Surah 35: Fater
Yang Meinsiasikan
Ciptaan   1 - 45

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Segala kepujian bagi Allah, yang meinisiasikan sekelian cekrawala dan bumi, dan yang

       melantikkan para malaikat menjadi para rasul dengan bersayap - dua, tiga dan empat

       (sayap sayap). Dia menambahkan ciptaan mengikut kehendakNya. Sesungguhnya,

       Allah sahajalah yang Maha Berkuasa.   

2.        Apabila Allah mencurahkan manusia dengan belas kasih, tidak ada kuasa dapat menahannya.

Dan jik Dia menahannya, tidak ada kuasa selain Dia, dapat memberikannya. Sesungguhnya

Dia sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

3.        Wahai manusia, ingatlah rahmat Allah keatas kamu. Adakah sebarang pencipta selain dari

       Allah yang dapat memberikan peruntukkan peruntukkan untuk kamu dari cekrawala dan bumi?

       Tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Bagaimanakah kamu boleh dilencongkan?    

4.        Jika mereka mengingkarimu, para rasul sebelum kau pun telah diingkari. Sesungguhnya, Allah

sahajalah yang menguasai segala sesuatu.  

5.        Wahai manusia, perjanjian Allah adalah benar; dari itu, janganlah dikhayalkan dengan

kehidupan yang rendah ini. Janganlah sampai dapat dilencongkan dari Allah dengan cara illusi.

6.        Syaitan itu adalah musuh kamu, maka perlakukanlah dia sebagai seorang musuh. Dia hanya

menjemput kumpulannya menjadi penghuni penghuni Neraka.

7.        Orang orang yang ingkar telah dikenakan hukuman yang dahsyat, dan orang orang yang percaya

dan yang menjalani kehidupan yang benar berhak mendapat pengampunan dan ganjaran

yang besar.

8.        Perhatikanlah seorang yang kerja jahatnya dinampakkan baik dimata matanya, sehingga dia

berfikir itu adalah baik. Lantas Allah yang menyesatkan sesiapa saja yang berkehendakkan

(tersesat), dan Dia membimbing sesiapa saja berkehendakkan (petunjuk). Dari itu, janganlah

bersedih terhadap mereka. Sesungguhnya, Allah amat mengetahui segala apa yang

mereka lakukan.

9.        Allah Sahajalah yang menghantarkan angin angin untuk menggerakkan awan awan, dan kami

membawa mereka menuju ketanah tanah yang kering, dan menghidupkan tanah tanah yang

sedemikian setelah mereka itu mati. Lantas, itu adalah kebangkitan.

Segala Kemuliaan punyaan Allah

10.     Sesiapa yang mencari kemuliaan sepatutnya ketahui kepunyaan Allah segala kemuliaan.

KepadaNya naiknya segala perkataan perkataan yang baik baik, dan Dia yang meninggikan

kerja kerja yang baik. Bagi orang orang yang merancangkan kerja kerja jahat, mereka akan

dikenakan hukuman yang dahsyat; perancangan orang orang yang sedemikian itu akan ditakdir

-kan dengan kegagalan.

Allah Berkuasa Sepenuhnya

11.     Allah yang menciptakan kamu dari debu, kemudian dari cecair yang halus, kemudian Dia

membiakkan kamu melalui pasangan pasangan kamu. Tidak ada wanita yang mengandung, dan

tidak juga yang melahirkan, dengan tidak dari Ilmu pengetahuanNya. Tidak ada siapapun akan

hidup dengan kehidupan yang panjang, dan tidak ada sesiapa pun yang hidupnya disingkatkan,
melainkan dengan mengikuti rekod yang telah wujud terlebih dahulu. Ini adalah mudah

bagi Allah.

Menghargai kebesaran Allah*

12.     Dua lautan itu tidaklah sama; satunya adalah segar dan enak, sementara yang satunya lagi

adalah masin dan tidak boleh diminum. Dari keduanya kamu makan daging yang lembut,

dan mengeluarkan barang kemas untuk dipakai. Dan kamu melihat kapal kapal belayar melalui

mereka, mencari peruntukkan peruntukkannya, supaya kamu dapat menghargainya.

13.     Dia memasukkan malam kedalam siang, dan memasukkan siang kedalam malam. Dia telah

komitkan matahari dan bulan untuk berkhidmat buat jangka masa yang telah ditentukan.

Demikian itulah Allah Tuhan kamu; KepunyaanNya semua kerajaan. Sebarang pujaan pujaan

yang kamu ada adakan disampingNya tidak mempunyai sebanyak walaupun kulit biji bijian.

Pujaan Pujaan Sebenarnya Tidak

Mempunyai Kuasa*

14.     Jikalau kamu memanggil mereka, mereka tidak dapat mendengarkan kamu, walaupun jika

mereka dapat mendengarkan kamu, mereka tidak akan dapat merespons kepada kamu. Pada

Hari Kebangkitan kelak, mereka akan menafikan kamu. Tidak ada sesiapa yang boleh

memberitahukan kepada kamu seperti yang Maha Mengetahui.

15.     Wahai manusia, kamulah orang orang yang memerlukan Allah, sementara Allah tidak

       memerlukan sesiapapun, yang Maha Terpuji.

16.     Jika Dia kehendaki,  Dia boleh menghapuskan kamu dan menggantikan dengan ciptaan

       yang baru.

17.     Ini tidaklah terlalu susah untuk Allah.

18.     Tidak ada roh yang akan menanggung dosa dosa  roh yang lain. Jika roh roh yang

       dibebani dengan dosa dosa bermohon kepada  yang lainnya untuk memikul sebahagian

       dari bebannya, tidak ada roh yang akan dapat memikulkan sebarang bahagian darinya,

       walaupun jika mereka itu bersaudara. Orang orang yang dapat mengambil peringatan

       dengan amaranmu itu hanyalah mereka  yang menghormati Tuhan mereka, walaupun

       mereka didalam keadaan bersendirian, dan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Sesiapa

       saja yang menyucikan rohnya, hanya melakukan untuk kebaikan dirinya sendiri.

       Kepada Allah sahajalah destini yang terakhir.

*35: 12-13 Apabila kita menghantarkan stronaut stronaut dispace, kita mengadakan untuk

mereka makanan, air dan oxygen dengan secukupnya. Apabila kita menyebelahi kekufuran

syaitan berbillion tahun yang lampau (Appendik 7), Allah menghantarkan kita dibumi ini

bersamaan seperti dispace keadaannya. Malahan Allah menghantarkan kita dibumi ini dengan

segala macam peruntukkan peruntukkan yang baru untuk kita, makanan, air yang bersih, oxygen,

dan membiakkan manausi melalui perkahwinan.

*35:14 Manusia mengagungkan Isa, Maryam, Muhammad, Ali dan/ ataupun para walli;

pengabdian yang sedemikian hanyalah sia sia belaka, kerana sekalipun mereka masih hidup,

mereka tidak mempunyai apa apa kuasa kelebihan untuk menolong kita.

  

19.     Yang buta dan yang melihat tidaklah serupa.

20.     Tidak juga kegelapan dan cahaya.

21.     Tidak juga  kesejukkan untuk mendapatkan keteduhan; dan panasnya matahari.

22.     Tidak juga yang hidup dan yang mati; Allah sahajalah yang menyebabkan

       sesiapa saja yang Dia kehendaki untuk mendengar. Kau tidak akan dapat menjadikan

       pendengar pendengar bagi orang orang yang berada didalam kubur kubur.

23.     Engkau tidak lebih dari seorang pemberi amaran.

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

24.     Kami telah menghantarkanmu* dengan membawa kebenaran, pembawa berita berita

       baik juga sebagai pemberi amaran. Tiap tiap komuniti mestilah menerima seorang

       pemberi amaran.

25.     Jika mereka mengingkarkanmu, orang orang sebelum mereka pun telah mengingkarinya

       juga. Para rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti bukti yang jelas, dan Zabur,

       dan kitab kitab yang memberi pentunjuk.

26.     Kemudiannya, Aku menghukum orang orang yang ingkar; betapa dahsyatnya hukumanKu!

Ciptaan Allah

Yang Berwarna Warni

27.     Tidakkah kamu sedar yang Allah menurunkan air dari langit, dimana kami mengeluar

-kan buah buahan yang beranika warna? Demikian juga gunung gunung mempunyai

warna warna yang berlainan; puncak puncaknya ada yang  putih, ataupun merah, ataupun

lain warnanya. Dan burung burung gagak adalah hitam.

28.     Juga, manusia, binatang binatang, dan ternakan yang datang dengan berbagai warna warna.

       Inilah sebabnya orang orang yang benar benar menghormati Allah adalah mereka itu orang

       orang yang berilmu pengetahuan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Kuat lagi

Maha Pengampun. 

29.     Tentu sekali, orang orang yang membaca buku Allah, Mengerjakan Sembahyang (Salat),

dan dari peruntukkan peruntukkan kami kepada mereka dibelanjakan -  secara rahsia dan

diumumkan- telah terlibat didalam pelaburan yang tidak akan merugikan.

30.     Dia akan memberikan mereka ganjaran yang mewah, dan akan menggandakan rahmatNya

keatas mereka. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Menghargai.

Quran:Penyempurnaan Bagi

Semua Kitab Kitab

31.     Apa yang telah dinyatakan kepadamu didalam kitab ini adalah benar, penyempurnaan

       bagi semua kitab kitab yang terdahulu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang

       Maha Perihatin terhadap hamba hambaNya, lagi Maha Melihat. 

Kami mewariskan kitab dari generasi kegenerasi, dan kami izinkan sesiapa saja yang

       kami pilih diantara hamba hamba kami untuk menerimanya. Kemudiannya, sesetengah

       dari mereka itu telah menzalimi roh roh mereka, yang lain mendukungnya hanya pada

       sebahagian masa, sementara yang lain lagi amat berminat dengan membuat kerja kebaikan

       dengan mengikuti kehendak Allah; ini adalah kemenangan yang amat besar. 

Orang Orang Yang Percaya

32.     Mereka akan memasuki taman taman Adnin, dimana mereka akan dihiasi dengan gelang

gelang emas dan mutiara mutiara, dan pakaian pakaian mereka didalamnya akan diperbuat

dari sutera.

33.     Mereka akan berkata, "Kepujian bagi Allah kerana telah menghilangkan  segala

       kebimbangan kami. Sesungguhnya, Tuhan kami sahajalah yang Maha Pengampun lagi

       Maha Menghargai.

34.     "Dia telah memasukkan kami kedalam tempat tinggal yang indah dan kekal, dengan

        kurniaNya. Tidak pernah kami merasa bosan didalamnya, dan tidak juga kami

        merasa penat."

Orang Orang Yang Ingkar

35.     Bagi orang orang yang ingkar, mereka telah dikenakan api dari Neraka, dimana mereka

tidak akan ditamatkan dengan kematian, begitu juga dengan hukuman yang tidak berhenti

untuk mereka. Lantas, kami membalas orang orang yang tidak tahu bersyukur.

36.     Mereka akan menjerit didalamnya, "Tuhan kami, jika kau keluarkan kami dari sini, kami

akan bekerja untuk kebaikan, dan bukan kerja yang telah kami lakukan." Tidakkah kami

memberikan kamu kesempatan  hidup yang panjang, dengan amaran yang berterusan bagi

orang orang yang dapat merenungkan? Tidakkah kamu menerima pemberi amaran? Dari

itu,rasakan (akibatnya). Orang orang yang melampaui batas itu tidak akan dapat seorang

pun sebagai penolong.

37.     Allah sahajalah yang Maha Mengetahui tentang masa depan bagi sekelian cekrawala

       dan bumi. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mengetahui segala yang terpendam

       jauh didalam minda minda.

Orang Orang Yang Menang dan

Orang Orang Yang Gagal

38.     Dia sahajalah yang menjadikan kamu pewaris pewaris dibumi. Sesudah itu sesiapa

       saja yang memilih untuk mengingkarinya telah menjejaskan hanya diri diri mereka

       sendiri. Ketidak kepercayaan orang orang yang ingkar itu hanyalah menambahkan

       kebencian Tuhan terhadap mereka. Ketidak kepercayaan orang orang yang ingkar

       itu telah menjatuhkan mereka lebih dalam kepada kerugian.  

39.     Katakanlah, "Pertimbangkanlah pujaan pujaan yang kamu mengada adakan disamping

       Allah; tunjukkan kepadaku apa yang diatas bumi telah mereka ciptakan." Adakah mereka

       itu mempunyai sebarang pengkongsian disekelian cekrawala? Sudahkah kami memberikan

       mereka sebuah buku dimana didalamnya ada yang tidak diragukan? Sesungguhnya, apa

       yang telah dijanjikan oleh orang orang yang melampaui batas kepada satu sama lain itu

       tidaklah lebih dari illusi.

40.     Allah sahajalah yang memegang sekelian cekrawala dan bumi, supaya mereka itu tidak

       hilang. Jika sekiranya sesiapa saja yang memegang mereka itu, mereka pasti sekali akan

       menghilang. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun.

Untuk Menguji Mereka

41.     Mereka bersumpah kepada Allah dengan seriusnya sekiranya jika pemberi amaran datang

kepada mereka, mereka pasti sekali akan mendapat petunjuk yang lebih baik lagi dari

penghimpunan yang lainnya! Bagaimanapun, sekarang pemberi amaran telah pun datang

kepada mereka, ini hanyalah menjatuhkan mereka lebih lagi dalam kepada kebencian.

42.     Mereka berlaku sombong dibumi, dan melakukan perancangan yang jahat, dan rancangan

jahat mereka itu hanya berbalik kepada orang orang yang merancangkannya. Mestikah

mereka mengharapkan sesuatu yang serupa seperti nasib orang orang yang telah melakukan

sama seperti mereka pada masa yang lalu? Kamu akan dapati yang sistem (sunnah) Allah

itu tidak pernah bertukaran; kamu akan dapati yang sistem Allah itu tidak pernah berubah.

43.     Tidakkah mereka menjelajahi bumi dan perhatikan akibat yang terjadi kepada orang orang

       yang mendahului mereka? Malahan mereka itu lebih kuat dari mereka. Tidak ada apa pun

       yang dapat disembunyikan dari Allah sama ada disekelian cekrawala mahupun dibumi.

       Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

44.     Jika Allah menghukum manusia kerana dosa dosa mereka, Dia tidak akan meninggal

       -kan suatu makhluk pun diatas bumi. Tetapi Dia tangguhkan mereka buat masa yang

       telah ditetapkan. Apabila saja masanya telah sampai, maka sesungguhnya, Allah

       sahajalah yang Maha Melihat akan hamba hambaNya.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org