![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
|
|
![]()
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
1. A.L.M.* (Alif. Lam. Mim.)
2. Allah: tidak ada tuhan melainkan Dia: yang Hidup dan yang Berkekalan.
3. Dia yang menurunkan kitab ini, dengan penuh kebenaran mengesahkan semua kitab yang terdahulu, dan Dialah juga yang menurunkan Taurat dan Injil
4. sebelum itu, untuk membimbing manusia, dan Dia yang menurunkan kitab yang penuh dengan undang undang. Sesiapa yang ingkar dengan revelasi revelasi dari Allah akan diazab dengan dahsyatnya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pembalas.
5. Tidak ada yang dapat disembunyikan dari Allah, apa yang ada dibumi ataupun dilangit.
6. Dialah yang membentukkan kamu ketika kamu didalam rahim dengan kehendakNya.Tidak ada tuhan disampingNya; yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
7. Dia sahajalah yang menurunkan kitab ini, dengan mengandungi revelasi revelasi yang begitu jelas yang digabungkan dengan bahasa penyusunan kitab – dan juga dengan berbilang -maknanya ataupun revelasi revelasi yang diaturkan dengan cara kiasan. Sesiapa yang -mempunyai keraguan dihati mereka akan menggunakan revelasi revelasi yang berbilang maknanya itu untuk membuatkan kekeliruan, dan untuk menukarkan revelasi revelasi yang tertentu kepada makna yang lain. Tiada sesiapa yang tahu makna yang sebenarnya melainkan Allah dan juga orang orang yang mempunyai ilmu yang mendalam. Mereka berkata, "Kami percaya semuanya ini datang dari Tuhan kami." Hanya orang orang yang dikurniakan dengan ilmu pengetahuan yang tinggi sahajalah yang akan dapat memahaminya.
8. "Tuhan kami jangan biarkan hati hati kami tidak tetap, setelah kini kami mendapat bimbingan dariMu. Cucurilah kami dengan belas kasihMu; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penjamin.
*3:1 Kaki 2:1 dan Appendik Satu.
9. "Tuhan kami Engkau tentu sekali akan mengumpulkan kami dihari yang tidak ada seorang pun dapat melarikan diri darinya. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkirkan janji."
10. Sesiapa yang ingkar wang dan anak anak mereka tidak akan dapat menolong mereka, dari Allah. Mereka akan menjadi bahan pembakar untuk Neraka.
11. Seperti orang orang Fir’aun dan orang orang yang sebelum mereka telah mengingkari revelasi revelasi kami, akibatnya, Allah menghukum mereka kerana dosa dosa mereka. Sesungguhnya Allah Amat Keras apabila menjatuhkan hukuman.
12. Katakanlah kepada orang orang yang ingkar, "Kamu akan dikalahkan, dan akan dikumpulkan didalam Neraka; betapa siksanya tempat penginapan mereka!."
Orang
Yang Percaya:
Pemenang Sebenarnya.
13. Berbagai bagai contoh telah dipertunjukkan kepada kamu apabila dua kumpulan tentera yang berlawanan – satu kumpulan tentera yang berlawan kerana Allah, dan yang satu lagi adalah dari kumpulan orang orang yang ingkar. Mereka terlihat dengan mata kepala mereka sendiri yang mereka itu dua kali ganda ramainya. Allah membantu dengan kemenangan bagi sesiapa sahaja yang Dia kehendakinya. Ini sepatutnya memberikan jaminan bagi sesiapa yang mempunyai visi.
Berlainan Keutamaan.
14. Yang menghayalkan manusia ialah kenikmatan dunia, saperti wanita, mempunyai anak anak, emas dan perak yang bersusunan, kuda kuda jinak, binatang ternakan, dan tanam tanaman. Semuanya itu adalah kebendaan didunia ini, jauh lebih baik lagi telah dikhaskan disisi Allah.
15. Katakanlah, "Biarku beritahukan kepada kamu tentang tempat kediaman yang paling istemewa: bagi orang yang menjalani kehidupan yang lurus, yang telah disediakan oleh Tuhan mereka, adalah taman taman yang dengannya mempunyai air sungai sungai yang mengalir, dan pasangan yang suci, juga kebahagian dengan rahmat dari Allah." Allah Maha Melihat akan hamba hamba yang menyembahNya.
16. Mereka berkata. "Tuhan kami, kami telah percaya, dari itu ampunilah dosa dosa kami, dan peliharakanlah kami dari ‘azab api Neraka."
17. Mereka adalah orang orang yang sabar, jujur, dan menyerahkan diri diri mereka kepada Tuhannya dengan sepenuh penyerahan, dermawan, dan yang bertaffakur diwaktu subuh.
Rukun yang Paling Mustahak.*
18. Allah menjadi saksi bahwasanya tiada tuhan melainkan Dia,dan begitu juga dengan para malaikat serta orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Dengan segala kebenaran dan saksama. Dialah Tuhan yang sebenarnya; tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
Penyerahan
Diri Dengan Sepenuhnya:
Satu Agama Yang Benar.
19. Hanya satu sahaja agama yang diterima oleh Allah ialah: "Penyerahan diri kepada Tuhan yang Esa." Malang sekali, mereka yang menerima kitablah yang berselisih faham terhadap fakta ini, walaupun pengetahuan yang ditelah terima, ini adalah disebabkan cemburu dipihak mereka. Untuk orang orang yang mengingkari revelasi revelasi Allah ini, sesungguhnya Allah Amat Tegas dalam memberi hukuman.
*3:18 pengumuman iman (Shahaadah) yang telah didekrikan oleh Allah adalah: "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah," dalam bahasa Arab "La Elaaha Ella Allah" (lihat juga 37:35, 47:19). Muslim yang berfikirannya korup berkeras supaya mencampurkan "Shahaadah" dengan menambahkan Muhammad rasul Allah. Ini telah membawa kepada " Shirik" Menyekutukan Allah dan dengan terang terangan menafikan mertabat Allah dan rasulNya. Ditambahkan pula, ianya telah melanggar perintah perintah didalam 2:136, 2:285, 3:84, & 4: 150-152 yang melarang dari membeza bezakan sebarang diantara para rasul Allah. Dengan melafazkan yang 'Muhammad adalah rasul Allah," dan gagal untuk mengumumkan para rasul yang lain seperti Ibrahim, Isa, Salleh, dan Yunus, perbezaan telah diamalkan dan telah melanggar perintah yang besar.
20. Jikalau mereka bertengkar dengan kamu, maka katakan, "Aku telah menyerahkan diriku kepada Allah; Aku dan juga sesiapa yang mengikutiku." Kamu mestilah memberitahukan kepada sesiapa yang menerima kitab, begitu juga dengan sesiapa yang belum menerimanya, "Mahukah kamu menyerahkan diri kamu?"Jika mereka menyerahkan diri diri mereka (kepada Allah) maka mereka adalah orang orang yang mendapat petunjuk, sekiranya mereka berpaling, tugasmu hanyalah untuk menyampaikan mesej. Allah Maha Melihat akan segala manusia.
21. Sesiapa yang mengingkari revelasi revelasi Allah, dan membunuh para nabi dengan ketidak adilan, dan juga membunuh orang yang menganjurkan kebaikan terhadap manusia, beritahukanlah kepada mereka yang mereka itu telah dijanjikan dengan pembalasan yang amat pedih.
22. Segala amalan mereka telah terhapus baik didunia mahupun diAkhirat, dan mereka tidak akan mendapat sebarang pertolongan.
23. Sudahkah kamu ketahui orang orang yang menerima sebahagian dari kitab, dan bagaimana mereka dijemput supaya mengamalkan kitab Allah, untuk kehidupan harian mereka, tetapi ada diantara mereka yang berpaling dengan kebencian?
24. Ini adalah kerana mereka berkata, "Api Neraka tidak akan menyentuh kami, melainkan beberapa hari sahaja." Mereka telah ditipu oleh agama yang mereka ada adakan.
25. Apa akan jadi kepada mereka apabila kami mengumpulkan mereka semuanya pada hari yang tidak dapat dielakkan itu ? Setiap roh akan menerima bayaran terhadap apa yang dia lakukan, dengan seadil adilnya.
Sifat Sifat Kebesaran Allah.
26. Katakan, :Tuhan kami: Pemilik sebenar terhadap semua kedaulatan. Engkau memberi kuasa kepada sesiapa yang Engkau pilih, dan Engkau menghilangkan kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau pilih, Engkau memberi kemulian kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan mengkomitkan kehinaan kepada sesiapa sahaja yang Engkau pilih. DitanganMu segala peruntukan. Engkaulah yang Maha Berkuasa.
27. "Engkau menyatukan malam kepada siang, dan menyatukan siang kepada malam.Engkau menjadikan yang hidup dari yang mati, dan menjadikan mati dari yang hidup, Engkaulah yang memberi kepada sesiapa saja yang Engkau pilih dengan tidak terhad."
Berhati
Hati Apabila
Memilih Kawan kawan.
28. Orang orang yang percaya tidak pernah bersekutu dengan orang orang yang ingkar, melainkan dengan orang orang yang percaya. Sesiapa yang melakukan ini adalah diusir dari Allah. Yang dikecualikan adalah orang yang terpaksa kerana untuk mengelakkan diri dari penindasan. Allah mengingatkan kamu supaya kamu hanya memujaNya sahaja. Kepada Allah sahajalah tempat kamu sekelian dikembalikan.
29. Katakan, "Walaupun kamu sembunyikan apa yang ada didalam fikiranmu, ataupun kamu melafazkannya, Allah amat mengetahui dengannya." Dia amat mengetahui apa apa yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, sesugguhnya Allah Maha Berkuasa.
30. Satu hari yang ditentukan akan tiba dimana tiap tiap roh akan berhadapan dengan segala kebaikan yang telah dilakukan.Tetapi kepada sesiapa yang berbuat kejahatan, berharapan supaya masa itu akan berjauhan, jauh dan dihilangkan terus. Allah ingatkan kamu semua supaya kamu hanya sembah Dia sahaja. Allah Maha Penyayang terhadap manusia.
31. Umumkan: "Jika kamu cintakan Allah, kamu mestilah mengikuti aku." Barulah Allah akan menyintaimu, dan akan mengampuni dosa dosa kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
32. Umumkan: "Kamu mestilah ta'at kepada Allah dan kepada rasulNya." Jika mereka berpaling, sesungguhnya Allah tidak cinta kepada orang orang yang ingkar.
Kelahiran Maryam.
33. Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran (sebagai
rasul rasul) kepada manusia.
34. Mereka adalah dari satu keturunan yang sama. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui akan segala galanya.
35. Isteri kepada Imran berkata, "Tuhanku, aku telah mendidikasikan apa yang ada didalam perutku ini kepadaMu, sepenuhnya, terimalah dariku. Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
36. Apabila dia melahirkan dia, dia berkata, "Tuhan kami aku telah melahirkan anak perempuan" – Allah amat mengetahui apa yang dikandungi olehnya – "lelaki tidaklah sama dengan perempuan. Aku telah menamakannya Maryam, dan aku bermohon perlindungan dariMu untuknya dan keturunannya dari syaitan yang dikutuk.
37. Tuhannya menerima pemberian dengan penerimaan yang penuh kasih sayang, dan membesarkan nya dengan penuh kasih sayang, didalam penjagaan Zakariah. Apabila Zakariah masuk ditempat perlindungannya dilihatnya segala peruntukkan telah tersedia dengannya. Dia akan bertanya, "Maryam dari siapakah kamu mendapat ini semua." Dia akan menjawab, "Ini semua datang dari Allah. Allah memberi kepada siapa yang Dia pilih tanpa terhad."
Kelahiran Yahya.
38. Maka Zakariah memohon kepada Tuhannya: Tuhanku, berilah akan daku seorang anak yang baik sepertinya; Engkau sahajalah yang mendengar setiap doa."
39. Para malaikat memanggilnya apabila dia bersembahyang ditempat perlindungan yang suci: "Allah telah memberimu berita baik berkenaan Yahya; yang mempercayai kalimah Allah, yang mempunyai penghormatan diri, akhlak yang mulia dan nabi yang jujur dan adil."
40. Dia berkata, "Bagaimana mungkin aku mendapat anak lelaki, sedangkan aku terlalu tua, dan isteriku seorang yang mandul?." Dia berkata, "Allah melakukan apa sahaja yang Dia menghendakinya."
41. Dia berkata, "Tuhanku, berikanlah kepadaku suatu tanda." Dia berkata, "Tanda bagi kamu ialah yang kamu tidak akan boleh berbicara dengan manusia selama tiga hari, melainkan dengan berisharat. Berzikirlah kepada Tuhan kamu selalu; dan bertaffakurlah pada waktu malam dan siang."
Maryam dan Isa.
42. Para malaikat berkata, "Wahai Maryam, Allah telah memilihmu dan menyucikanmu. Dia telah memilihmu dari sekelian wanita.
43. "Wahai Maryam, engkau mestilah menyerahkan dirimu kepada Tuhan kamu dan sujudlah serta ruku’lah bersama sama orang yang ruku."
44. Ini adalah berita pada masa lampau yang kami terangkan kepadamu. Engkau tidak ada disana apabila mereka mengadakan pengundian bagi memilih penjaga untuk Maryam. Dan kau juga tidak hadir bersama semasa mereka bertengkar sesama sendiri.
45. Para malaikat berkata, "Wahai! Maryam, Allah memberikan kamu berita berita baik: satu kalimah dariNya, yang namanya ialah Almasih Isa anak Maryam. Dia akan menjadi orang yang terkenal didunia ini dan diAkhirat, dan dia termasuk orang orang terdekat kepadaKu."
46. "Dia akan berbicara kepada manusia dari dalam buian, dan begitu juga apabila dia dewasa; dia termasuk dari orang orang yang benar dan lurus."
47. Dia berkata, Tuhanku, bagaimana akan aku mendapat anak lelaki, sedangkan belum pernah ada lelaki yang menyentuhku?" Dia berkata, "Allah mencipta apa sahaja yang Dia mahu. Untuk menjadikan sesuatu dia hanya berkata kepadanya ‘Jadi’ ianya terjadi.
48. "Dia akan mengajarkannya kitab, dan kebijaksanaan (hikmah) , Taurat dan Injil."
49. Sebagai rasul kepada bani Israil: "Aku datang kepada kamu dengan petanda dari Tuhan kamu – aku ciptakan untuk kamu sebentuk burung dari tanah liat, dan aku tiup dengannya, lalu menjadi burung yang hidup dengan izin Allah. Aku pulihkan mata yang buta, juga menyembuhkan penyakit kusta, dan aku hidupkan yang mati dengan izin Allah. Aku boleh menyatakan apa yang engkau telah makan dan apa apa yang engkau simpan didalam rumah rumah kamu. Ini adalah bukti untuk kamu jika kamu adalah dari orang orang yang percaya.
50. "Aku mengesahkan kitab sebelumnya – Taurat – dan aku menarik balik beberapa perkara yang diharamkan untuk kamu. Aku datang kepada kamu dengan bukti yang cukup dari Tuhan kamu . Dari itu, kamu mesti mengingati Allah dan ta’atilah kepadaku.
51. "Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu;* kamu mestilah sembah Dia sahaja. Ini adalah jalan yang lurus."
52. Apabila Isa merasakan yang mereka tidak mahu percaya, dia berkata, "Siapakah yang menjadi penyokongku dijalan Allah?"Pengikutya berkata, "Kamilah penyokong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksikan yang kami adalah orang orang yang menyerahkan diri diri kami kepadaNya semata mata.
53. "Tuhan kami, kami telah percaya dengan apa yang Engkau turunkan, dan kami telah mengikuti rasulMu; kirakanlah kami beserta orang orang yang menjadi saksi."
Kematian Isa.
54. Mereka bercadang dan merancangkan sesuatu, begitu juga Allah, dan Allah adalah perancang yang terbaik.
55. Lantas, Allah berkata, "Wahai! Isa, Aku akan wafatkan dirimu, mengangkat engkau kepadaKu, juga menyelamatkan engkau dari orang orang yang ingkar.Aku akan tinggikan (muliakan) sesiapa yang mengikutimu dari orang orang yang ingkar, hingga sampai pada Hari Kebangkitan. Kemudian kepada Akulah tempat pertemuan yang terakhir kesemuanya kamu, dan akan Aku Hakimkan diantara kamu atas apa apa yang kamu pertikaikan
56. "Bagi sesiapa yang ingkar, Aku akan merasakan azab yang menyakitkan didunia ini, dan diAkhirat kelak, mereka tidak akan ada sebarang penolong."
57. Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang lurus, Dia akan memberi ganjaran yang penuh untuk mereka. Allah tidak mencintai orang orang yang tidak adil.
58. Ini adalah revelasi revelasi yang kami bacakan kepada kamu, untuk memberikan mesej yang penuh dengan hikmah (kebijaksanaan).
Pengesahan Matematika .
59. Perumpamaan bagi Isa, menurut ketentuan Allah; adalah sama keadaannya dengan Adam; Dia menciptakannya dari debu, kemudian berkata kepadanya "Jadi" maka terjadilah dia.
60. Ini adalah kebenaran dari Tuhan kamu; jangan sekali kali kamu meragukannya.
*3:51 Dengan tepatnya apa yang Isa telah berkata melalui New Testment. Lihatlah sebagai contoh dari the Gospel of John 20:17, dan buku "Jesus Myths and Message" oleh Lisa Spray, Ch.4 (Universal Unity, Fremont, Califonia, 1992).
*3:54-55 Kami mengetahui yang roh Isa, yang sebenar, telah dikembalikan kepada Allah, dan kehidupan Isa didunia ini telah ditamatkan, berkenaan pertangkapan, siksaan dan disalip adalah tubuh yang tidak bernyawa, tetapi fisiologi merasakan tubuhnya bernyawa (lihat penjelasan dAppendik 22)
*3:59 "Persamaan" bagi ciptaan Isa dan Adam adalah telah ditetapkan didalam matematika; Isa dan Adam telah disebutkan didalam Quran sama bilangannya 25 kali tiap tiap seorang.
Cabaran
Bagi
Orang Orang Yang Ingkar.
61. Jika ada sesiapa yang bertengkar dengan kamu, sesudah ilmu pengetahuan yang telah kamu terima, maka katakanlah, "Marilah kami himpunkan anak anak kami dan anak anak kamu, perempuan perempuan kami dan perempuan perempuan kamu, diri diri kami dan juga kamu, kemudian kita berseru kepada Allah supaya dilaknatkannya keatas orang orang yang berdusta."
62. Tentu sekali ini adalah kenyataan yang benar. Tentu sekali, tidak ada tuhan melainkan Allah. Tentu sekali, Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
63. Jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah Amat Sedar akan segala perbuatan jahat mereka.
Perundangan
Bagi
Semua Orang Yang Percaya.
64. Katakan, "Wahai! pengikut pengikut kitab, marilah kita mencapai persetujuan yang logik diantara kami dan kamu: yang kita tidak akan menyembah selain Allah; dan kita tidak akan mengadakan pujaan pujaan yang lain disampingNya, dan tidak juga akan menjadikan manusia sebagai Tuhan disamping Allah." Jika mereka berpaling, katakan, "Saksikanlah bahawasanya kami telah menyerahkan diri kami dengan sepenuhnya (kepada Allah)."
65. Wahai! penyikut pengikut kitab kenapa mesti kamu bertengkar berkenaan Ibrahim, sedangkan Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah dia? tidakkah kamu memahaminya?
66. Kamu telah bertengkar berkenaan yang sudahpun kamu ketahui; kenapa pula mesti kamu bertengkar berkenaan sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya? Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
67. Bukanlah Ibrahim itu Yahudi ataupun Nasrani; dia adalah seorang monoteis yang menyerahkan dirinya hanyalah kepada Tuhan yang Esa. Sekali kali belum pernah dia menyekutukan Tuhannya.
68. Manusia yang sungguh wajar bagi Ibrahim adalah mereka yang mengikuti dia, nabi ini, dan orang orang yang percaya. Hanya Allah sahajalah sebagai Tuhan serta Tuan bagi mereka yang percaya.
69. Ada diantara penyikut pengikut kitab yang ingin menyesatkan kamu, tetapi mereka hanya menyesatkan diri diri mereka sendiri tanpa mereka sedari..
70. Wahai penyikut pengikut kitab kenapa kamu mengingkari revelasi revelasi dari Allah walaupun kamu telah bersaksi dengannya (yang ini adalah benar) ?
71. Wahai pengikut pengikut kitab mengapa kamu mengelirukan yang benar dengan kepalsuan dan menyembunyikan kebenaran dengan sengaja?
72. Ada diantara pengikut pengikut kitab berkata, "Percayalah pada apa yang diturunkan kepada orang orang yang percaya dipagi hari, dan ingkarkanlah diwaktu petang; boleh jadi suatu hari kelak mereka akan meninggalkan agama mereka.
73. "Dan jangan percaya melainkan mereka yang mengikuti agama kamu." Katakan, "Petunjuk yang benar adalah petunjuk dari Allah." Jika mereka menyatakan yang mereka mempunyai petunjuk yang sama, ataupun bertengkar dengan kamu berkenaan Tuhan kamu, katakan, "Segala kurniaan ada ditangan Allah; Dia yang mengurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki." Sesungguhnya Allah Maha Luas KurniaanNya lagi Maha Mengetahui akan segala galanya.
74. Dia memperuntukkan belas kasihNya kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki; sesungguhnya Allah memiliki kurniaan yang tidak terkira.
Mestilah
Berlaku Jujur
TerhadapSemua Manusia.
75. Ada diantara pengikut pengikut kitab boleh dipercayai dengan keseluruhannya, dan mereka akan mengembalikannya kepada kamu, ada diantara mereka pula yang tidak boleh dipercayai walau dengan satu dinar sekalipun; mereka tidak akan membayar kepada kamu melainkan kamu tetap terus menuntutnya. Itu kerana mereka berkata, "Kita tidak semestinya jujur apabila berurusan dengan mereka yang tidak mempunyai kitab (ummi)!"* Demikianlah mereka itu mengada adakan pembohongan terhadap Allah, dengan sengajanya.
76. Sesungguhnya sesiapa yang memenuhi tanggungjawab mereka dan mengikuti jalan yang lurus, maka sesunguhnya Allah Amat Cinta kepada orang orang yang benar.
77. Bagi sesiapa yang menjualkan perjanjiannya dengan Allah, serta tanggung jawabnya, kerana ingin mendapatkan ganjaran dengan harga yang murah, mereka tidak akan ada bahagian diHari Akhirat kelak. Allah tidak akan mahu berkata kata dengan mereka, ataupun melihat mereka diHari Kebangkitan dan Dia tidak akan membersihkan mereka. Mereka akan menerima siksaan yang amat pedih.
78. Ada diantara mereka yang memutarbelitkan lidah mereka untuk meniru kitab, kamu sangka ianya adalah dari kitab, padahal itu bukannya dari kitab, dan mereka mengatakan yang ianya dari Allah, padahal ianya bukan dari Allah. Begitulah mereka membuat kebohongan dan membuat kenyataan yang salah terhadap Allah dengan sengajanya.
79. Tidak akan ada seseorang manusia yang mana Allah merahmatinya dengan sebuah kitab serta kenabian, lalu mengatakan kepada manusia, "Pujalah aku disamping Allah." Sebaliknya (dia akan berkata) "Abdikan diri diri kamu hanya kepada Tuhan kamu sahaja," mengikuti kitab yang kamu mengajar dengannya dari ajaran yang kamu dapati darinya
80. Dan juga tidak dia memerintahkan kamu supaya memujakan para malaikat dan juga para nabi sebagai sembahan. Bagaimana mungkin dia menganjurkan kamu supaya ingkar setelah kamu menjadi orang yang menyerahkan diri diri kamu sepenuhnya kepada Tuhan kamu?
Ramalan
yang Besar Telah Dipenuhi:
Rasul Allah yang Dijanjikan.*
81. Allah telah mengambil perjanjian dengan para nabi, dengan mengatakan, "Aku akan memberikan kepada kamu kitab dengan hikmah (kebijaksanaan). Sesudah itu, seorang rasul akan datang untuk mengesahkan kesemuanya kitab yang ada. Kamu mesti percaya kepadanya dan sokonglah dia." Dia berkata, "Adakah kamu setuju dengannya, dan berikrar untuk memenuhi perjanjian ini?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Kamu sekarang telah menjadi para saksi, dan Aku juga bersaksi bersama sama kamu sekelian."
*3:75 Terlebih dahulu dalam menemui Quran kod matematika, ada ulama' ulama' mengakui yang Muhammad adalah seorang yang tidak boleh menulis buku yang terbesar ini. Mereka telah memutarbelitkan Makna "Ummy," mereka mendakwa yang maknanya ialah "buta huruf." Ayat ini membuktikan "ummiyyen" bermakna "Tidak mengetahui kitab terdahulu" (Lihat juga 62:2 & Appendik 28).
*3:81 Ramalan yang besar ini telah pun disempurnakan. Rasul Allah yang dijanjikan, yang mana telah diramalkan dalam ayat ini dan didalam Bible's Malachi 3:1-2, Luke 17:22-36 & Matthew 24:27, telah menyucikan dan menyatukan mesej mesej Allah yang telah disampaikan oleh para nabi Allah. Judaism, Christianity, Islam, Hinduism, Buddhism, dll, telah terlalu dikorupkan. Ini adalah dengan kehendak Allah yang Maha Kuat untuk menyucikan mereka dan menyatukan mereka didalam satu slogan bagi menyembah Allah Sahaja. Bukti yang mengkagumkan telah ditunjukkan oleh Allah bagi menyokong RasulNya Yang dijanjikan, yang namanya tidak boleh dipertikaikan lagi yang telah ditetapkan didalam Quran Kod matematika sebagai "Rashad Khalifah." Contohnya, campurkan nilai gematrikal "Rashad" (505), dicampurkan dengan nilai gematrikal "Khalifah" (725), dicampurkan dengan nombor ayat (81) akan beroleh 1311, ataupun 19x69 (lihat Appendik 2 untuk penjelasan dan bukti).
Mengingkari
Rasul
Allah Yang Di-Janjikan Adalah
Orang Orang yang Tidak Percaya.
82. Sesiapa yang mengingkari (ramalan Quran) ini adalah yang zalim.
83. Adakah mereka ingin mencari agama selain Allah, sedangkan kesemuanya yang ada disekelian cekrawala dan dibumi tunduk menyerah kepadaNya, dengan rela ataupun tidak, dan kepadaNyalah saja kamu semua akan dikembalikan?
Jangan
Membeza Bezakan
Diantara para Rasul Allah.
84. Katakan, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang telah diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’kub dan keturunan mereka yang mempunyai hak keistimewaan dalam menjalani urusan Tuhan, dan apa yang telah diberikan kepada Musa, Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza bezakan diantara mereka. Hanya kepadaNya sahajalah kami serahkan diri diri kami."
Hanya
Satu Agama
yang Diterima oleh Allah.
85. Sesiapa yang menerima selain dari penyerahan diri kepada Tuhan (Islam) sebagai agama mereka, tidak dapat diterima darinya, dan diHari Akhirat kelak dia akan bersama sama dengan orang orang yang rugi.
86. Mengapa mesti Allah membimbing orang orang yang ingkar sesudah percaya dan setelah menyaksikan kebenaran rasulnya dan sesudah bukti yang kuat* diberikan kepada mereka? Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.
87. Mereka ini akan mendapat kutukkan dari Allah, para malaikatNya, dan juga dari semua manusia.
88. Mereka berkekalan dalam keadaan demikian; siksaan yang mereka terima tidak akan ditukarkan untuk mereka, dan hukuman mereka tidak akan ditangguhkan.
89. Pengecualian adalah bagi mereka yang bertaubat selepas itu, dan membaiki diri. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Apabila
Taubat
Tidak Dapat Diterima.
90. Sesiapa yang ingkar sesudah percaya, kemudian jatuh jauh didalam keingkaran, taubat mereka tidak akan diterima, merekalah orang orang sesat yang sebenarnya.
91. Sesiapa yang ingkar lalu mati dalam keingkaran sepenuh bumi yang diliputi emas pun tidak akan diterima (sebagai tebusan) dari mereka, kalaupun tebusan serupa itu menjadi nyata. Mereka telah mendapat azab yang pedih; bahkan mereka tidak akan mendapatkan sebarang penolong.
92. Kamu tidak akan dapat mencapai kebaikan, sehinggalah kamu dapat memberi pendermaan dari apa yang paling kamu sayangi. Apa sahaja yang kamu dermakan, sesungguhnya Allah amat mengetahuinya.
Jangan
Mengharamkan
Apa Apa yang Dibenarkan.
93. Semua makanan dibenarkan (halal) untuk bani Israil, sehingga Israil sendiri yang mengenakan sesetengah pengharaman buat mereka sebelum Taurat diturunkan. Katakan, "Bawalah Taurat dan bacakanlah, kalau memang kamu yang benar."
94. Sesiapa yang mengadakan pengharaman yang tidak benar selepas ini, dan mengatakan yang ianya dari Allah, merekalah orang yang benar benar zalim.
*86 ayat ayat 3:82:90 memberitahukan kita orang orang yang mengingkari Rasul Allah yang dijanjikan bukan lagi orang orang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, kerana tidak mempercayai Quran sepenuhnya. Bukti bukti telah disebutkan 3:86 menunjukkan Quran kod matematika, yang mana telah diturunkan melalui Rasul Allah yang dijanjikan. Kedua duanya 3:86 dan 3:90 menyebut berkenaan "Tidak percaya selepas percaya."
95. Katakan, "Allah telah mengumumkan kebenaran: Kamu mesti mengikut agama Ibrahim - monoteis sepenuh penyerahan kepada Tuhan yang Esa. Dia bukan dari kalangan orang yang - menyekutukan Tuhan.
96. Makam yang terpenting yang didirikan untuk manusia adalah diBecca;* cahaya yang diberkati untuk sekelian manusia.
97. Didalamnya mempunyai tanda tanda yang terang: tempat perhentian Ibrahim. Sesiapa yang memasukinya akan mendapat perjalanan yang selamat. Manusia berhutang kepada Allah maka mereka mesti menunaikan Haji dimakam ini, apabila mereka berkemampuan untuk melaksanakannya. Bagi sesiapa yang ingkar, Allah tidak memerlukan sesiapa juapun. 98. Katakan, "Wahai pengikut pengikut kitab, kenapa kamu mengingkari revelasi revelasi dari Allah, sedangkan Allah menyaksikan apa apa yang kamu lakukan?"
99. Katakan, "Wahai pengikut pengikut kitab, kenapa kamu berpaling dari jalan Allah, kepada sesiapa yang ingin mempercayainya, dan cuba mengelirukannya,walaupun kamu telah menjadi para saksi?" Allah tidak pernah lalai dari apa apa yang kamu semua lakukan.
100. Wahai orang orang yang percaya jika kamu menta’ati sesetengah dari mereka yang menerima kitab, mereka akan menukarkan kamu, dari percaya kepada tidak percaya.
101. Macam mana kamu mengingkarinya sedangkan revelasi revelasi dari Allah telah dibacakan kepada kamu, dan juga rasulNya telah datang kepada kamu? Sesiapa yang memegang kuat kepada Allah akan mendapat petunjuk kejalan yang benar.
102. Wahai orang orang yang percaya kamu mestilah mengingati Allah sebagaimana sepatutnya kamu mesti mengingatiNya, dan janganlah sekali kali kamu mati melainkan dengan menyerahkan diri diri kamu kepadaNya semata mata.
Orang
Orang yang Percaya
Itu Bersatu Padu.
103. Kamu mesti pegang kuat kuat dengan tali Allah, semuanya kamu sekelian, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatlah atas rahmat Allah kepada kamu - kamu pernah bermusuh musuhan dan Dia telah menyatukan hati hati kamu, dengan nikmatNya, kamu menjadi saudara.Kamu berada ditepi lubang yang berapi, dan Dia menyelamatkan kamu darinya. Allah telah menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu, supaya kamu mendapat bimbingan.
104. Hendaklah ada komuniti diantara kamu yang mengundang kepada yang baik, dan menganjurkan kebaikan, dan melarang kepada kejahatan. Mereka inilah yang mendapat kemenangan.
105. Jangan jadi seperti mereka yang berpecah belah dan bertikaian, diantara mereka, walaupun bukti yang nyata telah diberikan kepada mereka. Untuk mereka adalah azab yang amat dahsyat.
106. Suatu hari yang akan tiba dimana ada diantara wajah wajah yang akan kelihatan bercahaya, sementara ada wajah wajah yang lainnya akan kelihatan bersedih. Bagi siapa yang wajahnya kelihatan gelap mereka akan ditanya, "Tidakkah kamu ingkar sesudah kamu percaya? Dari itu terimalah penderitaan kerana keingkaranmu."
107. Bagi sesiapa yang wajahnya bercahaya, mereka akan keriangan didalam belas kasih Allah; mereka akan tinggal kekal didalam keadaan demikian buat selama lamanya.
108. Ini adalah revelasi revelasi dari Allah; kami bacakan kepada kamu, dengan benar. Allah tidak menginginkan kesukaran untuk manusia.
*3:96 M- permulaan surah, biasa diejakan "Mekkah" tetapi berbunyi "Bekkah" kerana ketetapan "M" untuk menguatkan Quran kod matematika. Jika "Bekkah disebutkan sebagai "Mekkah" maka huruf "M" akan melebihi dari huruf yang telah ditetapkan didalam matematika (Appendik 1).
109. Kepunyaan Allah segala yang ada disekelian cekrawala dan sekelian dibumi, dan kesemuanya didalam kekuasaan Allah.
Komuniti Yang Baik.
110. Kamu adalah komuniti yang terbaik sekali yang dibangkitkan diantara manusia: kamu menggalakkan kebaikan dan melarang kejahatan, dan kamu percaya kepada Allah. Jika pengikut pengikut kitab juga percaya, itu adalah lebih baik bagi mereka. Setengah dari mereka sememangnya percaya, tetapi kebanyakkan dari mereka adalah zalim.
111. Mereka tidak akan dapat mencederakan kamu, selain dari mencerca kamu. Jika kamu menentang mereka, mereka akan berpaling dan melarikan diri. Mereka tidak akan menang.
112. Mereka semestinya mendapat penghinaan bila mana kamu bertemu dengan mereka, melainkan jika mereka memegang teguh dengan perjanjian Allah, dan juga perjanjian damai dengan kamu. Mereka telah mendapatkan kemurkaan dari Allah, dan, akibatnya, mereka mendapat penghinaan. Ini kerana mereka mengingkari revelasi revelasi Allah, dan membunuh para nabi dengan ketidak adilan . Ini kerana mereka tidak mahu ta’at dan melanggar hukum..
Yahudi
Dan Nasrani
Yang Lurus Amalannya.
113. Mereka semuanya tidaklah sama; diantara orang orang yang mengikuti kitab, ada diantaranya yang melakukan kebaikan. Mereka membaca revelasi revelasi Allah sepanjang malam, dan mereka sujud.
114. Mereka percaya kepada Allah dan Hari Akhirat, mereka menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan, dan mereka suka berlumba lumba untuk membuat kebajikan. Mereka inilah orang orang yang salih
115. Segala kebaikan yang mereka lakukan tidak akan diabaikan, bahkan mereka akan mendapatkan ganjaran. Allah Amat Mengetahui sesiapa yang membuat kebaikan.
116. Sesiapa yang ingkar, tidak akan mendapat pertolongan dari wang mereka dan anak anak mereka terhadap Allah. Mereka akan keNeraka,disanalah tempat kediaman mereka buat selama lamanya.
117. Contoh bagi segala kejayaan yang mereka punyai didunia ini adalah seperti angin yang kencang melanda tanam tanaman yang baru dituai oleh manusia yang telah menzalimi roh roh mereka, sehinggakan kesemuanya habis musnah. Allah tidak pernah menyesatkan mereka; melainkan merekalah yang menzalimi diri diri mereka sendiri.
Jangan Berkawankan Hypokrit.
118. Wahai orang orang yang percaya, janganlah berkawan dengan orang luar yang tidak berhenti dari menyakiti kamu mereka itu ingin sangat melihat kamu menderita. Kebencian sentiasa keluar dari mulut mereka ,dan apa yang tersirat dihati mereka adalah lebih dahsyat lagi. Kami telah terangkan revelasi revelasi kami kepada kamu, jika dapat kamu mengerti.
119. Walaupun kamu menyintai mereka, namun begitu mereka tidak menyintai kamu, dan kamu mempercayai kesemua kitab.. Apabila mereka berjumpa dengan kamu mereka akan berkata, "Kami percaya," Tetapi apabila mereka tinggalkan kamu, mereka akan menggigit jejari mereka kerana mereka marah kepada kamu." Katakanlah, "Matilah didalam kemarahan kamu." Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang ada didalam minda minda mereka.
120. Bilamana kebaikan datang kepada kamu mereka akan merasa dukacita, dan apabila malapetaka menimpa kamu mereka akan bergembira. Jika kamu mengamalkan kesabaran dan tabah hati, dan serta terus membuat kebaikan rancangan mereka tidak akan dapat melukakan perasaan kamu. Allah Amat Ketahui segala apa yang mereka lakukan.
Peperangan Badar.
121. Ingatlah ketika kau (Muhammad) bersama orang orangmu apabila kau mengaturkan orang orang yang percaya, untuk memberikan tempat kedudukkan mereka supaya bersedia untuk berperang. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahi akan segala galanya.
122. Dua kumpulan diantara kamu nyaris nyaris gagal, tetapi Allah adalah Tuhan mereka. Kepada Allah sahajalah orang orang yang percaya mesti meletakkan kepercayaan mereka.
123. Allah telah memberikan kamu kemenangan diBadar, walaupun kamu dalam keadaan lemah. Dari itu, kamu mesti mengingati Allah untuk menunjukkan kesyukuran kamu.
Para
Malaikat Allah
yang Menolong
Orang Orang yang Percaya.
124. Kamu berkata dengan orang orang yang percaya, "Tidakkah mencukupi bahwa Tuhan kamu telah menolong kamu semua dengan tiga ribu para melaikat, yang sudah diturunkan?"
125. Sesungguhnya , jika kamu sabar dan tabah hati dan juga terus mengamalkan kebaikan lalu mereka dengan serta merta menyerang kamu semua, Tuhan kamu akan menolong kamu dengan lima ribu* para malaikat, yang sangat terlatih.
126. Demikianlah Allah memberitahukan kepada kamu, untuk menyampaikan berita baik kepada kamu, dan untuk menetapkan hati hati kamu. Kemenangan hanyalah datang dari Allah, yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
127. Maka Dia menghancurkan sebahagian dari orang orang yang ingkar, ataupun mengecualikan mereka; merekalah yang selalunya berakhir sebagai orang orang yang rugi.
128. Bukanlah kamu yang menentukan; Dia boleh diselamatkan, ataupun Dia akan menghukum mereka kerana kezaliman mereka.
129. Kepunyaan Allah semuanya yang ada disekelian cekrawala dan dibumi. Dia yang memaafkan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya, dan menghukum sesiapa sahaja dengan kehendakNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Riba’ Diharamkan.*
130. Wahai orang orang yang percaya, jangan sekali kali kamu memakan riba’, dengan berlebih lebihan. Ingatlah kepada Allah supaya kamu berjaya.
131. Awaslah akan api Neraka yang sentiasa menunggu orang orang yang ingkar.
132. Kamu mestilah menta’ati Allah dan rasulNya, supaya kamu mendapatkan belas kasih.
Sifat
Sifat
Orang Orang yang Baik.
133. Kamu mesti suka berlumba lumba untuk mendapatkan pengampunan dari Tuhan kamu dan Syurga yang luasnya meliputi sekelian cekrawala dan bumi, ianya menanti orang orang yang benar,
134. iaitu sesiapa yang memberi derma pada masa senang, dan juga dimasa masa susah. Mereka dapat menahan kemarahan, dan juga yang suka memaafkan manusia. Sesungguhnya Allah Amat Cinta kepada para dermawan..
135. Jika, mereka jatuh kedalam dosa ataupun menzalimi diri diri mereka sendiri, mereka akan mengingati Allah lalu memohon pengampunan bagi dosa dosa mereka – siapalah yang mengampuni dosa selain dari Allah – dan mereka tidak berterusan membuat dosa, setelah mereka mengetahuinya.
136. Ganjaran untuk mereka adalah pengampunan dari Tuhan mereka, dan taman taman yang mempunyai air sungai sungai yang mengalir; mereka akan tinggal disana untuk selama lamanya. Betapa rahmatnya ganjaran bagi para pekerja!
Kemenangan
Untuk
Orang Orang yang Benar.
137. Contoh contoh yang lalu telah disediakan buat kamu; jelajahlah kamu dimuka bumi ini dan lihatlah keadaan yang berlaku akhibat perbuatan orang orang yang ingkar.
*3:124-125 Tiga puluh nombor nombor yang berlainan telah disebutkan didalam Quran. Jumlahnya menjadikan 162146, 19x8534. Ini telah dibuktikan dengan adanya Quran mukjizat matematika (Lihat Appendik Satu).
*3:130 faedah bagi menyimpan wang didalam bank dan faedah yang dikenakan untuk meminjam wang adalah sah jika ianya tidaklah berlebih lebihan (5-15%). Pelaburan dengan Bank dan keuntungannya yang telah diberikan kepada pelabuh. Apabila semua pihak merasakan tidak dianiayai, maka ianya adalah sah untuk mendapatkan faedah dari bank (lihat 2;275).
138. Ini adalah satu pengumuman untuk manusia, dan petunjuk beserta pengajaran yang jelas untuk orang orang yang benar dan lurus.
139. Kamu jangan sekali kali berputus asa, dan jangan juga kamu bersedih, kerana kamu adalah pemenang pemenang yang sebenarnya. Jika kamu memangnya orang orang yang percaya.
140. Jika kamu mengalami kesukaran, musuhmu juga akan mendapat kesukaran yang sama. Kami gantikan hari hari kejayaan atau kekalahan diantara manusia. Supaya Allah dapat membezakan orang orang yang benar benar percaya, dan merahmati sesetengah dari kamu dengan mati syahid. Allah Amat Membencikan kekejaman.
141. Demikianlah Allah menguatkan orang orang yang percaya, dan menghina orang orang yang ingkar.
Penyataan Kita Mesti Diuji.
142. Adakah kamu mengharapkan dimasukkan kedalam syurga tanpa diuji lebih dahulu oleh Allah siapa diantara kamu yang berjuang, serta menguji diantara kamu siapa yang tabah hatinya?
143. Kamu pernah menginginkan kematian sebelum kamu menghadapinya. Sekarang ini kamu menghadapinya didepan mata kamu.
144. Muhammad tidak lebih dari seorang rasul seperti para rasul sebelum dia. Jika dia mati ataupun dibunuh, mahukah kamu berpaling dari tumit tumit kamu? Sesiapa yang berpaling dengannya tidak akan menyakiti Allah sedikitpun. Allah hanya akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang tahu bersyukur.
Masa Kematian Sudah Ditetapkan.
145. Tidak ada sesiapa yang akan mati melainkan dengan keizinan Allah, pada masa yang telah ditetapkan. Sesiapa yang inginkan kemewahan didunia ini, akan kami berikan kepadanya, dan sesiapa yang mencari ganjaran diAkhirat, akan kami rahmati dia didalamnya. Kami akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang tahu bersyukur.
146. Ramai dari para nabi mempunyai orang orang yang salih untuk berperang bersamanya, tidak juga mereka teragak agak dan tidak merasa cemas apabila didalam kesukaran demi kerana Allah, mereka tidak pernah bertangguh ataupun merasa teragak agak. Allah Amat Mencintai orang orang yang tetap tabah hati.
147. Perkataan dari mereka hanyalah, "Tuhan kami, ampunkanlah dosa dosa kami,dan ketelanjuran kami, kuatkan kedudukkan kami, dan berikanlah kami kejayaan untuk mengatasi orang orang yang ingkar.
148. Akibatnya, Allah mengurniakan mereka ganjaran ganjaran didunia, dan juga ganjaran ganjaran yang lebih baik lagi diAkhirat kelak. Allah Amat Mencintai orang orang yang suka membuat kebaikan.
149. Wahai orang orang yang percaya, jika kamu ta’ati orang orang yang ingkar, mereka akan memalingkan tumit tumit kamu kebelakang, maka kamu akan menjadi orang orang yang rugi.
150. Allah sahajalah Tuhan danTuan kamu, dan Dialah sebaik baik penyokong.
Allah
Menguasai
Musuh Musuh Kamu.
151. Kami akan lontarkan rasa ketakutan dihati orang orang yang ingkar, kerana mereka mengadakan pujaan pujaan yang tiada berkuasa disamping Allah. Tempat mereka hanyalah diNeraka; betapa malangya tempat kediaman bagi orang orang yang melampaui batas.
Peperangan Uhud.
152. Allah telah mengabulkan perjanjianNya kepada kamu, dan kamu dapat mengalahkan mereka dengan izinNya. Tetapi kemudian kamu berubah hati dan berselisehan sesama sendiri, dan tidak menta’ati perintah selepas Dia menunjukkan kepada kamu (kemenangan). yang kamu tunggu tunggukan. Tetapi kemudian, ada diantara kamu yang menjadi tertarik dengan harta rampasan perang didunia ini, sementara yang lainnya benar benar mementingkan Akhirat. Maka Dia palingkan kamu dari mereka kerana untuk menguji kamu. Dia telah mengampunkan kamu. Sesungguhnya Allah menghujani orang orang yang percaya itu dengan keberkatanNya.
153. Ingatlah ketika kamu pergi dengan pantasnya (untuk mendapatkan harta rampasan), tidak mempedulikan sesiapa pun, walaupun rasul memanggil manggil dari belakang kamu. Akibatnya Dia menggantikan dengan kesukaran sekali lagi, supaya kamu tidak akan merasa kesal dari apa yang tidak kamu dapatkan, ataupun merana diatas kesukaran yang kamu deritakan. Sesungguhnya Allah sangat Memerhatikan segala apa yang kamu lakukan.
Sa’at Kematian Telah Di-Tetapkan
154. Selepas kejadian itu, Dia turunkan keatas kamu tidur yang aman supaya mententeramkan sebahagian dari kamu. Yang lainnya hanya memikirkan kepentingan diri diri mereka masing masing. Mereka memikirkan tentang Allah yang tidak benar – fikiran yang sama semasa hari hari kejahilan mereka. Lantas, mereka berkata, "Adakah apa apa terpulang kepada kita?" Katakanlah "Semuanya terpulang kepada Allah." Mereka menyimpan sesuatu dihati mereka yang mereka tidak mahu mengatakannya kepada kamu. Mereka berkata, " Jika ianya terpulang kepada kita, tentunya tidak ada seorang pun yang terbunuh didalam peperangan ini." Katakan, "Walaupun kamu tinggal didalam rumah rumah kamu, sesiapa yang sudah ditakdirkan terbunuh akan tetap merangkak menuju tempat kematian mereka." Demikianlah Allah menguji kamu supaya dapat kamu mengeluarkan apa apa yang kamu fikirkan serta menguji apa apa yang ada didalam hati kamu. Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang tersirat jauh didalam fikiran kamu.
155. Tentu sekali, sesiapa diantara kamu yang mengundurkan diri pada hari yang mana dua pasukan yang sedang bertempur telah diperdayakan oleh syaitan. Ini menunjukkan beberapa perbuatan jahat yang telah mereka laksanakan. Allah telah mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
156. Wahai orang orang yang percaya, jangan menjadikan diri diri kamu seperti orang orang yang ingkar, yang mengata terhadap saudara mereka yang berpergian ataupun yang sedang berperang, "Kalau mereka tinggal bersama kami, tentu sekali mereka tidak akan mati atau dibunuh." Allah jadikan ini sebagai penyesalan dan penderitaan didalam hati hati mereka. Allah yang menguasai segala kehidupan dan kematian. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Melihat apa apa yang telah kamu lakukan.
157. Sama ada kamu terbunuh ataupun mati kerana Allah, pengampunan dari Allah, serta belas kasihNya adalah lebih baik dari apa apa yang mereka sembunyikan.
158. Sama ada kamu mati ataupun dibunuh, kamu akan dihadirkan didepan Allah.
Kebaikan Rasul.
159. Itulah belas kasih dari Allah bahawa engkau merasa kasihan terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku kasar dan keras - hati, tentunya mereka akan meninggalkan kamu. Dari itu, kamu mesti memaafkan mereka dan mintakan pengampunan untuk mereka, dan berbincanglah dengan mereka. Setelah kamu membuat keputusan, laksanakan perancangan kamu, dan serahkan kepercayaan kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat Mencintai orang orang yang menaruhkan kepercayaan kepadaNya.*
160. Jika Allah menyokong kamu, tiada siapapun dapat mengalahkan kamu. Dan jika Dia tinggalkan kamu, siapa lagilah yang akan membantu kamu? Kepada Allah sahajalah orang orang yang percaya mesti meletakkan kepercayaan.
Tiada
Sesiapa Pun Yang
Mengatasi Undang Undang.
161. Sedangkan nabi tidak boleh mengambil lebih harta rampasan perang dari
apa yang telah diaturkan bahagian untuknya. Sesiapa yang mengambil lebih dari
bahagian yang diberikan akan menanggungnya diHari Kebangkitan kelak. Disitulah
setiap roh akan ditanya terhadap apa yang telah mereka perlakukan, dengan penuh
keadilan.
*3:159 Hanya Wang kertas U.S.A. sajalah yang mencatitkan ungkapan : "Kepada Allah kami letakkan kepercayaan kami." Ini adalah fakta yang sebenarnya bahwa wang Amerika adalah terkuat didunia, dan mempunyai nilaian yang tertinggi dari wang lain lain negeri.
162. Adakah orang yang sentiasa mencari keredhaan Allah sama seperti orang yang mendapat kemurkaan dari Allah dan kedudukkannya adalah Neraka, tempat yang amat azab sekali?
163. Mereka tentu sekali ditempatkan yang berlainan darjatnya disisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu lakukan.
164. Allah telah merahmati orang orang yang percaya dengan mengangkat seorang rasul dari kalangan mereka, untuk membacakan kepada mereka revelasi revelasiNya, serta menyucikan mereka, dan mengajarkan mereka berkenaan kitab dan hikmah (kebijaksanaan). Sebelum ini, mereka adalah dari kalangan orang orang yang terlalu sesat.
165. Kini setelah kamu ditimpakan sesuatu kekalahan, walaupun kamu dikenakan dua kali lebih kesusahan (keatas musuh), kamu berkata, "Kenapa ini terjadi kepada kita?" Katakan, "Ini adalah gara gara perbuatan kamu sendiri." Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
166. Apa yang menimpa kamu pada hari dimana kedua pasukan yang bertempur adalah dengan kehendak Allah, dan juga untuk memastikan siapakah orang orang yang percaya.
167. Dan untuk mendedahkan orang orang hypokrit apabila dikatakan kepada mereka, "Mari berperang kerana Allah, ataupun berilah sumbangan." Mereka berkata, "Jika kami tahu bagaimana untuk berperang tentu akan kami mengikut kamu." Mereka lebih dekat kepada keingkaran pada sa’at itu dari menerimanya. Mereka hanya berbicara dengan mulut mereka dan tidak sekali didalam hati hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa apa yang mereka sembunyikan.
168. Mereka mengatakan terhadap saudara mereka, sedang mereka tidak mengikuti, "Kalaulah mereka menta'ati kita, mereka tentunya tidak akan terbunuh." Katakan, "Halangilah kematian kamu sendiri, jika memang kamu yang benar."
Orang
Orang Yang
Benar Sebenarnya Tidak Mati.*
169. Jangan kamu kira sesiapa yang terbunuh kerana berjuang dijalan Allah itu mati; mereka itu hidup disisi Tuhan mereka, menikmati segala rezeki dariNya.
170. Mereka bersuka ria didalam kurniaan Allah dan mereka ada berita baik untuk rakan rakan seperjuangan mereka yang tidak mati bersama mereka, bahwa tidak ada apa apa yang perlu ditakuti dan juga tidak apa apa yang mesti disedihkan.
171. Mereka mendapat berita baik tentang rahmat rahmat dan kurnian dari Allah, bahwasanya Allah tidak pernah gagal dari memberi ganjaran kepada orang orang yang percaya.
172. Kepada sesiapa yang menyahut seruan Allah dan rasul, walaupun mereka mengalami penindasan, tetapi terus membuat kerja kerja yang baik, dan mengamalkan kehidupan yang lurus, akan menerima ganjaran yang besar.
173. Apabila orang orang berkata kepada mereka, "Orang orang telah berganding bahu untuk menentang kamu; kamu mesti takut kepada mereka," ini hanya menguatkan keimanan mereka, dan mereka berkata, "Cukuplah Allah untuk kami; Dialah sebaik baik Pelindung."
174. Mereka berhak menerima rahmat dan kurniaan dari Allah. Kesusahan tidak akan menimpa mereka, kerana mereka telah mendapat keredhaan Allah. Allah mempunyai kurniaan yang tidak terhad.
Takut: Senjata Syaitan.
175. Adalah sistem syaitan untuk menanamkan perasaan takut kepada sesiapa yang dikuasainya. Jangan kamu takutkan mereka, tetapi takutilah Aku, jika kamu adalah orang orang yang percaya.
176. Janganlah kamu merasa sedih terhadap sesiapa sahaja yang cepat untuk
mengingkarkan. Mereka tidak akan melukakan Allah sedikitpun. Sebaliknya,
Allah yang menghendakki supaya tidak ada bahagian bagi mereka diHari Akhirat
kelak. Mereka akan mengalami siksaan yang amat dahsyat
*3:169 Kami telah pelajari dari Quran orang orang yang benar sebenarnya tidaklah mati; mereka hanyalah meninggalkan tubuh mereka di dunia ini dan pulang seterusnya keSyurga yang pernah didiami oleh Adam dan Hawa (2:154, 8:24, 16:32, 22:58, 44:56, & 36:26-27: lihat juga Appendik 17).
177. Sesiapa yang memilih untuk mengingkarkan dari percaya, tidak akan melukakan Allah sedikitpun; bahkan mereka yang akan menerima azab yang sangat pedih.
178. Janganlah biarkan orang orang yang ingkar itu berfikir yang kami akan biarkan mereka untuk kebaikan kebaikan mereka. Kami hanya membiarkan mereka supaya mereka mengesahkan dosa dosa mereka. Mereka akan menerima azab yang menghinakan.
179. Allah tidak akan membiarkan orang orang yang percaya dalam keadaan kamu sekarang ini, dengan tidak membezakan yang jahat dengan yang baik. Dan juga tidak sekali Allah memberitahukan kamu tentang masa depan, melainkan Allah mengurniakan ilmu sedemikian kepada sesiapa yang Dia pilih dari kalangan rasul rasulNya.* Dari itu, kamu mesti yakin kepada Allah dan rasul rasulNya. Jika kamu percaya dan mengikut jalan yang lurus, kamu akan menerima ganjaran yang besar.
180. Janganlah biarkan orang orang yang menahan dan menyorokkan rezeki dari Allah sangka yang perbuatan mereka baik untuk mereka; bahkan ianya itu tidaklah baik untuk mereka. Kerana mereka akan memikul apa yang disorokkan dikeliling leher leher mereka pada Hari Kebangkitan kelak. Allah sahajalah yang mewarisi segala apa yang ada disekelian cekrawala dan dibumi. Sesungguhnya Allah Amat Perihatin diatas segala apa yang kamu lakukan.
Manusia
Tetap Menentang Allah.
181. Allah telah mendengarkan percakapan yang berkata, "Allah itu miskin, sedangkan kamilah yang kaya." Kami akan rakamkan segala percakapan mereka, seperti mana yang telah kami rakamkan pembunuhan keatas para nabi dengan zalimnya, dan akan kami katakan, "Rasailah azab Neraka.
182. "Ini adalah akibat dari perbuatan kamu sendiri." Allah tidak pernah berlaku zalim kepada manusia.
183. Merekalah yang telah berkata, "Allah telah membuat perjanjian dengan kita bahawasanya kita tidak mesti percaya mana mana rasul pun, melainkan dia dapat mengadakan kurban yang boleh dimakan api."Katakan, "Rasul rasul sebelum aku telah datang kepadamu dengan membawa bukti bukti yang nyata, termasuk apa yang baru kamu pintakan. Jadi kenapa kamu mesti membunuh mereka, jika kamu sememangnya benar?" 184. Jika mereka mengingkari kamu, para rasul sebelum kamu pun telah diingkarinya, walaupun mereka membawa bukti bukti yang nyata, Zabur,dan kitab yang memberi petunjuk yang terang.
Kejayaan Yang Besar.
185. Setiap roh akan merasai mati, kemudian kamu akan menerima bahagian kamu diHari Kebangkitan kelak. Sesiapa yang terlepas dari Neraka, dan berjaya keSyurga dengan nyarisnya telah mendapat kemenangan yang besar. Kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah illusi semata mata.
Ujian
Yang
Tidak Dapat Dielakkan.
186. Kamu tentu sekali akan dicuba, melalui wang kamu dan juga nyawa kamu,
dan kamu akan mendengar dari orang orang yang menerima kitab, dan juga dari
orang orang yang menyekutukan Tuhan, bermacam penghinaan. Jika kamu bersabar
dan tabahkan hati serta mengamalkan kehidupan yang benar, ini akan membuktikan
kekuatan iman kamu.
*3:179 Akhirnya dunia adalah satu contoh bagi kejadian akan datang yang diturunkan kepada Rasul Allah yang dijanjikan. Lihat kaki nota 72:27.
*3:186 Selepas menjalani percubaan, apabila kepercayaan yang sepenuhnya terhadap menyembah Allah Sahaja telah diyakini, orang orang yang percaya akan menikmati kehidupan yang sempurna, sekarang dan selama lamanya. Lihat 29:2-3. 10:62, dan 24:55.
187. Allah telah mengambil perjanjian dari mereka yang menerima kitab: "Kamu mesti umumkan kepada manusia, dan jangan sekali kali kamu menyembunyikannya." tetapi mereka membelakangkannya, dan menjualkannya dengan harga yang murah. betapa hinanya perniagaan itu.
188. Sesiapa yang bermegah megah dengan kerja kerja mereka, dan inginkan kepujian terhadap sesuatu yang belum mereka lakukan , janganlah fikir yang mereka akan terlepas dari hukuman. Mereka akan menerima pembalasan yang amat pedih. 189. Kepunyaan Allah segala kedaulatan disekelian cekrawala dan dibumi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
Mereka
yang
Mempunyai Daya Intelek.
190. Dalam kejadian sekelian cekrawala dan bumi dan penukaran malam dan siang, itu adalah tanda tanda bagi orang yang mempunyai kecerdasan.
191. Mereka mengingati Allah* sambil berdiri, duduk, serta berbaring dan mereka merenungkan tentang kejadian sekelian cekrawala dan bumi: "Tuhan kami, Engkau tidak menjadikan sekelian ini dengan sia sia. Segala kepujian bagiMu. Selamatkan kami dari azab Neraka.
192. "Tuhan kami, siapa sahaja yang Engkau masukkan keNeraka adalah mereka yang Engkau biarkan. Pelampau yang demikian tidak akan ada penolong.
193. "Tuhan kami, kami telah mendengarkan seorang penyeru yang memanggil kepada iman dan mengumumkan: ‘Kamu mesti percaya kepada Tuhan kamu,’ dan kami telah percaya. Tuhan kami ampunkan ketelanjuran kami, hilangkan segala dosa dosa kami, dan matikan kami sebagai orang orang yang percaya.
194. "Tuhan kami, hujanilah kami dengan benar benar kerahmatanMu yang Engkau janjikan kepada kami melalui para rasulMu, dan janganlah lupakan kami diHari Kebangkitan kelak. Sesungguhnya Engkau tidak pernah melupakan janji."
Allah Menjawab.
195. Tuhan mereka menjawab kepada mereka: "Aku tidak pernah mengabaikan pemberianKu kepada sesiapa yang bekerja diantara kamu bagi apa apa kerja yang kamu lakukan, sama ada lelaki ataupun perempuan - kamu adalah sama diantara satu dan lainnya. Lantas, sesiapa yang berhijrah, dan dihalau keluar dari rumah rumah mereka, dan dianiayai kerana Aku, dan berjuang lalu terbunuh, Aku akan tentu sekali mengampunkan dosa dosa mereka dan memasukkan mereka kedalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir." Demikianlah kurnia dari Allah. Allah mempunyai kurniaan yang terbaik sekali.
196. Janganlah terpengaruh dengan kejayaan orang orang yang ingkar.
197. Mereka hanya menikmatinya buat sementara waktu sahaja, kemudian tempat akhir mereka ialah diNeraka; betapa menderitanya destini mereka.
198. Bagi sesiapa yang memuliakan Tuhan mereka, mereka berhak menikmati
taman taman yang air sungai sungainya mengalir; mereka akan tinggal disana
untuk selama lamanya. Itulah tempat yang akan diberikan kepada mereka dari Allah.
Apa yang Allah berikan lebih jauh kebaikannya bagi orang orang yang
benar.
*3:191 Sesiapa saja ataupun apa saja yang menguasai minda minda kamu dalam keadaan apa sekalipun maka itulah tuhan kamu. Orang orang percaya yang sebenarnya adalah mereka itu yang mengingati Allah sepanjang masa. Lihat 23:84-89 dan Appendik 27.
Yahudi dan Nasrani yang Benar.
199. Sememangnya, ada sesetengah dari pengikut pengikut kitab yang dahulu percaya kepada Allah, dan apa apa yang telah diinspirasikan kepadamu, dan apa apa yang telah diinspirasikan kepada mereka. Mereka menyayangi Allah, dan mereka tidak pernah memperniagakan revelasi revelasi Allah dengan harga yang murah. Mereka akan mendapatkan ganjaran dari Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah yang paling cekap dalam menghitung.
200. Wahai orang orang yang percaya kamu mestilah sabar, kamu merstilah tabah hati, dan kamu mestilah bersatu, kamu mestilah mengingati Allah, supaya kamu mendapat kejayaan.
|
|
SUBMISSION.ORG |
|
|
|
|
|
Copyright © 1997-2003 Submission.org