orang
orang yang percaya, dan semua lelaki
lelaki dan perempuan
perempuan yang percaya.
Tetapi janganlah berikan orang orang
yang ingkar
apa apa melainkan penghapusan."
Back Home
Copyright © 1997-2003 Submission.org