Surah 32: Al-Sajdah
Sujud  1 - 30.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

  1. A. L. M.* (Alif. Lam. Mim.)
  2. Buku yang tidak ada keraguan tentangnya, sebuah revelasi dari Tuhan semesta alam.
  3. Mereka berkata, "Dia mengada adakannya." Sesungguhnya, ini adalah kebenaran dari Tuhan
    kamu, untuk memberikan amaran kepada manusia yang tidak pernah menerima pemberi
    amaran sebelummu, supaya mereka mendapat bimbingan.

Tidak Ada Pengantara
Di-Antara Allah Dan Kamu

  1. Allah Sahajalah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara
    keduanya selama enam hari, dan memegang kesemua autoriti. Kamu tidak mempunyai apa
    pun disampingNya sebagai Tuhan, dan tidak juga bagi kamu mempunyai seorang perantara.
    Tidakkah kamu mahu mengambil perhatian?
  2. Segala urusan adalah dikuasai olehNya dari cekrawala dan bumi. KepadaNya, sehari adalah
    bersamaan seribu tahun kamu.
  3. Yang Mengetahui segala gala rahsia dan pengumuman pengumuman; Yang Maha Kuat
    Lagi Maha Penyayang.

Asalnya Manusia

  1. Dia Sahajalah yang menyempurnakan setiap suatu ciptaanNya, dan memulakan dengan
    menciptakan manusia dari tanah liat.
  2. Lalu Dia meneruskan kejadiannya melalui sesuatu cecair yang rendah.
  1. Dia membentuknya dan meniup kedalam dari rohNya. Dan Dia memberikan kamu
    pendengaran, penglihatan dan 'akal fikiran; jarang sekali kamu berterima kasih dengannya.
  2. Mereka merasa hairan, "Sesudah kami hilang dari bumi, adakah kami akan diciptakan
    semula?" Lantas, berkenaan pertemuan dengan Tuhan mereka, mereka itu adalah orang
    orang yang ingkar.
  3. Katakanlah, "Kamu akan dimatikan oleh malaikat yang ditugaskan ditempat kamu, kemudian
    kepada Tuhan kamu sahajalah kamu akan dikembalikan."

Sudah Terlambat

  1. Jika hanya kalau kamu dapat melihatkan bagaimana orang orang yang bersalah itu apabila
    mereka tundukkan kepala kepala mereka kebawah dihadapan Tuhan mereka: "Tuhan kami,
    sekarang kami telah melihat dan kami telah mendengar. Hantarkanlah kami kembali dan
    kami akan berlaku benar. Kerana sekarang ini kami telah mendapat kepastian."*
     
  2. Jika kami kehendaki, kami tentunya boleh memberikan tiap tiap rohnya bimbingan, tetapi
    itu telah ditetapkan bahwa Aku akan penuhkan Neraka dengan para jin dan manusia,
    semua sekali.*
  3. Rasakanlah akibatnya dihari ini kerana kamu telah melupakannya; sekarang kami telah
    lupakan kamu. Kamu telah dikenakan hukuman yang bekekalan sebagai balasan bagi
    kerja kerja kamu sendiri.

*32:1 Maknanya bagi huruf huruf ini telah diberikan diayat 2: :"Buku ini tidak ada keraguan
tentangnya, sebuah revelasi dari Tuhan semesta alam." Lihat Appendik 1 untuk penjelasan.

*32:13 Jika dihantarkan kembali mereka akan mengkomit kejahatan yang sama. Lihat nota kaki
6:28.

*32:12 Kebanyakan dari manusia "berkeras" untuk keNeraka, dengan memilih mengingkarkan
Allah dan berterusan melakukan kejahatan. Allah tidak pernah memasukkan seorang pun
kedalam Neraka.
Sesiapa yang gagal untuk menebuskan dosa dosa mereka yang menyekutukan
Allah, dan tidak mahu mengabdikan diri diri mereka kepada Allah Sahaja, dan gagal untuk
menyuburkan roh roh mereka melalui amalan yang telah diperintahkan oleh Pencipta kita, akan
membawa dan merelakan diri diri mereka sendiri keNeraka. Mereka terlalu lemah untuk
mengadapi kehadiran kekuasaan Allah yang berupa fizikal.


 

  1. Hanyalah orang orang yang benar benar percaya kepada revelasi revelasi kami mereka itu
    adalah orang orang yang jatuh sujud apabila mendengarnya. Mereka mengagungkan dan
    memuji Tuhan mereka, dengan tidak ada sedikit pun kesombongan.
  2. Tubuh badan mereka bersedia untuk meninggalkan tempat tempat tidur mereka, supaya dapat menyembah Tuhan mereka, dengan penuh penghormatan dan harapan, dan dari peruntukkan peruntukkan kami kepada mereka, mereka mendermakan.

Syurga: Tidak Dapat
Di-Perikan Kecantikannya

  1. Kamu tidak mempunyai idea bagaimana betapa nikmat dan kegirangan yang menantikan
    kamu sebagai ganjaran bagi kerja kerja (baik) kamu.
  2. Adakah seorang yang pecaya disamakan dengan seorang yang zalim? Mereka tidaklah sama.
  3. Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, mereka berhak
    mendapatkan Syurga yang berkekalan. Demikian itulah tempat tinggal mereka, sebagai
    balasan bagi kerja kerja mereka.
  4. Bagi orang orang yang zalim, destini mereka adalah Neraka. Setiap kali mereka cuba
    meninggalkannya,, mereka akan dipaksa balik. Mereka akan dikatakan, "Rasakanlah azab
    Neraka yang kamu pernah mengingkarkan."

Ambil Ingatan

  1. Kami biarkan mereka merasai siksaan yang kecil (didunia ini), sebelum mereka merasakan
    hukuman yang lebih besar (Akhirat), supaya mereka dapat (mengambil peringatan) dan
    membaiki diri.
     
  2. Siapakah yang paling zalim dari seorang yang apabila diingatkan dengan revelasi revelasi
    ini dari Tuhannya, dan berdegil dengan tidak mempedulikannya? Kami tentu sekali akan
    menghukum orang orang yang bersalah.
  3. Kami telah berikan Musa sebuah kitab - janganlah menyimpan sebarang keraguan tentang
    pertemuan denganNya - dan kami menjadikannya petunjuk bagi bani Israil.
  4. Kami melantik diantara mereka imam imam yang membimbing dengan mengikuti perintah
    perintah dari kami, kerana mereka itu sabar serta tabah hati dan telah mencapai keyakinan
    berkenaan revelasi revelasi kami.
  5. Hanya Tuhan engkau Sahajalah yang akan mengadili mereka diHari Kebangkitan kelak,
    berkenaan segala apa yang mereka pertikaikan.
  6. Tidakkah terlintas difikiran mereka berapa banyak generasi generasi yang telah kami
    hapuskan sebelum mereka? Mereka sekarang ini tinggal dan berjalan dirumah rumah
    keturunan keturunan mereka. Ini sepatutnya menjadi bukti bukti yang cukup. Tidakkah
    mereka dengar?
  7. Tidakkah mereka sedar yang kami membawa air ketempat tanah yang kering, dan
    mengeluarkan tanam tanaman dengannya untuk memberikan makanan kepada ternakkan
    mereka, begitu juga mereka sendiri? Tidakkah mereka melihat?
  8. Mereka mencabar: "Dimanakah kemenangan itu, jika sememangnya kamu yang benar?"
  9. Katakanlah, "Dihari apabila kemenangan itu datang, kepercayaan tidak akan memanfaatkan
    orang orang yang ingkar sebelum itu, dan tidak juga mereka itu akan diberikan peluang
    sekali lagi."
  10. Dari itu, janganlah pedulikan mereka dan tunggulah, mereka juga akan menunggukan.

homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org