![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
|
|
![]()
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1. Wahai Manusia, ingatlah akan Tuhan kamu; Dialah yang Esa yang menciptakan kamu dari seorang, dan menciptakan darinya pasangan, dan membiakkannya menjadi ramai lelaki dan perempuan. Kamu mesti mengambil berat terhadap Allah, yang mana kamu telah berikrar dengannya, dan mengambil berat terhadap ibu bapa ibu bapa kamu. Kerana Allah sentiasa Memerhatikan kamu.*
Mengambil
Berat Terhadap
Anak Anak Yatim.
2. Kamu mestilah mengembalikan harta benda anak anak yatim dengan jujur. Jangan kamu gantikan yang baik dengan yang tidak baik, dan janganlah kamu memakan harta mereka dengan mencampurkannya dengan kepunyaan kamu. Ini adalah kezaliman yang besar.
Peraturan Bagi Berpolygami*
3. Jika kamu berfikir cara yang terbaik untuk anak anak yatim, maka kamu bolehlah mengahwini ibu ibu mereka – bolehlah kamu kahwin dua, tiga ataupun empat. Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil, maka kamu mestilah merasa cukup dengan seorang sahaja, ataupun apa yang telah kamu miliki. Dengan demikian, dapatlah kamu mengelakkan diri diri kamu dari beban pembelanjaan.
4. Kamu mestilah memberi kepada perempuan akan hak mereka iaitu mas kawin, dengan sepatutnya. Jika mereka dengan suka hati memulangkan apa apa pemberianmu; maka bolehlah kamu menerimanya; dan itu menjadikan hak kepunyaanmu.
5. Janganlah pulangkan harta kepunyaan anak anak yatim yang belum matang fikirannya yang Allah telah amanahkan kepada kamu sebagai penjaganya. Kamu mestilah mencukupkan segala keperluan mereka dari harta mereka, dengan menguruskan pakaian mereka, dan berlaku baik terhadap mereka.
6. Kamu mestilah menguji anak anak yatim itu apabila mereka telah cukup umur. Selepas sahaja kamu mendapati yang mereka sudah matang benar, maka pulangkanlah segala harta mereka. Jangan kamu menggunakan harta mereka dengan membazirkannya mengikut sesukamu, sebelum mereka menjadi dewasa. Penjaga yang kaya tidak boleh meminta bayaran dari baktinya, tetapi penjaga yang miskin bolehlah meminta upah dari kebaktiannya dengan saksama. Jika kamu pulangkan harta mereka, mestilah kamu mengadakan saksi saksi. Cukuplah Allah sebagai Penghitung.
Hak Hak
Perempuan
Didalam Perwarisan.
7. Orang lelaki mendapat bahagian dari apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa ibu bapa juga dari saudara mereka. Perempuan perempuan juga mesti mendapatkan apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa ibu bapa dan juga saudara mereka. Walaupun apa yang ditinggalkannya adalah sedikit ataupun banyak bilangannya ,(perempuan perempuan mesti mendapatkannya) dari hak kepunyaan mereka.
8. Dimasa pembahagian harta harta warisan, jika saudara, anak anak yatim dan
orang orang yang berkeperluan ada bersama, kamu mesti beri bahagian mereka, dan
berlaku baiklah terhadap mereka.
*4:1 Ini adalah surah kedua terpanjang, dan tajuknya menunjukkan untuk memberikan hak kepada wanita. Sebarang penterjemahan mestilah memihak kepada hak wanita, bukan sebaliknya.
*4:3 Lihat Appendik 30 bagi penerangan berkenaan Polygami.
9. Sesiapa yang merisaukan tentang anak anak kandung mereka sendiri, sekiranya dia meninggalkan mereka dulu, mestilah mereka mengingati Allah dan berlaku adil.
10. Sesiapa yang memakan harta anak anak yatim dengan ketidak adilan , sesungguhnya mereka telah menelan api didalam perut perut mereka, dan akan disiksa didalam Neraka.
Jika
Tidak
Wasiat Yang Ditinggalkan.*
11. Allah mendekrikan supaya kamu berwasiat demi untuk kepentingan anak anak kamu; lelaki mendapat dua bahagian dari perempuan.* Jikalau pewarisnya kesemuanya perempuan, lebih dari dua orang, mereka akan mendapat dua-pertiga dari apa yang diwasiatkan. Jika hanya seorang anak perempuan yang ditinggalkan, dia akan mendapatkan satu-setengah. Ibu bapa ibu bapa simati akan mendapat satu-perenam dari wasiat itu bagi setiap seseorang, kalau simati ada meninggalkan anak anak. Jika dia tidak mempunyai anak anak, dan ibu bapa ibu bapa hanyalah pewaris, maka ibunya mendapat satu-pertiga. Jikalau dia mempunyai adik beradik, maka ibunya mendapat satu-perenam. Semuanya ini selepas memenuhi semua wasiat* yang simati tinggalkan, dan setelah membayarkan semua hutang piutang. Sememangnya berkenaan ibu bapa ibu bapa dan anak anak, kamu tidak tahu yang mana diantara mereka yang terbaik untuk kamu dan juga yang dapat memanfaatkan kamu. Ini adalah undang undang dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Hak Hak
Suami Dan Isteri
Berkenaan Pewarisan.
12. Kamu akan mendapat separuh dari apa yang isteri isteri kamu tinggalkan, jikalau mereka tidak mempunyai anak anak. Jikalau mereka mempunyai anak anak, kamu mendapat satu- perempat dari apa yang mereka tinggalkan. Kesemuanya ini setelah memenuhi wasiat yang mereka tinggalkan dan setelah membayar segala hutang piutangnya. Mereka mendapat satu-perempat dari apa yang kamu tinggalkan, jikalau kamu tidak mempunyai anak. Jikalau kamu mempunyai anak anak, mereka akan mendapat satu- perlapan dari apa yang kamu wariskan. Semuanya ini setelah dapat memenuhi segala wasiat yang kamu tinggalkan, dan setelah membayar segala hutang piutang. Jikalau simati itu lelaki ataupun perempuan yang bersendirian, dan meninggalkan dua adik beradik, lelaki ataupun perempuan, tiap tiap seorang dari mereka mendapat satu-perenam daripada wasiatnya. Jikalau dia mempunyai lebih ramai adik beradik, maka dibahagikan mereka sama rata satu-pertiga dari wasiat itu. Semuanya ini, selepas memenuhi kesemuanya wasiat, dan juga selepas membayar kesemua hutang, supaya tidak ada sesiapa yang akan dilukai. Ini adalah sebuah wasiat yang diperintahkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
Allah
Berhubung
Dengan Kita Melalui RasulNya.
13. Ini adalah hukum hukum Allah. Sesiapa yang ta’at kepada Allah dan rasulNya, Dia akan memasukkan mereka kedalam taman taman yang air sungai sungai yang mengalir, dimana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya. Ini adalah satu kemenangan yang besar.
14. Barang siapa yang mengingkari Allah dan rasulNya, serta melanggar perintah perintahNya, Dia akan memasukkan dia kedalam Neraka dimana mereka akan tinggal didalamnya buat selama lamanya. dia akan menerima siksaan yang amat menghinakan.
*4:11 Keseluruhannya anak lelaki memelihara ibu bapa mereka sedangkan wanita dipelihara oleh suami mereka. Walau bagaimana pun Quran telah menggalakkan didalam 2:180 harta warisan mestilah diserahkan mengikuti keadaan yang telah ditetapkan oleh simati. Sebagai contoh, jika anak lelaki itu kaya dan anak perempuannya miskin, seorang mungkin akan meninggalkan hartanya semua sekali kepada anak perempuannya, ataupun dua kali lebih banyak dari anak lelakinya.
Kesehatan Kuarantin.
15. Jika ada diantara perempuan perempuan kamu yang melakukan zina, mestilah kamu mengadakan empat orang saksi diantara kamu terhadap mereka, jika mereka benar benar bersedia untuk menjadi saksi, maka mestilah kamu tahan mereka didalam rumah rumah mereka sehingga mereka mati, ataupun sehingga Allah mengadakan jalan keluar untuk mereka.*
16. Pasangan yang melakukan zina mestilah dihukum.* Jika mereka bertaubat dan menjalani kehidupan yang bersih, kamu mestilah membiarkan mereka sendirian. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Bertaubat.
17. Allah menerima taubat seseoarang yang melakukan dosa kerana kejahilan kemudian segera bertaubat selepas itu. Maka Allah mengampunkan dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
18. Tidak akan diterima taubat seseorang yang melakukan dosa sampai kematian menemui mereka, lalu berkata, "Sekarang aku bertaubat." Tidak juga diterima taubat dari orang yang mati didalam keingkaran. Untuk mereka ini, kami akan siapkan mereka dengan siksaan yang pedih.
19. Wahai orang orang yang percaya, tidaklah halal untuk kamu mewarisi apa apa yang ditinggalkan oleh perempuan perempuan kamu tanpa kerelaan mereka. Tidak boleh kamu memaksa mereka memulangkan apa apa yang telah kamu berikan kepada mereka, melainkan jika terbukti yang mereka ada melakukan zina. Kamu mestilah melayan mereka dengan baik. Jika kamu tidak menyukai mereka, mungkin juga Allah telah menempatkan banyak kebaikan terhadap apa apa yang kamu tidak sukai itu.
Perlindungan
bagi
Perempuan Perempuan.
20. Jika kamu ingin mengahwini lagi untuk menggantikan tempat isteri kamu yang ada sekarang, dan kamu telah memberi mereka begitu banyaknya janganlah kamu mengambil kembali apa yang telah kamu berikan kepadanya. Patutkah kamu mengambil dengan tipu helah, cara niat yang tidak baik lagi berdosa?
21.Bagaimana mungkin kamu mengambil kembali setelah kamu menjalin hubungan yang mesra bersama, dan juga mereka telah mengambil dari kamu perjanjian yang serius?
Penghormatan Buat SiBapa.
22. Janganlah berkahwin dengan perempuan yang telah dikahwini oleh bapa bapa kamu sebelumnya – perkahwinan yang telah berlaku dikecualikan dan tidak boleh diceraikan – kerana itu satu kesalahan yang besar, dan juga perbuatan yang sangat keji.
Inses Diharamkan.
23. Diharamkan untuk kamu (mengahwini) adalah ibu ibu kamu, anak anak perempuan kamu , adik beradik perempuan kamu, adik beradik perempuan kepada bapa bapa kamu, adik beradik perempuan kepada ibu ibu kamu, anak anak perempuan abang kandung kamu, anak anak perempuan adik beradik perempuan kamu, ibu ibu yang menyusukan kamu, perempuan yang sesusu dengan kamu, ibu kepada isteri isteri kamu, anak anak perempuan isteri isteri kamu yang kamu telah setubuhi – jika perkahwinan itu masih belum terjejas dengan perhubungan sek, maka kamu bolehlah berkahwin dengan anak perempuannya. Juga diharamkan untuk kamu perempuan yang telah berkahwin dengan anak lelaki dari benih kamu. Kamu juga tidak boleh mengahwini kedua beradik dalam satu masa yang sama – tetapi jangan memutuskan perkahwinan perkahwinan yang sedia ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
*4:15 Seorang wanita yang disaksikan oleh empat orang kerana melakukan penzinaan didalam empat tempat yang berlainan dan empat orang lelaki yang berlainan mendatangkan bahaya kepada kesehatan manusia amnya. Wanita yang sedemikian telah didedahkan kepada kuman kuman, dan kesihatan akan terancam oleh kerana penyakit berjangkitan. Untuk menyelamatkan masyarakat dari quarantin wanita sedemikian, mestilah digalakkan untuk berkahwin- kerana perkahwinan sajalah akan dapat menahan wanita itu dari tercebur kepada aktiviti yang tidak sihat, lantas menyelamatkan dia dan masyarakat.
*4:16 Pendedahan melakukan kemaksia'tan yang berterang terangan adalah kepencangan yang terbesar, sebagaimana kita dapat melihat didalam ayat 5:38 dan 24:2.
Saling
Tertarik
Perlukan Mas Kahwin.
24. Diharamkan juga mengahwini perempuan perempuan yang telah bersuami, melainkan mereka meninggalkan suami mereka yang ingkar, yang berperang bersama kamu.* Ini adalah perintah Allah untuk kamu. Semua kategori yang lainnya adalah halal untuk kamu mengahwininya, asalkan kamu membayarkan mas kawin. Kamu mesti menunjukkan moral yang baik, dengan tidak melakukan zina. Lantas sesiapa yang kamu sukai, kamu mestilah membayar mas kahwin yang telah didekrikan bagi mereka. Kamu tidak melakukan kesalahan dengan bersepakat serta setuju untuk menyesuaikan mas kahwinnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
25. Sesiapa diantara kamu yang tidak berkemampuan untuk mengahwini perempuan yang percaya lagi merdeka, bolehlah mengahwini seorang hamba perempuan yang percaya. Allah amat mengetahui akan keimanan kamu, kamu adalah sama setaraf dalam kepercayaan apabila kamu sama sama menyerahkan diri diri kamu (kepada Allah). Kamu mestilah meminta keizinan dari penjaga mereka sebelum kamu mengahwini mereka, dan berilah mas kahwin mereka yang ditetapkan dengan seksama. Mereka mesti terus bermoral yang baik, dengan tidak melakukan zina, ataupun mengadakan perhubungan sulit. Apabila mereka merdeka setelah berkahwin, jika mereka melakukan zina, hukumannya adalah separuh dari perempuan yang merdeka.* Mengahwini hamba mestilah menjadi pilihan yang terakhir bagi sesiapa yang tidak dapat menunggu lagi. Bersabar itu lebih baik untuk kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
26. Allah berkehendakan untuk menjelaskan perkara perkara kepada kamu, dan membimbing kamu melalui keadaan yang dahulu, dan juga untuk membersihkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Rahmat Allah.
27. Allah berkeinginan untuk membersihkan kamu, sedangkan orang orang yang melayani nafsu nafsu mereka itu inginkan kamu berpesong dengan satu pesongan yang besar.
28. Allah ingin meringankan beban kamu, kerana manusia itu diciptakan lemah.
Larangan
Membunuh,
Bunuh Diri, dan Pendapatan Haram.
29. Wahai orang orang yang percaya, jangan sekali kali memakan harta sesama sendiri dengan cara yang haram – hanya pengurusan yang sepakat diizinkan. Jangan sekali kali kamu membunuh diri kamu. Kerana Allah amat Penyayang terhadap kamu.
30. Sesiapa yang melakukan kesalahan kesalahan ini dengan tipu helah lagi disengajakan, kami akan mengutuk dianya keNeraka. Amat mudah bagi Allah untuk melakukannya.
31. Jika kamu berhenti melakukan dosa dosa yang besar yang dilarang bagi kamu, kami akan mengampunkan dosa dosa kamu, dan kamu akan diterima masuk secara penerimaan yang penuh dengan kemuliaan.
Lelaki
dan Perempuan Dikurniakan
Sifat sifat Unik.
32. Kamu jangan sekali kali menginginkan sifat sifat yang dikurniakan setiap kamu dari Allah; lelaki menikmati sifat sifat yang ditentukan, dan perempuan juga menikmati sifat sifat yang ditentukan bagi mereka. Kamu bolehlah berdoa’ kepada Allah supaya dikurniakan berkatNya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Jangan
Menentang Hukum
Berkenaan Wasiat yang Telah
Di-Tetapkan oleh Allah.
33. Bagi setiap kamu, kami telah mengaturkan bahagian bahagian dari harta keturunan yang ditinggalkan oleh ibu bapa ibu bapa dan saudara saudara kamu. Begitu juga yang menjadi saudara dari perkahwinan, kamu mesti memberikan hak yang dibahagiankan untuk mereka. Sesungguhnya Allah amat Menyaksikan segala sesuatu.
*4:24 Jika wanita wanita yang percaya melarikan diri dari suami suami mereka yang ingkar yang mana mereka sedang berperang dengan orang orang yang percaya, mereka tidak perlulah menunggukan penceraian untuk berkahwin lagi. Lihat 60:10.
*4:25 Hukum ini membuktikan bahwa hukuman untuk penzina bukanlah dengan melempar batu sehingga mati yang mana telah diamalkan oleh muslim yang korup (lihat 24:2)
Jangan Memukul Isteri Kamu.
34. Lelaki dijadikan supaya bertanggung jawab keatas perempuan perempuan,** dan Allah mengurniakan mereka dengan beberapa kualiti, dan menjadikan mereka sebagai pencari nafkah. Perempuan yang percaya akan menerima peraturan ini dengan sukacita, kerana ini adalah dari perintah Allah, dan mereka menghargai suami suami mereka semasa ketiadaan mereka. Sekiranya kamu mendapati penentangan dari isteri isteri kamu, kamu mestilah berbicara dengannya dahulu, dan (kamu bolehlah gunakan isharat) meninggalkan mereka bersendirian ditempat tidur, kemudian kamu boleh (sebagai cara yang terakhir) memukul mereka. Jika mereka telah patuh kepada kamu, kamu tidak diizinkan untuk berkelakuan kasar terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Penimbangtaraan Di-Dalam Perkahwinan.
35. Jikalau pasangan itu khuatirkan perpisahan, kamu mestilah melantik seorang penimbangtara dari keluarga lelaki dan juga penimbangtara dari keluarga perempuan; jika mereka bersetuju untuk bersatu kembali, Allah akan menolong mereka untuk kembali bersama. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Memerhatikan.
Perintah Perintah Utama.
36. Kamu mestilah menyembah hanya kepada Allah sahaja - jangan sekali kali kamu menyekutukanNya dengan siapa jua pun. Kamu mesti mengambil perhatian berat terhadap kedua ibu bapa ibu bapa kamu, juga saudara saudara, anak anak yatim,orang orang miskin, jiran tetangga yang dikenali, jiran yang tidak dikenali, kumpulan yang dekat, orang orang yang dalam perjalanan dan juga orang orang gaji kamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang menyombongkan diri lagi suka bermegah megah.
37.Orang orang yang kikir, dan menganjurkan manusia supaya berlaku kikir,dan menyembunyikan rezeki yang Allah berikan kepada mereka dari kemurahan keluasanNya. Kami telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu siksaan yang amat menghinakan.
38. Mereka hanya memberikan wang didermakan hanya untuk bermegah megah, sementara mengingkari Allah dan juga Hari Akhirat. Jika seseorang itu menjadikan syaitan sebagai teman mereka, dia itulah teman yang paling buruk.
39. Kenapa mereka tidak mahu mempercayakan Allah dan Hari Akhirat, dan mendermakan dari segala rezeki yang Allah peruntukkan untuk mereka? Allah Amat Perihatin terhadap mereka.
Keadilan Tuhan.
40. Allah tidak pernah berbuat zalim walaupun seberat atom sekalipun. Sebaliknya Dia melipat gandakan kurniaNya bagi setiap kerja kerja baik, dan anugerah anugerah yang sangat besar.
41. Lantaran itu apabila datangnya suatu hari (Hari Perhitungan), Kami akan memanggil seorang saksi didalam setiap komuniti, dan engkau (rasul) akan dilantik untuk menjadi saksi diantara orang orang ini.
*4:34 Allah melarang memukul isteri melainkan dengan menggunakan psykologi yang terbaik untuk merapatkan perhubungan. Sebagai contoh, jika aku tidak suka untuk berbelanja ditempat X, aku akan menyuruhmu berbelanja ditempat Y, mungkin ditempat Z, dengan memberikan pilihan sebagai cara yang terakhir, itu adalah supaya dapat menjauhkan dia berbelanja ditempat yang tidak aku sukai. Begitu juga Allah memberikan cara yang baik untuk mengatasi situasi ini dari memukul isteri; berikan penjelasan kepadanya dahulu, lalu tunjukkan suatu yang tidak disenangi, atas tengkahnya dan berikan kefahaman yang sedemikian supaya tidak merenggangkan perhubungan. Ingatlah sesungguhnya thema surah ini adalah untuk membela hak wanita dan mengatasi dari segala cara penindasan terhadap wanita. Sebarang penterjemahan bagi surah ini mestilah menyebelahi wanita. Kerana thema surah ini adalah "perlindungan terhadap wanita."
**4:34 Cara begini hanyalah kerana Allah telah melantik suami sebagai "Captain kapal." Perkahwinan seumpama kapal, captain kapal menjalankan peraturan sesudah berunding dengan orang orang bawahannya. Isteri isteri yang percaya dengan rela hati menerima peraturan yang Allah telah berikan dengan tidak ada keraguan.
42.Pada hari itu, sesiapa yang ingkar dan tidak ta’at kepada rasul mereka, akan menginginkan supaya mereka disama ratakan dengan tanah; tidak ada suatu perkataan pun yang mereka boleh sembunyikan dari Allah.
Apa Apa
Yang Membatalkan
Air Sembahyang (Wudu’).
43. Wahai Orang orang yang percaya, janganlah mengerjakan sembahyang sekiranya kamu didalam keadaan mabuk, supaya kamu tahu apa yang kamu katakan. Dan juga selepas bersetubuh sebelum mandi, melainkan jika kamu ditengah jalan, atau dalam perjalanan; jikalau kamu sakit atau didalam perjalanan, ataupun membuang air kecil ataupun air besar dan juga pengumuhan (keluarnya angin dari perut), ataupun bersentuhan dengan wanita (lencongan sex), dan kamu tidak mendapatkan air, kamu mesti melakukan Tayammum (wudu’ kering) dengan menyentuh ketanah yang bersih lagi kering, kemudian sapulah kemuka muka kamu dan tangan tangan kamu dengannya. Sesunguhnya Allah Maha Pemaaf Lagi Maha Pengampun.
44. Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang menerima sebahagian dari kitab, dan bagaimana mereka memilih kesesatan, dan menginginkan supaya kamu pun dapat disesatkan dari kebenaran?
45. Allah Maha Mengetahui siapakah musuh musuh kamu yang sebenar. Allah sahajalah Tuhan dan Tuan kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Pembela.
46. Diantara orang orang Yahudi, ada setengahnya yang menukar kalimah kalimah jauh dari kebenaran, dan mereka berkata, "Kami dengar, tetapi kami menentang," dan "Kata kata kamu jatuh kepada telinga telinga yang tidak mahu mendengarkan," dan "Raa’na* (jadi pengembala kambing kami)," mereka sengaja berdolak dalek untuk mempermainkan agama. Jika mereka berkata, "Kami dengar dan kami ta’at." Dan "Kami dengar kamu," dan "Unzurna (perhatikan kami)," itu adalah lebih baik untuk mereka, dan lebih benar. Sebaliknya, mereka akan mendapat kutukkan dari Allah kerana keingkaran mereka. Bagaimanapun kebanyakkan dari mereka tidak akan percaya.
47. Wahai Orang orang yang menerima kitab, kamu mestilah percaya apa yang kami telah turunkan didalam ini, mengesahkan apa yang kamu punyai, sebelum kami melenyapkan sesetengah muka muka sebagai buangan, ataupun mengutuk mereka sebagimana orang orang yang mencemarkan hari Sabat itu yang telah dikutuk. Perintah Allah telah pun selesai.
Dosa Yang Tidak Dapat Di-Ampunkan.
48. Allah tidak akan mengampuni perbuatan yang menyekutukan Dia,* tetapi dia mengampunkan kesalahan kecil daripada sesiapa jua dengan kehendakNya.Sesiapa yang menyekutukan Allah, telah membuat penipuan dengan kesalahan yang paling dahsyat
49. Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang sanjung diri diri mereka sendiri? Sebaliknya, Allah sahajalah yang meninggikan taraf seseorang itu bagi sesiapa jua yang dikehendakiNya, dengan tidak ada sedikitpun ketidak adilan.
50. Lihatlah bagaimana mereka mengadakan pembohongan pembohongan terhadap Allah; Betapa besarnya kesalahan ini!
51. Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang menerima sebahagian daripada kitab, dan bagaimana mereka mempercayai kepada penyekutuan terhadap Tuhan dan menerima doktrin palsu, sambil berkata, "Orang orang yang ingkar itu lebih baik bimbingannya dari orang orang yang percaya?!"
52. Mereka itulah yang mendapat kutukkan dari Allah, dan barangsiapa yang dikutuk oleh Allah, kamu tidak akan mendapatkan sesiapa pun sebagai penolong.
53. Adakah mereka memiliki sebahagian kedaulatanNya? Jika mereka mempunyai
bahagian yang sedemikian, mereka tidak akan memberikan kepada manusia melebihi
dari sebiji.
*4:46 Perkataan "Raa'ena" telah diputarbelitkan oleh orang orang yang berbahasa Hebru supaya berbunyi seperti perkataan yang tidak baik. Lihat 2:104
*4:48 Menyekutukan Allah tidak akan mendapat pengampunan, jika diamalkan hingga kemati. Seorang itu bolehlah bertaubat dari segala dosa termasuk penyekutuan terhadap Allah, sebelum kematian menjemput mereka (lihat 4:18 & 40:66)
54. Adakah mereka merasa iri hati terhadap orang orang yang Allah telah mencucuri kurniaNya kepada mereka? Kami telah berikan kepada keluarga Ibrahim kitab dan kebijaksanaan (hikmah); kami anugerahkan kepada mereka dengan kekuasaan yang besar.
55. Sesetengah dari mereka yang percaya dengannya, dan ada juga yang mengingkarinya; Hanya Neraka sahajalah pembalasan yang paling adil untuk mereka.
Kiasan Tentang Neraka.
56. Tentu sekali, sesiapa yang ingkar dengan revelasi revelasi kami, kami akan campakkan mereka kedalam api Neraka. Setiap kali kulit kulit mereka terbakar, kami akan menggantikannya dengan kulit kulit yang baru. Lantas, mereka akan menerima penderitaan yang berterusan. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
57. Bagi sesiapa yang percaya dan menjalani kehidupan yang lurus, kami akan memasukkan mereka kedalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir; mereka akan tinggal didalamnya untuk selama lamanya. Mereka akan diberikan pasangan (suami isteri) yang suci didalamnya. Kami akan berikan kenikmatan dengan tempat yang teduh.
Amalkan Kejujuran Dan Keadilan.
58. Allah perintahkan kamu supaya memulangkan segala apa yang manusia amanahkan kepada kamu, Jika kamu mengadili diantara manusia, maka adilkanlah dengan saksama. Itulah sebaik baik pengajaran yang Allah anjurkan kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
59. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah ta’at kepada Allah, dan mestilah ta’at kepada rasul, dan mereka yang berkuasa diantara kamu. Jikalau kamu berselisihan dengan sesuatu perkara, mestilah kamu rujuk kepada Allah dan rasul, jika benar benar kamu percaya kepada Allah dan Hari Akhirat. Ini adalah lebih baik buat kamu, dan juga akan memberikan kamu penyelesaian yang terbaik.
Orang
Orang Percaya
Ataupun Hypokrit?
60. Sudahkah kamu perhatikan mereka yang mengaku bahwa mereka percaya apa yang telah disampaikan kepada kamu, dan juga apa yang telah disampaikan sebelum kamu, dan mereka mengamalkan undang undang yang tidak adil yang disampaikan oleh orang orang yang mereka puja pujakan? Mereka telah diperintahkan supaya menolak perundangan yang sedemikian. Itu adalah keinginan syaitan untuk membawa mereka, supaya jauh tersesat.
61. Apabila dikatakan kepada mereka, "Datanglah kepada apa yang diberikan oleh Allah, dan kepada rasulNya," kamu akan melihat orang orang hypokrit itu langsung mengelakkan diri diri mereka daripada kamu.
62. Bagaimana agaknya sekiranya bencana mengenai mereka, akibat dari perbuatan perbuatan mereka sendiri? Mereka akan datang kepada kamu dan bersumpah dengan Allah: "Niat kami adalah baik dan benar.!"
63. Allah Maha Mengetahui apa apa yang tersirat didalam niat niat mereka. Dan membiarkan mereka, jelaskan kepada mereka dan juga berikan mereka nasihat yang baik supaya dengan demikian roh roh mereka dapat diselamatkan.
Penyerahan
Tanpa Syak :
Orang Orang Yang Benar Benar Percaya.
64. Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan untuk dipatuhi dengan mengikut kehendak Allah. Sekiranya mereka mencemari roh roh mereka, datang kepada kamu untuk meminta pengampunan dari Allah, dan rasul juga mendoa’kan bagi pengampunan mereka, maka mereka akan dapati yang Allah itu Maha Penyelamat lagi Maha Penyayang.
65. Tidak pernah, demi Tuhan; yang mereka itu bukanlah dari orang orang yang percaya melainkan jika mereka datang kepada kamu untuk mendapatkan pengadilan berkenaan perselisihan perselisihan mereka, dan tidak ada keberatan sedikitpun dihati mereka untuk menerima pertimbangan darimu. Mereka mestilah menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuh penuh penyerahan (kepada Allah).
Ujian
Allah Tidak
Pernah Yang Tidak Munasabah.
66. Sekiranya kami mendekrikan kepada mereka: "Kamu mesti serahkan nyawa nyawa kamu," ataupun "Tinggalkan rumah rumah kamu,"mereka tidak akan mahu melakukannya, melainkan hanya sedikit dari mereka, (Walaupun sekiranya perintah serupa itu diluluskan), jika mereka melakukan apa yang diperintahkan untuk mereka, maka itu adalah lebih baik buat mereka, maka dengan demikian akan membuktikan kekuatan iman mereka.
67. Dan akan kami kurnikan kepada mereka suatu ganjaran yang besar.
68. Dan kami akan membimbing mereka kejalan yang benar.
Persamaan
Bagi
Orang Orang Yang Percaya.
69. Sesiapa yang ta’at kepada Allah dan rasul tergolong kepada orang orang yang mendapat rahmat dari Allah – para nabi, orang orang yang benar, para syahid, dan juga orang orang yang salih. Inilah teman teman yang terbaik.
70. Demikianlah rahmat dari Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
71. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah sentiasa berwaspada, dan bersiap sedia dengan bersendirian ataupun bersiap sedia kesemuanya.
72. Tentunya, ada diantara kamu yang cuba melangkah tanpa kesungguhan, dan jika kekalahan menimpa kamu, mereka akan berkata, " Allah telah berkati aku sebab itu aku tidak mati syahid bersama mereka."
73. Tetapi jika kamu mendapat rahmat dari Allah, mereka akan berkata, seolah olah diantara kamu dengan dia tidak pernah wujudnya persahabatan, "Ingin sekali aku bersama mereka, tentu sekali aku akan mendapatkan bahagian dari kemenangan yang besar ini."
74. Sesiapa yang bersiap sedia untuk berjuang dijalan Allah dialah orang orang yang meninggalkan dunia ini untuk kepentingan Akhirat. Sesiapa sahaja yang berjuang dijalan Allah, dan terbunuh, atau pun mendapat kejayaan, kami tentu sekali akan memberikannya ganjaran yang besar.
Orang Orang Yang Percaya
Tidak Pernah Merasa Takut.
75. Mengapa pula tidak kamu berjuang dijalan Allah, apabila laki laki yang tidak berdaya, perempuan perempuan, dan juga kanak kanak kesemuanya menyerukan: "Wahai! Tuhan kami, keluarkanlah kami dari komuniti ini dimana orang orangnya adalah penindas, dan Engkaulah Tuhan dan Tuan kami."
76. Orang orang yang percaya berjuang dijalan Allah, sementara orang orang yang ingkar berjuang untuk menunjukkan kekejaman mereka. Dari itu kamu mesti menentang sekutu sekutu syaitan; sesungguhnya syaitan tidak mempunyai kekuasaan walau sedikit pun.
77. Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang diberitahu, "Kamu tidak perlu berperang; apa yang kamu perlukan hanyalah Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma (Zakat)," dan, apabila peperangan telah didekrikan untuk mereka, mereka takuti manusia sama seperti mereka takutkan Allah, ataupun lebih daripada itu? Mereka berkata, "Tuhan kami, kenapa mesti Engkau memaksakan peperangan untuk kami? Jika boleh Engkau tangguhkan untuk seketika!" Katakan, "Segala kebendaan yang ada didunia ini adalah tidak mempunyai nilainya, sementara Hari Akhirat adalah lebih baik lagi untuk orang orang yang benar, dan kamu tidak akan menderita sebarang kezaliman walau sedikit pun.
Tuhan
Yang
Melaksanakan Segala Galanya.*
78. Dimana sahaja kamu berada, kematian akan sentiasa mendapatkan kamu,walaupun kamu tinggal diistana istana yang tersergam. Apabila sesuatu kebaikan berlaku kepada mereka, mereka berkata, "Ini semua dari Allah," tetapi apabila sesuatu kesusahan menimpa mereka, mereka akan salahkan kamu. Katakan, "Segala galanya datang dari Allah." Kenapakah manusia ini tidak memahami hampir kesemuanya?
Tidak Ada
Kesusahan
Yang Datangnya Dari Allah.
79. Segala kebaikan yang mendatangi kamu adalah dari Allah, dan segala kesusahan yang kamu alami adalah dari perbuatan kamu sendiri. Kami telah mengutuskan kepada kamu rasul untuk manusia,* dan cukuplah Allah sebagai saksi.
80. Sesiapa sahaja yang menta’ati rasul, telah menta’ati Allah. Bagi sesiapa yang berpaling, kami tidaklah mengutuskan engkau untuk menjadi penjaga mereka.
81. Mereka berikrar untuk mematuhi kamu, tetapi selepas sahaja mereka meninggalkan kamu, ada diantara mereka yang menyimpankan perasaan yang bertentangan dengan apa yang telah mereka katakan. Allah mencatatkan segala rancangan yang disembunyikan. Kamu mesti biarkan mereka, dan letakkan kepercayaan kamu kepada Allah semata mata. Sesungguhnya cukuplah Allah sahaja sebagai Pembela.
Bukti
Yang
Menunjukkan
Pengarang Aadalah Tuhan.
82. Kenapa tidak mereka mempelajari Quran ini dengan berhati hati? Jika ini datangnya selain dari Allah, mereka tentu sekali akan mendapati banyak percanggahan didalamnya.*
Berwaspada
Dengan Khabar Angin Syaitan.
83. Bila khabar angin yang berkaitan dengan keselamatam datang kepada mereka, lalu dihebahkannya kepada semua, jikalau mereka merujukkannya kepada rasul, dan juga kepada sesiapa yang berkuasa diantara mereka, mereka yang memahami perkara perkara ini mestilah menjelaskan kepada mereka. Jika tidak kerana kurnia Allah kepada kamu, dan juga belas kasihNya kepada kamu semua, maka kamu semua pasti akan mengikuti syaitan, melainkan hanya sebilangan dari kamu.
84. Kamu mestilah berjuang kejalan Allah; kamu hanya bertanggungjawab terhadap rohmu sendiri, dan nasihatilah semua orang orang yang percaya melakukan sedemikian. Allah akan meneutralkan kekuatan orang orang yang ingkar. Sesungguhnya Allah lebih banyak lagi kekuatan, dan sungguh lebih lagi cekap.
Tanggungjawab.
85. Barang siapa yang menjadi perantaraan dengan melakukan kebaikan tetap menerima ganjaran dengannya, tetapi bagi sesiapa yang menjadi perantaraan dengan melakukan kejahatan, akan mendapat bahagian dengannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa akan segala sesuatu.
Kamu Mesti Berbudi Bahasa.
86. Apabila kamu bertegur sapa, gunakanlah cara sapaan yang lebih baik ataupun yang serupa dengan cara yang kamu terima. Sesungguhnya Allah Maha Penghitung bagi segala sesuatu.
87. Allah: tidak ada tuhan selain Dia. Dia tentu sekali akan memanggil kamu semua pada Hari Kebangkitan – hari yang tidak dapat dielakkan lagi. Siapakah yang lebih benar ceritanya selain dari Allah?
*4:78 Benda benda yang tidak baik adalah dari perbuatan sendiri (42:30, 64:11), walaupun Allah yang menciptakan segala cara pembalasannya (8:17). Allah menciptakan api untuk memberikan servis kepada kamu, kamulah yang mesti menggunakannya dengan bijak, jika kamu meletakkan jejari kamu kedalamnya, itu akan menyakitkan kamu sendiri. Itu adalah undang undang Allah jika kamu memasukkan jari jari kamu kedalam api, kamu akan menanggung kesakitannya,
*4:79 Muhammad telah tidak diberikan sebarang bukti bagi kenabiannya. Lantas, penyataan "Allah cukuplah sebagai saksi" (29:51-52). Nilai gematrikal bagi "Muhammad" adalah 92, dan 92+79=171=19x9.
*4:82 Walaupun Quran telah diturunkan pada zaman jahiliah, kamu tidak akan mendapatkan kesia siaan didalamnya; satu lagi bukti yang menunjukkan pengarang yang suci (lihat Pendahuluan dan Appendik Satu).
Bagaimana
Untuk
Berurusan Dengan Hypokrit.
88. Mengapa mesti kamu membahagikan diri diri kamu kepada dua kumpulan berkenaan dengan orang orang hypokrit (diantara kamu)? Hanya Allah sahaja yang mengutuk mereka kerana tengkah laku mereka sendiri. Adakah kamu ingin membimbing orang orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah. Sesiapa yang Allah membiarkan mereka didalam kesesatan, kamu tidak akan dapat jalan untuk membimbing mereka.
89. Mereka menginginkan supaya kamu ingkar sebagaimana mereka telah mengingkarinya, dan menjadikan kamu semacam mereka. Jangan sekali kali kamu berangggapan yang mereka itu kawan kawan kamu, melainkan jika mereka sama sama berjuang dijalan Allah. Jikalau mereka menentang kamu, kamu mesti melawan mereka, dan kamu bolehlah bunuh mereka jika kamu berhadapan dengan mereka didalam peperangan. Jangan sekali kali kamu menerima mereka sebagai kawan, ataupun menjalin pihak berikatan dengan mereka.*
90. Dikecualikan hanyalah mereka yang bergabung dengan orang orang yang membuat perjanjian untuk berdamai dengan kamu, dan mereka yang datang dengan tidak ada keinginan untuk menentang kamu, begitu juga terhadap saudara mereka. Dengan keizinan Allah, Dia boleh membiarkan mereka berperang dengan kamu, dari itu jika mereka tidak mengganggu kamu, dan juga mengelakkan berperang dengan kamu, dengan menganjurkan kedamaian, maka Allah tidak memberikan kebenaran untuk kamu menyerang mereka.
91. Kamu akan mendapati yang lainnya berkeinginan untuk mengadakan perdamaian dengan kamu, dan juga dengan orang orang mereka. Tetapi apabila sahaja peperangan tercetus, mereka akan kembali untuk memerangi kamu. Melainkan jika mereka membiarkan kamu sendirian, dan menganjurkan perdamaian, dan berhenti dari melawan kamu. Jika mereka cuba menyerang kamu selepas itu maka bolehlah kamu menentang mereka bila mana kamu bertentangan dengan mereka. Terhadap mereka, kami telah memberikan kebenaran yang nyata.
Jangan Kamu Membunuh.
92. Jangan sekali kali orang orang yang percaya membunuh orang yang sefahaman dengan mereka, melainkan dengan tidak disengajakan. Jika seorang membunuh orang yang percaya dengan tidak disengajakan, maka dia mestilah menggantikannya dengan membebaskan seorang hamba yang percaya, dan membayarkan ganti rugi kepada keluarga simati, melainkan jika mereka merelakannya sebagai dermaan . Jikalau mangsa tu adalah dari orang yang berperang bersama sama kamu, dan dia juga seorang yang percaya, kamu juga mesti membayar ganti ruginya dengan membebaskan seorang hamba yang percaya juga. Jikalau mangsa itu dari kalangan orang orang yang kamu telah menanda tangani untuk mengadakan perdamaian, kamu mesti membayarkan ganti rugi serta ditambahkan untuk membebaskan seorang hamba yang percaya. Kalau sekiranya kamu tidak dapati* seorang hamba untuk dibebaskan, maka kamu mestilah membayarkannya dengan berpuasa dua bulan berturut turut, untuk kamu mendapatkan pengampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Kesalahan
Yang
Tidak Dapat Di-Ampunkan.
93. Sesiapa yang membunuh orang yang percaya dengan disengajakan, maka hukuman untuknya adalah Neraka, dimana situlah tempat tinggalnya yang berkekalan untuk selama lamanya, Allah amat memurkainya dan mengutuknya, dan telah disiapkan untuknya siksaan yang amat mengerunkan.
94. Wahai orang orang yang percaya, jika kamu telah berazam untuk berjuang dijalan Allah, kamu mestilah benar benar yakin. Jangan kamu mengatakan kepada orang yang menawarkan perdamaian, "Kamu bukan dari orang orang yang percaya," untuk mendapatkan rampasan perang didunia ini. Kerana Allah sahaja yang mempunyai segala harta dengan tidak terhad. Ingatlah yang kamu pernah berkelakuan seperti mereka, dan Allah telah merahmati kamu. Dari itu kamu mestilah benar benar yakin (sebelum kamu menyerang). Sesungguhnya Allah Maha Memerhatikan apa apa yang kamu lakukan.
*4:89 Asas undang undang untuk menguasai semua peperangan tercatit didalam 60:8-9.
*4:92 Apabila perhambaan tidak lagi wujud, pesalah telah dikenakan supaya berpuasa selama dua bulan berturut turut.
Darjat
Yang Tinggi
Untuk Para Pejuang.
95. Tidaklah sama bagi orang orang yang menetap disatu tempat diantara orang orang yang percaya yang tidak cacat, dan orang orang yang berjuang untuk Allah dengan harta dan nyawa mereka. Allah meninggikan mertabat mereka yang berjuang dengan harta dan nyawa mereka lebih lagi dari orang orang yang tinggal dibelakang. Bagi kedua dua kategori ini, Allah menjanjikan keselamatan untuk mereka, tetapi Allah akan memuliakan pejuang pejuang daripada orang orang yang tinggal dibelakang dengan ganjaran yang besar.
96. Ketinggian darjat datangnya daripada Dia (Allah), begitu juga dengan pengampunan dan belas kasih. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sikap
Tidak Ambil
Peduli Di-Kutuk.
97. Sesiapa yang nyawanya telah diambil oleh para malaikat, dalam keadaan yang menzalimi roh roh mereka, para malaikat akan menanyakan kepada mereka, "Kenapa dengan kamu?" Mereka akan berkata, "Kami telah ditindas dimuka bumi ini." Mereka akan berkata, "Adakah bumi Allah ini tidak cukup luas bagi kamu untuk berhijrah ketempat lain?" Kerana itu, perjalanan akhir untuk mereka adalah Neraka, dan destini yang mengazabkan.
98. Dikecualikan adalah bagi lelaki lelaki yang lemah, perempuan perempuan dan anak anak yang tidak mempunyai tenaga, dan juga kekuatan untuk mencari jalan keluar.
99. Mereka ini mungkin akan mendapat pengampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf.
100. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari keredhaan Allah akan mendapati dibumi ini mempunyai rezeki dan kekayaan yang amat besar. Sesiapa yang meninggalkan rumahnya, demi ingin bersama Allah dan rasulNya, lantas kematian menemuinya, ganjarannya telah disediakan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
101. Apabila kamu didalam perjalanan ketika peperangan, kamu tidak mendapati kesalahan dengan memendikkan Sembahyang (Salat), jika kamu takut orang orang yang ingkar akan menyerang kamu. Tentu sekali orang orang yang ingkar itu adalah musuh musuh kamu yang nyata.
Langkah
Berjaga Jaga
Dalam Peperangan.
102. Apabila kamu berada bersama sama mereka, dan hendak Mengerjakan Sembahyang (Salat) , biarlah sebilangan dari kamu berdiri untuk berjaga; dengan memegang senjata senjata mereka, benarkan mereka berdiri dibelakang kamu sedang kamu sujud. Ketika itu, benarkan pula kumpulan lain yang belum Mengerjakan Sembahyang (Salat) mengambil tempat untuk bersembahyang bersama kamu, sementara yang lainnya berdiri berjaga sambil memegang senjata senjata mereka. Orang orang yang ingkar itu berkeinginan sangat supaya kamu leka dari mengawal senjata senjata dan pelengkapan kamu, dengan demikian dapat mereka menyerang kamu habis habisan. Tidak menjadi kesalahan untuk kamu meletakkan segala senjata kamu kerana dihalangi oleh hujan ataupun mengalami kelukaan, asalkan kamu sentiasa berjaga jaga. Allah telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu penghinaan yang amat besar sebagai hukuman.
Sembahyang.
103. Setelah tamat kamu Mengerjakan Sembahyang (Salat), kamu mestilah mengingati Allah semasa berdiri, duduk ataupun berbaring.* Apabila peperangan sudah tamat, kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat); Mengerjakan Sembahyang itu telah didekrikan untuk orang orang yang percaya pada waktu waktu yang telah ditetapkan.
*4:103 Tuhan kamu adalah siapa dan apa yang menguasai minda minda kamu sepanjang hari. Untuk mendapatkan tempat dekat kepada Allah, dan menikmati kurnia dan perlindunganNya, Quran menyuruh kita supaya mengingati Allah "sentiasa" (2:152 & 200, 3:191, 33:41-42). Fakta yang nyata menerangkan bermacam macam ayat ayat menunjukkan "kebanyakan" dari orang orang yang percaya kepada Allah akan berakhir diNeraka (12:106, 23:84-89, 29:61-63, 31:25, 39:38, 43:87) Lihat kaki nota 3:191 dan Appendik 27.
104. Jangan merasa teragak agak bila sahaja kamu mengejar musuh kamu. Jika kamu merasakan kesakitan, mereka juga akan merasainya serupa. Walaupun demikian, kamu berharapan kepada Allah sedangkan mereka tidak pernah mengharapkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
105. Kami telah turunkan kepada kamu kitab, dengan sebenarnya, supaya dapat kamu menghakimi manusia dengan mengikuti apa yang Allah telah tunjukkan kepada kamu. Kamu tidak semestinya menyebelahi pengkhianat.
106. Kamu mestilah memohonkan pengampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Jangan
Melindungi
Penyalah Hukum.
107. Janganlah kamu membela orang orang yang telah menzalimi roh roh mereka; Allah tidak cinta kepada pengkhianat pengkhianat dan yang bersalah.
108. Mereka cuba bersembunyi dari manusia, dan tidak peduli untuk bersembunyi dari Allah, sedangkan Dia ada bersama sama mereka apabila mereka menyimpan idea idea yang tidak disukaiNya. Sesungguhnya Allah Amat Menyedari segala apa yang mereka lakukan.
Kamu
Tidak Menolong
Mereka dengan Berbuat "Baik"
109. Sekarang kamu bertengkar untuk menyebelahi mereka didunia ini; siapakah yang dapat bertengkar dengan Allah untuk membela mereka diHari Kebangkitan kelak? Siapakah yang akan menjadi pembela untuk mereka?
110 Sesiapa yang berbuat dosa, ataupun menzalimi roh roh mereka, dan memohon pengampunan dari Allah, akan mendapati yang Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
111. Sesiapa yang berbuat dosa, dan segala dosa yang dilakukan itu akan menjejaskan rohnya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
112. Sesiapa yang berbuat dosa dan menuduh orang yang tidak bersalah, maka dianya telah menjadi kufur dan melakukan dosa yang besar.
113. Jika tidak kerana kurnia Allah terhadap kamu, juga dengan belas kasihNya, ada diantara mereka telah dapat menyesatkan kamu. Tetapi Mereka hanya menyesatkan diri diri mereka sendiri, dan mereka tidak akan dapat menyakiti kamu walau sedikitpun. Allah telah turunkan kepada kamu kitab dan kebijaksanaan, dan Dia telah mengajarkan kamu apa apa yang tidak kamu ketahui. Sesungguhnya rahmat dari Allah kepada kamu amatlah besar.
114. Tidak ada suatu yang baik dengan rahsia perbincangan mereka, melainkan jika mereka mencadangkan supaya memberikan pendermaan, dan mengamalkan kebaikan, ataupun menganjurkan perdamaian diantara manusia. Sesiapa yang melakukan kesemuanya ini dengan mengikut ajaran dari Allah, kami akan berikan mereka ganjaran yang besar.
115. Dan bagi dia yang menentang rasul, selepas petunjuk yang telah ditunjukkan kepadanya, dan mengikut lain dari orang orang yang percaya, kami akan tunjukkan arah yang dia sendiri memilihnya, dan memasukkannya keNeraka. Betapa azab destininya!
Dosa Yang Tidak Terampun.
116. Allah tidak akan mengampunkan penyekutuan terhadapNya (jika diamalkan sampai kemati),* dan Dia akan mengampuni yang lain dari itu dengan kehendakNya. Sesiapa yang menyekutukan dengan apa pujaan sekalipun disisi Allah telah tersesat jauh.
117. Bukan saja mereka menyembah tuhan tuhan perempuan disisi Allah; tetapi hakikatnya mereka hanyalah menyembah syaitan yang zalim.
118. Allah telah mengutuknya, dan dia berkata, "Tentu sekali akan aku campurkan bahagianku kepada penyembahmu.*
*4:116 Penyekutuan yang mudah dikenali : Mempercayai sebarang disamping Allah yang dapat menolong kamu.
*4:118 Kebanyakan orang orang yang percaya kepada Allah jatuh kepada menyekutukan (12:106).
119. "Aku akan sesatkan mereka, akan aku tarik mereka semua, dan memerintahkan mereka supaya (melarang memakan sesetengah daging dengan) menandakan sesuatu ditelinga telinga binatang ternakan mereka, dan akan aku perintahkan mereka supaya mengganggu ciptaan Allah." Sesiapa yang menerima syaitan sebagai Tuhan mereka, selain Allah, telah mendapatkan kerugian yang mendalam.
120. Dia yang menjanjikan mereka dan memujuk mereka; apa yang dijanjikan oleh syaitan itu hanyalah illusi.
121. Kerana itu mereka telah mendapat azab Neraka sebagai tempat penginapan yang terakhir, dan mereka tidak akan dapat keluar daripadanya.
122. Dan bagi orang orang yang percaya dan mengamalkan kehidupan yang lurus, kami akan memasukkan mereka didalam taman taman yang mempunyai air sungai sungai yang mengalir, disana mereka akan tinggal berkekalan untuk selama lamanya. Itulah perjanjian yang benar dari Allah. Perkataan siapa lagi yang benar selain dari Allah?
Undang Undang.
123. Ini bukannya mengikut kehendak kamu, atau kehendak ahli kitab; sesiapa yang mengikuti syaitan akan menerima balasan, dan tidak akan ada penolong bagi membantunya untuk menentang Allah.
124. Dan bagi sesiapa yang mengikuti jalan yang benar, baik lelaki ataupun perempuan, sementara mempercayakannya, mereka akan dimasukkan kedalam Syurga; dengan tidak sedikitpun ketidak adilan.
Ibrahim:
Rasul Islam Yang Original.*
125. Siapalah yang lebih baik dari mendapat petunjuk dengan agamanya melainkan orang orang yang menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuhnya kepada Allah, dan menjalinkan kehidupan yang benar, mengikut fahaman Ibrahim: monoteistik (sepenuh penuh penyerahan) Allah telah memilih Ibrahim sebagai kekasihNya.
126. Kepunyaan Allah segala gala yang ada disekelian cekrawala dan dibumi. Allah sahajalah yang menguasai segala sesuatu.
127. Mereka berunding dengan kamu mengenai perempuan perempuan: katakan, Allah memberikan penunjuk kepada kamu berkenaan mereka, sebagaimana telah dibacakan kepada kamu didalam kitab. Kamu mesti kembalikan hak perempuan perempuan yang yatim yang kamu telah menipu hak mereka berkenaan mas kahwin apabila kamu ingin mengahwini mereka: Kamu tidak boleh mengambil kesempatan terhadap mereka. Hak bagi anak lelaki yang yatim pun perlu juga dipeliharakan. Kamu mestilah melayan mereka dengan baik. Segala kebaikan yang kamu lakukan, Allah amat perihatin terhadapnya.
Penceraian Tidak Di-Galakkan.
128. Jika isteri dapat merasakan yang mereka ditindas ataupun ditinggalkan oleh suami mereka, pasangan ini mestilah cuba mencari penyelesaian dengan berbincang mengenai perbezaan diantara mereka, menjalinkan perdamaian adalah lebih baik untuk mereka. Mementingkan diri sendiri itu adalah sifat manusia, jika kamu berbuat baik dan menjalani kehidupan yang benar, sesungguhnya, Allah Amat Memerhatikan segala apa yang kamu lakukan.
Polygami Tidak Di-Galakkan.
129. Kamu tidak akan dapat berlaku adil apabila berurusan dengan lebih daripada seorang, walau bagaimana cara sekalipun yang kamu usahakan. Dari itu jangan kamu berlaku ketidak adilan dengan meninggalkan satu diantara mereka tergantung (dengan tidak dapat menikmati perkahwinan, dan juga tidak ada jalan untuk berkahwin dengan orang lain). Jika kamu membetulkan keadaan ini dan menjalani kehidupan yang lurus, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
130. Jika pasangan itu telah mengambil keputusan untuk berpisah, Allah
akan mengurniakan setiap mereka dengan kemurahanNya. Sesungguhnya Allah Maha
Pemurah lagi Maha Bijaksana.
*4:125 Semua rasul daripada Adam telah mengajarkan satu dan agama yang sama. Ibrahim adalah rasul yang original kefahamannya dan yang menamakan "Islam" (22:78 Appendik 26). "Islam" bukanlah nama bahkan untuk menekankan maknanya "Penyerahan diri kepada Allah dengan sepenuhnya."
*4:129 Lihat Appendik 30, bertajuk "Polygami."
131. Kepunyaan Allah segala yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, kami telah menyuruhkan mereka yang menerima kitab sebelum kamu, dan kami juga telah menyuruh kamu, kamu mestilah memuliakan Allah. Jika kamu ingkar, hanya kepunyaan Allah sahajalah segala gala yang ada disekelian cekrawala dan dibumi. Allah tidak memerlukan, Maha Terpuji.
132. Kepunyaa Allah segala gala yang ada disekelian cekrawala dan dibumi , dan hanyalah Allah sahajalah yang Maha Pelindung.
133. Jika Dia kehendaki, Dia boleh menghapuskan kamu semua, wahai! manusia, dan menggantikannya dengan yang lain untuk mengambil alih tempat kamu. Allah tentu sekali berkebolehan untuk melakukan ini semua.
134. Jika sesiapa yang ingin mencari kekayaan didunia ini mestilah ketahui yang Allah mempunyai kedua dua kebendaan didunia dan diAkhirat. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Janganlah
Menjadi Saksi Palsu.
135. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah benar benar berlaku adil dan memuliakan Allah, apabila kamu berdiri sebagai saksi, walaupun berkenaan diri kamu sendiri, atau ibu bapa ibu bapa dan keluarga kamu. Sama ada yang dituduh itu orang kaya atau miskin, Allah yang memeliharakan mereka berdua. Dari itu jangan sekali jadikan diri kamu itu melakukan ketidak adilan lantaran dengan keinginan sendiri. Jika kamu menyimpang ataupun berpaling (perintah ini), dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Memerhatikan segala apa yang kamu lakukan.
136. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah mempercayai Allah dan rasul, dan kitab yang Dia telah turunkan melalui rasulNya, dan juga kitab yang telah diturunkan sebelumnya. Dari itu sesiapa yang mengingkari Allah, para malaikatNya, kitab kitabNya dan para rasulNya, dan Hari Penghabisan, mereka telah tersesat jauh.
137. Tentu sekali siapa yang percaya, dan mengingkarinya lalu mempercayainya kembali, setelah itu mengingkarinya semula dan jatuh didalam keingkaran yang mendalam, Allah tidak akan mengampuni mereka. Dan tidak akan dapat bimbingan dariNya sama sekali.
138. Beritahukanlah kepada orang orang hypokrit yang mereka itu telah mendapat azab yang pedih.
139. Mereka itulah orang orangnya yang bersepakat dengan orang orang yang ingkar selain dari orang orang yang percaya. Adakah mereka mencari kemulian bersama mereka? Segala kemulian hanyalah kepunyaan Allah sahaja.
140. Dia telah memerintahkan didalam kitab yang: jika kamu mendengar revelasi revelasi Allah diperolok olokan dan, juga dipercemuhkan, kamu jangan sekali duduk bersama mereka, melainkan jika mereka beralih kepada perkara yang lainnya. Jika tidak, kamu juga bersalah seperti mereka. Allah akan kumpulkan orang orang hypokrit dan orang orang yang ingkar itu kedalam Neraka.
Hypokrit.
141. Mereka memerhatikan kamu dan menunggu: jika kamu mendapat kemenangan dari Allah, mereka berkata (kepada kamu), "tidakkah kami bersama kamu?" Tetapi jika orang orang ingkar mendapatkan yang serupa, mereka berkata (kepada orang yang ingkar), "Tidakkah kami menyebelahi kamu, dan melindungi kamu dari orang orang yang percaya?"Allah akan menghakimi diantara kamu pada Hari Kebangkitan kelak. Allah tidak akan membenarkan orang orang yang ingkar itu mengatasi orang orang yang percaya.
142. Orang orang hypokrit menyangka yang mereka itu dapat menipu Allah, tetapi Dia yang mengarahkan mereka berbuat sedemikian. Apabila mereka berdiri untuk Mengerjakan Sembahyang (Salat), mereka berdiri dengan malasnya. Kerana mereka hanya menunjuk nunjukkan perbuatan mereka kepada manusia, dan jarang sekali mereka mengingati Allah
143. Mereka berbelah bagi diantaranya, tidak dibahgian kumpulan disebelah sini atau kepihak lainnya. Sesiapa yang Allah membiarkan sesat, kamu tidak akan mendapati jalan keluar untuk membimbingnya kembali.
144. Wahai orang orang yang percaya, jangan sekali kamu mengadakan pihak berikatan dengan orang orang yang ingkar, selain dari orang orang yang percaya .Adakah kamu berkeinginan untuk memberikan Allah bukti yang nyata terhadap kamu?
Mereka
Menyangka
Yang Mereka Itu Orang
Orang Yang Percaya.
145. Orang orang hypokrit akan berada didalam lubang Neraka yang paling dalam, dan kamu akan dapati tiada sesiapa dapat menolong mereka.
146. Hanya mereka yang bertaubat, membaiki diri, dan memegang kuat kepada Allah, dan ta’at kepada agama mereka sambil menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuh penuhnya kepada Allah sahajalah, akan dikirakan bersama dengan orang orang yang percaya. Allah akan kurniakan orang orang yang percaya itu dengan ganjaran yang besar.
147. Apalah yang Allah dapat dengan menghukum kamu, jika adalah kamu dari orang orang yang tahu mensyukuri dan percaya? Sesungguhnya Allah Maha mensyukuri lagi Maha Mengetahui.
Jangan Gunakan Kata Kata Keji.
148. Allah tidak menyukai percakapan dari perkataan yang keji, melainkan jika seseorang itu telah diperlakukan dengan ketidak adilan yang nyata. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
149. Jika kamu mengerjakan pekerjaan yang baik - sama ada diumumkan ataupun dirahsiakan – ataupun kamu mengampuni orang yang melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Berkuasa.
Jangan
Membeza
Bezakan antara Para Rasul.
150. Mereka yang ingkar dengan Allah dan rasul rasulNya, dan cuba untuk membeza bezakan antara Allah dan para rasulNya, dan berkata, "Kami percaya dengan sebahagian dan mengingkari sebahagian darinya," dan ingin untuk mengikut jalan diantaranya;
151. Inilah pengingkar yang sebenar benarnya. Kami telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu pembalasan yang menghinakan.
152. Bagi sesiapa yang mempercayakan Allah dan para rasulNya, dan tidak membeza bezakan diantara mereka, Dia akan memberikan mereka ganjaran yang besar. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Pelajaran Dari Israil.
153. Orang orang yang mempunyai kitab mencabar engkau supaya menurunkan kitab dari langit! Mereka telah meminta kepada Musa lebih dari itu, dengan mengatakan, "Tunjukkan kepada kami Allah dari segi fizikalNya." Lantaran itu, mereka pun disambar petir, itulah akibatnya kerana keberanian mereka. Tambahan pula mereka menyembah anak lembu, setelah kesemua mukjizat yang telah diperlihatkan kepada mereka. Tetapi kami memaafkan mereka dengan semuanya ini. Kami membantu Musa dengan memberikannya mukjizat yang nyata.
154. Dan kami menaikkan Bukit Tuur diatas mereka, sedang kami mengambil perjanjian daripada mereka. Dan kami katakan kepada mereka, "Masuklah dari pintu gerbang dengan merendahkan diri." Dan kami katakan kepada mereka, "Jangan mencemarkan hari Sabat." Sesungguhnya kami telah mengambil daripada mereka dengan perjanjian yang serius.
155. (Mereka telah mendapat kutukkan) kerana melanggar perjanjian mereka, dengan mengingkari revelasi revelasi Allah, dan membunuh para nabi dengan ketidak adilan dan juga dengan mengatakan, "fikiran kami telah tetap!" Sebenarnya, Allah sahajalah yang telah menutupkan fikiran mereka, oleh kerana keingkaran mereka, inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat mempercayainya, melainkan jarang sekali.
156. (Mereka telah dikutuk) kerana mengingkarinya dan berkata yang tidak benar terhadap Maryam dengan pembohongan yang besar.
Menyalib "Tubuh" Isa*
157. Dan mengakui yang mereka membunuh Al-Masih, Isa anak Maryam, rasul Allah. Sebenarnya mereka tidak membunuhnya, mereka tidak sekali menyalib dia - mereka telah difahamkan untuk memikirkan sedemikian yang mereka telah melakukannya. Semua golongan yang bercanggah berkenaan kejadian ini telah penuh dengan kesangsian berkenaan isu ini. Mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan; hanyalah sangkaan sahaja. Pastinya mereka tidak sekali kali membunuh dia.*
158. Sebaliknya Allah telah mengangkat dia kepadaNya; Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
159. Kesemuanya diantara orang orang kitab telah disuruh mempercayakan dia sebelum kematiannya. Dihari Perhitungan kelak, dia akan menjadi saksi terhadap mereka.
160. Oleh kerana keterlaluan mereka, kami mengharamkan makanan yang baik baik untuk orang orang Yahudi yang pernah dihalalkan untuk mereka sebelumnya; juga kerana konsistennya berpaling dari jalan Allah.
161. Dan kerana mengamalkan riba’, yang mana telah diharamkan, dan memakan wang manusia dengan cara yang haram. Kami telah sediakan balasan untuk orang orang yang ingkar diantara mereka itu dengan azab yang amat pedih.
162. Bagi sesiapa diantara mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, dan juga orang orang yang percaya, mereka mempercayai apa yang telah diberitahukan kepadamu, dan apa yang telah diberitahukan sebelummu. Mereka yang mematuhi dengan Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan pemberi derma yang diwajibkan (Zakat); merekalah orang yang percaya kepada Allah dan Hari Penghabisan. Kami akan berikan kepada mereka ganjaran yang amat besar.
Para Rasul Allah.
163. Kami telah meinspirasikan kepada kamu, sebagaimana yang kami telah meinspirasikan kepada Nuh dan segala para nabi selepas dia. Dan kami meinspirasikan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak,Ya’kub, dan semua keturunan yang mempunyai hak keistemawaan dalam menjalani urusan Tuhan, Isa, Ayub, Junus, Harun dan Sulayman. Kami berikan kepada Daud Zabur.
164. Ada para rasul yang kami beritahukan kepada kamu, dan ada juga para rasul yang tidak kami memberitahukannya kepada kamu. Dan Allah telah berkata kata kepada Musa.
165. Semua rasul rasul hanya menyampaikan berita baik dan juga untuk memberikan amaran. Lantas, manusia tidak akan dapat memberikan alasan apabila bertemu dengan Allah kelak, dan tidak disangkalkan lagi yang para rasul sekeliannya itu telah datang kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
166. Tetapi Allah telah bersaksikan berkenaan apa yang Dia telah memberitahukan kepada kamu; Dia telah memberitahukannya dengan ilmuNya. Dan para malaikat mempersaksikannya bersama, sesungguhnya Allah cukup sebagai Saksi.
167. Tentu sekali mereka yang ingkar dan menentang dari jalan Allah telah sesat dengan kesesatan yang jauh.
168. Mereka yang ingkar dan yang melampaui batas, Allah tidak akan mengampunkan mereka, tidak juga akan Dia membimbing mereka walau dengan apa cara sekalipun;
169melainkan jalan keNeraka, disana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya, ini sesungguhnya mudah bagi Allah untuk melakukannya.
*4:157-158 Isa, perseorangan, dan rohnya, dinaikan sama seperti kematian orang orang yang percaya.Sebaliknya, musuh musuhnya menangkap, menyeksa, dan menyalipkan tubuh yang hidup tetapi kosong. Lihat Appendik 17 &22, dan buku bertajuk "JESUS: MYTHS DAN MESSAGE," dari Lisa Spray (Universal Unity, fremont, California, 1992).
170. Wahai manusia, rasul telah datang kepada kamu dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu. Dari itu, kamu mesti mempercayainya demi untuk kebaikan kamu sendiri. Jika kamu mengingkarkannya, maka kepunyaan Allah segala yang ada disekelian cekrawala dan dibumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Triniti:
Adalah
Doktrin Keagamaan Yang Palsu.
171. Wahai pengikut kitab, jangan kamu melampaui batas dengan agama kamu, dan janganlah berkata berkenaan Allah melainkan dengan kebenaran. Al-Masih Isa anak Maryam, itu adalah rasul Allah, Dia yang menyampaikan perkataanNya dan juga revelasi revelasiNya kepada Maryam. Dari itu, kamu mestilah percaya kepada Allah juga kepada para rasulNya. Jangan sekali kamu katakan "Triniti."Kamu mestilah berhenti dari itu semua demi untuk kebaikan kamu. Allah hanyalah Dia Tuhan yang Esa. Maha Suci bagiNya; Dia Maha Mulia lagi penuh dengan segala kesucian bagiNya untuk mempunyai anak. KepunyaanNya segala yang ada disekelian cekrawala dan dibumi. Sesungguhnya cukuplah Allah sebagai Tuhan dan Tuan kamu.
172. Al-Masih tidak pernah merasakan sombong sebagai hamba Allah, tidak juga rapat dengan para malaikat. Sesiapa yang merasakan sombong dari menyembahNya, dan rasa sombong untuk menyerahkan diri diri mereka, ketahuilah yang Dia akan menghadapkan mereka semua kepadaNya.
173. Bagi mereka yang percaya dan menjalani kehidupan yang lurus, Dia akan melipat gandakan ganjaran untuk mereka, dan mencucuri kurnianNya keatas mereka. Kepada yang sombong dan bermegahkan diri, Dia akan komitkan mereka dengan azab yang amat pedih. Mereka akan mendapati tiada Tuhan melainkan Allah, dan tidak akan mendapatkan penyelamat.
Matematika
Kod Untuk Quran:
Yang Nyata, Dan Tidak Dapat Dinafikan.
174. Wahai manusia , bukti telah datang kepada kamu daripada Tuhan kamu; Dia telah turunkan kepada kamu dengan petunjuk yang nyata.
175. Mereka yang percaya kepada Allah, dan memegang kuat kepadaNya, Dia akan masukkan mereka dalam belas kasih dariNya, dan kurnian, dan akan membimbing mereka kepadaNya dijalan yang lurus.
176. Mereka berunding dengan kamu; katakan, "Allah menasihati kamu berkenaan perseorangan. Jika seorang mati dan tidak mempunyai anak, dan dia mempunyai adik perempuan, dia mewarisi separuh dari wasiatnya. Jika adik perempuannya mati dahulu dia mewarisi separuh darinya, kalau sekiranya dia tidak mempunyai anak. Jika dua beradik perempuan, mereka akan mewarisi dua-pertiga dari wasiatnya. Jika saudara kandungnya itu lelaki dan perempuan, lelaki mewarisi dua bahagian dari perempuan." Allah telah menerangkannya kepada kamu, agar kamu tidak tersesat. Allah amat perihatin akan segala apa yang kamu lakukan.
|
|
SUBMISSION.ORG |
|
|
|
|
|
Copyright © 1997-2003 Submission.org