Surah 55: Al-Rahman.
Yang Maha Pengasih   1 - 78.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Yang Maha Pengasih.

 

2.        Pengajar Quran.

 

3.        Pencipta manusia.

 

4.        Dia yang mengajarkan mereka bagaimana untuk membezakan.

 

5.        Matahari dan bulan telah dikira dengan cukup rapi.

 

6.        Bintang bintang dan pokok pokok bersujud.

 

7.        Dia yang membinakan langit dan memantapkan undang undang.

 

8.        Janganlah sekali kali kamu melampaui undang undang.

 

9.        Kamu mestilah menetapkan keadilan; janganlah melanggar undang undang.

 

10.     Dia yang menciptakan bumi untuk semua makhluk makhluk.

 

11.     Didalamnya ada buah buahan, dan pokok pokok kurma yang buahnya

       bergantungan.* 

 

12.     Juga biji bijian dan berbagai macam jenis rempah ratus.

 

13.     (Wahai manusia dan para jin) yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu

       yang boleh kamu nafikan?

 

14.     Dia menciptakan manusia dari tanah liat yang berzaman, seperti tukang tembikar.

 

15.     Dan menciptakan para jin dari api yang membara.

 

16.     (Wahai manusia dan para jin) yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang

       boleh kamu nafikan?

 

17.     Tuhan bagi dua timur dan dua barat.

 

18.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

19.     Dia yang memisahkan dua lautan dimana mereka bertemu.

 

20.  Penghalang telah diletakkan diantara mereka, untuk melindungi mereka dari

        melampaui batas.

 

21.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

22.     Dari kedua mereka kamu mendapatkan mutiara mutiara dan marjan.

 

 

 

23.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

24.     Dia berikan kamu kapal kapal yang belayar dilautan seperti bendera bendera.

 

25.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

26.     Kesemuanya yang ada dibumi akan habis musnah.

 

27.     Hanyalah kehadiran Tuhan kamu yang akan kekal. Yang Maha Pemilik yang

       Maha Agung lagi Maha Mulia.

 

28.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

29.     Memohon kepadaNya adalah semuanya disekelian cekrawala dan dibumi.

       Setiap hari Dia sahajalah yang berkuasa dengan sepenuhnya.

 

30.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

_______________________________________________________________________________

 

*55:11 Dibandingkan dengan kapalspace, begitu juga Bumi, segala sistem telah diperbaharui

seolah olah membiakkan para astronaut (manusia), serupa keadaannya cara kita mebina

 kapalspace yang paling canggih sekali yang telah dilancarkan kedalam space, demikian itulah

keadaan bumi dan manusia. Segala kepujian bagi Allah.

________________________________________________________________________________

 

31.     Kami akan memanggil kamu untuk diperhitungkan, wahai manusia dan para jin.

 

32.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

33.     Wahai para jin dan manusia, jika kamu boleh menembus luar batasan bagi sekelian

       cekrawala dan bumi, pergilah dan tembuslah. Kamu tidak akan dapat menembusnya

       dengan tidak mendapatkan autoriti.

 

34.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

35.     Kamu akan diserang dengan pelancar pelancar dari api dan logam,

       dan kamu tidak akan menang.

 

36.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

37.     Apabila langit berkecai, dan bertukar menjadi warna ros.

 

38.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

39.     Pada hari itu, tidak ada manusia mahupun seorang jin, akan ditanya

       tentang dosa dosanya.

 

40.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

41.     (Ini adalah kerana) pesalah akan dapat dikenali dari wajah wajah mereka;

        mereka akan diheret dari hujung rambut dan kaki kaki.

 

42.     Yang mana satukah keajaibanTuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

43.     Ini adalah Gehenna yang para pesalah telah nafikan.

 

44.     Mereka akan mengelilingi serta tidak akan dapat tertahan apinya yang menjulang.

 

45.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

46.     Bagi orang orang yang menghormati keagungan Tuhan mereka, dua taman taman

(satu untuk para jin dan satu lagi untuk manusia).

 

47.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

48.   Penuh dengan peruntukkan peruntukkan.

 

49.      Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

50.      Dua pancuran pancuran berada didalam mereka, yang mengalir.

 

51.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

52.     Dari tiap tiap buah didalam mereka, ada dua macam jenis.

 

53.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

54.     Sementara berehat diatas perabut perabut bersalut dengan satin, buah buahan

       yang boleh dicapai.

 

55.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

56.     Pasangan pasangan mereka yang cantik cantik belum pernah disentuh

       oleh sebarang manusia ataupun jin.

 

57.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

58.     Mereka kelihatan sebagai batu permata dan marjan.

 

59.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

60.     Bukankah anugerah bagi kebaikan tidak lain melainkan kebaikan?

 

61.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

62.     Dibawah mereka adalah dua taman taman

       (satu untuk para jin dan yang satu lagi untuk manusia).

 

63.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

64.     Sebelah menyebelah.

________________________________________________________________________________

 

*55:44 Penjelasan yang penuh tentang Syurga yang Tinggi, Syurga yang Rendah, Tempat

Penungguan, Neraka dan nyalaan api yang menjulang julang tingginya telah diberikan

penjelasannya diAppendik 5 dan 11.

________________________________________________________________________________

 

65.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan? 

 

66.     Didalam mereka, perigi perigi yang dipam.

 

67.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

68.     Didalam mereka adalah buah buahan, pokok pokok kurma, dan delima.

 

69.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

70.     Didalam mereka ada pasangan pasangan yang cantik cantik.

 

71.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

72.     Tertutup dikemah kemah.

 

73.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

74.     Tidak ada seorang manusia pun pernah menyentuh mereka, tidak juga seorang jin.

 

75.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

 

76.     Mereka berehat dipermaidani permaidani hijau, dikelilingi dengan suasana yang indah.

 

77.     Yang mana satukah keajaiban Tuhan yang kamu boleh kamu nafikan?

 

78.     Yang Maha Tinggi adalah nama bagi Tuhan kamu, yang Maha Pemilik, Maha Agung

lagi yang Maha Mulia.


home Back Home

info@submission.org

Copyright © 1997-2003 Submission.org