Surah 60: Al-Mumtahanah
Ujian   1 - 13.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Wahai kamu yang percaya, janganlah kamu berkawan dengan musuh musuhKu

       dan musuh musuh kamu, menghulurkan kasih dan persahabatan kepada mereka,

       walaupun mereka telah mengingkarkan kebenaran yang telah datang kepada kamu.

       Mereka menindas rasul, dan kamu, hanya kerana kamu mempercayakan Allah,

       Tuhan kamu. Jika kamu bersiap sedia untuk berjuang keranaKu, mencari keredhaanKu,

       bagaimana pula kamu mencintai mereka secara rahsia? Aku amat sedar sepenuhnya

       akan segala apa yang kamu sembunyikan, dan segala apa yang kamu umumkan.

       Sesiapa yang diantara kamu yang melakukan ini sesungguhnya telah tersesat dari

       jalan yang benar.

2.        Apabila saja mereka bertembung dengan kamu, mereka memperlakukan kamu

       sebagai musuh musuh, dan melukakan kamu dengan tangan tangan dan lidah lidah

       mereka. Mereka mahukan supaya kamu mengingkarkan.

3.        Saudara mara dan *, anak anak kamu tidak akan dapat menolong kamu. Pada

       Hari Kebangkitan kelak, Dia akan menghakimi diantara kamu. Sesungguhnya,

       Allah yang Maha Melihat segala apa yang kamu lakukan. 

_________________________________________________________________________

 

   *60:3 Ubah bahasa mengandungi perkataan "wang", sementara originalnya 
         dalam dalam Quran yang berbahasa Arab adalah, "anak anak", yang  sebenarnya.

_________________________________________________________________________

 

 

Ibrahim: Contoh Tauladan

1.        Contoh yang terbaik telah ditunjukkan kepada kamu oleh Ibrahim dan orang

       orang yang bersama samanya. Mereka berkata kepada orang orang mereka,

       "Kami menafikan kamu dan pujaan pujaan yang kamu sembah disamping Allah.

       Kami mengutuk kamu, dan kamu tidak akan melihat sesuatu yang baik dari kami

       melainkan kemarahan dan kebencian sehingga kamu percayakan ALLAH SAHAJA."*

       Bagaimana pun, satu kesilapan telah dikomitkan oleh Ibrahim apabila dia berkata

       kepada bapanya, "Aku akan berdoa' untuk pengampunanmu,** tetapi tidak mempunyai

       kuasa untuk melindungimu dari Allah." "Tuhan kami, kami meletakkan kepercayaan

       kepadaMu, dan menyerahkan diri diri kami kepadaMu; kepada Engkau sahajalah

       destini yang terakhir.

______________________________________________________________________________

*60:4 Perkataan Arab bagi “SAHAJA” (WAHDAHU) disebut hanya enam kali saja didalam

Quran, salah satu darinya menyatakan tentang Quran Sahaja (17:46). Menyebut tentang Allah

Sahaja adalah:  7:70, 39:45, 40:12,  & 84, dan 60:4. Total bagi nombor nombor ini :

(7 + 70 + 39 + 45 + 40 + 12 + 84 + 60 + 4)  = 361, ataupun 19 X 19. Ini menunjukkan bahwa

thema utama bagi Quran adalah “SEMBAH ALLAH SAHAJA.” Lihat Appendik 1.

**60:4 Kita bolehlah mendo’akan orang orang yang menyekutukan Allah supaya mendapat

petunjuk, bukannya memohonkan pengampunan. Kerana adalah undang undang Allah

sesungguhnya dosa yang tidak terampun adalah menyekutukan Allah (4:48 & 116).

_______________________________________________________________________________

2.        "Tuhan kami, jangan biarkan kami ditindas oleh orang orang yang ingkar,

       dan ampunkanlah kami. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Kuat lagi

       Maha Bijaksana."

3.        Contoh yang baik telah ditunjukkan oleh mereka bagi orang orang yang

       mencari keredhaan Allah dan Hari Akhirat. Bagi orang orang yang berpaling,

       Allah tidak memerlukan (mereka), Maha Terpuji.

4.        Allah mungkin menukarkan kemarahan diantara kamu dan mereka menjadi cinta.

       Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa. Allah sahajalah yang

       Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 Undang Undang Asas

Mengatur Perhubungan Dengan

Orang Orang Yang Ingkar

5.        Allah tidak melarang kamu dari berkawankan orang orang yang tidak

       melawan kamu kerana agama, dan tidak mengusir kamu dari rumah rumah

       kamu. Kamu bolehlah berkawan dengan mereka dan bersifat saksamalah

       terhadap mereka. Sesungguhnya, Allah mencintai kesaksamaan.

6.        Allah hanya melarang kamu dari berkawan dengan orang orang yang melawan

       kamu kerana agama, mengusirkan kamu dari rumah rumah kamu, dan berkumpul

       bersama sama dengan yang lain untuk menghalaukan kamu. Janganlah kamu

       berkawankan mereka. Orang Orang yang berkawan dengan mereka itu adalah

       para pelampau.

Jika Di-Dalam Peperangan

7.        Wahai kamu yang percaya, apabila perempuan perempuan yang percaya

       (meninggalkan pihak musuh dan) meminta perlindungan kepada kamu,

       kamu mestilah menguji mereka. Allah amat sedar dengan sepenuhnya akan

       kepercayaan mereka. Apabila saja kamu menyakini yang mereka itu adalah

       orang orang yang percaya, janganlah kamu menghantarkan mereka kembali

       semula kepada orang orang yang ingkar. Mereka tidaklah dibenarkan

       mengekalkan perkahwinan mereka. Pulangkanlah kembali mas kahwin yang

       orang orang ingkar itu telah membayar. Kamu tidaklah mengkomit kesalahan

       dengan mengahwini mereka, asalkan kamu membayarkan mas kahwin mereka.

       Janganlah menahan isteri isteri yang ingkar (jika mereka berkeinginan

       bersama sama musuh). Kamu boleh memintakan kembali mas kahwin yang

       kamu telah membayarnya. Ini adalah peraturan Allah; Dia yang mengaturkan

       diantara kamu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi

       Maha Bijaksana.

8.        Jika sebarang dari isteri isteri kamu mengikuti kem musuh musuh, dan kamu

       telah dipaksa untuk berperang, kamu mestilah memaksakan musuh untuk membayar

       ganti rugi kepada lelaki lelaki yang kehilangan isteri isteri, dengan memberikan

       mereka apa yang telah mereka belanjakan kepada isteri isteri mereka. Kamu mestilah

       menghormati Allah, yang mana kamu telah mempercayai. 

9.        Wahai nabi, apabila perempuan perempuan yang percaya (yang meninggalkan

orang orang yang ingkar) datang untuk mencari perlindungan kepadamu berjanji

kepadamu yang mereka itu tidak mengada adakan sebarang pujaan pujaan disamping

Allah, tidak mencuri, tidak mengkomit zina, tidak membunuh anak anak mereka,

tidak mengadakan sebarang kepalsuan, tidak mengingkari perintah perintahmu yang

benar, kamu mestilah menerima perjanjian mereka, dan doa'kan kepada Allah untuk

mengampuni mereka. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi

Maha Penyayang. 

10.     Wahai kamu yang percaya, janganlah berkawan dengan orang orang yang Allah

       murkai, dan yang telah tetap dengan keingkaran; mereka itu sememangnya tidak ada

       harapan sama seperti orang orang ingkar yang telah berada didalam kuburan.


homeBack Home

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

Copyright © 1997-2003 Submission.org