Surah 31: Luqman
Luqman  1 - 34.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

  1. A. L. M.* (Alif. Lam. Mim)
  2. (Huruf huruf) ini membentukkan bukti bukti bagi buku yang mempunyai
    hikmah (Kebijaksanaan).
  3. Petunjuk dan belas kasih untuk orang orang yang benar.
  4. Yang Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat),
    dan berkenaan Akhirat, mereka benar benar yakin.
  5. Mereka mengikuti petunjuk dari Tuhan mereka, dan mereka adalah pemenang pemenang.
  6. Diantara manusia, ada yang memegang Hadis yang tidak berasas, lantaran itu menyesatkan
    yang lainnya dari jalan Allah dengan tidak berilmu pengetahuan, dan mengambil mudah saja.
    Mereka ini akan menerima hukuman yang menghinakan.
  7. Dan apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada salah seorang dari mereka, dianya
    berpaling dengan kesombongan seolah olah dia tidak pernah mendengarkannya, seolah olah
    telinga telinganya adalah tuli. Janjikanlah dia dengan hukuman yang menyakitkan.

*31:1 Lihat Appendik 1tugas yang mustahak bagi huruf huruf permulaan ini.


 

  1. Tentu sekali, orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar telah berhak
    untuk mendapatkan taman taman yang indah.
  2. Mereka akan tinggal didalamnya untuk selama lamanya. Ini adalah janji yang benar dari
    Allah. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.
  3. Dia menciptakan sekelian cekrawala dengan tidak bertiang tiang yang mana kamu dapat
    melihatnya. Dia memantapkan diatas bumi penstabil penstabil (gunung gunung) supaya ianya
    tidak runtuh bersama sama kamu, dan Dia merebakkan diatasnya berbagai macam makhluk
    makhluk. Kami turunkan dari langit air untuk menumbuhkan berbagai macam tumbuh
    tumbuhan yang cantik cantik.
  4. Demikian itulah ciptaan dari Allah; tunjukkan kepadaku apa yang pujaan pujaan yang
    kamu ada adakan disampingNya itu telah menciptakan. Sesungguhnya, orang orang yang
    melampaui batas itulah yang telah tersesat jauh.

Kebijaksaan Luqman

  1. Kami telah memberikan Luqman kebijaksaan: "Kamu mestilah bersyukur kepada Allah."
    Sesiapa saja yang bersyukur hanyalah bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri. Bagi orang
    orang yang berpaling dari menyukurinya, Allah tidak memerlukannya, Maha Terpuji.

  

  1. Ingatlah apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, untuk mengajarnya, "Wahai anak
    lelakiku, janganlah mengadakan sebarang pujaan pujaan disamping Allah; sesungguhnya
    menyekutukan (Allah) adalah ketidak adilan yang terbesar."*

Rukun Yang Kedua

  1. Kami perintahkan manusia supaya memuliakan ibu bapa ibu bapanya. Ibunya mengandung
    -kan dia, dan kandungan itu menjadi berat dan bertambah berat. Ianya mengambil dua tahun
    (dalam jagaan rapi) sehinggalah bercerai susu. Kamu mestilah bersyukur kepadaKu, dan ibu
    bapa ibu bapa kamu. KepadaKu sahajalah destini yang terakhir.
  2. Jika mereka cuba memaksakan kau supaya mengadakan sebarang pujaan pujaan disamping
    -Ku, janganlah menta'ati mereka. Tetapi berterusanlah melayan mereka dengan sebaik
    baiknya didunia ini. Kamu mestilah mengikuti jalan orang orang yang telah menyerahkan
    diri diri mereka kepadaKu. Akhirnya, kamu semua akan kembali kepadaKu, lalu akan Aku
    beritahukan kepada kamu segala apa yang telah kamu lakukan.

Nasihat Dari Luqman

  1. "Wahai anakku, ketahuilah walaupun suatu perkara yang sekecil biji sawi, jauh didalam
    batu, biar pun ianya disekelian cekrawala ataupun dibumi, Allah akan mengeluarkannya.
    Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mulia lagi Maha Perhatin.
  2. "Wahai anak lelakiku, kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat). Kamu mestilah
    menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan, dan sentiasalah bersabar dalam
    menghadapi kesukaran. Ini semua adalah sikap yang termulia.
  3. "Janganlah kamu berkelakuan sombong terhadap manusia, dan janganlah juga kamu
    menjelajah dimuka bumi dengan bermegah megah. Sesungguhnya Allah tidak suka orang
    orang sombong yang menunjuk nunjuk.
  4. "Berjalanlah dengan merendahkan diri dan rendahkan suaramu - seburuk buruk suara adalah
    suara keldai."
  5. Tidakkah kamu lihat yang Allah telah komitkan untuk kamu servis dari segala apa yang
    disekelian cekrawala dan bumi, dan telah mencucuri kamu dengan rahmat dariNya - terang
    terangan dan yang tersembunyi? Namun, ada dari manusia yang bertengkar berkenaan Allah
    tanpa berilmu pengetahuan, dengan tidak dapat bimbingan, dan dengan tidak mendapatkan
    penerangan dari kitab.

Mengikut Ibu Bapa
Ibu Bapa Membuta Tuli:
Tragidi Yang Biasa

  1. Apabila mereka dikatakan, "Ikutlah revelasi revelasi dari Allah ini," mereka berkata, "Tidak,
    kami hanyalah mengikuti apa yang kami dapati dilakukan oleh ibu bapa ibu bapa kami."
    Bagaimana kalau syaitan yang mengarahkan mereka kepada siksaan Neraka?

31:13 Apakah perasaan anda jika sekiranya anda menjaga seorang bayi, berikan kepadanya ilmu
pengetahuan yang terbaik, dan berikan persedian untuk masa depan, akhirnya dia berpaling dan
bersyukur kepada orang lain bukannya anda? Tentunya ini adalah satu penyekutuan dan ketidak
adilan.


Ikatan Yang Terkuat

  1. Orang orang yang menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuhnya kepada Allah,
    sementara menjalani kehidupan yang benar, telah berpegang kepada ikatan yang paling kuat.
    Kerana Allah yang menguasai dengan sepenuhnya akan segala suatu.
  2. Bagi orang orang yang ingkar, janganlah bersedih dengan keingkaran mereka. Kepada kami
    sahajalah tempat kembali mereka yang terakhir, lalu akan kami beritahukan mereka segala
    apa yang telah mereka lakukan. Sesungguhnya, Allah amat sedar segala apa yang terpendam
    jauh didalam fikiran mereka.
  3. Kami biarkan mereka bergembira untuk sementara waktu, lalu komitkan mereka kepada
    siksaan yang dahsyat.

Mereka Percaya Kepada Allah

  1. Jika kamu tanyakan mereka, "Siapakah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi,"
    mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala kepujian bagi Allah." Namun,
    kebanyakan dari mereka itu tidak mengetahuinya.
  2. Kepunyaan Allah segala galanya disekelian cekrawala dan bumi. Sesungguhnya, Allah
    sahajalah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Inilah Segala Perkataan
Perkatan Yang Kita Perlukan

  1. Jika kesemuanya pokok pokok dibumi dijadikan pena pena, dan lautan bertukar menjadi
    tinta, dan ditambahkan dengan tujuh lagi lautan, perkataan perkataan Allah tidak akan
    kehabisan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha kuat lagi Maha Bijaksana.
  2. Ciptaan dan kebangkitan bagi kesemuanya kamu adalah sama sepertinya seorang.
    Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Allah Sahajalah Wajar Di-Sembah.

  1. Tidakkah kamu sedar yang Allah memasukkan malam kepada siang hari dan memasukan
    siang hari kepada malam, dan Dia telah komitkan matahari dan bulan untuk menjalankan
    servisnya kepada kamu, masing masing berjalan diorbitnya sendiri sampai masa yang telah
    ditetapkan, dan Allah amat perihatin atas segala apa yang kamu lakukan?
  2. Ini membuktikan yang Allah adalah benar, sementara sebarang pujaan pujaan yang mereka
    ada adakan disampingNya itu adalah kepalsuan, dan sesungguhnya, Allah sahajalah yang
    Maha Tinggi lagi Maha Besar.
  3. Tidakkah kamu lihat yang kapal kapal belayar diatas laut, membawa peruntukkan peruntuk
    -kan dari Allah, untuk menunjukkan kepada kamu beberapa bukti buktiNya? Sesungguhnya,
    ini semua sepatutnya dijadikan bukti bukti yang cukup bagi sesiapa saja yang sabar dan
    yang tahu bersyukur.
  4. Apabila ombak ombak yang kencang mengelilingi mereka, mereka bermohon kepada Allah,
    dengan mengabdikan doa' doa' mereka dengan penuh keikhlasan kepadaNya sahaja. Tetapi
    sejurus saja Dia menyelamatkan mereka kepantai, ada diantara mereka berpaling. Tidak ada
    siapa yang berpaling dari revelasi revelasi kami melainkan orang orang yang khianat, dan
    yang tidak tahu bersyukur.

 

  1. Wahai manusia, kamu mestilah menghormati Tuhan kamu, dan takutlah akan harinya
    apabila bapa tidak akan dapat menolong anaknya sendiri, dan tidak juga sianak dapat
    menolong bapanya.Tentu sekali, perjanjian Allah itu adalah benar. Dari itu, janganlah
    dilalaikan oleh kehidupan ini; dan janganlah dilalaikan dari Allah hanya kerana illusi.

Perkara Perkara Yang Boleh
Jadi Kita Tahu Ataupun
Boleh Jadi Tidak*

  1. Disisi Allah ada segala ilmu pengetahuan berkenaan Waktu (akhirnya dunia).* Dia sahaja
    -lah yang menurunkan hujan, dan Dia sahajalah yang mengetahui kandungan kandungan
    didalam rahim. Tidak ada satu roh pun yang akan ketahui apa yang akan berlaku keatasnya
    pada keesok hari, dan tidak ada sesiapa pun yang mengetahui bumi manakah yang dia
    (lelaki) dan dia (perempuan) akan mati. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang
    Maha Mengetahui lagi Maha Perihatin.

*31:34 Allah menurunkan ilmuNya dimana saja Dia kehendaki. Kami pelajari dari ayat ini kita
mungkin akan dapat meramalkan kedatangan hujan, dan jantina fetus. Tetapi kita tidak akan dapat
tahu masa dan tempat kematian kita. Menurut ayat 72:27, Allah telah menerangkan berkenaan
akhirnya dunia kepada Rasul Allah yang dijanjikan. Lihat 15:87, 20:15, dan Appendik 25 untuk
penjelasan.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org