![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
|
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1.
A. L. M.* (Alif. Lam.
Mim.)
Percubaan Mandatori
2. Adakah manusia itu berfikir yang mereka hanya dibiarkan saja untuk berkata, "Kami percaya,"
dengan tidak diletakkan dalam ujian?
3. Kami telah mencuba orang orang yang sebelum mereka, kerana Allah hendak membezakan
orang orang yang benar, dan Dia hendak mendedahkan mereka yang pembohong.
4. Adakah orang orang yang mengkomit dosa dosa berfikir yang mereka itu akan dapat
memperbodoh bodohkan kami? Salah sungguh pengadilan mereka.
5. Sesiapa saja yang berharapkan untuk bertemu dengan Allah, (mestilah ketahui) pertemuan
yang sedemikian dengan Allah pasti sekali akan berlaku. Sesungguhnya Dialah yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
6. Sesiapa yang berjuang, berjuang kerana kebaikan mereka sendiri. Sesungguhnya, Allah tidak
memerlukan sesiapa pun.
7. Sesiapa yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, pasti sekali kami akan menghapus
-kan dosa dosa mereka, dan pasti sekali akan memberikan mereka ganjaran yang melimpah
kerana pekerjaan pekerjaan baik yang mereka lakukan.
Kamu Mestilah Memuliakan
Ibu Bapa Ibu Bapa Kamu
8. Kami menyuruh manusia supaya memuliakan ibu bapa ibu bapa mereka. Tetapi jika mereka
cuba memaksakan kamu untuk mengada adakan pujaan pujaan disampingKu, janganlah
menta'ati mereka. KepadaKu sahajalah tempat kembali kamu yang terakhir, kemudian Aku
akan memberitahukan segala apa yang telah kamu lakukan.
9. Orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, pasti sekali kami akan
masukkan mereka bersama sama dengan orang orang yang benar.
Kawan Di-Masa Senang
10. Diantara manusia ada dari kalangan orang orang yang berkata, "Kami percaya kepada Allah,"
tetapi apabila saja mereka mengalami penderitaan dijalan Allah, mereka menyamakan
penindasan manusia dengan hukuman Allah. Tetapi jika rahmat dari Tuhanmu datang kepada
kau, mereka berkata, "Kami telah bersama sama kamu." Tidakkah Allah amat menyedari
apa yang tersirat jauh didalam fikiran manusia?
11. Allah pasti sekali akan membezakan orang orang yang percaya, dan Dia akan tentu sekali
mendedahkan orang orang yang hypokrit.
12. Orang orang yang ingkar berkata kepada orang orang yang percaya, "Jika kamu mengikuti
cara kami, kami akan bertanggung jawab diatas dosa dosa kamu." Tidak benar; mereka tidak
akan dapat menanggung sebarang dosa dosa mereka. Mereka adalah pembohong.
13. Malahan, mereka akan memikul dosa dosa mereka sendiri, dan ditambahkan dengan beban
dosa dosa orang lain yang mana mereka dipertanggung jawabkan. Pasti sekali, pada Hari
Kebangkitan kelak mereka akan ditanyakan berkenaan dakwaan dakwaan palsu mereka.
Nuh
14. Kami menghantarkan Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama sama mereka selama satu
ribu tahun, dikurangkan lima puluh.* Kemudiannya, mereka telah dikenakan banjir kerana
keterlaluan mereka.
*29:1Lihat Appendik 1 untuk penjelasan bagi Quran
komposisi matematika, dan makna bagi
permulaan huruf huruf Quran yang sungguh misteri
ini.
*29:14 Mukjizat bagi Quran ialah matematika, nombor nombor yang
utama ini merupakan
bahagian yang mustahak bagi asas kod 19. Lantas,
semua nombor nombor yang disebutkan didalam
Quran ini dicampurkan sehingga menjadi 162146, ataupun
19 x 8534 (lihat Appendik 1
untuk penjelasan).
_____________________________________________________________________________
15. Kami selamatkan dia dan orang orang yang bersama samanya didalam bahtera, dan kami
jadikan itu sebagai pengajaran bagi semua manusia.
Ibrahim
16. Ibrahim berkata kepada kaumnya, "Kamu mestilah sembah Allah, dan hormatilah Dia. Ini
adalah lebih baik bagi kamu, jika hanya kamu mengetahui.
17. "Apa yang kamu sembah selain Allah adalah pujaan pujaan yang lemah tidak ada kuasa;
kamu telah membuat satu pembohongan."
Allah: Adalah
Sumber Segala Peruntukkan
Pujaan pujaan yang kamu sembah disamping Allah itu tidak mempunyai sebarang
peruntukkan peruntukkan untuk kamu. Dari itu, kamu mestilah mencari peruntukkan
hanyalah dari Allah. Kamu mestilah menyembahNya sahaja, dan bersyukurlah kepadaNya;
hanya kepadaNya sahajalah kamu akan dikembalikan.
18. Jika kamu ingkar, generasi generasi sebelum kamu juga mengingkarinya. Fungsi rasul yang
sebenarnya hanyalah untuk menyampaikan (mesej).
Pelajarilah Asal Kehidupan*
19. Tidakkah mereka melihat bagaimana Allah meinisiasikan segala ciptaan, kemudian
mengulanginya? Ini adalah mudah bagi Allah melakukannya.
20. Katakanlah, "Jelajahlah dimuka bumi dan carilah asal kehidupan."* Lantas, dengan kehendak
Allah akan diinisiasikan segala ciptaan diAkhirat juga. Sesungguhnya Allah sahajalah yang
Maha Berkuasa.
21. Dia sahajalah yang mengutuk dengan siksaan kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya,
dan mencucuri belas kasihNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Akhirnya,
kepadaNya sahajalah kamu akan dipulangkan.
22. Tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas dari fakta fakta ini, dibumi ataupun dilangit, dan
kamu tidak ada sesiapa pun disamping Allah sebagai Tuhan dan Tuan.
23. Sesiapa yang mengingkari revelasi revelasi Allah, dan pertemuan denganNya, telah berputus
asa dari belas kasihKu. Mereka akan menerima hukuman yang menyakitkan.
Kembali Kepada Ibrahim
24. Satu satunya respons dari kaumnya adalah mereka menyatakan, "Bunuhlah dia, ataupun
bakarlah dia. "Tetapi Allah menyelamatkan dia dari api. Ini sepatutnya menjadi pengajaran
pengajaran bagi orang orang yang percaya.
Desakan Sosial:
25. Dia berkata, Kamu menyembah disamping Allah pujaan pujaan yang tidak ada kuasa oleh
kerana desakan dari masyarakat, hanya untuk memeliharakan perhubungan persahabatan
diantara kamu dikehidupan ini. Tetapi pada Hari Kebangkitan kelak, kamu akan menafikan
satu sama lain, dan menyumpah satu sama lain. Destini kamu adalah Neraka, dimana
kamu tidak dapat menolong satu sama lain.
26. Lut percaya kepadanya dan berkata, Aku akan berhijrah kepada Tuhanku. Dia adalah yang
Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.
27. Kami berikannya Ishak dan Yakub, kami melantik kepada keturunannya kenabian dan
dan memberikan kitab kitab, kami kurniakannya dengan ganjaran yang penuh dikehidupan ini,
dan diAkhirat juga sudah tentu dia akan bersama sama dengan orang orang yang benar.
28. Lut berkata kepada kaumnya, Kamu telah komit suatu perbuatan yang keji sekali, yang
belum pernah dilakukan oleh seorang pun didunia ini sebelum kamu.
29. Kamu mempraktikkan sek dengan lelaki, kamu mengkomit rompakan dijalan raya, dan
kamu membiarkan bermacam macam maksiat dilakukan didalam masyarakat kamu.
Respon yang diberikan oleh kaumnya dengan berkata, Bawalah kepada kami hukuman
Allah itu, jika sememangnya kamu yang benar.
30. Dia berkata, "Tuhanku, berikanlah aku kemenangan terhadap orang orang yang zalim ini."
Para Malaikat Melawat
Ibrahim dan Lut
31. Apabila para rasul kami datang kepada Ibrahim dengan membawa berita berita baik (tentang
kelahiran Ishak), mereka juga berkata, "Kami didalam perjalanan untuk menghapuskan orang
orang bagi bandar itu (Sodom). Kerana orang orangnya telah berlaku zalim."
32. Dia berkata, "Tetapi Lut tinggal disana." Mereka berkata, "Kami amat sedar akan sesiapa yang
tinggal didalamnya. Tentu sekali akan kami selamatkan dia dan keluarganya, melainkan
isterinya; dia akan dibinasakan."
33. Apabila para rasul kami datang ketempat Lut, mereka telah dianiayai, dan dia merasa malu
dengan kehadiran mereka. Tetapi mereka berkata, "Janganlah takut, dan janganlah risau.
Kami akan selamatkan kau dan keluargamu, melainkan isterimu; dia akan dibinasakan.
34. "Kami akan turunkan mala petaka dari langit keatas orang orang didalam bandar ini kerana
kezaliman mereka."
*29:19-20 Kami pelajari dari Quran yang proses evolusi
adalah didalam kawalan yang Maha Suci.
Lihat Appendik 31 untuk
penjelasan.
____________________________________________________________________________________
35. Kami biarkan berdiri beberapa kebinasaan mereka, untuk dijadikan sebagai pengajaran yang
nyata bagi orang orang yang faham.
Shu'ib
36. Kepada Midyan kami menghantarkan saudara mereka Shu'ib. Dia berkata, "Wahai kaumku,
kamu mestilah sembah Allah dan berusahalah untuk mendapatkan Hari Akhirat, dan janganlah
menjelajah dimuka bumi ini dengan melakukan korup."
37. Mereka mengingkarinya dan, akibatnya, gempa bumi menghapuskan mereka; mereka telah
dibiarkan mati didalam rumah rumah mereka diwaktu pagi.
38. Begitu juga, 'Ad dan Thamud (telah dihapuskan). Ini telah dijadikan kenyataan kepada kamu
melalui bekas runtuhan mereka. Syaitan telah menghiasi baik akan kerja kerja mereka dimata
mata mereka, dan telah melencongkan mereka dari jalan yang benar, walaupun mereka
mempunyai mata mata.
Sistem Allah Yang
Tidak Akan Berubah
39. Juga Qarun, Fir'aun dan Haman; Musa datang kepada mereka dengan membawa tanda tanda
yang terang. Tetapi mereka berterusan mengkomit penindasan dibumi. Akibatnya, mereka
tidak dapat elak (dari hukuman).
40. Semua orang orang yang ingkar itu telah dibinasakan akibat dari dosa dosa mereka. Ada yang
kami hapuskan dengan angin kencang, ada yang kami hapuskan dengan gempa bumi, ada
yang kami biarkan ditelan bumi,dan ada yang kami tenggelamkan. Bukanlah Allah yang
menzalimi mereka; malahan merekalah yang telah menzalimi roh roh mereka sendiri.
Labah Labah
41. Aligori bagi orang orang yang menerima tuan tuan lain disamping Allah adalah umpama
labah labah dan rumahnya; sesungguhnya selemah lemahnya diantara sekelian rumah rumah
adalah rumah labah labah, jika hanya mereka mengetahuinya.*
42. Allah amat mengetahui sepenuhnya apa saja mereka sembah disampingNya itu
sebenarnya tidak ada. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
43. Kami adakan contoh contoh ini untuk manusia, dan tidak ada siapa yang menyukurinya
melainkan orang orang yang berilmu pengetahuan.*
44. Allah telah menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dengan sebenarnya. Ini memberikan
bukti yang cukup bagi orang orang yang percaya.
*29:41- 43 Berkenaan pengetahuan tentang labah labah
hitam membunuh pasangan betinanya, hanya
orang orang yang mempunya kecerdasan saja dapat
mentafsirkannya. Menggunakan genus feminin
sebagai rujukan kepada labah labah diayat 29:41
sungguh bermakna. Fakta yang sebenar
bahwa sarang labah labah itu amatlah tipis
sekali.
_________________________________________________________________________________
Mengerjakan Sembahyang
(Salat)
45. Kau mestilah membaca apa yang telah diturunkan kepadamu dari kitab, dan Mengerjakan
Sembahyang (Salat), kerana Mengerjakan Sembahyang itu mencegah dari kejahatan dan
maksiat. Tetapi mengingati Allah (melalui sembahyang) adalah objektif yang paling
mustahak.* Sesungguhnya, Allah amat mengetahui segala apa yang kamu lakukan.
Satu Allah / Satu
Agama
46. Janganlah bertengkaran dengan pengikut pengikut kitab (Yahudi, Kristian dan Muslim) melain
-kan dengan cara yang terbaik- melainkan jika mereka itu melampaui batas - maka katakanlah,
"Kami percaya apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada
kamu, dan tuhan kami juga tuhan kamu adalah satu dan yang sama; kepadaNya sahajalah kami
serahkan diri diri kami."
47. Kami telah turunkan kitab ini kepadamu, dan orang orang yang kami rahmati dengan kitab
yang terdahulu akan mempercayainya. Juga, ada sedikit dari kalangan orang
orangmu akan
mempercayainya. Sesungguhnya, orang orang yang tidak mempedulikan revelasi
revelasi
kami itu adalah pengingkar pengingkar yang sebenarnya.
Quran: Mukjizat Bagi
Muhammad
48. Kau tidak membaca kitab kitab yang terdahulu, tidak juga kau menulisnya dengan tanganmu.
Sekiranya hal ini telah berlaku, sudah tentu orang orang yang ingkar itu mempunyai alasan
untuk menyimpan keraguan.
49. Sebenarnya, revelasi revelasi ini telah menjadi jelas didalam dada dada orang orang yang
mempunyai ilmu pengetahuan. Hanyalah orang orang yang zalim sajalah yang tidak
mempedulikan revelasi revelasi kami.
50.
Mereka berkata, "Jika hanya mukjizat mukjizat* dapat datang kepadanya
dari Tuhannya!"
Katakanlah, "Semua mukjizat mukjizat datang dari Allah; Aku tidak lain hanyalah pemberi
amaran yang jelas."
51. Tidakkah cukup sebuah mukjizat* yang kami turunkan kepadamu buku ini, sedang
dibacakan kepada mereka? Ini sesungguhnya adalah belas kasih dan peringatan untuk orang
orang yang percaya.
52. Katakanlah, "Cukuplah Allah sahaja sebagai saksi diantara aku dan kamu. Dan Dia sahajalah
yang ketahui apa apa yang ada disekelian cekrawala dan bumi. Tentu sekali, orang orang yang
percaya kepada kepalsuan dan tidak percaya kepada Allah adalah yang benar benar rugi."
Mereka Semua Di-Dalam Neraka
53. Mereka mencabarmu supaya membawa hukuman! Jika tidak kerana masa ketentuan yang
telah dijanjikan, siksaan sudah pasti akan datang kepada mereka dengan serta merta.*
Tentu sekali, ianya akan datang kepada mereka dengan tiba tiba, apabila saja mereka tidak
menyangkakannya.
54. Mereka mencabarmu supaya membawakan hukuman! Sedangkan Neraka telah mengelilingi
orang orang yang ingkar.
*29:45 Tuhan kamu adalah apa yang terlintas difikiran
kamu pada setiap waktu (lihat 20:14 &
Appendik 27).
*29: 48-51 Ini adalah dengan kehendak Allah jua
yang memisahkan mukjizat matematika Quran
yang mengkagumkan selama 1400 tahun. Dengan melihatkan
betapa orang orang muslim telah
mengagungkan dan memuja Muhammad, jika sekiranya
mukjizat ini diberikan kepada Muhammad,
semua manusia akan menyembahnya sebagai Allah jelmaan.
Dengan kehendak Allah juga yang
mukjizat Quran yang berbesar ini (74: 30-35) telah
dibentangkan dizaman komputer, dan
diturunkan melalui Rasul Allah yang dijanjikan (lihat
Appendik 1, 2, & 26).
*29:53 Sesiapa yang mati sebelum umur 40 akan terus
keSyurga, dan tidak semua manusia
berkelayakan untuk ini. Manusia kadang kala merungut
akan adanya kelambatan undang undang
untuk menghukum penjenayah penjenayah yang zalim.
Allah tahu siapakah yang berhak
mendapatkan Syurga (lihat 46:15 dan Appendik
32).
_______________________________________________________________________________
55. Harinya akan tiba apabila siksaan akan menyelubuhi mereka, dari atas mereka dan dari bawah
kaki kaki mereka; Dia akan berkata, "Rasakanlah akibat dari kerja kerja kamu."
Berhijrah Kerana
Allah
56. Wahai hamba hambaKu yang percaya, bumiKu amatlah luas, maka sembahlah Aku.
57. Tiap tiap jiwa akan merasai mati, dan kepada kamilah kamu akhirnya akan dikembalikan.
58. Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, tentu sekali akan kami
tempatkan mereka didalam Syurga, dengan rumah rumah besar dan air sungai sungai yang
mengalir. Mereka akan tinggal berkekalan didalamnya untuk selama lamanya. Betapa
indahnya anugerah bagi pekerja pekerja.
59. Merekalah orang orang yang sabar dan tabah hati, dan meletakkan kepercayaan kepada
Tuhan mereka.
60. Banyaknya makhluk yang tidak membawa peruntukkannya, Allah sahajalah yang mengadakan
untuk ianya, dan juga untuk kamu. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.
Kebanyakan Orang Orang
Yang Percaya
Di-Takdirkan Ke-Neraka
61. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi,
dan meletakkan matahari dan bulan bagi menjalankan servis untuk kamu," mereka akan
berkata, "Allah." Kenapa pula mereka melencong?
62. Allah Sahajalah yang menambahkan peruntukkan bagi sesiapa saja yang Dia pilih diantara
makhlukNya, dan menahannya. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala sesuatu.
63. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang menurunkan air dari langit, untuk
menghidupkan bumi yang mati," mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Maha Suci
Allah." Kebanyakan mereka itu tidak mengerti.
Aturkan Semula Keutamaan Kamu
64. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah bermegah megah dan permainan saja, sementara
tempat tinggal diAkhirat itu adalah kehidupan yang sebenar, jika hanya mereka ketahui.
65. Apabila mereka belayar diatas kapal, mereka bermohon kepada Allah dengan mengabdikan
doa' doa' mereka kepadaNya sahaja. Tetapi apabila saja Dia selamatkan mereka ketepi
daratan, mereka kembali kepada menyekutukan (Allah).
66. Biarkanlah mereka mengingkarkan apa yang telah kami berikan kepada mereka, dan
biarkanlah mereka menikmatinya buat sementara waktu; tentunya nanti mereka akan dapat
ketahui.
67. Tidakkah mereka dapat melihat yang kami telah memantapkan sebuah Tempat Suci yang
kami jadikan ianya terjamin, sementara semua disekelilingnya manusia yang sentiasa didalam
keadaan bahaya? Masih mahukah mereka juga percaya dengan kepalsuan, dan menolak
rahmat dari Allah?
68. Siapakah yang amat jahat dari seorang yang mengada adakan penipuan dan diatributkannya
kepada Allah, ataupun mengingkari kebenaran apabila ianya datang kepadanya? Tidakkah
Neraka hukuman yang paling adil untuk orang orang yang ingkar?
69. Bagi orang orang yang berjuang untuk kami, kami akan tentu sekali membimbing mereka
kejalan kami. Sudah pasti, Allah ada bersama sama orang orang yang bertakwah.
|
|
SUBMISSION.ORG |
|
|
|
|
|
Copyright © 1997-2003 Submission.org