Surah 34: Saba'
Sheba  1 - 54.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

  1. Segala kepujian bagi Allah - yang mempunyai segala galanya disekelian cekrawala dan bumi;
    segala kepujian juga untukNya diAkhirat. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Bijaksana
    lagi Maha Perihatin.
  2. Dia tahu segala gala yang masuk didalam bumi, dan segalanya yang keluar darinya dan segala
    -nya yang turun dari langit, dan segala gala yang memanjat kedalamnya. Sesungguhnya,
    Dia sahajalah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
  3. Orang orang yang ingkar telah berkata, "Waktu itu tidak akan berlaku!" Katakanlah,
    "Pasti sekali- demi Tuhanku - ianya tentu sekali akan datang kepada kamu. Dia sahajalah
    yang Maha Mengetahui akan masa depan. Tidak juga walaupun seberatnya atom dapat
    disembunyikan dariNya, biarpun disekelian cekrawala ataupun dibumi. Tidak juga sekecil
    dari itu, ataupun lebih besar (dapat disembunyikan). Semuanya ada didalam rekod
    yang nyata."
  4. Pasti sekali, Dia akan memberi ganjaran kepada orang orang yang percaya dan menjalani
    kehidupan yang benar. Mereka inilah yang berhak mendapat pengampunan dan peruntukkan
    yang mewah.
  5. Bagi orang orang yang berterusan mencabar revelasi revelasi kami, mereka akan dikenakan
    siksaan yang menyakitkan dan terhina.
  6. Itu adalah bukti bagi orang orang yang dirahmati dengan ilmu pengetahuan bahwa revelasi
    yang diturunkan dari Tuhan kamu kepada kamu ini adalah benar, dan ianya membimbing
    kejalan yang Maha Kuat lagi Maha Terpuji.
  7. Orang orang yang ingkar telah berkata, "Biarkan kami tunjukkan kepada kamu seorang lelaki
    yang mengatakan kepada kamu bahawasanya setelah kamu berkecai kamu akan diciptakan
    semula.
  8. "Sama ada dia mengada adakan pembohongan berkenaan Allah, ataupun dia itu gila."
    Sesungguhnya, orang orang yang mengingkarkan Akhirat telah menerima hukuman yang
    amat azab, mereka itu yang telah tersesat jauh.
  9. Tidakkah mereka melihat segala gala yang berada didepan mereka dan dibelakang mereka,
    dilangit dan dibumi? Jika kami kehendaki, kami boleh menyebabkan bumi menelan mereka,
    ataupun menyebabkan benda benda dari langit jatuh keatas mereka. Ini sepatutnya menjadi
    bukti yang cukup bagi setiap hamba yang ta'at.

Daud Dan Sulayman

  1. Kami kurniakan Daud dengan rahmat dari kami: "Wahai gunung gunung, menyerahlah
    bersamanya, dan kamu juga, wahai burung burung." Kami lembutkan besi untuknya.
  2. "Kamu bolehlah membuat perisai perisai yang cukup sesuai digunakan, dan bekerjalah
    untuk kebenaran. Apa saja yang kamu lakukan, Aku melihat semuanya itu."

Padang Minyak Yang Pertama

  1. Kepada Sulayman kami komitkan angin supaya berkhidmat kepadanya, dalam perjalanan
    satu bulan mendatang dan satu bulan lagi untuk pemergian. Dan kami jadikan pancuran
    minyak terpancut keluar untuknya. Juga, para jin bekerja untuknya dengan izin dari Tuhannya.
    Sesiapa dari mereka yang tidak mempedulikan perintah perintah kami, kami menghukumnya
    kepada siksaan yang amat dahsyat.
  2. Mereka membuat untuknya apa saja yang dia kehendaki -tempat tempat persembahan,
    patung patung, kolam yang dalam, dan periuk periuk yang berat untuk masakan. Wahai
    keluarga Daud, bekerjalah (untuk kebenaran) bagi menunjukkan kesyukuranmu. Hanya
    sedikit dari hamba hambaKu yang tahu bersyukur.

Ilmu Pengetahuan Para Jin Terhad

  1. Apabila ketetapan waktu matinya telah tiba, mereka tidak sedar langsung tentang kematian
    -nya. Itupun tidaklah sehingga satu dari binatang binatang cuba memakan tongkatnya, dan
    dia pun jatuh, barulah para jin sedar yang dia telah mati. Lantas mereka sedar jika sekiranya
    mereka betul betul tahu tentang ghaib, mereka tentu sekali akan berhenti dari bekerja kuat
    sejurus saja kematiannya.
  2. Tanah air Sheba pernah menjadi lambang yang menakjubkan, dengan dua taman taman
    disebelah kanan dan kiri. Makanlah peruntukkan peruntukkan dari Tuhan kamu, dan
    bersyukurlah kepadaNya- tanah yang baik, dan Tuhan yang pengampun.
  3. Mereka berpaling dan, akibatnya, kami siramkan keatas mereka banjir yang dahsyat, dan
    kami gantikan dua taman taman mereka kepada dua taman taman yang mengeluarkan buah
    buahan yang rasanya tidak enak dimakan, tumbuh tumbuhan yang berduri dan tuaian yang
    tidak mencukupi.
  4. Lantas, kami membalas mereka kerana keingkaran mereka. Tidakkah kami membalas
    hanyalah kepada orang orang yang ingkar saja?
  5. Kami tempatkan diantara mereka dan komuniti komuniti yang kami rahmati lain wahah, dan
    kami selamatkan perjalanan diantara mereka: "Berjalanlah didalamnya pada siang siang hari
    dan pada malam malam hari dengan penuh keselamatan."
  6. Tetapi mereka (tidak bersyukur) dan mencabar: "Tuhan kami, kami tidak peduli jika Engkau
    tambahkan jarak perjalanan perjalanan kami (dengan tidak ada sebarang perhentian)." Lantas,
    mereka telah menzalimi roh roh mereka sendiri. Akibatnya, kami jadikan mereka sejarah,
    dan selerakkan mereka menjadi komuniti komuniti yang kecil diseluruh bumi. Ini sepatutnya
    menjadi pengajaran pengajaran bagi orang orang yang sabar, dan bersyukur.

Syaitan Mendapat
Bilangan Yang Ramai

  1. Syaitan dapati yang mereka itu bersedia memenuhi harapan harapannya. Mereka mengikuti
    -nya, melainkan sebilangan kecil orang orang yang beriman.

Objektif:
Adakah Kita Percaya Kepada Akhirat?*

  1. Dia tidak pernah ada kuasa diatas mereka. Tetapi kami lantas membezakan orang orang yang
    percaya kepada Akhirat dari orang orang yang meragukannya.* Tuhan kamu sahajalah yang mempunyai kuasa sepenuhnya keatas setiap sesuatu.

*34:21 kriteria yang memberikan kita pengetahuan tentang sama ada kita percaya kepada Akhirat
ataupun tidak adalah diayat 6:113, 17:45, & 39:45. Tiga kriteria ini akan menunjukkan keyakinan
kita yang sebenar, sama ada hanya perkataan ataupun benar benar percaya.


  1. Katakanlah, "Bermohonlah kepada pujaan pujaan yang kamu ada adakan disamping Allah.
    Mereka tidak mempunyai walau sebiji atom sekalipun disekelian cekrawala ataupun dibumi.
    Mereka tidak mempunyai persekutuan didalamnya, tidak juga yang Dia mengizinkan
    mereka menjadi pembantu pembantuNya."

Tidak Ada Perantaraan

  1. Perantaraan denganNya akan menjadi sia sia, melainkan jika ianya berkebetulan dengan
    kehendakNya. Apabila akhirnya minda minda mereka telah aman semula, dan mereka
    bertanya, "Apakah yang Tuhan kamu katakan," mereka akan berkata, "Yang benar."
    Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
  2. Katakanlah, "Siapakah yang memberikan kamu segala peruntukkan peruntukkan, disekelian
    cekrawala dan bumi?" Katakanlah, "Allah," dan "Sama ada kami ataupun kamu yang
    dibimbing, ataupun telah tersesat jauh."
  3. Katakanlah, "Kamu tidak akan bertanggungjawab diatas jenayah jenayah kami, dan tidak
    juga kami yang bertanggungjawab dengan segala apa yang kamu lakukan."
  4. Katakanlah, "Tuhan kami akan kumpulkan kami semua dihadapanNya, lalu Dia akan
    Mengadili diantara kita dengan seksamanya. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang
    Maha Pengadil lagi Maha Mengetahui.
  5. Katakanlah, "Tunjukkanlah kepadaku pujaan pujaan yang kamu telah ada adakan sebagai
    sekutu sekutuNya!" Katakanlah, "Tidak; Dia sahajalah Allah, yang Maha Berkuasa lagi
    Maha Bijaksana."

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

  1. Kami telah menghantar kau (wahai Rashad)* kepada semua manusia, pembawa berita
    berita baik, begitu juga sebagai pemberi amaran, tetapi kebanyakan manusia tidak ketahui.
  2. Mereka mencabar, "Bilakah perjanjian ini akan berlaku, jika sememangnya kamu
    yang benar?"
  3. Katakanlah, "Kamu mempunyai masa yang telah ditentukan, pada hari yang ditentukan itu,
    yang mana kamu tidak boleh melambatkan dengan satu jam, ataupun mempercepatkannya."  
  4. Orang orang yang ingkar telah berkata, "Kami tidak akan mempercayai Quran ini, tidak
    juga dengan kitab kitab yang dahulu."Jika kamu dapat menggambarkan orang orang yang
    melampaui batas ini apabila mereka berdiri dihadapan Tuhan mereka! Mereka akan
    bertikaian sesama sendiri kebelakang dan kedepan. Pengikut pengikut akan berkata kepada
    ketua ketua mereka, "Jika ini bukannya disebabkan oleh kamu, kami telah pun menjadi
    orang orang yang percaya."

Di-Hari Kebangkitan

  1. Ketua ketua akan berkata kepada orang orang yang mengikuti mereka, "Adakah kami
    orang yang melencongkan kamu dari petunjuk sesudah ianya datang kepada kamu?"
    Tidak; itu adalah kerana kamu sendiri yang zalim."
  2. Pengikut pengikut akan berkata kepada ketua ketua mereka, "Itu adalah kamu yang
    merancang siang dan malam, dan memerintahkan kami supaya tidak menyukuri Allah, dan
    mengada adakan pujaan pujaan yang disetarafkan denganNya." Mereka akan ditimpa dengan penyesalan, apabila mereka melihat siksaan, yang mana kami akan gantungkan belenggu
    disekeliling leher leher mereka yang mengingkarkan. Tidakkah mereka itu dibalas dengan
    adilnya bagi apa yang telah mereka lakukan?

Setiap Kali!

  1. Setiap kali apabila kami menghantarkan pemberi amaran kepada sebuah komuniti, ketua
    ketua dari komuniti itu akan berkata, "Kami mengingkari mesej yang kau
    membawanya bersama."

*34:28 Sebagai penjelasan diAppendik 2, nama bagi rasul ini tepat sekali dengan kod matematika
didalam Quran sebagai "Rashad Khalifa." Dengan mencampurkan nilai berangka "Rashad" (505), dicampurkan nilai berangka "Khalifa" (725), dicampurkan dengan nombor surah (34), dicampur
juga nombor ayat (28), kita akan mempunyai total yang cukup mengikut mukjizat Quran yang
berasaskan matematika 19, yang mana telah diberikan melalui Rashad Khalifa.
(505 + 725 + 34 + 28 = 1292 = 19 x68). Lebih lagi imformasi yang telah diberikan diayat 5:19
dan nota kakinya


  1. Mereka juga berkata, "Kami lebih lagi kuat, dengan mempunyai banyak wang dan anak anak,
    dan kami tidak akan dihukum."
  2. Katakanlah, "Tuhanku Sahajalah yang menguasai segala peruntukkan peruntukkan; Dia
    memberikan peruntukkan peruntukkan kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya, ataupun
    mengurangkannya, tetapi kebanyakan dari manusia tidak ketahui."
  3. Bukanlah wang kamu ataupun anak anak kamu yang membawa kamu dekat kepada kami.
    Hanyalah orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar akan
    menerima anugerah diatas kerja kerja mereka, yang digandakan dengan banyaknya.
    Bertempat didalam Surga mereka akan hidup dengan penuh aman.
  4. Bagi orang orang yang konsisten mencabar revelasi revelasi kami, mereka akan berada
    didalam siksaan yang berkekalan. 
  5. Katakanlah, "Tuhanku Sahajalah yang menguasai semua peruntukkan peruntukkan; Dia
    yang menambahkan peruntukkan peruntukkan kepada sesiapa saja yang Dia pilih dari antara
    hamba hambanya, ataupun mengurangkannya. Apa saja yang kamu belanjakan (kerana Allah),
    Dia akan menganugerahkan kepada kamu dengannya; Sesungguhnya, Dia sahajalah yang
    Maha Pemberi yang terbaik."
  6. Dihari apabila kami menghimpunkan mereka semua, Dia akan berkata kepada para malaikat,
    "Adakah ini orang orang yang menyembah kamu?"
  7. Mereka akan berkata, "Maha Suci Engkau. Engkau sahajalah Tuhan dan Tuan kami, dan
    bukannya mereka. Sebaliknya, mereka itu menyembah para jin; kebanyakan mereka itu
    percaya kepada mereka."
  8. Pada hari itu, kamu tidak mempunyai kuasa untuk menolong ataupun melukakan satu sama
    lain, dan kami akan katakan kepada orang orang yang melampaui batas itu, "Rasakan siksaan
    Neraka yang pernah kamu mengingkari."

Mukjizat Matematika
Di-Dalam Quran

  1. Apabila bukti bukti kami dibacakan kepada mereka, dengan cukup jelas, mereka berkata,
    "Ini hanyalah dari seorang lelaki yang ingin memalingkan kamu dari apa yang ibu bapa ibu
    bapa kamu sembah." Mereka juga berkata, "Ini adalah pembohongan pembohongan yang
    direka rekakan." Orang orang yang ingkar juga mengatakan berkenaan kebenaran yang datang
    kepada mereka, "Ini adalah magik yang terang terangan."
  2. Kami tidak berikan mereka buku yang lain untuk dipelajari, tidak juga kami menghantarkan
    kepada mereka sebelummu pemberi amaran yang lain.
  3. Orang orang sebelum mereka mengingkarkan, walaupun mereka tidak melihat satu
    persepuluh* dari (mukjizat) yang telah kami berikan kepada generasi ini, apabila mereka
    mengingkari para rasulKu, betapa dahsyatnya hukumanKu!

Rasul Allah Yang Di-Janjikan*

  1. Katakanlah, "Aku minta kepada kamu supaya melakukan satu perkara: Abdikanlah diri diri
    kamu kepada Allah, berpasangan ataupun bersendirian, dan renungkanlah. Kawan kamu
    (Rashad) tidaklah gila. Dia adalah pemberi amaran yang nyata kepada kamu, hanya sebelum
    munculnya hukuman yang dahsyat."

*34:43 Dengan mencampurkan nilai gematrikal "Rashad" (505) dicampur dengan nilai "Khalifa"
(725), dicampurkan dengan ayat (43), kita akan dapat 505 + 725 + 43 = 1273 = 19 x 67.
Lihat Appendik 1 & 2.

*34:45 Mukjizat yang besar telah diberikan kepada Musa dan Isa adalah mengikut keadaan masa
dan tempat; ianya telah disaksikan oleh beberapa orang yang dengan tidak secara langsung berada
ditempat kejadian pada masanya terjadi. Tetapi mukjizat Quran matematika ini adalah kekal untuk
selama lamanya (lihat 74:30-35 & Appendik 1).

*34: 46 Dengan meletakkan nilai gematrikal "Rashad" (505) bersebelahan nilai "Khalifa" (725),
lalu diikuti dengan nombor surah (34), dan nombor ayat (46), kita akan dapat
5057253446 = 19 x 266171234.


  1. Katakanlah, "Aku tidak meminta dari kamu sebarang pembayaran; kamu bolehlah
    menyimpannya. Bayaranku hanya datang dari Allah. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang
    menyaksikan semua perkara."
  2. Katakanlah, "Tuhanku sahajalah yang menyebabkan kebenaran dapat diatasi, Dia sahajalah
    yang Maha Mengetahui akan segala rahsia rahsia."
  3. Katakanlah, "Kebenaran telah datang; sementara kepalsuan tidak akan dapat meinisiasikan
    segala galanya, tidak juga mengulanginya."
  4. Katakanlah, "Jika aku telah sesat, kesesatan itu terjadi kerana kelemahanku sendiri. Dan jika
    aku dibimbing, itu adalah kerana Tuhanku telah meinspirasikan. Sesungguhnya, Dia
    sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat."
  5. Jika hanya dapat kamu melihat mereka apabila ketakutan yang amat sangat menyerang
    mereka; ketika itulah mereka tidak akan dapat melepaskan diri, maka mereka akan dibawa
    pergi dengan paksaan.
  6. Barulah mereka berkata, "Sekarang kami telah mempercayainya," tetapi ianya sudah terlambat.
  7. Mereka telah mengingkarinya pada masa lalu; sebaliknya mereka telah mengambil keputusan
    untuk memegang kuat dengan pendapat sendiri dan tekaan.*
  8. Akibatnya, mereka telah dihalangi dari segala apa yang mereka idamkan. Ini adalah nasib yang
    serupa seperti rakan seperjuangan mereka dari generasi generasi yang dahulu. Mereka telah
    menyimpan terlalu banyak keraguan.

 *34:53 Manusia yang menganut bermacam macam agama tetap melupakan perkataan Allah dan
ta’at dengan mengikut perkataan manusia. Yahudi dan Muslim mendukung Misnah (Hadis) dan
Gemarah (Sunnah), sementara Kristian mendukung triniti yang dikarang oleh Nicene Conference,
35 tahun selepas Isa.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org