Surah 65: Al-Talaaq
Perceraian   1 - 12.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Wahai engkau nabi, apabila kamu orang menceraikan perempuan perempuan

       (isteri isteri), kamu mestilah pastikan yang masa penungguan penceraian

       dipenuhkan. Kamu mestilah mengira masa penungguannya dengan tepat.*

       Kamu mestilah menghormati Allah Tuhan kamu. Janganlah mengusir mereka

       keluar dari rumah rumah mereka, dan jangan juga kamu menjadikan kehidupan

       mereka menderita, untuk memaksakan mereka keluar ruman dengan sendirinya,

melainkan jika terbukti yang mereka itu mengkomit zina. Ini adalah undang

undang dari Allah. Sesiapa yang keterlaluan dengan undang undang Allah telah

mengkomit ketidak adilan terhadap dirinya sendiri. Mana kamu tahu; mungkin

Allah kehendaki suatu kebaikan akan datang daripada ini.

2.        Apabila saja masa penungguannya telah selesai, kamu bolehlah berbaik semula

       dengan mereka dengan saksama, ataupun meneruskan penceraian dengan saksama.

       Kamu mestilah mengadakan dua orang saksi yang adil untuk mengadili perceraian

       dihadapan Allah. Ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang orang yang

       percaya kepada Allah dan Hari Penghabisan. Sesiapa saja yang menghormati Allah,

       Dia akan menciptakan jalan keluar untuknya.

3.        Dan akan mengadakan untuknya dari apa yang dia tidak pernah jangkakan. Sesiapa

Yang percayakan Allah, Dia sahaja cukuplah untuknya.  Perintah perintah Allah

telah terlaksana. Allah telah mendekrikan segala galanya adalah nasib.

4.        Bagi perempuan perempuan yang telah putus haid, jika kamu mempunyai keraguan,

masa penungguannya mestilah tiga bulan. Bagi mereka yang tidak mempunyai haid,

dan mendapati yang mereka itu mengandung, masa penungguannya berakhir selepas

melahirkan anak. Sesiapa yang menghormati Allah, Dia akan menjadikan segalanya

mudah untuknya.

5.        Ini adalah perintah perintah Allah yang Dia turunkan kepada kamu. Sesiapa yang

       menghormati Allah, Dia akan menebuskan dosa dosanya, dan menganugerahkannya

       dengan mewah.

6.        Kamu mestilah mengizinkan mereka tinggal dirumah yang sama yang mana mereka

pernah tinggal bersama sama kamu, dan janganlah menjadikan kehidupan mereka

menderita supaya mereka keluar dengan sendirinya. Jika mereka itu mengandung,

kamu mestilah membelanjakan untuk mereka sehingga mereka melahirkan anak.

Jika mereka memelihara bayi itu, kamu mestilah membayar mereka servis ini.

Kamu mestilah megadakan perhubungan yang baik diantara kamu. Jika kamu tidak

bersetuju, kamu bolehlah membayar perempuan lain untuk memelihara bayi itu.

7.        Suami yang kaya mestilah memberikan sokongan mengikut kemampuannya, dan

       yang miskin mestilah memberi mengikut kemampuan yang Allah telah kurniakan

       kepadanya. Allah tidak pernah memaksakan sebarang roh lebih dari apa yang telah

       Dia berikannya. Allah akan mengadakan kemudahan sesudah kesusahan.

8.        Kebanyakan dari sesebuah komuniti menentang perintah perintah dari Tuhannya

       dan menentang para rasulNya. Akibatnya, kami jadikan mereka betul betul

       bertanggung jawab, dan membalas mereka dengan balasan yang dahsyat.

9.        Mereka menderita akibat dari keputusan keputusan mereka; kerugian yang nyata.

10.     Allah telah sediakan untuk mereka hukuman yang dahsyat. Dari itu, kamu mestilah

menghormati Allah, wahai kamu yang mempunyai kecerdasan dan kepercayaan.

Sesungguhnya, Allah telah turunkan kepada kamu sebuah mesej-*

_______________________________________________________________________________

*65:1 Masa penungguan bagi janda janda, sebelum mereka dibolehkan untuk berkahwin lagi,

masanya selama tiga kali haid. Ini untuk memastikan yang janda janda itu tidaklah mengandung

(2:228).

*65:10-11 Perkataan “Rasul” disini adalah Quran. Ayat 10 menyatakan tentang “menurunkan

sebuah mesej,” dan dengan ini menunjukkan Quran adalah rasul 65:11 (Appendik .20).

_______________________________________________________________________________

11.     seorang rasul* yang membacakan kepada kamu revelasi revelasi Allah,

       dengan jelas, untuk membimbing orang orang yang percaya dan yang mengerja

       -kan kebaikan keluar dari kegelapan menuju cahaya. Sesiapa yang percaya kepada

       Allah dan menjalani kehidupan yang benar, Dia akan memasukkannya kedalam

       taman taman yang air sungai sungainya mengalir; mereka akan tinggal didalamnya

       untuk selama lamanya. Allah akan menganugerahkannya dengan mewah.

Tujuh Semesta Alam Dan Tujuh Bumi

12.     Allah menciptakan tujuh semesta alam dan bilangan yang sama bagi bumi bumi. Perintah

perintah berjalan diantara mereka. Ini adalah untuk memberitahukan yang Allah sahajalah

yang Maha Berkuasa, dan Allah amat sedar akan segala sesuatu.

*65:11 Lihat nota kaki bagi 65:10-11.

*65:12 Walaupun Allah mencipta enam planet planet yang telah dikenal pasti oleh Bumi kita,

kehidupan hanya didapati diplanet kita ini. Lantas,  ahli evolusi akan ditunjuk diHari Pengadilan

kelak yang kehidupan tidaklah hanya “berkembang” diatas planet kerana keadaan situasinya yang

tertentu.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org