













|
Surah 56: Al-Waaqe'ah 
Tidak Boleh Di-Elakkan Lagi
1 - 96.
|

Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang
1.
Apabila hari
yang tidak boleh dielakkan akan
berlaku.
2.
Tidak ada
suatu pun yang dapat menahannya dari berlaku.
3.
Ianya akan merendahkan sebahagian, dan yang lainnya dinaikkan.
4.
Bumi akan bergoncang.
5.
Gunung gunung
akan dihapuskan.
6.
Seolah olah
mereka itu tidak pernah ada.
7.
Kamu akan berkumpulan menjadi kepada tiga bahagian.
8.
Orang orang
yang berhak mendapat kebahgiaan akan berada
didalam kebahgiaan.
9.
Orang orang
yang berhak menerima penderitaan akan mengalami
penderitaan.
10. Kemudian ada pula elit dari yang elit.
11. Mereka adalah orang
orang yang akan
terdekat (kepada Allah).
12. Didalam taman
taman yang bahgia.
13. Kebanyakan daripada generasi generasi yang pertama.*
14. Sedikit saja daripada
generasi generasi yang terkemudian.
15. Diatas kelengkapan kelengkapan yang mewah.
16. Menikmati segala galanya, mereka akan menjadi
jiran.
17. Yang
melayan mereka adalah pembantu pembantu yang berkekalan.
18. Dengan cangkir cangkir, kendi kendi dan minuman
minuman yang asli.
19. Mereka tidak akan kehabisan, dan tidak juga
mereka akan merasa jemu.
20. Buah buahan yang mereka pilih.
21. Daging burung burung
yang mereka inginkan.
22. Pasangan pasangan yang cantik cantik.
23. Seperti mutiara mutiara yang terlindung.
24. Anugerah bagi kerja
kerja mereka.
_______________________________________________________________________________
*56:13-40 Orang orang yang percaya dan meyembah
Allah sahaja serta melakukan amalan
salih, telah
ditempatkan diSyurga yang Tinggi. Orang orang
yang mengikuti ajaran setiap
rasul pada
zamanya, akan sentiasa disiksa oleh para penentang
rasul pada zamannya,
tidak lain hanyalah kerana para penentang ingin mengekalkan agama yang mereka sendiri
mengada adakan.
Lantaran itu, orang orang ini
telah diberikan tempat yang istimewa yang
telah dikhaskan
untuk mereka diSyurga yang Tinggi. Semua manusia yang mati sebelum 40
tahun akan
terus keSyurga yang Rendah, (46:15).
________________________________________________________________________________
25. Mereka tidak akan
pernah mendengar sebarang kata kata
yang tidak
bermakna didalamnya,
dan tidak juga perkataan perkataan yang berdosa.
26. Hanyalah perkataan; "Sejahtera, sejahtera."
Syurga Yang Dibawah
27. Orang orang yang disebelah kanan, akan berada
disebelah kanan.
28. Didalam kebun kebun
yang subur.
29. Buah buahan yang harum.
30. Tempat teduh yang luas.
31. Air
yang banyak.
32. Banyak buah buahan.
33. Tidak pernah habis,
dan tidak diharamkan.
34. Perhiasan perhiasan yang mewah.
35. Kami menciptakan untuk mereka pasangan
pasangan.
36. Belum pernah disentuh.
37. Pasangan yang secucuk.
38. Bagi orang orang
yang disebelah kanan.
39. Kebanyakannya daripada generasi generasi yang dahulu.
40. Kebanyakan juga dari generasi generasi
yang kemudian.
Neraka
41. Orang orang yang disebelah kiri, akan berada
disebelah kiri.
42. Didalam penderitaan dan kepanasan yang membara.
43. Malahan tempat teduh mereka juga
adalah panas.
44. Tidak pernah sejuk,
dan tidak akan boleh
ditahan.
45. Mereka dahulunya kaya.
46. Mereka berkeras dengan melakukan kekufuran yang besar.
47. Mereka berkata, "Sesudah kami mati
dan menjadi debu dan tulang
tulang, kami
akan dibangkitkan semula?
48. Adakah ini termasuk
nenek moyang nenek moyang kami?"
49. Katakanlah, "Dari generasi generasi yang terdahulu dan juga
generasi generasi
yang kemudiannya.
50. "Akan dihimpunkan untuk perjumpaan dihari yang telah ditetapkan.
51. "Lalu kamu, wahai
pengingkar pengingkar yang sesat.
52. "Akan memakan dari
pokok pokok yang paling pahit.
53. "Yang
memenuhi perut perut kamu dengannya.
54. "Dan
meminum diatasnya adalah minuman minuman dari neraka.
55. "Dan
ditambahkan pula minuman dari pasir."
56. Demikian itulah bahagian mereka pada Hari Pengadilan
kelak.
Renungan
57. Kami telah menciptakan
kamu, jika hanya kamu dapat
mempercayai!
58. Tidakkah kamu perhatikan
air mani yang kamu keluarkan?
59. Adakah kamu yang menciptanya, ataupun kami yang menciptakan?
60. Kami telah mengadakan
kematian yang telah ditetapkan untuk kamu.
Tidak ada apa yang dapat menghalang kami-
61. dari menggantikan generasi generasi yang baru ketempat kamu,
dan memantapkan apa yang tidak kamu ketahui.
62. Kamu telah ketahui
tentang ciptaan yang pertama. Tidakkah kamu ingat?
63. Tidakkah kamu perhatikan
tanam tanaman yang kamu hasilkan?
64. Adakah kamu yang menumbuhkan mereka, ataupun kami yang
menumbuhkan?
65. Jika kami kehendaki,
kami boleh menukarkannya menjadi tumbuhan
yang kering. Lalu
kamu akan
rasa menyesal:
66. "Kami kalah.
67. "Kami telah kehilangan."
68. Tidakkah kamu perhatikan
air yang kamu minum?
69. Adakah kamu yang menurunkannya dari awan awan,
ataupun kami
(yang menurunkan)?
70. Jika kami kehendaki,
kami boleh menjadikannya masin.
Kamu sepatutnya berterima kasih.
______________________________________________________________________________
*56:40 Lihat nota kaki 56:13- 40.
_______________________________________________________________________________
71. Tidakkah kamu perhatikan
api yang kamu
nyalakan?
72. Adakah kamu yang meinisiasikan pokoknya , ataupun kami?
73. Kami menjadikannya sebagai peringatan, dan sebagai perkakas
yang berguna untuk
pengguna pengguna.
74. Kamu mestilah mengagungkan
nama Tuhan
kamu, yang Maha Besar.
Hanya Yang Jujur Saja Yang
Dapat Memahami Quran
75. Aku bersumpah dengan
kedudukan bintang bintang.
76. Ini adalah sebuah
sumpah, jika hanya kamu ketahui,
yang sangat
mengerunkan.
77. Ini adalah sebuah
Quran yang mulia.
78. Didalam sebuah buku yang terpelihara.
79. Tidak ada sesiapa
yang boleh memegangnya melainkan yang jujur.*
80. Sebuah revelasi dari Tuhan
semesta alam.
81. Adakah kamu mengabaikan
pengesahan ini?
82. Adakah kamu menjadikannya
sebagai urusan kamu kerana
tidak mengindahkan?
83. Apabila masanya tiba dan (nyawa
kamu) sampai dikerongkong-
84. barulah kemudian
kamu akan melihat disekeliling.
85. Kami lebih dekat
kepadanya dari kamu sendiri, tetapi
kamu tidak melihat.
86. Jika ianya adalah benar yang kamu tidak ada
berhutang sebarang perkiraan-
87. kenapakah tidak kamu menyelamatkan (roh kamu), jika
sememangnya
kamulah yang benar?
88. Jika dia adalah
diantara mereka yang terdekat kepadaKu -
89. maka kegirangan,
dengan bunga bunga, dan taman
taman yang indah.
90. Dan
sekiranya dia dari salah seorang
yang disebelah kanan -
91. Keamanan adalah bagi orang orang
yang disebelah kanan.
92. Tetapi jika dianya
adalah salah seorang dari yang ingkar dan
seorang yang sesat-
93. maka tempat kediamannya
dari nyalaan api-
94. dan bakaran
didalam Neraka.
95. Ini adalah sebenarnya
satu kebenaran.
96. Kamu mestilah mengagungkan
nama Tuhan
kamu, yang Maha Besar.
_______________________________________________________________________________
*56:75 – 76 Alam
semesta kita ini, yang paling kecil dan terdalam sekali
bagi tujuh alam
semesta, mengandungi bilion bimasakti bimasakti, bilion trilion bintang bintang, jangkauan masa
bilion tahun
cahaya. Segala kejadian alam yang berdecilion memantapkan orbit orbit mereka
dengan dikuasai
oleh Tuhan akan ketetapannya. Dengan meningkatkan pengetahuan, lebih lagi
dapat menyedarkan
kita yang sumpah ini amat menggerunkan.
Lihat Appendik 6.
*56:79 Orang orang yang tidak jujur yang tidak cukup dengan
Quran sahaja akan
dihalang oleh
Allah dari memahami Quran. Koncep ini telah diulang ulangkan diseluruh Quran (17:45, 18:57).
Akibatnya, mereka tidak
akan faham
akan ayat ini. Sebagai contoh,
bezakan terjemahan ini
dengan yang lainnya 7:3, 17:46, 41:44,
& 56:79.
Back Home
info@submission.org
SUBMISSION.ORG
Copyright © 1997-2003 Submission.org