Surah 58: Al-Mujaadalah 
Perdebatan 1 - 22.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Allah telah mendengar wanita yang berdebatan denganmu berkenaan suaminya,

       dan telah mengadukan kepada Allah. Allah mendengarkan segala galanya yang

       kamu berdua membincangkan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang

       Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

2.        Orang orang diantara kamu yang telah berpisah dengan isteri isteri mereka

        ( kenyatan dengan melarangkan perhubungan sek dengan mereka) seperti

        ibu ibu mereka sendiri sedangkan mereka tahu benar bahwasanya mereka itu

        bukanlah ibu ibu mereka.* Ibu ibu mereka adalah wanita wanita yang telah

        melahirkan mereka. Sebenarnya, mereka telah mengkomitkan satu kekufuran

        dan kepalsuan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pemaaf lagi

        Maha Pengampun.  

3.        Sesiapa yang telah memisahkan diri dengan isteri iteri mereka dalam keadaan

       begini, dan berbaik semula selepas itu, mestilah menebus dengan membebaskan

       seorang hamba sebelum mengadakan perhubungan seks dengan mereka semula.

       Ini adalah untuk menyedarkan kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang

       Maha Perihatin akan segala apa yang kamu lakukan.

4.        Jika kamu tidak mendapatkan hamba untuk dibebaskan, kamu mestilah berpuasa

       dua bulan berturut turut sebelum mengadakan perhubungan seks semula. Jika kamu

       tidak boleh berpuasa, maka kamu mestilah memberikan makan kepada enam puluh

       orang orang miskin. Kamu mestilah percaya kepada Allah dan rasulNya. Ini adalah

       undang undang Allah. Orang orang yang ingkar akan dikenakan hukuman

       yang menyakitkan.

5.        Sudah tentu, orang orang yang menentang Allah dan rasulNya, pasti dikalahkan

        seperti rakan seperjuangan mereka yang terdahulu yang telah dikalahkan. Kami

        telah turunkan bukti bukti yang jelas, dan penentang penentang telah dikenakan

        hukuman yang memalukan.

6.        Harinya akan tiba apabila Allah akan membangkitkan mereka semua, lalu

       diberitahukan kepada mereka akan segala apa yang telah mereka lakukan.

       Allah telah merekodkan segala galanya, sementara mereka telah melupakannya.

       Sesungguhnya, Allah yang menyaksikan segala sesuatu.

________________________________________________________________________________

*58:2 Kerenggangan suami kepada isteri mereka dengan mengumumkan yang dia seperti ibu

mereka (ibu suami) adalah adat tradisi orang orang Arab. Hanya surah ini saja dimana perkataan

“Allah” telah disebut disetiap ayat.

________________________________________________________________________________

Allah Berada Bersama Sama

 Kamu Sekarang

7.        Tidakkah kau sedar yang Allah mengetahui segala galanya disekelian cekrawala

       dan segala galanya dibumi? Tidak tiga orang yang dapat berkomplot secara rahsia

       dengan tidak Dia menjadi yang keempat, dan tidak juga lima dengan tidak Dia

       menjadi yang keenam, dan tidak juga kurang dari itu, dan tidak juga lebih, dengan

       tidak Dia berada disana bersama sama mereka dimana saja mereka berada. Lalu,

       pada Hari Kebangkitan kelak, Dia akan memberitahukan mereka akan segala apa

       yang mereka telah lakukan. Sesungguhnya, Allah amatlah sedar akan segala sesuatu.

Janganlah Berkomplot

8.        Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang menganjurkan untuk berkomplot

        secara rahsia, dan berkeras untuk berkomplot? Mereka berkomplot untuk melakukan

        dosa, melampaui batas, dan mengingkari rasul. Apabila mereka datang kepada kamu,

        mereka menyambut kamu dengan penyambutan yang berlainan dari yang didekrikan

        oleh Allah. Mereka menyatakan didalam diri diri mereka, "Allah tidak akan menghukum

        kami kerana pertuturan pertuturan kami." Balasan bagi mereka hanyalah Gehenna, dimana

        mereka akan dibakar; betapa azabnya destini.

9.        Wahai kamu yang percaya, jika kamu semestinya berbincang secara rahsia, kamu

        janganlah berbincang secara rahsia untuk mengkomit dosa, melampaui batas, dan

        untuk menentang rasul. Kamu mestilah berbincang untuk mengerjakan kebaikan

        dan ketakwaan. Kamu mestilah menghormati Allah, yang mana kamu akan

        dihimpunkan.

10.     Perkomplotan rahsia adalah idea syaitan, melaluinyalah dia menggunakan untuk

melukakan perasaan orang orang yang percaya. Bagaimana pun, dia tidak akan

dapat melukakan perasaan mereka dengan tidak dapat keizinan dari Allah. Kepada

Allah sahajalah orang orang yang percaya mesti meletakkan kepercayaan.

11.     Wahai kamu yang percaya, jika kamu disuruh, "Tolonglah berikan ruang," kamu

       mestilah memberikan ruang kepada satu sama lain untuk duduk. Maka Allah akan

       memberikan ruang untuk kamu. Jika kamu disuruh supaya bangun dan bergerak,

       berdirilah dan bergeraklah. Allah yang menaikkan orang orang diantara kamu yang

       percaya, dan orang orang yang mencari ilmu pengetahuan kepada kedudukkan

       kedudukkan yang amat tinggi. Sesungguhnya Allah amat Perihatin akan segala apa

       yang kamu lakukan. 

12.     Wahai kamu yang percaya, apabila kamu ingin berbincang dengan rasul, kamu

       mestilah memberikan derma (kepada orang orang miskin) sebelum kamu

       melakukannya. Ini adalah lebih baik bagi kamu, dan lebih suci. Jika kamu tidak

       mampu, maka sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi

       Maha Penyayang.

13.     Jika kamu gagal untuk memberikan derma sebelum berbincang, lalu bertaubat

       selepas itu, maka Allah menerima taubat kamu. Kamu mestilah mengerjakan

       sembahyang (Salat), dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan

       menta'ati Allah dan rasulNya. Sesungguhnya Allah amat Perihatin dengan

       sepenuhnya akan segala apa yang kamu lakukan.

Pilihlah Kawan Kawan Kamu

14.     Sudahkah kamu perhatikan mereka yang berkawan dengan orang orang yang

        mana Allah telah murkai? Mereka tidaklah dipihak kamu, dan tidak juga bersama

        mereka. Mereka dengan sengaja bersumpah bohong!

15.     Allah telah siapkan untuk mereka hukuman yang dahsyat. Malang sungguh apa

       yang mereka pernah lakukan.

16.     Mereka menggunakan sumpah sumpah mereka sebagai usaha untuk menyimpang

       dari jalan Allah. Akibatnya, mereka telah dikenakan hukuman yang memalukan.

17.     Bukanlah wang mereka, ataupun anak anak mereka dapat menolong mereka terhadap

Allah. Mereka telah dikenakan dengan neraka, dimana mereka akan tinggal untuk

selama lamanya.

18.     Harinya akan tiba apabila Allah membangkitkan mereka semua. Mereka akan

       bersumpah kepadaNya, seperti mana mereka bersumpah kepada kamu sekarang,

       berfikir yang mereka itu benar benar betul! Sesungguhnya, mereka itulah

       pembohong pembohong yang sebenar.

19.     Syaitan telah menguasai mereka, dan telah menyebabkan mereka tidak

       mempedulikan mesej Allah. Ini adalah parti syaitan. Sudah pasti, parti

       syaitan akan kalah.

20.     Sudah tentu, orang orang yang menentang Allah dan rasulNya akan bersama

       sama dengan orang orang yang paling rendah.

21.     Allah telah mendekrikan: "Aku dan para rasulKu sudah pasti akan menang."

       Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Kuat.

Selamatkan Nyawa Kamu

22.     Kamu tidak akan mendapati orang orang yang percaya kepada Allah dan

       Hari Akhirat berkawan dengan orang orang yang menentang Allah dan rasulNya,

       walaupun jika mereka itu adalah ibu bapa ibu bapa mereka, ataupun anak anak

       mereka, ataupun adik beradik mereka, ataupun puak puak mereka. Bagi mereka

       ini, Dia telah mendekrikan iman didalam hati hati mereka, dan menyokong mereka

       dengan inspirasi dariNya, dan memasukkan mereka didalam taman taman

yang air sungai sungainya mengalir dimana mereka akan tinggal untuk selama

lamanya. Allah meredhai mereka, dan mereka juga amat bersukacita kepadaNya.

Ini adalah parti Allah. Sudah pasti, parti Allah adalah pemenang pemenang.


homeBack Home

info@submission.org

        SUBMISSION.ORG

Copyright © 1997-2003 Submission.org