Surah 50: Q
Qaf    1 - 45.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Q., (Qaf) dan kegemilangan Quran.*

2.        Mereka mendapati amat aneh sekali yang datang kepada mereka adalah seorang

       pemberi amaran itu dari kalangan mereka! Orang orang yang ingkar berkata, "Ini

       sungguh aneh sekali.

3.        "Sesudah kami mati dan menjadi debu; ini adalah mustahil."

4.        Kami amat sedar sesiapakah diantara mereka yang telah ditelan oleh bumi; kami

mempunyai rekod yang terperinci.

5.        Mereka telah menolak kebenaran apabila ianya datang kepada mereka; mereka itu

       benar benar keliru.

6.        Tidakkah mereka melihat langit diatas mereka, bagaimana kami membinanya dan

       menghiasinya, dengan tidak ada kecacatan?

7.        Dan kami menciptakan bumi,dan meletakkan berselerak diatasnya gunung gunung,

       dan tumbuhkan didalamnya berbagai jenis tumbuh tumbuhan yang cantik cantik.

8.        Ini adalah satu kesedaran, dan juga peringatan bagi setiap penyembah yang salih.

9.        Dan kami turunkan dari langit air yang dirahmati, untuk menumbuhkan dengannya

       taman taman dan biji bijian untuk dituai.

10.     Pokok pokok kurma yang tinggi, dengan buah yang berumpun.

11.     Peruntukkan peruntukkan bagi manusia. Dan kami menghidupkan dengannya tanah

        tanah yang sudah mati; kamu adalah serupa dalam kebangkitan.

12.     Orang orang yang ingkar sebelum mereka adalah kaum Nuh, penduduk penduduk

        Rass dan Thamud.

13.     Dan 'Ad, Fir'aun, dan saudara saudara bagi Lut.

14.     Dan penduduk penduduk bagi hutan hutan, dan kaum Tuba'. Semuanya mereka itu

mengingkari para rasul dan akibatnya, hukumanKu jatuh kepada mereka.

15.     Adakah kami dibebankan dengan ciptaan yang pertama? Adakah ini yang

       menyebabkan mereka meragukan tentang kebangkitan?

16.     Kami menciptakan manusia, dan kami tahu apa yang dia bisikkan kepada dirinya.

Kamilah yang lebih dekat kepadanya dari urat jugulumnya.

17.     Dua merekodkan (para malaikat), dikanan dan dikiri, telah sentiasa merekodkan.

________________________________________________________________________________

*50:1 Lihat Appendik 1 bagi mukjizat yang mengkagumkan ini yang dikaitkan dengan huruf

permulaan “Q”.

________________________________________________________________________________

18.     Tidak ada satu ucapan yang dia mengatakan dengan tidak disaksikan oleh saksi yang

       berjaga jaga.

19.     Akhirnya, kematian yang tidak boleh dielakkan tiba; inilah apa yang kamu cuba untuk

mengelakkan diri.

20.     Terumpit akan ditiupkan; ini adalah hari yang telah dijanjikan.

21.     Setiap tiap roh datang dengan seorang pengawal dan seorang saksi.

22.     Kamu telah dilalaikan tentang hal ini. Sekarang kami telah membuka tudung kamu; hari

ini, penglihatan kamu adalah (sekuat) besi.

23.     Temannya berkata, "Ini adalah testimoniku yang menggerunkan."*

24.     Campakkan kedalam Gehenna semua pengingkar pengingkar yang degil.

25.     Yang melarang dari memberi derma, agresif, penuh dengan keraguan.

26.     Dia mengadakan disamping Allah tuhan yang lain. Campakkannya kedalam

       siksaan yang dahsyat.

27.     Pasangannya berkata, "Tuhan kami, bukanlah aku yang menyesatkannya;

       dialah yang telah tersesat jauh."

28.     Dia berkata, "Janganlah bertengkar didepanKu; Aku telah memberi kamu

       amaran yang cukup.

29.     "Tidak ada apa yang boleh diubahkan sekarang. Aku tidak pernah berlaku ketidak

       adilan terhadap manusia."

30.     Itulah harinya apabila kami tanyakan Neraka, "Adakah sudah cukup bagimu?"

       Ianya akan berkata, "Berikan aku lagi."

31.     Syurga akan ditawarkan kepada orang orang yang benar, telah tersedia.

32.     Inilah apa yang dijanjikan kepada setiap tiap yang bertaubat dan yang sabar.

33.     Mereka menghormati yang Maha Pengasih, bila mereka bersendirian,

       dan datang dengan hati yang penuh kerelaan.

34.     Masuklah didalamnya dengan aman; ini adalah Hari yang Kekal Abadi.

35.     Mereka akan mendapatkan didalamnya apa saja yang mereka inginkan,

       bahkan kami adakan lebih dari itu.

36.     Kebanyakan generasi sebelum mereka, yang lebih lagi berkuasa, telah kami

       hapuskan. Mereka mencari cari negeri; dapatkah mereka menyelamatkan diri?

37.     Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua yang mempunyai minda,

       ataupun boleh mendengarkan dan menyaksikan.

38.     Kami telah menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya

       diantara kedua duanya selama enam hari, dan tidak ada kepayahan yang telah

       menyentuh kami. 

39.     Dari itu, bersabarlah dengan kata kata mereka, dan pujilah dan agungkanlah

       Tuhan kamu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam.

40.     Diwaktu malam kamu mestilah bertaffakkur dengan namaNya, dan selepas bersujud.

41.     Bersiaplah untuk harinya apabila pemanggil akan memanggil dari tempat yang dekat.

42.     Apabila mereka mendengar teriakkan yang tidak telah ditentukan; itulah harinya

       kamu akan dikeluarkan.

43.     Kami sahajalah yang menguasai kehidupan dan kematian; kepada kami sahajalah

       destini yang terakhir.

44.     Harinya akan tiba apabila bumi merekah dengan pantasnya, dan membangkitkan

       mereka. Perhimpunan yang sedemikian itu adalah mudah untuk kami melakukan.

45.     Kami amat mengetahui segala apa yang mereka ucapkan, sedangkan kamu tidak

       ada kuasa terhadap mereka. Dari itu, ingatkanlah dengan Quran ini, kepada orang

       orang yang menghormati amaran amaranKu.

________________________________________________________________________________

  

*50:23-28 Teman sepanjang hayat anda (Syaitan) menyaksikan segala apa yang kamu lakukan.

Lihat Appendik 7.


homeBack Home

info@submission.org

        SUBMISSION.ORG

Copyright © 1997-2003 Submission.org