













|
Surah 20: T. H.
Tha Ha. 1 - 135.
|

Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1.
T. H.* (Tha Ha).
2.
Kami tidak turunkan Quran ini untuk memberi sebarang
kesukaran kepadamu.
3.
Hanyalah untuk memberikan petunjuk dan kepada yang
menghormatinya.
4.
Revelasi revelasi dari Pencipta bagi bumi dan sekelian
cekrawala yang tinggi.
5.
Yang Maha Pengasih; Dia yang mengendalikan segala
autoriti.
6.
KepunyaanNyalah segala gala disekelian cekrawala, dan
bumi dan segala gala diantara
keduanya dan yang dibawah tanah.
7.
Sama ada kamu dedahkan kesalahan kesalahan (atau tidak) Dia tahu segala rahsia,
dan segala
apa lagi yang
banyak tersembunyi.
_________________________________________________________________________
*20:1 Tugas huruf
huruf permulaan bagi Quran ini adalah sebagai komposisi mukjizat Quran
matematika yang amat mengkagumkan, telah diberikan penjelasannya diAppendik 1.
__________________________________________________________________________
8.
Allah: tidak
ada tuhan disampingNya. KepunyaanNya segala nama nama yang tercantik.
9.
Sudahkah kamu perhatikan sejarah Musa?
10. Apabila
dia melihat api, dia berkata kepada keluarganya, "Tinggal disini. Aku
telah melihat api.
Mungkin aku dapat membawanya
sedikit untukmu ataupun mendapat beberapa petunjuk
dekat api itu."
11. Apabila
dia datang kepadanya, dia telah dipanggil. "Wahai Musa.
12. "Aku
adalah Tuhanmu; tanggalkan seliparmu. Kau berada dilembah suci Tuwa.
13. "Aku
telah memilihmu, maka dengarkanlah apa yang telah diturunkan.
14. "Akulah
Allah; tidak ada tuhan yang lain
disampingKu. Kau mestilah menyembahKu sahaja,
dan Kerjakanlah Sembahyang (Salat) untuk mengingatiku.
Hari Akhirnya Dunia
Tidak Tersembunyi*
15. "Waktunya
(hari akhirnya dunia) tentunya akan
datang; Aku akan menyimpannya hampir
tersembunyi. Kerana tiap tiap roh mesti dibayar dari apa apa yang dikerjakan.
16. "Janganlah
berpaling dari hal ini kerana orang
orang yang tidak percaya terhadapnya - orang
orang yang mengikuti
pendapat pendapat mereka sendiri - supaya kamu tidak terjerumus.
17.
"Apakah ini ditangan kananmu, Musa?"
18. Dia
berkata, "Ini tongkatku. Aku bersandar kepadanya, dan mengembala kambingku
dengannya, dan
aku menggunakannya untuk kegunaan yang lain juga."
19. Dia
berkata, "Buangkan dibawah, Musa."
20. Dia
membuangkannya kebawah, maka ianya bertukar menjadi ular yang bergerak.
21. Dia
berkata, "Angkatlah ia kembali; janganlah takut. Kami akan tukarkan kepada
bentuknya
yang asal.
22. "Dan
letakkan tanganmu dibawah ketiakmu; ia akan keluar menjadi putih dengan tidak
ada
kecacatan; satu
lagi bukti.
23. "Lantas
kami tunjukkan kepadamu beberapa tanda tanda kami yang besar.
24. "Pergilah
kepada Fir'aun kerana dia telah melampaui batas."
25. Dia
berkata, "Tuhanku, tenangkan sifat marahku.
26. "Dan
permudahkanlah perkara ini bagiku.
27. "Dan
lepaskan kesimpulan dari lisanku .
28. "Supaya
mereka dapat memahami pertuturanku.
29. "Dan
lantikkan penolong untukku dari keluargaku.
30. "Saudaraku
Harun.
31. "kuatkan
daku dengan dia.
32. "Biarkan
dia menjadi pasanganku dalam perkara ini.
33. "Supaya
dapat kami memujiMu selalu.
34. "Dan
mengingatiMu selalu.
35. "Kaulah
yang Maha Melihat terhadap kami."
36. Dia
berkata, "Permintaanmu telah diterima, wahai Musa.
37. "Kami
telah merahmati kau diwaktu dahulu.
38. "Apabila
kami turunkan kepada ibumu apa yang telah kami turunkan.
39. "Dengan
mengatakan, 'Masukkan dia kedalam kotak, dan buangkannya disungai. Sungai itu
akan menghanyutkannya kedaratan,
untuk diambil oleh musuhKu dan musuhnya.' Aku
mencucurimu dengan kasih sayang
dariku, dan aku jadikan dikau didalam pengawasan mataKu.
_________________________________________________________________________
*20:15 Akhirnya dunia
telah dinyatakan didalam Quran, mesej Allah yang terakhir (15:87).
________________________________________________________________________
40. Kakakmu
menuju kepada mereka dan berkata, 'Aku boleh tunjukkan kau berkenaan ibu yang
boleh menyusu dan menjaganya
dengan baik.' Lantas kami menghantarkan kau kembali kepada
ibumu, supaya dia bergembira dan
berhenti dari merasa bimbang. Dan apabila kau membunuh
seorang, lalu kami selamatkan kau
dari kejadian yang buruk itu; sesungguhnya kami mencubamu
dengan teliti. Kau telah tinggal bertahun tahun bersama sama kaum Midyan, dan
sekarang kau
telah kembali untuk mengikuti
perancangan yang tepat ya! Musa.
41. "Aku
telah jadikan kau hanya untukKu.
42. "Pergilah
bersama sama saudaramu, dengan dibantu oleh tanda tandaKu, dan janganlah lalai
dari mengingatiKu.
43. "Pergilah
kepada Fir'aun, kerana dia sangat melampauai batas .
44. "Berbicaralah
dengannya baik baik; mungkin dia boleh merenungkan, ataupun dapat
menghormatinya."
45. Mereka
berkata, "Tuhan kami, kami takut kalau kalau dia akan menyerang kami,
ataupun
melampaui batas."
46. Dia
berkata, "Janganlah takut, kerana Aku ada bersama sama kamu, mendengar dan
memerhatikan.
47. "Pergilah
kepadanya dan katakanlah, 'Kami berdua adalah para rasul dari Tuhan kamu
lepaskan bani Israil pergi. Kamu
mesti berhenti dari menyiksa mereka. Kami ada membawa
tanda dari Tuhan kamu, dan
keamanan akan dimiliki dengan banyaknya bagi orang orang
yang dapat mengikuti petunjuk.
48. "Kami
telah diinspirasikan bahwa hukuman yang tidak dapat dielakkan itu akan
dikenakan
kepada orang orang yang ingkar dan
yang berpaling.'"
49. Dia
berkata, "Siapakah Tuhan kamu, wahai Musa."
50. Dia
berkata, "Tuhan kami yang Satu yang membenarkan kesemuanya wujud, dan yang
memberikan
ianya petunjuk."
51. Dia
berkata, "Bagaimana dengan generasi yang lalu?"
52. Dia
berkata, "Ilmu pengetahuan tentang itu adalah dengan Tuhanku dan telah
direkodkan.
Tuhanku tidak pernah salah, dan
tidak juga Dia alpa."
53. Dia
Sahajalah yang menjadikan bumi ini tempat kediaman bagi kamu, dan membuatkan
didalamnya jalan jalan untuk kamu.
Dan Dia yang turunkan air dari langit dengannya kami dapat
mengeluarkan berbagai bagai rupa
tumbuh tumbuhan.
54. Makan
dan besarkanlah binatang ternakan kamu. Ini adalah bukti bukti yang cukup bagi
orang
orang yang mempunyai kecerdasan.*
55. Darinya
kami mencipta kamu, didalamnya kami pulangkan kamu, dan darinya kami akan
keluarkan kamu
sekali lagi.
56. Kami
tunjukkannya semua bukti bukti dari kami, tetapi dia ingkar dan enggan.
57. Dia
berkata, "Adakah kau datang kesini untuk mengambil kami keluar dari tanah
kami
dengan magikmu, wahai Musa?
58. "Kami
tentu sekali tunjukkan kau magik yang serupa. Dari itu, adakan satu pertemuan
dan tidak
kami ataupun kau akan
mencabulinya; ditempat yang neutral."
59. Dia
berkata, "Masa yang ditetapkan itu mestilah dihari perayaan. Mari kita
semua berjumpa
diwaktu pagi."
_________________________________________________________________________
*20:54 Orang orang
yang mempunyai kecerdasan mengakui yang kita ini seumpama astronaut
astronaut
yang telah dilancarkan kespace.
Begitu juga dengan 'Bumi.' Allah telah mengadakan untuk kita
makanan makanan baru, air, binatang binatang kesayangan, binatang binatang
liar, dan binatang
ternakan, apabila kita memasuki bumi yang sementara ini. Fikirkan space yang
diberikan kepada
astronaut dan bumi yang telah diberikan kepada kita sebagai tempat tinggal.
(Appendik 7).
_______________________________________________________________________
60. Fir'aun
menghimpunkan semua pasukan pasukan, dan tiba.
61. Musa
berkata kepada mereka, "Malang
sungguh bagimu. Adakah kamu mengada adakan
pembohongan untuk menentang Allah dan lantas menerima siksaanNya?
Pereka pereka yang
sedemikian tentu sekali akan
gagal."
62. Mereka
bertikaian sesama sendiri, apabila mereka membicara secara sulit.
63. Mereka
berkata, "Kedua orang ini tidak lain hanyalah ahli magik yang ingin
mengambil kamu
semua keluar dari tanah kamu
dengan magik mereka, dan untuk memusnahkan kehidupan yang
kamu nikmati.
64. "Marilah
kita bersetuju dengan satu perancangan dan menghadapi mereka dengan bersatu dan
maju
kehadapan. Pemenang pada hari ini akan mendapat kuasa."
65. Mereka
berkata, "Wahai Musa, ataukah kau lempar, atau kami yang dahulu
melempar."
66. Dia
berkata, "kamu lempar."Dengan semana mana saja, tali tali dan kayu
kayu telah menjelma
didepannya, kerana magik mereka,
seolah olah mereka itu bergerak.
67. Musa
merasa sedikit ketakutan.
68. Kami
berkata, "Jangan rasa takut, kau dapat mengatasinya.
69. "Lemparkanlah
apa yang kau pegang ditangan kananmu itu, dan ianya akan menelan segala apa
yang mereka ada
adakan itu. Apa yang mereka ada adakan itu tidak lain hanyalah perancangan
ahli magik.
Pekerjaan ahli magik tidak akan berjaya."
Orang Orang Yang Mahir
Mengenali Kebenaran.
70. Para
ahli magik pun jatuh sujud, dengan berkata, "Kami percaya kepada Tuhan
Harun dan
Musa."
71. Dia
berkata, "Adakah kamu percaya kepadanya tanpa keizinan dariku? Boleh jadi
dia ketua
kamu; orang
yang mengajarkan kamu magik. Tentu sekali akan aku potongkan tangan tangan
dan kaki kaki
kamu berselang seli. Aku akan salib kamu dibatang batang pokok palma. Kamu
akan dapati
siapakah dari kami yang boleh mengenakan hukuman yang paling dahsyat, dan
siapakah yang
dapat tahan lebih lama."
72. Mereka
berkata,"Kami tidak akan menyebelahi kau dari bukti bukti nyata yang telah
datang
kepada kami, dan dari yang Esa
yang menciptakan kami. Dari itu, isulah apa saja kehakiman
yang kau ingin isukan. Kau hanya
boleh berkuasa dikehidupan yang rendah ini.
73. "Kami
telah percaya kepada Tuhan kami, dan Dia mungkin akan mengampuni dosa dosa
kami,
dan magik yang kau paksa kami
untuk mempersembahkan. Sesungguhnya Allah
lebih jauh lagi
baik dan berkekalan."
74. Sesiapa
yang datang kepada Tuhannya sebagai pesalah akan menerima Neraka, disana dia
tidak
akan mati, dan tidak
juga hidup.
75. Bagi
orang orang yang datang kepadaNya sebagai orang orang yang percaya dan telah
menjalani
kehidupan yang benar, mereka
mencapai kedudukkan kedudukkan yang tinggi.
76. Dengan
taman taman Adnin, dibawahnya air sungai sungai yang mengalir, akan menjadi
tempat
tinggal yang
berkekalan. Demikian itulah kurnia bagi orang orang yang menyucikan diri diri
mereka.
77. Kami
telah meinspirasikan Musa: "Bawalah hamba hambaKu keluar, dan pukullah
jalan yang
kering untuk menyeberangi laut. Janganlah
takutkan yang kau akan ditangkap, dan janganlah
kau bimbang."
78. Fir'aun
mengejar mereka bersama sama askar askarnya, tetapi laut telah menenggelamkan
mereka, sebagaimana yang telah
ditakdirkan supaya menenggelamkan mereka.
79. Lantas,
Fir'aun telah memperdayakan orang orangnya; dia tidak membimbing mereka.
80. Wahai
bani Israil, kami telah bebaskan kamu dari musuh musuh kamu. Himpunkan kamu
disebelah kanan Bukit Sinai, dan
kami turunkan untuk kamu manna dan salwa
(burung burung puyuh).
81. Makanlah
dari makanan yang baik baik yang kami peruntukkan kepada kamu, dan janganlah
melampaui batas, supaya kamu tidak
mendapat kemurkaanKu. Sesiapa saja yang mendapatkan
kemurkaanKu telah tersingkir.
82. Tentu
sekali Aku yang Maha Pengampun bagi orang orang yang bertaubat, percaya dan
menjalani
kehidupan yang
benar, dan bersabar dalam mengikuti petunjuk.
Bani Israil Menentang.
83. "Kenapa
kau bersegera pergi dari kaummu , wahai Musa?"
84. Dia
berkata, "Mereka berada dekat dibelakangku. Aku telah bersegera kepadaMu
Tuhanku,
supaya Engkau
meredhainya."
85. Dia
berkata, "Kami telah mencuba kaummu sepeninggalanmu, tetapi Samiri telah
menyesatkan mereka."
86. Musa
kembali kepada kaumnya, marah dan
kecewa, dan berkata, "Wahai kaumku, tidakkah
Tuhan kamu menjanjikan kamu dengan
perjanjian yang baik? Tidakkah kamu boleh tunggu?
Adakah kamu ingin mendapat
kemurkaan Tuhan kamu? Adakah ini yang menyebabkan kamu
memutuskan persetujuan kamu
denganku?"
87. Mereka
berkata, "Kami tidak memutuskan persetujuan kami denganmu dengan
disengajakan.
Tetapi kami telah ditimbunkan
dengan barang kemas, dan bercadang untuk melepaskan beban
beban kami kedalamnya. Inilah apa
yang dicadangkan oleh Samiri."
88. Dia
adakan untuk mereka ukiran anak lembu, cukup dengan suara anak lembu.* Mereka
berkata,
"Ini adalah tuhan kamu, dan
tuhannya Musa." Lantas, dia terlupa.
89. Tidakkah
mereka lihat yang ianya tidak boleh respons kepada mereka, dan tidak juga
mempunyai
sebarang kuasa untuk melukakan
ataupun memanfaatkan mereka?
90. Dan
Harun telah mengatakan kepada mereka, "Wahai kaumku, ini adalah cubaan
bagi kamu.
Hanya Tuhan kamu sahajalah yang
Maha Pengasih, maka ikutlah aku, dan ta'atlah kepada
perintah perintahku."
91. Mereka
berkata, "Kami akan berterusan menyembahnya, sehingga Musa kembali."
92. (Musa) berkata, "Wahai Harun, apa yang menghalangkan
kau, apabila kau melihat mereka yang
telah melakukan kesesatan,
93. "dari
mengikuti perintah perintahku? Adakah kau mengingkariku?"
94. Dia
berkata, "Wahai anak kepada ibuku; janganlah tarik janggut dan kepalaku.
Aku takut
jangan sampai kau berkata, 'Kau
telah membahagikan bani Israil, dan mengingkari perintah
perintahku.'"
95. Dia
berkata, "Apa yang telah terjadi kepada kau, wahai Samiri?"
96. Dia
berkata, "Aku telah melihat apa yang mereka tidak kelihatan. Aku mengambil
dengan
pantas). Inilah apa yang mindaku
segenggam (debu) dari tempat dimana
rasul berdiri, dan
menggunakannya (untuk dicampurkan kedalam
anak lembu yang diukir daripada emas). Ini
adalah apa yang mindaku telah
meinspirasikan daku supaya melakukannya."*
97. Dia
berkata, "Maka pergilah, dan selama hidupmu, jangan sekali datang dekat.
Kau
mempunyai masa yang telah
ditentukan (untuk pengadilan yang
terakhir) yang kau tidak akan
dapat terlepas darinya. Lihatlah
kepada tuhan kau yang kau pernah menyembahnya dulu;
kami akan membakarnya dan
membuangkannya kedalam laut, supaya ianya tinggal didalam
sana untuk selama
lamanya."
Engkau Hanya Ada Satu Tuhan.
98. Tuhan
kamu hanyalah Allah; yang Esa dimana
disampingnya tidak ada tuhan yang lain. Ilmu
pengetahuanNya merangkumi segala
sesuatu.
________________________________________________________________________________
*20:88 & 96 Samiri
mendatangi tempat dimana Allah berkata kata dengan Musa, dan mengambil
segenggam debu dimana gema suara Allah telah didengarinya. Debu ini, apabila
dicampurkan kepada
emas yang telah dileburkan
menjadikan suara anak lembu kepada anak lembu yang diukir dari emas.
______________________________________________________________________________
99.
Lantas kami menceritakan kepadamu beberapa berita berita dari generasi
generasi yang telah
berlalu. Kami telah turunkan
kepadamu sebuah mesej dari kami.
100. Sesiapa yang tidak mempedulikannya akan
menanggung beban (dosa dosa) pada
Hari
Kebangkitan
kelak.
101. Mereka akan tinggal didalamnya untuk selama
lamanya; betapa azabnya bebanan yang
ditanggung pada Hari Kebangkitan kelak!
102. Itulah harinya apabila terumpit akan
ditiupkan, dan kami akan himpunkan pesalah pada
hari itu muram.
103. Berbisik bisik sesama sendiri, mereka akan
berkata, "Kamu telah tinggal (dikehidupan
pertama)
tidak lebih dari sepuluh hari!"
104. Kami amat sedar dengan percakapan mereka. Yang
paling tepat diantara mereka akan berkata,
"Kamu tinggal tidak lebih
dari satu hari."
Di-Hari Kebangkitan
105. Mereka bertanya kepadamu tentang gunung
gunung. Katakanlah, "Tuhanku akan
menghancurkan semuanya.
106. "Dia akan membiarkannya seperti tanah
yang tandus lagi rata.
107. "Tiada juga walau sedikit bukit yang
dapat kau lihat didalamnya, dan tiada juga junaman."
108. Pada hari itu, kesemua manusia akan mengikut
pemanggil, dengan tidak ada sedikitpun
penyelewengan.
Semua bunyian tidak akan senyap dihadapan yang Maha Pengasih;
kamu tidak
akan mendengar apa apa pun melainkan bisikan bisikan.
109. Pada hari itu, penjaminan tidak berguna
langsung, malainkan bagi orang orang
yang diizinkan oleh Maha Pengasih, dimana
percakapan mereka disahkan olehNya.
110. Dialah yang ketahui masa lalu dan masa akan
datang mereka, sementara tidak ada sesiapa
pun yang dapat menguasai ilmu pengetahuanNya.
111. Kesemua wajah wajah akan menyerah kepada Yang
Hidup dan Yang Berkekalan, dan
orang orang yang dibebani dengan keterlaluan
mereka, akan gagal.
112. Bagi orang orang yang mengerjakan kebaikan,
sementara percaya, mereka tidak akan
merasa takut dari ketidak adilan ataupun
kesusahan.
113. Lantas kami menurunkan ianya, Quran yang
berbahasa Arab, dan kami bentangkan berbagai
bagai rupa
ramalan ramalan, supaya mereka mendapat keselamatan, ataupun supaya mereka
dapat
merenungkan.
114. Allah
yang Maha Tinggi, Raja yang sebenar. Janganlah tergesa gesa membacakan Quran
ini
sebelum ianya diturunkan kepadamu,
dan katakanlah, "Tuhanku tingkatkanlah ilmu
pengetahuanku."
Manusia Gagal
Untuk Menegakkan Pendirian*
115. Kami telah mencuba Adam dimasa yang lalu,
tetapi dia terlupa, dan kami dapati dia tidak
pasti dalam membuat keputusan.
116. Ingatlah ketika kami berkata kepada para
malaikat, "Jatuh sujudlah kepada Adam." Mereka
pun jatuh sujud, melainkan Syaitan; dia
enggan.
117. Maka kami pun berkata, "Wahai Adam, ini
adalah musuhmu dan isterimu. Jangan biarkan dia
mengeluarkan kamu berdua dari Syurga, supaya
kamu tidak menderita.
118. "Kau telah dijamin tidak akan kelaparan
didalamnya, dan tidak juga dibiarkan dengan tidak
berteduh.
119. "Dan tidak juga akan kehausan didalamnya,
dan tidak juga akan menderita kepanasan."
120. Tetapi syaitan telah berbisik kepadanya,
dengan berkata, "Wahai Adam, biarkanlah aku
tunjukkan
kepadamu sebuah pokok yang dapat memberikan kerajaan yang berkekalan dan
yang tidak
ada akhirnya."
___________________________________________________________________________
*20:115 Semasa Syaitan
mencabar autoriti Allah yang sepenuhnya (38:69), kita semuanya tidaklah
mengambil keputusan yang kuat
terhadap syaitan. Allah telah memberikan kita peluang sekali lagi
dibumi ini, untuk menebuskan diri
diri kita dengan mengutuk syaitan dan mendukung perintah Allah
dengan sepenuhnya (Appendik 7).
_________________________________________________________________________
121. Mereka memakan darinya, dimana, tubuh tubuh
mereka menjadi kelihatan kepada mereka,
dan mereka
cuba menutupi diri diri mereka dengan daun daun dari syurga. Maka Adam pun
telah
mendurhakai Tuhannya, dan tersingkir.
122. Kemudiannya, Tuhannya memilih dia,
mengampuninya dan membimbingnya.
123. Dia berkata, "Pergi turunlah dari sini,
kesemuanya kamu. Kamu adalah musuh diantara satu
sama lainnya.
Apabila petunjuk datang kepada kamu dariKu, sesiapa yang mengikuti
petunjukKu tidak akan boleh disesatkan,
dan tidak juga akan menderita sebarang penderitaan.
Untuk Orang Orang Yang Ingkar:
Penderitaan Dalam
Kehidupan Tidak Dapat Dielakkan.
124. "Bagi orang orang yang tidak mempedulikan
mesejKu, dia akan mengalami kehidupan yang
azab, dan akan
kami bangkitkannya, pada Hari Kebangkitan kelak, buta."
125. Dia akan berkata, "Tuhanku, kenapa Engkau himpunkan aku
buta, padahal aku dahulunya
melihat?"
126. Dia akan berkata, "Kerana kau lupakan
revelasi revelasi kami apabila ianya datang kepadamu,
sekarang kamu
telah dilupakan."
127. Lantas, kami membalas orang orang yang
melampaui batas dan yang enggan mempercayakan
revelasi revelasi dari Tuhan mereka.
Sesungguhnya hukuman diAkhirat itu lebih lagi dahsyat
dan berkekalan.
128. Adakah mereka sedar betapa banyak generasi
generasi yang terdahulu telah kami hapuskan?
Mereka sekarang ini sedang
menjalani didalam rumah rumah yang dipunyai oleh orang orang
sebelum mereka. Ini adalah tanda
tanda bagi orang orang yang mempunyai kecerdasan.
129. Jika tidak kerana ketetapan yang telah
ditentukan oleh tuhan kamu, sudah tentu mereka akan
diadili dengan
segera.
130. Dari itu, bersabarlah apabila berhadapan
dengan perkataan perkataan mereka, dan pujilah dan
agungkanlah Tuhan kamu sebelum matahari terbit
dan sebelum matahari terbenam. Dan
agungkanlah Dia diwaktu malam, begitu juga
pada dua penghujung disiang hari, supaya
kamu mendapat kebahagiaan.
131. Dan janganlah menginginkan apa yang telah
dikurniakan kepada orang lain. Demikian itu
hanyalah perhiasan sementara bagi kehidupan
ini, dimana dengannya kami mencuba mereka.
Apa yang Tuhan kamu berikan kepada kamu adalah
lebih baik lagi, dan berkekalan.
Tanggung Jawab Ibu Bapa.
132. Kamu mestilah memerintahkan keluarga kamu
supaya mengerjakan sembahyang (Salat), dan
bersabar serta ta'at dalam melakukannya. Kami
tidak meminta kepada kamu sebarang
peruntukkan peruntukkan; kamilah yang
mengadakannya untuk kamu. Kemenangan akhirnya
dipunyai oleh orang orang yang percaya.
Kenapa Mesti Ada Para Rasul?
133. Mereka berkata, "Jika hanya dia dapat
menunjukkan kami sebuah mukjizat dari Tuhannya!"
Tidakkah
mereka telah menerima cukup mukjizat mukjizat dari mesej mesej yang terdahulu?
134. Kalaulah kami menghapuskan mereka sebelum ini,
mereka sudah pasti akan berkata, "Tuhan
kami,
sekiranya Engkau telah menghantarkan rasul kepada kami, tentulah kami akan
mengikuti
revelasi
revelasiMu, dan kami akan dapat mengelakkan diri diri kami dari keaiban dan
kehinaan
begini."
135. Katakanlah, "Kesemuanya kita sedang
menunggu, jadi tunggulah; tentu sekali kamu akan
ketahui siapakah yang berada dijalan yang
benar, dan siapakah yang sebenarnya terbimbing."
Back Home
Copyright © 1997-2003 Submission.org