Surah 22: Al-Hajj.
Menunaikan Haji    1 - 78.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Wahai manusia, kamu mestilah memuliakan Tuhan kamu, kerana gegaran pada Waktu itu

adalah sesuatu yang amat dahsyat sekali.

2.        Dihari yang kamu menyaksikannya, bahkan ibu yang menyusukan akan membuangkan

       bayinya, dan ibu yang mengandung akan menggugurkan kandungannya. Kamu akan melihat

       yang manusia itu terhuyung hayang, seolah olah mereka sedang kemabukan,walaupun mereka

       itu tidak mabuk. Ini kerana, hukuman Allah amatlah menggerunkan.

3.        Diantara manusia, ada orang orang yang bertengkar tentang Allah dengan tidak berilmu

       pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang durhaka.

4.        Ini telah didekrikan sesiapa yang menjadikan dirinya pihak berikatan dengannya, dia akan

menyesatkannya dan membimbingnya kepada penderitaan Neraka.

Dari Manakah Kita Datang?

5.        Wahai manusia, jika kamu ada sebarang keraguan berkenaan kebangkitan, (ingatlah) kami

menciptakan kamu dari debu, dan diikuti dengan cecair yang halus, dimana ianya bertukar

menjadi satu gantungan (embrio), dan ianya menjadi fetus yang diberikan nyawa ataupun

tidak bernyawa. Lantas kami terangkan perihal sesuatu kepada kamu. Kami berikan didalam

rahim rahim apa saja yang kami kehendaki buat kemasa yang telah ditetapkan.* Maka kami

pun membawa kamu keluar sebagai bayi bayi, kemudian kamu menjadi dewasa. Sementara

sebahagian dari kamu mati semasa muda, yang lainnya hidup sampai keumur yang lanjut,

hanyalah untuk mengetahui tidak ada lagi ilmu pengetahuan yang boleh dicapai dengan

berlebihan dari apa yang telah ditentukan. Begitu juga, kamu lihat kepada bumi yang mati,

apabila saja kami cucurinya dengan air, ianya menggegar dengan kehidupan dan menumbuhkan
bermacam jenis tumbuh tumbuhan yang cantik cantik. 

6.        Ini membuktikan bahwa Allah itu adalah Benar, dan Dialah yang menghidupkan semula yang

       sudah mati, dan sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa.

7.        Dan bahawasanya Waktu itu akan mendatang, tidak ada keraguan tentangnya, dan Allah
akan membangkitkan orang orang yang didalam kubur kubur.

Kejadian Biasa.

8.        Diantara manusia ada orang yang bertengkar berkenaan Allah dengan tidak mempunyai ilmu

pengetahuan, dan tidak ada bimbangan, dan tidak juga mendapatkan petunjuk dari kitab.

9.        Dengan sombong dia berjuang untuk melencongkan manusia dari jalan Allah. Maka dia

akan mendapat penghinaan dikehidupan ini, dan kami komitkannya pada Hari Kebangkitan

kelak dengan azab kebakaran.

10.     Inilah apa yang diusahakan oleh tangan tangan kamu membawa kemasa depan kamu. Allah

       tidak pernah melakukan ketidak adilan terhadap manusia.

Kawan Dimasa Senang.

11.     Diantara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan bersyarat. Jika sesuatu yang

mengikuti keinginannya, dia berpuas hati. Tetapi jika sesuatu kesukaran menimpanya, 

wajahnya akan bertukar. Lantas, dia kehilangan keduanya dikehidupan ini dan juga

diAkhirat. Itulah kerugian yang sebenarnya. 

12.     Dia memuja disamping Allah apa yang tidak mempunyai kuasa untuk memudharatkannya

ataupun memanfaatkannya; demikian itulah kesesatan yang sebenar.

_____________________________________________________________________________

*22:5 Mukjizat matematika Quran berasaskan 19. Dan juga nombor ini merupakan sebagai pengenalan

kepada ciptaanNya. Lantas, kamu dan saya mempunyai 209 tulang tulang didalam tubuh tubuh kita

(209 = 19x11). Masa kandungan yang penuh bagi fetus adalah selama 266  hari (19x14) (Langman's

Medical Embryologi, T.W. Sadler, Page 88, 1985).

____________________________________________________________________________

13.     Dia memuja apa yang lebih sesuai untuk memudharatkannya dari memanfaatkannya. Betapa

malangnya tuhan sedemikian! Betapa malangnya teman sedemikian!

14.     Allah memasukkan orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar

kedalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir. Kesemuanya itu menurut kehendak

dari Allah.

Kebahagiaan Sekarang

Dan Untuk Selama Lamanya.

15.     Jika seseorang berfikir yang Allah tidak dapat membantunya dikehidupan ini dan diAkhirat,

cubalah dia menyerahkan sepenuhnya kepada (penciptanya) dilangit, dan putuskan (dirinya

dari mengharap kepada sesiapapun). Dia akan memperlihatkan yang rancangan ini dapat

menghilangkan segala apa yang merunsingkannya.

16.     Maka kami menurunkan revelasi revelasi yang cukup jelas didalam ini, kemudian Allah sajalah

        yang membimbing kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.

Allah:Hakim Yang Sebenar

17.     Mereka yang percaya, mereka yang Yahudi, mualaf, Nasrani (Kristian), Zoroastrians,

       dan penyembah penyembah pujaan pujaan, sesungguhnya Allah Sahajalah yang

       menghakimkan diantara mereka pada Hari Kebangkitan kelak. Allah yang akan 

       menyaksikan segala sesuatu. 

18.     Tidakkah kamu sedar kepada Allah sahajalah sujud setiap satu yang disekelian cekrawala dan

bumi, matahari dan bulan, bintang bintang, gunung gunung, pokok pokok, binatang binatang

dan kebanyakan manusia? Banyak lagi dari kalangan manusia yang akan dikomitkan kepada

kebinasaan. Sesiapa saja yang telah diaibkan oleh Allah, tidak ada sesiapa pun dapat

memuliakannya. Kesemuanya itu menurut kehendak Allah.

Betapa Dahsyatnya Neraka!*

19.     Disini ada dua kumpulan yang bertelingkahan berkenaan Tuhan mereka. Bagi orang orang

       yang ingkar, mereka akan diberikan baju daripada api yang diukur siap untuk mereka. Cecair

       api akan disiramkan keatas kepala kepala mereka.

20.     Ianya akan menyebabkan didalam mereka menjadi cair, begitu juga dengan kulit kulit mereka.

21.     Mereka akan dikurungkan didalam periuk periuk besi.

22.     Bila masa mereka cuba untuk keluar dari penderitaan itu, mereka akan dipaksakan masuk

       kedalam semula: "Rasakan azabnya bakaran."

Keindahan Syurga

23.     Allah akan memasukkan orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar itu

kedalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir. Mereka akan dihiasi dengan gelang

gelang dari emas, mutiara mutiara dan pakaian pakaian mereka didalamnya ialah sutra.

24.     Mereka telah dibimbing kepada perkataan perkataan yang baik; mereka juga telah dibimbing

kejalan yang Maha Terpuji.

25.     Tentu sekali, orang orang yang ingkar dan memanggil yang lainnya berpaling dari jalan Allah,

dan dari Masjid Suci yang telah kami cipta reka untuk seluruh manusia - sama ada penduduk

penduduk asal atau pelawat pelawat - dan untuk mencari jalan supaya mencemarkannya dan

mengkorupnya, kami akan kenakan mereka itu dengan hukuman yang menyakitkan.

________________________________________________________________________________

*22:19-22 Manusia yang berkeras untuk keNeraka akan pastinya mengadu: 'Kalaulah kami tahu betapa

buruknya ini, tentu sekali kami akan berbuat baik.' Mereka akan diberitahukan bahwasanya kegerungan

Neraka telah ditunjukkan kepada mereka, paling jelas sekali, walaupun berupa simbolik. Perlu diingatkan

yang Syurga dan Neraka hampir hampir tidak berubah apabila diberikan gambarannya didalam Quran.

________________________________________________________________________________

Menunaikan Haji,

Seperti Semua Rukun Dalam Islam,

Di-Dekrikan Melalui Ibrahim*

26.     Kami melantik Ibrahim untuk mendirikan Tempat Suci: "Janganlah kau memuja sebarang

tuhan yang lain disampingKu, dan sucikan Tempat SuciKu ini untuk orang orang yang

melawatnya, orang orang yang tinggal berdekatan dengannya, dan orang orang yang ruku'

dan sujud.

27.     "Dan umumkanlah yang manusia itu mestilah menunaikan Haji.* Mereka akan datang

kepadamu dengan berjalan kaki ataupun menunggang bermacam sumber dengan kepayahan

(berbagai cara pengangkutan). Mereka akan datang dari daerah daerah yang amat jauh."

28.     Mereka bolehlah menjalankan perniagaan, dan mereka mestilah memuji muji nama Allah

pada hari hari yang ditentukan kerana mengadakan binatang ternakan sebagai peruntukkan

untuk mereka. "Makanlah darinya dan berilah makan kepada yang tidak berupaya dan

yang miskin." 

29.     Mereka mestilah memenuhi kewajipan mereka, memenuhi nazar nazar mereka dan menziarahi

makam purba itu.

30.     Orang orang yang menghormati upacara upacara yang telah didekrikan oleh Allah memang

sepatutnya menerima anugerah yang baik disisi Tuhan mereka. Semua binatang telah dijadikan

halal untuk makanan kamu, melainkan apa yang telah ditentukan haram untuk kamu. Kamu

mestilah jauhi dari menyembah pujaan pujaan yang menjijikkan, dan jauhilah dari menjadi

saksi yang palsu.

31.     Kamu mestilah memelihara pengabdianmu hanyalah kepada Allah sahaja. Sesiapa yang

mengada adakan sebarang pujaan disamping Allah adalah seumpama seorang yang jatuh

dari langit, dan disambar oleh burung burung hering, ataupun diterbangkan oleh angin

kedalam gaung yang dalam.

32.     Sesungguhnya, orang orang yang menghormati upacara upacara yang telah didekrikan oleh

Allah menunjukkan ketakwahan dihati hati mereka.

Persembahan Persembahan Bagi

Binatang Ternakan Semasa

Menunaikan Haji*

33.     (Binatang ternakan) memberikan kamu banyak manfaatnya buat beberapa waktu, sebelum

didermakan kemakam purba.

34.     Bagi setiap penghimpunan kami telah mendekrikan upacara upacara dimana dengannya mereka

        memuji muji nama Allah kerana mengadakan untuk mereka binatang ternakan. Tuhan kamu

       adalah satu dan tuhan yang sama; kamu semua mestilah menyerahkan diri diri kamu kepadaNya.

       Berikanlah berita berita baik kepada orang orang yang patuh. 

35.     Orang orang itulah yang hati hati mereka menggeletar apabila saja menyebut Allah, mereka

        sabar dan tabah semasa didalam kesukaran, mereka Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan dari

        rezeki kami untuk mereka, mereka memberi derma. 

36.     Binatang yang dikurbankan adalah diantara upacara upacara yang didekrikan oleh Allah untuk

kebaikan kamu.* Kamu mestilah menyebut nama Allah keatas mereka sedang mereka berbaris.

Selepas saja ianya dikurbankan, kamu bolehlah memakan darinya dan berikanlah makan kepada
simiskin dan orang orang yang memerlukan. Itulah sebabnya kami tundukkan mereka untuk

kamu, supaya dapat kamu menunjukkan kesyukuran kamu.

37.     Tidaklah dagingnya ataupun darahnya yang sampai kepada Allah. Apa yang sampai kepadaNya

hanyalah ketakwahan kamu. Dia telah menundukkan mereka kepada kamu, supaya dapat kamu
menunjukkan kesyukuran dengan mengagungkan Allah kerana telah membimbing kamu. Sampaikanlah
berita berita baik kepada para penderma.

______________________________________________________________________________

*22:26-27 Ibrahim adalah rasul yang asal dalam meyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (Islam). Lihat

22:78 dan Appendik 9.

*22:36 Binatang binatang korban yang ditumpukan untuk kegunaan Ibadah Haji adalah sumber pendapatan

dari rukun Haji. Perhatian: sebanyak 2,000,000 para jama'ah bertumpu keMekkah pada musim Haji.

_________________________________________________________________________________

Allah Membela

Orang Orang Yang Percaya

38.     Allah membela orang orang yang percaya. Allah tidak mencintai sebarang pengkhianat, yang

       tidak tahu bersyukur.

Synagogues, Gereja Gereja

dan Masjid Masjid

39.     Kebenaran telah diberikan kepada orang orang yang dianiayai, kerana ketidak adilan telah

diperlakukan terhadap mereka,  dan tentu sekali Allah dapat menolong mereka.  

40.     Mereka telah dikeluarkan dari rumah rumah mereka dengan ketidak adilan, dengan tidak ada

sebab melainkan mereka hanya berkata, "Tuhan kami adalah Allah." Jika tidak kerana adanya

pertolongan Allah kepada sebahagian manusia dengan yang lainnya, biara biara, gereja gereja,

tempat tempat ibadah (synagogues) dan masjid masjid - dimana nama Allah yang dimuliakan

sentiasa - pasti akan menjadi musnah. Tentu sekali , Allah membantu orang orang yang

menyokongNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.

41.     Mereka itulah orang orangnya, jika kami melantikkan mereka sebagai penguasa penguasa

       dibumi, mereka akan tetap Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang

       wajib (Zakat), dan menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan. Sesungguhnya Allah

       sajalah penguasa yang muktamad.

42.     Jika mereka mengingkarimu, kaum Nuh, 'Ad dan Thamud telah juga mengingkari sebelum

       mereka.

43.     Begitu juga kaum Ibrahim dan kaum Lut.

44.     Dan penduduk penduduk Midyan. Musa juga diingkari. Aku biarkan saja manusia itu,

kemudian akan Aku panggil mereka untuk memberi penjelasan; betapa (dahsyatnya)

pembalasanKu!

45.     Banyak komuniti yang telah kami hapuskan oleh kerana kezaliman mereka. Mereka berakhir

dengan kebinasaan, telaga telaga yang terbiar dan rumah rumah besar yang kosong.

46.     Tidakkah mereka menjelajahi bumi, dan gunakan minda minda mereka untuk memahaminya,

dan gunakan telinga telinga mereka untuk mendengar? Sesungguhnya, bukanlah mata mata

mereka yang buta, tetapi hati hati mereka yang terletak didalam dada dada itulah yang buta. 

47.     Mereka mencabarmu supaya membawa hukuman, dan Allah tidak pernah gagal dari menepati

ramalan ramalanNya. Sehari disisi Tuhan kamu itu adalah sama seribu tahun kamu.

48.     Banyak komuniti dimasa dahulu telah komit kezaliman, dan Aku membiarkan mereka untuk

sementara waktu, kemudian Aku menghukum mereka. KepadaKu sajalah destini kamu

yang terlkhir.

Rasul Allah Yang Dijanjikan

49.     Katakanlah, "Wahai manusia, aku telah dihantarkan kepada kamu sebagai pemberi amaran

yang nyata."*

50.     Orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar sepatutnyalah mendapat

keampunan dan anugerah yang mewah.

51.     Bagi sesiapa yang berjuang untuk mencabar revelasi revelasi kami, mereka akan menerima

       Neraka.

________________________________________________________________________________

*22:49 Perintah ini telah ditujukan kepada Rasul Allah yang dijanjikan. Fakta ini dan nama yang tertentu

bagi rasul telah diaturkan didalam kod matematika didalam Quran. Lihat penjelasannya, bersama sama

dengan bukti bukti yang tidak boleh dinafikan lagi, Appendik 2 dan 26.

________________________________________________________________________________

Sistem*

52.     Kami tidak menghantar sebelummu sebarang rasul, mahupun nabi, tanpa adanya syaitan

yang cuba mengganggu dalam keinginannya. Maka Allah membatalkan apa yang syaitan telah

lakukan. Allah sempurnakan revelasi revelasiNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi

Maha Bijaksana.* 

Hipokrit Mengundurkan Diri.

53.     Lantas Dia jadikan perancangan syaitan sebagai cubaan untuk orang orang yang menyimpan

keraguan didalam hati hati mereka, dan orang orang yang hati hatinya telah keras. Orang

orang yang zalim mestilah bersama dengan pembangkang.  

54.     Orang orang yang dirahmati dengan ilmu pengetahuan akan mengenal kebenaran dari Tuhan

kamu, kemudian mempercayainya, and hati hati mereka akan sedia menerimanya.

pasti sekali, Allah membimbing orang orang yang percaya kejalan yang benar.

55.     Bagi orang orang yang ingkar, mereka sentiasa menyimpan keraguan sehingga Waktu datang

       kepada mereka dengan tiba tiba, ataupun hukuman dihari yang dahsyat itu datang kepada mereka.

Kerajaan Syaitan yang Sementara.

56.     Segala kedaulatan pada hari adalah itu kepunyaan Allah, dan Dia yang akan mengadili diantara
mereka. Bagi orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar, mereka

       sepatutnya mendapatkan taman taman yang indah.

57.     Sementara orang orang yang ingkar dan yang menolak revelasi revelasi kami telah menerima

       hukuman yang amat memalukan.

Berjuang kerana Allah

58.     Orang orang yang berhijrah kerana Allah, kemudian dibunuh, ataupun mati, Allah tentu sekali

akan mencucuri mereka dengan rezeki rezeki yang baik. Tentu sekali Allah itu Maha Pemberi

yang terbaik.

59.     Pasti sekali, Dia akan memasukkan mereka dengan kemasukan yang akan menggembirakan

       mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.

Bantuan Ilahi Bagi Yang Tertindas.

60.     Telah didekrikan jika seorang membalas penganiayaan yang dikenakan keatasnya dengan adil,

kemudian disiksa kerana ini, Allah tentu sekali akan membantunya. Sesungguhnya

       Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

Allah Maha Berkuasa

61.     Ini adalah suatu fakta bahwa Allah yang menggabungkan malam kedalam siang, dan

       menggabungkan siang kedalam malam, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi

       Maha Melihat.

62.     Ini adalah suatu fakta yang Allah itu adalah Benar, sementara yang mengada adakan pujaan

       pujaan disampingNya adalah kepalsuan, dan sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

63.     Tidakkah kamu melihat yang Allah menurunkan air dari langit yang menjadikan bumi

       menghijau? Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Perihatin.

64.     KepunyaanNya sekelian yang ada dicekrawala dan dibumi. Tentu sekali, Allah Maha Kaya lagi

       Maha Terpuji.

_________________________________________________________________________

*22:52 Sepanjang pencubaan didunia ini, Syaitan telah diizinkan untuk menanamkan pandangan
pandangannya (kita telah dilahirkan dengan diwakili oleh syaitan didalam tubuh tubuh kita).
Ini memberikan manusia membuat pilihan sama ada memilih bukti bukti Allah ataupun syaitan.
Kebanyakan

bukti bukti dari syaitan berasaskan kejahatan dan pembohongan. Sistem ini adalah satu fakta
yang mana para wakil syaitan sentiasa berterusan memberikan cadangan yang paling jahat
sekali, bohong, menghina,

menuduh setiap rasul (lihat 6:33-34, 8:30, 17:76-77, 27:70).

_________________________________________________________________________

65.     Tidakkah dapat kamu melihat yang Allah komitkan segala galanya dibumi berkhidmat untuk

kamu? Kapal kapal belayar dilautan dengan perintahNya. Dia menghalang sekeliannya dilangit

dari jatuh terhempas kebumi, melainkan menurut dengan perintahNya.  Sesungguhnya Allah

Maha Mengasihani kepada manusia lagi Maha Penyayang.

66.     Dialah Sahajalah yang memberikan kamu kehidupan, kemudian Dia matikan kamu, dan Dia

       hidupkan kamu semula. Tentu sekali, manusia itu tidak tahu bersyukur.

67.     Bagi setiap penghimpunan, kami telah mendekrikan satu set upacara upacara yang mereka mesti

mendukungkannya. Dari itu, mereka tidak sepatutnya bertikaian denganmu. Kamu mestilah

berterusan menjemput semua orang kepada Tuhanmu. Pasti sekali, kau berada dijalan

yang benar.

68.     Jika mereka bertengkar denganmu, maka katakanlah, "Allah amat mengetahui apa saja yang

       kamu lakukan."

69.     Allah akan menghakimi diantara kamu pada Hari Kebangkitan kelak berkenaan segala yang

apa kamu pertikaikan.

70.     Tidakkah kamu sedar yang Allah mengetahui segala apa yang berada disekelian cekrawala

dan segala apa dibumi? Semuanya telah direkodkan didalam rekod. Ini amatlah mudah bagi

Allah melakukannya.

71.     Namun demikian, mereka memuja disamping Allah pujaan pujaan, dimana Dia yang tidak

meletakkan sebarang kuasa dan mereka tidak tahu apa apa pun tentang mereka. Orang orang

yang melampaui batas itu tidak akan mendapat pertolongan.

Keganasan & Permusuhan:

Tanda Tanda Keingkaran

72.     Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada mereka, dengan terangnya, kamu akan

mengenal kezaliman diwajah wajah orang orang yang ingkar itu. Mereka hampir hampir

menyerang orang orang yang membacakan revelasi revelasi kami kepada mereka. Katakanlah,
"Biarkanlah aku memberitahu kamu sesuatu yang lebih buruk lagi? Neraka telah dijanjikan

oleh Allah untuk orang orang yang ingkar; betapa azabnya destini."  

Bolehkah Mereka Mencipta Lalat

73.     Wahai manusia, disini ada satu ibarat yang kamu mestilah memikirkan dengan betul betul:

Pujaan pujaan yang kamu ada adakan disamping Allah itu tidak boleh mencipta lalat,

walaupun mereka semua berkumpul bersama sama untuk membuatnya. Lagi pula, jika lalat

itu mencuri sesuatu dari mereka, mereka tidak boleh mendapatkannya kembali; lemah

sungguh yang mengikut dengan yang diikuti.

74.     Mereka tidak menghargai Allah sebagaimana sepatutnya Dia mesti dihargai. Sesungguhnya

Allah Maha Perkasa lagi Maha Agung.

75.     Allah memilih diantara para malaikat menjadi para rasul, begitu juga diantara manusia.

Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

76.     Dialah yang ketahui masa masa lalu mereka dan masa masa depan mereka. Kepunyaan Allah

        segala kekuasaan muktamad tehadap kesemua perkara.

77.     Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah ruku', sujud, serta sembah Tuhan kamu dan

kerjakan kebaikan, supaya kamu berjaya.

Ibrahim:

Rasul Islam Yang Asal

78.     Kamu mestilah berjuang kerana Allah sebagaimana semestinya kamu berjuang keranaNya.

       Dia telah memilih kamu dan tidak meletakkan sebarang kesukaran keatas kamu untuk

       mempratikkan agama kamu - agama bapa kamu Ibrahim.  Dialah yang menamakan kamu

       "Penyerah" (Muslim) asalnya. Lantas, rasul mestilah berkhidmat menjadi saksi diantara kamu,

       dan kamu mestilah berkhidmat sebagai saksi saksi diantara manusia. Dari itu, kamu mestilah

       Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang wajib (Zakat) dan pegang kuat

       kuat kepada Allah; Dia adalah Tuhan kamu, Tuhan yang terbaik dan Penyokong yang terbaik.

_______________________________________________________________________________

*22:78 Walaupun semua para rasul membawa satu dan sama mesej, "Menyembah Allah Sahaja," Ibrahim

adalah rasul yang pertama yang menggelarkan "Penyerahan diri dengan sepenuhnya kepada Allah" (Islam)

"Orang orang yang menyerahkan diri kepada Allah" (Muslim) (2:128). Sumbangan apakah yang Ibrahim

berikan kepada Penyerahan diri kepada Allah (Islam)? Kita pelajari dari 16:123 yang semua rukun rukun

agama telah diturunkan kepada Ibrahim (lihat Appendik 9 & 26).


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

Copyright © 1997-2003 Submission.org