Surah 37: Al-Saffat
Penyusun Penyusun   1 - 182

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Para penyusun yang berbaris baris.

2.        Para penuduh bagi mereka yang dituduh.

3.        Para pembaca bagi mesej mesej.

4.        Tuhan kamu adalah yang Esa.

5.        Tuhan kepada sekelian cekrawala dan bumi dan segala gala diantara keduanya,

       dan Tuhan bagi timur.*

6.        Kami telah hiaskan cekrawala yang paling bawah dengan hiasan planet planet.*

7.        Kami menjaganya dari segala syaitan yang jahat.

8.        Mereka tidak dapat mengintip keMasharakat Atasan; mereka akan diserang dari

       setiap tiap arah.

*37: 5 Setiap ciptaan Tuhan menaiki planet bumi, dan menetap. Setiap kenaikan dipanggil “timur.”

*37: 6 Kita berada dialam semesta yang terdalam dan terkecil sekali. Para jin telah hanya terbatas

dialam semesta ini.

________________________________________________________________________________

9.        Mereka telah dikutuk; mereka telah dikenakan hukuman yang berkekalan.

10.     Jika ada dari mereka cuba menjelajah untuk menyentuh batasan batasan luaran,

       dia akan diserang dengan pelancar yang ganas.

11.     Tanyalah mereka, "Adakah mereka lebih susah untuk diciptakan, ataupun ciptaan

       ciptaan yang lainnya?" Kami menciptakan mereka dari lumpur yang basah.

12.     Sementara kamu mengkagumi, mereka mencemuh.

13.     Apabila diberikan amaran, mereka tidak mempedulikan.

14.     Apabila mereka melihat bukti, mereka mengejek ejekkannya.

15.     Mereka berkata, "Ini adalah magik yang terang terangan!

16.     "Sesudah kami mati dan menjadi debu dan tulang tulang, bolehkah kami

        dibangkitkan semula?

17.     "Begitu juga dengan nenek moyang nenek moyang kami?"

18.     Katakanlah, "Ya, kamu tentu sekali akan dihimpunkan secara paksa."

19.     Apa yang diperlukan hanya satu kejutan, lalu mereka (berdiri) melihatkan.

20.     Mereka akan berkata, "Malang bagi kami; ini adalah Hari Pengadilan."

21.     Ini adalah hari keputusan yang kamu pernah mengingkarinya.

22.     Himpunkan  orang orang yang melampaui batas, dan pasangan pasangan

       mereka, dan pujaan pujaan yang mereka sembah.  

23.     disamping Allah, dan yang membimbing mereka kejalan Neraka.

24.     Berhentikan mereka, dan tanyakan kepada mereka:

25.     "Kenapa tidak kamu menolong satu sama lain?"

26.     Mereka akan menjadi, dihari itu, sungguh sungguh menyerahkan diri diri

        mereka sepenuhnya (kepada Allah).

Saling Menuduh

27.     Mereka akan datang kepada satu sama lain, menyoal dan menyalahkan satu sama lain.

28.     Mereka akan berkata (kepada ketua ketua mereka), "Kamu pernah datang kepada

       kami dari sebelah kanan."

29.     Mereka akan merespons, "Itu adalah kerana kamu bukannya orang orang yang percaya.

30.     "Kami tidak pernah ada kuasa keatas kamu; sebenarnya kamu itulah yang zalim.

31.     "Kami telah menerima pengadilan yang adil dari Tuhan kami; sekaranglah kami

        akan menderita.

32.     "Kami telah melencongkan kamu, oleh kerana kami telah tersesat."

33.     Lantas, bersama sama mereka kesemuanya akan menghadapi segala

       hukuman dihari itu.

34.     Inilah bagaimana kami membalas para pesalah.

Perintah Yang Pertama

35.     Apabila mereka dikatakan, "La Elaha Ella Allah [Tidak ada Tuhan lain melainkan Allah],"

mereka berpaling dengan sombongnya.

36.     Mereka berkata, "Mestikah kami meninggalkan tuhan tuhan kami hanya kerana penyair

yang gila ini?"

37.     Sebenarnya, dia telah membawa kebenaran, dan telah mengesahkan para rasul.

38.     Pasti sekali, kamu akan merasai hukuman yang amat menyakitkan.

39.     Kamu akan dibalas hanya apa yang telah kamu lakukan

40.     Hanyalah hamba hamba Allah yang benar benar mengabdikan diri kepadaNya

       sahajalah (akan terselamat).

41.     Mereka akan mendapatkan peruntukkan peruntukkan yang telah dikhaskan

       khususnya untuk mereka saja.

42.   Berbagai bagai buah buahan. Mereka akan dimuliakan.

43.      Didalam taman taman yang indah.

44.     Diatas perabut perabut yang dekat dengan satu sama lain.

45.     Cangkir cangkir dengan minuman yang asli akan dihidangkan kepada mereka.

46.     Bersih dan enak bagi peminum peminumnya.

47.     Tidak tercemar, dan tidak dan tidak akan kehabisan.

48.     Bersama mereka adalah teman teman yang luar biasa baiknya.

49.     Terlindung seperti telur telur yang mudah pecah.

Penghuni Penghuni Syurga Melawat

Penghuni Penghuni Neraka

50.     Mereka akan datang kepada satu sama lain dan berbincang sesama sendiri.

51.     Satu diantara mereka akan berkata, "Aku pernah mempunyai seorang kawan.

52.     "Dia pernah mengejek ejek: 'Adakah kamu percaya semuanya ini?

53.     " 'Sesudah kami mati dan menjadi debu dan tulang tulang, adakah kami akan

        dipanggil untuk diperhitungkan?'"

54.     Dia akan berkata, "Cubalah tengok!"

55.     Apabila dia melihat, dia akan nampak kawannya ditengah tengah Neraka.*

56.     Dia (akan datang kepadanya dan) berkata, "Demi Allah, kau nyaris nyaris

        membinasakanku.

57.     "Jika ianya tidak kerana rahmat dari Tuhanku, aku tentu akan bersama sama dengan kau

       sekarang.

58.     "(Adakah kau masih percaya ) yang kami mati,

59.     "hanya kematian yang pertama saja, dan kita tidak akan menerima sebarang balasan?"

Menebus: Kemenangan Yang Besar

60.     Demikian itulah kemenangan yang amat besar.

61.     Inilah yang sepatutnya setiap pekerja mesti mengerjakan.

62.     Adakah ini destini yang lebih baik, ataupun pokok yang amat pahit itu?

63.     Kami telah membuatnya sebagai hukuman kepada orang orang yang melampaui batas.

64.     Ianya adalah sebuah pokok yang tumbuh ditengah tengah Neraka.

65.     Bunga bunganya kelihatan seperti kepala kepala syaitan.

66.     Mereka akan memakan darinya hinggakan perut perut mereka penuh dengannya.

67.     Kamudian mereka akan ditambahkan pula dengan air panas dari neraka.

68.     Maka mereka pun kembali keNeraka.

Mereka Mengikuti

Ibu Bapa Ibu Bapa Mereka

Dengan Membabi Buta

69.     Mereka mendapati ibu bapa ibu bapa mereka telah sesat.

70.     Dan mereka secara buta tuli mengikuti jejak langkah jejak langkah mereka.

71.     Kebanyakan dari generasi generasi yang dahulu telah tersesat dengan keadaan

        yang sama.

72.     Kami telah menghantarkan kepada mereka pemberi pemberi amaran.

73.   Perhatikanlah akibat akibatnya bagi orang orang yang telah diberikan amaran.

74.      Hanyalah hamba hamba Allah yang benar benar mengabdikan diri kepadaNya

        sahajalah ( akan terselamat).

Nuh

75.     Lantas, Nuh memanggil kami, dan kami adalah perespons perespons yang terbaik.

76.     Kami selamatkan dia dan keluarganya dari mala petaka yang besar.

77.     Kami jadikan teman temannya orang orang yang terselamat.

78.     Dan kami kekalkan sejarahnya untuk generasi generasi yang berikutan.

79.     Kesejahteraan bagi Nuh diantara manusia.

_________________________________________________________________________________

*37:55 Orang orang yang memasuki Syurga dapat menziarahi saudara mara dan sahabat andai

mereka yang berada didalam Neraka, dengan tidak menghadapi kesukaran. DiAkhirat, semua

orang boleh bergerak kebawah, tetapi tidak boleh naik keatas melebihi sesuatu batasan.

Batasannya telah diputuskan oleh satu degri pertumbuhan dan perkembangan (Appendik 5).

_________________________________________________________________________________

80.     Lantas kami menganugerahkan orang orang yang benar.

81.     Dia adalah satu dari hamba hamba kami yang percaya.

82.     Kami tenggelamkan yang lainnya.

Ibrahim

83.     Diantara pengikut pengikutnya adalah Ibrahim.

84.     Dia datang kepada Tuhannya dengan hati yang penuh ikhlas.

85.     Dia berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apa yang sedang kamu sembah?

86.     "Adakah ini tuhan tuhan yang diada adakan, selain Allah, itu yang kamu mahukan?

87.     "Apa fikiran kamu tentang Tuhan semesta alam?"

88.     Dia tengok dengan berhati hati kepada bintang bintang.

89.     Lalu dia berputus asa dan berkata, "Aku terlalu penat dengan ini!"

90.     Mereka berpaling darinya.

91.     Dia pun berpusing kepada patung patung mereka, dan berkata, "Mahukah kamu makan?

92.     "Kenapa kamu tidak boleh berkata kata?"

93.     Dia pun pecahkan mereka.

94.     Mereka datang kepadanya dengan kemarahan yang amat sangat.

95.     Dia berkata, "Macam mana kamu boleh sembah apa yang kamu ukir?

96.     "Apabila Allah telah menciptakan kamu ,dan segala apa yang kamu perbuat!"

97.     Mereka berkata, "Biarkan kami membina tempat api yang besar, dan buangkan

        dia kedalamnya."

98.     Mereka merancang terhadapnya, tetapi kami jadikan mereka itu orang orang

        yang merugi.

99.     Dia berkata, "Aku akan pergi kepada Tuhanku; Dia akan membimbingku."

100.   "Tuhanku,anugerahkanlah aku anak anak yang salih."

101.   Kami berikan kepadanya berita berita baik tentang anak yang baik.

Mimpi Dari Syaitan*

102.   Apabila dia telah cukup besar untuk berkerja dengannya, dia berkata, "Anakku,

        aku lihat didalam mimpi yang aku sedang menyembelihmu. Apa yang kau fikirkan?"

        Dia berkata, "Wahai bapaku, lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepada kau

        untuk dilakukan. Kau akan dapati aku, dengan izin Allah (Insha Allah), sabar."

103.   Mereka berdua menyerahkan diri diri mereka kepada (Allah), dan dia meletakkan

        dahinya kebawah (untuk menyembelihnya).

Allah Campur Tangan Untuk

Menyelamatkan

Ibrahim Dan Ismail

104.   Kami memanggilnya: "Wahai Ibrahim.

105.   "Kau telah mempercayai mimpi itu." Lantas kami menganugerahkan orang

        orang yang benar.

.

106.   Itu sesungguhnya adalah cubaan yang amat tepat.

107.   Kami tebus (Ismail) dengan menggantikan seekor binatang sembelihan.

108.   Dan kami kekalkan sejarahnya untuk generasi generasi yang berikutan.

109.   Kesejahteraan bagi Ibrahim.

110.   Lantas, kami menganugerahkan orang orang yang benar.

111.   Dia salah satu dari hamba hamba kami yang percaya.

Kelahiran Ishak

112.   Lalu kami berikan dia berita berita baik tentang kelahiran Ishak,  untuk dijadikan

         salah satu dari nabi nabi yang benar.

113.   Kami merahmati dia dan Ishak. Diantara keturunan keturunan mereka, ada darinya

        orang orang yang benar, dan ada darinya orang orang yang zalim lagi melampaui batas.

__________________________________________________________________________________

*37: 102 Yang Maha Penyayang tidak pernah menganjurkan kejahatan (7:28). Sama seperti Ayub,

Syaitan menuduh Ibrahim menyayangi anaknya terlalu sangat, Allah telah mengizinkan syaitan

supaya mencuba Ibrahim dengan cubaan yang amat dahsyat.

________________________________________________________________________________

Musa Dan Harun

114.   Kami juga merahmati Musa dan Harun.

115.   Kami selamatkan mereka dan kaum mereka dari mala petaka yang besar.

116.   Kami menyokong mereka, sehinggakan mereka menjadi orang orang yang beroleh

 kemenangan.

117.   Kami berikan kepada keduanya itu kitab yang nyata.

118.   Kami membimbing mereka kejalan yang benar.

119.   Kami kekalkan sejarah mereka untuk generasi generasi yang berikutan.

120.   Kesejahteraan bagi Musa dan Harun.

121.   Lantas, kami menganugerahkan kepada orang orang yang benar.

122.   Keduanya mereka itu adalah diantara hamba hamba kami yang benar.

Ilias

123.   Ilias adalah salah seorang dari para rasul.

124.   Dia berkata kepada kaumnya,"Tidakkah kamu ingin bekerja untuk kebaikan?

125.   "Adakah kamu menyembah berhala, selain dari Pencipta yang Maha Agung?

126.   "Allah' Tuhan kamu, dan Tuhan kepada nenek moyang nenek moyang kamu!"

127.   Mereka mengingkarinya. Akibatnya, mereka telah dipanggil untuk diperhitungkan.

128.   Hanyalah hamba hamba Allah yang benar benar mengabdikan diri kepadaNya

        sahajalah (akan terselamat).

129.   Kami kekalkan sejarahnya untuk generasi generasi yang berikutan.

130.   Kesejahteraan bagi Ilias, dan semua orang orang yang seperti Ilias.

131.   Lantas, kami menganugerahkan orang orang yang benar.

132.   Dia adalah salah satu dari hamba hamba kami yang percaya.

Lut

133.   Lut adalah salah satu dari para rasul.

134.   Kami selamatkan dia dan semua keluarganya.

135.   Hanyalah seorang wanita tua yang telah dibinasakan.

136.   Kami hapuskan semua yang lainnya.

137.   Kamu masih lagi melalui bekas runtuhan mereka pada siang hari.

138.   Dan pada waktu malam. Bolehkah kamu faham?

 

Yunus

139.   Yunus adalah salah satu dari para rasul.

140.   Dia melepaskan diri kekapal yang penuh sarat.

141.   Dia menentang dan lalu, dia bersama sama dengan orang orang yang rugi.

142.   Akibatnya, ikan menelannya, dan dialah yang patut disalahkan.

143.   Jika tidak kerana dia mengambil langkah untuk bertaffakur (kepada Allah),

144.   dia akan tetap berada didalam perutnya sehinggalah sampai keHari Kebangkitan.

145.   Kami telah melemparkan dia keluar kepadang pasir, kelemahan.

146.   Kami telah tumbuhkan pokok berbuah yang boleh dimakan olehnya.

147.   Lalu kami menghantarkan dia kepada seratus ribu,* atau lebih.

148.   Dan mereka pun percaya, dan kami biarkan mereka menikmati kehidupan ini.

149.   Tanyakanlah kepada mereka jika Tuhan mereka itu mempunyai anak anak

        perempuan, sementara mereka mempunyai anak anak lelaki!

150.   Adakah kami menciptakan para malaikat untuk dijadikan perempuan perempuan?

        Adakah mereka menyaksikannya?

_______________________________________________________________________________

*37: 147 Quran menyebut 30 nombor nombor: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 19, 20, 30, 40,

50, 60, 70, 80, 99, 100, 200, 300, 1000, 2000, 3000, 5000, 50000, dan 100000. Total nombor

nombor ini adalah 162146, atapun 19 x 8534 (lihat Appendik 1).

________________________________________________________________________________

151.   Sesungguhnya, mereka telah melakukan kekufuran yang amat besar apabila

         mereka berkata-

152.   "Allah mempunyai seorang anak lelaki." Sesungguhnya, mereka itu pembohong.

153.   Adakah Dia yang memilih  anak anak perempuan dari anak anak lelaki?

154.   Apa yang membuatkan salah dengan logik kamu?

Pengumuman Untuk

Orang Orang Yang Ingkar

155.   Kenapa tidak kamu merenungkan?

156.   Adakah kamu mempunyai sebarang bukti?

157.   Tunjukkan kami buku kamu, jika sememangnya kamu yang benar.

158.   Malahan mereka juga mengada adakan satu perhubungan yang istimewa diantara

        Dia dan para jin. Para jin itu sendiri pun tahu yang mereka itu hanyalah

        menurut perintah.

159.   Maha Suci Allah; jauh lebih tinggi dari apa yang mereka mendakwakan.

 

160.   Hanyalah hamba hamba Allah yang mengabdikan diri kepadaNya

        sahajalah (terselamat).

161.   Sesungguhnya, kamu dan apa yang kamu sembah.

162.   Tidak akan dapat membuat sesuatu kepadaNya.

163.   Hanyalah kamu akan dibakar didalam Neraka.

Para Malaikat

164.   Seiap satu dari kami mempunyai pekerjaan yang tertentu.

165.   Kami adalah penyusun penyusun.

166.   Kami sentiasa mengagungkan (Tuhan kami).

Mengikuti Ibu Bapa Ibu Bapa

Dengan Membabi Buta

167.   Mereka pernah mengatakan,

168.   "Kalaulah sekiranya kami mendapat ajaran yang betul dari ibu bapa ibu bapa kami,

169.   "kami tentunya telah menjadi penyembah penyembah; mengabdikankan diri kepada

        Allah sahaja.

170.   Tetapi mereka mengingkarkan, dan tentu sekali mereka akan mendapat tahu.

Kemenangan Untuk

Para Rasul Di-Jamin

171.   Keputusan kami telah didekrikan untuk hamba hamba kami para rasul.

 

172.   Tentu sekali mereka itu adalah pemenang pemenang.

173.   Askar askar kami adalah pemenang pemenang.

174.   Maka jangan pedulikan mereka buat seketika.

175.   Perhatikan mereka; mereka juga akan memerhatikan.

176.   Adakah mereka mencabar hukuman kami?

177.   Apabila ianya mengena mereka pada satu hari kelak, itu akan menjadi hari

        yang amat sengsara; mereka telah diberikan amaran yang cukup.

178.   Janganlah pedulikan mereka buat seketika.

179.   Perhatikan mereka; mereka juga akan memerhatikan.

180.   Maha Suci bagi Tuhan kamu, Tuhan yang besar; jauh keatas dari apa yang

         mereka mendakwa.

181.   Kesejahteraan bagi sekelian para rasul.

182.   Segala kepujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org