Surah 36: Ya Sin
Ya Sin   1 - 83.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Y. S.* (Ya Sin)

2.        Dan Quran yang penuh dengan hikmah (kebijaksanaan).


*36: 1 Lihat Appendik 1 penjelasan bagi huruf huruf permulaan ini.


3.        Pasti sekali, kau (Rashad) adalah salah satu dari para rasul.*

3.        Kejalan yang lurus.

4.        Revelasi revelasi ini adalah dari yang Maha Kuat lagi Maha Penyayang.

5.        Untuk memberikan amaran kepada manusia yang mana ibu bapa ibu bapa mereka tidak

pernah diberikan amaran, dari itu, mereka tidak sedar.

6.        Ianya telah ditetapkan yang kebanyakan dari mereka tidak akan percaya.

7.        Kerana kami telah meletakkan disekeliling leher leher mereka itu dengan belenggu

       belenggu, sampai kedagu dagu mereka. Akibatnya, mereka telah terkunci didalam

       keingkaran mereka.

8.        Dan kami letakkan penghalang didepan mereka, dan penghalang dibelakang mereka,

       dan lantas, kami tudungi mereka; mereka tidak akan dapat melihat.

9.        Itu adalah serupa saja sama ada kau memberikan amaran kepada mereka ataupun tidak,

       mereka tidak akan dapat mempercayainya.*

10.     Kau akan hanya boleh didengarkan oleh orang orang yang mendukung mesej ini, dan

        yang menghormati yang Maha Pengasih - walaupun apabila mereka bersendirian.

        Berikanlah berita berita baik kepada mereka berkenaan pengampunan dan

        ganjaran yang mewah.

12      Pasti sekali akan kami menghidupkan yang mati, dan kami telah rekodkan segala apa

yang telah mereka lakukan dikehidupan ini, begitu juga akibat akibat yang berterusan

sesudah kematian mereka kelak. Segala galanya telah kami kirakan didalam

rekod yang nyata.

Mengingkari Para Rasul:

Tragik Yang Biasa Bagi Manusia*

13.     Tunjukkan untuk mereka contoh bagi manusia didalam satu komuniti yang menerima

para rasul.

14.     Apabila kami hantarkan kepada mereka dua orang (para rasul), mereka mengingkari

mereka itu. Maka kami menyokong mereka itu dengan yang ketiga. Mereka berkata,

"Kami adalah para rasul (Allah) kepada kamu."

15.     Mereka berkata, "Kamu tidaklah lebih dari manusia seperti kami. Yang Maha Pengasih

tidak menurunkan suatu apa pun. Kamu adalah pembohong."

16.     Mereka berkata, "Tuhan kami tahu yang kami ini telah dihantarkan kepada kamu.

17.     "Misi kami hanyalah untuk menyampaikan mesej."

18.     Mereka berkata, "Kami menganggap kamu sebagai petanda yang buruk. Melainkan jika

kamu berhenti, tentu sekali akan kami melemparkan kamu dengan batu, ataupun

mengenakan kamu dengan hukuman yang menyakitkan."

19.     Mereka berkata, "Petanda buruk kamu itu terpulanglah kepada respons kamu, sekarang

       kamu telah diingatkan. Sesungguhnya, kamu adalah orang orang yang melampaui batas."

20.     Seorang lelaki datang dari penghujung yang lain dari bandar, mengatakan, "Wahai orang

       orangku, ikutilah para rasul.

21.     "Ikutlah kepada orang orang yang tidak memintakan kamu sebarang bayaran, dan yang

        telah mendapat petunjuk.

22.     "Kenapa mesti aku tidak menyembah yang Esa yang meinisiasikanku, dan kepadaNya

       sahajalah tempat kembali kamu yang terakhir?

23.     "Mestikah aku mengadakan disamping Dia tuhan tuhan? Jika yang Maha Pengasih

kehendaki sebarang kemudharatan untukku, perantaraan mereka tidak akan dapat

menolongku sedikit pun, tidak juga mereka dapat menyelamatkanku.

24.     "Dalam keadaan yang demikian, tentunya aku akan menjadi orang yang sesat sepenuhnya.


*36:3 Lihat Appendik 2 & 26 untuk bukti fizikal yang tidak boleh dinafikan.

*36:10 Semua manusia telah dicapkan sama ada mereka itu percaya ataupun ingkar. Lihat

Appendik 14.

*36:13-27 para rasul Allah mempunyai bukti, dengan menganjurkan supaya menyembah

ALLAH SAHAJA, dan tidak meminta bayaran wang bagi khidmat mereka.

_________________________________________________________________________________

25.     "Aku telah mempercayai Tuhan kamu; tolonglah dengarkanku."

Orang Orang Yang Benar

Terus Ke-Syurga*

26.     (Pada masa kematiannya) dia telah dikatakan, "Masuklah keSyurga." Dia berkata,

       "Kalaulah sekiranya orang orangku ketahui.

27.     "Yang Tuhanku telah mengampuniku, dan menjadikan aku dimuliakan."

28.     Kami tidak turunkan keatas orang orangnya, sesudah dia, askar askar dari langit;

       kami tidak perlu untuk menghantarkan mereka turun.

29.     Semuanya, hanya satu tiupan, lalu mereka pun menjadi kaku.

Mengingkari Para Rasul:

 Tragik Yang Biasa Bagi Manusia*

30.     Betapa malangnya keadaan manusia! Setiap kali seorang rasul datang kepada mereka,

mereka sentiasa mencemuhnya.

31.     Tidakkah mereka melihat berapa banyak generasi generasi yang telah kami hapuskan

Sebelum mereka, dan bagaimana mereka  tidak akan dapat kembali semula

kepada mereka?

32.     Setiap satu dari mereka akan dihimpunkan dihadapan kami.

Tanda Tanda Dari Allah

33.     Satu tanda bagi mereka adalah tanah yang mati: kami hidupkannya semula dan

mengeluarkan darinya, bijian bijian untuk makanan mereka.

34.     Kami tumbuhkan didalamnya taman taman bagi pokok pokok kurma, dan anggur anggur,

dan kami yang menyebabkan mata air mata air terpancut keluar didalamnya.

35.     Ini adalah untuk memberikan mereka buah buahan, dan membiarkan mereka supaya

       membuat perkilangan dengan tangan tangan mereka sendiri apa saja yang mereka perlukan.

       Dapatkah mereka berterima kasih?

36.     Maha Suci kepada yang Esa yang menciptakan berbagai bagai tumbuh tumbuhan dari

        bumi, begitu juga dengan diri diri mereka, dan ciptaan ciptaan yang lain yang mereka

        tidak pun ketahui.

37.     Tanda yang lainnya untuk mereka adalah malam: kami mengambil siang hari darinya,

dimana mereka berada didalam kegelapan.

38.     Matahari berada ditempat yang telah ditetapkan, mengikuti kepada pengaturan dari yang

Maha Kuat lagi Maha Mengetahui.

39.     Bulan telah kami bentukkan supaya kelihatan dalam berperingkat peringkat, sehingga

ianya menjadi seperti penyarung tua yang melengkung.

40.     Matahari tidak akan dapat bersamaan dengan bulan - malam dan siang tidak pernah

menyimpang - tiap tiap dari mereka sedang terapung didalam orbit masing masing.

Rekaan Kapal Yang Pertama

41.     Tanda yang lain bagi mereka ialah kami membawa keturunan keturunan mereka diatas

bahtera yang penuh sarat.

42.     Dan menciptakan yang sama untuk mereka menaikinya.

43.     Jika kami kehendaki, kami boleh menenggelamkan mereka, supaya teriakkan mereka

       tidak kedengaran, tidak juga mereka dapat diselamatkan.

44.     Sebaliknya, kami mencucuri mereka dengan belas kasih, dan membiarkan mereka

bergembira buat sementara waktu.

45.     Namun demikian, apabila dikatakan kepada mereka, "Pelajarilah dari masa lalu kamu,

bagi mengerjakan kebaikan dimasa depan, supaya kamu mendapat belas kasih,"

*36: 26 Orang orang yang benar sebenarnya tidak mati; mereka terus keSyurga dimana Adam &

Hawa pernah tinggal. Mereka akan bersama sama dengan para nabi, para walli dan para syuhada’

dengan kehidupan yang cergas dan utopia (lihat Appendik 17).

*36:30 Jika seorang rasul menunjukkan bukti yang kukoh berkenaan kerasulannya, menganjurkan

supaya menyembah Allah Sahaja, dan tidak meminta upah atas pengkhidmatannya, kenapa mesti

kita tidak mahu percaya? (See Appendik 2).

46.     Walaupun apa cara bukti sekalipun diberikan kepada mereka dari Tuhan mereka, mereka

itu dengan konsistennya tidak memperdulikannya.

47.     Apabila dikatakan kepada mereka, "Berilah dari rezeki rezeki Allah yang telah diberikan

       kepada kamu," orang orang yang ingkar itu berkata kepada orang orang yang percaya,

       "Kenapa mesti kami memberi kepada orang orang yang Allah boleh memberikan makanan,

       jika Dia sangat menghendaki? Kamu benar benar telah tersesat jauh."

48.     Mereka juga mencabar, "Bilakah perjanjian itu akan berlaku, jika kamu yang benar?"

49.     Semuanya yang akan mereka lihat hanyalah satu tiupan yang akan dapat merangkumi

        mereka, sementara  mereka sedang bertikaian.

50.     Bahkan mereka tidak mempunyai kesempatan untuk membuat wasiat, dan tidak juga

mereka akan mendapat kesempatan untuk kembali kepada orang orang mereka.

51.     Terumpit akan ditiupkan, lalu mereka pun akan dibangkitkan dari kubur dan berpergian

kepada Tuhan mereka.

52.     Mereka akan berkata, "Malang sungguh bagi kami. Siapakah yang membangkitkan kami

dari kematian kami? Ini adalah apa yang telah dijanjikan oleh yang Maha Pengasih.

para rasul itu sesungguhnya benar."

53.     Semuanya mengambil masa hanya satu tiupan, lalu mereka pun dihimpunkan

       dihadapan kami.

54.     Pada hari itu, tidak ada satu roh pun akan dizalimi walau sedikit pun. Kamu akan

dibayar dengan tepat sekali diatas segala apa yang telah kamu lakukan.

55.     Penghuni penghuni Syurga akan, pada hari itu, sibuk dengan kegirangan.

56.     Mereka tinggal bersama sama pasangan pasangan dibawah teduhan yang indah,

menikmati perabut perabut yang sangat selesa.

57.     Mereka akan mendapatkan buah buahan didalamnya; mereka akan mendapat apa saja

        yang mereka inginkan. 

58.     Sapaan dengan kesejahteraan dari Tuhan yang Maha Penyayang.

59.     Bagi kamu, wahai yang bersalah, kamu akan diketepikan.

Syaitan Adalah Sebagai

Pilihan Alternatif

60.     Tidakkah Aku telah membuat perjanjian dengan kamu, wahai anak anak Adam,

       supaya kamu janganlah menyembah syaitan? Kerana dia adalah musuh kamu yang nyata?

61.     Dan kamu mestilah hanya menyembah Aku sahaja? Ini adalah jalan yang benar.

62.     Dia telah menyesatkan ramai ribuan dari kamu. Tidakkah kamu mempunyai kefahaman?

63.     Ini adalah Neraka yang telah dijanjikan kepada kamu.

64.     Hari ini kamu akan dibakar didalamnya, akibatnya dari keingkaran kamu.

65.     Pada hari itu, kami akan patrikan mulut mulut mereka; tangan tangan dan kaki kaki

mereka akan menjadi saksi kepada segala apa yang telah mereka lakukan.

66.     Jika kami kehendaki, kami boleh menudungi mata mata mereka dan, akibatnya, apabila

mereka mencari jalan, mereka tidak akan dapat melihatnya.

67.     Jika kami kehendaki, kami boleh bekukan mereka disuatu tempat; lantas, mereka tidak

       akan dapat bergerak kedepan, tidak juga kebelakang.

68.     Sesiapa saja yang kami izinkan dengan kehidupan yang panjang, kami jadikan dia 

       kembali menjadi lemah. Tidakkah mereka faham?

69.     Apa yang kami mengajarkan kepadanya (rasul) bukanlah syair, dan bukan juga dia

Seorang (penyair). Ini sesungguhnya adalah bukti yang amat mengkagumkan,*

dan Quran yang nyata.

*36: 69 Perkataan “Zikr” telah kerap disebutkan didalam Quran kod matematika yang

mengkagumkan ini, tentunya bukan sastera ataupun sajak. Sila rujuk semula ayat ayat 38:1, 8;

15:6, 9, 16:44; 21:2, 24; 26:5; & 36:11.

  

70.     Untuk diajarkan kepada orang orang yang hidup, dan untuk mendedahkan orang orang

yang ingkar.

71.     Tidakkah mereka melihat yang kami menciptakan untuk mereka, dengan tangan tangan

kami sendiri, ternakan yang mereka punyai?

72.     Dan kami tundukkan mereka itu bagi mereka; sesetengah mereka tunggang, dan

       setengahnya lagi mereka makan.

73.     Mereka memperolehi manfaat yang lain juga dari mereka, dan juga sebagai minuman.

Tidakkah mereka boleh bersyukur?

Pujaan Pujaan

Yang Tidak Berkuasa

74.     Mereka telah mengada adakan disamping Allah tuhan tuhan yang lain, mungkin mereka

boleh memberi pertolongan kepada mereka! 

75.     Sebaliknya, mereka tidak boleh menolong mereka; mereka akhirnya hanyalah berkhidmat

kepada mereka sebagai askar askar yang ta'at.

76.     Dari itu, janganlah bersedih dengan perkataan perkataan mereka. Kami amat mengetahui

segala apa yang mereka sembunyikan dan segala apa yang mereka umumkan.

77.     Tidakkah manusia itu melihat yang kami telah menciptakan dia dari setitik yang halus lalu

dia bertukar menjadi musuh yang nyata?

78.     Dia mengutarakan soalan kepada kami - sementara melupai ciptaannya yang mula mula -  

       "Siapakah yang boleh membangkitkan tulang tulang sesudah mereka telah menjadi busuk?" 

79.     Katakanlah, "Yang Esa yang meinisiasikan mereka pada mulanya akan membangkitkan

        mereka. Dia sahajalah yang amat sedar akan segala ciptaan."

80.     Dia Sahajalah yang menciptakan untuk kamu, dari pokok pokok yang menghijau,

        sebagai bahan bakaran yang mana kamu membakarnya untuk mendapatkan cahaya.

81.     Tidakkah yang Esa yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi boleh menciptakan

semula yang serupa? Ya sesungguhnya; Dia sahajalah yang Maha Pencipta lagi

Maha Mengetahui.

82.     Apa yang Dia lakukan untuk melaksanakan sebarang perintah adalah dengan berkata

       kepadanya, "Jadi" dan itu sajalah.

83.     Dari itu, Maha suci bagi yang Esa dimana ditangannya adalah kedaulatan diatas segala

       galanya, dan kepadaNya sahajalah kamu akan dikembalikan.*

*36:83 Perlu ambil perhatian yang nilai gematrikal “Rashad” (505), dicampurkan dengan nilai

gematrikal “Khalifa” (725), dicampur dengan nombor surah (36), dicampurkan dengan nombor

ayat ayat (83), totalnya boleh dibahagikan dengan 19 (505 + 725 + 36+ 83 = 1349 = 19 x71).

Juga surah 36 adalah nombor yang ke19 diantara 29 surah surah yang mempunyai huruf huruf

permulaan.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org