Surah 53. Al-Najm 
Bintang Bintang   1 - 62.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Sedang bintang bintang menghilang.*

2.        Kawanmu (Mohammad) tidaklah sesat, dan tidak juga dia ditipu.

3.        Tidak juga dia berkata dengan mengikuti keinginannya sendiri.

4.        Ianya adalah inspirasi yang suci.

5.        Diajarkan oleh yang Maha Berkuasa.

6.        Empunya sekelian autoriti. Dari ketinggianNya yang tertinggi sekali.

7.        Diufuk yang tertinggi.

8.        Dia datang mendekat dengan bergerak turun kebawah.

9.        Sehingga Dia mendatang sedekat mungkin.

10.     Lalu Dia menurunkan kepada hambaNya apa yang patut diturunkan.

11.     Minda tidak mengada adakan apa yang telah dilihatnya.

12.     Adakah kamu meragukan apa yang dia telah dilihatkan?

13.     Dia telah melihat disuatu turunan yang lain.

14.     Dipenghujungan kesudahan.

15.     Dimana lokasi Syurga yang abadi ditempatkan.

16.     Keseluruhan tempat menakjubkan.

17.     Mata mata tidak berpaling, dan tidak juga menjadi buta.

18.     Dia telah melihat tanda tanda yang besar dari Tuhannya.

Pujaan Pujaan

Yang Lemah

19.     Bandingkan ini dengan pujaan pujaan perempuan Allat dan Al-'Uzzah.

20.     Dan Manaat, yang ketiga.

21.     Adakah kamu mempunyai anak anak lelaki, sementara Dia mempunyai

       ini sebagai anak anak perempuan?

22.     Betapakah buruknya pembahagian!

23.     Ini semua tidak lain hanyalah nama nama yang kamu ada adakan, kamu dan

       keturunan keturunan kamu. Allah tidak pernah mengautoriskan kekufuran yang

       sedemikian. Mereka hanya mengikuti terkaan saja, dan nafsu sendiri, apabila

       petunjuk yang benar telah datang kepada mereka didalam ini dari Tuhan mereka.

_______________________________________________________________________________

*53:1-18 Muhammad telah dihadapkan kesemesta alam yang tertinggi untuk menerima Quran

ini kedalam hatinya. Dalam perjalanannya, dia melalui bintang bintang dengan jarak masa berjuta

juta kelajuan cahaya. Kemudiannya, dengan beransur ansur Quran telah dialihkan keingatannya.

Sila lihat Appendik 28.

_________________________________________________________________________________  

24.     Apakah sebenarnya yang manusia menginginkan?

25.     Kepunyaan Allah keduanya iaitu Akhirat dan dunia ini.

26.     Sedangkan para malaikat disekelian cekrawala tidak juga mempunyai autoriti

       untuk memberikan jaminan. Mereka yang diizinkan oleh Allah hanyalah orang

       orang yang membuat amalan yang mengikuti dengan kehendakNya dan mendapat

       kebenaran dariNya.

27.     Orang orang yang mengingkari akan Akhirat telah memberikan nama nama

       kewanitaan kepada para malaikat. 

28.     Mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang ini; mereka hanyalah

       meneka saja. Tekaan tidak dapat menggantikan kebenaran.

Pilihlah Kawan Kawan Kamu

Dengan Berhati Hati

29.     Kamu mestilah jangan mempedulikan orang orang yang berpaling dari mesej

       kami, dan menjadi terlalu sibuk dengan kehidupan didunia ini.

30.     Ini adalah terhadap ilmu pengetahuan mereka. Tuhan kamu amat sedar akan

       orang orang yang tersesat jauh dari jalanNya, dan Dia amat sedar akan orang

       orang yang mendapat petunjuk.

31.     Kepunyaan Allah segala galanya disekelian cekrawala dan segala galanya

       dibumi. Dia akan membalas orang orang yang mengkomit kejahatan bagi kerja

       kerja mereka, dan akan menganugerahkan orang orang yang berbuat baik diatas

       kebaikan mereka. 

32.     Mereka menjauhi dosa dosa besar dan perbuatan yang keterlaluan, melainkan

       hanyalah kesalahan kesalahan yang kecil kecil. Pengampunan Tuhan kamu itu

       adalah begitu besar. Dia yang menyedari dengan sepenuhnya terhadap kamu

       dari mula Dia meinisiasikan kamu daripada bumi, dan dimasa kamu masih

       embrio embrio lagi didalam perut perut ibu ibu kamu. Dari itu, janganlah

       membanggakan diri diri kamu; sesungguhnya, Dia sahajalah yang amat

       sedar akan orang orang yang benar.

33.     Sudahkah kamu melihat seseorang  yang berpaling pergi?

34.     Jarang sekali dia memberi derma, dan jika ada pun terlalu sedikit.

35.     Adakah dia mempunyai ilmu pengetahuan tentang masa depan?

       Dapatkah dia melihatnya?

36.     Tidakkah dia diberitahukan tentang ajaran ajaran didalam kitab Musa?

37.     Dan Ibrahim yang telah memenuhi?

38.     Tidak ada roh yang akan menanggung dosa dosa bagi roh yang lainnya.

39.     Tiap tiap manusia akan bertanggung jawab diatas kerja kerjanya sendiri.

40.     Dan tiap tiap kerja kerja mereka akan ditunjukkan.

41.     Dan mereka akan dibayar dengan sepenuhnya diatas kerja kerja yang sedemikian.

42.     Kepada Tuhan kamu sahajalah destini yang terakhir.

43.     Dia sahajalah yang membuatkan kamu ketawa dan menangis.

44.     Dia sahajalah yang menguasai mati dan hidup.

Suami Akan

Menentukan Jantina Bayi

45.     Dia Sahajalah yang menciptakan kedua dua jenis, lelaki dan perempuan-

46.     dari cecair air mani yang halus.

47. Dia akan menciptakan semula dengan berkesan.

48.     Dia Sahajalah yang menjadikan kamu kaya ataupun miskin.

49.     Dia adalah Tuhan seluruh Bimasakti.

50.     Dia Sahajalah yang telah menghapuskan masyarakat kuno 'Ad.

51.     Dan melenyapkan Thamud.

52.     Begitu juga dengan kaum Nuh sebelum itu; mereka adalah zalim lagi jahat.

53.     Komuniti komuniti zalim (dari Sodom dan Gommorah) yang paling hina.

54.     Akibatnya, mereka betul betul hilang.

55.     Mana satukah kekaguman kekaguman Tuhan kamu yang boleh kamu nafikan?

56.     Ini adalah amaran serupa seperti yang terdahulu.

57.     Yang tidak boleh dielakkan itu telah dipastikan.

58.     Tidak ada disamping Allah dapat meringankannya.

59.     Adakah kamu menyoalkan perkara ini?

60.     Adakah kamu sedang ketawa, apabila sepatutnya menangis?

61.     Adakah kamu masih tetap dengan cara kehidupan kamu?

62.  Kamu mestilah jatuh sujud kepada Allah, dan menyembah.


homeBack Home

info@submission.org

        SUBMISSION.ORG

Copyright © 1997-2003 Submission.org