|
1. Segala kepujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta sekelian
cekrawala dan bumi, dan yang
menjadikan gelap kepada terang.
Masih juga, mereka yang ingkar dengan Tuhan mereka
itu berterusan menyeleweng
daripada jalan yang benar.
2.
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, dan telah dipastikan lebih
dahulu masa ketentuan
ajal kamu, hanya Dia sahajalah
yang mengetahui tempuh ajal kamu. Masih juga kamu
berterusan meraguinya.
3.
Dialah Allah yang Maha Esa
bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dia tahu rahsia kamu dan
apa apa yang kamu umumkan, dan
Dia sahajalah yang mengetahui segala apa apa yang kamu
perolehi.
4.
Walaupun berbagai bukti yang telah datang kepada mereka dari Tuhan
mereka, tetap
juga mereka berpaling dengan
kebencian.
5.
Oleh kerana mereka mengingkarkan kebenaran yang telah datang kepada
mereka, maka
siksaan telah menimpa mereka
kerana mengabaikannya.
6.
Tidakkah mereka mengambil kira berapa banyak keturunan sebelum mereka
yang telah kami
hapuskan? Kami menempatkan mereka
dibumi ini lebih daripada kami adakan untuk kamu,
dan kami cucuri rahmat diatas
mereka dengan banyaknya, dan kami mengadakan untuk
mereka air sungai sungai yang
mengalir. Lantas kami hapuskan mereka kerana dosa dosa
mereka, dan kami menggantikan
mereka dengan generasi yang lain ditempat mereka.
7.
Meskipun jika kami menurunkan buku fizikal, yang tertulis diatas
kertas, dan mereka
memegangnya dengan tangan tangan
mereka sendiri, mereka yang ingkar itu tetap juga akan
berkata, “Ini tidak lain hanyalah
magik yang pintar.”
8.
Mereka juga berkata, “Kalaulah malaikat dapat turun bersama dia!”
kalau sudah kami
menghantarkan melaikat, semua
perkara akan ditamatkan, dan mereka tidak akan dapat
diberikan penangguhan lagi.
Keperluan Untuk
Menghadapi Percubaan.
9.
Kalaupun jika kami menghantarkan malaikat, sudah tentu akan kami menghantarkannya
sebagai seorang lelaki, dan akan
kami jadikan mereka semua dalam keadaan kekeliruan
sebagaimana yang mereka telahpun
terkeliru diwaktu ini.
10.
Para rasul sebelum engkau telah dijadikan bahan cemuhan. Mereka yang
mempersendakan
para rasul itulah yang menerima
penghinaan diatas perbuatan mereka.
11.
Katakan, “Cubalah jelajah dimuka bumi ini dan lihatlah akibat yang
telah menimpa orang
orang yang mengingkarkannya.”
12.
Katakanlah, “Kepunyaan siapakah apa apa yang ada disekelian cekrawala
dan dibumi?’
Katakan, “Kepunyaan Allah.” Dia telah mendekrikan yang
belas kasihNya adalah salah satu dari
sifatNya. Dia akan tetap
mengumpulkan kamu kesemuanya diHari Kebangkitan kelak,
yang mana harinya tidak dapat
dielakkan lagi. Mereka yang kehilangan
roh roh mereka itulah
dari kalangan orang orang yang
ingkar.
13.
KepunyaanNya segala yang mendiami ditempat tempat tinggal pada waktu
malam dan siang.
Sesungguhnya Dia sahajalah yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
14.
Katakanlah, “Mestikah aku mengambil selain dari Allah sebagai Tuhan dan Tuan, sedangkan Dia
sahaja Pencipta bagi sekelian
cekrawala dan bumi, dan Dia yang memberi makanan bukannya
diberikan?” Katakan, “Aku
telah diperintahkan untuk menumpukan diriku dengan sepenuh penyerahan, dan ,
‘Tidak sekali kali menyekutukan (Allah).’”
15.
Katakanlah, “Aku takut, jikalau aku menentang Tuhanku, akan ditimpakan
siksaan pada hari
yang amat menggerunkan.
16.
“Siapa yang dikecualikan (hukuman),pada
hari itu, telah mendapat belas kasih dariNya.
Dan ini adalah satu kemenangan
yang paling besar.”
Hanya Allah Yang
Menguasai Kebahagiaan.
17.
Jika Allah mengenakan
kesusahan kepada kamu, tidak ada siapa dapat meringankannya
melainkan Dia. Dan jika Dia
mengurniakan rahmatNya kepada kamu, sesungguhnya Dialah
yang Maha Berkuasa.
18.
Dialah yang Maha Tinggi dari segala ciptaanNya. Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana
lagi
Maha Mengetahui.
Quran, Hanya Quran, Dan Tidak Ada yang
Lain Melainkan Quran Sahaja.
19.
Katakanlah, “Testimoni siapakah yang amat agung?” Katakanlah,
“Kepunyaan Allah. Dia
menjadi saksi diantara aku dan
engkau yang Quran* ini telah diinspirasikan kepadaku, untuk
menyampaikannya kepada kamu dan
sesiapa sahaja yang mendapatkannya. Sesungguhnya,
engkau pula yang bersaksikan
dengan tuhan tuhan lainnya* disisi Allah.”
Katakanlah, “Aku
tidak akan memberikan keterangan
seperti kamu; hanya satu tuhan sahaja, dan aku tidak
akan akui persekutuan kamu.
20.
Kepada siapa yang telah kami berikan kitab mengenalinya sepertimana
mereka mengenal anak
anak mereka sendiri. Mereka yang
kehilangan roh roh mereka itulah yang ingkar.
*6:19
Ayat ini mengumumkan yang Quran sahajalah sumber bimbingan untuk agama. Orang
orang
yang
mendukung lain dari Quran, seperti Hadis & Sunnah (menggalakkan kebohongan
yang
ditujukan kepada Nabi), telah didefinasikan sebagai menyekutukan.
21.
Siapakah yang lebih zalim dari mereka yang membuat kebohongan terhadap
Allah, ataupun
mengingkari revelasi revelasiNya?
Orang orang yang melampaui batas itu tidak akan berjaya.
Orang Orang Yang
Menyekutukan (Allah)
Menafikan Penyekutuannya.
22.
Pada hari yang dimana kami akan kumpulkan kesemuanya, kami akan
tanyakan
kepada yang menyekutukan, “Dimana
pujaan pujaan yang kamu ada adakan?”
23.
Kecelakaan dapat dirasai oleh mereka dengan jawapan yang diutarakan,
“Demi Allah
Tuhan kami, kami bukanlah yang
menyekutukan.”*
24.
Lihatlah betapa mereka berbohong dengan diri diri mereka sendiri, dan
bagaimana sekutu
sekutu yang mereka ada adakan itu
telah meninggalkan mereka.
25.
Ada diantara mereka yang mendengarkan kamu, tetapi kami taruhkan
penudung menutupi
hati hati mereka daripada
memahaminya, dan ketulian dipendengaran mereka. Lantas
bagaimana bukti pun yang mereka
lihat, mereka tidak akan percaya. Maka apabila mereka
datang untuk berdebatan dengan
kamu, orang orang yang ingkar itu akan berkata,
“Ini adalah sejarah masa yang
lampau.”
26.
Mereka melarang yang lainnya dari ini (Quran), sebagaimana mereka sendiri yang menjauhkan
diri diri mereka darinya, lantas
mereka hanya membinasakan diri diri mereka sendiri dengan
tidak memahaminya.
27.
Jika kamu dapat melihat mereka ketika mereka menghadapi Api Neraka!
Lantas! mereka akan
mengatakan, “Celakalah kami. Oh!
kami ingin kalau kami dapat dikembalikan, dan tidak akan
pernah ingin menginkari revelasi
revelasi Allah, dan akan kami bersama sama dengan orang orang
yang percaya.”
28.
Sebenarnya, (mereka hanya
berkata demikian kerana) rahsia mereka telah terbongkar. Jika
mereka dapat kembali, mereka akan
melakukan persist sama dengan yang dulunya.*
Merekalah orang orang yang
pembohong.
29.
Mereka berkata (minda separa
sedar), “Kami hanya menempuh kehidupan ini saja; kami tidak
akan dibangkitkan semula.”
30.
Jika dapat kami perhatikan mereka apabila mereka berdiri didepan Tuhan
mereka! Dia akan
bertanya, “Adakah ini bukan
kebenaran?” Mereka akan menjawab, “Benar Tuhan kami.”
Dia akan berkata, “Kamu telah
menerima siksaan kerana kamu mengingkarinya.”
31.
Kerugian sekali bagi sesiapa yang tidak percaya akan bertemu dengan Allah, dan
Waktu yang didatangkan kepada
mereka dengan tiba tiba, dan mereka berkata, “Kami
sungguh menyesal kerana telah
mensia siakan kehidupan kami didunia ini.” Mereka akan
mengangkat bebanan dosa dosa
mereka dibelakang mereka; betapa azabnya bebanan itu!
Mengaturkan
Semula Keutamaan Kita.
32.
Kehidupan didunia ini hanyalah tidak lebih dari illusi dan bermegah
megah, sementara tempat
diAkhirat jauh lebih baik lagi
bagi orang orang yang benar. Tidakkah kamu faham?!
33.
Kami tahu yang kamu akan merasa sedih dari apa yang mereka katakan.
Kamu mesti tahu
bukannya kamu yang mereka
ingkarkan; bahkan revelasi revelasi Allah yang orang orang
zalim itu tidak mempedulikan.
34. Para rasul sebelum kamu pun telah
diingkarkan, mereka sabar dan tabah hati mengadapi
keingkaran itu. Mereka telah
dianiayai sehinggakan kemenangan kami datang kepada
mereka. Itulah sistem Allah yang
tidak pernah berubah. Riwayat para rasul kami lantas
menjadikan duluan untuk kamu.
*6:23
Sekarang dan untuk selama lamanya, penyembah penyembah pujaan akan menafikan
dengan
bersungguh sungguhnya yang mereka bukanlah menyekutukan Allah.
*6:28
Ini adalah kerana sebaik saja kita masuk kedalam dimensi dunia kita, kita
tidak akan
sedar
sepenuhnya tentang kejadian dimensi roh kita, dimana Allah dan para
malaikatNya, dan
Syurga
dan Neraka, dapat dilihat. Lantas, pesalah tidak akan menukar kelakuan
mereka, walau
pun
selepas melihat dimensi yang berkekalan.
35.
Jika keingkaran mereka menjadikan terlalu sangat bagi kamu, kamu mesti
ketahui jika
kamu menggalikan terowong melalui
bumi, ataupun memanjat tangga sampai kelangit,
dan menunjukkan mukjizat kepada
mereka sekalipun (mereka tidak akan
mahu percaya).
Jika Allah kehendaki, Dia boleh membimbing mereka, dengan sepenuhnya.
Dari itu,
janganlah berperangai seperti
orang orang jahil.
36.
Hanya orang orang yang menjawab sahajalah yang mendengarkan. Allah yang membangunkan
orang yang mati; dan mereka
akhirnya dipulangkan kepadaNya.
37.
Mereka berkata, “Jika boleh tanda tanda yang tertentu diturunkan
kepadanya dari Tuhan
dia!” Katakanlah, “Allah berkebolehan menghantarkan
tanda tanda tetapi mereka
sahaja yang tidak tahu.”
Binatang Binatang Dan Burung Burung :
Haiwan Yang Menyerah Tunduk
Kepada Tuhan.
38.
Kesemuanya haiwan dibumi, and kesemua burung burung yang berterbangan
dengan kepak
kepak adalah komuniti seperti
kamu. Kami tidak tinggalkan suatu apapun dari kitab ini.**
Kepada Tuhan mereka, semua haiwan
haiwan ini akan dikumpulkan.
Mukjizat Yang
Terbesar Di-Dalam Quran.
39.
Siapa yang mengingkarkan bukti bukti kami adalah orang orang yang
pekak dan bisu,
mereka berada didalam kegelapan
yang amat sangat. Sesiapa sahaja yang Allah
kehendaki,
Dia biarkan didalam kesesatan,
dan sesiapa sahaja yang dikendakiNya, Dia akan
membimbing mereka kejalan yang
lurus.
40.
Katakanlah, “Apa akan jadi sekiranya hukuman Allah datang kepada kamu, ataupun Waktu
itu didatangkan kepada kamu:
Dapatkah kamu berseru Tuhan selain Allah,
jika kamu
sememangnya yang benar?”
41.
Yang sebenarnya ialah: Hanya Dia yang kamu seru, dan Dia yang menjawab
doa’ kamu,
Jika Dia menghendakinya, tentu
kamu akan lupa pujaan kamu.
42.
Kami telah hantarkan (para rasul)
kepada komuniti sebelum kamu, dan kami mencuba
mereka dengan kesusahan dan
kesukaran, supaya mereka dapat bermohon.
43. Mereka hanya bermohon apabila
percubaan kami mengena mereka! Tetapi hati hati
mereka bertambah keras, dan
syaitan menghiaskan keindahan dimata mata mereka
diatas kerja kerja mereka.
Sistem*
44.
Apabila mereka tidak mempedulikan mesej yang kami berikan kepada
mereka, kami
bukakan untuk mereka pintu pintu
pagar yang bermacam anika. Dan, baru sahaja mereka
bersuka ria dengan apa apa yang
diberikan kepada mereka, kami menghukum mereka
dengan tiba tiba; mereka
terperanjat dengan tidak dapat berkata kata.
45.
Mereka yang zalim itupun dihapuskan. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
Allah Sahajalah
Yang Patut Di-Sembah.
46.
Katakanlah, “Apa akan jadi jika Allah
mengambil pendengaran dan penglihatan kamu,
dan tutup minda kamu; tuhan mana
selain Allah, dapat memulihkan
kesemuanya ini untuk
kamu?” lihatlah bagaimana kami
terangkan revelasi revelasi kami, dan lihatlah bagaimana
mereka menyeleweng.
*6:38
Binatang binatang adalah diantara makhluk makhluk Allah yang mengambil
kesempatan
untuk
menerima tawaran supaya bertaubat setelah mengkomit dosa asal (lihat
Pendahuluan).
**6:38
Semua informasi berkenaan kehidupan yang berkekalan diAkhirat ada didalam
Quran.
Orang
orang yang percaya menerimanya dengan tidak ada keraguan, Allah menyatakan:
"Kami
tidak
meninggalkan suatu apa pun dari buku ini." Mustahaknya kenyataan ini,
dan kenyataan yang
serupa,
menunjukkan yang setiap satu dari perkataan perkataannya mengandungi 19 huruf
huruf
Arab (Appendik 19).
*6:44
Sebelum pesalah dicampakkan ketingkap, mereka akan dibawa ketengkat yang
tinggi.
47.
Katakanlah, “Apa akan jadi jika hukuman Allah datang kepada kamu dengan tiba tiba,
ataupun selepas pemberitahuan,
bukankah orang orang yang zalim itulah yang akan
dihapuskan?”
Tugas Bagi Para Rasul.
48.
Kami tidak menghantarkan para rasul melainkan untuk menyampaikan
berita berita baik, dan
juga sebagai pemberi amaran.
Sesiapa yang percaya dan membaiki diri tidak ada apa yang
mesti ditakutkan, dan tidak juga
mereka harus bersedih.
49.
Bagi sesiapa yang mengingkari revelasi revelasi kami, mereka akan
menerima hukuman kerana
kezaliman mereka sendiri.
50.
Katakanlah, “Aku tidak mengatakan kepada kamu yang aku mempunyai harta
dari Allah.
dan tidak juga aku mengetahui apa
apa untuk masa depan. Tidak juga aku mengatakan
kepada kamu yang aku ini
malaikat. Aku hanyalah mengikut apa yang disampaikan kepadaku.”
Katakanlah, “Adakah sibuta sama
dengan yang celik? Tidakkah kamu mahu merenungkan?”
51.
Dan ajarkanlah dengan (Quran)
ini kepada sesiapa yang mengingati hari yang akan
dikumpulkan kesemuanya dihadapan
Tuhan mereka - mereka tidak ada selain
Dia sebagai
Tuhan dan Tuan, tidak juga
penjamin – yang mereka boleh mendapatkan keselamatan.
52.
Dan janganlah kamu mengenepikan mereka yang bermohon kepada Tuhan
mereka siang dan
malam ,semata mata untuk
mengabdikan diri diri mereka kepadaNya sahaja. Kamu tidak
bertanggungjawab diatas pendapatan
mereka, dan juga mereka tidak juga bertanggungjawab
diatas pendapatan kamu. Jika kamu
mengenepikan mereka, maka kamu adalah orang orang
yang melampaui batas.
53.
Kami lantas mencuba manusia antara satu dengan yang lainnya, untuk
membiarkan mereka
berkata (mengejek), “Adakah ini manusia diantara kita yang dirahmati Allah?” “tidakkah
Allah menyedari siapa yang tidak tahu bersyukur?
54.
Bagi sesiapa yang percaya dengan revelasi revelasi kami datang kepada
kamu, kamu mesti
berkata, “Salamun ‘Alaikum (Kesejahteraan bagi kamu).Tuhan kamu
telah mendekrikan yang
penyayang adalah sifatNya.
Lantas, sesiapa dari kamu yang membuat kejahatan dalam kejahilan,
dan bertaubat selepas itu dan
membaikikan diri, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.”
55.
Kami lantas menerangkan revelasi revelasi kami, dan tunjukkan
kesalahan perjalanan orang orang
yang zalim.
56.
Katakanlah, “Aku telah diharamkan dari menyembah apa yang kamu sembah
selain dari Allah.”
Katakanlah, “Aku tidak akan
mengikut pendapat pendapat kamu. Jika tidak, aku akan menjadi
sesat, dan tidak akan mendapat
penunjuk.”
57.
Katakanlah, “Aku mempunyai bukti yang kukoh dari Tuhanku, dan kamu
telah mengingkarinya.
aku tidak menguasai hukuman yang
kamu cabar aku untuk membawanya. Pengadilan terpulang
kepada Allah sahaja. Dia mengatakan yang benar, dan Dialah hakim yang
terbaik.”
58.
Katakanlah, “Jika aku menguasai hukuman yang kamu cabarkan aku untuk
membawanya,
semua perkara akan diselesaikan
dahulu lagi. Allah yang paling
ketahui siapakah yang zalim .”
Allah Maha Berkuasa.
59. DenganNya semua kunci kunci kepada
segala rahsia rahsia; tidak ada sesiapa yang ketahui
melainkan Dia. Dia tahu semuanya
didaratan dan dilautan.Tidak ada satu daun pun yang
jatuh tanpa pengetahuanNya. Dan
tidak juga benih didalam tanah yang lembab. Tidak juga
apa apa yang basah ataupun yang
kering, yang tidak dapat dirakamkan didalam rekod
yang nyata.
Kematian Dan Kebangkitan:
Setiap Hari*
60.
Dialah yang mematikan kamu pada malam hari, dan tahu walaupun
sekecilnya akan gerak
gaya kamu diwaktu siang hari. Dia
bangkitkan kamu setiap pagi, sehingga akhir hayat kamu
yang telah disempurnakan, Dan
kepadaNyalah sahaja tempat yang terakhir untuk kamu akan
dikembalikan. Maka Dia akan
menyatakan kepada kamu apa apa yang kamu telah lakukan.
61.
Dialah yang Maha Agung dari segala makhlukNya, dan Dia juga akan
melantik penjaga
penjaga untuk melindungi kamu.
Apabila masa yang ditentukan bagi ketibaan ajal kamu
maka rasul rasul kami akan
mematikan kamu dengan tidak berlengah lagi.
62.
Kesemuanya akan dikembalikan kepada Allah, Tuhan dan Tuan mereka yang
sebenar.
Pasti sekali, Dialah hakim yang
terakhir; dan juga Dialah penghitung yang paling tepat.
63. Katakanlah, “Siapakah yang dapat
menyelamatkan kamu dari kegelapan didaratan ataupun
dilautan?” Kamu memohon kepadaNya
dengan kuat dan merahsiakannya: “Jika Dia
selamatkan kami kali ini, kami
akan sentiasa mensyukurinya.”
64.
Katakanlah, “Allah menyelamatkan
kamu kali ini, dan juga masa yang lain, tapi masih juga
kamu menyekutukan Dia.”
65.
Katakan, “Dia tentu sekali dapat menaburkan kepada kamu hukuman dari
atas kamu dan juga
dari bawah kaki kamu. Ataupun Dia
boleh membahagikan kamu kepada puak puak dan
merasakan kezaliman masing
masing. Lihatlah bagaimana kami menerangkan revelasi revelasi
kami, supaya dapat kamu
memahaminya.”
66. Orang orang kamu telah
mengingkarinya, walaupun ini adalah satu kebenaran. Katakanlah,
“Aku bukanlah penjaga untuk
kamu.”
67.
Setiap ramalan buat sekarang ini tentu sekali akan berlalu, dan kamu
semestinya akan dapat
mengetahuinya.
Hormatilah Revelasi Revelasi Allah.
68.
Jika kamu melihat mereka yang mengejekkan revelasi revelasi kami, kamu
mesti
mengelakkan diri dari mereka
sehingga mereka mengubahkan tajuk perbualan mereka. Jika
syaitan membuatkan kamu terlupa,
maka apabila saja kamu teringat, janganlah duduk bersama
sama manusia yang berperangaikan
syaitan.
69.
Orang orang yang benar tidak akan bertanggungjawab dengan perkataan
mereka itu, tetapi
ini akan dapat memberikan
peringatan untuk mereka; boleh jadi mereka akan dapat
diselamatkan.
70.
Jangan kamu pedulikan mereka yang mensia siakan agama mereka, seolah
olah ini adalah
perhimpunan sosial, dan yang
penuh keasyikkan dengan kehidupan dunia. Dan ingatkanlah
dengan (Quran) ini, supaya tidak ada satu roh pun akan menderita akhibat
dari pekerjaan
jahat yang diamalkan.Tidak ada
lain disamping Allah sebagai Tuhan
dan Tuan, dan tidak
juga akan diadakan perantaraan.
Kalaupun didapatkan tawaran sebagai penebus, tidak akan
diterima darinya. Mereka akan
menerima penderitaan akhibat dari kerja kerja jahat yang
mereka usahakan; mereka akan
meminum minuman dari Neraka, dan mereka akan
mendapatkan hukuman yang dahsyat
kerana keingkaran mereka.
71.
Katakanlah, “Mestikah kami memohon, disamping Allah, apa yang tidak mempunyai
kekuasaan yang dapat memanfaatkan
kami ataupun memudharatkan kami, dan berpaling
dari tumit tumit kami setelah Allah yang telah membimbing kami?
Jika demikian, kami akan
mengikuti mereka yang dikawal
oleh syaitan, dan memberi percakapan yang boleh mengeliru
-kan, sementara kawan kawan
mereka cuba menyelamatkan mereka: ‘Tinggallah bersama kami
yang menuju kejalan yang benar.’”
Katakanlah, “Petunjuk Allah adalah
petunjuk yang benar.
Kami telah diperintahkan untuk
menyerahkan diri diri kami kepada Tuhan semesta alam.
_________________________________________________________________________________
*6:60
Orang orang yang benar sebenarnya tidak mati; mereka terus keSyurga yang
pernah ditinggal
oleh
Adam dan Hawa. Orang orang yan ingkar mati dan mengalami mimpi mimpi buruk
yang berterusan sampailah keHari Kebangkitan kelak (lihat 2:154, 3:169, 8:24,
16:32, 22:58, 36:26-27, 40:46, 44:56, dan Appendik 17).
72.
“Dan untuk Mengerjakan Sembahyang (Salat),
dan untuk mengingatiNya - Dialah
Sahaja
dimana kamu semua akan
dikumpulkan (untuk diperhitungkan).”
73.
Dia Sahajalah yang menciptakan segala cekrawala dan bumi, dengan
sebenarnya. Bila
saja Dia berkata, “Jadi” maka
jadilah. PerkataanNya sungguh benar. Semua kedaulatan
dipunyai olehNya pada hari dimana
terumpit akan ditiupkan. Dia Yang Mengetahui segala
rahsia rahsia dan pengumuman
pengumuman. Sesungguhnya Dialah yang Maha Bijaksana lagi
Maha Perihatin.
Ibarahim Berdebat
Dengan Orang Orang
Yang Menyekutukan Tuhan.
74.
Ingatlah apabila Ibrahim berkata kepada bapanya Azer, “Kenapa mesti
engkau menyembah
patung patung sebagai tuhan
tuhan? Aku tenguk yang engkau dan orang orang engkau itu
telah tersesat jauh.”
75.
Kami tunjukkan kepada Ibrahim
segala nikmat yang ada disekelian cekrawala dan dibumi,
dan merahmatinya dengan rasa
penuh kepastian:
76.
Apabila malam tiba, dia nampak planet yang bersinar. “Boleh jadi ini
Tuhanku,” dia
berkata. Apabila ianya menghilang,
dia berkata, “Aku tidak suka kepada (tuhan
tuhan) yang
menghilang.”
77.
Apabila dia melihat bulan mula naik, dia berkata,”Boleh jadi ini Tuhan
aku!” Apabila
ianya menghilang, dia berkata,
“Melainkan jika Tuhanku membimbing aku, jika tidak
aku akan bersama dengan orang
orang yang sesat.”
78.
Apabila dia melihat matahari mula naik, dia berkata, “Ini tentu sekali
Tuhan aku. Ini yang
paling besar.” Tetapi apabila
ianya terbenam, dia berkata, “Wahai orang orangku, aku
kutuk penyembahan kamu.
79.
“Aku telah mengabdikan diriku sepenuhnya kepada yang Esa yang
meinisiasikan sekelian
cekrawala dan bumi; Aku tidak
akan pernah menjadikan diriku supaya menyekutukan
(Tuhan).”
80.
Orang orangnya bertengkar dengan dia. Dia berkata, “Adakah kamu
bertengkar dengan
aku berkenaan Allah, selepas Dia
telah membimbing aku? Aku tidak takut dengan pujaan
pujaan yang kamu ada adakan itu.
Tidak ada apa yang akan terjadi kepada aku, melainkan
itu semua adalah dengan
kehendakNya jua. Ilmu pengetahuan Tuhanku meliputi
kesemuannya. Tidakkah kamu semua
mengambil perhatian?
81.
“Mengapa aku mesti takutkan pujaan pujaan kamu? Sepatutnya kamu yang
mesti takut,
kerana kamu menyembah selain Allah pujaan pujaan yang tidak boleh berkata
kata dan
tidak ada kuasa untuk menolong
kamu. Yang mana satukah yang layak memberikan
perlindungan, jika kamu
ketahui?”
Perlindungan Yang Terbaik.
82.
Sesiapa yang percaya, dan tidak mengotori kepercayaan mereka dengan
mempersekutukan,
telah mendapat perlindungan yang
terbaik, dan merekalah yang benar benar mendapat
bimbingan.
83.
Itulah perdebatan kami, yang mana kami sokong Ibrahim menentang orang
orangnya. Kami
menaikkan sesiapa saja kami
kehendaki kepangkat pangkat yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan
kamulah yang Maha Bijaksana lagi
Maha Mengetahui.
84.
Dan kami memberikan Ishak dan Ya’kub kepadanya, kami membimbing mereka
berdua.
sebagaimana, kami telah
membimbing Nuh dan keturunannya (yang
kami bimbing)
Daud, Sulayman, Ayub, Yusuf, Musa
dan Harun. Lantas kami memberi ganjaran kepada orang
orang yang salih.
85.
Begitu juga, Zakaria,Yahya, Isa dan Ilias; mereka kesemuanya adalah
orang orang yang salih.
86.
Dan juga Ismail, Alyasa’,Yunus dan Lut; setiap mereka ini kami
membezakan mereka dari
kesemua manusia.
87.
Diantara leluhur mereka, dan juga keturunan mereka,dan adik beradik
mereka, kami memilih
banyak, dan kami
membimbing mereka semua kejalan yang lurus.
88.
Itulah bimbingan Allah,
yang mana Dia membimbing sesiapa saja yang dia pilih diantara hamba
hambaNya. Jika ada diantara
mereka yang terjebak didalam menyekutukanNya, segala
pekerjaan pekerjaan mereka tidak
akan dapat diterima.
89.
Itulah mereka yang mana kami berikan kitab, kebijaksanaan (hikmah) dan juga kenabian.
Jika mereka ini tidak percaya,
kami akan gantikan mereka dengan yang lainnya dari tempat
mereka, dan pengganti mereka
tidak akan menjadi orang orang yang ingkar.
90.
Inilah orang orang yang dibimbing oleh Allah; kamu akan dapat bimbingan dengan
mengikuti jejak langkah mereka.
Katakanlah, “Kami tidak meminta bayaran dari kamu. Ini
adalah sesungguhnya mesej
untuk semua manusia.”
Mesej Allah Kepada Dunia.
91.
Mereka tidak pernah menghargai Allah
sebagaimana sepatutnya dihargakan. Lantas, mereka
Berkata, “Allah tidak menerangkan suatu apapun kepada sebarang manusia.”
Katakanlah,
“Siapa gerangan yang menerangkan
kitab yang dibawa oleh Musa, yang mengandungi cahaya
dan petunjuk untuk manusia?” Kamu
telah menulisnya diatas kertas untuk diumumkannya,
sementara menyembunyikan banyak
diantaranya. Kamu telah diajarkan dari apa yang tidak
pernah kamu ketahui – kamu dan
ibu bapa ibu bapa kamu. Katakanlah, “Allah
(yang menerangkannya),” dan
tinggalkanlah mereka didalam kelalaian, dan bermain main.
92.
Yang ini juga adalah kitab yang dirahmati yang telah kami terangkan,
mengesahkan kitab yang
terdahulu, supaya dapat kamu
memberi amaran kepada komuniti yang paling mustahak* dan
semua disekelilingnya. Sesiapa
yang percaya kepada Akhirat akan percaya dengannya (kitab),
dan akan Mengerjakan Sembahyang (Salat).
Para Rasul
Yang Palsu Di-Kutuk.
93.
Siapa yang lebih zalim dari orang yang mengada adakan pembohongan dan
diatributkannya
kepada Allah, ataupun mengatakan, “Aku telah mendapat inspirasi yang
suci,” Padahal tidak
pernah diinspirasikan sedemikian,
ataupun dengan mengatakan, “Aku boleh menulis serupa
seperti revelasi revelasi Allah?” Jika kamu dapat melihatkan
orang orang yang melampaui batas
itu menghadapi kematian! Malaikat
malaikat yang memanjangkan tangan tangan mereka kepada
mereka, dengan mengatakan,
“Biarkan keluar roh roh kamu. Hari ini, kamu telah mendapat
hukuman yang menghinakan kerana
mengatakan berkenaan Allah yang lain dari kebenaran,
dan kerana terlalu sombong untuk
menerima revelasi revelasiNya.
94.
“Kamu telah pulang kepada kami dengan sendirian, sama seperti kami
menciptakan kamu
pada mulanya, dan kamu telah
tinggalkan apa saja yang kami peruntukkan kepada kamu.
Kami tidak nampak yang kamu ada
bersama dengan penjamin penjamin yang kamu puja
pujakan dan mengaku yang mereka
boleh menolong kamu. Semua perhubungan diantara
kamu telah dimusnahkan; pujaan
pajaan yang kamu ada adakan itu telah pun
meninggalkan kamu.”
Kebesaran Allah.
95. Allah Sahajalah yang menjadikan
biji bijian dan benih benih untuk membelah dan
berkecambah. Dialah yang
mengeluarkan kehidupan dari yang mati, dan dari yang mati
kepada kehidupan. Itulah Allah; kenapa mesti kamu menyeleweng!
96.
Didalam keretakkan subuh, Dia jadikan pagi untuk disatukan. Dia
jadikan malam dengan
ketetapan, dan Dia memberikan
matahari dan bulan untuk servis sebagai alat perkiraan. Itulah
rekaan dari yang Maha Berkuasa
lagi Maha Mengetahui.
*6:92
Hari ini "komuniti yang paling mustahak" adalah Amerika, dimana
Rasul Allah dihantarkan.
Semasa
Quran diturunkan, Mekkah adalah komuniti yang paling mustahak.
97. Dan Dia
sahajalah Yang menjadikan bintang bintang untuk membimbing kamu dimasa
kegelapan, didaratan dan juga
dilautan. Lantas kami jelaskan revelasi revelasi kami kepada
manusia yang tahu.
98.
Dia yang meinisiasikan kamu dari satu orang, dan menentukan laluan
kamu, begitu juga dengan
akhirnya distini kamu. Lantas
kami jelaskan revelasi revelasi kami kepada manusia yang
dapat memahaminya.
99.
Dia Sahajalah yang menurunkan air dari langit, dengannya kami
mengeluarkan berbagai
bagai jenis tumbuh tumbuhan. Kami
keluarkan dari hijauan material dengan banyaknya
daripada biji bijian komplex,
pokok pokok palma dengan rumpunannya yang tergantung,
dan taman taman buah buahan
anggur, buah buah zaitun dan buah buah delima; buah
buahan yang serupa, tapi
berlainan. Lihatlah buah buahan mereka apabila ianya membesar
dan masak. Ini adalah petanda
bagi orang orang yang percaya.
100.
Masih juga, mereka mengadakan selain Allah pujaan pujaan daripada segala jin, walaupun
hanya Dia sahajalah yang
menciptakan mereka. Dan juga mereka atribut kepadaNya anak
anak lelaki dan perempuan, dengan
tidak mempunyai pengetahuan. Segala puji bagiNya.
Dialah yang Maha Tinggi, jauh
keatas dari apa yang mereka tentukan.
101.
Yang meinisiasikan sekelian cekrawala dan bumi. Bagaimanakah boleh Dia
mempunyai
anak, sedangkan Dia tidak pernah
mempunyai pasangan? Dialah yang mencipta kesemuanya
sekali, dan Dia tetap menyedari
akan segala sesuatu.
Allah.
102.
Itulah Allah Tuhan kamu,
tidak ada tuhan selain Dia, Pencipta kepada kesemua yang ada.
Kamu mestilah menyembah Dia
sahaja. Dialah yang berkuasa diatas segala galanya.
103.
Tidak ada visi dapat merangkumiNya, tetapi Dia yang merangkumi kesemua
visi.
Sesungguhnya Dialah yang Maha
Mengasihani lagi Maha Perihatin.
104. Penyedaran telah datang kepada kamu
dari Tuhan kamu. Bagi siapa yang dapat
melihat, mereka melakukan demi
untuk kebaikan diri diri mereka sendiri, dan bagi
sesiapa yang membutakan diri diri
mereka, maka mereka hanyalah menjejaskan
diri diri mereka sendiri. Aku
bukanlah pebimbing kamu.
105.
Lantas kami terangkan revelasi revelasi, untuk membuktikan yang kamu
telah menerima
ilmu, dan supaya dapat kamu
menjelaskannya kepada manusia yang tahu.
106.
Ikutlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhan kamu, tidak ada tuhan
melainkan
Dia, dan tinggalkanlah orang
orang yang menyekutukanNya.
107.
Jika Allah mengkehendaki,
mereka tidak akan menyembah pujaan pujaan mereka.
Kami tidak melantikkanmu untuk menjadi penjaga mereka,
dan tidak juga sebagai
penyokong mereka.
108.
Janganlah kamu menyumpah pujaan pujaan yang mereka ada adakan
disamping Allah,
supaya jangan sampai mereka
menyumpah dengan mengkufurkan Allah,
kerana kejahilan
mereka. Kami telah menghiaskan
dimata mata mereka itu keindahan akan kerja kerja bagi
tiap tiap kumpulan. Akhirnya,
mereka akan dikembalikan kepada Tuhan mereka, maka Dia
akan memberitahukan kepada mereka
segala apa yang telah mereka lakukan.
109.
Mereka bersumpah kepada Allah,
dengan seriusnya, jika mukjizat datang kepada mereka,
tentu sekali mereka akan percaya.
Katakanlah, “Mukjizat hanya datang dari Allah.”
Dengan
apa yang kamu semua ketahui, jika
mukjizat pernah datang kepada mereka pun, mereka tentu
berterusan mengingkarkan.
110.
Kami yang menguasai minda minda dan hati hati mereka. Lantas, mereka
yang mengambil
keputusan untuk mengingkarkan,
kami tinggalkan mereka dengan kelakuan mereka yang luar
batasan, satu kesilapan besar.
Akibatnya Kerana
Mengambil Keputusan Sendiri.
111.
Walaupun jika kami turunkan malaikat malaikat kepada mereka; walaupun
jika yang mati
boleh berkata kata kepada mereka;
walaupun jika kami kumpulkan setiap mukjizat kepada
mereka; Mereka tidak akan percaya
melainkan dengan kehendak Allah.
Sesungguhnya
kebanyakan dari mereka adalah
orang orang yang jahil.
Hadis & Sunnah:
Adalah Rekaan
Dari Musuh Musuh Nabi.
112. Kami telah mengizinkan para musuh bagi
setiap nabi – manusia dan jin syaitan –
meinspirasikan diantara satu
dengan lainnya dengan kata kata yang menarik, demi untuk
menipu. Jika Tuhan kamu
menghendakinya, mereka tidak akan melakukannya. Kamu
mesti tinggalkan mereka dari
segala apa yang telah mereka reka rekakan
Mustahaknya Kriteria.
113.
Ini untuk membiarkan minda minda mereka yang tidak percaya akan Hari
Akhirat supaya
mendengarkan perkataan yang
direka rekakan itu lalu menerimanya, supaya dapat didedahkan
sabit kesalahan mereka.*
Quran:Penerangan
Yang Sempurna Dan Terperinci.
114.
Mestikah aku mencari selain Allah
sebagai perundangan, apabila Dia yang telah terangkan
kepada kamu kitab yang sempurna
dan terperinci?* Mereka yang mendapat kitab
mengenalinya yang ianya telah
diturunkan oleh Tuhan kamu, dengan kebenaran. Kamu
jangan sekali kali menyimpan
sebarang keraguan.
115.
Perkataan dari Tuhan kamu telah sempurna,* dengan penuh kebenaran dan
keadilan.
tidak ada yang boleh membatalkan
perkataan perkataanNya. Sesungguhnya Dialah yang
Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.
116.
Jika kamu menurut kebanyakan manusia dari bumi, mereka akan
mengubahkan kamu
dari jalan Allah. Mereka hanya mengikut terkaan semat mata; dengan hanya
mengagak
saja.
117.
Tuhan kamu amat mengetahui sesiapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia
amat ketahui
orang orang yang mendapat
bimbingan.
118.
Apabila kamu makan, kamu mestilah menyebut nama Allah, jika kamu benar benar percaya
dengan revelasi revelasiNya.
Kesempatan Untuk Mengingati Allah:
Sebut Nama Allah
Sebelum Kamu Makan.
119.
Kenapa mesti kamu tidak mahu makan dimana nama Allah telah disebutkan? Dia telah
memberikan butir butir yang nyata
apa yang diharamkan untuk kamu, melainkan jika
kamu dipaksa. Sesungguhnya
kebanyakan manusia telah memperdayakan manusia yang
lainnya dengan pendapat pendapat
mereka, dengan tidak mempunyai pengetahuan.
Tuhan kamu amat perihatin
terhadap orang orang yang melampaui batas itu.
120.
Kamu mestilah menjauhkan dari membuat dosa dosa yang ketara dan juga
yang dirahsiakan .
Sesiapa yang melakukan dosa dosa
itu tentu sekali akan menerima bayaran dari perbuatan
mereka yang melampaui batas itu.
121.
Jangan sekali memakan makanan yang nama Allah tidak disebutkan, kerana itu adalah
satu amalan yang keji. Syaitan
telah meinspirasikan sekutu sekutu mereka untuk berdebatan
dengan kamu; jikalau kamu
mengikuti mereka, maka kamu adalah orang orang yang
menyekutukan.*
122.
Adakah sesiapa yang telah dimatikan dan kami berikan dia hidup
kembali, dan peruntukkan
dengan dia cahaya yang dapat
memberikannya bergerak diantara manusia, serupa dengan
orang orang yang didalam
kesesatan yang mana dia tidak akan dapat keluar darinya?
Adapun kerja kerja orang yang
ingkar itu dinampakkan indah oleh mata mata mereka.
*6:113
Quran telah memberikan kita kriteria sama ada kita benar benar percaya
ataupun hanya ucapan dibibir saja. Kriteria yang mustahak ini telah
dinyatakan disini, dan dalam: 7:45-46 dan 39:45.
*6:113-115
Mendukung sebarang sumber disamping Quran menunjukkan tidak percaya kepada
Quran
(Appendik
18).
*6:121
Memakan makanan dilarang selain dari Allah menunjukkan penyekutuan terhadap
Allah kerana
mengadakan
hukum hukum yang lain dari apa yang telah dinyatakan didalam Quran.
123. Kami biarkan mereka memajukan jenayah
jenayah tiap tiap komuniti supaya berkomplot
dan merancang. Tetapi mereka
hanya berkomplot dan merancang untuk menentang roh roh
mereka sendiri dengan tidak
memberikan kesan sedikit pun.
Menyoalkan Kebijaksanaan
(Hikmah) Allah.*
124.
Apabila bukti yang kuat datang kepada mereka, mereka berkata, “Kami
tidak akan percaya,
melainkan jika kami diberikan apa
yang telah diberi kepada para rasul Allah!”
Allah tahu
dengan sebenarnya siapakah yang
paling layak untuk menyampaikan mesejNya.*
Penjenayah penjenayah yang
demikian itu akan menderita penghinaan yang dahsyat dari
Allah, dan hukuman yang dahsyat akan diberikan akibat dari
rancangan mereka yang jahat.
Ilmu Quran
Lebih Lagi Kehadapan
Dari Kemajuan Manusia*
125. Sesiapa sahaja yang Allah kehendaki kepada bimbingan, Dia
akan melapangkan dada
mereka terbuka luas untuk
menyerahkan diri diri mereka (KepadaNya).
Dan sesiapa juga
Dia kehendaki untuk disesatkan,
Dia membukakan dada mereka dengan sikap yang tidak
bertoleransi dan sulit, seperti
orang yang memanjat kelangit.* Lantas Allah
menyumpah
mereka kerana tidak mahu percaya.
126.
Ini adalah jalan yang lurus menuju Tuhan kamu. Kami telah terangkan
revelasi revelasi kami
supaya manusia dapat mengambil
perhatian.
127.
Mereka telah mendapat tempat kediaman yang aman dekat dengan Tuhan
mereka; Dialah
Tuhan dan Tuan mereka, sebagai
anugerah kerana kerja kerja mereka.
128.
Harinya akan tiba dimana Dia akan kumpulkan mereka semua (dan berkata): “Wahai engkau
jin, engkau telah melibatkan
ramai manusia.” Manusia yang bersekutu dengan mereka akan
berkata, “Tuhan kami, kami
bergembira sesama sendiri sehinggakan kami terlalai sepanjang
kehidupan yang Engkau telah
tetapkan untuk kami.” Dia akan berkata, “Neraka adalah
destini kamu.” Mereka akan
tinggal didalamnya selama lamanya, mengikut dengan
kehendak Allah. Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Bijaksana lagi Maha
Mengetahui.
129.
Lantas kami sepadankan orang orang yang zalim itu menjadi pasangan
sesama sendiri
sebagai hukuman kerana
keterlaluan mereka.
130.
Wahai jin dan manusia, tidakkah kamu mendapatkan para rasul dari
kalangan kamu,
yang menceritakan kepada kamu
revelasi revelasiKu, dan memberikan amaran kepada kamu
tentang hari pertemuan sekarang
ini? Mereka akan berkata, “Kami bersaksi bertentangan
dengan diri diri kami.” Mereka
telah begitu sibuk dengan kehidupan dunia, dan mereka
akan menyaksikan tentang diri
diri mereka kerana keingkaran mereka.
131.
Ini menunjukkan yang Tuhan kami tidak akan menghapuskan sebarang
komuniti dengan
ketidak adilan, sementara orang
orangnya belum mendapat pengetahuan.
132.
Kesemuanya kamu akan mendapatkan pangkat sepadan dengan amalan kamu.
Tuhan
kamu tidak pernah lalai dari apa
apa yang kamu lakukan.
133.
Tuhan kamu Sahajalah yang Kaya; pemilik bagi segala belas kasih. Jika
Dia kehendaki,
Dia boleh menyingkirkan kamu, dan
menggantikan sesiapa saja yang dikehendakiNya
ditempat kamu, sama seperti Dia
menjadikan kamu dari manusia yang berlainan keturunan.
134.
Apa yang dijanjikan kepada kamu akan datang dan berlalu, dan tidak
mungkin dapat
dielakkannya lagi.
*6:124
Cumburu dan ego adalah kebiasaan manusia yang membuatkan ada manusia yang
menyoal
kebijaksanaan
Allah dalam memilih para rasulNya. Ulamak ulamak yang cumburu mengatakan
perkataan
yang sama berkenaan Quran kod matematika yang diturunkan melalui Rasul Allah
yang
dijanjikan.
*6:125
Beberapa dekad sesudah revelasi bagi Quran, kita dapati oxigen menghilang
sebaik saja kita memanjat kelangit, dan kita akan tercungap cungap kerana
sangat memerlukan angin.
135.
Katakanlah, “Wahai orang orangku, lakukanlah yang terbaik, dan aku
juga akan berbuat
demikian. Kamu tentu sekali akan
ketahui, yang orang orang zalim itu tidak akan berjaya.
Menyalah Gunakan
Peruntukkan Peruntukkan Dari Allah.
136.
Mereka pastikan dengan membahagikan sebahagian dari tanam tanaman dan
binatang
binatang ternakan dari pemberian Allah, dan mengatakan, “Sebahagian
ini kepunyaan
Allah,” mengikut dakwaan mereka, “dan bahagian ini kepunyaan
pujaan pujaan kami.”
Walaupun demikian apa yang
dibahagiankan untuk pujaan pujaan mereka itu tidak akan
sampai kepada Allah, sementara setiap kali bahagian
yang diperuntukkan kepada Allah
itu
sampai kepada pujaan pujaan
mereka. Sungguh amat menyedihkan pertimbangan yang
mereka adilkan itu.
137.
Lantas, orang orang yang menyekutukan itu telah menjadi mangsa kepada
pujaan pujaan
mereka, sampai ketahap untuk
membunuh anak anak mereka.* Sebenarnya pujaan pujaan
mereka itu telah mengenakan
penderitaan yang amat sangat kepada mereka, dan membuat
kebingungan dengan agama mereka.
Jika Allah berkehendakan mereka
tidak akan
melakukannya. Kamu mestilah
tinggalkan mereka dengan apa yang mereka reka rekakan.
Innovasi Innovasi
Dalam Beragama Dikutuk.
138.
Mereka berkata, “Binatang ternakan dan tanam tanaman ini adalah
diharamkan; tidak ada
siapa boleh memakannya melainkan
dengan kebenaran kami,” itu yang mereka dakwa.
mereka juga mengharamkan dengan
menunggang binatang ternakan yang tertentu.
Sedangkan binatang ternakan yang mereka makan pun, tidak pernah mereka
menyebutkan
nama Allah apabila mereka
mengorbankannya. Itu adalah segala innovasi innovasi yang
diatributkan kepadaNya. Dia tentu
sekali akan membalas mereka dengan segala innovasi
innovasi yang mereka ada adakan.
139.
Mereka juga berkata, “Apa yang ada didalam perut perut binatang
ternakan ini dikhaskan
eksklusifnya untuk lelaki lelaki,
diantara kami, dan diharamkan untuk isteri isteri kami.”
Tetapi apabila binatang yang
dilahirkan itu mati, maka mereka mengizinkan isteri isteri
mereka mendapatkan bahagian mereka. Dia tentu
sekali akan membalas segala innovasi
innovasi yang mereka ada adakan
itu . Sesungguhnya Dialah yang Maha Bijaksana lagi
Maha Mengetahui.
140.
Sungguh merugikan orang orang yang membunuh anak anak mereka itu
kerana kebodohan,
oleh kerana tidak mempunyai cukup
pengetahuan, dan mengharamkan apa apa yang telah
Allah sediakan untuk mereka, kerana semata mata untuk mengikuti
segala innovasi innovasi
yang diatributkannya kepada
Allah. Mereka itulah orang orang yang telah tersesat jauh;
dan tidak juga yang mendapat
bimbingan.
Zakat (Derma) Mesti Diberi
“Pada Hari Penuaian”*
141.
Dia Sahajalah yang menjadikan taman taman, yang berjunjung dan juga
tidak berjunjung,
dan pokok pokok palas, tanam
tanaman yang mempunyai anika rasa, dan buah buah
zaitun dan delima - buah buahan yang serupa, tetapi berlainan.
Makanlah dari buah
buahannya, dan berikanlah sedekah
pada hari penuian itu,* dan janganlah membazir.
sesungguhnya Dia tidak cinta
kepada orang orang yang suka membazir.
142. Sebahagian dari binatang ternakan itu
digunakan untuk pengangkutan, dan juga sebagai
peralatan tempat tidur. Makanlah
dari pemberian Allah kepada kamu,
dan janganlah kamu
mengikut langkah langkah
Syaitan; sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang nyata.
*6:137
Contoh yang terbaik adalah kejadian yang terkenal berkenaan hukum mati
seorang putri
Raja
Saudi Arabia dalam 1978 kerana berzina. Hukum Allah hanyalah disebat bukan
dihukum
sampai
mati, sebagai hukuman zina (24:1-2), sementara hukuman hukuman bagi penyembah
pujaan pujaan menentukan hukum mati. Sebagaimana yangditunjukkan didalam
42:21, undang undang
tradisi
mengikuti hukum hukum yang tidak diautoriskan oleh Allah.
*6:141
Derma (Zakat) sangatlah perlu, yang Maha Penyayang telah menghadkan belas
kasiNya
kepada
sesiapa yang memberi derma (7:156). Namun, orang orang muslim yang korup telah
kehilangan
perintah yang mustahak ini; mereka memberi Zakat hanya setahun sekali. Kami dapati
disini
zakat mestilah diberi "pada hari yang kita mendapatkan pendapatan."
Perkadaran yang
datang
kepada kita melalui Ibrahim adalah 2.5% dari pendapatan bersih kita.
Menginnovasikan
Pengharaman Makanan Di-Kutuk.
143.
Lapan jenis binatang ternakan: berkenaan dua jenis biri biri, dan dua
jenis kambing
kambing, katakanlah, “Adakah dua jantan yang diharamkan, ataupun
dua betina,
ataupun kandungan didalam rahim
rahim kedua betina? Katakan kepada aku apa yang
kamu tahu, jika memang
sesungguhnya kamu yang benar.”
144.
Berkenaan dua jenis unta unta, dan dua jenis lembu, katakanlah,
“Adakah dua jantan
yang Dia haramkan, ataupun dua
betina, ataupun kandungan didalam rahim rahim
kedua
betina? Adakah kamu bersaksikan
yang Allah mendekrikan demikian
pengharaman kepada
kamu? Siapakah yang paling zalim dari
orang orang yang mengada adakan penipuan yang
demikian dan diatributkan
semuanya itu kepada Allah? Lantas
mereka memperdayakan
manusia dengan tidak mempunyai
ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah tidak akan
membimbing manusia yang zalim.
Makanan Yang Di-Haramkan.
145.
Katakanlah, “Aku tidak jumpa didalam revelasi revelasi yang diberikan
kepadaku berkenaan
semua makanan yang diharamkan
bagi pemakan melainkan: (1) daging bangkai yang reput,
(2) darah yang mengalir, (3)
daging* babi, kerana ianya tercemar, dan (4) daging kepada
binatang yang telah dikotori
dengan didedikasikan selain dari Allah.”
Jika seseorang telah
terpaksa (memakannya), dengan tidak disengajakan ataupun dengan kedengkian,
maka
sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
146. Bagi orang orang Yahudi kami haramkan
kepada mereka binatang binatang yang kuku
kukunya tidak dibahagikan; dan
juga kami mengharamkan lemak lembu dan biri biri,
melainkan yang terletak
dibelakang binatang tersebut, ataupun didalam visera, atau yang
bercampur dengan tulang tulang.
Itu adalah hukuman kerana mereka sangat melampaui
batas, sesungguhnya kamilah yang
benar.
147.
Jika mereka mengingkari kamu, maka katakanlah, “Tuhan kami mempunyai
rahmat
yang tidak terhingga, tetapi
hukumanNya tidak akan dapat dielakkan oleh orang orang
yang bersalah.
148.
Orang orang yang menyekutukan (Allah)
berkata, “Jika Allah kehendaki
kami tidak
akan mengamalkan penyekutuan,
tidak juga dengan kedua ibu bapa ibu bapa kami, dan
tidak juga akan kami mengharamkan
dari apa apa saja.” Begitu juga dengan orang orang
sebelum mereka yang
mengingkarkan, sehingga kami kenakan hukuman kepada mereka.
Katakanlah, “Adakah kamu
mempunyai sebarang ilmu pengetahuan untuk dijadikan bukti
yang dapat ditunjukkan kepada
kami? Kamu tidak mengikut apapun melainkan terkaan
semata mata dan kamu hanya
mengagak agak saja.
Perdebatan*
Yang Sangat Kuat.
149.
Katakanlah, “Allah
mempunyai perdebatan yang sangat kuat; jika Dia menghendakki Dia
boleh membimbing kamu semua.”
150.
Katakanlah, “Bawalah saksi saksi kamu yang boleh memberikan keterangan
yang Allah telah
mengharamkan ini ataupun itu.”
Jika mereka memberikan keterangan, jangan kamu bersama
mereka untuk memberikan
keterangan. Dan jangan kamu mengikut pendapat pendapat orang
orang yang mengingkarkan revelasi
revelasi kami, dan juga mereka yang mengingkarkan
Hari Akhirat, begitu juga dengan
orang orang yang tersesat jauh dari Tuhan mereka.
*6:145-146
Hanya empat macam binatang yang dilarang memakannya: binatang binatang yang
mati
dengan sendirinya, darah yang mengalir (yang tidak berada diantara daging),
daging babi,
dan
binatang binatang yang dipersembahkan selain Pencipta mereka (Allah). Ayat
146 memberitahu-
kan
pelarangan yang demikian adalah lebih khusus;
Allah melarang sama ada "daging" ataupun
"lemak,"
ataupun keduanya sekali, jika Dia sangat menghendaki.
*6:149
Quran kod matematika adalah amat ketara dan betul betul tidak boleh
dipertikaikan lagi
dan
membuktikan yang mesej Allah ini adalah untuk dunia. Hanya Tuhan saja yang
boleh menahan sebarang pembaca yang cuba menghalang manusia dari mensyukuri
phenomina yang luar biasa ini, jatuh
sujud, dan sedia menerima mukjizat yang mengkagumkan (lihaat 17:45-46, 56:79,
dan
Appendik
Satu).
Rukun Rukun Yang Utama.
151. Katakanlah, “Marilah biar aku
beritahukan kepada kamu apa yang Tuhan kamu benar
benar mengharamkan untuk kamu:
Kamu jangan sekali kali mengadakan sekutu sekutu
disampingNya. Kamu mesti
memuliakan kedua ibu bapa kamu. Jangan sekali kamu
membunuh anak anak kamu kerana
takut kemiskinan - kami yang berikan
segala
peruntukkan kepada kamu dan
mereka. Jangan sekali kamu melakukan dosa dosa besar,
dengan terang ataupun
dirahsiakan. Jangan kamu membunuh – Allah telah menjadikan
nyawa itu suci – melainkan untuk
keadilan. Ini adalah rukun rukunNya kepada kamu,
supaya dapat kamu memahaminya.
Rukun Rukun Tambahan.
152.
Jangan sekali kamu memakan wang anak anak yatim melainkan dengan jalan
yang terbaik,
hinggalah mereka dewasa. Kamu
mestilah memberi timbangan yang penuh apabila kamu
menimbang diwaktu kamu berurusan
didalam perniagaan, dengan saksama. Kami tidak
membebani setiap roh melebihi kemampuan mereka sendiri. Kamu
mestilah benar benar
adil apabila kamu berdiri sebagai
saksi, walaupun berhadapan dengan saudara mara. Kamu
mestilah penuhi janji janji kamu
kepada Allah. Inilah rukun
rukunNya kepada kamu,
supaya dapat kamu merenungkan.
153.
Ini adalah perjalananKu - yang
lurus. Kamu mesti mengikutinya, dan jangan kamu mengikut
perjalanan perjalanan yang lain
darinya, takut mereka akan melencongkan kamu daripada
perjalananNya. Ini adalah rukun
rukunNya kepada kamu, supaya kamu mendapat keselamatan.
154.
Dan kami telah berikan kepada Musa kitab, cukup dengan rukun rukun
yang terbaik, dan
melengkapi kesemuanya, dengan
petunjuk serta belas kasih, supaya dapat mereka percaya
untuk bertemu dengan Tuhan
mereka.
155.
Ini juga adalah kitab yang dirahmati yang kami telah turunkan; kamu
mesti mengikutinya
dengan mengamalkan kehidupan yang
benar, supaya kamu akan mendapat belas kasih.
156.
Sekarang ini kamu tidak akan boleh lagi bekata, “Kitab ini telah
diturunkan kepada kedua
dua kumpulan sebelum kami, dan
kami tidak sedar akan pengajarannya.”
Matematik:
Bukti Bukti Yang Utama.
157.
Tidak juga boleh kamu mengatakan, “Hanya kalaulah kitab ini boleh
diturunkan kepada
kami, kami akan mendapat
bimbingan yang lebih baik dari mereka.” Kitab yang
mempunyai bukti sekarang ini
telah datang kepada kamu dari Tuhan kamu, sebagai
petunjuk juga belas kasih.
Sekarang, siapakah yang paling zalim kerana mengingkari bukti
bukti ini dari Allah, dan tidak
mempedulikannya? Kami akan mengenakan orang orang
yang mengingkarkan bukti bukti
kami ini dengan hukuman yang paling dahsyat oleh
sebab mereka tidak mahu mengambil
peringatan.
Keperluan Di-Dalam
Menjalani Ujian
158.
Adakah mereka menunggu sampai malaikat malaikat datang kepada mereka,
ataupun
Tuhan kamu, ataupun beberapa
fizikal yang dinyatakan kepada Tuhan kamu? Pada
hari yang perkara ini terjadi,
tidak ada satu roh pun yang akan mendapatkan keuntungan
dari kepercayaannya jika sebelum
itu mereka mengingkarkannya, dan tidak akan juga
didapatkan apa apa keuntungan
walaupun mereka menjalani kehidupan yang salih.*
katakanlah, “Sentiasalah
menunggu; kerana kami juga sama sama menunggu.”
Mengadakan Sekta
Dalam Beragama Di-Kutuk.
159. Sesiapa yang membahagikan agama mereka
kepada sekta sekta tidaklah setempat dengan
kamu. Mereka akan dihakimkan oleh
Allah, dan Dia akan membertahu kepada kamu
apa apa yang telah kamu lakukan.
*6:157
Tugas bagi Quran kod matematika membuktikan kebenarannya apabila nombor ayat
(157) dicampurkan dengan nilai gematrikal "Rashad Khalifah" (1230),
dimana kodnya menjadikan 1387 ataupun
19x73.
*6:158
Selepas mempercayainya, roh akan mengembang dengan melakukan penyembahan yang
telah
ditunjukkan
oleh Allah.
|