Surah 28. Al-Qasas
Sejarah    1 - 88.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

 

1.        T. S. M.* (Tha. Sin.Mim.)

_____________________________________________________________________________________

*28:1 Lihat Appendik 1 untuk penjelasan bagi mukjizat Quran kod matematika,  huruf huruf permulaan dari Quran yang bermakna ini.

______________________________________________________________________________________  

2.        (Huruf huruf) ini mengandungi bukti bukti bagi buku yang nyata ini.

3.        Kami bacakan kepadamu didalam ini beberapa sejarah tentang Musa dan Fir'aun, dengan

        sebenarnya, supaya dapat memanfaatkan orang orang yang percaya.

4.        Fir'aun menjadi seorang penindas dibumi, dan dia telah mendiskriminasikan beberapa

        manusia. Dia menindas kumpulan yang lemah diantara mereka, menyembelihkan anak anak

       lelaki mereka, dan membiarkan anak anak perempuan mereka. Dia sesungguhnya seorang

       yang zalim.

Allah Membantu

Orang Orang Yang Tertindas

5.        Adalah kehendak kami untuk memberikan bantuan kepada orang orang yang telah ditindas

dimuka bumi, dan untuk menjadikan mereka para pemimpin, dan menjadikan mereka

pewaris pewaris.

6.        Dan memantapkan mereka dibumi, dan untuk memberi Fir'aun, Hamaan, dan bala tentera

        mereka merasai balasannya diatas perbuatan perbuatan jahat mereka sendiri.

Berkeyakinan kepada Allah

7.        Kami meinspirasikan kepada ibu Musa: "Peliharalah dia, dan apabila kau takut akan nyawanya,

buangkanlah dia kedalam sungai dengan tidak merasakan takut ataupun kesedihan. Kami akan

kembalikan dia kepadamu, dan akan menjadikannya salah satu dari para rasul kami." 

8.        Keluarga Fir'aun mengambilnya, hanya untuk mendapati yang dia memimpin pihak penentang

dan untuk menjadikan dia sumber kesedihan bagi mereka. Itu adalah kerana Fir'aun, Hamaan

dan bala tentara mereka itu adalah orang orang yang melampaui batas.

Didalam Jerumun Singa

9.        Isteri Fir'aun berkata, "Ini boleh menjadi permulaan yang akan membahagiakanku dan kau.

Janganlah bunuh dia, mungkin dia akan memanfaatkan kita, ataupun mungkin kita dapat

mengambilnya sebagai anak angkat kita." Mereka tidak mempunyai idea.

10.     Fikiran ibu Musa bertambah cemas sehinga hampir hampir dia mendedahkan identitinya.

Tetapi kami kuatkan hatinya, untuk menjadikan dia orang orang yang percaya.

11.     Dia berkata kepada kakaknya, "Ikutilah perjalanannya." Dia melihatnya dari jauh, sementara

       mereka pula tidak menyedarinya.

Bayi Di-Pulangkan Kepada Ibunya

12.     Kami melarangnya dari menerima semua ibu ibu yang dapat menyusu. (Kakaknya) pun

       berkata, "Aku boleh menunjukkan kamu sebuah keluarga yang boleh membesarkannya

       untuk kamu, dan menjaganya dengan baik."

13.     Lantas, kami mengembalikannya kepada ibunya, demi untuk menyenangkannya, menghilang

-kan kerisauannya, dan untuk memberitahu kepadanya yang perjanjian Allah itu adalah benar.

Walaupun demikian, kebanyakan dari mereka itu tidak mengetahuinya.

14.     Apabila dia mencapai dewasa dan kuat, kami memberikannya kebijaksanaan dan ilmu

       pengetahuan. Lantas, kami menganugerahi orang orang yang benar.

Musa Komit Pembunuhan

15.     Tatkala dia memasuki bandar dengan tidak disangkakan, tanpa dikenali oleh orang ramai.

Dia mendapati dua orang sedang berkelahi; seorang adalah (Yahudi) dari kaumnya, dan

seorang lagi (Mesir) dari kalangan musuhnya. Seorang yang dari kaumnya memanggilnya

untuk meminta tolong menghadap musuhnya. Musa menumbuknya, membunuhnya. Dia berkata,

"Ini adalah pekerjaan syaitan; dia adalah musuh yang sebenarnya, dan pemimpin yang

menyedatkan."

16.     Dia berkata, "Tuhanku, aku telah menzalimi rohku. Ampunilah daku," dan Dia mengampuninya.

Sesungguhnya, Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

17.     Dia berkata, "Tuhanku, untuk membalas rahmatMu keatasku, aku tidak akan lagi menjadi

penyokong bagi orang orang yang bersalah."

18.     Diwaktu pagi, dia berada dibandar, takut dan berhati hati. Orang yang mendapatkan pertolongan

dia semalam, meminta pertolongannya sekali lagi. Musa berkata kepadanya, "Kau adalah benar

benar pembuat kacau."

Jenayah

Musa Di-Dedahkan

19.     Sedang dia mencuba untuk memukul musuh mereka yang nyata itu, dia berkata, "Wahai Musa,

adakah kau mahu membunuhku, sebagaimana yang kau telah membunuh lelaki itu semalam?

Jelas sekali, kau ingin menjadi penindas dibumi; kerana kau tidak ingin menjadi orang orang

yang benar."

20.     Seorang lelaki datang berlari lari disebelah lain bahagian bandar itu, sambil berkata, "Wahai

       Musa, orang orang berkomplot untuk membunuhmu. Baiklah kau pergi dengan segera. Aku

       hanya memberimu nasihat yang baik."

21.     Dia lari keluar dari bandar itu, ketakutan dan berhati hati. Dia berkata, "Tuhanku selamatkanku

       dari orang orang yang menindas."

Di-Midyan

22.     Sambil dia berjalan menuju keMidyan, dia berkata, "Semoga Tuhanku membimbingku kejalan

yang benar."

23.     Apabila dia tiba ditempat memberi air diMidyan, dia dapati sekumpulan orang orang yang

       mengambil air, dan melihat dua wanita sedang menunggu disebelah sana. Dia berkata, "Apakah

       yang kamu perlukan?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat mengambil air, sehingga kumpulan

       ini pergi, dan bapa kami seorang lelaki tua."

24.     Dia mengambilkan air untuk mereka, dan berpaling ketempat yang teduh, sambil berkata,

"Tuhanku, apa saja rezeki yang Engkau hantarkan untukku, kerana aku tersangat

memerlukannya."

25.     Tidak lama kemudian, seorang dari kedua wanita itu mendatanginya, dengan malu malu,

       dan berkata, "Bapaku menjemputmu untuk membayarmu kerana mengambilkan kami air."

       Setelah dia berjumpa dengannya, dan menceritakan kepadanya kisahnya, dia berkata,

       "Janganlah takut. Kau telah terselamat dari orang orang yang menindas."

Musa Berkahwin

26.     Salah satu dari kedua wanita itu berkata, "Wahai bapaku upahlah dia. Dia yang terbaik untuk

mengupah, kerana dia itu kuat dan jujur."

27.     Dia berkata, "Aku ingin memberikan salah satu dari kedua orang anak perempuanku kepada

-mu untuk dikahwini, supaya engkau  bekerja untukku selama delapan musim haji; jika kau

       menjadikannya sepuluh, itu adalah diatas kerelaan dipihakmu. Aku tidak menginginikan 

       perkara ini menjadi susah bagimu. Kau akan dapati Dengan Izin Allah (Insha Allah),

seorang yang benar."

28.     Dia berkata, "Ini adalah satu perjanjian diantara aku dan engkau. Mana satu masa yang aku

       tunaikan, kau tidak akan menjadi keberatan untuk menerima salah satu darinya. Sesungguhnya,

      Allah yang menjadi penjamin bagi apa yang telah kami cakapkan."

Kembali Ke-Mesir

29.     Apabila dia telah selesai tunaikan kewajipannya, dia berjalan dengan keluarganya

(menuju Mesir). Dia melihat dicerunan gunung Sinai sebuah api. Dia berkata kepada

keluarganya, "Tinggallah disini. Aku telah melihat api. Boleh jadi aku dapat membawakan

berita, ataupun sedikit api untuk memanaskan kamu."

Musa Di-Lantik

30.     Apabila dia sampai kepadanya, dia telah dipanggil dari sebelah kanan tepi lembah itu, didalam

tempat yang dirahmati dimana terdapat lokasi dirimbunan yang terbakar: "Wahai Musa, ini

adalah Aku. Allah; Tuhan semesta alam."

31.     "Lemparkan kebawah tongkatmu itu." Apabila dia melihat yang ianya bergerak seperti setan,

dia pusing kebelakang dan lari. "Wahai Musa, datanglah kembali; janganlah takut. Kau cukup

selamat.

32.     "Masukkanlah tanganmu didalam kucekmu; ianya akan keluar menjadi keputihan dengan tidak

        tercemar. Lipatkan kedua lenganmu dan tenangkan perasaan takutmu. Ini adalah dua bukti

        bukti dari Tuhanmu, untuk ditunjukkan kepada Fir'aun dan pengetua pengetuanya; mereka

        telah menjadi orang orang yang zalim."

33.     Dia berkata, "Tuhanku, aku telah membunuh salah seorang dari mereka, dan aku takut jangan

sampai mereka membunuhku.

34      "Juga, saudaraku, Harun lebih pandai bertutur dariku. Hantarkanlah dia bersamaku sebagai

penolong untuk mengesahkan dan menguatkanku. Aku takut jangan sampai mereka

mengingkariku."

35.     Dia berkata, "Kami akan kuatkan kau dengan saudaramu, dan kami akan memberikan kamu

berdua autoriti yang jelas. Lantas, mereka tidak akan dapat menyentuh salah satu dari kamu

dengan mukjizat mukjizat kami, kepada kamu berdua, bersama sama dengan orang orang

yang mengikuti kamu, akan menjadi pemenang pemenang."

Kesombongan Fir'aun

36.     Apabila Musa pergi kepada mereka dengan bukti bukti kami, terang dan nyata, mereka berkata,

"Ini adalah magik yang diada adakan. Kami tidak pernah mendengarkan ini dari keturunan

keturunan kami."

37.     Musa berkata, "Tuhanku, amat ketahui sesiapa yang membawa petunjuk dariNya, dan siapakah

yang akan akhirnya menjadi pemenang pemenang. Tentu sekali, orang orang yang melampaui

batas itu tidak akan berjaya." 

38.     Fir'aun berkata, "Wahai kau pengetua pengetua, aku tidak pernah mengetahui adanya sebarang

       tuhan untuk kamu selainku. Dari itu, apikan rumah adob, wahai Haman, untuk membina menara,

       supaya dapat aku tengok dekat tuhan bagi Musa. Aku sangat pasti yang dia itu pembohong."

39.     Lantas, dia dan bala tenteranya berterusan mengkomit kesombongan diatas bumi,  dengan tidak

mempunyai kebenaran, dan berfikir yang mereka itu tidak akan dapat dikembalikan kepada kami.

40.     Akibatnya, kami menghukum dia dan bala tenterannya, dengan mencampakkan mereka kedalam

       laut. Perhatikanlah akibatnya bagi orang orang yang melampaui batas.

41.     Kami jadikan mereka para imam yang membawakan orang orang mereka keNeraka. Tambahan

pula, pada Hari Kebangkitan kelak, mereka tidak akan mempunyai sebarang pertolongan.

42.     Mereka dikenakan kutukkan dikehidupan ini, dan pada Hari Kebangkitan kelak mereka akan

       dihina.

Buku Untuk Musa*

43.     Kami berikan kepada Musa kitab - setelah terhapusnya generasi generasi yang lalu, dan sesudah

menetapkan contoh contoh melalui mereka- untuk memberikan petunjuk kepada manusia, dan

bimbingan, dan belas kasih supaya dapat mereka mengambil peringatan.

Pemberitahuan Kepada

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

44.     Kau tidak berada dicerunan gunung di sebelah barat, apabila kami isukan perintah kepada

Musa; kau bukanlah sebagai saksi.*

45.  Tetapi kami telah memantapkan banyak generasi generasi, dan kerana jarak masa yang lama,

(mereka telah dilencongkan), Tidak juga kau ada diantara orang orang Midyan, membacakan

revelasi revelasi kami kepada mereka. Tetapi kami telah menghantarkan para rasul.

_____________________________________________________________________________________

*28"43 Taurat adalah dari pengumpulan semua kitab kitab yang telah diturunkan kepada semua para nabi

termasuk kitab dari Musa. Quran konsistennya menyatakan yang Musa telah diberikan sebuah buku,

ataupun "Buku Perundangan." Tidak ada didalam Quran yang dapat kita melihat bahwa "Taurat" telah

diberikan kepada Musa. "Old Testament" sekarang ini, dari itu, itu adalah Taurat (lihat 3:50, 5:46).

*28:44 Nama Rasul Allah yang dijanjikan telah disahkan oleh matematika: dengan meletakkan nilai

gematrikal "Rashad Khalifa" (1230) kepada nombor ayat (44), kita akan mendapat 123044= 19 x 6476.

______________________________________________________________________________________

46.     Tidak juga kau berada dicerunan Gunung Sinai apabila kami memanggil (Musa). Tetapi itu

adalah belas kasih dari Tuhan kamu, (terhadap manusia,) supaya dapat memberikan amaran

kepada manusia yang tidak menerima amaran sebelummu, supaya mereka dapat merenungkan.

Tidak Ada Alasan

47.     Lantas, mereka tidak boleh mengatakan, apabila bencana menyerang mereka oleh kerana

perbuatan mereka sendiri, "Tuhan kami, kalaulah Engkau menghantarkan seorang rasul

kepada kami, tentunya kami akan mengikuti revelasi revelasiMu, dan tentunya akan menjadi

orang orang yang percaya."

Taurat dan Quran

48.     Sekarang apabila kebenaran telah datang kepada mereka dari kami, mereka berkata, "kalaulah

sekiranya kita diberi apa yang telah diberikan kepada Musa!" Tidakkah mereka telah mengingkari

dengan apa yang telah diberikan kepada Musa dimasa lalu? Mereka berkata, "Kedua dua (kitab)

itu adalah dari perbuatan magik yang meniru satu sama lainnya." Mereka juga berkata, "Kami

tidak akan mempercayai kedua duanya itu."

49.     Katakanlah, "Maka terbitkanlah sebuah kitab dari Allah dengan lebih baik bimbingan dari yang

       dua itu, supaya aku dapat mengikutinya, jika kaulah yang benar."

Allah Menghantarkan

PengajaranNya Kepada

Kita Melalui Para RasulNya

50.     Jika mereka gagal untuk merespons kepadamu, maka ketahuilah yang mereka itu hanya

mengikuti pendapat pendapat mereka sendiri. Siapakah yang lebih jauh kesesatannya dari

orang orang yang mengikuti pendapat pendapat mereka sendiri, dengan tidak dapat bimbingan

dari Allah? Allah tidak akan membimbing orang orang zalim yang sedemikian. 

Semua Orang Orang

Yang Benar Benar

Percaya Menerima Quran

51.     Kami telah menyampaikan mesej kepada mereka, supaya mereka dapat merenungkan.

52.     Orang orang yang kami rahmati dengan kitab kitab yang terdahulu akan percaya didalam ini.

53.     Apabila ianya dibacakan kepada mereka, mereka akan berkata, "Kami percaya dengannya.

Ini adalah kebenaran dari Tuhan kami. Walaupun sebelum kami mendengarkannya, kami

telah menyerahkan diri diri kami sepenuhnya (kepada Allah)."

Ganjaran Yang Berganda

Bagi Kristien (Nasrani) & Yahudi

Yang Mengenal Kebenaran

54.     Untuk mereka ini kami memberikan dua kali ganjaran, kerana mereka sabar dan tabah hati.

Mereka mengatasi kerja kerja jahat dengan membuat kerja kerja yang baik, dan dari rezeki

rezeki kami kepada mereka, mereka memberi.

55.     Apabila mereka berhadapan dengan percakapan yang sia sia, mereka berpaling darinya dan

berkata, "Kami akan bertanggung jawab diatas perbuatan perbuatan kami, dan kamu

bertanggungjawab diatas perbuatan perbuatan kamu. Kesejahteraan bagi kamu. Kami tidak

ingin berperangai seperti orang orang yang jahil."

Hanya Allah Sahaja

Yang Membimbing

56.     Kamu tidak akan dapat membimbing orang orang yang kamu sayangi. Allah Sahajalah yang

membimbing mengikuti kehendakNya dan mengikuti ilmu pengetahuanNya bagi orang orang

yang berhak mendapat bimbingan.

57.     Mereka berkata, "Jika kami mengikuti petunjukmu, kami akan menerima penyiksaan."Tidak

-kah kami telah memantapkan untuk mereka Tempat Suci, dimana berbagai bagai rupa buah

buahan telah diberikan, sebagai peruntukkan dari kami? Sesungguhnya, kebanyakan dari

mereka itu tidak mengetahuinya.

58.     Banyak komuniti telah kami hapuskan kerana tidak tahu menyukuri keadaan kehidupan

        mereka. Akibatnya, disinilah rumah rumah mereka, tiada mempunyai apa apa langsung dan

        tidak dapat didiami kerana kehancuran sesudah mereka,  melainkan sedikit. Kamilah pewaris

        pewarisnya.

59.     Kerana Tuhan kamu tidak pernah menghapuskan sebarang komuniti sebelum menghantarkan

rasul ditengah tengah tempat itu, untuk membacakan revelasi revelasi kami kepada mereka.

Kami tidak pernah menghapuskan sebarang komuniti, melainkan jika orang orangnya zalim.

60.     Segala apa yang diberikan kepada kamu adalah hanya kebendaan bagi kehidupan ini, dan

semata mata untuk bermegah megah. Apa yang ada bersama Allah itu lebih jauh lagi baiknya,

dan berkekalan. Tidakkah kamu faham?

61      Adakah seorang yang kami janjikan dengan perjanjian yang baik yang tentu sekali akan berlaku,

       sama dengan seorang yang kami memperuntukkan dengan kebendaan yang sementara bagi

       kehidupan ini, kemudian sesudah itu menderita dengan azab yang berkekalan pada Hari

       Kebangkitan kelak?

Pujaan Pujaan Tidak

Mengakui Pemuja Pemuja Mereka

62.     Harinya akan tiba apabila Dia memanggilkan mereka, dengan berkata, "Dimanakah pujaan

       pujaan yang kamu ada adakan disampingKu?"

63.     Orang orang yang menghadapi pengadilan akan berkata, "Tuhan kami, inilah orang orangnya

yang kami sesatkan; kami menyesatkan mereka hanyalah kerana kami sendiri telah tersesat.

Sekarang ini kami mengabdikan diri diri kami sepenuhnya kepadaMu. Mereka sebenarnya

bukanlah menyembah kami."

64.     Akan dikatakan, "Panggilah pujaan pujaan kamu (untuk menolong kamu)." Mereka akan
memanggilkan mereka, tetapi mereka tidak akan merespons. Mereka akan menderita dengan

       hukuman, dan berkeinginan yang mereka itu telah mendapat bimbingan!

Respons Kami Kepada Para Rasul

65.     Pada hari itu, Dia akan bertanya kepada semua orang, " Bagaimana kamu merespons kepada

para rasul?"

66.     Mereka akan terkejut dengan fakta fakta pada hari itu, akan mereka terdiam tanpa berkata.

67.     Bagi sesiapa yang bertaubat, percaya, dan menjalani kehidupan yang benar, mereka akan

berakhir bersama sama dengan orang orang yang berjaya.

68.     Tuhan kamu yang Esa yang mencipta apa saja dengan kehendakNya, dan yang memilih; tidak

ada sesiapa pun dapat membuat sebarang pilihan. Maha suci Allah, yang Maha Tinggi. Dia

sahajalah yang lebih jauh keatas dari mempunyai pasangan pasangan.

69.     Tuhan kamu tahu jauh tentang fikiran yang jauh tersembunyi didalam dada dada mereka,

       begitu juga dengan apa saja yang diumumkan.

70.     Dia adalah Allah Tuhan yang Esa; tidak ada tuhan lain disampingNya. KepadaNya segala

       kepujian bagi kehidupan pertama ini, dan diAkhirat kelak. Segala pengadilan kepunyaanNya,

       dan kepadaNya sahajalah kamu akan dikembalikan.  

Rahmat Allah

71.     Katakanlah, "Apa akan jadi jika Allah menjadikan malam selama lamanya, sehingga sampai

keHari Kebangkitan? Tuhan yang manakah, selain dari Allah, boleh memberikan kamu cahaya?
tidakkah dapat kamu dengar?"

72.     Katakanlah, "Apa akan jadi jika Allah menjadikan siang hari itu selama lamanya, sehingga

       sampai keHari Kebangkitan? Tuhan yang manakah, selain dari Allah, dapat mengadakan untuk

       kamu malam supaya kamu dapat rehat? Tidakkah kamu dapat lihat?" 

73.     Itu adalah belas kasih dariNya yang Dia menciptakan untuk kamu malam dan siang hari supaya

dapat berehat (diwaktu malam), dan mencari rezeki rezekiNya (diwaktu siang hari), semoga

kamu dapat bersyukur.

Pujaan Pujaan

Tidak Mempunyai Kuasa

74.     Harinya akan tiba apabila Dia menanyakan mereka, "Dimanakah pujaan pujaan yang kamu

telah mengada adakan untuk disamakan denganKu?"

75.     Kami akan pilih dari setiap komuniti seorang saksi, dan kemudian berkata, "Berikanlah bukti

       kamu." Barulah mereka akan menyedari yang semua kebenaran ada disisi Allah, sementara

       pujaan pujaan yang mereka telah ada adakan itu akan meninggalkan mereka.

Qarun

76.     Qarun (penjual hamba) adalah seorang dari kaum Musa yang telah mengkhianati mereka dan
menindas mereka. Kami berikan kepadanya harta yang amat banyak yang kunci kunci untuk

       tempatnya itu hampir terlalu berat bagi orang orang yang paling kuat. Orang orangnya berkata

kepada dia, "Janganlah menjadi terlalu sombong; Allah tidak mencintai orang orang yang

sombong.

77.     "Gunakanlah peruntukkan peruntukkan yang dikurniakan kepadamu dari Allah untuk mencari

tempat diAkhirat, dengan tidak mengabaikan bahagianmu didunia ini. Jadilah dermawan,

sebagaimana Allah telah berlaku dermawan terhadapmu. Janganlah berterusan mengkorup

dibumi ini. Sesungguhnya Allah tidak mencintai orang orang yang berlaku korup."

78.     Dia berkata, "Aku mendapatkan kesemuanya ini kerana kepintaranku sendiri." Tidakkah dia

sedar yang Allah telah menghapuskan sebelumnya generasi generasi yang lebih kuat dari dia,

dan lebih lagi ramai bilangannya? Orang orang yang melampaui batas itu (tetap terhapus)

tanpa ditanya berkenaan jenayah jenayah mereka.

79.     Satu hari, dia keluar mendatang kepada orang orangnya dengan penuh hiasan. Orang orang yang

mengutamakan dunia ini berkata, "Oh, kalaulah kami mempunyai apa yang dipunyai oleh

Qarun. Sesungguhnya, dia sangatlah beruntung."

Kekayaan Yang Sebenar

80.     Bagi orang orang yang dirahmati dengan ilmu pengetahuan, mereka berkata, " Malang bagimu,

ganjaran dari Allah adalah lebih baik lagi bagi orang orang percaya yang menjalani kehidupan

yang benar." Tidak ada sesiapa yang akan mendapatkannya melainkan orang orang yang sabar.

  

Nasib Malang Bagi Penindas

81.     Lalu kami yang menyebabkan bumi menelannya dan rumah besarnya. Tidak ada pasukan yang

       boleh menolongnya terhadap Allah; dia tidaklah ditakdirkan untuk menjadi orang orang yang

berjaya.

82.     Orang orang yang iri hati terhadapnya sehari sebelumnya berkata, "Sekarang barulah kami sedar

yang Allah Sahajalah yang memberi kepada sesiapa saja yang Dia pilih diantara hamba hamba

-Nya, dan menahannya. Jika tidak kerana kurnian Allah terhadap kita, Dia tentunya akan menyebabkan
bumi menelan kita juga. Sekarang kami baru sedar bahwa orang orang yang ingkar

tidak akan berjaya."

Pemenang Pemenang

Yang Muktamad

83.     Kami telah tetapkan tempat tinggal diAkhirat bagi orang orang yang tidak mencari kemegahan

diri dibumi, maupun melakukan korupsi. Kemenangan yang muktamad adalah kepunyaan

orang orang yang takwa.

84.     Sesiapa saja yang mengerjakan kebaikan akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik. Bagi

orang orang yang mengkomit dosa dosa, hukuman bagi dosa dosa mereka adalah bertepatan

dengan kerja kerja mereka.

85.     Tentu sekali, yang Esa yang mendekrikan Quran untukmu akan menghimpunkanmu dimasa

        yang telah ditetapkan pertemuan. Katakanlah, "Tuhanku amat sedar sesiapa yang mendukung

        petunjuk, dan sesiapa yang telah tersesat."

86.     Kau tidak menyangkakan yang kitab ini akan datang kepadamu; tetapi ini adalah belas

       kasih dari Tuhanmu. Dari itu, janganlah kamu menyebelahi orang orang yang ingkar.

87.     Dan tidak boleh kau melencong dari revelasi revelasi Allah, setelah ianya telah datang

kepadamu, dan jemputlah yang lainnya kepada Tuhanmu. Dan janganlah sekali kali jatuh

kedalam penyembahan pujaan.

88.     Jangan sekali kau menyembah disamping Allah sebarang tuhan yang lain. Tidak ada tuhan lain

disampingNya. Kesemuanya akan hapus melainkan kewujudanNya. KepunyaanNya segala

kedaulatan, dan kepadaNya sahajalah kau akan dikembalikan.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

Copyright © 1997-2003 Submission.org