













|
Surah 38: S (Saad)
Saad 1 - 88
|

Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1.
S. (Saad),*
dan Quran yang mengandungi bukti.**
2.
Orang orang yang ingkar telah jatuh kedalam kesombongan
dan keingkaran.
3.
Banyak generasi sebelum mereka telah kami hapuskan.
Mereka memintakan
pertolongan;
tidak berhasil.
________________________________________________________________________________
*38: 1 Huruf ini
(Saad) dapat dilihat disurah 7, 19, & 38 totalnya adalah 152 kali, 19 x 8
(Appendik 1).
**38: 1 Perkataan “Zikr” telah
dijadikan pembeza dari Quran mukjizat kod matematika. Lihat
15:6, 9; 16:44; 21:2, 24; 26: 5; & 36:11,69.
________________________________________________________________________________
4.
Mereka merasa hairan yang pemberi amaran mesti datang
kepada mereka, dari kalangan
mereka sendiri. Orang orang yang
ingkar itu berkata, "Ahli magik; seorang pembohong.
5. "Adakah dia yang membuat tuhan tuhan
menjadi satu tuhan? Ini sungguh amat pelik sekali."
6.
Pengetua pengetua mereka mengumumkan, "Pergilah
dengan kesabaran dan tabah hati
dalam menyembah tuhan tuhan kamu.
Ini adalah apa yang diinginkan.
7.
"Kami tidak pernah mendengar ini daripada agama
ibu bapa ibu bapa kami. Ini adalah satu
pembohongan.
8.
"Kenapa mesti buktinya datang kepada dia, dan
bukannya kami?" Sesungguhnya, mereka
telah meragukan buktiKu.
Sesungguhnya, mereka belum lagi merasakan hukumanKu.
9.
Adakah mereka yang mempusakai kekayaan belas kasih
Tuhan kamu, yang Maha Kuat
lagi Maha Pemberi.
10. Adakah
mereka yang mempunyai kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan
segala galanya
diantara keduanya? Biarkanlah mereka saling membantu diri diri
mereka sendiri.
11. Sebaliknya,
apa saja kekuatan tentera yang mereka boleh kumpulkan - walaupun jika
semua kumpulan
kumpulan menjadi satu - akan dikalahkan.
12. Pengingkaran
sebelum mereka adalah kaum Nuh, 'Ad, dan yang sangat berkuasa Fir'aun.
13.
Juga, Thamud, kaum Lut, dan penghuni penghuni hutan hutan (Midyan); mereka itulah
penentang penentang.
14. Tiap
tiap dari mereka mengingkari para rasul, dan lantas, hukumanKu tidak dapat
dielakkan lagi.
15. Orang
orang ini akan menunggu satu tiupan saja, dimana yang mereka itu tidak akan
dapat dipulihkan.
16.
Mereka mencabar: "Tuhan kami, kenapa tidak kau
segerakan hukuman untuk kami,
sebelum datangnya Hari
Penghitungan."
17. Bersabarlah,
dalam menghadapi percakapan percakapan mereka, dan ingatlah kepada
hamba kami
Daud, yang pintar akal; dialah seorang yang ta'at.
18. Kami
komitkan gunung gunung untuk berkhidmat kepadanya , mengagungkan bersama
samanya malam
dan siang.
19. Begitu
juga dengan burung burung telah dikomitkan supaya berkhidmat kepadanya;
semuanya menta'atinya.
20. Kami
kuatkan kerajaannya, dan mengurniakan dia dengan kebijaksanaan dan logik
yang baik.
21. Sudahkah
kamu menerima berita berita tentang lelaki lelaki yang bertelingkahan yang
mencuri masuk ditempat sucinya?
22. Apabila
mereka memasuki biliknya, dia menjadi terkejut. Mereka berkata, "Janganlah
takut. Kami
sedang bertelingkah diantara satu sama lain, dan kami meminta pengadilan
yang saksama
darimu. Janganlah salahkan kami, sebaliknya bimbingkanlah kami
kejalan yang benar.
23. "Saudaraku
ini mempunyai sembilan puluh sembilan* biri biri, sementara aku hanya
mempunyai satu biri biri saja. Dia
berkehendak untuk mencampurkan biri biriku
kepada
dia, dan berterusan dengan
memaksaku."
_______________________________________________________________________________
*38: 23 Hanya diayat
ini nombor 99 diperlihatkan. 30 nombor nombor yang berlainan telah
disebutkan didalam Quran, dan
totalnya menjadikan 162146, 19 x8534. Lihat Appendik 1
_______________________________________________________________________________
Contoh Ketakwahan Daud.
24. Dia
berkata, "Dia telah tidak berlaku adil terhadapmu dengan menyuruh kau
supaya
mencampurkan
biri biri kau dengannya. Kebanyakan dari mereka yang mencampurkan
harta harta
mereka berlaku ketidak adilan terhadap satu sama lain, melainkan orang orang
yang percaya
dan yang bekerja untuk kebenaran, dan orang orang ini amatlah sedikit.
"Sesudah
itu, Daud berfikir jika dia telah membuat pengadilan yang betul. Dia berfikir
yang kami
telah mencubanya. Lalu dia bermohon
pengampunan kepada Tuhannya,
ruku' dan
bertaubat.*
25. Kami
mengampuninya dalam hal ini. Kami telah memberikannya satu kedudukan yang
mulia bersama sama kami, dan
tempat tinggal yang cantik.
26. Wahai
Daud, kami telah jadikan kau pemerintah dibumi. Dari itu, kau mestilah
mengadili
diantara manusia dengan saksama,
dan janganlah mengikuti pendapat kau sendiri, supaya
tidak menyimpangkan kau dari jalan
Allah. Tentu sekali, orang orang
yang tersesat dari
jalan Allah itu telah mendapat siksaan yang dahsyat kerana melupakan Hari
Perhitungan.
27. Kami
tidak menciptakan cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara mereka, dengan
sia sia.
Demikian itu adalah fikiran orang orang yang ingkar. Dari itu, malang sungguh
bagi orang
orang yang ingkar; mereka akan menderita diNeraka kelak.
28. Mestikah
kami memperlakukan orang orang percaya yang menjalani kehidupan yang
benar sebagaimana kami perlakukan
kepada orang orang yang komit kejahatan dibumi?
Mestikah kami memperlakukan orang
orang yang benar sebagaimana kami perlakukan
kepada orang orang yang zalim?
29. Ini
adalah kitab yang kami turunkan kepadamu, yang suci - supaya mereka dapat
merenung
akan ayat ayatnya. Orang orang
yang mempunyai kecerdasan sajalah yang akan mengambil
perhatian.
Contoh Pengabdian Sulayman
30. Kepada
Daud kami berikan Sulayman; seorang yang baik dan hamba yang ta'at.
31. Satu
hari dia telah menjadi terlalu sibuk dengan kuda kuda yang cantik cantik,
sehingga
sampailah
kemalam.
32. Lalu
dia berkata, "Aku menyukai kebendaan lebih dari aku menyukai menyembah
Tuhanku,
sehinggakan matahari menghilang.*
33. "Bawa
mereka kembali." (Untuk mengucap
selamat tinggal,) dia menggusuk kaki kaki
dan leher leher mereka.
34. Lantas,
kami mencuba Sulayman; kami merahmatinya dengan harta benda yang banyak,
tetapi dia tetap menyerahkan
dirinya dengan penuh kesabaran.*
35. Dia
berkata, "Tuhanku, ampunilah daku, dan berikanlah aku kerajaan yang belum
pernah
diperolehi oleh sesiapa pun jua.
Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Pemberi."
36. Kami
(mengkabulkan do'anya dan) komitkan
angin supaya mengikut perintahnya,
menjatuhkan
hujan dimana saja yang dikehendakinya.
37. Dan
para syaitan, membina dan menyelam.
38. Lainnya
telah diletakkan dibawah perintahnya.
39. "Ini
adalah peruntukkan kami kepadamu; kau bolehlah memberikan dengan mewahnya,
ataupun menahannya, tanpa
dihadkan."
_________________________________________________________________________________
*38: 24 Contoh yang
nyata, 99 bersebelahan 1, Daud terlalu sangat memperhambakan diri kepada
Allah hinggakan pada masa dia
membuat perhakiman yang betul pun dia meminta pengampunan
kepada Allah. Adakah kita
berkeadaan yang sedimikian?
*38: 32 Sulayman telah
melupakan sembahyang zuhurnya kerana keasyikan dengan kuda kudanya.
Untuk menafikan dakwaan syaitan
yang dia terlalu sangat mencintai kuda kudanya, maka dia pun
melepaskan kuda kudanya.
*38: 34 & 41
Sulayman dan Ayub merupakan spektrum cubaan. Kita telah dicuba melalui harta,
kesihatan, ataupun kurang dari itu, untuk
melihat jika kita benar benar sembah Allah Sahaja
dalam keadaan apa sekali pun.
_______________________________________________________________________________
40.
Dia telah mendapatkan kedudukan yang mulia disisi kami,
dan tempat tinggal yang
istimewa.
Syaitan Telah Menyebabkan
Ayub Menderita*
41. Ingatlah
hamba kami Ayub: dia menyeru kepada Tuhannya, "Syaitan telah mengenakan
aku dengan
kesukaran dan kesakitan."
42. "Hentakkan
kakimu ketanah. Suatu pancuran akan memberikanmu penyembuhan dan
minuman."
Allah Akan Memberi
Pengajaran Kepada
Orang Orang Yang Percaya
43. Kami
kembalikan keluarganya kepada dia; dua kali lebih banyak. Demikian itulah belas
kasih kami; satu peringatan bagi
orang orang yang mempunyai kecerdasan.
44. "Sekarang,
kau mestilah berjalan dibumi dan menyampaikan mesej, untuk memenuhi
perjanjianmu." Kami dapati dia seorang yang sabar. Dan seorang
hamba yang baik!
Dia seorang
yang menyerahkan dirinya kepada (Allah).
45. Ingatlah
juga hamba hamba kami Ibrahim, Ishak, dan Ya'kub. Mereka adalah orang orang
yang pintar
akal, dan mempunyai visi.
46. Kami
kurniakan keatas mereka rahmat yang besar: yang menyedari akan Akhirat.
47. Mereka
telah dipilih, kerana mereka adalah diantara orang orang yang salih.
48. Ingatlah
akan Ismail, Elisa, dan Zulkifli; diantara orang orang yang salih.
Orang Orang Yang Benar
49. Ini
adalah satu peringatan: Orang orang yang benar berhak menerima destini
yang istimewa.
50. Taman
taman Adnin akan membukakan pintu pintunya untuk mereka.
51. Berehat
rehat didalamnya, mereka akan diberikan berbagai bagai macam buah
buahan dan
minuman.
52. Mereka
akan mempunyai pasangan pasangan yang istimewa.
53. Ini
adalah apa yang kamu berhak mendapatkan pada Hari Perhitungan kelak.
54. Peruntukkan
peruntukkan kami tidak akan habis.
Orang Orang Yang Ingkar:
Bertelingkahan Sesama Sendiri
55. Bagi
orang orang yang melampaui batas, mereka telah dikenakan dengan destini
yang azab.
56. DiNerakalah
mereka akan dibakar; betapa azabnya tempat tinggal!
57.
Apa yang dapat dirasakan didalamnya ialah minuman yang
panas mengelegak dan
makanan yang
amat pahit.
58. Dan
banyak lagi yang serupa.
59. "Ini
adalah kumpulan yang akan dicampakkan kedalam Neraka bersama sama kamu."
Mereka tidak akan disambut (oleh penghuni penghuni Neraka). Mereka
patut dibakar
didalam api neraka.
60. Pendatang
pendatang yang baru akan merespons, "Tidak juga kamu akan disambut.
Kamulah
yang telah mendahului kami dan yang
telah melencongkan kami. Dari itu,
rasakanlah
akhirnya azab."
61. Mereka
juga akan berkata, "Tuhan kami, orang orang inilah yang membawa kami
kepada ini; dua
kali digandakanlah hukuman api neraka untuk mereka."
Kehairanan
62. Mereka
akan berkata, "Kenapa kami tidak dapat melihat (didalam Neraka) orang
orang yang
pernah dikira oleh kamu diantara orang orang yang zalim?
63. "Kami
pernah mencemuh mereka; dan kami juga pernah memalingkan mata mata
kami jauh dari
mereka."
64. Ini
adalah fakta yang telah ditentukan: orang orang yang berada diNeraka akan
bertelengkahan dengan satu sama
lainnya.
65. Katakanlah,
"Aku memberi kamu amaran; tidak ada tuhan disamping Allah, yang Esa,
yang Maha Tinggi.
_______________________________________________________________________________
*38: 41 Lihat nota kaki untuk 38:38 & 41.
66.
"Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan
segala galanya diantara keduanya; yang
Maha Kuat lagi Maha
Pengampun."
Persengketaan Yang Besar.
67. Katakanlah,
"Ini adalah berita yang amat mengkagumkan.
68. "Yang
kamu benar benar tidak sedar akannya.
69. "Aku
dahulunya tidak mempunyai ilmu pengetahuan, tentang persengketaan didalam
Masyarakat yang Tinggi.*
70. "Aku
telah diinspirasikan yang misiku hanyalah untuk menyampaikan amaran
kepada
kamu."
71. Tuhan
kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan mencipta seorang manusia
daripada tanah
liat.
72. "Setelah
Aku membentukkannya, dan meniupkan kepadanya dari rohKu, kamu mestilah
jatuh sujud kepadanya."
73. Para
malaikat jatuh sujud, semuanya mereka,
74. melainkan
Syaitan; dia enggan, dan terlalu sombong, tidak mensyukuri.
75. Dia
berkata, "Wahai Syaitan, apa yang menghalang kamu dari bersujud kepada apa
yang Aku telah ciptakan dengan tangan
tanganKu? Adakah kamu terlalu sombong?
Adakah kamu
cuba menentang?"
76. Dia
berkata, "Aku lebih lagi baik dari dia; Engkau telah mencipta aku dari
api, dan
menciptakannya
dari tanah liat."
77. Dia
berkata, "Dari itu, kau mestilah dibuangkan, kau akan dihabiskan.
78. "Kau
telah dikenakan kutukkanKu sehingga Hari Pengadilan kelak."
79. Dia
berkata, "TuhanKu, tangguhkanku sehingga Hari Kebangkitan."
80. Dia
berkata, "Kau telah diberi penangguhan.
81. "Sehingga
hari yang dijanjikan."
82. Dia
berkata, "Aku bersumpah demi keagunganMu, akan aku menjadikan semuanya
mereka itu
sesat.
83. "Melainkan
penyembah penyembahMu yang mengabdi betul betul kepada
Engkau
sahaja."
84. Dia
berkata, "Ini adalah kebenaran, dan hanyalah kebenaran saja yang Aku
katakan.
85. "Aku
akan penuhkan Neraka dengan kau dan orang orang yang mengikutimu."
86. Katakanlah,
"Aku tidak memintakan kepada kamu sebarang bayaran, dan aku bukanlah
seorang penyamar.
87. "Ini
adalah satu peringatan untuk dunia.
88. "Dan
kamu tentu sekali akan mendapat tahu tidak lama lagi."
______________________________________________________________________________
*38: 69 Persengketaan
diMasyarakat Atasan telah dimulakan oleh Syaitan kerana mencabar
kekuasaan Allah yang sebenarnya.
Ini tentunya menjadi peristiwa yang terpenting sekali didalam
sejarah manusia. Kita telah gagal
membuat keputusan yang tegoh berkenaan kekuasaan Allah
dengan sungguh sungguh. Kehidupan
ini merupakan ketiga kali dan peluang yang terakhir untuk
menebuskan diri diri kita. (Lihat
Pendahuluan dan Appendik 7).
Back Home
Copyright © 1997-2003 Submission.org