Surah 30: Al-Room.
Orang Orang Rom   1 - 60.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

  1. A. L. M.* (Alif. Lam. Mim.)
  2. Pasti sekali orang orang Rom akan dikalahkan.
  3. Dibumi yang terdekat. Selepas kekalahan mereka, mereka akan bangkit kembali dengan
    kemenangan.

*30 Lihat Appendik 1 untuk penjelasan yang lengkap bagi huruf huruf permulaan yang terdahulu
lagi misteri.


  1. Didalam beberapa tahun. Demikianlah keputusan dari Allah, bagi kedua duanya didalam
    ramalan yang pertama, dan kedua. Pada hari itu, orang orang yang percaya akan kegirangan.
  2. Dengan kemenangan dari Allah. Dia memberikan kemenangan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

Terlalu Asyik Dengan
Kehidupan Yang Salah

  1. Demikian itulah perjanjian Allah - dan Allah tidak pernah memungkiri janjiNya - tetapi
    kebanyakan manusia tidak ketahui.
  2. Mereka hanya mengambil berat tentang perkara perkara dunia yang dapat dilihat oleh mereka,
    sementara, tidak sedar sepenuhnya dengan Akhirat.
  3. Kenapa tidak mereka merenungkan keadaan diri mereka sendiri? Allah tidak menciptakan
    sekelian cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara keduanya itu, melainkan dengan tujuan
    yang tertentu, dan ajal kehidupan yang telah ditetapkan. Bagaimana pun, kebanyakan dari
    manusia, berkenaan pertemuan dengan Tuhan mereka, tetap mengingkarinya.
  4. Tidakkah mereka menjelajah dimuka bumi dan perhatikan akibatnya orang orang yang
    terdahulu dari mereka? Mereka pernah menjadi lebih berkuasa, lebih mewah,dan lebih lagi
    produktif dibumi. Para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa tanda tanda
    yang jelas. Akibatnya, bukan Allah Sahajalah yang menyalahkan mereka, sebaliknya, mereka
    yang telah menzalimi roh roh mereka sendiri.
  5. Akibatnya bagi orang orang yang komit kejahatan pastilah akan mendapatkan kejahatan juga.
    Itu adalah kerana mereka mengingkari revelasi revelasi Allah, dan mencemuhkannya.

Pemuja Pemuja Akan Menafikan
Pujaan Pujaan Mereka

  1. Allah Sahajalah yang meinisiasikan ciptaan dan mengulanginya. Akhirnya, kepadaNya sajalah
    kamu akan dikembalikan.
     
  2. Pada hari apabila Waktu itu berlaku, orang orang yang bersalah akan terperanjat.
  3. Pujaan Pujaan mereka tidak akan mempunyai kuasa untuk menjamin bagi pihak mereka;
    sebaliknya, mereka akan menafikan pujaan pujaan mereka.
  4. Pada hari apabila Waktu itu berlaku, mereka akan menjadi golongan yang berpisah.
  5. Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, mereka akan berada
    diSyurga, kegirangan.
  6. Bagi orang orang yang ingkar, dan mengingkari revelasi revelasi kami dan pertemuan
    diAkhirat, mereka akan berkekalan dengan siksaan untuk selama lamanya.

Ingatlah Allah Selalu

  1. Dari itu, kamu mestilah mengagungkan Allah apabila kamu berehat diwaktu malam, dan
    apabila kamu bangun diwaktu pagi.
    |
  2. Segala kepujian adalah hanya untukNya disekelian cekrawala dan bumi, sepanjang malam
    hari, begitu juga dipertengahan hari bagi kamu.
  3. Dia menjadikan hidup dari yang mati, dan menjadikan mati dari yang hidup, dan Dia
    menghidupkan semula tanah setelah ianya mati; kamu adalah serupa cara kebangkitannya.

Perkahwinan: Institusi Ilahi

  1. Diantara bukti buktiNya adalah yang Dia menciptakan kamu dari debu, dan kamu yang
    membiakkan manusia.
  1. Diantara bukti buktiNya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan pasangan dari
    kalangan kamu sendiri, supaya mendapatkan ketenangan dan rasa puas hati diantara satu
    sama lainnya, dan Dia letakkan didalam hati hati kamu rasa kasih dan penjagaan terhadap
    pasangan pasangan kamu. Didalam ini, ada terdapat beberapa bukti bukti yang cukup bagi
    manusia yang boleh memikirkan.

Banyak Lagi Bukti Bukti

  1. Diantara bukti buktiNya adalah penciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan berlainan
    dalam tuturan bahasa kamu dan warna warna kamu. Ini, adalah tanda tanda bagi orang orang
    yang mempunyai ilmu pengetahuan.
  2. Diantara bukti buktiNya adalah apabila kamu tidur diwaktu malam ataupun siang hari, dan
    pekerjaan yang kamu jalankan untuk mendapatkan rezeki rezeki dariNya. Dalam keadaan ini,
    ada tanda tanda yang cukup bagi orang orang yang dapat mendengarkan.
  3. Diantara bukti buktiNya adalah yang Dia menunjukkan kamu petir sebagai sumber ketakutan,
    dan juga harapan, dan kemudian Dia menghantarkan air dari langit untuk menghidupkan
    semula tanah yang sudah mati. Dalam ini, adalah tanda tanda yang cukup bagi orang orang
    yang faham.
  4. Diantara bukti buktiNya adalah cekrawala dan bumi sedang berdiri mengikut pengaturanNya.
    Akhir sekali, apabila Dia memanggil kamu keluar dari bumi, dengan satu panggilan saja,
    kamu akan keluar dengan segera.
     
  5. KepunyaanNya segala apa yang berada disekelian cekrawala dan bumi; kesemuanya tunduk
    menuruti perintah dariNya.
  6. Dan Dialah Sahaja yang meinisiasikan segala ciptaan, kemudian mengulanginya; bahkan ini
    adalah lebih mudah bagiNya. KepunyaanNya persamaan yang amat menakjubkan, disekelian
    cekrawala dan bumi, dan sesungguhnya, Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

Penyekutuan
Yang Tidak Munasabah

  1. Dia tunjukkan kepada kamu contoh didalam ini dari kalangan kamu sendiri:Adakah kamu
    mengangkat pembantu pembantu ataupun pekerja pekerja bawahan kamu keperingkat
    dimana mereka akan menyaingi kamu, sehinggakan ketaraf dimana kamu memberikan
    mereka penghormatan yang melebihi dari apa yang sepatutnya diberikan kepada kamu?
    Lantas kami menerangkan revelasi revelasi kepada manusia yang faham.
  2. Sesungguhnya, orang orang yang melampaui batas itu telah mengikuti pendapat pendapat
    mereka sendiri, tanpa berilmu pengetahuan. Siapakah yang boleh membimbing orang orang
    yang telah disesatkan oleh Allah? Tidak ada sesiapa pun yang akan dapat menolong mereka.

Monoteisme: Naluri Semula Jadi*

  1. Dari itu, kamu mestilah mengabdikan diri diri kamu kepada agama monoteisme yang sebenar.
    Demikian itu adalah naluri semula jadi manusia yang diletakkan oleh Allah. Ciptaan yang
    sedemikian dari Allah itu tidak pernah akan berubah. Ini adalah agama yang sempurna, tetapi
    kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
  2. Kamu mestilah menyerahkan diri diri kamu kepadaNya, menghormatiNya, Mengerjakan
    Sembahyang (Salat ), dan - apa saja yang kamu lakukan - jangan sekali kali kamu jatuh
    kedalam menyekutukan (Allah).

Sekta Sekta Di-Kutuk

  1. (Jangan sembah pujaan) seperti orang orang yang memecah belahkan agama mereka kepada
    sekta sekta; tiap tiap kumpulan bergembira dengan apa yang mereka perolehi.

Kawan Kawan Masa Senang

  1. Apabila kesukaran mengenai manusia, mereka berbalik kepada Tuhan mereka, dengan
    mengabdikan diri diri mereka dengan sepenuhnya kepadaNya. Tetapi apabila saja Dia
    mencucuri mereka dengan belas kasih, ada dari mereka kembali dengan menyekutukan
    (Allah).*
  2. Biarkanlah mereka menjadi tidak bersyukur dengan apa yang telah kami berikan kepada
    mereka. Nikmatilah untuk sementara waktu saja; tentu sekali kamu akan ketahui

*30:30 Mengenali Allah Sahaja sebagai Tuhan dan Tuan kita adalah naluri semula jadi. Kita
telah dilahirkan didunia ini dengan mempunyai naluri yang sedemikian. Lihat 7:172-173 dan
Appendik 7.

*30:33 Contoh biasa umpamanya eklan diSurat Khabar yang ditulis oleh manusia memberi ucapan
terima kasih kepada St.Jude kerana memulihkan penyakit mereka. Sebelum menjalani pembedahan
mereka bermohon sepenuhnya kepada Allah supaya dipulihkan penyakit mereka. Tetapi apabila
saja pembedahan berjaya, mereka mengucapkan terima kasih kepada St. Jude!!!!!


 

  1. Adakah kami yang memberikan mereka autoriti dengan memberikan alasan yang kuat diatas penyekutuan mereka?
  2. Apabila kami kurniakan belas kasih kepada manusia, mereka bergembira dengannya. Tetapi
    apabila kesukaran menimpa mereka, akibat dari kerja kerja mereka sendiri, mereka
    berputus asa.
  3. Tidakkah mereka sedar yang Allah menambahkan peruntukkan kepada sesiapa saja yang
    Dia kehendaki, ataupun mengurangkannya? Ini sepatutnya menjadi pengajaran pengajaran
    bagi orang orang yang percaya.
  4. Dari itu, kamu mestilah memberikan kepada saudara mara bahagian dari hak mereka
    (derma), begitu juga dengan orang orang miskin, dan pengembara. Ini adalah lebih baik
    bagi orang orang yang bersungguh sungguh ingin mencari keredhaan Allah dengan jujur;
    mereka itu adalah orang orang yang menang.
  5. Riba' yang diamalkan untuk menambahkan kekayaan manusia, tidak akan mendapat apa apa
    dari Allah. Tetapi jika kamu memberi derma, untuk mencari keredhaan Allah, inilah orang
    orangnya yang akan menerima ganjaran yang berganda banyaknya.

Siapakah Yang Lebih
Patut Di-Sembah

  1. Allah Sahajalah yang menciptakan kamu. Dia Sahajalah yang mengadakan rezeki rezeki
    untuk kamu. Dia Sahajalah yang mematikan kamu. Dia Sahajalah yang membangkitkan
    kamu semula. Bolehkah sebarang dari pujaan pujaan kamu melakukan ini semua? Maha Suci
    bagiNya. Dia terlalu amat tinggi untuk mempunyai pasangan pasangan.
  2. Mala petaka telah merebak keseluruh daratan dan laut, disebabkan apa yang telah dikomitkan
    oleh manusia. Lantas Dia biarkan mereka merasai akibat dari kerja kerja dari sebahagian
    mereka, supaya mereka dapat kembali (kepada pekerjaan yang benar).

Belajar Dari Sejarah

  1. Katakanlah, "Jelajahilah dimuka bumi dan perhatikan akibat akibat dari orang orang yang
    sebelum kamu." Kebanyakan dari mereka itu adalah yang menyekutukan (Allah).
  2. Dari itu, kamu mestilah mengabdikan diri diri kamu dengan keseluruhannya kepada agama
    yang sempurna ini, sebelum harinya tiba yang mana Allah akan menjadikan ianya tidak
    boleh dielakkan lagi. Pada hari itu, mereka akan menjadi terperanjat.
  3. Sesiapa saja yang ingkar, keingkarannya hanya menjejaskan roh rohnya sendiri, sementara
    orang orang yang menjalani kehidupan yang benar, melakukannya untuk menguatkan dan
    membangunkan roh roh mereka sendiri.
  4. Kerana Dia akan memberikan ganjaran yang melimpah ganda kepada orang orang yang
    percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar dengan segala kemurahanNya. Dia
    tidak mencintai orang orang yang ingkar.

   

  1. Diantara bukti buktiNya adalah Dia menghantarkan angin dengan petanda yang baik,
    untuk mencucuri kamu dengan belas kasihNya, dan mengizinkan kapal kapal belayar berlari
    dilautan dengan mengikut peraturan peraturanNya, dan untuk kamu mencari kurnianNya
    (melalui perdagangan), supaya dapat kamu bersyukur.

Orang Orang Yang Percaya
Di-Jamin Dengan
Kemenangan

  1. Kami telah menghantarkan para rasul sebelum kau kepada orang orang mereka, dengan tanda
    tanda yang nyata. Kemudiannya, kami menghukum orang orang yang melampaui batas. Itu
    adalah tugas kami untuk memberikan kemenangan kepada orang orang yang percaya.
  2. Allah Sahajalah yang menghantarkan angin angin, untuk menggerakkan awan awan, supaya
    merebak keseluruh langit dengan mengikuti kehendakNya. Lalu Dia longgokkan awan awan
    diatas satu sama lain, dan kamu lihat hujan turun darinya. Apabila ianya jatuh keatas siapa jua
    yang Dia pilih diantara hamba hambaNya, mereka kegirangan.
  3. Sebelum ianya diturunkan kepada mereka, mereka telah berputus asa.
  4. Kamu mestilah bersyukur dengan belas kasih dari Allah yang berterusan, dan bagaimana Dia
    menghidupkan semula tanah yang telah pun mati. Dia tentu sekali akan dengan pastinya
    membangkitkan yang mati. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Berkuasa.
  5. Kalaulah kami menghantarkan kepada mereka sebaliknya ribut berpasir kuning, mereka akan
    tentunya berterusan mengingkarkan.
  6. Kau tidak akan dapat menjadikan yang mati, tidak juga yang pekak, mendengarkan panggilan,
    apabila saja mereka berpusing balik.
  7. Tidak juga dapat kau membimbing sibuta dari kesesatan mereka. Kamu hanya boleh dapat
    didengarkan oleh orang orang yang percaya dengan revelasi revelasi kami, dan bercadang
    untuk menyerahkan diri diri mereka (kepada Allah).

Kehidupan Ini Amatlah Singkat

  1. Allah Sahajalah yang menciptakan kamu berkeadaan lemah, dan memberikan kamu
    selepas kelemahan itu kekuatan, dan digantikan selepas kekuatan kelemahan dan rambut
    yang beruban. Dia mencipta apa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Dialah yang
    Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
  2. Dihari apabila Waktu itu berlaku, yang bersalah akan bersumpah yang mereka itu tinggal
    (didunia ini) hanyalah sejam. Begitulah bagaimana salahnya mereka.
  3. Orang orang yang dirahmati dengan ilmu pengetahuan dan iman akan berkata, "Kamu telah
    tinggal, mengikut dekri dari Allah, sampai keHari Kebangkitan. Sekarang, ini adalah Hari
    Kebangkitan, tetapi kamu gagal untuk mengenalinya."
  4. Dari itu, tidak ada kemaafan, dihari itu, akan memanfaatkan orang orang yang melampaui
    batas, tidak juga mereka akan mendapatkan kelepasan.

   

  1. Lantas, kami telah memberikan berbagai contoh kepada manusia didalam Quran ini. Namun,
    begitu, walau bagaimana cara bukti yang kau tunjukkan kepada orang orang yang ingkar itu,
    mereka berkata, "Kau pembawa kepalsuan."

Campur Tangan Dari Ilahi

  1. Lantaran itu Allah menutupkan hati hati orang orang yang tidak mengetahui.
  2. Dari itu, kau mestilah sabar dan tabah hati - kerana perjanjian Allah itu adalah benar - dan
    janganlah membiarkan dirimu ditakut takutkan oleh orang orang yang tidak memperolehi
    kepastian.

homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

 

Copyright © 1997-2003 Submission.org