Surah 26: Al - Shu'ara'
Penyair Penyair    1 - 227

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        T. S. M.* (Tha. Seen. Mim.)

2.        (Huruf huruf) ini mengandungi bukti bukti kitab yang jelas ini.

3.        Kau mungkin akan menyalahkan dirimu kerana mereka itu bukannya orang orang yang

       percaya.

___________________________________________________________________________

*26:1 Lihat Appendik 1 kecermelangan huruf huruf yang terdahulu ini, penuh dengan misteri.

___________________________________________________________________________

4.        Jika kami kehendaki, kami boleh turunkan dari langit suatu tanda yang dapat memaksakan

       leher leher mereka supaya tunduk.

Kod Matematika Dalam Quran

5.        Apabila saja peringatan dari yang Maha Pengasih datang kepada mereka, iaitu yang baru,

       mereka berpaling dengan kebencian.

6.        Oleh sebab mereka mengingkarkannya, mereka telah menerima akibatnya kerana kelalaian

mereka.

7.        Tidakkah mereka melihat akan bumi, dan berbagai bagai rupa tumbuh tumbuhan yang cantik

cantik telah kami tumbuhkan diatasnya?

8.        Ini sepatutnya menjadikan bukti yang cukup bagi mereka, tetapi kebanyakan dari mereka itu

       orang orang yang tidak percaya. 

9.        Pasti sekali, Tuhan kamu itu adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. 

Musa

10.     Ingatlah diwaktu Tuhan kamu memanggil Musa: "Pergilah kepada orang orang yang melampaui

batas.

11.     "Orang orang Fir'aun; semoga mereka dapat membaiki diri."

12.     Dia berkata, "Tuhanku, aku takut jangan sampai mereka mengingkariku.

13.     "Lantas aku akan menjadi marah, lidahku menjadi kelu; hantarkan saudara kandungku Harun.

14.     "Juga, mereka menganggap aku sebagai pelarian; aku takut jangan pula mereka membunuhku."

15.     Dia berkata, "Tidak, (mereka tidak akan). Pergilah dengan bukti buktiKu. Kami akan bersama

samamu mendengarkan.

16.     "Pergi kepada Fir'aun dan katakanlah, "Kami adalah para rasul dari Tuhan semesta alam.

17.     "Lepaskanlah bani Israil pergi.' "

18.     Dia berkata, "Bukankah kami yang memeliharakan kau sejak dari bayi lagi, dan kau telah

       berada bersama sama kami bertahun tahun lamanya?

19.     "Kemudian kau telah komit jenayah yang telah kau komitkan, dan kau tidak pun mengenang budi."

20.     Dia berkata, "Sesungguhnya, aku melakukannya semasa aku didalam kesesatan.

21.     "Lantaran itu aku lari, kerana aku takutkanmu, dan Tuhanku kurniakanku kebijaksanaan dan
menjadikan daku salah seorang dari para rasul.

22.     "Kau begitu bermegah yang kau telah menjagaku, sementara memperhambakan

bani Israil!"

23.     Fir'aun berkata, "Apa itu Tuhan semesta alam?"

24.     Dia berkata, "Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara keduanya.

Kau mestilah mempunyai keyakinan terhadap ini."

25.     Dia berkata kepada orang orang disekelilingnya, "Adakah kamu dengarkan ini?"

26.     Dia berkata, "Tuhan kamu dan Tuhan bagi segala keturunan keturunan kamu."

27.     Dia berkata, "Rasul kamu yang dihantarkan kepada kamu itu adalah gila."

28.     Dia berkata, "Tuhan kepada timur dan barat, dan kesemua yang ada diantara keduanya, jika

       kamu faham."

29.     Dia berkata, "Jika kamu menerima sebarang tuhan, selainku, aku akan humbankan kamu

kedalam penjara."

30.     Dia berkata, "Apa kata kalau aku tunjukkan kau sesuatu yang jelas lagi nyata?"

31.     Dia berkata, "Maka tunjukkanlah, jika kau sesungguhnya benar."

32.     Maka dia pun melontarkan tongkatnya, dimana ianya menjadi ular yang nyata.

33.     Dan dia menghulurkan tangannya, dan ianya putih mengkagumkan sesiapa yang memandang.

34.     Dia berkata kepada pengetua pengetua disekelilingnya, "Ini adalah ahli magik yang

berpengalaman.

35.     "Dia ingin untuk mengambil kamu semua keluar dari tempat kamu dengan magiknya.

apakah cadangan kamu?"

36.     Mereka berkata, "Hentikan dia dan saudaranya, dan hantarkan para penyeru kesetiap tiap bandar.

37.     "Biarkan mereka mengumpulkan setiap ahli magik yang berpengalaman"

38.     Para ahli magik telah dikumpulkan pada masa yang dijanjikan, dihari yang ditetapkan.

39.     Orang ramai telah disuruhkan: "Datanglah satu dan semuanya; marilah berkumpul kita

semuanya disini.

40.     "Mungkin juga kami akan mengikuti ahli ahli magik, jika mereka menjadi pemenang pemenang."

41.     Apabila ahli ahli magik tiba, mereka berkata kepada Fir'aun, "Adakah kami dibayar jika kami

menjadi pemenang pemenang?"

42.     Dia berkata, "Ya sudah pasti; malah kamu akan menjadi rapat kepadaku."

43.     Musa berkata kepada mereka, "Lemparlah apa yang hendak kamu lemparkan."

44.     Mereka melemparkan tali tali dan kayu kayu rotan, dan berkata, "Demi kebesaran Fir'aun,

kami akan menjadi pemenang pemenang."

45.     Musa melemparkan tongkatnya, lalu ianya menelan segala apa yang direka rekakan.

Orang Orang Yang

Pintar Melihat Akan Kebenaran

46.     Ahli ahli magik pun jatuh sujud.

47.     Mereka berkata, "Kami percaya kepada Tuhan semesta alam.

48.     "Tuhan kepada Musa dan Harun."

49.     Dia berkata, "Adakah kamu mempercayainya sebelum aku memberikan kamu keizinan?

Dia tentunya guru kamu, yang mengajarkan kamu magik. Tentu sekali kamu akan dapat

        tahu. Aku akan memotong tangan tangan dan kaki kaki kamu berselang seli. Aku akan salip

        kamu semua."

50.     Mereka berkata, "Ini tidak akan menukar keputusan kami; kepada Tuhan kami yang kami

    akan dikembalikan.

51.     "Kami berharap supaya Tuhan kami akan mengampuni dosa dosa kami, lebih lebih lagi kerana

kami adalah orang orang yang mula mula percaya."

52.   Kami meinspirasikan Musa: "Pergilah bersama sama hamba hambaKu; kamu akan dikejar."

53.      Fir'aun menghantarkan para pemberita dibandar bandar.

54.     (Dengan mengumumkan) "Ini adalah kumpulan yang kecil.

55.     "Mereka sekarang ini sedang menentang kita.

56.     "Marilah kita berwaspada terhadap mereka."

Pembalasan Yang

Tidak Boleh Di-Elakkan

57.     Akibatnya, kami halangi mereka dari menikmati taman taman dan mata air mata air.

58.     Dan harta benda dan juga kedudukkan yang mulia.

59.     Lalu kami menjadikan ianya semua warisan bagi bani Israil.

60.     Mereka mengejar mereka dengan menuju kearah timur.

61.     Apabila kedua dua kumpulan dapat melihat satu sama lain, kaum Musa berkata, "Kami akan

       ditangkap."

62.     Dia berkata, "Tidak mungkin. Tuhanku ada bersama samaku; Dia akan membimbingku."

63.     Maka kami pun meinspirasikan Musa: "Pukullah laut dengan tongkatmu," dimana iapun

terbelah. Tiap belahan seperti bukit yang besar.

64.     Maka kami pun membebaskan mereka semua.

65.     Lantas kami selamatkan Musa dan semua orang orang yang bersama dengannya.

66.     Dan kami pun tenggelamkan yang lainnya.

67.     Ini sepatutnya menjadi bukti yang cukup, tetapi kebanyakan dari manusia itu bukanlah orang

orang yang percaya.

68.     Pasti sekali, Tuhan kamu adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

Ibrahim

69.     Ceritakan kepada mereka sejarah Ibrahim.

70.     Dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah ini yang kamu sedang menyembah?"

71.     Mereka berkata, "Kami menyembah patung patung; kami mengabdikan dengan sepenuhnya

kepada mereka."

72.     Dia berkata, "Bolehkah mereka mendengarkan kamu apabila kamu bermohon?

73.     "Bolehkah ianya memanfaatkan kamu, ataupun memudharatkan kamu?"

74.     Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mendapati ibu bapa ibu bapa kami melakukannya."

75.     Dia berkata, "Adakah kamu nampak patung patung ini yang kamu sembah.

76.     "Kamu dan keturunan keturunan kamu.

77.     "Aku menentang mereka, kerana aku telah mengabdikan diriku kepada Tuhan semesta alam.

78.     "Yang Esa yang menciptakan aku dan yang membimbingku.

79.     "Yang Esa yang memberiku makan dan minum.

80.     "Dan apabila aku sakit, Dia pulihkan aku.

81.     "Yang Esa yang mematikan aku kemudian menghidupkan aku semula.

82.     "Yang Esa yang aku berharap sangat supaya mengampuni dosa dosaku pada Hari Pengadilan

        kelak. 

83.     "Tuhanku, berikanlah aku kebijaksanaan, dan masukkan aku bersama sama orang orang yang

salih.

84.     "Biarkanlah contoh yang aku adakan ini satu kebaikan buat generasi generasi masa depan..

85.     "Jadikanlah aku salah satu dari pewaris pewaris bagi Syurga yang indah.

86.     "Dan ampunilah bapaku, kerana dia telah tersesat.

87.     "Dan janganlah berpaling dariku pada Hari Kebangkitan kelak."

88.     Itulah harinya bukannya wang ataupun anak anak yang akan dapat menolong.

89.     Hanyalah orang orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sepenuhnya

       (akan diselamatkan).

90.     Syurga akan dianugerahkan kepada orang orang yang takwa.

91.     Neraka akan disediakan untuk orang orang yang sesat.

Mereka Akan Menafikan

Pujaan Pujaan Mereka

92.     Mereka akan ditanya, "Manakah pujaan pujaan yang kamu telah sembah

93.     "disamping Allah? Bolehkah mereka itu menolong kamu sekarang? Bolehkah mereka

menolong diri diri mereka sendiri?"

94.     Mereka akan dilontar kedalamnya, bersama sama dengan orang orang yang sesat.

95.     Dan kesemuanya askar askar syaitan.

96.     Mereka akan berkata sedang mereka bertelengkah didalamnya.

97.     "Demi Allah, kami telah tersesat jauh.

98.     "Bagaimanakah boleh kami jadikan kamu itu bersetaraf dengan Tuhan semesta alam?

99.     "Orang orang yang menyesatkan kami itu adalah zalim.

100.   "Sekarang kami tidak ada perantaraan perantaraan.

101.   "Tidak pun satu kawan yang rapat.

102.   "Jika hanya kami dapat kesempatan sekali lagi, tentunya kami akan percaya."

103.    Ini sepatutnya menjadi pengajaran yang baik. Tetapi kebanyakan dari manusia itu bukanlah

 orang orang yang percaya.

104.   Tuhan kamu adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

Nuh

105.   Kaum Nuh telah mengingkari para rasul.

 

106.   Saudara mereka Nuh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang orang

 yang benar?

107.   "Aku adalah rasul yang jujur kepadamu.

108.   "Kamu mestilah menghormati Allah dan menta'atiku.

109.   "Aku tidak meminta kamu sebarang bayaran. Bayaranku datang dari Tuhan semesta alam.

110.   "Kamu mestilah menghormati Allah dan menta'atiku."

111.   Mereka berkata, "Bagaimana mungkin kami mempercayai denganmu, sedangkan yang paling

 rendah dari kami telah mengikutimu?"

112.   Dia berkata, "Bagaimana dapat aku ketahui apa yang mereka lakukan?

113.   "Pengadilan mereka hanyalah pada Tuhanku, jika kamu dapat melihat.

114.   "Aku tidak akan menyuruh orang orang yang percaya itu pergi.

115.   "Aku tidak lebih dari pemberi amaran yang menjelaskan."

116.   Mereka berkata, "Melain kau berhenti, wahai Nuh, kau akan dilemparkan batu."

117.   Dia berkata, "Tuhanku, kaumku telah mengingkariku.

118.   "Berikan daku kemenangan terhadap mereka, dan selamatkanku dan juga kumpulan orang

        orangku yang percaya."

119.   Kami selamatkannya dan orang orang yang bersama samanya didalam bahtera.

120.   Kemudian kami tenggelamkan yang lainnya.

121.   Ini sepatutnya menjadi pengajaran, tetapi kebanyakan dari manusia itu bukanlah orang orang

yang percaya.

122.   Sudah pasti, Tuhan kamu itu Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

Hud

123.   'Ad mengingkari para rasul.

124.   Saudara mereka Hud berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang orang

 yang benar?

125.   "Aku adalah rasul yang benar kepada kamu.

 

126.   "Kamu mestilah menghormati Allah, dan menta'atiku.

127.   "Aku tidak memintakan kamu sebarang bayaran; bayaranku datang dari Tuhan semesta alam.

128.   "Kamu membina diatas setiap bukit rumah besar semata mata untuk bermegah megah.

129.   "Kamu mendirikan bangunan seolah olah kamu akan hidup selama lamanya.

130.   "Dan apabila kamu bertindak, kamu bertindak dengan tanpa belas kasihan.

131.   "Kamu mestilah menghormati Allah dan menta'atiku.

132.   "Hormatilah yang Esa yang telah mengadakan untuk kamu segala apa saja yang kamu tahu.

133.   "Dia mengadakan untuk kamu binatang ternakan dan anak anak.

 

134.   "Dan taman taman serta mata air mata air.

135.   "Aku takut akan hukuman pada hari yang menggerunkan itu bagi kamu." 

136.   Mereka berkata, "Ianya sama saja adakah kau memberitahukan, ataupun tidak

 memberitahukan.

137.   "Penderitaan itu hanyalah dikenakan keatas keturunan keturunan kami saja.

138.   "Tidak ada siksaan yang akan menimpa kami."

139.   Lantas, mereka mengingkari dan, akibatnya, kami hapuskan mereka. Ini sepatutnya menjadi

 pengajaran, tetapi kebanyakan manusia itu bukanlah orang orang yang percaya .

140.   Sudah pasti, Tuhan kamu itu Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

Salleh

141.   Thamud mengingkari para rasul.

142.   Saudara mereka Salleh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang orang

 yang benar?

143.   "Aku adalah rasul yang jujur kepada kamu.

 

144.   "Kamu mestilah menghormati Allah, dan menta'atiku.

145.   "Aku tidak memintakan sebarang bayaran dari kamu; bayaranku hanya datang dari Tuhan

 semesta alam.

146.   "Adakah kamu beranggapan yang kamu akan dibiarkan begitu saja selama lamanya, terjamin

 didalam keadaan ini?

147.   "Kamu menikmati taman taman dan mata air mata air.

 

148.   Dan tanam tanaman dan pokok pokok kurma dengan buah buahan yang enak enak.

149.   "Kamu mengukir dari gunung gunung rumah rumah yang besar lagi mewah.

150.   "Kamu mestilah menghormati Allah, dan menta'atiku.

151.   "Janganlah menta'ati orang orang yang melampaui batas.

152.   "Yang komit kejahatan, bukannya membuat kerja kerja yang baik."

153.   Mereka berkata, "Kau memang terkena sihir.

154.   "Kau tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Tunjukkanlah mukjizat, jika kau adalah

         yang benar."  

155.   Dia berkata, "Ini adalah seekor unta yang akan hanya meminum pada sehari yang telah

        dikhaskan kepadanya; suatu hari yang berlaianan dari hari hari yang diteantukan kamu

        meminumnya.

156.   "Janganlah mengenakannya dengan sebarang kemudharatan, supaya jangan sampai kamu

 ditimpa balasan dihari yang amat menggerunkan." 

157.   Mereka menyembelihnya, lantas mendapat kesusahan.

158.   Azab pun menyelubungi mereka. Ini sepatutnya menjadi pengajaran, tetapi kebanyakan

        manusia itu bukanlah orang orang yang percaya.

159.   Sudah pasti, Tuhan kamu itu yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

Lut

160.   Kaum Lut mengingkari para rasul.

161.   Saudara mereka Lut berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang orang

        yang benar?

162.   "Aku adalah rasul yang jujur kepada kamu.

163.   "Kamu mestilah menghormati Allah, dan menta'atiku.

164.   "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran; bayaranku datang hanyalah dari Tuhan

 semesta alam.

165.   "Adakah kamu mengadakan seks dengan lelaki lelaki, dari segala manusia?

166.   "Kamu tinggalkan isteri isteri yang Tuhan kamu telah ciptakan untuk kamu! Sesungguhnya,

 kamu adalah orang orang yang melampaui batas."

167.   Mereka berkata, "Melainkan jika kau berhenti, wahai Lut, kau akan dihalau keluar."

168.   Dia berkata, "Aku mengutuk perbuatan kamu."

169.   "Tuhanku, selamatkan aku dan keluargaku dari perbuatan perbuatan mereka."

170.   Kami selamatkan dia dan semua keluarganya.

171.   Tetapi tidak perempuan tua; dia telah pun dikutuk.

172.   Maka kami pun binasakan yang lainnya.

173.   Kami menghujani dengan hujan yang amat mengazabkan; betapa dahsyatnya curahan

 bagi orang orang yang telah diberikan amaran!

174.   Ini sepatutnya menjadi pengajaran, tetapi kebanyakan manusia itu bukanlah orang orang yang percaya.

175.   Pasti sekali,Tuhan kamu itu Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

Shuib

176.   Orang orang dalam Hutan (Aikah) mengingkari para rasul.

177.   Shuib berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu mahu menjadi orang orang yang benar?

178.   "Aku adalah rasul yang jujur kepada kamu.

179.   "Kamu mestilah menghormati Allah, dan menta'atiku.

180.   "Aku tidak memintakan dari kamu sebarang bayaran; bayaranku datangnya dari Tuhan

        semesta alam.

181.   "Kamu mestilah memberi ukuran yang cukup apabila berniaga; janganlah menipu.

182.   "Kamu mestilah timbang apabila mengunakan skala yang tepat lagi adil.

183.   "Janganlah menipu manusia dari hak hak mereka, dan janganlah berjalan dimuka bumi ini

        dengan membuat korup.

184.   "Hormatilah kepada yang Esa yang menciptakan kamu dan generasi generasi terdahulu.

185.   Mereka berkata, "Kau memang terkena sihir.

186.   "Kau tidaklah lebih dari sebarang manusia seperti kita. Tambahan pula kami berfikir yang

        kau ini adalah pembohong.

187.   "Biarkanlah timbunan dari langit jatuh keatas kami, jika sememangnya kau itu orang yang

 benar."

188.   Dia berkata, "Tuhanku Sahajalah yang ketahui segala apa yang kamu lakukan."

 

189.   Mereka mengingkarkannya dan, akibatnya, mereka menerima siksaan pada Hari Naungan

 awan. Itu adalah hukuman dihari yang amat menggerunkan.

190.   Ini sepatutnya menjadi pengajaran, tetapi kebanyakan manusia itu bukanlah orang orang yang
percaya.

191.   Sudah pasti, Tuhan kamu itu Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

Quran

192.   Ini adalah sebuah revelasi dari Tuhan semesta alam.

193.   Roh yang Jujur (Jibrail) telah turun dengannya.

194.   Untuk ditempatkan didalam hatimu, supaya kau dapat menjadi salah seorang yang memberi

        amaran.

195.   Dengan lisan Arab yang cukup sempurna.

196.   Ianya telah diramalkan didalam buku buku generasi generasi yang terdahulu.

197.   Bukankah ianya suatu tanda yang cukup bagi mereka yang hal ini telah diketahui oleh ulama'

        ulama' bani Israil?

Quran Mesti Di-Terjemahkan

198.   Jika kami turunkan kepada orang orang yang tidak tahu berbahasa Arab.

199.   Dan disuruh dia membacanya (didalam bahasa Arab), mereka tidak mungkin akan dapat
mempercayakan apa yang terkandung didalamnya.

200.   Lantas kami menjadikannya (kedalam bahasa asing) kedalam hati orang orang yang bersalah.

201.   Lantas, mereka tidak akan dapat mempercayakannya; tidak sehingga mereka melihat hukuman

        yang menyakitkan.

202.   Ianya akan datang kepada mereka dengan tiba tiba, sedang mereka tidak sekali kali

 menjangkakannya.

203.   Lantaran itu barulah mereka berkata,"Bolehkah kami mendapat penangguhan?"

204.   Tidakkah mereka yang telah mencabar hukuman kami?

205.   Sebagaimana yang kamu lihat, kami telah biarkan mereka menikmatinya bertahun tahun.

206.   Barulah hukuman datang kepada mereka, sebagaimana yang telah dijanjikan. 

207.   Segala keluasan sumber yang mereka perolehi tidak dapat menolong mereka walau sedikitpun.

208.    Kami tidak pernah menghapuskan sebarang komuniti dengan tidak terlebih dahulu

         menghantarkan pemberi pemberi amaran.

209.   Dari itu, ini sesuatu peringatan, kerana kami tidak pernah berlaku ketidak adilan.

Para Rasul Yang Palsu

Tidak akan Dapat

Menyampaikan Ajaran Supaya

Menyembah Allah Sahaja*

210.   Para syaitan tidak akan dapat menurunkan ini.

211.   Mereka tidak akan mahu ataupun mampu melakukan.

212.   Kerana mereka telah dihalangi dari mendengar.

213.   Dari itu, jangan memuja disamping Allah tuhan yang lain, supaya kamu tidak menerima

        hukuman.

Rasul Allah Yang Di-Janjikan*

214.   Kamu mestilah berdakwah kepada orang orang yang terdekat denganmu.

215.   Dan rendahkan dirimu kepada orang orang percaya yang mengikutimu.

216.   Jika mereka mengingkarimu, maka katakanlah, "Aku tidak akan bertanggung jawab terhadap

        apa yang kamu lakukan."

217.   Dan taruhkan kepercayaanmu kepada yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

218.   Yang melihatmu apabila kamu bertaffakur diwaktu malam.

219.   Dan kebiasaanmu bersujud.

220.   Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

221.   Mahukah aku memberitahu kepadamu keatas siapakah yang syaitan akan diturunkan?

222.   Mereka akan turun keatas setiap tiap pesalah yang mengada adakan.

223.   Mereka berpura pura untuk mendengarkan, tetapi kebanyakan dari mereka itu adalah

        para pembohong.

224.   Bagi penyair penyair, mereka hanya akan diikuti oleh orang orang yang sesat.

225.   Tidakkah kamu lihat bahwa kesetian mereka berubah ubah mengikut keadaan?

226.   Dan mereka mengatakan apa yang tidak mereka lakukan?

227.   Dikecualikan adalah mereka yang percaya, menjalani kehidupan yang benar, mengingati

 Allah selalu, dan berdiri untuk membela hak hak mereka * setelah dizalimi. Pasti sekali, orang orang yang

 melampaui batas itu akan dapat ketahui apakah destini terakhir mereka yang sebenar. 

_____________________________________________________________________________________

*26:210 Rasul palsu adalah rasul dari Syaitan, kerana dia yang mengada adakan kebohongan yang

teramat dahsyat sekali. Rasul yang demikian tidak akan dapat mengutuk penyembah pujaan pujaan

(yang mensyirikkan Allah), ataupun menyuruh manusia supaya menyembah ALLAH SAHAJA.

*26:214-223 ayat ayat ini ditujukan kepada Rasul Allah yang dijanjikan: jumlah bagi nilai gematrikal

"Rashad Khalifa" (1230), campur dengan nombor nombor ayat dari 214 sampai ke 223 adalah 2185 =

19 x 115 (Appendik 1).

 

*26:227 Ubah bahasa originalnya tidak menyatakan, "setelah dizalimi."

Dimana kedapatan dalam Quran yang berbahasa Arab.


homeBack Home

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

Copyright © 1997-2003 Submission.org