Surah 7: Al-A’araf
(Tempat Penungguan).
1 – 206

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

1.            A.L. M. S.* (Alif. Lam. Mim. Saad.)

2.            Kitab ini telah diturunkan kepada kamu – janganlah kamu menyimpan keraguan

didalam hati kamu berkenaannya -  supaya dapat kamu memberikan amaran dengannya,

dan juga dapat memberikan peringatan kepada orang orang yang percaya.

3.            Kesemuanya kamu mestilah mengikut apa yang diturunkan kepada kau dari Tuhanmu;

Jangan sekali kali kamu mengikuti sekutu sekutu disamping Allah. Jarang sekali

dapat kamu merenungkan.

4.           Banyak komuniti yang telah kami hapuskan; mereka telah mendapat hukuman semasa

mereka sedang tidur, atau sedar sepenuhnya.

5.           Perkataan mereka apabila hukuman kami datang kepada mereka: “Sesungguhnya, kamilah

yang telah melampaui batas.” 

6.            Tentu sekali kami akan menyoal orang orang yang menerima mesej, dan juga akan kami

menyoal para rasul kami.

7.           Kami akan memberitahu dengan autoritatif yang sesungguhnya kami tidak pernah tiada.

8.           Skala akan diletakkan pada hari itu, dengan saksamanya. Orang orang yang pertimbangan

mereka berat, maka merekalah orang orang yang menang.

9.           Bagi orang orang yang pertimbangannya ringan, merekalah orang orang yang kehilangan

roh roh mereka,* akhibat dari perbuatan mereka yang tidak mempedulikan revelasi revelasi

kami dengan ketidak adilan.

_______________________________________________________________________________

*7:1 Lihat Appendik 1 tugas bagi huruf huruf permulaan didalam Quran mukjizat matematika.

*7:9 Gagal untuk mengambil peringatan tentang Pencipta kita membawa kepada kemiskinan dan

"kehilangan" roh.

_______________________________________________________________________________

10.         Kami telah mewujudkan kamu dibumi, dan kami telah memberikan peruntukkan untuk

membantu kamu dengan kesemuanya itu. Jarang sekali dapat kamu tahu bersyukur.

11.         Kami telah menciptakan kamu, dan kami membentukkan kamu, lalu kami berkata kepada

para malaikat, “Jatuhlah sujud kepada Adam.” Mereka semua pun jatuh sujud, melainkan

Iblis (Syaitan);  dia tidaklah bersama sama dengan mereka yang sujud.

Percubaan Bermula.

12.         Dia berkata, “Apa yang menahan kamu dari bersujud apabila Aku perintahkan engkau?”

Dia berkata, “Aku lebih baik dari dia; Engkau telah ciptakan aku dari api, sedangkan

dia diciptakan dari lumpur.”

13.         Dia berkata, “Dari itu, engkau mesti turun dari sini, kerana engkau tidak boleh sombong

disini. Keluar; engkau telah tercemar.”

14.         Dia berkata, “Izinkan aku dengan suatu penangguhan, sehingga Hari Kebangkitan.”

15.         Dia berkata, “Engkau telah diizinkan dengan penangguhan.”

16.         Dia berkata, “Disebabkan Engkau berkehendakkan yang aku telah tersesat,* aku akan

melalaikan mereka dari jalan Engkau yang lurus itu.

17.         “Aku akan mendatangi mereka sebelumnya, dari belakang mereka, dan dari kanan

dan kiri mereka, dan Engkau akan dapati yang kebanyakkan dari mereka itu tidak tahu

bersyukur.”

18.         Dia berkata, “Keluar sekarang juga, dengan kehinaan dan kekecewaan. Bagi sesiapa

yang mengikuti engkau, Aku akan penuhkan Neraka bersama sama dengan engkau semua.

19.         “Dan bagimu, Adam, tinggallah bersama isteri engkau didalam syurga ini, makanlah

sesukamu, dan jangan sekali kamu mendekati pokok yang satu ini, agar tidak kamu

jatuh kedalam dosa.” 

20.         Syaitan membisikkan kepada mereka, supaya dapat ditunjukkan tubuh tubuh mereka,

yang mana tidak dapat dilihat oleh mereka. Dia berkata, “Tuhan kamu tidak haramkan

pokok ini kepada kamu, melainkan hanya untuk menahan kamu dari menjadi para

malaikat, dan untuk mendapatkan kewujudan yang abadi.” 

21.         Dia bersumpah kepada mereka, “Aku hanya memberikan kamu nasihat yang baik.”

22.         Lantas dia telah menjadikan mereka mangsa penipuan. Apabila saja mereka merasa

pokok itu, tubuh tubuh mereka itupun dilihatkan kepada mereka, dan mereka cuba untuk

menutupi diri diri mereka itu dengan daun daun dari syurga. Tuhan mereka memanggil

mereka; “Tidakkah Aku melarang kamu dari pokok itu, dan memberi kamu amaran yang

syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata?”

23.         Mereka berkata, “Tuhan kami, kami telah menzalimi roh roh kami, melainkan jika Engkau

ampunkan kami dan belas kasih kepada kami, jika tidak kami akan menjadi orang orang

yang rugi.”

24.         Dia berkata, “Turunlah kebawah sebagai musuh musuh diantara kamu dengan lainnya.

Dibumi inilah akan menjadi tempat pembiasaan dan peruntukkan untuk sementara waktu.”

25.         Dia berkata, “Darinya kamu akan hidup, dan darinya juga kamu akan mati, dan dengan

itu juga kamu akan dibawa keluar.”

26.         Wahai anak anak Adam, kami telah mengadakan untuk kamu pakaian bagi menutupi tubuh

tubuh kamu, begitu juga dengan kehidupan yang mewah. Tetapi sebaik baik pakaian

ialah mengamalkan kebaikan. Ini adalah salah satu dari tanda tanda Allah, supaya dapat

mereka merenungkannya.

_______________________________________________________________________________

*7:16 Syaitan telah terbukti pembohong, begitu juga pengikut pngikut mereka (lihat 2:36, 6:22-23, & 7:20-22).

_______________________________________________________________________________

27.         Wahai anak anak Adam, jangan jadikan diri diri kamu mangsa penipuan syaitan yang mana

dia telah menjadikan ibu bapa kamu terusir dari Syurga, dan menanggalkan pakaian mereka

untuk menunjukkan tubuh tubuh mereka. Dia dan sukunya nampak kamu, sementara kamu

tidak nampak mereka. Kami melantik syaitan untuk menjadikan teman teman kepada orang

orang yang ingkar.

Periksa Semua

Pewarisan

Yang Di-Informasikan.

28.         Mereka telah melakukan dosa besar, lalu berkata, “Kami mendapati ibu bapa ibu bapa kami

melakukannya, dan Allah telah memerintahkan kami supaya melakukan serupa.” Katakan,

Allah tidak pernah jadi penyokong penyokong dosa. Adakah kamu mengatakan berkenaan

Allah apa yang tidak kamu ketahui?”

29.         Katakanlah, “Tuhan kami penyokong penyokong bagi keadilan, dan berdiri kami

dengan mengabdikan untuk Dia sahaja disetiap tempat penyembahan. Kamu

mestilah mengabdikan penyembahan kamu semata mata untuk Dia sahaja. Sebagimana

Dia telah menganjurkan kepada kamu, akhirnya kepada Dia sahajalah yang kamu akan

dipulangkan.”

Awas: Mereka Percaya

Yang Mereka

Mendapat Bimbingan.

30.         Ada yang Dia bimbing, sementara yang lainnya telah komitkan kepada kesesatan. Mereka

telah mengambil syaitan syaitan sebagai tuan tuan mereka, daripada Allah, bagaimanapun

mereka masih percaya yang mereka itu telah mendapat bimbingan.

          Berpakaian Cantik Bila Kemasjid.

31.         Wahai anak anak Adam, kamu mestilah bersih dan berpakaian cantik apabila kamu pergi

kemasjid. Makan dan minumlah dengan sederhana; Tentu sekali, Dia tidak menyukai

orang orang yang pelahap.

Innovasi Tentang

Pengharaman Di-Kutuk.

32.         Katakanlah, “Siapakah yang mengharamkan barang barang cantik yang Allah telah

ciptakan untuk makhluk makhlukNya, dan peruntukkan peruntukkan yang baik?”

Katakanlah, “Peruntukkan peruntukkan sedemikian sepatutnya dinikmati bagi kehidupan

disini oleh orang orang yang percaya. Lebih lebih lagi, peruntukkan peruntukkan yang

baik yang akan diperuntukkan untuk mereka mereka pada Hari Kebangkitan kelak.”

Lantas kami menerangkan revelasi revelasi kami kepada orang orang yang tahu.

33.          Katakanlah, “Tuhan kami mengharamkan hanya perbuatan jahat, biarpun mereka lakukan

dengan terang ataupun dirahsiakan, dan dosa dosa, juga pengimbangan tentang pencerobohan,

dan mengadakan selain Allah sekutu sekutu yang tidak mempunyai kuasa, dan mengatakan

berkenaan Allah apa yang tidak kamu ketahui.

34.         Setiap komuniti, telah ditentukan tempuh ajal mereka. Sebaik saja penungguan masanya sampai

kepenghujungannya, mereka tidak boleh berlengah walau satu jam pun, dan tidak juga

boleh dimajukan kehadapan.

Para Rasul

Dari Kalangan Kamu.

35.         Wahai anak anak Adam, apabila para rasul datang kepada kamu dari kalangan kamu sendiri,

dan membacakan revelasi revelasi kami kepada kamu, bagi sesiapa yang dapat merenungkan

dan menjalani kehidupan yang benar, tidak ada apa yang mesti ditakutkan dan juga besedih.

36.         Bagi sesiapa yang mengingkari revelasi revelasi kami, dan terlalu sombong untuk

mendukungnya, mereka akan dimasukkan keNeraka, dimana mereka akan tinggal kekal

untuk selama lamanya.

37.         Siapakah yang lebih zalim dari orang orang yang menciptakan pembohongan terhadap

Allah, ataupun mengingkari revelasi revelasiNya? Inilah yang akan mendapatkan bahagian

mereka, dengan mengikut keputusan dari kitab, lalu, apabila para rasul kami datang untuk

menamatkan ajal ajal mereka, mereka akan berkata, “Dimanakah pujaan pujaan yang

kamu biasa menyerunya disamping Allah?” Mereka akan berkata, “Mereka telah

tinggalkan kami.” Mereka akan bersaksi bertentangan dengan diri diri mereka bahwa

merekalah orang orang yang ingkar.

Saling Menyalahi.

38.         Dia akan berkata, “Masuklah bersama dengan komuniti yang dahulu dari para jin dan

manusia manusia kedalam Neraka.” Setiap kali kumpulan itu masuk, mereka akan

menyumpah kumpulan nenek moyang mereka. Serentak saja mereka kesemuanya

berada didalam, yang baru akan berkata kepada yang dahulunya, “Tuhan kami, inilah

dia yang menipu kami. Berikanlah kepada mereka hukuman Neraka yang digandakan”

dia akan berkata, “Tiap tiap seorang akan menerima sekali ganda, tetapi kamu tidak

tahu.”

39.         Kumpulan nenek moyang akan berkata dengan kumpulan yang baru, “Sejak kamu

mempunyai kelebihan dari kami, rasakanlah hukuman dari dosa dosa kamu sendiri.”

Mengingkarkan Revelasi Revelasi Allah:

Kesalahan yang Tidak

Boleh Dimaafkan.

40.         Tentu sekali, orang orang yang mengingkari revelasi revelasi kami dan terlalu sombong untuk

mendukungnya, pintu pintu langit tidak akan dibukakan untuk mereka, tidak juga mereka

dapat memasuki syurga sehingga unta masuk melalui lubang jarum. Lantas kami memberikan

balasan kepada orang orang yang salah.

41.         Mereka akan memasuki Neraka sebagai tempat tinggal;  dan juga akan diadakan sekatan

diatas mereka. Lantas kami membalas orang orang yang melampaui batas.

42.         Bagi mereka yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar -  kami tidak pernah

membebani sebarang roh melebihi kemampuannya -  mereka ini akan menjadi penghuni

Syurga. Mereka akan tinggal kekal didalamnya untuk selama lamanya.

Limpah Kurnia Dari Allah.

43.         Kami akan pindahkan semua perasaan cemburu dari hati hati mereka. Air sungai sungai

akan mengalir dibawah mereka, dan mereka akan berkata, “Segala kepujian bagi Allah

kerana membimbing kami. Kami tidak mungkin akan mendapat bimbingan, kalau sekiranya

Allah tidak membimbing kami. Sesungguhnya para rasul Tuhan kami itu telah membawa

kebenaran.” Mereka akan dipanggil:  Inilah Syurga kamu. Kamulah pewarisnya, sebagai

balasan diatas kerja kerja kamu.”

44.         Penghuni Syurga akan memanggil penghuni Neraka: “Kami telah mendapati yang

perjanjian Tuhan kami adalah benar, adakah kamu mendapat tahu yang perjanjian Tuhan

kamu itu satu kebenaran?” Mereka akan berkata, “Benar.” Dan pemberitahu diantara

mereka akan memberitahukan: “Kutukkan Allah telah ditujukan kepada orang orang

yang melampaui batas;  

45.         “Orang orang yang berpaling dari jalan Allah, dan berjuang cuba untuk merosakkannya,

dan berkenaan Hari Akhirat, mereka mengingkarinya.”

46.         Sekatan telah memisahkan mereka, sementara tempat Penungguan* telah dipenuhi oleh

manusia yang mengenali wajah wajah masing masing. Mereka akan memanggil penghuni

penghuni Syurga: “Keselamatan bagi kamu.” Mereka tidak masuk (Syurga) hanya

berfikiran dengan menginginkan saja. 

47.         Apabila mereka memalingkan pandangan pandangan mereka kepada penghuni penghuni

Neraka, mereka akan berkata, “Tuhan kami janganlah masukkan kami bersama sama

dengan orang orang yang zalim ini.” 

Banyak Yang Binasa.

48.          Penghuni penghuni ditempat Penungguan itu  akan memanggil orang orang yang

mengenali mereka dari wajah wajah mereka, lalu berkata, “Bilangan yang besar tidak

dapat menghasilkan kamu dengan bermacam cara, dan tidak juga kesombongan kamu.

49.         “Adakah orang orang itu yang kamu bersumpah yang Allah tidak akan menghulurkan

belas kasih?” (Orang orang yang ditempatkan Penungguan akan diberi tahukan), “Masuklah

kedalam Syurga; tidak ada apa yang mesti kamu takutkan dan kamu tidak juga akan

merasa sedih.”

_______________________________________________________________________________

*7:46-49 Permulaan, akan ada empat tempat: (1) Syurga yang Tertinggi, (2) Syurga yang Rendah,

(3) Tempat Penungguan, dan (4)Neraka. Orang orang diTempat Penungguan akan dinaikan keSyurga yang Rendah.

_______________________________________________________________________________

50.         Penghuni penghuni Neraka akan memanggil penghuni penghuni Syurga: “Berikanlah kami

sedikit air, ataupun sedikit pemberian pemberian dari Allah yang dapat dituangkan kepada

kami.” Mereka akan berkata, “Allah telah mengharamkannya dari diberikan kepada orang

orang yang ingkar.” 

51.         Orang orang yang tidak mengambil berat akan agama mereka, dan menghabiskan masa

mereka dengan kehidupan dunia, kami lupakan mereka pada hari itu, kerana mereka telah

melupakan hari itu, dan juga kerana mereka mengingkari dengan angkuhnya akan revelasi

revelasi kami.

Quran: Penuh Kesempurnaan.

52.         Kami telah berikan kitab dengan penuh kesempurnaan, dengan ilmu pengetahuan dan

penunjuk, dan juga belas kasih bagi orang orang yang percaya.

53.         Adakah mereka menunggu sampai semua (ramalan ramalan) telah terlaksana? Pada hari

yang ramalan demikian didatangkan, sesiapa yang tidak mengendahkannya pada dahulunya

akan berkata, “Para rasul dari Tuhan kami telah membawa kebenaran. Adakah penjamin

penjamin yang dapat memberikan jaminan? Bolehkah kamu menghantarkan kami balik,

supaya dapat kami merubahkan perangai kami, dan membuat kerja yang lebih baik dari apa

yang telah kami lakukan dulu?” Mereka telah kehilangan roh roh mereka, dan segala innovasi

innovasi mereka sendiri telah mengebabkan kebinasaan mereka.

54.         Tuhan kamu adalah Allah yang Esa; yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi

dalam enam hari,* dan memegang kesemua kekuasaan. Malam mengambil alih siang,

dengan menjalankan tugas yang berterusan, dan juga matahari, bulan dan bintang

bintang telah dikomitkan untuk mengabdikan dengan perintahNya. Tentu sekali, Dialah

yang berkuasa diatas segala ciptaan dan segala perintahNya. Sesungguhnya Allah yang

Maha Tinggi, Tuhan bagi sekelian alam.

55.         Kamu mestilah menyembah Tuhan kamu sama ada didepan khalayak ramai ataupun

dengan bersendirian; Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang orang yang

melampaui batas. 

56.         Janganlah korup diatas bumi ini setelah kesemuanya telah diaturkan denga lurus, dan

janganlah menyembahNya dengan tidak mensucikannya dan dengan tidak ada keyakinan

diri. Tentu sekali, belas kasih dari Allah telah dinikmati oleh orang orang yang benar.

57.         Dia Sahajalah yang menghantarkan angin dengan alamat yang baik, belas kasih dari tangan

tanganNya. Serentak saja mereka satukan segala awan awan yang berat, kami tujukan

dianya ketanah tanah yang mati, dan turunkan air darinya, untuk menghasilkan dengannya

berbagai bagai buah buahan. Lantas kami bangkitkan yang mati, supaya dapat kamu

merenungkannya.

58.         Tanah yang baik itu bersedia untuk mengeluarkan tanam tanaman dengan keredhaanNya,

sementara tanah yang tidak baik pula hampir tidak dapat mengeluarkan apa apapun  yang

berguna. Lantas kami terangkan revelasi revelasi kami kepada manusia yang tahu bersyukur.

Nuh.

59.          Kami hantarkan Nuh kepada kaumnya, dengan mengatakan, “Wahai kaumku, sembahlah

Allah; kamu tidak ada tuhan disamping Dia. Aku takut bagi kamu akan balasan dihari

yang amat mengerunkan itu.

60.         Pengetua diantara kaumnya berkata, “Kami nampak engkau telah tersesat jauh.”

61.         Dia berkata, “Wahai kaumku, aku bukannya sesat; Aku adalah rasul dari Tuhan semesta alam.

62.         “Aku sampaikan kepada kamu mesej mesej dari Tuhanku, dan aku menasihatkan kamu,

kerana aku tahu dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.

______________________________________________________________________________

  

*7:54 Kejadian selama enam hari itu hanyalah alegory saja; ianya hanya menunjukkan jarak

diantara perluasan perbezaan planet bumi kita yang amat kecil - ianya diciptakan selama empat

hari (lihat 41:10).

______________________________________________________________________________

63.          “Adakah sangat mengkagumkan kamu yang pemberi amaran mesti datang kepada kamu

dari Tuhan kamu, melalui lelaki seperti kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu,

dan membawa kamu menuju kehidupan yang benar, supaya kamu mendapat belas kasih?”

64.         Mereka mengingkarkannya. Akibatnya, kami selamatkan dia dan orang orang yang

bersama sama dia didalam bahtera, dan kami tenggelamkan orang orang yang

mengingkarkan revelasi revelasi kami; mereka benar benar kaum yang buta.

Hud.

65.          Kepada kaum ‘Ad kami hantarkan saudaranya Hud Dia berkata, “Wahai kaumku,sembahlah

Allah; kamu tidak ada tuhan disamping Dia. Tidakkah kamu mahu melakukan kebaikan?”

66.         Ketua yang ingkar dari kaumnya berkata, “Kami lihat yang engkau ini berperangai seperti

orang bodoh, dan juga kami fikir kamu ini pembohong.”

67.         Dia berkata, “Wahai kaumku, tidak ada kebodohan pada diriku; Aku adalah rasul dari

Tuhan semesta alam.

68.         “Aku sampaikan kepada kamu mesej mesej dari Tuhanku, aku menasihati kamu dengan

jujur.

69.         “Adakah sangat mengkagumkan kamu yang mesej ini sepatutnya datang dari Tuhan kepada

kamu, melalui lelaki seperti kamu, untuk memberi kamu amaran? Ingatlah yang Dia telah

jadikan kamu pewaris pewaris sesudah kaum Nuh, dan menggandakan bilangan kamu.

Ingatlah rahmat Allah, supaya kamu mendapat kejayaan.” 

Mengikut Ibu Bapa Ibu Bapa

Dengan Membuta

Tuli Adalah Tragedi Manusia.

70.         Mereka berkata, “Adakah kamu datang untuk menjadikan kami supaya menyembah

hanya Allah sahaja, dan meninggalkan apa yang ibu bapa ibu bapa kami telah sembah

dengan mengikuti kebiasaan mereka? Kami cabar kamu supaya kamu bawakan

kecelakaan yang kamu ugutkan kami, jika kamu orang orang yang benar.”

71.         Dia berkata, “Kamu telah mendapat kutukkan dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah

kamu ingin bertengkar dengan aku demi untuk mempertahankan segala innovasi innovasi

yang kamu reka rekakan itu – kamu dan ibu bapa ibu bapa kamu – yang mana tidak pernah

diberikan kuasa oleh Allah? Dari itu, tunggulah dan aku pun akan menunggu bersama

sama kamu.”

72.          Maka kami pun menyelamatkan dia dan orang orang yang bersamanya, dengan belas kasih

dari kami, dan kami hapuskan orang orang yang ingkarkan revelasi revelasi kami itu dan juga

orang orang yang berpaling dari menjadi orang orang yang percaya.

Salleh.

73.         Kepada kaum Thamud kami hantarkan saudara mereka Salleh. Dia berkata, “Wahai kaumku,

sembahlah Allah; kamu tidak ada tuhan disampingNya. Bukti telah diberikan kepada kamu

dari Tuhan kamu: ini adalah unta Allah, untuk dijadikan petanda bagi kamu. Biarlah dia

makan dari bumi Allah, dan jangan kamu memegang untuk mencederakannya, nanti

kamu akan mendapat hukuman yang amat menyakitkan.

74.         “Ingatlah yang Dia telah menjadikan kamu pewaris pewaris sesudah kaum ‘Ad, dan

telah memantapkan kamu dibumi ini, mendirikan rumah rumah besar dilurah lurah dan

mengukir rumah rumah dari gunung gunung. Kamu mestilah mengingati rahmat yang

Allah kurniakan dan janganlah kamu berjelajah untuk korup dimuka bumi ini.”

Perutusan: Bukti

Menunjukkan Kerasulannya.

75.         Ketua ketua yang sombong dari kaumnya berkata kepada orang orang biasa yang telah

percaya, “Bagaimana kamu tahu yang Salleh dihantar oleh Tuhan dia?’ Mereka berkata,

utusan yang dibawanya telah menjadikan kami orang orang yang percaya.”

76.         Yang sombong berkata, “Kami mengingkarkan apa yang kamu percaya kepadanya.”

77.         Sejurus kemudian, mereka pun menyembelih unta itu, kerana mereka menentang

perintah Tuhan mereka, dan berkata, “Wahai Salleh, datangkanlah laknat yang engkau

ancamkan kepada kami, kalau sebenarnya engkau seorang rasul.”

78.         Akibatnya, gempa bumi menghapuskan mereka semua, dengan membiarkan mereka

mati didalam rumah rumah mereka.

79.          Dia berpaling jauh dari mereka, dengan mengatakan, “Wahai kaumku, aku telah sampaikan

mesej dari Tuhanku kepada kamu, dan menasihati kamu, tetapi kamu tidak menyukai

sebarang nasihat.”

Lut:

Homoseksual Di-Kutuk.

80.          Lut berkata kepada kaumnya, “kamu telah melakukan perbuatan yang sangat keji; tidak

seorang pun didunia ini melakukannya sebelum ini! 

81.         “Kamu melakukan perhubungan sek dengan laki laki sepatutnya dengan perempuan.

Sesungguhnya, kamu adalah orang orang yang melampaui batas.”

82.         Kaumnya membalas dengan berkata, “keluarkan mereka dari bandar kamu. Mereka

adalah orang orang yang ingin menyucikan diri diri mereka .”

83.         Akibatnya, kami selamatkan dia dan keluarganya, tetapi bukanlah isterinya; dia telah

bersama sama dengan orang orang yang dilaknati.

84.          Kami menghujani mereka dengan sesuatu pancuran; Ingatlah akan akibatnya bagi orang

orang yang bersalah..

Shuib: Penipuan,

Tidak Amanah Di-Kutuk.

85.         Kepada Midyan kami hantarkan saudara mereka Shuib. Dia berkata, “Wahai kaumku,

sembah Allah; kamu tidak ada tuhan disamping Dia. Bukti telah datang kepada kamu

dari Tuhan kamu. Kamu mesti memberikan timbangan yang penuh dan ukuran yang

cukup apabila kamu berniaga. Jangan kamu menipu manusia tanpa hak hak mereka.

Jangan kamu berlaku korup dibumi ini setelah diaturkan dengan lurus. Ini adalah lebih

baik bagi kamu jika kamu adalah orang orang yang percaya.

86.          “Berhentilah dari menutupi tiap tiap laluan, dengan mencari cari untuk menentang orang

orang yang percaya kepada jalan Allah, dan janganlah cuba untuk menyelewengkan.

Ingatlah yang kamu itu asalnya hanya sedikit dan Dia telah melipat gandakan bilangan

kamu. Ingatlah akibat yang telah menimpa kepada orang orang yang zalim. 

87.         “Buat masa ini sebahagian dari kamu yang telah percaya dari apa yang telah diberikan

kepadaku, dan sebahagian telah mengingkarkan, tunggulah sampai Allah keluarkan

pertimbanganNya diantara kita; Sesungguhnya Dialah pengadil yang terbaik.”

88.         Ketua ketua yang sombong dari kaumnya berkata, “Kami akan keluarkan engkau, wahai

Shuib bersama sama dengan orang orang yang percaya, dari bandar kami, melainkan jika

engkau kembali kepada agama kami.” Dia berkata, “Adakah kamu mahu memaksa kami?

89.        “Kami akan menjadi kufur kepada Allah jika kami kembali kepada agama kamu

setelah Allah selamatkan kami darinya. Mana mungkin kami kembali kepadanya

dengan tidak diizinkan oleh Allah Tuhan kami? Ilmu Tuhan kami menguasai segala

galanya. Kami telah meletakkan kepercayaan kami kepada Allah. Tuhan kami,

berikan kami kemenangan yang muktamad kepada kaum kami. Engkaulah

penyokong yang terbaik.”  

90.         Ketua ketua yang ingkar dari kaumnya berkata, “Jika kamu mengikuti Shuib, kamu

akan menjadi orang orang yang rugi.”

91.         Gempa bumi telah menghapuskan mereka, dengan meninggalkan mereka mati didalam

rumah rumah mereka.

92.         Orang orang yang mengingkari Shuib telah lenyap, seakan akan mereka tidak pernah

wujud. Orang orang yang mengingkarkan Shuib itu adalah orang orang yang rugi. 

93.         Dia berpaling jauh dari mereka, dengan mengatakan, “Wahai kaumku,  aku telah sampaikan

kepada kamu mesej mesej dari Tuhanku, dan aku telah menasihati kamu. Mengapa

mesti aku bersedih terhadap orang orang yang ingkar.”

Rahmat Yang Terselindung.

94.         Bila masa, kami hantarkan nabi kepada sebarang komuniti, kami mengenakan manusia

itu dengan kesusahan dan kesukaran, supaya mereka dapat memohon.

95.          Dan kami menggantikannya dengan keamanan dan kemewahan dari kesukaran. Tetapi,

dengan tidak semena mena saja, mereka tidak mengambil peduli dan berkata, “Itu adalah

ibu bapa ibu bapa kami yang mengalami kesukaran sebelum mendapatkan kemewahan.”Akibatnya, kami menghukum mereka dengan tidak mereka sangkakan.

Kebanyakan

Dari Mereka Salah Memilih.

96.          Sekiranya manusia dari kaum kaum itu telah percaya dan melakukan amalan salih, kami

tentu akan mencucurkan rahmat rahmat dari langit dan bumi. Oleh kerana mereka telah

mengambil keputusan untuk mengingkarkannya, kami hukum mereka dengan apa yang

mereka amalkan. 

97.         Adakah manusia dari komuniti sekarang menjamin yang hukuman kami tidak akan

mendatangi mereka pada waktu malam semasa mereka tidur?

98.         Adakah manusia dari komuniti sekarang menjamin yang hukuman kami tidak akan

mendatangi mereka pada siang hari sementara mereka berleka.

99.          Adakah mereka mengambil ringan dengan rancangan rancangan Allah? Tidak

ada siapapun yang mengambil mudah dengan rancangan rancangan Allah melainkan

orang orang yang rugi.

100.        Tidakkah pewaris pewaris bumi itu pernah berfikir, jika  kami kehendaki, kami boleh

menghukum mereka kerana dosa dosa mereka, dan menguncikan hati hati mereka,

menyebabkan mereka berpaling, tuli? 

101.       Kami ceritakan kepada kamu riwayat kaum kaum yang lalu: para rasul mereka datang

kepada mereka membawa bukti bukti yang nyata, tetapi mereka tidak dapat percaya

dengan apa yang telah mereka ingkarkan dahulunya. Lantas Allah menguncikan hati hati

orang orang yang ingkar.

102.       Kami dapati kebanyakkan dari mereka memungkirkan perjanjian mereka; dan

kebanyakkan dari mereka adalah orang orang yang zalim.*

Musa.

103.       Selepas (para rasul itu) kami hantarkan Musa dengan tanda tanda kami kepada Fir’aun

dan kaumnya, tetapi mereka sangat melampaui batas, Lihatlah akibatnya bagi orang

orang yang zalim.

104.       Musa berkata, “Wahai Fir’aun, aku  adalah rasul dari Tuhan sekelian alam.

105.        Ini adalah kewajibanku yang aku tidak boleh mengatakan berkenaan Allah  melainkan

kebenaran. Aku datang kepada kamu dengan tanda dari Tuhan kamu; biarkanlah kaum

Israil pergi.”

106.        Dia berkata, “Jika engkau mempunyai tanda, tunjukkanlah, jika memang kamu yang benar.”

107.        Dia melontarkan tongkatnya, ianya bertukar menjadi ular yang amat mengkagumkan.

108.        Dia mengeluarkan tangannya, dan ianya putih sungguh menarik pandangan.

109.         Pengetua dari kaum Fir’aun berkata, ini tidak lebih dari ahli magik yang pintar.

110.      “ Dia hendak mengeluarkan kamu dari bumi kamu; apa yang kamu cadangkan?”

111.       Mereka berkata, “Hentikan dia dan saudaranya, dan hantarkan pemerintah

pemerintah ditiap tiap kota.

_______________________________________________________________________________

*7:102 Kehidupan ini adalah kesempatan yang terakhir untuk kita menebus dosa dosa kita, tetapi

kebanyakan manusia telah menunjukkan kedegilan dan menentang dan zalim (lihat Pendahuluan).

_______________________________________________________________________________

112.        “Biarkan mereka memerintahkan setiap ahli magik yang berpengalaman.”

113.        Ahli ahli magik datang kepada Fir’aun dan berkata, “Bolehkah kami mendapat

upah jika kami menjadi pemenang pemenang?”

114.        Dia berkata, “Ya, tentu sekali; malah kamu tersangat dekat dengan aku.”

115.        Mereka berkata, “Wahai Musa sama ada engkau lempar, ataupun kamu yang melempar.”

116.        Dia berkata, “Kamulah yang melempar.” Apabila mereka melempar, mereka telah

menipu mata mata manusia, meintimidasikan mereka, dengan menunjukkan mereka

kepada magik yang besar.

117.       Lalu kami meinspirasikan kepada Musa; “Lontarkan tongkat engkau,” maka ianya pun

menelan apa saja yang mereka telah reka rekakan.

Kebenaran Telah

Di-Kenal Pastikan Oleh Yang Ahli.

118.        Lantas kebenaran telah dapat diatasi, dan apa yang mereka lakukan itu telah terbatal.

119.        Mereka telah dikalahkan ketika itu disana; mereka telah mendapat kehinaan.

120.        Ahli magik jatuh sujud.

121.         Mereka berkata “Kami percaya kepada Tuhan semesta alam.

122.        “Tuhan kepada Musa dan Harun.”

123.        Fira’un berkata, “Mestikah kamu mempercayai dia tanpa keizinanku? Ini tentu sekali

konspirasi yang kamu rancangkan didalam bandar ini, demi kerana hendak mengambil

orang orangnya keluar. Tentu sekali kamu akan dapat ketahuinya.

124.        “Akan aku potong tangan tangan dan kaki kaki kamu dengan bersilang silang, dan aku

akan salib kamu semua.”

125.        Mereka berkata, “Kami akan dipulangkan kepada Tuhan kami.

126.        “Kamu menyeksa kami hanya kerana kami telah percaya dengan bukti bukti dari

Tuhan kami yang telah datang kepada kami.” “Tuhan kami berikanlah kami kesabaran

dan matikanlah kami sebagai orang orang yang memberi sepenuh penuh penyerahan

(kepadaMu).”

127.       Ketua diantara orang orang Fir’aun berkata, “Mestikah engkau membiarkan Musa dan

kaumnya korup dibumi ini, dan meninggalkan engkau dan tuhan tuhan engkau?” Dia

berkata, “Kami akan bunuh anak anak lelaki mereka dan membiarkan anak anak

perempuan mereka. Kami lebih lagi kuat dari mereka.”

128.       Musa berkata kepada kaumnya, “Mintalah pertolongan Allah, dan sabar serta tabahlah.

Bumi ini kepunyaan Allah, dan dia membantu kepada sesiapa saja yang Dia pilih diantara

hamba hambaNya. Akhirnya kemenangan dimiliki oleh orang orang yang benar.”

129.       Mereka berkata, “Kami telah disiksa sebelum engkau datang kepada kami, dan sesudah

engkau datang kepada kami.” Dia berkata, “Tuhan kamu akan hapuskan musuh kamu dan

memantapkan kamu dimuka bumi ini, dan Dia akan melihat bagaimana tengkah kamu pula.”

Wabak Wabak.

130.       Maka kami mengenakan kepada orang orang Fir’aun itu dengan kemarau, dan kekurangan

tanam tanaman, supaya mereka dapat mengambil peringatan.

131.       Apabila petanda petanda yang baik mendatangi mereka, mereka berkata, “Kami layak

mendapatkan ini,” tetapi apabila kesukaran menimpa mereka, Musa dan orang orang

yang bersama dengannya dipersalahkan. Sebenarnya, petanda petanda mereka itu telah

ditentukan oleh Allah, tetapi kebanyakkan dari mereka tidak ketahui.

132.        Mereka berkata, “Walau apa petanda sekalipun yang kamu tunjukkan kepada kami itu,

untuk menipu kami dengan magik kamu, kami tetap tidak akan percaya.”

Amaran Amaran

Yang Tidak Di-Pedulikan.

133.       Akibatnya, kami turunkan banjir, belalang belalang juta, kutu, katak katak dan darah –

tanda tanda  yang nyata. Tetapi mereka tetap juga menyombongkan diri. Merekalah orang

orang yang zalim.

134.       Apabila saja wabak menimpa keatas mereka, mereka berkata, “Wahai Musa, mohonlah kepada

tuhan engkau – kerana engkau rapat denganNya. Jika engkau dapat meringankan wabak ini,

kami akan percaya bersama kamu, dan akan kami hantarkan bani Israil kepada kamu.”

135.       Selepas saja, kami melegakan beban mereka dari wabak itu, didalam waktu yang singkat saja,

mereka pun memungkirkan apa yang telah mereka ikrarkan.

Hukuman Yang Dipastikan.

136.        Akibatnya, kami membalas perbuatan mereka, dan tenggelamkan mereka didalam laut,

oleh kerana mereka mengingkarkan tanda tanda kami, dengan tidak mengendahkannya

lansung.

137.        Kami biarkan orang orang yang zalim itu mewarisi bumi, timur dan barat, dan kami

merahmatinya. Perintah perintah yang dirahmati oleh Tuhan kamu telah dijadikan

kenyataan untuk bani Israil, dengan diberikan kurnia diatas kesabaran mereka, dan

kami hapuskan kerja kerja kaum Fir’aun dan juga segala apa yang dituainya.

Selepas Semua

Mukjizat Mukjizat.

138.       Kami membawa bani Israil menyeberangi lautan. Apabila mereka melalui manusia

yang menyembah berhala, mereka berkata, “Wahai Musa bikinkanlah tuhan untuk kami,

seperti tuhan tuhan yang mereka punyai.” Dia berkata, “Sesungguhnyalah kamu adalah

orang orang yang jahil.

139.      “Manusia ini telah melakukan kekufuran, dari apa yang mereka kerjakan itu adalah satu

bencana bagi mereka.

140.       “Mestikah aku mencarikan untuk kamu tuhan yang lain selain Allah, sesudah Dia

merahmati kamu lebih dari manusia lainnya didunia ini?”

Peringatan

Untuk Bani Israil.

141.       Ingatlah, kami telah keluarkan kamu dari orang orang Fir’aun, yang mengenakan siksaan

yang paling dahsyat kepada kamu, dengan membunuh anak anak lelaki kamu dan

membiarkan anak anak perempuan kamu. Itu adalah percubaan yang tepat untuk kamu

dari Tuhan kamu.

Dunia Tidak Berupaya

Untuk Menerima

Kehadiran Fizikal Allah.

142.       Kami memerintahkan Musa selama tiga puluh malam, dan mencukupkannya dengan

ditambahkan sepuluh.* Lantas, untuk menghadap Tuhannya diakhiri selama empat

puluh* malam. Maka Musa berkata kepada saudaranya Harun, “Tinggallah disini bersama

sama dengan kaumku, kekalkanlah dengan melakukan amalan salih, dan janganlah  mengikuti

perjalanan orang orang yang korup.”

143.       Apabila Musa datang pada masa yang ditetapkan, dan Tuhannya berkata kata dengan dia,

dia berkata, “Tuhanku biarlah aku tenguk dan lihat Engkau.” Dia berkata, “Engkau tidak

boleh melihat Aku. Lihatlah gunung itu; jika ia tetap ditempatnya, barulah dapat engkau

melihat Aku.” Lalu, Tuhannya menyatakan diriNya kepada gunung, ini menyebabkan

ianya hancur musnah. Maka Musa pun jatuh pengsan. Apabila dia sedar kembali , dia

berkata, “segala kepujian bagi Engkau. Aku telah bertaubat kepadaMu, dan akulah orang

yang paling yakin dengan sepenuhnya sebagai seorang yang percaya.” 

144.       Dia berkata, “Wahai Musa, Aku telah pilih engkau, dalam semua manusia, dengan

kalimahKu dan juga bercakap denganmu. Dari itu, ambillah apa yang telah Aku berikan

kepada engkau dan bersyukurlah.”

145.       Kami tuliskan baginya diatas tablet tablet dengan bermacam macam makrifat yang

cukup sempurna dari segala sesuatu: “Kamu mestilah memegang pengajaran ini dengan

teguh, dan nasihatilah kaum kamu supaya mendukungnya -  ini adalah pengajaran yang

terbaik. Aku akan tunjukkan kepada kamu nasib orang orang yang zalim itu.”

_______________________________________________________________________________

*7:142 Nombor nombor yang telah disebutkan itu  mempunyai makna. Penjelasannya Appendik 1, semua nombor nombor yang disebutkan didalam Quran dan dicampurkan totalnya menjadi 1622146, 19x8534.

_______________________________________________________________________________

Pertolongan Dari

Yang Maha Suci Telah Membuatkan

Orang orang Yang Ingkar Di-Dalam Kegelapan.

146.       Aku akan palingkan revelasi revelasiKu dari orang orang yang berkelakuan sombong dimuka

bumi ini, dengan tidak pengimbangan. Akibatnya, bila mereka melihat berbagai macam

bukti sekalipun mereka tidak akan percaya. Dan apabila mereka melihat petunjuk untuk

membimbing mereka, mereka tidak mahu mengamalkannya sebagai petunjuk, tetapi

apabila  mereka melihat penyelewengan, maka mereka pun akan mengamalkannya

sebagai petunjuk mereka. Ini adalah akibat yang mereka terima kerana mengingkari bukti

bukti kami, dengan tidak mempedulikannya langsung.

147.       Orang orang yang mengingkari revelasi revelasi kami dan juga dengan pertemuan diAkhirat,

segala kerja kerja mereka telah terbatal. Adakah mereka mengharapkan balasan dari

apa apa yang mereka komitkan saja?

Anak Lembu Dari Emas.

148.       Masa ketiadaannya, kaum Musa telah membuat patung anak lembu dari barang kemas

mereka yang lengkap dengan suara anak lembu.* Tidakkah mereka melihat yang ianya tidak

boleh berkata kata kepada mereka, ataupun membimbing mereka kearah yang manapun?

mereka menyembahnya, lantas mereka pun termasuk dari golongan orang orang

yang zalim.

149.       Akhirnya, apabila mereka telah meyesali akan perbuatan mereka, dan sedar yang  mereka

itu telah tersesat jauh, maka mereka pun berkata, “Melainkan jika Tuhan kami

menyelamatkan kami dengan rahmatNya dan mengampuni kami, jika tidak kami akan

menjadi orang orang yang rugi.”

150.        Apabila Musa kembali kepada kaumnya, dengan perasaan marah dan menyesal,

dia berkata, “Betapa dahsyatnya telah kamu lakukan semasa ketiadaan aku!

Tidakkah dapat kamu menunggu sehingga perintah perintah datang dari Tuhan kamu?”

Dia campakkan tablet tablet itu dan menangkap kepala adiknya, dengan menarik

dia kepadanya (Harun) berkata, “Anak kepada ibuku, orang orang ini telah mengambil

kesempatan dari kelemahanku, dan nyaris sekali mereka membunuh aku. Janganlah

biarkan musuh musuhku bergembira, dan janganlah kirakan aku sama seperti orang

orang yang melampaui batas ini.”

151.       (Musa) berkata, “Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku, dan masukkan kami didalam

rahmatmu, dalam segala gala penyayang, Engkaulah yang Maha Penyayang.”

152.       Tentu sekali orang orang yang memuja muja anak lembu telah mendapat kemurkaan

dari Tuhan mereka, dan penghinaan dikehidupan ini. Lantas kami membalas orang

orang yang mengadakan bermacam macam innovasi innovasi.

153.        Bagi sesiapa yang melakukan dosa dosa, dan bertaubat sesudah itu dan percaya, maka

Tuhan kamu – selepas ini – adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

154.       Apabila kemarahan Musa telah reda, dia mengutip semula tablet tablet, yang

mengandungi petunjuk dan rahmat bagi orang orang yang mengingati Tuhan mereka.

155.       Maka Musa pun memilih tujuh puluh lelaki dari kaumnya untuk dihadirkan dihadapan

para pengikut mereka. Apabila gempa bumi menggegarkan mereka, dia berkata, “Tuhan

kami, Engkau tentu dapat menghapuskan mereka pada masa lalu, bersama sama aku, jika

Engkau menghendakinya. Hendakkah Engkau hapuskan kami dari perbuatan perbuatan

yang telah dilakukan oleh orang orang yang bodoh diantara kami ini? Ini tentu sekali

satu percubaan yang Engkau institutkan untuk kami. Dengannya, Engkau mengutuk

sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki, dan membimbing sesiapa saja yang Engkau

kehendaki. Engkaulah Tuhan dan Tuan kami, tolonglah ampunkan kami, cucurilah

rahmatMu keatas kami ; hanya Engkau sajalah Pengampun yang terbaik.

_______________________________________________________________________________

*7:148 Bagaimana patung anak sapi emas yang mendapatkan suara anak lembu telah diterangkan

dikaki nota 20:96.

_______________________________________________________________________________

Keperluan Untuk

Mendapatkan Rahmat Allah

156.       “Dan didekrikan untuk kami dengan melakukan kebaikan didunia ini, dan juga diAkhirat,

kami telah bertaubat kepada Engkau.” Dia berkata, “HukumanKu jatuh kepada sesiapa saja

yang Aku kehendaki. Tetapi rahmatKu meliputi segala galanya. Bagaimanapun, Aku akan

menentukan sesiapa yang (1) menjalani kehidupan yang lurus, (2) memberi derma yang

diwajibkan (Zakat),* (3) percaya dengan revelasi revelasi kami dan

157.       “(4) mengikuti rasul -  nabi yang menerima kitab (Muhammad), yang mereka dapati

tertulis didalam Taurat mereka dan Injeel.* Dia yang menganjurkan mereka supaya

melakukan kebaikan, melarang mereka dari perbuatan jahat, membenarkan mereka

makanan yang baik, dan mengharamkan apa apa yang tidak baik, dan melepaskan

beban beban dan belenggu keatas mereka. Orang orang yang percaya dengan dia,

menghormatinya, membantu dia, dan mengikuti cahaya yang datang dengan dia, itulah

orang orang yang mendapat kejayaan.”

158.       Katakanlah, “Wahai manusia, Akulah rasul Allah kepada kamu semua. KepunyaanNya

segala kedaulatan disekelian cekrawala dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia.

Dia yang menguasai hidup dan mati.” Dari itu, kamu mestilah percaya kepada Allah

dan rasulNya, nabi yang menerima kitab, yang percaya kepada Allah dan kalimah

kalimahNya. Ikutilah Dia, supaya kamu mendapat bimbingan.

Yahudi Yang

Mendapat Bimbingan.

159.       Diantara pengikut Musa ada yang mendapat bimbingan dengan kebenaran, dan kebenaranlah

yang memberikan mereka menjalani kehidupan yang benar.

Mukjizat Mukjizat

Digunung Tuur.

160.       Kami bahagikan mereka kepada dua belas suku kaum, dan kami meinspirasikan Musa

apabila kaumnya bertanyakan dia berkenaan air; “Pukul batu itu dengan tongkat kamu,”

dimana dua belas mata air memancur keluar darinya. Lantas setiap kaum tahu akan

tempat airnya. Dan kami melindungi mereka dengan awan awan, dan menurunkan

untuk mereka manna dan burung burung puyuh: “Makanlah dari makanan yang baik

yang kami adakan untuk kamu.” Itu bukanlah kami yang mereka harus dipersalahkan;

tetapi merekalah yang menzalimi roh roh mereka sendiri.

Penentangan Walaupun

Adanya Mukjizat mukjizat.

161.       Ingatlah, yang mereka telah dikatakan, “Pergilah dibandar ini untuk mencari kehidupan,

dan makan darinya sesuka hati kamu, dan berhubunglah kepada manusia dengan saksama,

dan masuklah dari gerbangnya dengan rendah diri. Barulah kami akan mengampunkan

keterlaluan kamu. Kami akan melipat gandakan anugerah kepada orang orang yang benar.”

162.       Yang zalim diantara mereka menggantikan perintah perintah yang lain dari perintah

perintah yang telah diberikan kepada mereka. Akibatnya, kami hantarkan kepada mereka

kutukkan dari langit, kerana kezaliman mereka itu.

Mengikuti Rukun Rukun Akan

Membawa Kemakmuran.

163.       Ingatkan mereka kepada komuniti yang berdekatan dengan lautan, dimana mereka telah

mencemarkan Sabat. Apabila mereka melakukan Sabat, ikan ikan datang kepada mereka

dengan banyaknya. Dan apabila mereka mencabuli Sabat, maka ikan ikan pun tidak

mendatangi mereka. Lantas kami menyeksa mereka, dengan kerugian akibat keterlaluan

mereka.

_______________________________________________________________________________

*7:156 Mustahaknya derma yang diwajibkan (Zakat) tidak boleh ditekankan dengan berlebih

lebihan. Seperti didalam 6:141, Zakat mestilah diberikan apabila kita menerima sebarang

pendapatan - 2.5% dari pendapatan bersih, mestilah diberikan kepada ibu bapa, saudara mara,

anak anak yatim, orang orang miskin, dan musafir, mengikut ini (lihat 2:215).

*7:157 Muhammad telah diramalkan diDeuteronomy 18:15-19, dan John 14:16-17 & 16:13.

_______________________________________________________________________________  

Cemuhan Dan Memperkecil

Kecilkan Rasul Allah.

164.        Ingatlah yang sekumpulan dari mereka berkata, “Kenapa mesti kamu mengajar kepada

orang orang yang Allah tentu sekali akan menghapuskan ataupun menhukum mereka

dengan dahsyatnya?” Mereka menjawab, “Mintalah ampun kepada Tuhan kamu,” semoga

mereka dapat diselamatkan.

165.       Apabila mereka mengabaikan apa yang telah diberitahukan kepada mereka, kami

selamatkan orang orang yang mengharamkan syaitan, dan mengenakan kepada orang

orang yang salah lakunya itu dengan hukuman yang mengerunkan kerana kezaliman

mereka.

166.       Apabila mereka dengan berterusan menentang perintah perintah, kami katakan kepada

mereka , “Jadilah kamu sehina beruk.”

167.       Tambahan pula, Tuhan kamu telah mendekrikan yang Dia akan bangunkan penentang

dari manusia yang dapat mengenakan penindasan terhadap mereka, sampai Hari Kebangkitan.

Tuhan kamu amat cekap dalam memberi hukuman, dan tentu sekali Dialah Maha Pengampun

lagi Maha Penyayang.

168.       Kami letakkan mereka berselirak kepada beberapa banyak komuniti diseluruh bumi ini.

sebahagian dari mereka menjalani kehidupan yang benar, dan sebahagiannya hanya dengan

mengambil kehidupan yang sedikit dari kebenaran. Kami mencuba mereka dengan

kemewahan dan kesukaran, supaya mereka dapat kembali.

169.       Kemudiannya sesudah mereka, Dia gantikan generasi generasi yang baru yang mewarisi

kitab. Sebaliknya mereka telah memilih kehidupan dunia ini, dengan mengatakan, “Kami

akan diberi pengampunan.” Dan mereka berterusan juga dengan memilih kepada kebendaan

didunia ini. Tidakkah mereka membuat perjanjian untuk mendukung kitab ini, dan tidak

akan berkata berkenaan Allah melainkan dengan kebenaran? Tidakkah mereka mempelajari

kitab ini? Tentu sekali, berkekalan diAkhirat itu lebih baik lagi bagi orang orang yang

menetapkan diri diri mereka kepada kebenaran. Tidakkah dapat kamu memahaminya?

170.       Orang orang yang mendukung kitab ini sambil memerhatikan dan Mengerjakan

Sembahyang (Salat), kami tidak pernah lalai dari memberikan ganjaran kepada orang

orang yang ta'at.

171.       Kami naikkan gunung diatas mereka sebagai payungan, dan mereka berfikir yang ini

akan tumbang diatas mereka: “Kamu mesti mendukung apa yang telah kami berikan

kepada kamu, dengan kuat, dan ingatlah akan isi kandungannya, supaya kamu akan

mendapat keselamatan”

Kita Telah Dilahirkan

Dengan Kenalurian Ilmu

Berkenaan Allah.

172.       Ingatlah apabila Tuhan kamu memanggil kesemua keturunan keturunan Adam, dan

mengadakan untuk mereka supaya bersaksi untuk diri diri mereka sendiri: “Bukankah

Aku Tuhan kamu?” Kesemuanya mereka akan berkata, “Ya, kami telah bersaksi.”

lantas tidak boleh mereka mengatakan pada Hari Kebangkitan kelak yang , “Kami

tidak perihatin terhadap ini.”

173.       Tidak juga kelak akan kamu mengatakan yang, “Itu adalah ibu bapa ibu bapa kami yang

telah mengamalkan penyekutuan (terhadap Allah), kami hanya mengikuti jejak langkah

mereka. Mestikah Engkau menghukum kami kerana perbuatan mereka yang mencipta

innovasi innovasi itu?”

174.       Lantas kami menerangkan revelasi revelasi, supaya dapat membolehkan manusia menebuskan

diri diri mereka sendiri.*

175.       Bacakanlah kepada mereka berita berkenaan seorang yang telah diberikan bukti bukti dari

kami, tetapi memilihnya untuk berpaling daripadanya. Akibatnya, syaitan memujuknya,

sehingga dia menjadi sesat.

               

_______________________________________________________________________________

*7:172 Lantas, setiap manusia telah dilahirkan dengan naluri berkenaan Allah.

               *7:174 Kehidupan ini adalah terakhir bagi kita untuk mendapatkan tempat disisi Allah (lihat

 Pendahuluan).            _______________________________________________________________________________

176.       Kalau kami menghendaki, kami boleh menaikkan dia darinya, tetapi dia berkeras dengan

pendiriannya, dan tidak mahu berganjak daripada pendapatnya. Lantas, mereka itu

seumpama anjing; sama ada kamu sayang ataupun marah, ia sentiasa tercungap cungap.

Itulah contoh bagi orang orang yang mengingkari bukti bukti kami.

177.       Buruk sungguh contoh bagi orang orang yang mengingkari bukti bukti kami itu; hanyalah

roh roh mereka sendiri yang mesti mereka salahkan.

178.       Sesiapa saja yang Allah bimbing mendapat bimbingan yang benar, dan sesiapa saja yang

dibiarkan dengan kesesatan, merekalah orang orang yang rugi. 

Syaitan Menghipnosiskan

Organisasinya.

179.       Kami telah komitkan keNeraka ramai dari para jin dan juga kebanyakkan manusia.

Mereka mempunyai minda minda yang tidak membuatkan  mereka faham, mata mata

yang tidak dapat digunakan untuk melihat dengannya, dan telinga telinga yang tidak

dapat digunakan untuk mendengar. Mereka seumpama binatang binatang; tidak,

bahkan mereka lebih buruk dari itu – mereka betul betul tidak menyedarinya.

180.       Allah mempunyai segala nama nama yang tercantik; panggillah Dia dimana saja, dan

berpalinglah dari orang orang yang memutarbelitkan nama namaNya. Mereka akan

dibalas kerana dosa dosa mereka.

181.        Diantara ciptaan ciptaan kami, ada orang orang yang membimbing dengan kebenaran,

dan dengan kebenaran itulah yang memberikan mereka menjalani kehidupan yang benar.

182.       Bagi orang orang yang mengingkari revelasi revelasi kami, kami akan menujukan mereka

dengan tidak disedarinya.

183.       Aku juga akan menggalakkan mereka; perancanganKu sungguh mengerunkan.

184.       Kenapa tidak mereka renungkan kepada kawan mereka (rasul)? Dia tidaklah gila.

dia hanyalah pemberi amaran yang nyata.

185.       Tidakkah mereka melihat penguasaan disekelian cekrawala dan bumi, dan segala

sesuatu yang Allah ciptakan? Dapatkah mereka mengambil peringatan yang akhirnya

kehidupan mereka itu mungkin telah hampir dekat? Hadis, yang manakah selain ini,

dapat mereka mempercayainya?

186.       Sesiapa saja yang Allah komitkan kepada kesesatan, tidak sesiapapun dapat

membimbingkannya. Dia akan membiarkan mereka dengan dosa dosa mereka, dan

kesilapan yang besar.

187.       Mereka menanyakan kepada engkau tentang Hari Akhirat (Waktu),* dan bilakah

kedatangannya. Katakan, “Ilmu tentangnya berada kepada Tuhanku. Hanya Dia akan

memberitahukan masanya.* Berat sekali, disekelian cekrawala dan bumi. Ianya tidak

datang kepada kamu melainkan dengan tiba tiba.”** Mereka menanyakan kepada

kamu, seolah olah kamu yang menguasainya. Katakan, “Ilmu tentangnya terletak kepada

Allah,” tetapi kebanyakkan manusia tidak tahu.

Para Rasul Tidak Berkuasa;

Mereka Tidak Mempunyai Ilmu

Tentang Masa Depan.

188.       Katakanlah, “Aku tidak mempunyai kuasa untuk memanfaatkan diriku, ataupun

memudharatkan diriku. Dengan kehendak Allah sahajalah apa yang akan terjadi kepada

diriku. Seandainya aku mengetahui tentang masa depan, Aku akan memperbanyakkan

hartaku, dan tidak ada kemudharatan yang akan menimpaku. Aku tidak lebih dari

seorang pemberi amaran, dan pembawa berita berita baik bagi orang orang yang

percaya.”

_______________________________________________________________________________

*7:187 Masa yang tepat untuk menerangkan informasi ini telah ditakdirkan pada 1980 A.D, melalui

Rasul Allah yang dijanjikan (Lihat 15:87, 72:27, dan Appendik 2 & 11).

*7:187 "Waktu" akan datang "dengan tiba tiba" hanya kepada orang orang yang ingkar (Lihat

Appendik 11).

_______________________________________________________________________________

Anak Anak Akan

Menjadi Sebab Penyekutuan

(Kepada Allah)

189.       Dia menciptakan kamu dari satu orang (Adam). Kemudiannya, Dia berikan setiap

lelaki teman untuk mendapatkan ketenteraman dengan dia. Dan dia akan memikul

beban yang ringan dengan tidak terlalu ketara. Apabila bebannya menjadi berat,

mereka bermohon kepada Allah Tuhan mereka: “Jika Engkau berikan kepada kami

anak yang baik, kami akan mensyukurinya.”

190.       Tetapi apabila Dia memberikan kepada mereka bayi yang baik, mereka menukarkan

anugerah yang Dia berikan itu dengan mengadakan sekutu yang bersaingan dengan Dia.

Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lebih jauh dari segala persekutuan. 

191.       Tidakkah ini satu fakta yang mereka menyekutukan pujaan pujaan yang tidak boleh

menciptakan satu apa pun, dan diri diri mereka sendiri yang diciptakan?

192.       Pujaan pujaan yang tidak boleh tolong mereka, dan tidak juga dapat menolong diri

diri mereka sendiri?

193.       Apabila kamu menjemput mereka kepada petunjuk, mereka tidak mahu mengikut kamu.

Sama sajalah bagi mereka kalaupun kamu mengundang mereka ataupun mendiamkan diri.

194.       Pujaan pujaan yang kamu bermohon disamping Allah itu adalah makhluk seperti kamu.

Teruskanlah dan panggillah mereka; biarkanlah mereka menjawab kepada kamu, jika

sememangnya kamulah yang betul.

195.       Adakah mereka mempunyai kaki kaki yang membuatkan mereka berjalan? Adakah mereka

mempunyai tangan tangan yang membolehkan mereka membela diri diri mereka sendiri?

Adakah mereka mempunyai mata mata untuk dapat melihat? Adakah mereka mempunyai

telinga telinga yang membolehkan mereka mendapat pendengaran? Katakanlah, “Panggillah

pujaan pujaan kamu, dan suruhkan mereka memukul aku dengan tidak berlengah.

196.       “Hanyalah Allah Tuhan dan Tuanku; Yang menurunkan kitab ini, Dialah yang melindungi

orang orang yang benar. 

197.       “Bagi pujaan pujaan yang kamu ada adakan disamping Dia, mereka tidak akan dapat

menolong kamu, dan tidak juga dapat menolong diri diri mereka sendiri.” 

198.       Apabila kamu mengundang mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendengarkan

kamu. Dan kamu nampak yang dia melihat kamu, tetapi sebenarnya mereka tidak dapat

melihat. 

199.       Kamu mesti mengambil jalan yang baik kepada memberi kemaafan, dan menganjurkan

tolerensi, dan membiarkan orang orang yang jahil.

200.       Apabila syaitan membisikkan kepada kamu sebarang bisikkan, carilah  perlindungan

kepada Allah; Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

201.      Orang orang yang benar, bila saja syaitan cuba mendatangi mereka dengan idea idea,

mereka teringat, lalu mereka dapat melihat.

202.       Saudara saudara mereka tidak berhenti henti menarik mereka kepada kesesatan.

203.       Jikalau kamu tidak menunjukkan mukjizat yang mereka tuntutkan, mereka berkata,

“Kenapa tidak menanyakannya?” Katakanlah, “Aku hannya mengikuti apa yang

diturunkan kepadaku oleh Tuhanku.” Ini adalah satu penyedaran dari Tuhan kamu,

dan petunjuk, dan juga belas kasih bagi orang orang yang percaya.

204.       Apabila Quran dibacakan, kamu mestilah mendengarkannya dan mengambil peringatan,

supaya kamu memperoleh belas kasih.

205.       Kamu mestilah mengingati Tuhan kamu didalam diri kamu, dikhalayak ramai,

bersendirian, dengan senyap, waktu malam dan siang hari; jangan jadikan diri kamu

dalam kelalaian.*

206.       Orang orang yang dekat kepada Tuhan kamu tidak pernah bermegahkan diri diri mereka

untuk menyembah Dia; mereka memuji Dia dan jatuh sujud kepadaNya.


*7:205 Tuhan kamu adalah apa saja dan siapa saja yang memenuhi minda minda kamu disepanjang

masa. Fakta yang sebenar ialah kebanyakan dari mereka yang percaya kepada Allah telah

ditakdirkan keNeraka (Lihat 12:106, 23:84-90, dan Appendik 27).


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org