Surah 69: Al-Haaqqah
Tidak dapat Di-Pertikaikan     1 - 52.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Yang tidak boleh dipertikaikan (peristiwa).

2.        Apakah yang tidak boleh dipertikaikan itu (peristiwa)!

3.        Ianya sebenarnyalah dan sememangnyalah tidak

       boleh dipertikaikan.

4.        Thamud dan 'Ad mengingkarkan kepada yang Memeranjatkan.

5.        Bagi Thamud, mereka telah dihapuskan oleh kemusnahan

       (gempa bumi).

6.        Bagi 'Ad, mereka telah dihapuskan oleh ribut taufan yang berterusan.

7.        Dia melepaskannya keatas mereka, selama tujuh malam dan delapan hari,

       dengan kencangnya. Kamu dapat melihat yang manusia itu terpelanting

       seperti batang batang pokok palma yang sudah mati.

8.        Bolehkah kamu menjumpakan  sebarang kesan tentang mereka?

9.        Fir'aun, dan yang lain sebelumnya,dan pendosa pendosa (Sodom) adalah zalim.

10.     Mereka telah tidak ta’at kepada rasul Tuhan mereka. Akibatnya, Dia membalas

       mereka dengan suatu balasan yang memusnahkan.

11.     Air bah telah memusnahkan, lalu kami membawa kamu diatas pelampung

       (bahtera).

12.     Kami menjadikannya suatu pengajaran kepada kamu, supaya sebarang

       telinga yang mendengarkan boleh memahaminya.

13.     Apabila terumpit ditiupkan sekali saja.

14.     Bumi dan gunung gunung akan diangkat dan hancur bederai;

       dengan betul betul kehancuran.

15.     Itulah harinya apabila yang tidak dapat dielakkan lagi akan berlaku.

16.     Cekrawala akan terbelah, dan jatuh dengan berkecai.

17.     Para malaikat akan berada disekeliling, dan tahta penguasaan Tuhan

       kamu akan meliputi didelapan (semesta alam).*

______________________________________________________________________________

*69:17 Bumi ini penuh dengan penderitaan kerana fizikalnya jauh dari Allah, oleh kerana

ianya terletak dicekrawala yang ketujuh (7:143). Pada Hari Akhirat, cekrawala yang kedelapan

akan diciptakan yang jarak jauhnya lebih lagi jauh dari cekrawala yang ketujuh; ianya akan

dipanggil “Neraka” (89:23).

_________________________________________________________________________________   

18.     Pada hari itu, kamu akan didedahkan, tidak ada suatu apa pun dari kamu

yang akan dapat disembunyikan.

Orang Orang Yang Percaya

19.     Bagi seorang yang menerima rekodnya ditangan kanannya, dia akan berkata,

       "Marilah baca rekodku.

20.     "Aku benar benar percaya yang aku akan dipertanggung jawabkan."

21.     Dia sepatutnya mendapat kehidupan yang menggembirakan.

22.     Didalam Syurga yang tinggi.

23.     Buah buahannya mudah dicapai.

24.     Makan dan minumlah dengan gembira sebagai balasan terhadap

       kerja kerja kamu dimasa yang lampau.

Orang Orang Yang Ingkar

25.     Bagi dia yang telah diberikan rekodnya ditangan kirinya, dia akan berkata,

       "Oh, sekiranya tidak aku mendapatkan rekodku.

26.   "Sekiranya tidak payah aku mengetahui perhitunganku.

27.      "Aku kira kematianku adalah kekal.

28.     "Wangku tidak dapat menolongku.

29.     "Semua kekuasaanku telah hilang."

30.      Bawalah dia dan belenggukannya.

31.     Bakarkannya didalam Neraka.

32.     Didalam sebuah rantai yang tujuh puluh depa panjangnya, dan

       ikatkan dia.

33.     Kerana dia tidak mempercayakan Allah, yang Maha Besar.

34.     Tidak juga dia menganjurkan untuk memberikan makan kepada

       orang orang miskin.

35.     Akibatnya, dia tidak mempunyai kawan disini.

36.     Tidak juga makanan, melainkan beraneka makanan yang pahit pahit.

37.     Makanan untuk para pendosa.

38.     Aku bersumpah dari apa yang kamu lihat.

39.     Dan apa yang kamu tidak kelihatan.

40.     Ini adalah pertuturan dari seorang rasul yang mulia.

41.     Bukanlah pertuturan dari seorang penyair; jarang sekali

       kamu mempercayainya.

42.     Bukanlah pertuturan dari seorang tukang ramal;

       jarang sekali dapat kamu merenungkan.

43.     Sebuah revelasi dari Tuhan semesta alam.

Muhammad Di-Larang Dari Mengisukan

Sebarang Ajaran Agama

44.     Jika sekiranya dia menyatakan sebarang ajaran yang lain.

45.     Kami pasti akan menghukumnya.

46.     Kami akan menghentikan revelasi revelasi kepadanya.

47.     Tidak ada sesiapa pun dari kamu yang dapat menolongnya.

48.     Ini adalah peringatan untuk orang orang yang benar.

49.     Kami tahu; ada dari kamu yang menjadi pengingkar pengingkar.

50.     Ianya hanyalah tetapi kesedihan bagi orang orang yang ingkar.

51.     Ianya adalah kebenaran yang telah dipastikan.

52.     Dari itu, kamu mestilah mengagungkan nama Tuhan kamu,

        yang Maha Besar.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org