Surah 24: Al-Noor.
Cahaya    1 - 64

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Sebuah surah yang kami telah turunkan, dan kami telah mendekrikannya sebagai undang

       undang. Kami telah turunkan didalamnya revelasi revelasi yang terang, supaya dapat kamu

       mengambil peringatan.

Perzinaan.

2.        Perempuan perempuan dan laki laki yang berzina mestilah kamu sebat setiap dari mereka itu

       seratus sebatan. Janganlah kamu terbawa bawa dengan merasa belas kasihan untuk menjalani

       hukum Allah, jika kamu adalah orang yang benar benar percaya kepada Allah dan Hari Akhirat.

       Dan hendaklah sekumpulan orang orang yang percaya menyaksikan hukuman mereka.*

3.        Penzina penzina lelaki berakhir dengan mengahwini penzina penzina perempuan ataupun

       penyembah pujaan, dan penzina penzina perempuan berakhir dengan mengahwini penzina

       penzina lelaki ataupun penyembah pujaan. Mereka ini dilarang untuk mengahwini orang orang

       yang percaya.

4.        Orang orang yang menuduh wanita wanita yang sudah berkahwin itu berzina, dengan tidak

mengadakan empat orang para saksi, kamu mestilah sebat mereka lapan puluh sebatan, dan

janganlah menerima sebarang testimoni dari mereka, mereka itu adalah orang orang yang zalim.

5.        Jika mereka bertaubat selepas itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah sajalah Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang.

6.        Bagi orang orang yang menuduh pasangan pasangan sendiri, dengan tidak mempunyai saksi

       saksi, dan testimoninya boleh diterima jika dia bersumpah dengan Allah sebanyak empat kali

       yang dia itu berkata benar.

7.        Sumpahan yang kelima adalah untuk menerima kutukan dari Allah baginya, jika dia berbohong.

8.        Dia (isteri) akan didapati tidak bersalah jika dia bersumpah dengan Allah sebanyak empat kali

yang dia (suami) adalah pembohong.

9.        Sumpahan kelima adalah untuk mendapat kemurkaan dari Allah terhadap (isteri) jika dia

       (suami) berkata benar. 

10.     Ini adalah limpah kurnia Allah dan belas kasih untuk kamu. Sesunguhnya Allah Maha

Penyelamat lagi Maha Bijaksana.

_________________________________________________________________________

*24:2 Tekanan dari masyarakat, contohnya, sekumpulan manusia menyaksikan hukuman itu, ini

sepatutnya menjadi asas bagi hukuman (lihat juga 5:38), sebatan hanyalah sebagai simbolik saja,
bukanlah sehingga sampai mengancamkan nyawa sipenzina.

__________________________________________________________________________

Bagaimana Hendak Mengatasi

Desas Desus Dan

Tuduhan Yang Belum Terbukti

11.     Sekumpulan dari kamu mengadakan pembohongan yang besar.* Jangan difikirkan yang

ianya itu tidak baik bagi kamu; sebaliknya, itu adalah baik untuk kamu. Sementara itu, tiap

tiap seorang dari mereka akan mendapatkan bahagian dari kesalahan itu. Bagi orang yang

menginisiasikan seluruh peristiwa ini, dia telah mendapat hukuman yang dahsyat.

12.     Apabila saja kamu mendengarnya, orang orang lelaki yang percaya juga orang orang

perempuan yang percaya sepatutnya mempunyai pemikiran yang baik berkenaan diri masing

masing, dan sepatutnya berkata, "Ini adalah jelas satu pembohongan yang benar." 

13.     Hanyalah jika mereka membawa empat orang para saksi (kamu boleh mempercayai mereka).

Jika mereka tidak dapat mengadakan para saksi, maka mereka itu, mengikut Allah, para

pembohong.

14.     Jika tidak kerana limpah kurnia Allah terhadap kamu, dan belas kasihNya didalam dunia ini

       dan diAkhirat, tentu kamu akan mengalami hukuman yang benar disebabkan peristiwa ini.

15.     Kamu mengada adakannya dengan lidah lidah kamu sendiri, dan yang lainnya diantara kamu

mengulanginya dengan mulut mulut kamu dengan tidak mempunyai bukti. Kamu kira ianya

hanyalah perkara mudah, padahal ianya, mengikut Allah, dosa yang sangat besar.

Apa Mesti Dibuat.

16.     Apabila kamu mendengarnya, kamu sepatutnya berkata, "Kami tidak akan mengulangi ini.

Maha Suci Engkau. Ini adalah penipuan yang besar."

17.     Allah menegur kamu supaya jangan kamu mengulanginya lagi, jika kamu adalah orang orang

percaya.

18      Lantas, Allah menerangkan revelasi revelasi kepada kamu. Sesungguhnya, Allah Maha

Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

19.     Orang orang yang suka melihat ketidak kebaikan merebak diantara orang orang yang percaya

telah menerima hukuman yang menyakitkan didunia ini dan juga diAkhirat. Sesungguhnya

Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahui.

20.     Allah telah mencucuri kamu dengan limpah kurnia dan belas kasihNya. Sesungguhnya Allah

       Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang.

Syaitan Menggalakkan

Tuduhan Yang Tidak Berasas.

21.     Wahai orang orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah langkah syaitan. Sesiapa

yang mengikuti langkah lankah Syaitan, mestilah mengetahui yang dia menggalakkan

kejahatan dan kemungkaran. Jika ianya tidak kerana limpah kurnia Allah terhadap kamu,

dan belas kasihNya, tidak ada satu pun dari kamu dapat disucikan. Tetapi Allah menyucikan

sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi

Maha Mengetahui. 

Sesiapa dari kamu yang telah dirahmati dengan harta dan kekayaan mestilah menjadi

dermawan terhadap saudara mara mereka, orang orang miskin, dan orang orang yang

berhijrah kerana Allah. Mereka mestilah melayani mereka itu dengan baik dengan bersifat

toleransi; tidakkah kamu suka untuk mendapatkan pengampunan dari Allah? Sesungguhnya,

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dosa Besar.

22.     Tentu sekali, orang orang yang membuat tuduhan palsu kepada wanita wanita yang sudah

       berkahwin yang percaya lagi bertakwah telah menerima kutukkan dikehidupan ini dan diAkhirat;

       mereka akan menerima hukuman yang amat sangat azabnya.

_______________________________________________________________________________

*24:11 Ini mengingatkan kita tentang peristiwa yang berlaku semasa isteri nabi Aisha yang telah tertinggal

dipadang pasir dengan tidak disengajakan, dan akhirnya ditemu oleh seorang pemuda yang menolongnya

dan menghantarnya kekaravan nabi. Ini menyebabkan satu peristiwa yang terkenal "Pembohongan yang
besar" terhadap Aisha.

________________________________________________________________________________

23.     Harinya akan tiba apabila lidah lidah, tangan tangan dan kaki kaki mereka sendiri akan

menjadi saksi diatas segala gala yang telah dilakukan oleh mereka.

24.     Pada hari itu, Allah akan membalas dengan secukupnya diatas kerja kerja mereka, dan

        mereka akan dapati yang Allah adalah Benar.*

25.     Wanita wanita yang tidak baik untuk lelaki lelaki yang tidak baik, dan lelaki lelaki yang tidak

        baik untuk wanita wanita yang tidak baik, dan wanita wanita yang baik untuk lelaki lelaki yang

        baik, dan lelaki lelaki yang baik untuk wanita wanita yang baik. Mereka yang baik akan

        terselamat dari tuduhan yang demikian. Mereka akan mendapat pengampunan dan ganjaran

        yang mewah.

Etiket Yang Suci

26.     Wahai kamu yang percaya, janganlah memasuki rumah rumah selain dari rumah kamu dengan

        tidak mendapat kebenaran dari penghuni penghuninya, dan dengan tidak memberi salam

        kepada mereka. Ini adalah baik untuk kamu, supaya dapat kamu renungkan.

27.     Jika kamu tidak mendapat sesiapa didalamnya, janganlah masuk didalamnya sehingga kamu

mendapat keizinan. Jika kamu diberitahu, "Pulanglah," kamu mesti pulang. Ini lebih suci bagi

kamu. Sesungguhnya, Allah amat perihatin dengan segala apa yang kamu lakukan.

28.     Kamu tidak melakukan kesalahan dengan memasuki rumah rumah tanpa penghuni yang

mana disana ada sesuatu kepunyaan kamu. Sesungguhnya, Allah tahu apa yang kamu

nyatakan, dan segala apa yang kamu rahsiakan.

Cara berpakaian Untuk

Orang Orang Yang Percaya*

29.     Beritahukan kepada lelaki lelaki yang percaya yang mereka itu mestilah menahan mata mata

mereka (jangan merenung wanita wanita), dan berterusan menjaga kesucian mereka. Ini lebih

suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perihatin dengan segala apa yang mereka lakukan.

30.     Dan beritahukanlah kepada wanita wanita yang percaya supaya menahan mata mata mereka,

       dan berterusan menjaga kesucian mereka. Mereka tidak sepatutnya menampakkan sebarang

       bahagian bahagian tubuh tubuh mereka, melainkan mana yang perlu. Mereka mestilah menutup

       dada dada mereka, dan janganlah melepas pakaian ini melainkan berhadapan dengan suami

       suami mereka, bapa bapa, bapa bapa mertua mereka, anak anak lelaki mereka, anak anak lelaki

       suami suami mereka, adik beradik lelaki mereka, anak anak lelaki suadara saudara lelaki mereka,

       anak anak lelaki saudara saudara perempuan mereka, wanita wanita lainnya, pembantu pembantu

       lelaki ataupun pekerja pekerja yang keinginan seknya telah tiada lagi, ataupun anak anak yang

       belum baligh. Janganlah mereka menghentakkan kaki kaki mereka apabila mereka berjalan untuk

       menggerakkan dan menunjukkan sesuatu perincian pada tubuh tubuh mereka. Semuanya kamu

       mestilah bertaubat kepada Allah, wahai kamu yang percaya, supaya kamu mendapat kejayaan.*

Menggalakkan Perkahwinan

Untuk Mencegah Dari Tidak Bermoral

31.     Kamu mestilah menggalakkan sesiapa jua dari kamu yang bersendirian supaya bernikah.

Mereka bolehlah berkahwin dengan orang orang yang salih diantara pembantu pembantu

kamu yang lelaki  dan perempuan, jika mereka itu miskin. Allah akan memberikan mereka

keluasan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui.

_______________________________________________________________________________

*24:30 Berpakai pakaian yang sederhana, adalah keutamaan bagi lelaki dan perempuan yang

percaya. Cara minimum berpakaian yang diperlukan untuk wanita adalah supaya memanjangkan

pakaiannya (33:59) dan menutupi dadanya. Keangkuhan orang orang Arab telah mengadakan
kefahaman

yang palsu terhadap wanita dengan memerintahkan wanita wanita itu mestilah menutupi dari
kepada hingga

ketumit; cara sedemikian bukanlah dari Quran ataupun pakaian Islam.

________________________________________________________________________________

32.     Orang orang yang tidak ada kemampuan untuk berkahwin mestilah memeliharakan

       akhlaknya sehingga Allah mengadakan untuk mereka itu dari limpah kurniaNya. Sesiapa

       diantara pembantu pembantu kamu yang inginkan kebebasan untuk berkahwin, kamu

       mestilah memenuhi keinginan mereka, sesudah kamu dapati yang mereka itu jujur. Dan

       berikanlah kepada mereka wang dari Allah yang Dia telah dikurniakan kepada kamu. Kamu

       tidak boleh memaksa perempuan perempuan kamu mengkomitkan pelacuran, demi untuk

       mencari kebendaan didunia ini, jika mereka itu berkeinginan untuk menyucikan diri. Jika

       sesiapa yang memaksakan mereka itu, maka Allah, melihat mereka itu dipaksa, yang

       Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

33.     Kami telah turunkan kepada kamu revelasi revelasi yang jelas, dan tauladan dari generasi

       generasi yang terdahulu, dan kesedaran bagi orang orang yang benar.

Allah

34.     Allah adalah cahaya bagi sekelian cekrawala dan bumi. Aligori bagi cahayaNya itu adalah

Seperti cermin yang berbentuk kanta cekung dibelakang lampu yang ditaruh kedalam bekas

dari kaca. Bekas kaca itu terang bercahaya seumpama mutiara -  bintang yang terang. Minyak

didalamnya adalah datang dari pokok - yang mengeluarkan minyak yang telah dirahmati, tidak

dari timur ataupun barat. Minyaknya hampir mempunyai pancaran cahaya yang tersendiri;

tidak memerlukan api untuk menyalakannya. Cahaya diatas cahaya. Allah membimbing kepada
cahayaNya sesiapa saja yang menghendaki (untuk dibimbing). Allah lantas memberikan ibarat

ibarat untuk manusia. Sesungguhnya Allah amat sedar akan setiap sesuatu.

35.     (Bimbingan Allah dapat dijumpa) dirumah rumah yang diberikan kedudukkan yang tinggi oleh

Allah, kerana didalamnya namaNya sentiasa diingati, memujiNya didalamnya, siang dan malam-

Orang Orang

Yang Sentiasa Ke-Masjid

36.     Orang orang yang tidak dilalaikan dengan perniagaan ataupun jual beli dari mengingati Allah;

Mereka Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat),

dan mereka sedar akan harinya apabila minda minda dan mata mata akan menjadi terperanjat.

37.     Allah tentu sekali akan memberikan mereka ganjaran kerana kerja kerja baik mereka, dan akan

mencucuri mereka dengan limpah kurniaNya. Allah mengadakan kepada sesiapa yang Dia

kehendaki dengan  tanpa batasan.

Mengejar Sebuah Khayalan

38.     Bagi orang orang yang ingkar, kerja kerja mereka itu seumpama maya dipadang pasir.

Orang yang kehausan memikirkan yang ianya adalah air. Tetapi setelah dia sampai kepadanya,

Dia mendapati tidak ada sesuatu apa pun, dan sebaliknya disana dia menemui Allah, untuk

membalas sepenuhnya kerja kerjanya. Sesungguhnya Allah adalah penghitung yang amat cekap.

Menjauhi Diri Dari Allah Akan

Menghadapi Kegelapan Sepenuhnya

39.     Satu lagi aligori ialah seperti berada didalam kegelapan yang amat sangat dipertengahan lautan

       yang bergelombang, dengan ombak demi ombak, ditambahkan dengan kabus yang tebal.

       Kegelapan demi kegelapan - jika dia melihat tangannya sendiri, dia hampir hampir tidak dapat

       melihatnya. Sesiapa yang Allah menghalanginya dari mendapatkan cahaya, tidak akan

       mendapatkan cahaya.

40.     Tidakkah kamu sedar yang semua nya sekelian cekrawala dan dibumi mengagung agungkan

       Allah, begitu juga dengan burung burung apabila ianya terbang didalam barisan? Masing

       masing tahu penyembahannya dan cara pemujiannya. Sesungguhnya, Allah amat sedar

       sepenuhnya setiap apa saja yang mereka lakukan.

41.     Kepunyaan Allah kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan kepada Allah sajalah

destini yang terakhir.

42.     Tidakkah kamu sedar bahwa Allah yang menjalankan awan awan, kemudian dikumpulkan
kesemuanya, bersama dan dilonggokkan semuanya itu dengan yang lain, maka kamu dapat
menyaksikan yang hujan keluar daripadanya? Dia turunkan dari langit timbunan salju untuk

       menutupi siapa saja yang dikehendakiNya, sementara memalingkannya kepada sesiapa saja yang

       dikehendakiNya. Terangnya salju itu hampir hampir membutakan mata mata.

43.     Allah yang menguasai malam dan siang. Ini sepatutnya menjadi pelajaran bagi orang orang

yang mempunyai pemandangan.

44.     Dan Allah menciptakan setiap tiap makhluk yang hidup dari air. Ada yang berjalan mengguna

-kan perut perut mereka, ada yang berjalan dengan dua kaki, dan ada yang berjalan dengan

empat. Allah mencipta apa saja yang dikehendakNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Kami telah turunkan kepada kamu revelasi revelasi yang jelas, kemudian Allah membimbing

sesiapa saja yang berkehendakan untuk menuju kejalan yang lurus.

Allah Memberi

Arahan Melalui RasulNya

45.     Mereka berkata,  "Kami percaya kepada Allah dan kepada rasul, dan kami ta'at," tetapi selepas

itu ada yang mengundur kebelakang. Mereka ini bukanlah orang orang yang percaya.

46.     Apabila mereka itu diundang kepada Allah dan rasulNya untuk menghakimkan diantara mereka,

ada dari mereka yang tidak suka.

47.     Walau bagaimanapun,  jika keputusan itu menyebelahi mereka, mereka bersedia untuk

        menerimanya!

48.     Adakah dihati hati mereka itu berpenyakit? Adakah mereka dalam keraguan? Adakah mereka

        takut yang Allah dan rasulNya akan melayani mereka dengan ketidak adilan? Sebenarnya,

        mereka itulah yang tidak adil.

Orang Orang Yang Percaya Tidak

Teragak agak Untuk

Menta'ati Allah Dan RasulNya

49.     Tiada lain ucapan orang orang yang percaya itu, apabila diundang kepada Allah dan rasulNya

       untuk mengadili dalam masaalah mereka, adalah dengan berkata, "Kami dengar dan kami ta'at."

       Mereka inilah orang orang yang berjaya. 

50.     Orang orang yang ta'at kepada Allah dan rasulNya, dan memuliakan Allah dan bertakwah

       kepadaNya, maka orang orang inilah yang mendapat kemenangan.

51.     Mereka bersumpah kepada Allah, dengan seriusnya, jika kau memerintahkan mereka supaya

bersiap sedia, mereka akan bersiap sedia. Katakanlah, "Janganlah bersumpah. Keta'atan adalah

satu kewajiban. Sesungguhnya Allah Maha Perihatin segala apa yang kamu lakukan."

52.     Katakanlah, "Ta'atilah Allah dan ta'atilah rasul." Jika mereka menolak, maka dialah yang

bertanggungjawab terhadap kewajiban kewajibannya, dan kamu bertanggungjawab diatas

kewajiban kewajiban kamu. Jika kamu menta'atinya, kamu akan mendapat bimbingan.

Kewajiban yang utama bagi rasul adalah untuk menyampaikan (mesej).

Allah Janjikan

Raja Raja Dan Permaisuri

Permaisuri Dibumi

53.     Allah menjanjikan kepada orang orang percaya diantara kamu yang menjalani kehidupan

yang benar, Dia akan memberikan kedaulatan kepada mereka itu dibumi, sebagaimana yang

telah diberikan kepada orang orang yang sebelum mereka, dan akan memantapkan agama

yang telah dipilihkan olehNya untuk mereka, dan akan menggantikan dengan keamanan dan
keselamatan keatas mereka sesudah ketakutan. Semuanya ini kerana mereka itu menyembah

Aku sahaja; mereka tidak akan mengadakan sebarang pujaan pujaan disampingKu. Sesiapa

yang ingkar sesudah ini adalah orang orang yang benar benar zalim.

Formula Untuk Kejayaan

54.     Kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang wajib (Zakat),

dan menta'ati rasul, supaya kamu mendapat belas kasih.

55.     Janganlah berfikir bahwa orang orang yang ingkar itu akan dapat terlepas darinya. Tempat

       tinggal mereka yang terakhir adalah Neraka; betapa azabnya destini.

Etiket Dua Waktu

Sembahyang Dinamakan

56.     Wahai kamu yang percaya, keizinan mestilah diminta oleh pembantu pembantu dan anak

anak kamu yang belum lagi baligh (sebelum memasuki bilik bilik kamu). Ini mestilah dilakukan

pada tiga waktu- sebelum Sembahyang Fajar, pada waktu tengah hari apabila kamu menukar

pakaian untuk berehat, dan selepas Sembahyang Isyak. Ini adalah tiga masa peribadi bagi kamu.

Pada masa yang lain, tidaklah salah bagi kamu ataupun mereka untuk bergaul sesesama sendiri.

Allah telah menerangkan revelasi revelasi untuk kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

lagi Maha Bijaksana.

57.     Apabila saja anak anak sudah baligh, mereka mestilah meminta keizinan (sebelum masuk)

seperti orang orang dewasa sebelum mereka itu yang telah meminta keizinan (sebelum masuk).

Lantas Allah menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah Maha

Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Kamu Mestilah

Berpakaian Sebaik Baiknya

58.     Wanita wanita tua yang tidak ada keinginan untuk berkahwin tidaklah komit kesalahan

dengan melonggarkan cara adap pakaian mereka, asalkan mereka tidak menunjukkan tubuh

tubuh mereka dengan berketerlaluan. Untuk terus berpakaian sebaik baiknya adalah baik bagi

mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Pastikan Makanan Kamu Itu Halal

59.     Sibuta tidak boleh dipersalahkan, yang pincang tidak juga dipersalahkan, tidak juga yang cacat

       boleh disalahkan, begitu juga kamu tidaklah bersalah kerana memakan dirumah rumah kamu,

       ataupun rumah rumah bapa bapa kamu ataupun dirumah rumah ibu ibu kamu, ataupun dirumah

       rumah adik beradik lelaki kamu ataupun dirumah rumah adik beradik perempuan kamu, ataupun

       dirumah rumah bapa bapa saudara lelaki bapa kamu, ataupun dirumah rumah ibu ibu saudara

       perempuan bapa kamu, ataupun dirumah rumah bapa bapa saudara lelaki ibu kamu, ataupun

       dirumah rumah ibu ibu saudara perempuan ibu kamu ataupun rumah rumah yang dimiliki oleh

       kamu dan kamu mempunyai kunci kuncinya, ataupun dirumah rumah kawan kawanmu. Kamu

       tidak komit kesalahan dengan memakan bersama ataupun bersendirian. Apabila kamu memasuki

       sebarang rumah, kamu mestilah memberi salam diantara kamu dengan ucapan yang Allah rahmati

       dan baik. Lantas, Allah menerangkan revelasi revelasi kepada kamu, supaya  kamu dapat

       memahami.

60.     Orang orang percaya yang sebenarnya adalah mereka yang percayakan Allah dan rasulNya,*

dan apabila mereka bersama samanya dalam mesyuarat komuniti, mereka tidak meninggalkannya
dengan tidak meminta keizinan. Orang orang yang meminta kebenaran adalah mereka yang

percayakan Allah dan rasulNya. Jika mereka memintakan keizinan, oleh kerana mengguruskan

urusan mereka, kau bolehlah memberikan keizinan kepada sesiapa saja yang kamu kehendaki,

dan pohonkanlah pengampunan bagi mereka dari Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun

lagi Maha Penyayang.

61.     Janganlah memperlakukan permintaan rasul sepertimana kamu memperlakukan permintaan

permintaan sesama kamu. Allah amat sedar akan orang orang diantara kamu yang menyelinap

keluar dengan menggunakan alasan alasan yang tidak benar. Hendaklah mereka berjaga jaga -

orang orang yang tidak menta'ati perintah perintahnya - kerana mala petaka akan menimpa

mereka, ataupun hukuman yang dahsyat.

62.     Tentu sekali, kepunyaan Allah segala yang berada disekelian cekrawala dan bumi. Dia amat

ketahui setiap keadaan yang kamu alami. Dihari yang kamu akan dipulangkan kepadaNya, Dia

akan memberitahukan segala apa yang telah mereka lakukan. Sesungguhnya, Allah amat sedar

akan segala sesuatu.

_____________________________________________________________________________

*24:62 Ayat ini ditujukan kepada Rasul Allah yang dijanjikan; dengan mencampurkan nilai gematrikal

bagi "Rashad" (505) dicampur dengan nilai "Khalifa" (725), dan dicampur pula dengan nombor (62),

kita akan mendapatkan jumlahnya 1292, dibahagikan dengan 19 (1292 = 19x68). Lihat Appendik 2.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

Copyright © 1997-2003 Submission.org