













|
Surah 51: Al-Dhareyat .
Penggerak Penggerak Angin Angin
1 - 60.
|

Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1.
Angin angin yang bertiupan.
2.
Mengandungi hujan.
3.
Membawa peruntukkan peruntukkan.
4.
Membahagi bahagikan mereka sebagaimana yang
diperintahkan.
5.
Apa yang telah dijanjikan kepada kamu tentunya akan
berlaku.
6.
Hari Pengadilan tidak akan boleh dielakkan.
7.
Walaupun ciptaan langit yang cukup sempurna.
8.
Kamu berterusan mempertikaikan berkenaan kebenaran.
9.
Yang menyeleweng darinya adalah penyeleweng
penyeleweng.
10. Malang
sungguh bagi pemalsu pemalsu.
11. Yang
meneruskan kesalahan mereka, mereka tidak menyedari langsung.
12. Mereka
menyoalkan tentang Hari Pengadilan.
13. Hari
yang mana mereka akan dihadirkan keapi.
14. Rasakan
siksaan; ini adalah apa yang kamu pernah mencabarkan.
15. Orang
orang yang benar telah berhak menerima taman taman dan pancuran pancuran air.
16. Mereka
menerima anugerah anugerah dari Tuhan mereka, kerana mereka pernah menjadi
orang
orang yang berbuat baik.
17. Jarang sekali mereka tidur sepanjang malam.
18.
Diwaktu subuh, mereka berdoa' untuk memintakan pengampunan.
19. Sebahagian dari wang mereka diketepikan untuk
pengemis dan orang orang yang memerlukan.
20. Bumi ini penuh dengan tanda tanda bagi orang
orang yang yakin.
21. Dan didalam diri kamu; boleh kamu melihat?
22. Didalam
cekrawala adalah peruntukkan peruntukkan kamu, dan segala galanya yang telah
dijanjikan kepada kamu.
23. Demi
Tuhan bagi cekrawala dan bumi, ini adalah kebenaran sebagai fakta yang kamu
bicarakan.
24. Sudahkah
kamu mengambil perhatian sejarah tentang tetamu Ibrahim yang mulia?
25. Mereka
menziarahinya, dengan berkata, "Sejahtera." Dia berkata,
"Sejahtera untuk kamu,
orang orang yang tidak
dikenali!"
26. Dia
menyuruh keluarganya untuk menyediakan anak lembu yang gemuk.
27. Apabila
dia mempelawakannya kepada mereka, dia menegur, "Tidakkah kamu
makan?"
28. Dia
menyimpankan rasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Janganlah
takut," dan mereka
menyampaikan berita baik tentang
seorang anak lelaki yang berilmu pengetahuan.
29. Isterinya
kehairanan. Menyedari yang wajahnya sudah berkedut: "Aku adalah seorang
perempuan tua yang mandul."
30. Mereka
berkata, "Begitulah kata Tuhan kamu. Dia sahajalah yang Maha Bijaksana
lagi
Maha Mengetahui."
31. Dia
berkata, "Apakah urusan kamu, wahai para rasul?"
32. Mereka
berkata, "Kami telah dihantarkan kepada manusia yang melakukan jenayah.
33. "Kami
akan hujani mereka dengan batu batu dari tanah liat.
34. "Tanda
dari Tuhan kamu untuk orang orang yang melampaui batas."
35. Maka
kami menyelamatkan semua orang orang yang percaya.
36. Kami
tidak mendapati didalamnya melainkan sebuah rumah yang orang orangnya menyerah
-kan diri diri mereka sepenuhnya (kepada Allah).
37. Kami
menjadikannya sebagai pengajaran bagi orang orang yang takut kepada hukuman
yang
menyakitkan.
38. Didalam
sejarah Musa (adalah pengajaran).
Kami menghantarkannya kepada Fir'aun dengan
bukti bukti yang jelas.
39. Tetapi
dia berpaling jauh, dengan sombongnya, dan berkata, "Ahli magik, ataupun
orang gila."
40. Akibatnya,
kami menghukumnya dan askar askarnya. Kami campakkan mereka kedalam laut,
dan dia sajalah yang patut
dipersalahkan.
41. Didalam
sejarah 'Ad (adalah pengajaran). Kami
menghantarkan keatas mereka angin yang
dahsyat.
42. Segala
apa yang didatangi keatasnya sudah pasti musnah.
43. Didalam
sejarah Thamud (adalah pengajaran).
Mereka telah dikatakan, "Bergembiralah untuk
sementara waktu."
44. Mereka
menentang perintah dari Tuhan mereka. Akibatnya, kilat petir menimpa mereka
sedang mereka
melihat.
45. Mereka
tidak dapat lagi bangun kembali, dan tidak juga mereka mendapatkan pertolongan.
46. Dan
kaum Nuh sebelum itu; mereka adalah orang orang yang jahat.
Teori Pengembangan
Alam Semesta "Di-Sahkan
47. Kami
membina langit dengan tangan tangan kami, dan kami akan teruskan untuk
mengembangkannya.
48. Dan
kami menjadikan bumi untuk didiami; dengan reka bentuk yang sempurna.
49. Kami
menciptakan sepasang (lelaki dan perempuan)
bagi segala galanya, supaya kamu dapat
merenungkan.
50. Kamu
mestilah menuju kepada Allah. Aku
telah dihantar olehNya kepada kamu sebagai
pemberi amaran yang nyata.
51. Janganlah
mengada adakan disamping Allah
sebarang tuhan yang lain. Aku telah dihantar oleh
-Nya kepada kamu sebagai pemberi
amaran yang nyata.
52. Konsistennya,
apabila seorang rasul datang kepada generasi generasi yang terdahulu, mereka
berkata, "Ahli magik,"
ataupun, "Gila."
53. Adakah
mereka membuat perjanjian dengan satu sama lain? Sesungguhnya, mereka adalah
orang orang yang melampaui
batas.
54. Kamu
bolehlah tidak mempedulikan mereka; kamu tidak akan disalahkan.
55. Dan
ingatkanlah, kerana mengingatkan itu akan memanfaatkan orang orang yang
percaya.
Sebabnya Kewujudan Kami
56. Aku
tidaklah menciptakan para jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku sahaja.
57. Aku
tidak memerlukan peruntukkan peruntukkan dari mereka, dan tidak juga aku
memerlukan
mereka untuk memberikan Aku
makanan.
58. Sesungguhnya,
Allah sahajalah yang Maha Pemberi,
yang Maha Pemilik bagi segala kekuasaan
lagi yang Maha Kukuh.
59. Orang
orang yang melampaui batas telah dikenakan nasib yang sama seperti rakan
seperjuangan
mereka yang terdahulu; tidak
sepatutnya mereka mencabar.
60. Malang
sungguh bagi orang orang yang mengingkarkan akan hari yang sedang menunggukan
mereka.
Back Home
info@submission.org
SUBMISSION.ORG
Copyright © 1997-2003 Submission.org