Surah 64: Al-Taghaabun
Saling Menuduh   1 - 18.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Mengagungkan Allah adalah segala galanya disekelian cekrawala dan segala

       galanya dibumi. KepunyaanNya sekelian kerajaan, dan kepunyaanNya segala

       kepujian, dan sesungguhnya, Dialah yang Maha Berkuasa.

2.        Dia Sahajalah yang menciptakan kamu, dan diantara kamu ada orang orang

       yang ingkar, dan ada orang orang yang percaya. Sesungguhnya, Allah sahajalah

       yang Maha Melihat akan segala apa yang kamu lakukan.

3.        Dialah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi untuk tujuan yang tertentu,*

       membentukkan kamu dan menyempurnakan pembentukkan kamu, lalu kepadaNya

       sajalah destini yang terakhir.

4.        Dia tahu segala galanya disekelian cekrawala dan bumi, dan Dia tahu segala apa

       yang kamu sembunyikan dan segala apa yang kamu umumkan. Sesungguhnya,

       Allah amat sedar akan segala gala yang tersemat jauhnya didalam fikiran fikiran.

_______________________________________________________________________________

*64:3 Kita berada didunia ini adalah kerana belas kasih dari Allah yang amat sangat. Yang Maha

Pengasih telah memberikan kita peluang sekali lagi untuk menebuskan dosa dosa kita. Lihat

Pendahuluan dan Appendik 7.

________________________________________________________________________________

5.        Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang mengingkarkan dimasa yang lalu,

Akibatnya mereka mengalami kesengsaraan kerana keputusan mereka? Mereka

telah dikenakan hukuman yang menyakitkan.

6.        Ini adalah kerana para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa bukti

       bukti yang jelas, tetapi mereka berkata, "Mestikah kami mengikuti manusia seperti

       kami?" Mereka mengingkarkan dan berpaling. Allah tidak memerlukan mereka;

       sesungguhnya, Allah tidak pernah memerlukan, yang Maha Terpuji.

7.        Orang orang yang ingkar mendakwa yang mereka tidak akan dibangkitkan! Ya

       sesungguhnya, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, dan kamu akan dipertanggung

       jawabkan diatas segala apa yang telah kamu lakukan. Ini adalah mudah bagi Allah untuk

       melakukan.

8.        Dari itu, kamu mestilah percaya kepada Allah dan rasulNya, dan cahaya yang telah

       kami turunkan didalam ini. Sesungguhnya, Allah amat Perihatin akan segala apa yang

       kamu lakukan.

9.        Harinya akan tiba apabila Dia menghimpunkan kamu pada Hari Perhimpunan

       kelak. DiHari itulah dimana adanya Saling Menuduh. Sesiapa yang percaya

       kepada Allah dan menjalani kehidupan yang benar, Dia akan menebuskan dosa

       dosanya, dan akan memasukkan dia kedalam taman taman yang air sungai

       sungainya mengalir. Mereka akan tinggal didalamnya selama lamanya. Ini adalah

       kemenangan yang terbesar.

10.     Bagi orang orang yang ingkar dan yang mengingkari revelasi revelasi kami,

       mereka itulah penghuni penghuni api-Neraka; mereka tinggal didalamnya untuk

       selama lamanya. Betapa dahsyatnya destini!

Undang Undang Ilahi

11.     Tidak ada apa yang akan berlaku kepada kamu melainkan dengan izin Allah.

       Sesiapa yang percaya kepada Allah, Dia akan membimbing hatinya.

       Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala sesuatu.

12.     Kamu mestilah menta'ati Allah dan kamu mestilah menta'ati rasul. Jika kamu

       berpaling, dan misi utama bagi rasul kami hanyalah untuk menyampaikan mesej.

13.     Allah: tidak ada tuhan lain disampingNya. Kepada Allah sahajalah orang orang

       yang percaya mesti meletakkan kepercayaan.

14.     Wahai kamu yang percaya, pasangan pasangan (suami isteri) dan anak anak

       kamu boleh jadi musuh musuh kamu; berhati hatilah. Jika kamu memaafkan,

       melupakan dan mengampunkan, maka Allah sahajalah yang Maha Pengampun

       lagi Maha Penyayang.

15.     Wang dan anak anak kamu adalah cubaan, dan Allah mempunyai ganjaran

       yang besar.

16.     Dari itu, kamu mestilah menghormati Allah sebanyak mana yang kamu boleh,

       dan dengarkanlah dan ta'atilah dan berilah (dermaan) demi untuk kebaikan kamu

       sendiri. Sesiapa yang terlepas dari sifat kekikirannya sendiri, mereka inilah orang

       orang yang berjaya.

17.     Jika kamu meminjamkan Allah suatu pinjaman yang berupa kebajikan, Dia akan

melipat gandakan anugerah bagi kamu dengan banyaknya, dan mengampuni kamu.

Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Menghargai lagi Maha Mengasihani.

18.     Yang Maha Mengetahui bagi segala rahsia rahsia dan pengumuman pemgumuman;

yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org