Surah 68: Al-Qalam
Pena    1 - 52.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Nun,* pena, dan apa yang (manusia) tulis.

2.        Kau telah mendapat rahmat yang besar dari Tuhanmu; kau tidaklah gila.

______________________________________________________________________________

*68:1 “Nun” sangat unik diantara huruf huruf permulaan bagi mukjizat Quran. Lihat Appendik 1.

_______________________________________________________________________________

3.        Kau telah mendapat ganjaran istimewa yang telah dikhaskan.

4.        Kau telah dirahmati dengan akhlak yang sangat mulia.

5.        Kau akan melihat, dan mereka juga akan melihatkan.

6.        Siapakah diantara kamu yang dikutuk.

7.        Tuhan kamu amat sedar orang orang yang telah sesat dari jalanNya,

       dan Dia amat sedar akan orang orang yang mendapat bimbingan.

8.        Janganlah menta'ati penentang penentang.

9.        Mereka menginginkan supaya kamu berkompromi,

       dan mereka juga akan berkompromi.

10.     Janganlah menta'ati setiap penyumpah yang bohong.

11.     Pemfitnah, pengumpat.

12.     Pelarang pendermaan, pelampau, orang yang berdosa.

13.     Tidak bersyukur, dan tamak.

14.     Walaupun dia mempunyai banyak wang dan anak anak.

15.     Apabila revelasi revelasi kami telah dibacakan kepadanya,

       dia berkata, "Dongengan masa lampau!"

16.     Kami akan tandakan wajahnya.

17.     Kami telah mencuba mereka sebagaimana kami mencuba pemilik

       pemilik taman yang telah bersumpah yang mereka itu akan

       menuainya diwaktu pagi.

18.     Mereka terlalu sangat pasti.

19.     Laluan (ribut taufan) dari Tuhan kamu melaluinya

       sementara mereka sedang tidur.

20.     Pagi hari, ianya menjadi tandus.

21.     Mereka memanggil satu sama lain diwaktu pagi.

22.     "Marilah kita menuai tanaman."

23.     Diperjalanan mereka, mereka berbual sesama sendiri.

24.     Yang dari ketika itu , tidak seorang pun dari mereka

       akan menjadi miskin.

25.     Mereka terlalu sangat pasti dengan penuaian mereka.

26.     Tetapi apabila mereka melihatnya, mereka pun berkata,

       "Kamilah yang bersalah!

27.     "Sekarang kami tidak punya apa apa!"

Mereka Sepatutnya Mengatakan:

"Dengan Izin Allah." (Insha Allah)

28.     Yang benar diantara mereka berkata,"Jika hanyalah kamu telah

       mengagungkan (Allah)!"

29.     Mereka berkata, "Maha Suci bagi Tuhan kami. Kami telah

       melampaui batas."

30.     Mereka mulalah menyalahkan satu sama lain.

31.     Mereka berkata, "Malang sungguh bagi kami. Kami telah berdosa.

32.     "Semoga Tuhan kami memberikan kami yang lebih baik lagi.

       Kami bertaubat kepada Tuhan kami."

33.     Demikian itulah balasan. Tetapi hukuman diAkhirat adalah lebih

       dahsyat lagi, jika hanya mereka ketahui.

34.     Orang orang yang benar berhak, berada disisi Tuhan mereka,

       dengan taman taman yang indah.

35.     Mestikah kami memperlakukan orang orang yang menyerahkan

       diri diri (kepada Allah) sebagai penjenayah penjenayah?

36.     Apa salah dengan logik kamu?

37.     Adakah kamu mempunyai buku yang lain untuk didukung?

38.     Didalamnya, adakah kamu mendapati apa yang kamu mahu?

39.     Ataupun, sudahkah kamu menerima perjanjian yang serius dari

       kami yang kami akan memberikan kamu apa saja yang kamu

       inginkan diHari Kebangkitan kelak?

40.     Tanyalah mereka, "Siapakah yang memberikan jaminan ini kepada kamu?"

41.     Adakah mereka mempunyai pujaan pujaan? Biarkanlah pujaan pujaan

       mereka menolong mereka, jika sememangnya mereka yang benar.

42.     Harinya akan datang apabila mereka akan didedahkan, dan mereka akan

       dikehendaki untuk jatuh sujud, tetapi mereka tidak akan dapat melakukannya.

43.     Dengan mata mata mereka yang sugul, kehinaan akan meliputi mereka.

       Mereka telah diundang untuk jatuh sujud dimasa mereka sedang baik

       lagi berupaya.

44.     Dari itu, biarkan Aku membuat perhitungan dengan orang orang yang

       mengingkari Hadis ini; kami akan mengarahkan mereka supaya meneruskan

       sedang mereka tidak menyedari.

45.     Aku akan berikan mereka tali yang cukup; perancanganKu amatlah menggerunkan.

46.     Adakah kamu memintakan wang dari mereka, menjadikan mereka dibeban dengan

denda?

47.     Adakah mereka tahu tentang masa depan? Adakah mereka merekodkannya?

48.     Kau mestilah bersabar dan tabah hati dalam melaksanakan perintah perintah

       dari Tuhanmu. Janganlah jadi seperti (Yunus) yang memanggil dari dalam perut ikan.

49.     Jika ianya tidak kerana limpah kurnia Tuhannya, dia tentunya akan dicampakkan

       kepadang pasir sebagai pendosa.

50.     Tetapi Tuhannya merahmatinya, dan menjadikannya seorang yang salih.

51.     Orang orang yang ingkar menunjukkan cemuhan mereka dimata mata

       mereka apabila mereka mendengar mesej dan berkata,"Dia itu gila!"

52.   Sebenarnya ianya adalah mesej untuk dunia.

 


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org