Surah 23: Al-Mu'minun
Orang Orang Yang Percaya    1 - 118

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Sesungguhnya yang berjaya adalah orang orang yang percaya;

2.        yang penuh hormat semasa Mengerjakan Sembahyang (Salat).

3.        Mereka menjauhi percakapan yang sia sia.

4.        Dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat).

5.        Dan memelihara kesucian mereka.

6.        Hanya dengan pasangan pasangan mereka (suami isteri) ataupun orang orang yang telah

disahkan perhubungan mereka, mereka mengadakan perhubungan sek; mereka itu tidak

boleh disalahkan.

7.        Orang orang yang melampaui batas batas itu adalah para pelampau. 

8.        Apabila diberikan  cengkeram untuk mereka, begitu juga dengan sebarang persetujuan

persetujuan yang mereka janjikan, mereka itu dapat dipercayai.

9.        Dan mereka Mengerjakan Sembahyang (Salat) dengan tetap.

10.     Demikian itulah pewaris pewaris.

11.     Mereka akan mewarisi Syurga, dimana mereka akan tinggal untuk selama lamanya.

Embriologi Yang Tepat

12.     Kami menciptakan manusia itu dari suatu jenis lumpur.

13.     Kemudian, kami membiakkannya dari cecair yang halus, yang mana akan ditempatkan

didalam tempat simpanan yang dikawal dengan rapi.

14.     Maka kami memantapkan cecair menjadi sebuah gantungan (embrio), kemudian memantap

-kan gantungan (embrio) untuk menjadi satu bentuk gigitan yang kecil (fetus), kemudian

mencipta gigitan yang kecil (fetus) kepada tulang tulang, kemudian tulang tulang ditutupi

dengan daging. Lantas kami mengeluarkan makhluk yang baru. Sesungguhnya yang

Maha Merahmati adalah Allah, lagi Maha Pencipta yang terbaik.

15.     Maka, kemudiannya kamu mati.

16.     Maka, pada Hari Kebangkitan kelak, kamu akan dibangkitkan.

Tujuh Alam Semesta

17.     Kami telah menciptakan diatas kamu tujuh alam semesta yang berlapisan, dan kami tidak pernah

lalai tentang setiap makhluk didalamnya.

Rahmat Allah

Yang Tidak Terkira

18.     Kami turunkan air dari langit, dengan ukuran yang cukup, dan kami menempatkannya didalam

tanah. Tentu sekali, kami boleh melepaskannya.

19.     Dengannya, kami keluarkan untuk kamu kebun kebun dan pokok pokok kurma, anggur

       anggur dan segala macam jenis buah buahan, dan pelbagai makanan.  

20.     Dan juga, pokok yang asli dari Sinai yang mengeluarkan minyak, dan juga ada kenikmatan
bagi pemakan pemakannya.

21.     Dan, binatang ternakan itu sepatutnya memberikan kamu pelajaran. Kami biarkan kamu

meminum (susu) dari perut mereka, kamu juga memperolehi kemanfaatan yang lain dari mereka,

dan diantara mereka kamu gunakan untuk makanan.

22.     Diatas mereka , dan diatas kapal kapal, kamu gunakannya sebagai tunggangan.

Nuh.

23.     Kami menghantarkan Nuh kepada kaumnya, dengan berkata, "Wahai kaumku, sembahlah

       Allah. kamu tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Tidakkah kamu mahu menjadi orang

       orang yang benar.?"

24.     Pengetua pengetua yang ingkar diantara kaumnya berkata, "Ini tidaklah lebih dari seorang

manusia seperti kamu, yang ingin menjadi terkenal diantara kamu. Jika dikehendaki Allah,

Dia boleh menghantarkan para malaikat. Kami tidak pernah mendengar suatu perkara yang

begini dari nenek moyang nenek moyang kami.

25.     "Dia hanyalah lelaki yang telah menjadi gila. Tinggalkanlah dia buat seketika."

26.     Dia berkata, "Tuhanku, berilah kemenangan kepadaku, kerana mereka telah mengingkariku."

27.     Maka kami meinspirasikan kepadanya: "Buatlah sebuah rakit dari susunan kayu kayu balak*

       dibawah pengawasanKu, dengan mengikuti inspirasi dari kami. Apabila perintah kami datang,

       dan atmosfera menggelegak naik, letakkan diatasnya setiap pasangan dari tiap tiap jenis

       (binatang binatang yang dibela jinak), dan keluargamu, melainkan orang orang yang telah

       dikutuk dan akan dibinasakan. Janganlah bercakap kepadaKu bagi pihak orang orang yang

       keterlaluan itu; mereka akan ditenggelamkan. 

28.     "Apabila kau sudah bersedia, dengan orang orang yang ada bersama samamu, diatas rakit dari

       susunan kayu kayu balak itu, kamu mestilah berkata, 'Kepujian bagi Allah kerana telah  

       menyelamatkan kami dari orang orang yang zalim.'

29.     "Dan katakanlah, 'Tuhanku, izinkan daku mendarat kekawasan yang dirahmati; Sesungguhnya

Engkaulah penyelamat yang terbaik.'"

30.     Semuanya ini dapat memberikan bukti bukti yang cukup kepada kamu. Tentu sekali kami akan

       mencuba kamu.

31.     Kemudian, kami menggantikan generasi yang lain selepas mereka. 

32.     Kami hantarkan seorang rasul dari kalangan mereka, dengan berkata, "Kamu mestilah sembah

Allah. Kamu tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Tidakkah kamu ingin menjadi orang

orang yang benar?" 

33.     Pengetua pengetua dari kalangan kaumnya yang ingkar dan menolak idea idea berkenaan

       Akhirat- walaupun kami telah memberikan mereka penuh dengan kemewahan dikehidupan ini -

       berkata, "Ini tidaklah lebih dari seorang manusia seperti kamu. Dia memakan dari apa yang

       kamu makan, dan meminum sebaigamana kamu minum.

34.     "Jika kamu menta'ati sebarang manusia seperti kamu, maka adalah kamu benar benar rugi.

35.     "Adakah dia menjanjikan kamu demikian, sesudah kamu mati dan bertukar menjadi debu

dan tulang tulang, kamu akan dikeluarkan kembali?

36.     "Mustahil, mustahil sungguh apa yang telah dijanjikan kepada kamu.

_______________________________________________________________________________

*23:27 Para sejarah telah menggambar keadaan bahtera Nuh dengan cerita yang tidak logik. Sebenarnya,

bahtera Nuh adalah susunan kayu kayu balak yang diikat dengan tali tali primitif (54:13), air bah hanyalah

disekelilingnya saja, berdekatan dengan Dead Sea, dan binatang binatang yang dibawanya adalah binatang

binatang keperluaannya saja.

______________________________________________________________________________

37.  "Kami hanya hidup dikehidupan ini - kami hidup dan mati - dan kami tidak akan dibangkitkan.

38.     "Dia hanyalah seorang lelaki yang mengada adakan pembohongan dan diatributkannya kepada

Allah. Kami tidak akan mempercayainya."

39.     Dia berkata, "Tuhanku berikanlah aku kemenangan, kerana mereka ini telah mengingkariku."

40.     Dia berkata, "Tidak lama lagi mereka akan menyesal."

41.     Mala petaka menyerang mereka, dengan sebenaranya, lantas, kami biarkan mereka hancur

musnah. Orang orang yang zalim itupun lenyap. 

42.     Kemudiannya, kami gantikan selepas mereka generasi yang lain.

43.     Tidak ada komuniti yang dapat mempercepatkan ketetapan nasib dan tidak juga boleh

diperlambatkannya.

44.     Maka kami menghantarkan para rasul kami dengan berturut turut. Setiap waktu seorang rasul

datang kepada komunitinya, mereka mengingkarkannya. Akibatnya, kami hapuskan mereka

semua, satu demi satu, dan menjadikan mereka itu sejarah. Orang orang yang ingkar itu pun

telah lenyap.  

Musa Dan Harun.

45.     Kemudian kami menghantarkan Musa dan saudaranya Harun dengan revelasi revelasi kami dan

       bukti yang nyata.

46.     Kepada Fir'aun dan pengetua pengetuanya, tetapi mereka menjadi sombong. Mereka

adalah kaum yang menindas.

46.     Mereka berkata,  "Adakah patut kami mempercayai dua lelaki yang mana orang orang mereka

adalah hamba hamba kami?"

47.     Mereka mengingkari keduanya, dan akibatnya, mereka pun telah dihapuskan.

48.     Kami berikan Musa sebuah kitab, supaya mereka mendapat bimbingan.

49.     Kami jadikan anak lelaki Maryam dan ibunya sebagai satu tanda, dan kami berikan mereka

       perlindungan diatas bukit mesa dengan makanan dan minuman.

Satu Allah / Satu Agama

50.     Wahai kamu para rasul, makanlah dari rezeki rezeki yang baik,dan beramal salihlah.

        Sesungguhnya Aku amat sedar akan apa apa yang kamu lakukan.

51.     Demikian itu penghimpunan - satu penghimpunan - dan Aku adalah Tuhan kamu; kamu

mestilah memuliakanKu.

52.     Tetapi mereka berpecah belah menjadi berpuak puak yang bertikaian; tiap tiap golongan

       begitu gembira dengan apa yang ada pada mereka.

53.     Dari itu, tinggalkanlah mereka dengan kekeliruan mereka, buat sementara waktu.

54.     Adakah mereka berfikir, bahwa apabila kami memberi kepada mereka wang dan anak anak,

55.     kami mesti mencucuri mereka dengan rahmat? Sesungguhnya, mereka tidak mempunyai idea.

56.     Tentu sekali, orang orang yang memuliakan Tuhan mereka dengan penuh kesedaran,

57.     Dan yang mempercayai revelasi revelasi dari Tuhan mereka,

58.     Dan mereka yang tidak mengada adakan pujaan pujaan disamping Tuhan mereka,

59.     Apabila mereka memberi derma derma, hati hati mereka penuh dengan kerelaan.

Kerana mereka sedar yang mereka akan dihimpunkan dihadapan Tuhan mereka,

60.     Mereka berhasrat sangat untuk membuat kerja kerja yang baik; dan mereka berlumba lumba

untuk melakukannya.

Orang Orang Yang Ingkar

Tidak Tahu Bersyukur

61.     Kami tidak pernah membebankan sebarang roh melebihi kemampuannya, dan kami

menyimpan rekod yang menyatakan kebenaran. Tidak ada seorang pun yang akan menerima

ketidak adilan.

  

62.     Kerana minda minda mereka tidak sedarkan tentang ini, mereka mengkomit kerja kerja yang

tidak kena mengena dengan ini; kerja kerja mereka itu adalah jahat.  

63.     Maka apabila kami membalas pemimpin pemimpin mereka, dengan azab mereka mengadu.

64.     Janganlah mengadu sekarang; kamu telah mengabaikan segala pertolongan dari kami.

66.  Bukti buktiKu telah dipaparkan kepada kamu, tetapi kamu memalingkan tumit tumit kamu.

67.     Kamu terlalu sombong untuk menerimanya, dan kamu terus menentang dengan tidak

mempedulikannya.

68.     Kenapa tidak mereka merenungkan kitab ini (Quran)? Tidakkah mereka sedar yang mereka

itu telah menerima sesuatu yang tidak pernah diterima oleh nenek moyang nenek moyang

mereka?

69.     Adakah mereka gagal untuk mengenali rasul mereka? Adakah ini yang menyebabkan mereka

tidak mempedulikan dia?

70.     Adakah mereka telah memutuskan yang dia itu gila? Sesungguhnya, dia telah membawa

kebenaran kepada mereka, tetapi kebanyakan dari mereka itu membencikan  kebenaran.

71.     Sesungguhnya, jika kebenaran itu mengesahkan keinginan mereka, tentunya akan menjadi huru

haralah disekelian cekrawala dan bumi; segalanya bagi mereka akan menjadi korup. Kami telah

berikan kepada mereka bukti, tetapi mereka telah tidak mempedulikan langsung bukti mereka.

72.     Adakah kau meminta bayaran daripada mereka? Bayaran dari Tuhanmu itu jauh lebih baik. Dia

adalah sebaik baik Pemberi.

73.     Pasti sekali, mengundang mereka kejalan yang lurus.

74.     Sesiapa yang ingkar kepada Akhirat tentu sekali menyimpang dari jalan yang benar.

75.     Walaupun apabila kami mencucuri mereka dengan belas kasih, dan meringankan masaalah

masaalah mereka, mereka masih juga jatuh kepada keterlampauan yang mendalam, dan

berterusan dengan membuat kesilapan.

76.     Walaupun apabila kami kenakan mereka dengan hukuman, mereka tidak pernah bermohon

kepada Tuhan mereka.

77.     Kemudiannya, apabila kami membalas mereka dengan hukuman yang dahsyat yang pernah

dikenakan, mereka menjadi terperanjat.

78.     Dia Sahajalah yang memberi kamu pendengeran dan penglihatan, dan juga akal. Jarang

sekali kamu bersyukur.

79.   Dia Sahajalah yang menempatkan kamu dibumi, dan kepadaNya sajalah kamu akan dihadapkan.

80.     Dia Sahajalah yang menguasai kehidupan dan kematian, dan Dia Sahajalah yang

menggantikan malam dari siang. Tidakkah kamu faham? 

81.     Mereka mengatakan apa yang dikatakan oleh nenek moyang nenek moyang mereka.

82.     Mereka berkata, "Sesudah kami mati dan menjadi debu dan tulang tulang, kami akan

dibangkitkan semula?

83.     "Perjanjian yang demikian telah diberikan kepada kami dan ibu bapa ibu bapa kami pada masa

       dahulu. Ini tidak lain hanyalah cerita cerita masa lampau."

Kebanyakan Dari

Orang Orang Yang Percaya

Di-Takdirkan Ke-Neraka*

84.     Katakanlah, "Kepunyaaan siapakah bumi dan semua orang didalamnya, jika kamu tahu?"

85.     Mereka akan berkata, "Kepunyaan Allah." Katakanlah, "Kenapa pula tidak kamu mengambil

perhatian?"

86.     Katakanlah, "Siapakah Tuhan bagi tujuh semesta alam; Tuhan yang mempunyai kerajaan yang

        agung?"

87.     Mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Kenapa pula tidak kamu mahu bertakwah?" 

______________________________________________________________________________

*23:84-89 Percayakan Allah hanyalah sah jika seseorang itu mengenali kualiti Allah, fakta yang
sebenar bahwa Allah sahaja yang berkuasa akan segala sesuatu (8:17). Orang orang percaya yang
tidak mengenal Allah bukanlah dari golongan yang percaya. Kebanyakan orang orang yang percaya
telah menjadi batal kepercayaannya dengan memuja pujaan pujaan yang tidak ada kuasa sebagai
para nabi dan para walli (6:106).

_____________________________________________________________________________

88.     Katakanlah, "Didalam tangan siapakah segala kedaulatan terhadap segala sesuatu, dan hanya

       Dia sahajalah yang dapat memberikan pertolongan, dan tidak memerlukan pertolongan, jika

       kamu tahu?"

89.     Mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Dimanakah kesalahan kamu?" 

90.     Kami telah berikan kepada mereka yang benar, sementara mereka itu adalah orang orang yang

       pembohong.

91.     Allah tidak pernah mempunyai seorang anak lelaki. Dan tidak juga pernah ada tuhan yang lain
disampingNya. Jika tidak, tentunya tiap tiap tuhan akan mengumumkan kebebasan dengan

       ciptaan ciptaannya, dan mereka akan berlumba lumba sesama sendiri untuk berkuasa. Sesungguh

       -nya Allah Maha terpuji jauh lebih keatas dari apa yang mereka dakwakan.

92.     Yang Maha Mengetahui segala rahsia dan pengumuman pengumuman; Dialah yang Maha

Tinggi, jauh lebih tinggi dari mempunyai pasangan.

93.     Katakanlah, "Tuhanku, sama ada Engkau tunjukkanku (hukuman) yang akan dikenakan

[atau tidak],

94.     Tuhanku, janganlah jadikanku diantara orang orang yang melampaui batas."

95.     Untuk menunjukkan kamu (hukuman) yang kami telah siapkan bagi mereka adalah sesuatu

yang mudah bagi kami melakukannya.

96.     Dari itu, balasilah perbuatan jahat mereka dengan kebaikan; kami amat menyedari segala

dakwaan dakwaan mereka.

Untuk Melindungi Diri Dari Syaitan.

97.     Katakanlah, "Tuhanku, aku bermohon perlindungan denganMu dari bisikan bisikan syaitan

syaitan.

98.     "Dan aku bermohon perlindungan dariMu, Tuhanku, supaya jangan mereka mendekatiku."

Orang Orang Yang Mati

Tidak Akan Kembali Semula

Sehingga Datangnya Hari Kebangkitan

99.     Apabila kematian datang kepada salah satu dari mereka, dia berkata, "Tuhanku, hantarkanlahku

kembali.

100. "Aku akan beramal benar dalam segala gala yang telahku tinggalkan kebelakang." Tidak benar.

 Ini adalah penipuan yang dia menjanjikan. Penghalang akan memisahkan rohnya dari dunia ini

 sehingga hari kebangkitan kelak.

101.   Apabila terumpit ditiupkan, tidak akan ada ikatan persaudaraan diantara mereka akan wujud

        pada hari itu, dan juga mereka tidak akan mempedulikan tentang satu sama yang lainnya. 

102. Bagi orang orang yang pertimbangannya berat, mereka akan menjadi pemenang pemenang.

103. Orang orang yang pertimbangannya ringan adalah mereka mereka yang kehilangan roh roh

   mereka; mereka itu ditempatkan didalam Neraka untuk selama lamanya.

104.   Api akan menyelubungi wajah wajah mereka, dan mereka akan berkekalan menghadapi siksaan

        didalamnya.  

105.   Tidakkah revelasi revelasiKu dibacakan kepada kamu, dan kamu sentiasa saja mengingkarinya?

106.   Mereka akan berkata, "Tuhan kami, kezaliman kami telah menguasai kami, dan kami adalah

        orang orang yang telah tersesat jauh.

107.   "Tuhan kami, keluarkan kami dari sini; jika kami kembali (kepada perangai yang lama), maka

 kami adalah orang orang yang benar benar zalim."

108.   Dia akan berkata, "Tinggallah didalamnya, dengan kehinaan, dan jangan sekali kali bercakap

 kepadaKu.

Mereka Mengejek  Ejekkan Orang

Orang Yang Percaya.

109.   "Sekumpulan dari hamba hambaKu pernah berkata, 'Tuhan kami, kami telah percaya, dari itu

 ampunkan kami dan cucurilah kami dengan belas kasih. Dari segala pembelas kasih, Engkau

 sahajalah yang Maha Penyayang.'

110.  "Tetapi kamu mencemuh dan mengejek ejekkan mereka, sampai ketahap yang kamu telah

melupakanKu. Kamu juga selalu mentertawakan mereka.

111.   "Hari ini Aku telah memberikan mereka ganjaran, sebagai balasan kesabaran mereka, dengan

 menjadikan mereka pemenang pemenang."

112.   Dia berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal dibumi? Berapa tahun?"

113.   Mereka berkata, "Kami tinggal hanya sehari ataupun sebahagian dari sehari. Tanyalah orang

        orang yang menghitungkan."

114.   Dia berkata, "Sebenarnya, kamu hanya tinggal dalam masa yang singkat saja, jika hanya kamu

 ketahui.

115.   "Adakah kamu berfikir yang kami menciptakan kamu hanya dengan sia sia saja; yang

        kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"

116.   Yang Maha Tinggi adalah Allah, kedaulatan yang sebenar. Tidak ada tuhan yang disamping

-Nya; Tuhan Yang Maha Mulia, mempunyai segala autoriti.

117.   Sesiapa yang memuja disamping Allah tuhan yang lain, dan tanpa mempunyai sebarang bukti,

 balasannya terpulanglah kepada Tuhannya. Orang orang yang ingkar itu tidak akan berjaya.

118.   Katakanlah, "Tuhanku, cucurilah kami dengan pengampunan dan belas kasih. Dari segala

Pembelas kasih, Engkaulah yang Maha Penyayang."


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

Copyright © 1997-2003 Submission.org