Surah 33: Al-Ahzab
Parti Parti  1 - 73

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

  1. Wahai nabi, kau mestilah menghormati Allah dan janganlah menta'ati orang orang yang
    ingkar dan orang orang hypokrit. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui
    lagi Maha Bijaksana.
  2. Ikutilah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Sesungguhnya, Allah amat
    perihatin akan segala apa yang kamu semua lakukan.
  3. Dan letakkanlah kepercayaan kamu kepada Allah. Sesungguhnya, Allah sahaja cukuplah
    sebagai penyokong.

Pengabdian Kepada Allah Tidak
Boleh Berbelah Bagi

  1. Allah tidak memberikan sebarang lelaki dua hati didalam dadanya. Dan tidak juga Dia
    menjadikan isteri isteri kamu yang mana kamu renggangkan (mengikut adat kamu)
    menjadikan mereka itu ibu ibu kamu.* Tidak juga Dia menukarkan anak anak angkat kamu
    untuk dijadikan anak anak genetik kamu sendiri. Semuanya ini hanyalah perkataan perkataan
    yang kamu telah menciptakannya. Allah berkata benar, dan Dia sahajalah yang membimbing
    kejalan yang (benar).

Jangan Menukar
Nama Nama Kamu

  1. Kamu mestilah memberikan anak anak angkat kamu nama nama yang boleh mengekalkan
    perhubungan mereka dengan ibu bapa ibu bapa genetik mereka. Ini adalah lebih adil disisi
    Allah. Jika kamu tidak mengetahui ibu bapa ibu bapa mereka, maka sebagai saudara
    seagama, kamu mestilah melayan mereka seperti ahli keluarga kamu sendiri. Kamu tidaklah
    mengkomitkan dosa jikalau kamu membuat kesilapan dalam situasi ini; kamu hanya akan
    dipertanggungjawabkan diatas perbuatan yang kamu sengajakan. Sesungguhnya, Allah
    sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
  2. Nabi adalah lebih dekat kepada orang orang yang percaya dari mereka sesama sendiri, dan
    isteri isterinya adalah seperti ibu ibu kepada mereka. Saudara mara sepatutnyalah mengambil
    berat tentang satu sama lainnya menurut kitab Allah. Lantas, orang orang yang percaya
    mestilah memeliharakan saudara mara mereka yang berhijrah kepada mereka, tetapi mereka
    mestilah terlebih dulu menjaga keluarga mereka sendiri. Ini adalah perintah perintah dari
    kitab ini.

Muhammad Berikrar Akan
Menyokong Rasul Allah
Yang Di-Janjikan

  1. Ingatlah ketika kami mengambil dari para nabi perjanjian mereka, termasuk engkau
    (wahai Muhammad), Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa anak Maryam. Kami mengambil dari
    mereka itu ikrar yang serius.*
  2. Kemudiannya, Dia pasti sekali akan menyoal orang orang yang benar berkenaan kebenaran
    mereka, dan telah menyediakan untuk orang orang yang ingkar itu (mengikut fakta dari Quran)
    hukuman yang menyakitkan.

Peperangan Di-Antara Parti Parti

  1. Wahai orang orang yang percaya, ingatlah rahmat Allah keatas kamu; apabila askar askar
    menyerang kamu, kami menghantarkan keatas mereka angin kencang dan askar askar gaib,
    sesungguhnya, Allah amat melihat segala apa yang kamu lakukan.
  2. Apabila mereka datang dari atas kamu, dan dari bawah kamu, mata mata kamu menjadi
    kegerunan, hati hati kamu menjadi hilang kesabaran, dan kamu telah menyimpan fikiran
    yang tidak spatutnya berkenaan Allah.
  3. Itu adalah apabila orang orang yang percaya telah dicuba betul betul; mereka benar benar
    digoyangkan.
  4. Orang orang hypokrit dan mereka yang menyimpan keraguan dihati hati mereka itu berkata,
    "Apa yang Allah dan rasulNya telah menjanjikan kepada kami adalah tidak lebih dari illusi!"

*33:4 Adalah adat orang orang Arab apabila mereka hendak merenggangkan perhubungan dengan
isteri isteri mereka, mereka akan mengatakan yang isteri siteri mereka itu seperti ibu ibu mereka.
Amalan yang tidak adil ini telah dibatalkan disini.

*33:7 Perjanjian yang jelas sekali diayat 3:81. Allah telah mengambil perjanjian dari para nabi yang
mereka mestilah menyokong Rasul Allah yang dijanjikan yang akan datang selepas Muhammad
untuk menyucikan dan menyatukan mesej mesej mereka. Perjanjian ini telah mengambil tempat
sebelum terciptanya bumi, dan telah ditunaikan diMekkah Zul-Hijja 3, 1391 9 Dec. 21, 1971).
Jumlah bagi bulan Islam (12), dicampur dengan harinya (3), dicampur dengan tahunnya (1391)
Menjadi 1406, 19 x 74. Bukti yang mengkagumkan ini dapat mengenalkan kita kepada Rasul
Allah yang dijanjikan iaitu Rashad Khalifa yang telah diberikan buktinya diseluruh Quran
(Appendik 2 & 26).


  1. Sekumpulan dari mereka berkata, "Wahai orang orang Yathrib, kamu tidak akan mendapat
    kemenangan; pulang sajalah." Yang lainnya membuat alasan kepada nabi: "Rumah rumah
    kami terdedah kepada bahaya." Padahal rumah rumah mereka itu tidak terjejas. Mereka
    hanya hendak melarikan diri.
  2. Kalaulah musuh dapat menawan dan mengajak mereka untuk menyebelahi mereka, tentu
    sekali mereka akan menyebelahi musuh dengan tidak teragak agak lagi.
  3. Mereka telah berikrar kepada Allah pada masa lalu yang mereka itu tidak akan berpaling dan
    melarikan diri; membuat ikrar dengan Allah telah melibatkan tanggungjawab yang
    amat besar.
  4. Katakanlah, "Jika kamu lari, kamu tidak akan dapat lari dari kematian ataupun dari dibunuh.
    Walau apa pun yang akan terjadi, kamu hanya akan hidup sementara waktu saja lagi."
  5. Katakanlah, "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari Allah jika dikehendakiNya
    sebarang kesukaran, ataupun dikehendaki sebarang rahmat untuk kamu? "Mereka tidak
    akan dapat menemui, disamping Allah, sebarang Tuhan dan Tuan yang lain.
  6. Allah amat sedar tentang penghalang penghalang diantara kamu, dan orang orang yang
    berkata kepada rakan rakan seperjuangan mereka, "Marilah kita semua tinggal dibelakang.
    " Jarang sekali mereka itu bersiap sedia untuk mempertahankan.
  7. Juga, mereka itu amatlah kikir apabila berurusan dengan kamu. Jika sesuatu keadaan yang
    membahayakan komuniti, kau akan lihat dimata mata mereka itu penuh dengan ketakutan,
    seolah olah kematian telah pun datang kepada mereka. Apabila saja krisis itu telah berakhir,
    mereka akan menyindir kamu dengan lidah lidah mereka yang tajam itu. Mereka itu amat
    kikir dengan kekayaan mereka. Mereka ini bukanlah orang orang yang percaya, dan akibatnya,
    Allah telah membatalkan kerja kerja mereka. Ini amatlah mudah bagi Allah melakukannya.
  8. Mereka berfikir yang parti parti itu mungkin akan kembali semula. Dengan keadaan
    yang sedemikian, mereka berharapan supaya mereka dapat menghilang dipadang pasir, dan
    hanya mahu menanyakan berita berita tentang kamu dari jauh saja. Kalaulah sebenarnya parti
    parti itu menyerang kamu semasa mereka bersama sama kamu, mereka jarang sekali akan
    membantu kamu.

Kesanggupan Nabi*

  1. Rasul Allah telah menunjukkan contoh yang baik bagi orang orang diantara kamu yang ingin
    mencari Allah dan Hari Akhirat, dan sentiasa mengingati akan Allah.
  2. Apabila saja orang orang yang benar benar percaya nampak parti parti (yang bersedia untuk
    menyerang), mereka berkata, "Inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan rasulNya, dan Allah
    dan rasulNya itu adalah benar." (Situasi yang merbahaya) ini hanyalah menguatkan lagi
    keimanan mereka dan juga menambahkan penyerahan diri diri mereka (kepada Allah).
  3. Diantara orang orang yang percaya ada orang orang yang memenuhi ikrar mereka kepada
    Allah. Ada yang mati, sementara yang lainnya bersedia untuk berjuang, tidak sekali kali
    berbelah bagi.
  4. Allah tentu sekali akan memberikan ganjaran kepada orang orang yang benar kerana
    kebenaran mereka, dan akan menghukum orang orang hypokrit, jika sesungguhnya Dia
    kehendaki, ataupun menyelamatkan mereka. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang
    Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Di-Masa Muhammad

  1. Allah menolak orang orang yang ingkar dengan kemarahan mereka, dan mereka pergi
    dengan tangan kosong. Lantas Allah memelihara orang orang yang percaya itu dari
    sebarang pertempuran. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Perkasa lagi
    Maha Kuat.

*33:21 Syaitan telah menggunakan ayat ini luar dari konteknya, dan memberi kefahaman kepada
manusia supaya mengagungkan nabi Muhammad dengan membuat inovasi tentang undang undang
yang tercanggah dengan Quran yang digelar "Sunnah Nabi." Ciptaan ini amat bercanggahan sekali
dengan agama yang diajar oleh Allah (lihat 42:21 dan Appendik 18).


 

  1. Dia juga yang menjatuhkan pihak berikatan mereka diantara orang orang ahli kitab yang
    mempunyai kedudukan kedudukan yang mantap, dan meletakkan kegerunan didalam hati
    hati mereka. Ada dari mereka yang kamu bunuh, dan ada yang kamu jadikan orang orang
    tawanan.
  2. Dia jadikan kamu mewarisi tanah mereka, rumah rumah mereka, wang mereka dan tanah
    tanah yang belum pernah kamu menjejaknya. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang berkuasa
    dengan sepenuhnya akan segala sesuatu.

Tanggungjawab Yang
Istimewa Untuk Menjadi Rapat

  1. Wahai nabi, katakanlah kepada isteri isterimu, "Jika kamu inginkan kehidupan ini dan
    segala kemegahannya, maka biarlah aku membayarkan kamu dan mengizinkan kamu pergi
    dengan baik.
  2. "Tetapi jika kamu mencari Allah dan rasulNya, dan tempat tinggal diAkhirat, maka Allah
    telah sediakan untuk orang orang yang benar diantara kamu dengan ganjaran yang besar."

Tanggungjawab Yang Istimewa

  1. Wahai isteri isteri nabi, jika kamu komit dosa besar, hukumannya akan digandakan dua kali
    untuknya. Ini adalah mudah bagi Allah melakukannya.
  2. Sesiapa saja diantara kamu yang ta'at kepada Allah dan rasulNya, dan menjalani kehidupan
    yang benar, kami akan memberikan kepadanya ganjaran yang digandakan dua kali, dan
    kami telah sediakan untuknya rezeki yang mewah.

Menunjukkan Contoh Tauladan

  1. Wahai isteri isteri nabi, kamu tidaklah serupa seperti wanita wanita yang lainnya, jika
    kamu mengerjakan kebaikan. (Kamu mempunyai tanggungjawab yang lebih besar).
    Dari itu, janganlah kamu bercakap terlalu lembut, supaya orang orang yang berpenyakit
    dihati hati mereka itu tidak akan mendapat idea idea yang salah; kamu hanyalah boleh
    berkata kata berkenaan kebaikan saja.
  2. Kamu mestilah tinggal didalam rumah rumah kamu, dan janganlah kamu bercampur
    gaul sesama manusia dengan berlebih lebihan, sebagaimana yang pernah kamu lakukan
    dimasa masa kejahilan kamu dulu. Kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan
    memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan ta'ati Allah dan rasulNya. Allah inginkan
    supaya membersihkan ketidak sucian dari kamu, wahai orang orang yang tinggal disekililing
    Tempat Suci, dan untuk menyucikan kamu dengan sepenuhnya.
  3. Ingatlah apa yang telah dibacakan dirumah rumah kamu tentang revelasi revelasi Allah dan
    kebijaksanaan yang terdapat didalamnya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang
    Maha Mulia lagi Maha Perihatin.

Persamaan Di-Antara
Lelaki Dan Wanita

  1. Lelaki lelaki yang menyerah (kepada Allah), wanita wanita yang menyerah (kepada Allah),
    lelaki lelaki yang percaya, wanita wanita yang percaya, lelaki lelaki yang ta'at, wanita wanita
    yang ta'at, lelaki lelaki yang benar, wanita wanita yang benar, lelaki lelaki yang sabar, wanita
    wanita yang sabar, lelaki lelaki yang menghormati, wanita wanita yang menghormati, para
    penderma lelaki, para penderma wanita, lelaki lelaki yang berpuasa, wanita wanita yang
    berpuasa, lelaki lelaki yang suci, wanita wanita yang suci, dan lelaki lelaki yang mengagung
    -kan Allah selalu dan wanita wanita yang mengagungkan; Allah telah menyediakan untuk
    mereka pengampunan dan ganjaran yang besar.

Kesilapan Besar Yang Telah
Di-Komitkan Oleh Muhammad

Muhammad Sebagai Manusia Yang Tidak Ta'at
Muhammad Sebagai Seorang Rasul

  1. Tidak ada lelaki yang percaya ataupun wanita yang percaya, jika Allah dan rasulNya
    mengisukan sebarang perintah, mempunyai sebarang pilihan berkenaan perintah itu.
    Sesiapa saja yang tidak menta'ati Allah dan rasulNya telah tersesat jauh.
  2. Ingatlah yang kau berkata kepada seorang yang dirahmati oleh Allah, dan yang dirahmati
    olehmu, "Jagalah isterimu dan hormatilah Allah," dan kau sembunyikan didalam dirimu apa
    yang Allah mahu. Lantas, kau takutkan manusia sedangkan kau sepatutnya hanyalah takut
    kepada Allah. Apabila Zaid telah selesai dengan isterinya, kami menyuruh kau supaya
    berkahwin dengannya, supaya dijadikan sebagai tauladan yang lelaki dibolehkan mengahwini
    isteri yang telah diceraikan oleh anak angkatnya. Perintah Allah mestilah dilaksanakan.
  3. Nabi tidaklah mengkomit kesilapan dengan melakukan segala gala yang dijadikan sah oleh
    Allah. Demikian itu adalah sistem Allah sejak generasi generasi yang dahulu lagi.
    Sesungguhnya, perintah Allah adalah satu kewajipan yang suci.
  4. Orang orang yang menyampaikan mesej mesej Allah, dan yang menghormatiNya sahaja,
    mestinya jangan sekali kali takutkan sesiapapun melainkan Allah. Sesungguhnya, Allah
    amat cekap apabila menghitung.

Bukannya Rasul Yang Terakhir*

  1. Muhammad bukanlah bapa kepada sebarang laki laki diantara kamu. Dia adalah rasul Allah
    dan penutup bagi sekelian para nabi. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala suatu.
  2. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah mengingati Allah selalu.*
  3. Kamu mestilah mengagungkanNya siang dan malam.
  4. Dia Sahajalah yang menolong kamu, bersama sama dengan para malaikatNya, untuk
    membimbingkan kamu keluar dari kegelapan menuju kepada cahaya. Sesungguhnya, Dialah
    yang Maha Penyayang terhadap orang orang yang percaya.
  5. Sapaan mereka dihari apabila mereka bertemu denganNya adalah, "Sejahtera," dan Dia telah
    sediakan untuk mereka ganjaran yang mewah.
  6. Wahai nabi, kami telah menghantar kau sebagai saksi, pembawa bagi berita berita baik,
    bagitu juga sebagai pemberi amaran.
  7. Menjemput kepada Allah, dengan mengikuti kehendakNya, dan membimbing dan petunjuk.
  8. Sampaikanlah berita berita baik kepada orang orang yang percaya, yang mereka itu berhak
    untuk mendapatkan dari Allah rahmat yang amat besar.
  9. Janganlah menta'ati orang orang yang ingkar dan orang orang hypokrit, jangan pedulikan
    segala sindiran mereka, dan letakkan kepercayaan kamu kepada Allah; sesungguhnya,
    cukuplah Allah sebagai penyokong.

Undang Undang Perkahwinan

  1. Wahai orang orang yang percaya, jika kamu mengahwini wanita wanita yang percaya,
    lalu menceraikan mereka sebelum mengadakan perhubungan seks dengan mereka, mereka
    tidaklah berhutang dengan kamu untuk menunggu masa iddahnya (sebelum mengahwini
    lelaki lain). Kamu mestilah memberikan bayaran ganti rugi dengan saksamanya, dan
    biarkanlah mereka pergi dengan baik.

 

*33:40 Walaupun telah diberikan penjelasan berkenaan Muhammad, yang nabi Muhammad itu
adalah nabi yang terakhir tetapi bukannya rasul yang terakhir. Tetapi kebiasaan manusia untuk
mengingkarkan sebagai mana yang dapat kita lihat diayat 40:34. Orang orang yang benar benar
percayakan Allah, sedar yang Allah tentunya menghantarkan rasul untuk menyucikan dan
menyatukan kesemua manusia. Dengan adanya Rasul Allah yang dijanjikan selepas nabi terakhir Muhammad (3:81, 33:7).

*33: 41-42 Tuhan kamu adalah apa yang tersemat difikiran kamu disepanjang waktu. Lantaran itu
mengikuti perintah dan mengingati Allah dan mengagungkanNya siang dan malam sangat
diperlukan untuk mengelakkan diri dari tipu daya syaitan. Lihat Appendik 27.


 

  1. Wahai nabi, kami menjadikan halal bagimu keatas isteri isterimu yang mana kau telah
    membayar mas kahwin mereka, ataupun apa yang kau telah punyai, yang telah diizinkan untuk
    -mu oleh Allah. Dan juga sah bagimu untuk mengahwini anak anak perempuan adik beradik
    lelaki kepada bapamu, anak anak perempuan adik beradik perempuan kepada bapamu, anak
    anak perempuan adik beradik lelaki kepada ibumu, anak anak perempuan adik beradik
    perempuan kepada ibumu, dan yang berhijrah bersama samamu. Juga, jika perempuan yang
    percaya memberikan dirinya kepada nabi dengan- merelakan mas kahwinnya - nabi bolehlah
    mengahwininya dengan tidak perlu membayarkan mas kahwin, jika sekiranya dia setuju.
    Bagaimanapun, kerelaannya berkenaan mas kahwin hanyalah diizinkan bagi nabi sahaja, dan
    bukannya untuk orang orang percaya yang lain. Kami telah mendekrikan hak hak mereka
    berkenaan pasangan pasangan mereka ataupun apa yang mereka telah punyai. Ini adalah untuk
    memeliharakan kamu dari rasa malu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun
    lagi Maha Penyayang.
  2. Kamu bolehlah berlaku lemah lembut untuk menjauhi salah seorang dari mereka, dan
    kau bolehlah mendekati salah seorang dari mereka. Jika kau berbaik semula dengan salah
    seorang yang kau telah renggangkan, kamu tidak mengkomit kesilapan. Dengan cara ini,
    mereka akan berasa gembira, tidak akan menderita, dan akan merasa puas hati dengan apa
    yang kau aturkan dengan adilnya untuk mereka. Allah tahu apa yang ada didalam hati hati
    kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
  3. Disebalik kategori yang disebutkan kepada kau, kau tidak dilarang untuk mengahwini
    sebarang wanita wanita yang lainnya, dan tidak juga boleh kau menggantikan isteri yang
    baru (dari kategori kategori yang dilarang), walaupun kau amat tertarik dengan kecantikan
    mereka. Kau mestilah berpuas hati dengan apa yang telah dihalalkan untuk kamu.
    Sesungguhnya, Allah amat melihat akan segala sesuatu.

Etiket

  1. Wahai orang orang yang percaya, janganlah masuk dirumah rumah nabi melainkan jika
    kamu diberikan keizinan untuk makan, dan janganlah kamu memaksakan untuk dijemput
    dengan cara apapun. Jika kamu dijemput, bolehlah kamu masuk. Apabila kamu sudah selesai
    makan, kamu mestilah pulang; janganlah mengadakan perbualan yang berlarutan. Ini akan
    mengganggukan nabi, dan dia amatlah malu untuk memberitahukan kamu. Tetapi Allah
    tidaklah malu untuk menyatakan kebenaran. Jika kamu hendak menanyakan sesuatu kepada
    isteri isterinya, tanyalah mereka dibelakang sekatan. Ini adalah lebih suci bagi hati hati kamu
    dan juga hati hati mereka. Janganlah kamu menyinggung perasaan rasul Allah. Kamu tidak
    boleh mengahwini isteri isterinya selepas dia, kerana ini akan menjadi suatu kesalahan yang
    besar disisi Allah.*
  2. Sama ada kamu mengumumkan suatu apapun ataupun menyembunyikannya, Allah amat
    mengetahui akan segala sesuatu.
  3. Wanita wanita bolehlah meringkaskan (pakaian mereka) disekitaran bapa bapa mereka,
    anak anak lelaki mereka, saudara saudara lelaki mereka, anak anak lelaki saudara saudara
    lelaki mereka, anak anak lelaki saudara saudara perempuan mereka, dan wanita wanita
    lainnya, dan pembantu pembantu (perempuan) mereka. Mereka mestilah menghormati
    Allah. Sesungguhnya, Allah menyaksikan segala galanya.

*33:53 Kita telah dilarang diayat 4:22 dari mengahwini wanita wanita yang telah dikahwini oleh
bapa bapa kita. Tidak juga yang bapa bapa boleh mengahwini wanita wanita yang telah diceraikan
oleh anak anak lelakinya (4:23). Perintah yang suci ini adalah untuk mengekalkan penghormatan
kita kepada bapa bapa kita berkenaan rahsia keperibadian mereka. Begitu juga dengan nabi, beliau
adalah bapa kepada orang orang yang percaya pada zamannya. Demi untuk kebaikan orang orang
yang percaya pada masa nabi, Allah melarang mereka dari mengahwini isteri isteri nabi selepas
beliau. Perkahwinan adalah suci dan perhubungan keperibadian nabi semestinya berikan
hak yang istimewa untuk dirahsiakan oleh nabi sendiri.


Semasa Kehidupan Nabi*

  1. Allah dan para malaikatNya menolong dan menyokong nabi. Wahai orang orang yang
    percaya, kamu mestilah tolong dan sokong dia, dan ambil beratlah terhadapnya sebagaimana
    sepatutnya dia mestilah diberikan perhatian.
  2. Tentu sekali, sesiapa yang menentang Allah dan rasulNya, Allah akan mengenakan
    sumpahan kepada mereka dikehidupan ini, dan diAkhirat kelak; Dia telah sediakan untuk
    mereka hukuman yang memalukan.
  3. Orang orang yang menyiksa lelaki lelaki yang percaya dan wanita wanita yang percaya,
    yang tidak melakukan apa apa kesalahan, telah komit bukan saja kepalsuan, tetapi juga
    dosa yang amat besar.

Pakaian Untuk Wanita Wanita

  1. Wahai nabi, katakanlah kepada isteri isteri kamu, anak anak perempuan kamu, dan isteri
    isteri bagi orang orang percaya yang mereka itu mestilah memanjangkan pakaian pakaian
    mereka. Lantas, mereka akan dikenali (sebagai wanita yang benar) dan akan terhindar dari
    disakiti. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
  2. Melainkan jika orang orang hypokrit, dan orang orang yang mempunyai penyakit dihati
    hati mereka, dan pembohong pembohong yang kejam dari bandar yang berterusan
    (dari menyeksa kamu), kami akan tentu sekali memberikan kamu kekuasaan, lalu mereka
    akan dipaksa untuk keluar dalam masa yang tidak lama lagi.
  3. Mereka akan menerima kutukkan dimana saja mereka pergi; (melainkan jika mereka
    berhenti dari menyerang kamu) mereka bolehlah ditahan ataupun dibunuh.
  4. Ini adalah sistem Allah yang berkekalan, dan kamu akan dapati bahawasanya sistem
    Allah itu tidak pernah berubah."

Akhirnya Dunia Di-Dedahkan*

  1. Manusia menanyakan kepadamu tentang Waktu (akhirnya dunia). Katakanlah, "Ilmu
    pengetahuan tentangnya adalah bersama Allah. Bagi segala apa yang kamu ketahui, Waktu
    itu mungkin sudah dekat."

Pengikut Pengikut Berpaling Dari
Ketua Ketua Mereka

  1. Allah telah mengutuk orang orang yang ingkar, dan telah menyediakan untuk mereka
    Neraka.
  2. Mereka akan tinggal didalamnya untuk selama lamanya. Mereka akan dapati tiada Tuhan,
    dan juga penyokong.
  3. Dihari yang mereka itu akan dibuangkan kedalam Neraka, mereka akan berkata, "Oh, kami
    ingin kalaulah kami menta'ati Allah, dan menta'ati rasul."
  4. Mereka juga akan berkata, "Tuhan kami, kami telah menta'ati tuan tuan dan ketua ketua
    kami, tetapi mereka telah menyesatkan kami.
  5. "Tuhan kami, berikanlah mereka hukuman yang dua kali ganda, dan sumpahkanlah mereka
    dengan sumpahan yang amat dahsyat sekali."
  6. Wahai orang orang yang percaya, janganlah jadi seperti orang orang yang menyakiti Musa,
    lalu Allah membebaskannya dari apa yang mereka katakan. Dia adalah disisi Allah, seorang
    yang mulia.
  7. Wahai orang orang yang percaya, hormatilah Allah dan cakaplah hanya dengan percakapan
    yang betul.

*33:56 Perkataan "Nabi" konsistennya ditujukan hanya kepada Muhammad semasa kehidupannya.
Syaitan telah menggunakan ayat ini untuk menghasut semua Muslim supaya mengagungkan
Muhammad setiap waktu, daripada mengagungkan Allah sebagaimana yang telah dijelaskan
diayat 33:41-42.

*33:63 Lebih kurang centeri yang lalu, Allah sahajalah yang memberikan ilmu pengetahuan tentang
television dan space satellites, sebagai contoh. Dia memberikan ilmu pengetahuanNya pada masa
yang telah ditentukan. Begitu juga dengan akhirnya dunia, Allah akan terangkan pada masa
yang telah ditentukan (Appendik 25).


  1. Barulah Dia akan membaikikan kerja kerja kamu, dan mengampuni dosa dosa kamu.
    Sesiapa yang menta'ati Allah dan rasulNya telah berjaya dengan kejayaan yang terbesar.

Kebebasan Memilih

  1. Kami telah menawarkan tanggungjawab (bagi kebebasan memilih) kepada sekelian
    cekrawala dan bumi,dan gunung gunung, tetapi semuanya menolak dari tanggungan itu,
    dan amat takut terhadapnya, tetapi manusia menerimanya; dialah orang yang melampaui
    batas, dan penuh kejahilan.*
  2. Tidak dapat dielakkan lagi yang Allah akan menghukumkan lelaki lelaki yang hypokrit
    dan perempuan perempuan hypokrit, dan lelaki lelaki yang menyekutukan (Allah) dan
    perempuan perempuan yang menyekutukan. Allah menyelamatkan lelaki lelaki percaya dan
    perempuan perempuan yang percaya. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang
    Maha Pengampun lagi yang Maha Penyayang.

*33:72 Binatang binatang, pokok pokok, bintang bintang, dll. Mengambil kesempatan dari
tawaran yang amat pengasih ini. Lihat Appendik 7.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org