Surah 46: Al-Ahqaf
Bukit Pasir      1 - 35.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        H. M. (Ha. Mim.)

2.        Revelasi bagi kitab ini adalah dari Allah, yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

3.        Kami tidak menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, segala galanya diantara kedua

duanya melainkan dengan tujuan yang tertentu, dan bagi masa yang berbatas. Orang

orang yang ingkar itu amat tidak menyedari dengan amaran amaran yang telah

diberikan kepada mereka.

4.        Katakanlah, "Renungkanlah pujaan pujaan yang kamu mengada adakan disamping

       Allah. Tunjukkanlah kepadaku apa yang telah mereka menciptakan dibumi. Adakah

       mereka mempunyai bahagian disekelian cekrawala? Tunjukkanlah kepadaku sebarang

       kitab yang lain sebelum yang satu ini, ataupun sebarang kenyataan yang telah dimantap

       -kan ilmu pengetahuannya yang boleh menyokong penyekutuan (terhadap Allah)

       kamu, jika sememangnya kamu yang benar."

Pujaan Pujaan Benar Benar

Tidak Mengetahui

5.        Siapakah yang lebih jauh tersesat dari orang orang yang memuja disamping Allah

       pujaan pujaan yang tidak boleh merespon kepada mereka sampai keHari Kebangkitan,

       dan tidak sedar langsung akan penyembahan mereka? 

Pujaan Pujaan Menafikan

Penyembah Penyembah Mereka*

6.        Dan apabila manusia telah dihimpunkan (pada Hari Pengadilan), pujaan pujaan

       mereka akan menjadi musuh musuh mereka, dan akan mengutuk cara penyembahan

       mereka.*

7.        Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada mereka, dengan sempurna dan jelas,

       orang orang yang ingkar itu berkata berkenaan kebenaran yang datang kepada mereka,

       "Ini adalah magik yang terang terangan!" 

_______________________________________________________________________________

*46:6 Lihat juga Matthew 7:21-23:Isa terang terangan menentang sesiapa yang memanggilnya

“Tuhan.”

_______________________________________________________________________________

8.        Apabila mereka berkata, "Dia yang mengada adakan ini," katakanlah, "Jika aku yang

mengada adakan ini, maka kamu tidak akan dapat melindungiku dari Allah. Dia amat

sedar akan segala perancangan kamu. Cukuplah Dia sebagai saksi diantara aku dan kamu.
Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

9.        Katakanlah, "Aku bukannya berlainan dari para rasul. Aku tidak mempunyai idea apa

       akan terjadi kepada diriku ataupun kamu. Aku hanya mengikuti apa yang telah diturunkan

       kepadaku. aku tidak  lebih dari seorang pemberi amaran yang nyata." 

Rabai Judah Yang Warak*

10.     Katakanlah, "Bagaimanakah jika ianya adalah dari Allah dan kamu mengingkarkanya?

Seorang saksi dari Bani Israil telah menjadi saksi kepada fenomena yang serupa,*

dan dia telah percaya, sementara kamu telah menjadi sombong. Sudah tentu, Allah

tidak akan membimbing orang orang yang zalim."

11.     Orang orang yang ingkar mengatakan tentang orang orang yang percaya, "Jika ada

       sebarang kebaikannya, tentunya mereka tidak akan menerimanya sebelum kami."

       Kerana mereka tidak dibimbing kepadanya, mereka berkata, "Ini adalah kepalsuan

       yang lama!"

12.     Sebelum ini, buku dari Musa mengandungi petunjuk dan belas kasih. Ini juga adalah

Sebuah kitab yang mengesahkan, didalam bahasa Arab, untuk memberikan amaran

kepada orang orang yang melampaui batas, dan untuk memberikan berita berita baik

kepada orang orang yang benar.

Berita Berita Baik

13.     Sudah tentu, orang orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah," dan yang menjalani

kehidupan yang benar, tidak akan merasa takut, dan tidak juga mereka itu akan bersedih.

14.     Mereka ini berhak mendapatkan Syurga, dimana mereka akan tinggal untuk selama

       lamanya; suatu anugerah bagi kerja kerja mereka.

40: Umur Untuk Penentuan*

15.     Kami memerintahkan manusia supaya memuliakan ibu bapa ibu bapanya. Ibunya

       mengandungkannya dengan penuh kesukaran, dan melahirkannya dengan penuh

       kesukaran, dan memeliharanya dengan penuh kasih sayang sampai tiga puluh bulan.

       Apabila dia mencapai kemantangan dan sampai keumur empat puluh tahun,* dia

       sepatutnya berkata, "Tuhanku, tujukkan aku supaya mensyukuri rahmat yang Engkau

       telah kurniakan keatasku dan keatas ibu bapa ibu bapaku, dan supaya melakukan kerja

       kerja yang benar yang diredhaiMu. Jadikanlah anak anakku juga sebagai orang orang

       yang benar. Aku telah bertaubat kepadaMu; aku adalah seorang yang telah menyerahkan

       diriku sepenuhnya (kepadaMu)."

16.     Ianya dari ini maka kami menerima perkerjaan perkerjaan yang baik baik, dan memaafkan

dosa dosa mereka. Mereka berhak mendapatkan Syurga. Ini adalah perjanjian yang benar

yang telah dijanjikan kepada mereka.

17.     Maka ada pula seseorang yang berkata kepada ibu bapa ibu bapanya, "Malang bagi kamu;

       adakah kamu mengatakan kepadaku yang (sesudah mati) aku akan dihidupkan kembali?

       Kenapa pula orang orang yang sudah mati sebelum kami tidak pernah kembali?" Ibu bapa

       ibu bapanya akan menangis sambil meminta pertolongan dari Allah dan berkata, "Malang

       sungguh bagimu; tolonglah percaya! Perjanjian Allah adalah benar." Dia akan berkata,

       "Dongeng masa lampau!"

18.     Demikian itulah orang orang yang telah dicapkan sebagai orang orang yang ingkar

diantara tiap tiap generasi dari kalangan para jin dan manusia; mereka itulah yang

mengalami kerugian.

________________________________________________________________________________

*46:10 Saksi berkenaan ini adalah Rabbi Judah The Pious (11th Centeri A.D), yang telah

menemui kod 19 asas matematika yang serupa, dari serpihan kitab yang terpelihara

(lihat Appendik 1).

*46:15 Allah amat mengetahui sesiapa yang berhak keSyurga, dan siapa yang akan keNeraka.

Ini adalah undang undang Allah yang mematikan orang orang sebelum 40 tahun dan memasukkan

mereka keSyurga. Belas kasih yang amat sangat dari Allah ini menjadikan banyak manusia

merasakan amat mustahil untuk menerimanya, mereka berbalahan: dengan mengatakan

bahwa pelampau seharusnya “Dimasukkan keNeraka! Lihat Appendik 32.

_______________________________________________________________________________

19.     Mereka semua mendapat hak kedudukkan kedudukkan mereka, mengikut kerja kerja

       mereka. Dia akan membayar mereka diatas kerja kerja mereka, dengan tidak sedikit

       pun ketidak adilan.

20.     Harinya akan datang apabila orang orang yang ingkar akan diperkenalkan kepada api

       neraka: "Kamu telah melepaskan peluang baik yang telah diberikan kepada kamu semasa

       dikehidupan dunia, dan kamu bergembira dengannya. Akibatnya, sekarang kamu telah

       menerima hukuman yang memalukan sebagai balasan diatas kesombongan yang kamu

       komitkan diatas bumi dengan tidak mempunyai asas, dan juga kerja kerja jahat yang

       kamu lakukan."

Hud

21.     Ingatlah bahwa saudara dari 'Ad memberi amaran kepada kaumnya dibukit bukit

       berpasir - bermacam macam amaran telah juga disampaikan sebelumnya dan sesudahnya:

       "Kamu janganlah sekali sembah melainkan Allah. Aku takut bagi kamu akan hukuman

       pada hari yang besar."

22.     Mereka berkata, "Adakah kamu datang untuk memalingkan kami dari tuhan tuhan kami?"

       Kami mencabar kau supaya membawa (hukuman) yang kau ugutkan, jika kau adalah

       orang orang yang benar."

23.     Dia berkata, "Ilmu pengetahuan tentang ini adalah dengan Allah; Aku hanya sampaikan

kepada kamu apa yang telah ditugaskan kepadaku supaya menyampaikan. Bagaimana

pun, aku melihat yang kamu ini adalah orang orang yang jahil."

24.     Apabila mereka melihat angin ribut yang menuju kearah mereka, mereka berkata,

       "Angin ribut ini akan membawakan kita hujan lebat yang diperlukan." Sebaliknya,

       ini adalah apa yang kamu cabarkan (Hud) untuk membawanya; angin ribut dimana

       didalamnya adalah hukuman yang menyakitkan.

25.     Ianya memusnahkan segala galanya, sebagaimana yang telah diperintahkan oleh

       Tuhannya. Dipagi hari, tidak ada suatu apa pun yang berdiri melainkan rumah rumah

       mereka. Lantas kami membalas orang orang yang bersalah.

Mereka Mencemuhkan

Amaran Amaran Rasul

26.     Kami telah memantapkan mereka dengan cara yang sama sebagaimana kami telah

       memantapkan kamu, dan mengadakan untuk mereka pendengaran, mata mata, dan

       minda minda. Tetapi pendengaran mereka, mata mata dan minda minda tidak akan

       dapat menolong mereka sedikit pun. Ini adalah kerana mereka mengambil keputusan

       untuk tidak mempedulikan revelasi revelasi dari Allah. Lantas, ramalan ramalan dan

       amaran amaran yang mereka mencemuhkan itu telah menyebabkan kemusnahan

       mereka.

27.     Kami telah hapuskan banyak komuniti komuniti disekeliling kamu, setelah kami

menjelaskan bukti bukti, supaya mereka dapat bertaubat.

28.     Kenapa pula pujaan pujaan yang mereka ada adakan untuk membawa mereka dekat

       kepada Allah gagal untuk menolong mereka? Sebaliknya, mereka meninggalkan mereka.

       Demikian itulah tuhan tuhan palsu yang mereka puja: demikian itulah innovasi innovasi

       yang mereka mengada mengadakan.

Yang Percaya

Di-Kalangan Para Jin*

29.     Ingatlah apabila kami mengarahkan beberapa jin kepadamu, untuk membiarkan mereka

       mendengarkan Quran. Apabila mereka sampai disana, mereka berkata, "Dengar."

       Sesudah saja ianya selasai, mereka bersegera kepada kaum mereka, memberi amaran.*

30.     Mereka berkata, "Wahai kaum kami, kami telah mendengar sebuah buku yang telah

diturunkan selepas Musa, dan mengesahkan kitab kitab yang terdahulu. Ianya

membimbing kepada kebenaran; kejalan yang benar.

31.     "Wahai kaum kami, responlah kepada panggilan Allah, dan percayalah kepadaNya.

Barulah Dia akan mengampunkan dosa dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari

hukuman yang menyakitkan."

________________________________________________________________________________

*46:29 Para jin adalah makhluk yang bersetuju dengan Syaitan sepenuhnya apabila dia

meinisiasikan kekufurannya yang terkenal itu bilion tahun yang lalu. Mereka telah diturunkan

didunia ini sebagai keturunan Syaitan. Setiap jin akan lahir apabila saja manusia dilahirkan. Jin

yang baru lahir akan ditugaskan untuk bersama sama dengan setiap kelahiran manusia, dan akan

sentiasa menghasut manusia kepada kejahatan (Appendik 7).

_______________________________________________________________________________  

32.     Orang orang yang gagal untuk merespon panggilan dari Allah tidak akan dapat

       melepaskan diri, dan tidak akan dapat Tuhan yang lain selain Dia; mereka telah

       tersesat jauh.

33.     Tidakkah mereka sedar bahwasanya Allah, yang menciptakan sekelian cekrawala

       dan bumi tanpa kepayahan boleh menghidupkan yang mati? Ya sesungguhnya; Dia

       sahajalah yang Maha Berkuasa.

34.     Pada hari apabila orang orang yang ingkar akan ditunjukkan kepada api Neraka,

       mereka akan ditanya, "Adakah ini tidak benar?' Mereka akan menjawab," Memang

       benar, dari Tuhan kami." Dia akan berkata, "Lalu terimalah azab hukuman oleh kerana

       keingkaran kamu."

Rasul Allah Yang Di-Janjikan*

35.     Dari itu, bersabarlah seperti para rasul yang sebelummu yang mempunyai kekuatan

dan mengamalkan kesabaran. Janganlah terburu buru untuk menyaksikan hukuman

yang sudah pasti akan datang kepada mereka. Dihari apabila mereka melihatnya,

ianya akan dinampakkan seolah olah mereka itu tinggal hanya satu jam dalam sehari.

Ini adalah satu pengumuman: Bukankah orang orang yang zalim selalunya dihapuskan?

_______________________________________________________________________________

*46:35 Quran dan bukti matematika menunjukkan rasul yang disebutkan disini adalah Rashad

Khalifa. Dengan mencampurkan nilai gematrikal “Rashad khalifa” (1230), dicampurkan dengan

nombor surah (46), dan dicampur juga dengan nombor ayat (35), menjadikan 1311, ataupun

19 x 69. Ini telah disahkan oleh kod bagi Quran (Appendik 2).


homeBack Home

info@submission.org

        SUBMISSION.ORG

Copyright © 1997-2003 Submission.org