













|
Surah 44: Al-Dukhan.
Asap 1 - 59
|

Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1.
H. M. (Ha. Mim.)
2.
Dan kitab ini yang memberikan kesedaran.
3.
Kami telah turunkannya dimalam yang telah dirahmati,
kerana kami mesti
memberikan
amaran.
4.
Didalamnya, (kitab), setiap perkara bagi
kebijaksanaan (hikmah)
telah
diterangkan.
5.
Ianya adalah satu ketetapkan perintah dari kami yang
kami pasti
menghantarkan
para rasul.
6.
Ini adalah belas kasih dari Tuhanmu. Sesungguhnya, Dia
sahajalah
yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
7.
Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan segala
galanya diantara
kedua duanya.
Hanyalah jika kamu dapat menyakinkan!
8.
Tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Dia sahajalah
yang menguasai
kehidupan dan
kematian; Tuhan kamu dan Tuhan bagi keturunan keturunan kamu.
9.
Sesungguhnya, mereka sedang meragui, dan tidak
mempedulikan.
Asap: Ramalan Yang Terutama*
10. Dari
itu, lihatlah pada hari apabila langit membawa suatu asap yang nyata.*
11. Ianya
akan menyelubungi manusia; ini adalah hukuman yang menyakitkan.
12. "Tuhan
kami, hilangkanlah hukuman ini untuk kami; kami adalah orang orang
yang
percaya."
Rasul Allah Yang Di-Janjikan
13. Sekarang
ini sudah terlambat, mereka baru saja sedar! Rasul yang membawa
kesedaran telah
datang kepada mereka.*
14. Tetapi
mereka berpaling darinya, dengan mengatakan, "Terpelajar, tetapi
gila!"
15. Kami
akan meredakan hukuman buat seketika; sekejap lagi tentunya kamu akan
berbalik
semula.
16. Dihari
yang kami akan memukul dengan pukulan yang besar, kami akan
menuntut bela.
17.
Kami telah mencuba sebelum mereka orang orang dari
Fir'aun; seorang rasul
yang mulia
datang kepada mereka.
________________________________________________________________________________
*44:10 Hanya dua tanda
akan dipenuhi, Asap diayat ini dan Ya’juj dan Ma’juj (Appendik 25).
*44:13 Total surah dan
nombor nombor ayat (44 + 13) adalah 57, 19 x 3, dan kod Quran ini telah
diumumkan oleh Rasul Allah yang
dijanjikan (Appendik 1, 2, & 26).
________________________________________________________________________________
18. Mengumumkan:
"Dengarkanlah aku, hamba hamba Allah.
Aku adalah
rasul yang
jujur kepada kamu."
19. Dan,
"Jangan berketerlaluan terhadap Allah.
Aku membawa kepada kamu
bukti bukti
yang kuat.
20. "Aku
mencari perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, jika kamu
menentangku.
21. "Jika
kamu tidak ingin untuk mempercayakan, maka tinggalkanlah
aku
bersendirian."
22. Kemudiannya,
dia bermohon kepada Tuhannya: "Ini adalah orang
orang yang
zalim."
23. (Allah bersabda,) "Berjalanlah
dengan hamba hambaKu diwaktu malam;
kamu akan
dikejar.
24. "Menyeberangi
lautan dengan segera; bala tentera mereka akan
ditenggelamkan."
25. Lantas,
mereka meninggalkan kebelakang banyak taman taman dan
pancuran
pancuran air.
26. Tumbuh
tumbuhan dan kehidupan yang mewah.
27. Rahmat
rahmat yang mereka menikmatinya.
28. Semuanya
ini kami menyebabkan diwarisi oleh orang orang lain.
29. Tidak
akan cekrawala, dan tidak juga bumi menangisi untuk mereka,
dan mereka
tidak dapat penangguhan.
30. Sementara
itu, kami selamatkan Bani Israil dari penderitaan
yang menghinakan.
31. Dari
Fir'aun; dia seorang yang zalim.
32. Dengan
pengetahuan kami, kami telah memilih mereka dari kalangan
semua manusia,
yang mengetahui.
33.
Kami telah tunjukkan kepada mereka banyak bukti bukti,
mengandungi
satu percubaan yang besar.
Akibat Akibat
Yang Sama Di-Jangkakan
34. Generasi
generasi sekarang berkata,
35. "Kami
hanya mati dengan kematian yang pertama; kami tidak akan
dibangkitkan
semula!
36. "Bawa
kembali nenek moyang nenek moyang kami, jika sememangnya
kau yang
benar."
37. Adakah
mereka itu lebih baik dari kaum Tuba' dan yang lain lain sebelum
mereka? Kami
telah menghapuskan mereka kerana jenayah jenaya mereka.
38. Kami
tidak menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya
diantara mereka
itu, hanya untuk bersuka ria.
39. Kami
menciptakan mereka kerana tujuan yang tertentu, tetapi kebanyakan
mereka tidak
mengetahui.
40. Hari
Ketentuan menunggukan mereka semua.
41. Itulah
harinya apabila tidak ada rakan dapat menolong rakannya dengan
apa cara sekali
pun; tidak ada sesiapa dapat ditolong.
42. Hanyalah
orang orang yang mendapatkan belas kasih dari Allah. Sesungguhnya,
Dia sahajalah
yang Maha Kuat lagi Maha Penyayang.
Orang Orang Yang Ingkar
43. Sudah
tentu, pokok yang sangat pahit -
44. Akan
menjadi makanan bagi pendosa.
45. Seperti
batu bara panas, ianya akan mendidih didalam perut perut.
46. Seperti
mendidihnya minuman dari neraka.
47. Ambillah
dia dan lemparkannya ketengah tengah Neraka.
48. Dan
tuangkan dikepalanya siksaan dari api yang menjulang.
49. "Rasakan
ini; kau telah menjadi sangat berkuasa, dan sangat mulia."
50. Inilah
apa yang kamu selalu meragukan.
Orang Orang Yang Benar
51. Orang
orang yang benar akan berada ditempat yang terjamin.
52. Menikmati
taman taman dan pancuran pancuran air.
53. Memakai
pakaian baldu dan satin; berdekatan dengan satu sama lain.
54. Kami
memberikan mereka pasangan pasangan yang seronok.
55. Mereka
menikmati didalamnya berbagai jenis buah buahan, didalam
kesejahteraan
yang sempurna.
Orang Orang Yang
Benar Sebenarnya Tidak Mati*
56. Mereka
tidak merasakan mati didalamnya - selepas kematian yang pertama* -
dan Dia telah
menyelamatkan mereka dari siksaan Neraka.
57. Demikian
itulah rahmat dari Allah. Demikian itulah kemenangan yang besar.
58. Lantas,
kami telah menerangkannya kebahasa kau, supaya mereka
dapat
merenungkan
59. Dari
itu, tunggulah; mereka juga akan menunggu.
________________________________________________________________________________
*44:56 Penjelasannya
diAppendik 17, orang orang yang percaya sebenarnya tidak mati; mereka
hanya dipindahkan diSyurga yang
pernah ditinggal oleh Adam dan Hawa. Bezakan penyataan ini
dengan penyataan orang orang yang
ingkar diayat 40:11.
Back Home
info@submission.org
SUBMISSION.ORG
Copyright © 1997-2003 Submission.org