|
Dengan
Nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang.
1. Wahai orang orang yang percaya,
kamu mestilah memenuhi segala janji janji kamu. Dibenarkan
untuk
kamu memakan dari binatang binatang ternakan, melainkan apa yang telah
dikhaskan
larangannya
didalam ini. Kamu tidak semestinya dibenarkan untuk pergi memburu semasa
menjalani ibadah
Haji. Allah mendekrikan segala apa
sahaja yang Dia kehendaki.
2. Wahai orang orang yang percaya,
janganlah kamu melanggar rukun yang telah diinstitusikan
oleh Allah, tidak juga pada Bulan yang
Suci, begitu juga dengan binatang untuk dikurbankan,
dan
tidak juga kalungan yang ditandakan untuk binatang, dan begitu juga dengan
orang orang
yang
menuju keMasjid Suci (Ka'aba) untuk
mencari keberkatan dari Tuhan mereka dengan
memohonkan
keizinanNya. Apabila ibadah Haji kamu telah selesai, bolehlah kamu pergi
memburu.*
Jangan sengaja kamu membuat pencerobohan kerana kebencian kamu kepada orang
orang yang telah
menghalang kamu untuk pergi keMasjid Suci. Kamu mestilah bekerja sama
dalam
melakukan kebaikan dan ketakwahan; jangan sekali kali kamu bersubahat dalam
membuat
dosa dengan
mengikuti langkah syaitan. Kamu mestilah mengingati Allah . Sesungguhnya
Allah
Amat Keras dalam membuat hukuman.
Hanya
Empat Daging
Yang Diharamkan
“Binatang Yang
Mati Dengan
Sendirinya” Di-Definisikan.
3. Diharamkan bagi kamu ialah
binatang binatang yang mati dengan sendirinya, darah, daging
babi,* dan
binatang binatang yang dipersembahkan selain dari Allah. (Binatang yang mati
dengan sendirinya termasuk yang) mati tercekik, diketuk dengan benda yang kuat, jatuh
dari
tempat
yang tinggi, rodokan yang berlumuran darah, diterkam oleh binatang buas –
melainkan
kamu
menyelamatkan binatang kamu sebelum ianya mati – dan binatang sembelihan yang
ditaruh dialtar
untuk persembahan mereka. Dan juga diharamkan dengan membahagikan
daging
melalui permainan yang dikhaskan pembayarannya melalui pertarungan; ini
adalah satu
kekejian.
Sekarang ini orang orang yang ingkar itu telah bertukar hati berkenaan (pembasmian)
agama kamu;
jangan takuti mereka bahkan takutilah Aku. Hari ini, Aku telah lengkapkan
agama
kamu,
menyempurnakan rahmatKu kepada kamu, dan aku telah mendekrikan yang
penyerahan
diri diri kamu
semata mata (kepadaKu) sebagai agama
kamu (Islam). Jika seseorang dipaksakan
kerana
kebuluran (memakan makanan yang
diharamkan), dengan tidak disengajakan untuk
membuat dosa,
maka Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.
4. Mereka berbincang kepada kamu berkenaan
apa yang dihalalkan untuk mereka; Katakan,
“Dihalalkan
untuk kamu adalah kesemuanya yang baik, termasuk anjing dan helang yang
terlatih
yang menangkapnya
untuk kamu.” Kamu melatihnya dengan mengikut apa yang diajarkan oleh
Allah
kepada kamu. Kamu bolehlah memakan apa yang ditangkapnya untuk kamu, dan
sebutlah
nama Allah apabila memakannya. Kamu mesti
mengingati Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Cekap
apabila membuat Perhitungan.
5. Sekarang semua makanan yang baik telah
dijadikan halal untuk kamu. Makanan orang orang
kitab adalah
halal untuk kamu.* dan juga makanan kamu adalah halal untuk mereka. Juga kamu
boleh mengahwini perempuan yang suci diantara orang orang yang
percaya, dan juga perempuan
yang suci diantara pengikut kitab yang dahulu jika kamu membayar mas
kawin mereka. Kamu mesti
menjaga kesucian diri, dengan tidak berzina dan mempunyai
perhubungan sulit. Sesiapa yang mengingkari kepercayaan selepas meyakininya,
semua kebaktiannya akan lenyap begitu sahaja, dan
diHari Akhirat kelak dia akan menjadi orang orang yang rugi.
______________________________________________________________________________________
*5:2
Memburu dan memotong tumbuh tumbuhan telah dilarang semasa mengerjakan Haji
kerana untuk
membiakkan sumber
alam. Dengan adanya ribuan pendatang yang memenuhi kota Mekkah, jika
pemburuan
diizinkan, tanah suci itu akan kehilangan sumber alamnya. Binatang korban
adalah
sebahagian
dari rukun yang diperuntukkan untuk membantu para haji menjalankan perintah
Ibadah
Haji,
dan juga untuk penduduk penduduknya, dan untuk menambahkan sebarang
kekurangan pembekalan.
Lihat
2:196.
*5:3
"Daging" babi diharamkan untuk dimakan bukanlah
"lemaknya." Sebarang yang tidak ada larangannya
dengan ketetapan didalam Quran
dikirakan halal. Lihat 6:145-146.
*5:5 Ubah bahasa yang original tidak mempunyai perkataan ini, " dan Makanan kamu adalah halal untuk mereka", dimana perkataan originalnya Didapati dalam Quran yang berbahasa Arab.
_____________________________________________________________________________________
Mengambil
Wudu’.
6.
Wahai orang orang yang percaya, apabila kamu hendak Mengerjakan
Sembahyang (Salat), kamu
mestilah: (1). Basuh muka muka kamu, (2). Basuh kedua
tangan tangan kamu sampai kesiku,
(3) sapu kepala kepala kamu, dan
(4) basuh kaki kaki kamu sampai kebuku lali. Jika kamu
belum bersih oleh kerana mengadakan perhubungan sek, kamu
mestilah mandi. Jikalau kamu
sakit, ataupun dalam perjalanan, ataupun mengalami
ketidak keselesaan kerana (buang air
kecil
dan air besar
atau mengeluarkan angin perut), ataupun
mengadakan (sek) dengan membuat
perhubungan dengan perempuan, dan kamu tidak mendapatkan
air, kamu mesti mengerjakan
pengambilan wudu’ kering (Tayammum) dengan menyentuhkan kedua tapak tangan ketanah
kering yang bersih lalu disapukan kemuka dan kedua tangan kamu.
Allah tidak sekali
menjadikan agama susah untuk kamu; Dia ingin menyucikan
kamu dan memenuhkan rahmatNya
kepada kamu, supaya kamu dapat mensyukurinya.
7.
Ingatlah rahmat Allah
kepada kamu, dengan perjanjianNya dan Dia membuat perjanjian dengan
kamu: kamu berkata, “Kami dengar dan kami ta’at.” Kamu
mestilah mengingati Allah;
sesungguhnya Allah amat
mengetahui segala apa yang kamu niatkan.
Kamu Jangan
Membuat Penipuan Dalam Bersaksi.
8.
Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah benar benar berlaku
adil, dan mengingati Allah,
apabila kamu telah dipilih untuk menjadi saksi. Janganlah
menjadikan konflik diantara kamu
membuatkan kamu membiarkan diri kamu terjerumus didalam melakukan
ketidak adilan. Kamu
mestilah benar benar berlaku adil, kerana itu lebih lagi
kebaikannya. Kamu mesti mengingati
Allah. Sesungguhnya Allah
Maha Perihatin dengan segala apa yang kamu lakukan.
9. Allah menjanjikan kepada mereka yang percaya dan yang
menjalani kehidupan yang lurus akan
mendapat pengampunan dan juga ganjaran yang besar.
10.
Bagi sesiapa yang ingkar dan
mengingkari revelasi revelasi kami, mereka itulah penghuni Neraka.
Allah Membela
Orang Orang
yang Percaya.
11.
Wahai orang orang yang percaya, ingatlah nikmat Allah terhadap kamu; apabila sesetengah
manusia cuba memanjangkan tangan tangan mereka untuk membuat
kejahatan kepada kamu,
Dia melindungi kamu dan menahan tangan tangan mereka dari
mengenamu. Kamu mesti
mengingati Allah; kepada
Allah sahaja orang orang percaya
mesti menaruhkan kepercayaannya.
Syarat Syarat Untuk
Mendapatkan
Perlindungan Allah.
12. Allah telah mengambil perjanjian dari Bani Israil, dan kami
melantik diantara mereka dua
belas keturunan yang mempunyai hak keistemewaan dalam
menjalani urusan Tuhan. Dan
Allah bersabda, “Aku sentiasa akan bersama kamu, selagi kamu
Mengerjakan Sembahyang
(Salat), dan
berkewajiban dalam menderma (Zakat),
dan percaya dengan revelasi revelasiKu
juga menghormatinya, dan sentiasa berterusan dengan
meminjamkan Allah sesuatu pinjaman
yang berupa kebajikan. Barulah akan Aku mengampunkan dosa
kamu, dan memasukkan kamu
didalam taman taman yang air sungai sungai yang mengalir.
Sesiapa yang ingkar selepas ini,
maka tentu sekali dia telah tersesat jauh.
Akibatnya
Kerana
Mencabuli
Perjanjian Allah.
13.
Itu adalah kerana mereka
telah mencabuli perjanjian maka kami mengutuk mereka, dan kami
jadikan hati hati mereka menjadi keras. Akibatnya, mereka telah
mengambil perkataan perkataan
dengan menukarkan konteksnya yang sebenar, dan
mengabaikan sesetengah dari perintah perintah
yang diberikan kepada mereka. Kamu akan sentiasa dapat
menyaksikan pengkhianatan mereka,
melainkan hanya sedikit dari mereka. Kamu mesti mengampuni mereka,
dan tinggalkan mereka
Sesungguhnya Allah
amat mencintai orang orang yang suka membuat kebaikan.
__________________________________________________________________________________
*5:12 Jika kamu memenuhi permintaan yang
tertulis disurah ini, Allah akan memberitahukan yang
Dia berada bersama sama kamu; kamu tidak akan ada keraguan
berkenaannya. Terkenal diantara
Tanda tanda Allah adalah tanda tanda matematika bagi orang
orang yang faham tentang mukjizat
Quran (Appendik Satu).
__________________________________________________________________________________
Orang
orang Nasrani
Juga Mesti
Mematuhi Rasul Allah.
14.
Juga dari mereka yang mengatakan, “Kami adalah orang orang Nasrani,”
Kami menerima
perjanjian mereka. Tetapi mereka telah mengabaikan sesetengah perintah
perintah yang telah
kami berikan kepada mereka. Akibatnya, kami mengutuk mereka
dengan meletakan kemarahan
dan kebencian diantara mereka, sampailah kehari Kebangkitan
kelak. Allah akan memberitahukan
kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.
Quran:
Adalah Mesej
Dari
Allah Untuk
Yahudi Dan Nasrani.
15.
Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu dengan
mengumumkan berkenaan
kebanyakan perkara yang telah kamu sembunyikan dari
kitab, dan untuk mengampunkan
kebanyakan dari kejahatan yang kamu telah lakukan. Petunjuk telah
datang kepada kamu dari
Allah, dan juga dengan kitab yang nayata.
16.
Dengannya, Allah membimbing
sesiapa sahaja yang ingin mencari kebenaranNya. Dia
membimbing mereka untuk menuju keamanan, juga dengan
membukakan jalan bagi mereka
untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya
dengan kehendakNya, dan
membimbing mereka kejalan yang lurus.
Kekufuran
Yang Melampaui
Batas.
17.
Jahil sungguh bagi orang orang yang mengatakan bahwasanya Allah itu Al-Masih, anak kepada
Maryam. Katakan,”Siapakah yang dapat menentang Allah jika Dia berkehendakkan untuk
menghapuskan Al-Masih, anak kepada Maryam, ibunya, dan kesemua yang
berada dibumi?”
Hanya Allah sahaja
yang mempunyai segala kedaulatan yang ada disekelian cekrawalah dan
dibumi, dan segala
galanya diantara keduanya. Dia menciptakan apa sahaja yang dikehendakiNya.
SesungguhNya Allah
Maha Berkuasa.
Rasul Allah Untuk
Yahudi, Nasrani
Dan Muslim.
18.
Orang orang Yahudi dan Nasrani berkata, “Kami adalah anak anak Allah dan kekasihnya.
” Katakan, “Kenapa pula Dia menghukum kamu kerana dosa
dosa kamu? Kamu hanyalah
manusia sebagaimana manusia lainnya yang Dia cipta.”Dia mengampuni
sesiapa sahaja yang
dikehendakiNya dan Dia menghukum sesiapa yang dikehendakiNya. Kepunyaan
Allah segala
kedaulatan yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, dan
segala yang ada diantara keduanya,
dan kepadaNya sajalah destini yang terakhir.
Rasul
Allah Yang Dijanjikan.
19.
Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu untuk
menerangkan sesuatu perkara
kepada kamu, selepas waktu yang lama tidak didatangi oleh
rasul rasul, supaya tidak kamu
mengatakan kelak, “Kami tidak menerima sebarang dari
orang yang dapat mengajarkan kami atau
memberikan kami amaran.” Orang yang mengajarkan dan juga pemberikan
amaran telah datang
kepada kamu. Sesungguhnya Allah
Maha Berkuasa.*
20.
Ingatlah semasa Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku ingatlah
rahmat yang Allah
kurniakan kepada kamu: Dia melantik para nabi diantara
kamu, menjadikan kamu raja raja,
dan memberikan ganjaran kepada kamu yang mana tidak
pernah diberikan kepada sesiapapun
sebelumnya.
Allah Berikan
Tanah Suci Kepada Israel.
21.
“Wahai kaumku, masuklah ketanah Suci yang Allah telah mendekrikan untuk kamu, dan jangan
kamu menentangnya, kelak kamu akan menjadi orang orang yang rugi.”
_____________________________________________________________________________________
*5:19 Ayat ini telah menyempurnakan ramalan
didalam Bible dan Quran berkenaan kemunculan
Rasul Allah yang dijanjikan (Malachi 3:1, Quran 3:81).
Nama bagi rasul ini tercatit didalam kod
matematika didalam Quran sebagai "Rashad Khalifah." Ayat
yang istimewa ini menunjukkan bukti
yang tertentu. Dengan mencampurkan nilai gematrikal
"Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai
gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan
nombor surah (5), dan dicampur juga dengan
ayat nombor (19), kita akan mendapatkan jumlah
505+725+5+19=1254, ataupun 19x66. Sembilan
belas adalah angka sebutan didalam Quran, yang mana telah
diturunkan kepada Rashad Khalifah.
untuk pengetahuan yang selanjutnya. Sila lihat diAppendik Dua.
_____________________________________________________________________________________
22.
Mereka berkata, “Wahai Musa, didalamnya ada manusia yang gagah
perkasa, kami tidak akan
mahu memasukinya, melainkan mereka keluar dari situ. Jika
mereka keluar barulah kami masuk
kedalam.”
23.
Kedua lelaki yang dihormati dan dirahmati oleh Allah itu berkata, “Masuklah dipermukaan pintu
gerbang. Jika kamu cuba memasukinya, kamu tentu sekali akan dapat mengatasinya.
Kamu mesti
percayakan Allah, jika
sekiranya kamu dari orang orang yang percaya.”
Meskipun Kesemua
Mukjizat
mukjizat Mereka Lihat.
24.
Mereka berkata, “Wahai Musa, kami tidak akan memasukinya, selama
mereka masih berada
didalam. Dari itu pergilah – kamu dan Tuhan kamu melawan mereka.
Kami hanya mahu
duduk disini.”
25.
Dia berkata, “Tuhan kami, aku hanya boleh menahan diriku dan
saudaraku. Lantaran itu,
pisahkan kami dari kumpulan orang orang yang zalim ini.”
26.
Dia bersabda, “Mulai
sekarang, ini diharamkan untuk mereka selama empat puluh tahun,
dimana mereka akan mengembara dibumi ini dengan tidak ada arah
tujuan. Jangan berdukacita
terhadap manusia yang zalim.
Pembunuhan Yang Pertama.*
27.
Bacakan kepada mereka berita yang sebenarnya berkenaan keduanya anak
Adam. Mereka
mengadakan persembahan, dan telah diterima satu diantara
mereka, tetapi tidak kepada yang
satunya. Dia berkata, “Aku tentu sekali akan membunuh kau.” Dia
berkata, “Allah menerima
hanya dari orang yang benar.
28.
“Jika engkau menghulurkan tangan engkau untuk membunuhku, dan tidak
aku berkeinginan
menghulurkan tanganku untuk membunuhmu. Kerana aku menghormati Allah Tuhan bagi
sekelian alam.
29.
“Aku inginkan engkau, bukannya aku, untuk bertanggungjawab atas dosaku
dan juga engkau,
dan engkau akan tentunya bersama dengan penghuni Neraka.
Itulah balasan bagi orang orang
yang melampaui batas.”
30.
Egonya telah menggalakkan dia dengan membunuh saudaranya. Dia membunuh
saudaranya,
maka akhirnya menjadikan dirinya dikalangan orang orang yang
rugi.
31.
Maka Allah pun
menghantarkan burung gagak untuk mengaiskan tanah supaya dapat
mengajarkannya bagaimana cara untuk menanamkan mayat saudaranya. Dia
berkata,
“Celakalah aku kerana telah gagal untuk menjadikan diriku
sepintar burung gagak ini, dan
supaya dapat aku tanamkan mayat saudaraku ini.” Dia menjadi
tidak karuan kerana diselubungi
oleh penyesalan.
Pembunuhan
Yang Melampaui
Batas.
32.
Oleh kerana itu, kami mendekrikan untuk Bani Israil, bagi sesiapa yang
membunuh seseorang
yang tidak melakukan pembunuhan ataupun yang tidak
melakukan jenayah yang dahsyat, maka
adalah sama sepertinya yang dia telah membunuh kesemua manusia.
Dan jika sesiapa yang
menyelamatkan nyawa, ini adalah seperti dia telah menyelamatkan
keseluruhan nyawa manusia.
Para rasul kami telah datang kepada mereka dengan membawa
bukti yang nyata, selepas
kesemuanya ini, mereka masih juga melampaui batas.
Hukum
Bunuh:
Dapat
Di-Berikan Alasan yang Kuat.
33.
Pembalasan yang adil untuk sesiapa yang menentang Allah dan rasulNya, dengan melakukan
jenayah yang kejam, maka dianya mestilah dibunuh, ataupun
disalib, ataupun tangan dan
kakinya dipotong berselang-seli diantaranya, ataupun dibuangkan negeri. Ini adalah untuk
memalukan kehidupan mereka didunia ini, dan diAkhirat
kelak mereka akan menerima azab
yang lebih dahsyat.
_____________________________________________________________________________________
*5:27-31 Nama bagi kedua dua anak lelaki Adam
yang tercatit sebagai pembunuhan yang pertama tidaklah
perlu. Tetapi nama mereka telah ditulis diBible sebagai Abel dan Cain
(Genesis 4:2-9.
_____________________________________________________________________________________
34.
Dikecualikan kepada mereka yang bertaubat sebelum kamu mengalahkan
mereka. Kamu
mestilah ketahui yang Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
35.
Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah menghormati Allah dan carilah jalan walau
sesukar mana sekalipun demi untukNya, berusahalah sekuat
kuatnya kerana Dia, supaya kamu
mendapat kejayaan.
Akibatnya Bagi
Orang orang
Yang Ingkar.
36.
Pasti sekali, sesiapa yang ingkar, jika mereka mempunyai segalanya apa
yang ada didunia ini,
walaupun dua kali ganda banyaknya, dan ingin menyerahkan
kesemuanya sebagai tebusan dari
azab Hari Kebangkitan, tidak akan diterima dari mereka;
mereka akan mendapat pembalasan
yang sangat menyakitkan
37. Mereka ingin sekali keluar dari
Neraka, bahkan, tidak sekali dapat mereka keluar daripadanya;
penyiksaan yang mereka alami itu akan berkekalan buat selama
lamanya.
Matematika:
Membuktikan Dan
Menyokong
Keadilan Quran.
38.
Pencuri, lelaki ataupun perempuan kamu mesti tandakan tangan tangan
mereka* sebagai
hukuman kesalahan mereka, dan juga untuk dijadikan contoh oleh Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
39. Jika
seseorang bertaubat selepas melakukan kesalahan ini, dan mereka telah
membaiki diri
diri mereka, maka Allah
telah mengampuni mereka. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.
40.
Tidakkah kamu ketahui yang kepunyaan Allah segala kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan
bumi? Dia menghukumkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, dan
mengampunkan sesiapa
sahaja dengan kehendakNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
41.
Wahai rasul, janganlah engkau merasa sedih dengan orang orang yang
lekas mengingkarkan
diantara mereka, dengan mengatakan, “Kami percaya,” hanya
dimulut mereka sahaja, padahal
dihati hati mereka tidak percaya. Ada diantara Yahudi, yang mendengarkan pembohongan.
Mereka mendengar daripada orang yang belum pernah bertemu
dengan engkau, lalu
memutarbelitkan perkataan perkataan yang terkeluar dari
konteksnya, sambil mengatakan,
“Jika kamu diberikan ini, terimalah, tetapi sekiranya
jika kamu diberikan sesuatu yang berlainan,
berjagalah.” Sesiapa sahaja yang Allah izinkan berpaling dari kebenaran, maka tidak ada apa
yang dapat engkau lakukan untuk menolong mereka dari Allah. Allah tidak mengingini untuk
membersihkan hati hati mereka. Mereka telah mendapatkan kehidupan
yang hina didunia ini,
dan diAkhirat kelak, mereka akan menderita dengan hukuman
yang dahsyat.
42.
Merekalah orang yang mengamalkan kebohongan, dan memakan dari hasil
pendapatan yang
haram. Jika mereka datang kepada kamu untuk meminta dihakimkan
diantara mereka, maka
kamu bolehlah menghakimi mereka, ataupun kamu bolehlah juga
dengan membiarkan mereka.
Jika kamu memilih untuk meninggalkan mereka, mereka tidak
akan dapat menyakiti kamu
walau sedikit sekalipun.Tetapi jika kamu menghakimkan mereka
berlakulah adil dan saksama.
Sesungguhnya Allah
Amat Mencintai orang orang yang kesaksamaan.
______________________________________________________________________________________
*5:38 Amalan memotong tangan pencuri pencuri,
yang mana telah didekrikan oleh muslim
yang korup, adalah amalan yang dipraktikkan oleh syaitan
dengan tidak mempunyai asas dari
Quran. Demi untuk membuktikan keistemewaa bagi contohnya, Allah telah
mengadakan bukti
matematika untuk menunjukkan kesalahan mereka dan menyokong
supaya menandakan tangan
pencuri saja, dari memotongnya terus. Ayat 12:31 menyatakan berkenaan wanita wanita yang
terlalu khayal dengan kekacakan Yusuf Lalu mereka "memotong" tangan
tangan mereka.
Tentu sekali mereka tidaklah memotong tangan tangan mereka; tidak ada siapa
yang boleh
melakukan demikian. Nombor surah dan nombor
ayat adalah sama kerana 5:38 dan
12:31totalnya
adalah sama 43. Dengan kehendak dan
belas kasih dari Allah bahwa perhubungan matematika yang
membuktikan Quran kod 19. Sembilan belas ayat ayat selepas 12:31, kita akan dapati perkataan
yang sama (12:50).
_____________________________________________________________________________________
43.
Kenapa mesti mereka meminta supaya kamu menghakimkan diantara mereka,
sedangkan mereka
mempunyai Taurat, yang mengandungi hukum hukum Allah, yang mereka sendiri memilih
untuk
tidak mempedulikannya? Mereka bukanlah orang orang yang
percaya.
Memuliakan
Kitab yang
Terdahulu.
44.
Kami telah turunkan Taurat,* yang mengandungi petunjuk dan penerangan.
Dengan mengikuti
perintah yang berterusan dari para nabi dari orang
Yahudi, dan juga dari rabai rabai dan padri
padri mereka, yang telah diimlakkan kepada mereka dari
kitab Allah, dan mereka telah
mempersaksikannya. Dari itu, jangan menyanjungi manusia; bahkan
sanjungilah Aku. Dan
janganlah sekali kali kamu memperniagakan revelasi revelasiKu
dengan harga yang murah.
Sesiapa yang tidak mengikuti perintah yang telah
disejajarkan dengan revelasi revelasi Allah
maka merekalah orang orang yang ingkar.
Undang
Undang Persamaan.
45.
Dan kami mendekrikan didalamnya: nyawa dibalas dengan nyawa, mata
dengan mata, hidung
dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi,
dan persamaan luka dengan sebarang
luka. Jika seorang dapat disitakan apa yang diperuntukkan
kepadanya itu untuk didermakan,
maka itu akan dapat menebuskan dosa dosanya. Sesiapa yang
tidak menjalankan perintah yang
disejajarkan dengan revelasi revelasi Allah tidaklah adil.
Injil
Kepada Isa: Petunjuk Dan Cahaya
46.
Selepas itu, kami hantarkan Isa anak Maryam kepada mereka, mengesahkan
kitab sebelumnya,
Taurat. Kami berikan kepadanya Injil, yang mengandungi
garis panduan dan penerangan, juga
mengesahkan kitab yang dahulu, Taurat, dan memberikan
tambahan dengan petunjuk dan
keterangan, juga untuk memberikan kesedaran kepada orang orang yang
benar.
47.
Orang orang yang mengikuti kitab Injil mestilah mengikut peraturan
yang sejajar dengan
revelasi revelasi Allah
yang termaktub didalamnya. Sesiapa yang tidak mengikuti peraturan
yang diselaraskan dengan revelasi revelasi Allah maka adalah mereka itu orang
orang yang zalim.
Quran:
Rujukan Yang Terakhir.
48.
Dan kami telah memaklumkan kepada kamu dengan kitab ini, yang penuh
dengan kebenaran,
mengesahkan kitab kitab sebelumnya, yang telah digantikannya dengan
yang ada sekarang.
kamu mestilah mengikuti peraturan yang diselaraskan
dengan revelasi revelasi Allah,
dan
janganlah mengikuti kehendak mereka jikalau mereka
mempunyai berlainan pendapat,
berkenaan kebenaran yang telah datang kepada kamu.Tiap
tiap satu diantara kamu, kami telah
memberikan undang undang dan rukun yang berlainan. Jika Allah menghendakinya Dia boleh
menjadikan kamu semua satu perhimpunan yang sama.Tetapi
Dia telah menjadikan itu satu
ujian kepada kamu melalui revelasi revelasi yang telah
diberikan kepada setiap diantara kamu.
Kamu mesti berlumba lumba dalam melakukan kebaikan.
Kepada Allah sahajalah destini
kamu yang terakhir – kesemuanya kamu - dan Dia akan memberitahukan kepada kamu
akan
segala apa yang kamu telah pertikaikan.
49.
Kamu mestilah menunjukkan kepada mereka dengan menurut revelasi
revelasi Allah yang telah
diturunkan kepada kamu. Jangan sekali kamu mengikuti kehendak
mereka, dan berrhati hati
terhadap mereka supaya mereka tidak dapat melencongkan
kamu dari beberapa revelasi revelasi
Allah yang telah diturunkan kepada kamu. Jika mereka
berpaling, dan ketahuilah hanya dengan
kehendak Allah jua
dihukumkannya sesetengah dari dosa yang mereka telah lakukan,
Sesungguhnya, kebanyakkan dari mereka itulah yang zalim.
50. Adakah mereka mahu mengamalkan
undang undang dimasa jahiliah dahulu? Undang undang
siapakah yang lebih baik daripada Allah bagi orang orang yang telah mendapat keyakinan?.
______________________________________________________________________________________
*5:44 Taurat adalah pungutan dari semua kitab
kitab yang diturunkan kepada semua para nabi dari
bani Israil terutamanya Isa Al-Masih, dan juga Old Testament
sekarang. Tidak ada didalam Quran
yang boleh kita dapati Taurat telah diberikan kepada Musa.
______________________________________________________________________________________
Ada Di-Antara
Yahudi Dan
Nasrani
Tidak Boleh
Dijadikan Kawan.*
51.
Wahai orang orang yang percaya, jangan mengambil sesetengah Yahudi dan
Nasrani untuk
menjalinkan perhubungan berikatan dengan mereka; mereka
itulah pihak berikatan diantara
satu dan lainnya. Sesiapa diantara kamu yang membuat demikian
dengan mereka, maka adalah
kamu menjadi sebahagian dari mereka. Allah tidak akan
membimbing orang orang yang
melampaui batas.
52.
Kamu akan melihat orang orang yang menyimpankan perasaan keraguan
dihati mereka itu
bersegera untuk bersama dengan mereka, dan berkata, “Kami takut
kita akan dikalahkan.”
Semoga Allah
memberikan kemenangan, ataupun perintah dariNya, itu akan membuatkan
mereka menyesal kerana merahsiakan niat mereka.
53.
Orang orang yang percaya
akan mengatakan, “Adakah ini orangnya yang bersumpah dengan
seriusnya kepada Allah
yang mereka itu bersama kamu?” Amalan mereka telah terbatal;
merekalah orang orang yang rugi.
54.
Wahai orang orang yang percaya, jika kamu berbalik dari agama kamu, maka Allah akan
menggantikan tempat kamu dengan orang lain, kepada
manusia yang Dia cintai dan
menyintaiNya. Mereka akan berlaku baik kepada orang orang yang
percaya, dan bersifat
tegas kepada orang orang yang ingkar, dan sedia berjuang
kejalan Allah dengan tidak
merasakan takut dari tuduhan. Demikianlah rahmat Allah; Dia mengurniakannya
dengan sesiapa juga yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Luas KekuasaanNya
lagi Maha Mengetahui akan segala galanya.
55.
Berikatan yang sebenarnya bagi kamu adalah Allah dan rasulNya, dan orang orang yang
percaya yang Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan yang memberikan derma yang
diwajibkan (Zakat), dan
juga mereka yang tunduk.
56.
Sesiapa yang berikatan diri mereka dengan Allah dan rasulNya, dan juga dengan orang
orang yang percaya, maka mereka telah berada didalam parti Allah. Sesungguhnya,
merekalah orang orang yang berjaya.
Yang
Mana Yahudi Dan Nasrani.
57. Wahai orang orang yang percaya, jangan
kamu berkawan dengan penerima kitab yang terdahulu
yang mempersenda dan mengejekkan agama kamu, dan jangan
juga kamu berkawan dengan
orang orang yang ingkar. Kamu mesti memuliakan Allah kalau kamu benar benar orang
orang
yang percaya.
Penerima Kitab
Yang Melampaui Batas.
58.
Apabila kamu memanggil mereka untuk Mengerjakan Sembahyang (Salat). Mereka
mempersendakan dan juga mengejek ngejekkannya. Ini kerana mereka adalah
orang orang
yang tidak mengerti.
59.
Katakan, “Wahai manusia yang mengikut kitab, tidakkah kamu membenci
kami kerana kami
mempercayai Allah,
dan apa yang telah diturunkan kepada kami, dan apa yang telah diturunkan
sebelum kami dan kerana kebanyakan dari kamu yang tidak benar?”
60.
Katakan, “Biarlah aku memberitahukan kepada kamu siapakah yang paling
buruk disisi Allah:
mereka yang dikutuki Allah
setelah mendapat kemurkaanNya dengan menjadikan mereka
(yang berperangai seperti) monyet dan babi dan
juga orang orang yang menyekutukan (Allah).
Inilah yang paling jahat dan yang paling jauh dari
mendapatkan petunjuk yang lurus.”
61.
Apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami percaya,”
walaupun mereka itu
mengingkarkannya bila saja mereka masuk kedalam, dan
manakala mereka keluar dari situ pun
penuh dengan keingkaran. Sesungguhnya Allah Amat Perihatin dengan apa yang mereka
rahsiakannya.
_____________________________________________________________________________________
*5:51Perhubungan diantara orang orang lain
telah ditunjukkan didalam 5:57 & 60:8-9.
Orang orang Yahudi dan Kristian yang tidak boleh dijadikan
sahabat telah disebutkan didalam 5:57;
mereka adalah orang orangnya yang mengejek ejek dan mempersendakan
orang orang yang percaya, ataupun dengan menyerang mereka.
______________________________________________________________________________________
62.
Kamu akan melihat ramai diantara mereka yang bersedia membuat
kemungkaran dengan
melakukan segala macam kejahatan, dengan memakan hasil dari
pekerjaan yang haram. Azab
sungguh apa yang mereka telah usahakan
63.
Jika hanya rabbai rabbai dan padri padri menyuruh mereka dengan
perkataan perkataan keji
dan memakan hasil dari pekerjaan yang haram! Maka sungguhlah
amat dikutuk dengan apa
yang telah mereka komitkan.
Kekufuran
Terhadap Allah.
64.
Orang orang Yahudi malahan berkata, “Tangan Allah telah terikat!” Bahkan tangan tangan
mereka yang terikat. Mereka telah dikutuk kerana perkataan
kufur yang dilafazkan. Sebaliknya,
tangan tanganNya yang terbuka luas, mengeluarkan apa
sahaja yang dikehendakNya.Tentu
sekali revelasi revelasi yang Allah berikan kepada kamu telah menjadikan mereka terjerumus
jauh kedalam kemungkaran dan keingkaran. Akibatnya kami telah
komitkan mereka dengan
kemarahan dan kebencian diantara mereka sampai keHari Kebangkitan.
Apabila saja mereka
menyalakan api peperangan, Allah
menghilangkannya. Mereka menjelajah dimuka bumi ini
dengan zalimnya, sesungguhnya Allah Amat Membenci kepada orang
orang yang zalim.
Keselamatan
Untuk Yahudi
Dan Nasrani.
65.
Jika hanya pengikut pengikut kitab mempercayainya dan menjalani
kehidupan yang baik, kami
akan mengampunkan dosa dosa mereka, dan memasukkan mereka
ditaman yang penuh dengan
kebahagiaan.
Mereka
Mestilah
Mempercayai
Quran Ini.
66.
Jika hanya mereka memegang Taurat dan Injil, dan apa yang telah
diturunkan didalam ini dari
Tuhan mereka, mereka akan mendapatkan kurniaan rahmat
diatas dan dibawah kaki kaki mereka.
Ada diantara mereka yang takwah dan kebanyakan dari mereka
yang zalim.
Rasul
Mesti Menyampaikan.
67.
Wahai rasul, sampaikanlah apa yang telah beritakan kepada kamu dari
Tuhan kamu – sampai
kamu lakukan, kamu belum sampaikan perutusanNya – dan Allah akan melindungi kamu dari
manusia. Sesungguhnya Allah
tidak akan membimbing orang orang yang ingkar.
68.
Katakan, “Wahai orang orang kitab, kamu tidak mempunyai asas melainkan
hanya kalau kamu
mendukung Taurat, dan Injil, dan apa yang telah
diturunkan kepada kamu didalam ini dari Tuhan
kamu.” Tentu sekali, ini adalah revelasi revelasi dari Tuhan
kamu yang akan menjadikan mereka
terjerumus jauh kedalam kekufuran dan keingkaran. Dari itu, jangan
kamu merasa sedih terhadap
orang orang yang ingkar.
Minimum
Keperluan Untuk
Keselamatan.
69.
Sudah tentu, sesiapa yang percaya, mereka adalah Yahudi, sabiian
(mualaf) dan juga Nasrani;
kesemuanya mereka yang (1) percaya kepada Allah (2) percaya kepda Akhirat (3)
dan menjalani
kehidupan yang lurus, tidak apa yang perlu ditakutkan dan tidak
perlu juga bersedih.
70.
Kami telah mengambil perjanjian kepada bani Israil, dan kami hantarkan
kepada mereka para
rasul. Apabila saja rasul datang kepada mereka dengan apa yang
mereka tidak sukakan, ada yang
mereka mengingkarinya dan ada pula yang mereka bunuh.
71.
Mereka berfikir yang mereka itu tidak akan dicuba, lantaran itu mereka
berpaling seperti orang
buta dan pekak, dan Allah
mengampuni mereka, malahan banyak lagi diantara mereka yang
membisu dan memekakkan diri. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang mereka
lakukan.
Kristianiti
(Nasrani)
Bukanlah Dari
Agama Isa.
72.
Jahil sungguh mereka yang berkata Allah
itu Al-Masih, anak kepada Maryam.Al-Masih sendiri
berkata, “Wahai Bani Israil, kamu mestilah sembah Allah; Tuhanku* dan Tuhan kamu.” Sesiapa
yang mengadakan sesuatu yang disekutukannya dengan Allah, Allah telah mengharamkan syurga
untuk mereka, dan destininya adalah Neraka. Orang orang yang
zalim itu tidak akan
mendapatkan pertolongan.
73.
Jahil sungguh mereka yang mengatakan Allah adalah ketiga dari triniti. Tidak ada Tuhan selain
Dia, Tuhan yang satu. Melainkan jika mereka berhenti dari
mengatakan sedemikian, sesiapa
yang ingkar diantara mereka akan mendapat azab yang pedih.
74.
Tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah, dan memintakan pengampunan dariNya?
Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
75.
Al-Masih anak Maryam, tidak lain dia hanyalah rasul seperti para rasul
sebelumnya, dan ibunya
adalah walli. Kedua dua mereka itu memakan makanan. Lihatlah
bagaimana kami menerangkan
revelasi revelasi kami kepada mereka, dan lihatlah bagaimana
mereka masih juga menyimpang!
76.
Katakan, “Adakah kamu menyembah sesuatu selain dari Allah yang tidak ada kekuasaan
langsung untuk menyakiti kamu ataupun memberikan kebaikan kepada
kamu.? Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Berhati
Hati Apabila
Memilih Kawan.
77.
Katakan, “Wahai orang orang kitab, janganlah kamu melampaui batas
berkenaan agama kamu
dengan melebihi dari kebenaran dan jangan kamu
mengikutkan pendapat pendapat dari manusia
yang telah tersesat jauh, yang telah menyesatkan berganda
ramainya manusia; mereka telah
tersesat jauh dari jalan yang benar.”
78.
Kutukan bagi mereka yang ingkar diantara Bani Israil, dari lisan Daud
dan Isa, anak Maryam.
Ini kerana mereka tidak ta’at dan melampaui batas.
Apati Di-Kutuk.
79.
Mereka tidak menasihatkan satu sama lainnya suapaya jangan mengkomit
kemungkaran.
Sengsara sungguh dari apa yang telah mereka lakukan.
80.
Kamu akan melihat ramai diantara mereka yang berpihak berikatan dengan
orang orang yang
ingkar. Sengsara sungguh apa yang tangan tangan mereka yang
membawakan kerugian bagi
pihak roh roh mereka. Allah
sangat memurkai mereka, akibatnya, azab yang mereka terima
akan berkekalan untuk selama lamanya.
81.
Sekiranya mereka percaya kepada Allah,
dan nabi, dan apa yang telah diturunkan kepada dia
didalam ini, mereka tidak akan mahu berkawan dengan mereka.
Sesungguhnya kebanyakan
mereka itu adalah zalim.
Fakta Fakta
Yang Benar.
82.
Kamu akan mendapati musuh yang paling buruk sekali bagi orang orang
yang percaya ialah
orang orangYahudi dan orang orang yang menyekutukan (Allah). Dan akan kamu ketahui
manusia yang paling dekat didalam persahabatan dengan
orang orang yang percaya adalah
mereka yang mengatakan, “Kami adalah Kristian (Nasrani).” Ini oleh kerana mereka
mempunyai padri padri dan rahib rahib diantara mereka,
dan mereka tidaklah
menyombongkan diri.
____________________________________________________________________________________
*5:72-76 John 20:17 kita dapat melihat yang Isa tidak mengajarkan mereka
tentang dirinya sebagai
Tuhan ataupun anak Tuhan. Kebanyakan ahli teologi telah
bersefahaman, selepas mengadakan
penyelidikan yang teliti, bahwa Kristian sekarang tidaklah sama seperti
Kristian yang telah
diajarkan oleh Isa. Dua buku yang sangat memberangsangkan berkenaan
perkara ini adalah "The Myth
of God Incarnat" (The Westminster Press,
Philadilphia, 1977) dan "The Mythmaker" (Haper & Row, New
York, 1986). Dihadapannya "The Mythmaker" kita
dapati tertulis demikian: "…Hyam
Maccoby
menunjukkan pertikaian yang baru untuk
menyokong pandangan Paul, bukannya Jesus, yang
menubuhkan Kristianiti….
Ia adalah Paul yang menciptakan agama yang baru selepas Jesus
dengan visinya
berkenaan Jesus sebagai penyelamat suci yang mati kerana menyelamatkan
manusia."
_____________________________________________________________________________________
83. Apabila mereka mendengar apa yang
telah disampaikan oleh rasul, kamu akan melihat mata
mata mereka penuh dengan air mata kerana mereka telah
mengenal akan kebenarannya, dan
mereka berkata, “Tuhan kami, kami telah percaya, lantaran
itu jadikanlah kami diantara saksi
saksi.
84.
“Mengapa mesti kami tidak mahu percaya kepada Allah, dan kebenaran yang telah sampai
kepada kami, dan berharap agar Tuhan kami akan memasukkan
kami bersama sama dengan
manusia yang benar?.
85. Allah telah memberikan ganjaran
kepada mereka dengan perkataan yang sedemikian;
Dia akan memasukkan mereka didalam taman taman yang air
sungai sungainya mengalir.
Itulah ganjaran bagi orang orang yang benar.
86.
Bagi sesiapa yang ingkar dan mengingkari akan revelasi revelasi kami,
mereka itulah
penghuni Neraka.
Jangan
Mengharamkan
Barang Barang
Yang Halal.
87.
Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu mengharamkan barang barang
yang baik yang
telah dihalalkan oleh Allah, dan janganlah berketerlaluan; sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang orang yang melampaui batas.
88.
Dan makanlah dari yang baik dan barang yang dihalalkan yang Allah telah mengadakannya
untuk kamu. Kamu mesti memuliakan Allah, keranaNyalah maka kamu menjadi orang orang
yang percaya.
Jangan Ambil Nama
Allah untuk
Di-Sia Siakan.
89.
Allah tidak akan menjadikan tanggungjawab dengan sumpahan yang
cuma digunakan dalam
percakapan kamu sahaja; Dia akan menjadikannya tanggungjawab diatas
apa yang kamu niatkan.
Jika kamu melanggar sumpahan kamu, kamu mestilah
menebusnya dengan memberikan makan
kepada sepuluh orang miskin dari makanan yang sama kamu
berikan kepada keluarga kamu,
ataupun berikan mereka pakaian, ataupun membebaskan hamba. Jika
kamu tidak ada kemampuan,
maka kamu mestilah berpuasa tiga hari. Ini adalah satu
penebusan kerana melanggar sumpah
yang kamu telah berjanji untuk menyimpannya. Kamu mesti
penuhi sumpah kamu. Allah telah
menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu, supaya kamu dapat
bersyukur.
Segala
Yang
Memabukkan Dan
Perjudian
Di-Haramkan.
90.
Wahai orang orang yang percaya, minuman keras, perjudian, berhala
berhala diatas altar
dan permainan dengan bertaruhan nasib, ini semua adalah
perbuatan keji dari syaitan;
kamu mestilah menjauhkan diri darinya, supaya kamu beroleh
kejayaan.
91.
Syaitan cuba menggalakkan kamu dengan kemarahan dan kebencian
diantara kamu melalui
minum keras dan juga perjudian, dan supaya dapat
melupakan kamu dari mengingati Allah,
dan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Dapatkah kamu menahan diri?
92.
Kamu mestilah patuh kepada Allah,
dan kamu mesti juga mematuhi rasul, dan berwaspadalah.
Jika kamu berpaling, maka kamu mesti ketahui bahwa
kewajiban yang pertama bagi rasul kami
hanyalah untuk
menyampaikan mesej dengan cekap.
93. Mereka yang percaya dan menjalani
kehidupan yang benar, tidaklah bersalah dengan memakan
sebarang makanan, asalkan mereka mematuhi segala perintah, dan percaya serta mengamalkan
kehidupan yang lurus, dan tetap memelihara keta’atan dan
keimanan, dan sentiasa berterusan
dalam ketakwahan dengan bertindak sewajarnya. Sesungguhnya Allah Amat Mencintai orang
orang yang benar.
Konservasi
Permainan.
94.
Wahai orang orang yang percaya, Allah
akan menduga kamu dengan beberapa permainan
yang dengannya dapat mencapaikan tangan kamu dengan anak
anak panah kamu (semasa
Ibadah Haji). Allah lantas
membezakan yang mana diantara kamu yang mengingati Dia
didalam kebersendirian. Mereka yang keterlaluan sesudah ini akan
mendapat balasan
yang pedih.
95.
Wahai orang orang yang percaya, janganlah kamu pertarungan dengan
membunuh dalam
sebarang permainan dimasa menjalani Ibadah Haji. Sesiapa dengan
sengajanya membunuh
didalam permainan, dendanya mestilah dengan seekor
binatang ternakan yang bersamaan
dengan binatang yang dibunuh. Penghakimnya mestilah dari dua
orang yang yang adil diantara
kamu. Mereka mesti betul betul yakin yang kurbannya itu
sampai diKa’bah. Kalau tidak, dia
mesti menggantikannya dengan memberikan makan kepada
orang miskin, ataupun dia mesti
berpuasa seimbang untuk menebuskan kesalahannya. Allah telah mengampuni dosa dosa yang
lalu. Jika sesiapa yang kembali semula dengan kesalahan yang
sama, Allah akan membalasnya.
Sesungguhnya Allah
Maha Berkuasa lagi Maha Penuntut bela.
Semua Haiwan Haiwan
Di-Dalam Laut
Halal Untuk Di-Makan.
96.
Semua ikan ikan dilaut adalah halal untuk kamu memakannya. Semasa
menunaikan Ibadah Haji,
ini adalah persedian untuk kamu dimasa perjalanan. Kamu
tidak semestinya berburu dimasa
mengerjakan Ibadah Haji. Kamu mestilah menghormati Allah, kerana kesemuanya kamu kelak
akan dikumpulkan.
97. Allah telah menjadikan Ka’bah,
dan Masjid Suci,* untuk dijadikan tempat yang suci bagi
sekelian manusia, dan begitu juga dengan bulan-bulan yang
Suci, persembahan (diMasjid Suci)
dan kalungan yang ditandakan kepada binatang-binatang untuk persembahan.
Kamu mestilah
mengetahui bahawa Alah
tahu segala apa yang berada disekelian cekrawala dan dibumi,
sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui.
98.
Ketahuilah yang Allah amat
keras dalam menjalankan hukuman, dan sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
99.
Kewajiban rasul hanya menyampaikan mesej, dan Allah Amat Ketahui segala apa yang kamu
nyatakan dan juga apa yang kamu rahsiakan.
100.
Umumkanlah: “Yang buruk dan yang baik tidaklah sama, walau sekalipun
banyaknya
keburukkan itu menjadikan kamu tertarik dengannya. Kamu mesti
mengingati Allah,
(biarpun hanya
sebilangan kecil diantara kamu) wahai kaum intelektual, supaya kamu
mendapat kejayaan
101.
Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu menanyakan sesuatu perkara
yang, jika
diterangkan kepada kamu dengan terlalu awal, akan menyakiti kamu.
Jika kamu
menanyakan mereka dengan penerangan dari Quran, ini akan
menjadikan jelas kepada
kamu. Allah dengan sengajanya telah memperlihatkan kepada
mereka. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
102. Yang lainnya dari kamu telah
menanyakan soalan yang sama, lantas Mengingkarkannya
disitu juga.
103.
Allah tidak mengharamkan binatang ternakan yang mempunyai percampuran
jantinanya,
dan tidak juga binatang yang bebas dengan sumpah, tidak
juga dengan satu yang mendapatkan
dua ekor jantan yang berderet, tidak juga lembu jantan yang
berbapakan sepuluh. Itu semua
adalah dari orang orang yang ingkar yang mereka-rekakan
pembohongan terhadap Allah.
Kebanyakkan daripada mereka itulah yang tidak mengerti.
Jangan
Mengikut Agama
Ibu Bapa Ibu
Bapa Dengan Membuta Tuli.
104.
Apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah ikuti apa yang Allah telah terangkan dan ikutilah
rasul,” mereka berkata, “Apa yang kami dapati ibu bapa
ibi bapa kami amalkan itu cukuplah
bagi kami.” Apa akan jadi sekiranya ibu bapa ibu bapa mereka
tidak mengetahui suatu apapun
dan tidak mendapat petunjuk?
_____________________________________________________________________________________
*5:97 Penyembah pujaan yang muslim telah
mengakui adanya dua "Masjid Suci" dengan menjadikan
kubur Nabi diantara Masjid Suci. Tetapi Quran hanya menyatakan
satu "Masjid Suci." Saja.
______________________________________________________________________________________
105.
Wahai orang orang yang percaya, kamu
mestilah risaukan diri kamu sendiri. Jika yang lainnya
menuju kesesatan, mereka tidak akan dapat menyakiti kamu,
selagi kamu mendapat bimbingan.
Kepada Allah sahajalah
destini yang terakhir, dan Dia akan memberitahukan segala apa
yang telah kamu lakukan.
Menyaksikan
Wasiat.
106. Wahai orang orang yang percaya,
untuk menyaksikan wasiat apabila seorang dari kamu hampir
mati mesti dilakukan oleh dua orang yang adil diantara kamu.
Jika kamu didalam perjalanan,
kedua yang lain bolehlah bersaksikannya. Selepas Mengerjakan
Sembahyang (Salat), maka
keduanya bolehlah bersumpah kepada Allah, supaya dapat meringankan keraguan kamu:
“Kami tidak akan menggunakan ini untuk mendapatkan
keuntungan secara peribadi, walaupun
pewasiatnya masih saudara kepada kami. Dan tidak juga akan kami
sembunyikan testimoni dari
Allah. Jika tidak, sudah tentu kami akan menjadi orang orang
yang berdosa.”
107.
Jika saksi saksi itu telah didapati bersalah ataupun berat sebelah,
dan kedua lainnya mestilah
digantikan ditempat mereka. Pilihlah dua orang yang telah dijadikan
mangsa oleh pesaksi yang
pertama, dan suruhlah mereka bersumpah kepada Allah: “Testimoni kami lebih benar
dari
mereka; kami tidak akan menjadikan diri diri kami berat
sebelah jika tidak, kami adalah dari
orang orang yang melampaui batas.
108.
Ini lebih lagi sesuai untuk menggalakkan testimoni yang jujur dipihak
mereka, kerana takuti
kelak yang mereka tidak akan mengendahkan sumpah seperti
pesaksi yang pertama. Kamu
mestilah mengingati Allah
dan dengarkan. Sesungguhnya Allah
tidak akan membimbing orang
orang yang zalim.
Para Rasul Yang
Telah Wafat
Tidak
Tahu Apa Yang
Terjadi.
109.
Akan datang pada hari dimana Allah
akan memanggil para rasul kesemuanya untuk ditanyakan
kepada mereka, “Bagaimanakah respons mereka kepada kamu?”
Mereka akan berkata, “Kami
tidak ada pengetahuan. Engkau sahajalah yang mengetahui segala
rahsia.”
110. Allah
akan berkata, “Wahai Isa anak Maryam, ingatlah rahmatKu kepada engkau dan
juga
ibumu. Aku membantu engkau dengan Roh Suci, dan membenarkan
engkau bercakap dengan
manusia didalam buaian, sehinggalah engkau dewasa. Aku
mengajarkan engkau berkenaan
kitab, kebijaksanaan, tentang Taurat dan Injil. Ingatlah yang
engkau membuat burung dari tanah
liat dengan izinKu, dan meniup dengannya lantas
menjadikannya seekor burung yang bernyawa
dengan izinKu. Engkau pulihkan orang yang buta juga penyakit
kusta dengan izinKu dan
menghidupkan semula orang yang mati dengan keizinanKu. Ingatlah yang
Aku telah
melindungimu dari bani Israil yang mahu menyakitimu,
walaupun mukjizat mukjizat yang
penuh dengan pengetahuan yang telah engkau tunjukkan kepada
mereka. Orang orang yang
ingkar diantara mereka berkata, ‘Ini adalah magik yang nyata.’
111.
“Ingatlah yang Aku telah menginspirasikan kepada pengikutmu: ‘Kamu
mesti mempercayai
Aku dan rasulKu.’ Mereka berkata, ‘Kami telah percaya,
dan menjadi saksi yang kami adalah
orang orang yang menyerahkan diri diri kami sepenuhnya (kepadaMu).’ ”
Hidangan.
112. Ingatlah pengikut pengikutnya berkata,
“Wahai Isa, anak Maryam, apa bolehkah Tuhan kamu
turunkan kepada kami hidangan dari langit?” Dia berkata, “Kamu
mestilah menghormati Allah,
jika sebenarnya kamu adalah orang orang yang percaya.”
113.
Mereka berkata, “Kami ingin memakan darinya, dan untuk meyakinkan hati
hati kami, dan
untuk meyakinkan dengan sebenarnya yang engkau telah berkata
kepada kami dengan kebenaran.
Kami akan mengabdikan diri diri kami sebagai saksi saksi
dengannya.”
Besarnya Mukjizat Mukjizat
Akan Membawa
Tanggungjawab
Yang Besar.
114.
Berkata Isa anak Maryam, “Ya allah,Tuhan
kami, hantarkan untuk kami hidangan dari langit .
Jadikan banyak untuk satu dan kesemuanya diantara kami,
dan jadikan ini satu tanda dari
Engkau. Berikanlah kepada kami; Sesungguhnya Engkau
sahajalah Pemberi rezeki yang
terbaik.”
115.
Allah berkata, “Aku akan
menghantarkannya kebawah. Sesiapa sahaja diantara kamu yang
ingkar selepas ini, Akan Aku menghukumnya sebagaimana yang
tidak pernah Aku
menghukumkan sesiapa jua pun.”*
Di-Hari
Kebangkitan.
116.
Allah akan berkata, “Wahai
Isa anak Maryam,* adakah engkau berkata kepada manusia,
‘Jadikan aku dan ibuku sekutu disamping Allah?’ Dia akan menjawab, “Segala
kepujian
bagiMu. Aku tidak boleh mengatakan apa yang tidak benar.
Kalaulah aku mengatakan
demikian, tentu sekali Engkau telah mengetahuinya. Engkau tahu
apa yang aku fikirkan,
sedangkan aku tidak ketahui apa yang engkau fikirkan. Sesungguhnya
Engkau yang tahu
akan segala rahsia.
117.
“Aku mengatakan kepada mereka hanya apa yang Engkau memerintahkan aku
untuk
mengatakannya: ‘Kamu mesti menyembah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu.’ Aku
adalah saksi kepada mereka selagi aku masih hidup bersama
mereka. Apabila Engkau
tamatkan riwayatku didunia ini, Engkau menjadi Pemerhati kepada
mereka.
Sesungguhnya Engkau sahajalah yang menyaksikan segala
sesuatu.
118. “Jika Engkau menghukum mereka, mereka
adalah hamba hambaMu. Jika Engkau
mengampuni mereka, sesungguhnya Engkau sahajalah yang
Maha Berkuasa lagi
Maha Bijaksana.”
119.
Allah akan mengishtiharkan,
“Inilah harinya apabila kebenaran akan dipelihara dengan
sebaik baik kebenaran dari mereka.” Mereka telah berkelayakkan
untuk berada didalam
taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir. Mereka
akan berada disana buat
selama lamanya. Allah
menjemput mereka dengan penuh kegembiraan, dan mereka
merasakan keseronokkan yang penuh dengan nikmat yang amat sangat
disampingNya.
Ini adalah kemenangan yang paling besar.
120.
Kepada Allah sahaja semua
kedaulatan yang berada disekelian cekrawala dan bumi, dan
segala gala didalamnya, dan sesungguhnya Dia Maha Berkuasa.
________________________________________________________________________________
*5:114-115 Mukjizat Quran yang mengkagumkan
(Appendik Satu) telah dinyatakan didalam
74:35 sebagai "Satu dari mukjizat yang
terbesar," dan membawa bersamanya tanggungjawab
yang besar.
*5:116 Ini perlu diingatkan yang Quran dengan
konsistennya memanggil Isa "Isa anak Maryam"
dan Bible memanggilnya "anak kepada manusia." Allah tahu ada
yang mengkufurkan dan
memanggilnya "anak Tuhan"!
Back Home
info@submission.org
SUBMISSION.ORG
Copyright © 1997-2003 Submission.org
|