Surah 2: Sapi Betina
(Al-BaQarah). 1 - 286.

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

 1. A .L .M.* (Alif. Lam. Mim.)

2. Kitab ini, tiada keraguan didalamnya, petunjuk bagi orang orang yang lurus perbuatannya dan yang benar.

Tiga kumpulan manusia
1. Yang Percaya

3. Mereka itu adalah orang orang yang mempercayai kepada yang ghaib, ta’at dalam Mengerjakan
Sembahyang (Salat),* dan sebahagian daripada rezeki kami** untuk mereka, didermakan.

4. Dan mereka mempercayai apa yang telah diturunkan kepadamu, dan apa yang telah diturunkan
sebelummu, dan tentang Hari Akhirat, mereka benar benar yakin.*

5. Mereka itu yang mendapat bimbingan dari Tuhan mereka. Mereka itulah orang orang yang
beroleh kemenangan.

2. Yang Tidak Percaya

6. Bagi sesiapa yang tidak percaya, sama saja bagi mereka; sama ada kamu berikan mereka amaran atau tidak memberikan amaran, mereka tetap tidak akan percaya.*

7. Allah, menutup hati dan pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penudung. Dan bagi mereka azab yang besar.

3. Hipokrit.

8. Dan ada sebahagiaan dari mereka yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhirat," akan tetapi pada hakikatnya, mereka bukan orang orang yang percaya.


*2:1 Permulaan huruf huruf ini telah tersimpan selama 1400 tahun. Sekarang ini kami telah mengenalinya sebagai komponen yang terbesar didalam Quran ini yang kod matematikanya sangatlah luar biasa (lihat appendik 1, 2 ,24 dan 26). Makna A. L. M. telah ditunjukkan dalam ayat 2:

"Kitab ini tiada keraguan didalamnya." Fakta yang tidak boleh ditukarkan membuktikan jumlah bagi kekerapan angka angka tiga pernulaan huruf huruf didalam surah ini adalah 4502, 3202, 2195, bagi nilai masing masing. Jumlah bagi nombor nombor ini adalah 9899, ataupun 19x521. Lantas, huruf huruf yang kerap ini adalah didalam bahasa Arab yang telah diaturkan secara matematika yang cara susunannya mengikuti kebijaksanaan manusia. Huruf huruf permulaan yang sama ini akan didapati dalam Surah 3, 29, 30, 31, dan 32, dan kekerapan huruf huruf ini akan menjadikan jumlahnya dapat dibahagikan kepada 19 pada tiap tiap satu dari surah surah ini.

*2:3 Sejak Pengerjaan Sembahyang telah didekrikan lima kali sehari, ianya mengandungi sumber yang utama untuk menyuburkan roh kita. Bersama sama dengan amalan yang lain dalam Penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah, Pengerjaan Sembahyang asalnya diturunkan kepada Ibrahim (21:73 22:78). Walaupun sembahyang lima waktu ini telah dipraktikkan sebelum turunnya revelasi dari Ouran, tiap tiap Pengerjaan Sembahyang telah disebutkan khususnya didalam Quran (24:58, 11:114, 17:78, &2:238). Appendik 1 & 15 memberikan keterangan secara fizikal untuk menyokong semua penerangan yang cukup bagi Pengerjaan Sembahyang, termasuk nombor Rak'aas dan nombor nombor ruku', sujud, dan Tashahhud bagi tiap tiap sembahyang.

**2:3 Apabila Allah menggunakan bentuk jamak, ini menunjukkan lain entiti, biasanya para malaikat, telah mengambil bahagian. Apabila Allah berkata kepada Musa, bentuk mufrad digunakan (20:12-14). Lihat Appendik 10.

*2:4 Meskipun putarbelit yang dahsyat telah dikenakan kepada kitab yang terdahulu, kebenaran Allah masih juga dapat dikesan didalamnya. Kedua duanya Old Testament dan The New Testment masih juga menganjurkan pengabdian dengan sepenuh penuhnya kepada Allah Sahaja (Deuteronomy 6:4-5, Mark 12:29-30). Segala putarbelit dapat dikenal pasti dengan mudahnya.

*2:6-7 Orang orang yang mengambil keputusan untuk mengingkarkan Allah telah diarahkan ketempat itu; mereka ini telah dihalang oleh Allah dari melihat sebarang bukti ataupun petunjuk, sepanjang mana mereka memegang keputusan yang sedemikian. Akibat kesilapan besar dari keputusan itu telah dinyatakan dalam ayat 7.


9. Mereka cuba menipu Allah serta orang orang yang percaya, padahal mereka hanya menipu diri diri mereka sendiri, sedangkan mereka tidak mengetahuinya.

10. Didalam hati mereka berpenyakit. Akibatnya, Allah menambahkan penyakit mereka. Bagi mereka azab yang dahsyat kerana berdusta.

11. Apabila dikatakan kepada mereka,"Janganlah kamu melakukan kejahatan," Mereka berkata, "Tetapi! kami hanya ingin membuat kebaikan.

12. Padahal, merekalah orang-orang yang membuat kejahatan, tetapi mereka tidak sedar.

13. Apabila dikatakan kepada mereka,"Percayalah sebagaimana orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Adakah kami akan percaya sebagaimana orang-orang yang bodoh mempercayainya?" Sekali kali tidak!,merekalah orang orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahuinya.

14. Apabila mereka berjumpa dengan orang orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya." Akan tetapi, apabila mereka bersendirian dengan syaitan syaitan, mereka berkata,"Kami bersama sama kamu, kami hanya olok olok."

15. Allah akan memperolok olokkan mereka dengan membiarkan mereka didalam kejahatan yang melampaui batas itu lantaran itu membuat kesilapan yang banyak.

16. Mereka itulah orang orang yang membeli penyesatan daripada petunjuk, maka perdagangan mereka tidak akan menguntungkan mereka, dan mereka bukanlah dari orang orang yang mendapat petunjuk kearah yang betul.

17. Perumpamaan mereka adalah seperti seorang yang sedang menyalakan api. Apabila api sedang menerangi sekelilingnya, Allah melenyapkan cahayanya, lalu meninggalkan mereka didalam kegelapan, tidak dapat melihat.*

18. Pekak bisu dan buta, mereka tidak akan dapat dikembalikan.

19. Seumpama, hujan yang bercampur guruh dan kilat dari langit yang penuh dengan kegelapan, mereka meletakkan jari jari mereka kedalam telinga, untuk lari dari kematian. Allah amat mengetahui akan orang orang yang ingkar.

Cahaya keimanan.

20. Kilat hampir hampir menyambar penglihatan mereka. Setiap kali ia bercahaya, mereka bergerak maju, dan apabila kegelapan menyelubungi mereka, mereka berhenti. Sekiranya Allah menghendakinya, Dia boleh mengambil pendengaran dan penglihatan mereka. Allah Maha Berkuasa.

21. Wahai manusia, sembahlah Tuhan kamu; yang telah menciptakan kamu dan orang orang sebelum kamu agar kamu mendapat keselamatan.

22. Dialah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat penginapan untuk sementara waktu buat kamu, dan langit sebagai struktor. Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, supaya dapat mengeluarkan buah buahan untuk rezeki kamu. Jadi, janganlah mengadakan persembahan lainnya disamping Allah, setelah kamu mengetahuinya.

Matematika dicabar.

23. Jika kamu didalam keraguan mengenai apa yang telah kami turunkan kepada hamba kami, maka datangkanlah satu surah yang serupa ini, dan panggillah saksi-saksi atau penolong-penolong kamu yang kamu ada adakan disamping Allah, jika kamu orang orang yang benar.

24. Jika kamu tidak boleh membuat demikian, sudah pasti kamu tidak akan dapat membuatnya, maka awaslah api Neraka, yang bahan pembakarnya adalah daripada manusia manusia dan batu batu yang digunakan untuk membakar orang orang yang ingkar.


*2:23-24 Quran mukjizat kod matematika mengandungi banyak bukti bukti seperti ejaan nama "Rashad Khalifa" sebagai hamba Allah disebutkan disini. Beberapa kesusasteraan yang terkenal, termasuk Al-Mutanabby dan Tha Hussein, telah menjawab cabaran itu, tetapi mereka tidak sedar akan komposis matematika dari Quran. Ianya adalah Quran kod matematika, telah diturunkan melalui Rasul Allah yang dijanjikan, Rashad Khalifa, itu adalah cabar yang sebenarnya kerana ianya tidak mungkin dapat ditiru. Lihat Appendik 1, 2, 24, &26, penerangan bagi bukti bukti.


Alegori Gambaran Tentang Surga.

25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang orang yang percaya, yang mengamalkan kerja kerja kebajikan, mereka itu akan mendapatkan taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir. Dan apabila diberikan buah buahan sebagai rezeki didalamnya, mereka berkata, "Inilah rezeki yang telah diberikan kepada kami semasa dahulukala."Maka mereka diberikan yang serupa dengannya bahkan lebih baik lagi. Mereka juga akan diberikan teman teman yang suci didalamnya dan mereka akan tinggal berkekalan didalamnnya buat selama lamanya.

26. Allah tidak malu untuk membuat perumpamaan walaupun dari seekor nyamuk hinggalah yang lebih besar dari itu. Bagi orang orang yang percaya, mereka mengetahui sesungguhnya ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka; tetapi bagi orang orang yang ingkar, mereka bertanya, "Apakah yang Allah maksudkan dengan perumpamaan ini?" Dengan ini Dia memberi petunjuk kepada ramai orang dan Dia juga menyesatkan ramai orang, dan tidak Dia menyesatkan kecuali orang orang yang hatinya berpenyakit.

27. Yang memungkiri perjanjian Allah setelah mengikatkannya dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkannya supaya dihubungkan, dan yang membuat kerosakkan. Mereka inilah orang orang yang rugi.

Dua Kematian Dan
Dua Kehidupan Untuk
Orang orang Yang Ingkar.*

28. Bagaimanakah kamu tidak percaya kepada Allah, sedangkan kamu dahulunya mati, lalu Dia menghidupkan kamu. Kemudian Dia mematikan kamu dan Dia yang akan menghidupkan kamu semula, dan kepadaNya sahajalah kamu semua akan dikembalikan.

29. Dia yang menciptakan untuk kamu semua yang ada dibumi, kemudian Dia beralih kelangit lalu menciptakan tujuh lapis langit dengan penuh kesempurnaannya;* dan Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Syaitan: Tuhan Sementara .*

30. Ingatlah apabila Tuhan kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan khalifah (tuhan sementara) dibumi." Mereka berkata, "Adakah Engkau mahu meletakkan sesiapa yang boleh membuat kemusnahan yang akan membawa kepada pertumpahan darah sesama sendiri, sedangkan kami menyanyi dengan penuh kepujian terhadapMu, dan ta’at memegang kuat dengan perintahMu?" Dia berkata, "Aku tahu apa yang tidak engkau ketahui."

Percubaan Bermula.

31. Dia mengajarkan Adam semua nama nama* dan menunjukkannya kepada para malaikat

dengan mengatakan, "Berikan Aku nama nama ini, jika sesungguhnya kamu yang benar."


*2:26 Lihat Appentik 5 untuk diskusi selanjutnya bagi Syurga dan Neraka.

*2:28 Orang orang yang benar sebenarnya tidak mati; mereka menuju terus keSyurga. Apabila masa penungguan dibumi telah tamat, para malaikat yang mengambil nyawa akan memjemput mereka ketempat sama diSyurga yang mana pernah didiami oleh Adam dan Hawa (2:154, 3:169, 8:24, 22:58, 16:32, 36:20-27, 44:56, 89:27-30). Lantas, sementara orang orang yang benar mengalami hanya satu kematian dengan mengikuti dosa asal kita, orang orang yang ingkar mengalami dua kematian (40:11). Pada masa kematian, orang orang yang ingkar tahu nasib malang mereka (8:50, 47:27), lalu mereka menderita berterusan dengan mimpi mimpi buruk yang berakhir sehingga Neraka diciptakan (40:46, 89:23, Appendik 17).

*2:29 Alam semesta kita dengan billion Bima Sakti, jarak perjalanannya sejauh billion billion tahun cahaya, adanya yang paling kecil dan paling jauh didalam ketujuh alam semesta. (Appendik 6).

Silakan semak 41:10-11.

*2:20-37 ayat ayat ini menjawab soalan yang genting sebagai: "Kenapakah kita berada disini?"  (Lihat Appendik 7).

*2:31 Ini adalah nama nama binatang binatang, automobile, submarine, space satellite, dan VCR, dan semuanya benda benda yang lain akan dipertemukan kepada manusia dibumi.


32. Mereka berkata, "Maha suci Engkau, kami tidak ada pengetahuan dengannya, melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sengguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

33. Dia berkata, "Wahai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama nama mereka. Apabila Dia memberitahukan nama nama mereka, Dia berkata, "Bukankah Aku telah mengatakan yang Aku tahu segala rahsia disekelian cekrawala dan dibumi? Aku tahu apa yang kamu umumkan dan apa yang kamu rahsiakan."

34. Apabila Kami katakan kepada para malaikat, "Tunduk sujud kepada Adam ,"Mereka pun sujud, kecuali Iblis; dia menolak kerana terlalu sombong, dan mengingkarinya.

35. Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah bersama isterimu ditaman syurga ini, selama yang kau suka, dan makan dari segala kurniaan dengan baik dan sesuka hatimu, tetapi jangan sekali kali kau mendekati pokok ini, nanti kau akan menjadi durhaka.

36. Tetapi syaitan telah menipu mereka, dan menyebabkan mereka terkeluar darinya. Kami berkata,"Turunlah kamu semua sebagai musuh diantara kamu. Dibumi ini akan menjadi tempat tinggal dan tempat mencari rezeki kamu sekelian untuk sementara waktu."

Kalimah Yang Di-Tentukan.*

37. Maka, Adam pun menerima revelasi revelasi dari Tuhannya, lalu Dia mengampuninya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

38.Kami berkata, "Turunlah kamu keluar kesemuanya dari sini, dan apabila datang kepada kamu petunjuk dariKu, sesiapa yang mengikuti petunjukKu, tiadalah kesukaran bagi mereka dan tiada juga mereka akan bersedih.

39. Akan tetapi bagi sesiapa yang ingkar dan mendustakan revelasi revelasi kami, mereka akan menjadi penghuni Neraka dan didalamnya mereka akan tinggal buat selama lamanya."

Perintah Allah Kepada Israil.
"Kamu Mestilah Mempercayai Quran Ini."

40. Wahai Bani Israil, ingatlah akan sokonganKu yang mana Aku telah kurniakankan kepada kamu, dan mengabulkan bahagian dari perjanjian kamu, dan menepati bahagian dari perjanjianKu, dan hormatilah Aku.

41. Kamu mestilah mempercayai apa yang telah Aku turunkan didalamnya ini, ianya mengesahkan apa yang ada pada kamu, dan janganlah menjadikan diri diri kamu orang yang pertama tidak mempercayainya, dan janganlah menjualkan revelasi revelasiKu dengan harga yang murah, dan ingatilah Aku.

42. Janganlah kamu mencampur adukkan yang benar dengan yang palsu, dan janganlah kamu menyembunyikan kebenaran, sedang kamu mengetahuinya.

43. Kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat), berikanlah derma yang diwajibkan (zakat), dan tunduklah bersama orang orang yang tunduk.

44. Adakah kamu menyuruhkan manusia melakukan kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri diri kamu sendiri, sedang kamu membaca kitab? Tidakkah kamu mengerti?

45. Kamu mesti memohon pertolongan dengan bersabar dan Mengerjakan Sembahyang (Salat), ini adalah sungguh berat, tetapi tidak bagi orang orang yang rendah diri.

46. Sesiapa yakin yang mereka akan bertemu dengan Tuhan mereka; ketahuilah kepada Dia sahajalah mereka akan dikembalikan.

47. Wahai bani Israil, ingatlah akan sokonganKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, bahawasanya Aku telah merahmati kamu sekelian lebih dari manusia lainnya.

48. Awaslah pada hari yang mana sesuatu jiwa pun tidak akan akan dapat membela jiwa yang lainnya, dan tidak ada perantaraan dapat diterima daripadanya, tidak juga apa apa tebusan boleh dibayar, maka tidak ada sesiapa yang boleh menolong.


*2:37 Persamaan, Allah telah memberi kita kod matematika yang telah ditetapkan huruf hurufnya, huruf  huruf bagi Surah 1, untuk memantapkan perhubungan dengan Dia (lihat pada nota kaki 1:1Appendik 15).


49. Ingatlah bagaimana kami menyelamatkan kamu daripada orang orang Fir’aun, mereka mengenakan kamu azab yang dahsyat, mereka membunuh anak anak lelaki kamu, dengan membiarkan anak anak perempuan kamu. Itu adalah ujian yang besar daripada Tuhan kamu.

50. Ingatlah bagaimana kami membelahkan laut untuk kamu. Kami selamatkan kamu, dan menenggelamkan orang orang Fir’aun didepan mata kepala kamu.

51. Bagaimanapun, apabila kami menemujanji dengan Musa selama empat puluh malam, lalu kamu mengambil anak lembu buat penyembahan kamu, semasa ketiadaan dia dan kamu berlaku zalim.* 

52. Walaupun demikian kami memaafkan kamu sesudah kejadian itu, agar kamu tahu bersyukur.

Bunuhlah Ego Kamu.*

53. Ingatlah apabila kami memberikan Musa Kitab dan undang undang, supaya kamu mendapat petunjuk.

54. Ingatlah apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri diri kamu sendiri kerana menyembah anak lembu. Kamu bertaubatlah kepada Pencipta kamu dan hapuskanlah ego kamu. Itu adalah lebih baik bagi kamu disisi Pencipta kamu." Dia pernah menerima taubat kamu, kerana Dialah Maha Penerima Taubat lagi yang Maha Penyayang.

Bukti yang nyata.*

55. Ingatlah apabila kamu berkata,"Wahai Musa, kami tidak akan percaya sehingga kami melihatkan Allah dengan mata kepala kami."Akibatnya, petir menyambar kamu, sedang kamu semua melihatnya.

56. Kemudian kami membangkitkan kamu setelah kamu mati, agar kamu berterima kasih.

57. Dan kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, kami turunkan manna (pokok yang mengeluarkan manisan) dan salwa (seperti burung puyuh) kepada kamu:Makanlah dari benda benda yang baik daripada rezeki yang kami berikan kepada kamu." Mereka tidak menyakiti kami, melainkan mereka hanya menyakiti diri diri mereka sendiri.

Kurang Yakin Kepada Allah
Membuatkan Mereka Eggan Masuk Jerusalem.

58. Ingatlah! kami berkata, "Masuklah kebandar ini, dimana kamu akan mendapatkan rezeki sebanyak mana yang kamu sukai. Masuklah dari pintu gerbangnya dengan merendahkan diri dan bercakaplah dengan sopan santun. Nanti akan kami ampuni dosa dosa kamu, serta menambahkan ganjaran kepada orang orang yang warak."

59. Tetapi orang orang yang ingkar itu, telah membawa perintah yang lain dari apa yang diperintahkannya. Dengan sikap jahat mereka, maka kami turunkan untuk orang orang yang zalim itu kutukkan dari langit, kerana kezaliman mereka sendiri.

60. Ingatlah apabila Musa memohon air untuk kaumnya, kami berkata,"Pukullah batu itu dengan tongkat kamu." Lalu keluarlah daripadanya dua belas mata air. Maka,tiap tiap kaum tahu bahagian tempat air mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki rezeki yang Allah kurniakan dan janganlah menjelajah dengan membuat kejahatan dimuka bumi ini.


*2:51 Berkaitan dengan perhubungan ini menunjukkan manusia itu boleh jatuh kepada menyekutukan. Meskipun adanya mukjizat yang nyata, kaum Musa menyembah anak sapi tanpa kehadirannya, dan Musa berakhir hanya dengan dua orang saja yang percaya (5:23). Sebagaimana yang telah dinyatakan didalam Pendahuluan, manusia itu menentang kerana ego mereka adalah tuhan mereka.

*2:54 Oleh kerana egolah membuatkan syaitan jatuh. Kerana egolah yang menyebabkan kita dibuang kedunia ini, dan kerana egolah yang menyebabkan kebanyakan manusia tidak dapat menebuskan dosa dosa untuk kembali kepada Allah.

*2:55 Perlu diperhatikan yang perkataan "Allah" sehingg ayat ini genap19 kali, dan ini adalah ayatnya yang mana manusia menuntut "bukti fizikal." Quran kod matematika, berasaskan nombor 19, telah menunjukkan bukti fizikal yang sedemikian. Perhatikan juga yang 2+55= 57 =19x3.


 

Israil Mendurhaka.

61. Ingatlah apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak tahan dengan satu jenis makanan saja. Panggillah Tuhan engkau untuk mengeluarkan tumbuh tumbuhan dari bumi seperti, biji bijian, timun, halia, jagung dan bawang." Dia berkata, "Apakah kamu ingin menukar yang baik kepada yang rendah dari yang baik.? Lebih baik kamu pulang sahaja keMesir, disana kamu boleh memperolehi apa yang kamu inginkan!" Lalu kehinaan dan kemiskinan menimpa mereka, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Itu kerana mereka mengingkari  revelasi revelasi Allah, dan mereka membunuh para nabi dengan ketidak adilan, ini kerana mereka adalah dari orang orang yang ingkar dan yang melampaui batas.

Perpaduan Bagi Semua Orang
Yang Menyerahkan Diri Kepada Tuhan.

62. Sesungguhnya,orang orang yang percaya, sesiapa dari kalangan Yahudi, Nasrani dan Sabiin (mu’alaf), sesiapa yang,

  1. percaya kepada Allah,
  2. pada Hari Akhirat,
  3. mengerjakan kebaikan semasa hidupnya didunia ini akan menerima ganjaran dari TuhanNya. Mereka tidak perlulah merasa takut, ataupun merasa sedih.

·         Perjanjian Dengan Israil.

63. Ingatlah ketika kami membuat perjanjian dengan kamu, apabila kami menaikkan bukit Sinai keatas kamu: "Kamu mesti pegang kuat kuat dengan perjanjian ini, dan ingatlah apa yang ada didalamnya, semoga kamu akan selamat."

64. Akan tetapi, kamu berpaling selepas itu! Dan jika tidak kerana kurniaan Allah terhadap kamu,dan juga rahmatNya, kamu tentu sekali akan binasa.

65. Kamu telah ketahui kesah orang orang yang mencabuli Sabat Kami katakan kepada mereka, "Jadilah kamu sehina beruk."

66. Kami jadikan mereka sebagai contoh bagi generasi mereka dan juga generasi yang akan datang, dan petunjuk bagi orang orang yang benar.

Sapi Betina.*

67. Musa berkata kepada kaumnya, "Allah memerintahkan kamu supaya mengurbankan seekor  anak lembu." Mereka bertanya, "Adakah kamu menyindir kami?" Dia berkata, "Allah melarangku, supaya jangan aku berperangai seperti orang yang jahil." 68. Mereka berkata, :Tanyakan kepada Tuhan kamu supaya tunjukkan yang mana satu." Dia berkata, "Dia berkata yang anak sapi betina itu tidak terlalu tua dan terlalu muda, dan diperantaraan umur. Sekarang, jalankan tugas kamu sebagaimana yang diperintahkan untuk kamu melakukannya."

69. Mereka berkata, " Mohonkanlah kepada Tuhan kamu supaya beritahu kami apakah warnanya." Dia berkata, "Dia memberitahukan bahawa warna sapi betina itu ialah kuning, yang terang, menyenangkan sesiapa yang memandangnya."

70. Mereka berkata, "Mohonkanlah kepada Tuhan kamu supaya menunjukkan kepada kami yang mana satu. Anak anak lembu itu, kelihatan serupa saja pada kami, dan Dengan Izin Allah (Insya’Allah,) kami akan mendapat petunjuk."

71. Dia berkata, "Dia memberitahukan bahawa sapi betina itu tidak pernah dianiayai semasa membajak tanah, ataupun semasa menyiram tanam tanaman, dan juga tiada kecacatan padanya." Mereka berkata, "Barulah sekarang engkau berkata benar." Lalu mereka mengurbankannya, dengan keberatan yang amat sangat.


2:67 Walaupun surah ini mengandungi undang undang yang mustahak dan juga perintah perintah, termasuk mengerjakan sembahyang, puasa, rukun Haji, dan undang undang perkahwinan, penceraian, dll, nama yang diberikan kepada surah ini ialah "Al-Baqarah." Ini menunjukkan betapa mustahaknya penyerahan diri kepada Allah dengan sepenuhnya dan bersegera dengan mengamalkannya, tidak berbelah bagi keta'atan kepada Pencipta kita. Penyerahan sedemikian menunjukkan kepercayaan terhadap kekuatan Allah dan keluasan kekuasaanNya. Lihat juga Bible Book Of Numbers, Chapter 9.


Tujuan Berkenaan Sapi Betina.

72. Kamu telah membunuh seseorang, lalu kamu bertikaian dengannya Allah ingin mengeluarkan apa yang kamu ingin menyembunyikan.

73. Maka kami berkata, "Pukullah (mangsa) itu dengan sebahagian anggota (sapi betina)." Lalu  Allah menghidupkan yang sudah mati,dan menunjukkan kepada kamu tanda tandaNya, supaya kamu memahaminya.

74. Akan tetapi, hati kamu menjadi keras selepas itu, dan menjadi seperti batu-batu atau lebih keras dari itu; Kerana ada batu batu dimana air sungainya mengalir. Ada juga batu batu yang retak dan mengalirkan air darinya. Ada batu batu yang jatuh pecah kerana sujud kepada Allah. Allah tidak  pernah lalai dari apa saja yang kamu lakukan.

Memutarbelitkan Kalimah Allah

75. Adakah kamu mengharapkan mereka akan percaya sabagaimana kamu percaya, sedangkan ada diantara mereka setelah mendengar revelasi revelasi Allah, lalu memutarbelitkannya, setelah faham sepenuhnya, tentunya mereka mengetahuinya tetapi mereka sengaja melakukannya.

Menyembunyikan Kalimah Allah.

76. "Apabila mereka bertemu dengan orang orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya." Tapi, apabila mereka bersama sama, Mereka berkata, "Adakah kamu menceritakan kepada mereka apa yang Allah terangkan kepada kamu, takut kalau nanti kamu akan memberi sokongan tentang perdebatan dengan mereka mengenai Tuhan. Tidakkah kamu faham?"

77. Tidakkah mereka ketahui bahawa Allah mengetahui segala apa yang mereka sembunyikan, dan apa yang mereka umumkan.?

78. Diantara mereka ada yang tidak berpengtahuan, tentang kitab. Mereka hanya mendengarkannya dari kata kata orang, lalu mereka menyangka yang mereka itu mengetahuinya.

79. Dari itu, kecelakaanlah bagi mereka yang menukarkan perkataan yang sebenar dari kitab dengan tangan tangan mereka, dan berkata,"Inilah penerangan yang Allah berikan" Supaya  dapat mereka menjualkannya dengan harga yang murah. Kecelakaanlah bagi mereka yang memutarbelikannya dan binasalah bagi mereka kerana melakukan pekerjaan yang jahat itu.

Kehidupan Yang Abadi:
Syurga dan Neraka.*

80. Mereka berkata, "Api tidak akan menyentuh kami, melainkan hanya beberapa hari sahaja." Katakanlah, "Sudahkah kamu mengambil perjanjian itu daripada Allah, dan sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya - ataupun kamu berkata tentang Allah apa yang kamu tidak ketahui dengannya?"

81. Sesungguhnya, sesiapa yang berusaha untuk melakukan kejahatan, dengan diliputi oleh dosa dosa, mereka itu adalah penghuni Api; didalamnya mereka akan tinggal untuk selama lamanya.

82. Dan bagi orang orang yang percaya serta melakukan kerja kerja yang baik, mereka itulah penghuni Taman;didalamnya mereka akan tinggal untuk selama-lamanya.

Rukun Rukun.

83. Dan kami telah membuat perjanjian dengan Bani Israil; Jangan kamu menyembah sesesuatu selain Allah. Muliakanlah kedua ibu bapa kamu, berbaik baik dengan sanak saudara yang dekat, dan anak anak yatim, orang orang miskin. Kamu juga mesti berbaik baik dengan manusia. Dan mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang wajib (zakat). Akan tetapi, kamu berpaling, kecuali sedikit saja daripada kamu, dan kamu menjadi benci.


*2:80-82 Ianya adalah kebiasaan kepercayaan orang orang Islam yang mereka itu hanya menderita didalam Neraka beberapa hari saja bagi dosa dosa yang mereka telah lakukan, lalu mereka akan keluar dari Neraka dan masuk keSyurga. Mereka juga percaya yang Muhammad akan menjaminkan mereka (Shafa'at), dan akan mengeluarkan mereka dari Neraka. Kepercayaan yang sedemikian itu berlawanan dengan Quran (Appendik 8).


84. Kami telah mengambil perjanjian dengan kamu, bahawasanya janganlah kamu menumpahkan darah sesama sendiri, dan janganlah mengusir sesama sendiri daripada tempat tempat tinggal kamu, kamu mempersetujuinya dan kamu mempersaksikannya sendiri.

85. Malahan, kamu membunuh sesama sendiri serta mengusir segolongan daripada kamu dari tempat tempat tinggal mereka, dan berkomplot bersama terhadap mereka didalam melakukan dosa dan permusuhan.Walaupun mereka telah menyerah diri, kamu paksa dengan tebusan dari mereka. Padahal pada mulanya kamu sudah mengetahuinya, bahawa pengusiran dilarang. Adakah kamu percaya kepada sebahagian dari kitab dan ingkar kepada sebahagian yang lainnya? Dan apa yang mesti dibalas kepada sebahagian dari kamu yang berbuat sedemikian? Melainkan kehinaan didalam kehidupan didunia ini, dan bertambah dahsyat lagi pada hari kebangkitan kelak?. Allah tidak lalai dari apa yang kamu lakukan.

86. Mereka itulah orang orang yang membeli kehidupan yang murah didunia ini dengan perbelanjaan yang patut diusahakan untuk Akhirat. Akibatnya, azab yang pedih tidak akan diringankan untuk mereka, dan tidak juga akan mereka mendapat pertolongan.  

Para Nabi dari Bani Israil.

87. Kami memberikan kepada Musa Kitab, dan selepasnya disusuli dengan para rasul, dan kami memberikan kepada Isa putera Maryam, mukjizat mukjizat yang jelas, dan kami mengukuhkan dia dengan Roh Suci. Memang tidak dinafikan setiap kali rasul datang kepada kamu dengan membawa apa yang tidak kamu sukai, ego kamu membuatkan kamu menjadi penyombong,? Sebahagian dari mereka kamu jadikan musuh dan sebahagian lagi kamu bunuh.

Penyataan Yang Tragik:
" Fikiran Kami Tidak akan Berganjak"

88. Mereka juga berkata, "fikiran kami tidak berganjak."Sebenarnya, ini adalah laknat dari Allah, diatas keingkaran mereka, kerana menetapkan hati mereka tidak mahu mempercayakannya, melainkan sedikit saja dari mereka.

Quran Menyempurnakan
Kesemua Kitab.

89. Apabila kitab ini datang kepada mereka daripada Allah, walaupun mereka bersetuju dengannya, dan mengakui apa yang mereka punyai,dan walaupun mereka pernah meramalkan apabila mereka menyatakannya dengan orang orang yang ingkar, setelah apa yang diramalkan telah berlalu, mereka tidak mahu mempercayainya. Laknat Allah akan menimpa keatas orang orang yang ingkar.

90. Sungguh mendukacitakan apa yang mereka telah lakukan dengan menzalimi diri diri mereka sendiri - kerana mengingkari revelasi revelasi Allah dengan sebab kedengkian, oleh yang demikian, Allah mesti mengurniakan rahmatnya kepada sesiapa yang Dia pilih dari sekelian hamba hambaNya. Akibatnya, mereka yang ingkar ditimpakan penderitaan yang bertubi tubi. Dan sesungguhnya orang orang yang ingkar itu telah mendapat penghinaan dan penyiksaan.

91. Apabila dikatakan kepada mereka, "Kamu mesti percaya dengan apa yang Allah turunkan. Mereka berkata, "Kami percaya hanya kepada apa yang telah diturunkan kepada kami."Lantas, mereka mengingkarkan apa yang diturunkan sesudah itu, walaupun ianya adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan ianya juga telah mengesahkan apa yang ada bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu membunuh para nabi Allah, jika kamu adalah orang-orang yang percaya?"

Pengajaran Dari Bani Israil.

92. Musa telah datang kepada kamu dengan mukjizat mukjizat yang jelas, tetapi kamu telah mengambil anak lembu sebagai sembahan kamu semasa dia tiada, dan kamu berlaku zalim.

93. Kami telah mengambil perjanjian dari kamu, sedang kami menaikan Gunung Sinai, diatas kamu, dengan mengatakan, "Kamu peganglah dengan kuat perintah perintah yang telah kami berikan, dan dengarkan." Tetapi mereka menjawab,"Kami dengar,tapi kami menentang." Hati mereka telah menjadi taksub kerana kegilaan kepada anak lembu, juga kerana keingkaran mereka. Katakanlah "Binasalah kamu atas kekotoran iman kamu yang telah memusnahkan diri kamu, tidakkah kamu mempunyai iman."

94. Katakanlah, "Jika tempat kediaman Hari Akhirat disisi Allah itu disediakan khas buat kamu, dan bukan untuk manusia lainnya, maka inginkanlah kematian, jika kamu yang berkata benar."

95. Akan tetapi, mereka tidak mengharapkannya, kerana perbuatan dosa dari apa yang tangan tangan mereka telah lakukan. Allah Maha Mengetahui apa apa yang orang orang zalim itu lakukan.

96. Sebenarnya, kamu mendapati mereka, manusia yang paling inginkan kehidupan dunia ini lebih daripada manusia yang menyekutukan Tuhan mereka. Ada diantara mereka menginginkan hidup selama seribu tahun. Namun begitu, mereka tidak akan dapat melepaskan diri diri mereka daripada azab, tidak kira walau berapa panjang umur mereka. Allah tetap melihat segala apa yang mereka lakukan.

Jibrail Sampaikan Wahyu (Allah).

97. Katakanlah, "Sesiapa yang menjadi musuh kepada Jibrail patutlah ketahui bahwa, dialah yang menurunkannya (Quran) kedalam hatimu dengan izin Allah, mengesahkan kitab sebelumnya, dan memberi petunjuk, dan juga berita berita gembira bagi orang orang yang percaya."

98. Sesiapa sahaja yang menentang Allah, para malaikatNya, para rasulNya, dan Jibrail, juga Mikail, mestilah mengetahui yang Allah akan menentang orang orang yang ingkar.

99. Kami telah turunkan kepada kamu revelasi revelasi dengan jelas, dan hanya orang orang zalim sahajalah yang mengingkarkannya.

100. Ini telah menjadi satu kenyataan, apabila mereka membuat perjanjian, ada diantara mereka yang memungkirkan perjanjiannya.? Sesungguhnya, kebanyakan diantara mereka yang mengingkarinya.

Mengabaikan Kitab Allah

101. Kini apabila rasul dari Allah datang kepada mereka walaupun dia membuktikan dan mengesahkan kitab mereka, sebahagian pengikut dari kitab (Yahudi, Nasrani dan Muslim ) membelakangkan kitab Allah seakan akan mereka tidak pernah mempunyai kitab langsung.

 

Kutukkan Bagi Ahli Magik.

102. Mereka megamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan berkenaan kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu magik, yang mana ilmu magik itu diturunkan kepada kedua malaikat dari Babel, Harut dan Marut. Mereka berdua itu tidaklah menyimpangkan ilmu pengetahuannya itu melainkan dengan membuktikan, yang ilmu magik itu adalah satu percubaan. Kamu jangan sekali kali menyalah gunakannya. Tetapi manusia mengunakannya dengan mengikut ajaran syaitan demi untuk mencerai beraikan suami isteri. Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun dengan tidak mendapatkan keizinan dari Allah. Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun. Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu magik, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik diHari Akhirat kelak. Amat sangat mendukacitakan bagi orang orang yang menjualkan roh roh mereka. Jikalau mereka mengetahui akan akibatnya.

103. Jika mereka percaya dan mengamalkan penghidupan yang lurus, ganjaran Allah lebih amat baik  lagi jika mereka mengetahuinya.


*2:101 Rasul Allah yang dijanjikan telah diramalkan didalam Old Testament (Malachi 3:1-3, New Testament (Luke 17:22-37), dan Quran (3:81).


 

Menyalah Gunakan Perkataan Rayuan .

104. Wahai orang orang yang percaya, janganlah katakan"Ra’ina"(jadilah pemgembala kambing kami). Sepatutnya kamu mesti katakan "Unzurna"(jagalah kami) dan dengarkan. Orang orang yang ingkar itu akan mendapat pembalasan yang amat dashat.

Cemburu Di-Kutuk.

105. Bukanlah orang orang yang ingkar diantara pengikut kitab, dan tidak juga yang menyekutukan (Allah) ingin melihat sebarang rahmat datang kepadamu dari Tuhan kamu. Bagaimanapun, Allah sahajalah yang mencucuri segala rahmatNya kepada sesiapa saja yang Dia pilih. Sesungguhnya, Allah memiliki kurniaan yang tidak terbatas .

Mukjizat Yang Muktamad:
Quran Mempunyai Kod Matematika.*


106. Apabila kami menarik balik sebarang mukjizat, atau hilangkan seterusnya, kami akan gantikan dengan mukjizat yang lebih baik, ataupun sama dengannya. Adakah kamu tidak yakin yang sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa?.

107. Tidakkah kamu mahu mengakui dengan sebenarnya yang Allah itu menguasai kesemuanya yang ada disekelian cekrawala dan dibumi dan segala sesuatu dengannya; yang kamu tidak ada sesiapa selain Allah sebagai Tuhan dan Tuan kamu? 108. Adakah kamu ingin menuntut kapada rasul kamu sebagaimana yang dituntutkan oleh kaum Musa pada zamannya?. Sesiapa yang mengingkarinya selain dari mempercayainya, maka mereka itulah benar benar tersesat dari jalan yang benar.

109. Ramai dari kalangan pengikut kitab ingin melihat kau berpaling dari tidak mempercayainya, tetapi engkau telah percaya. Ini membuatkan mereka merasa cemburu, apabila kebenaran telah menjadi nyata kapada mereka. Engkau mesti memaafkan mereka, dan tinggalkanlah mereka sendirian, sehingga Allah menghakimkan mereka.

110. Kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan berkewajiban memberikan derma (Zakat). Segala kebaikan yang kamu lakukan untuk rohmu, kamu akan mendapatkannya disisi Allah. Sesungguhnya, Allah melihat segala apa yang kamu lakukan. .

Semua Yang Percaya
Akan Mendapat Pengampunan, Apa
Juga Nama Agama Mereka.

111. Setengah dari mereka berkata, "Tiada siapa yang akan masuk keSyurga melainkan orang Yahudi dan Nasrani!" Semua itu adalah angan angan mereka belaka, Katakanlah, "Tunjukkan bukti kepada kami, sekiranya kamu yang benar."

Penyerahan Taraf Maksimah.
(Menyerah Diri Dengan Sepenuhnya Kepada Allah)
Agama Yang Sebenar.

112. Sebenarnya, sesiapa yang menyerahkan diri diri mereka semata mata kepada Allah yang Esa sementara menjalani kehidupan yang benar, mereka akan mendapatkan ganjaran yang besar dari Tuhan mereka; mereka tidak akan merasa takut, atau merasa sedih.*

 

113. Orang orang Yahudi berkata, "Orang orang Nasrani tidak berasas," sementara orang orang Nasrani berkata, "orang orang Yahudi yang tidak berasas." Padahal, mereka sama sama membaca kitab. Demikian itu adalah percakapan orang orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Allah akan meghakimi mereka diHari  Kebangkitan kelak, berkenaan apa yang telah mereka pertikaikan.


*2:104 Perkataan "Raa'ena" telah disalah gunakan oleh beberapa orang yang berbahasa Hebru, dan memutarbelitkannya supaya ianya berbunyi seperti perkataan yang tidak baik (lihat juga 4:46).

*2:106 Quran yang berangkakan mukjizat telah diabadikan & lebih besar lagi dari mukjizat mukjizat yang terdahulu (34:45, 74:35). Seperti Quran itu sendiri, ianya telah ditetapkan, disempurnakan, dan mengatasi kesemua mukjizat mukjizat yang terdahulu. *2:111-112 Lihat 2:62 dan 5:69


Kamu mesti Kerap Kemasjid.

114. Siapakah yang paling jahat dari orang yang memulaukan masjid Allah, dimana namaNya dimuliakan, ini hanya menambahkan kebencian dihati mereka? Tentunya tidak akan kamu dapati sesiapa yang boleh memasukinya selain dari mereka yang takwah. Mereka akan menerima penghinaan, dan akan menerima penyiksaan yang amat sangat diAkhirat kelak.

115. Kepunyaan Allah segala gala yang ada ditimur dan dibarat; dimanapun kamu pergi Allah sentiasa hadir bersamamu . Allah Maha Wujud lagi Dia yang Maha Mengetahui akan segala galanya.

Kekejian Yang Amat Besar.

116. Mereka berkata, " Allah mempunyai anak lelaki! " Maha Suci bagiNya; tidak! KepunyaanNya segala yang ada disekelian cekrawala dan dibumi; keseruluhannya memperhambakan diri kepadaNya.

117. Dia yang meinisiasikan kejadian sekelian cekrawala dan bumi; untuk menjadikan kesemuanya itu, Dia hanya berkata, "Jadi " dan itu sahaja.

118. Orang orang yang tidak berilmu berkata, "Kalaulah Allah boleh berkata kata kepada kita, ataupun beberapa mukjizat didatangkan kepada kita!" Orang orang sebelum mereka juga telah mengatakan perkataan yang serupa; minda mereka pun sama. Kami akan tunjukkan mukjizat kepada sesiapa yang mempunyai keyakinan.

119. Kami telah memilihmu * dengan membawakan kebenaran untuk meyampaikan berita berita baik, dan juga sebagai pemberi amaran. Kamu tidak bertanggungjawab terhadap orang orang yang akan dimasukkan keNeraka.

120. Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui  kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah.

121. Sesiapa yang menerima kitab, dan mengetahui apa yang sepatutnya diketahuinya, tetap percaya dengannya. Bagi orang orang yang ingkar, merekalah orang orang yang rugi.


122. Wahai kaum Yahudi ingatlah sokongan yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan Aku merahmati kamu lebih dari manusia lainnya.

123. Bersedialah pada hari yang mana tidak ada satu roh pun akan dapat menolong roh yang lainnya, dan tidak ada tebusan akan diterima, juga tidak ada jaminan yang berguna dan tidak ada siapapun akan dapat menolong.

Ibrahim.

124. Ingatlah apabila Ibrahim diberi percubaan dari Tuhannya,dengan beberapa perintah, dan dia memenuhinya. (Allah) berfirman, "Aku akan jadikan engkau imam untuk manusia."Dia berkata. "Dan juga keturunanku?."Dia berfirman, "PerjanjianKu tidak termasuk orang orang yang melampaui batas."

125. Kami telah memberikan tempat yang suci (Ka’aba) sebagai tumpuan tempat petunjuk bagi manusia, dan juga aman dan suci. Kamu bolehlah mengunakan makam Ibrahim sabagai tempat sembahyang. Kami telah perintahkan Ibrahim dan Ismail; "Kamu mesti sucikan rumahKu untuk sesiapa yang menziarahinya, sesiapa yang tinggal disana, dan juga bagi mereka yang ruku’ dan sujud."

126. Ibrahim berdoa: "Tuhan kami, jadikanlah tempat ini aman sentosa, dan bekalkanlah mereka dengan buah buahan. Dan berkatilah untuk mereka yang mempercayakan Allah dan Hari Perhitungan."(Allah) bersabda, "Aku juga akan bekalkan untuk orang orang yang ingkar. Aku akan biarkan mereka menikmatinya, untuk sementara waktu, dan akan Aku masukkan mereka yang ingkar itu kedalam Neraka, dan destini yang azab."


*2:119 Adalah kewajibanku untuk menunjukkan kebenaran rasul yang telah disahkan ialah "Rashad Khalifah," Rasul Allah yang dijanjikan. Dengan mencampurkan nilai gematrikal bagi "Rashad" (505), Dicampurkan nilai gematrikal bagi "Khalifah" (725), dicampurkan dengan ayat nombor (119), kita akan Mendapat jumlahnya 1349, dan dibahagikan dengan 19. Lihat 3:81 dan Appendik Dua.


Ibrahim Pembawa
Kesemua Rukun Islam,
Serahkan Diri Sepenuhnya Kepada Yang Esa.

127. Sementara Ibrahim membina asas pada tempat suci, bersama Ismail (mereka berdo’a) "Tuhan kami, terimalah ini dari kami. Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

128. " Tuhan kami , jadikanlah kami orang yang menyerahkan diri kami dengan sepenuh penyerahan kepadaMu, dan dari keturunan kami supaya ada kaum yang menyerahkan dengan sepenuh penuh penyerahan diri kepadaMu. Ajarkanlah kami cara adat agama kami, dan ampunilah kami, Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

129. "Tuhan kami, jadikanlah diantara mereka rasul untuk membacakan revelasi revelasiMu kepada mereka, ajarkanlah mereka kitab dan kebijaksanaan (hikmah), dan sucikanlah mereka. Engkaulah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

130. Tiada siapa yang dapat meninggalkan agama Ibrahim, melainkan mereka adalah orang orang yang merugikan roh roh mereka sendiri? Kami telah memilih dia didunia ini, dan diAkhirat juga dia akan bersama dengan orang orang yang salih.

131. Apabila Tuhannya berkata kepadanya, "Serahkanlah diri kamu,"dia menjawab,"Aku serahkan diriku kapada Tuhan Semesta Alam."

132. Tambahan pula, Ibrahim menasihatkan anak anaknya melakukan sama saperti dia, dan juga Ya’kub: "Wahai anak anakku, Allah telah jadikan agama untuk kamu; jangan sekali kali kamu mati melainkan menyerahkan diri diri kamu semua hanya kepada (Allah)."

133. Adakah kamu menyaksikan Ya’kub disa’at kematiannya; dia berkata kepada anak anaknya, "Apa yang kamu sembah setelah kematianku? " Mereka menjawab, "Kami akan menyembah Tuhan kamu; tuhan kepada keturunanmu bapa kamu Ibrahim, Ismail and Ishak; Tuhan yang Esa. KepadaNya sahajalah kami serahkan diri kami."

134. Itulah kaum yang sudah berlalu. Mereka bertanggung jawab atas ‘amalan mereka, dan kamu juga bertanggung jawab diatas apa yang kamu lakukan. Kamu tidak sekali kali bertanggung jawab apa yang telah mereka perlakukan.

Penyerahan Maksimah
Kepada yang Esa
Adalah Agama Ibrahim.*

135. Mereka berkata, "Kamu mesti menjadi Yahudi atau Nasrani, untuk membolehkan kamu mendapat petunjuk." Katakan, "Kami mengikuti agama Ibrahim - monoteis - (menyerahkan diri kepada Tuhan yang Esa sahaja) – dia tidak sekali kali menyekutukan Tuhannya."

Tidak Ada Perbezaan Diantara
Para Rasul Allah.

136. Katakan, "Kami percaya kepada Tuhan, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ya’kub, dan keturunan yang mempunyai hak keistimewaan dalam menjalankan urusan Tuhan; dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan Isa, dan semua nabi nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza bezakan diantara mereka. KepadaNya sahajalah kami serahkan diri diri kami dengan sepenuhnya."

137. Jika mereka percaya apa yang kamu percayai, barulah mereka dapat panduan.Tetapi jika mereka berpaling dari kebenaran, maka mereka adalah dari golongan pembangkang. Allah akan memelihara kamu dari orang orang yang ingkar; Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui akan segala galanya.

138. Itulah peraturan (sunnah) Allah, dan peraturan siapakah yang paling baik selain dari Allah? " KepadaNya saja kami sembah."


*2:135 Quran berulang kali mengingatkan kita yang Penyerahan diri kepada Allah semata mata adalah agama Ibrahim (3:95, 4:125, 6:161, 22:78). Ibrahim menerima "kitab" yang diamalkan, menamakan semuanya amalan yang dipraktikkan dengan Penyerahan sepenuhnya melalui Mengerjakan Sembahyang (Salat), memberi derma yang diwajibkan (Zakat), puasa pada bulan Ramadhan, dan Ibadah Haji]. Muhammad telah mengikuti agama Ibrahim, sebagaimana yang kita lihat didalam 16:123; dia yang membawa Quran ini. Rasul yang ketiga bagi Penyerahan sepenuhnya kepada Allah telah membawa Agama yang membuktikan ketulenannya (lihat 3:81 dan Appendik 1, 2, 24, &26).


139. Katakan, "adakah kamu mahu bertengkar dengan kami berkenaan Allah, sedangkan Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu? kami bertanggung jawab atas perbuatan kami, dan kamu juga akan bertanggung jawab diatas perbuatan kamu. KepadaNya sahajalah kami mengabdikan diri diri kami.

140. Adakah kamu menyangkakan yang Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’kub dan semua keturunan yang mempunyai hak keistemewaan dalam menjalani urusan Tuhan mereka itu, datang dari kaum Yahudi atau Nasrani?.  Katakan, "Adakah kamu yang mengetahui lebih dari Allah? Siapakah yang paling zalim dari kalangan orang orang yang menyembunyikan bukti yang telah mereka pelajari dari Allah? Allah tidak pernah lalai dari apa apa yang kamu lakukan."

141. Itulah kaum dizaman yang lalu. Mereka bertanggungjawab atas segala pendapatan mereka, dan kamu akan bertanggung jawab dari pendapatan kamu. Kamu tidak akan sekali kali bertanggung jawab terhadap apa yang mereka lakukan. .

Penghapusan Yang Berkaitan Dengan
Ketaksuban Dan Peranggapan.

142. Orang orang jahil diantara mereka berkata, "Kenapa pula mereka menukarkan arah Kiblah mereka?"* Katakan."Kepunyaan Allah segala yang ada ditimur dan dibarat; Dialah yang membimbing sesiapa sahaja dengan kehendakNya kejalan yang lurus."

143. Lantaran itu kami jadikan kaum yang berpengetahuan dan bertanggung jawab supaya mereka dapat berhidmat dan dapat berdiri sabagai saksi dikalangan manusia, dan rasul akan menjadi saksi dikalangan kamu. Kami tukarkan kedudukan Kiblah dari asalnya hanya untuk membezakan siapa diantara kamu yang bersedia mengikut rasul dari kalangan orang orang yang berpaling dari seruannya. Itu adalah satu percubaan yang amat sukar, tapi tidaklah berat bagi orang orang yang mendapat petunjuk dari Allah. Allah tidak akan mensia siakan ibadatmu. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani kepada hamba hambaNya lagi Maha Penyayang.

Kiblah Di-Kembalikan Ke-Mekkah.

144. Kami telah melihat wajahmu yang mendungak kelangit (mencari arah yang betul ). Sekarang kami telah serahkan Kiblah yang dapat menggembirakanmu. Dari itu , kamu akan sentiasa menujukan pandanganmu keMasjid Suci. Dimana sahaja kamu berada, kesemuanya diantara kamu mesti menghadapkan wajahmu kesitu. Orang orang terdahulu yang menerima kitab tahu yang ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Allah tidak pernah lalai dari apa apa yang kamu semua lakukan.

145. Walaupun kamu menunjukkan kepada ahli kitab bermacam cara kebesaran Tuhan, mereka tidak akan mahu mengikuti Kiblah kamu. Jangan kamu mengikuti Kiblah mereka. Mereka sendiri tidak mengikuti Kiblah masing masing. Jikalau kamu bersetuju dengan kehendak mereka sesudah ilmu yang telah kamu terima, maka kamu adalah dari golongan orang orang yang ingkar.

Menyalah Gunakan Kitab Allah,
Memilih Dan Menyembunyikan Kebenaran
Revelasi RevelasiNya.

146. Sesiapa yang menerima kitab dari Tuhannya mengetahui akan kebenarannya, sama seperti mereka mengenali anak anak mereka sendiri. Masih juga, ada diantara mereka yang menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahuinya.

147. Ini adalah satu kebenaran dari Tuhan kamu; janganlah kamu meragukannya. 

148. Masing masing dari kamu memilih arahan yang ditunjukkan; kamu mestilah berlumba lumba untuk melakukan amalan yang baik. Baik dimana saja kamu berada, Allah akan menghimpunkan kamu semua kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.


*2:142-145 "Qiblah" adalah arahan semasa Mengerjakan Sembahyang (Salat). Apabila Jibrail sampai kan perintah kepada Muhammad untuk mengarah keJerusalem bukannya Mekkah, orang orang hypokrit telah didedahkan. Orang orang Arah menentang dengan kuatnya untuk mengekalkan Ka'aba sebagai "Qiblah" mereka. Hanyalah orang orang yang benar sajalah dapat mengatasi perselisihan ini; mereka dengan relanya menta'ati rasul.


Kiblah Dikembalikan KeMekkah.

149. Kemana kamu pergi, kamu mestilah palingkan mukamu (masa sembahyang) menghadap Masjid Suci (Masjidil Haram)* Ini adalah satu kebenaran dari Tuhan kamu. Allah tidak pernah leka dari apa apa yang kamu semua lakukan.

150. Dimana sahaja kamu berada, kamu mestilah memalingkan wajahmu (masa sembahyang) keMasjid Suci; dimana sahaja kamu berada, kamu mesti palingkan wajahmu (masa sembahyang) kearahan itu. Dengan demikian, manusia tidak akan dapat bertengkar untuk menentangmu, melainkan orang orang yang ingkar diantara mereka. Jangan kamu takut kepada mereka bahkan takutilah Aku. Dan Aku akan lengkapkan rahmatKu kepada kamu, supaya kamu mendapat petunjuk.

151. (Rahmat) yang mana dihantarkan rasul dari kalangan kamu untuk membacakan revelasi revelasi kami kepadamu, menyucikan kamu, mengajarkan kamu berkenaan kitab dan kebijaksanaan (hikmah), dan mengajarkan kamu apa yang belum pernah kamu ketahui.

152. Kamu mestilah mengingati Aku supaya dapat Aku mengingatimu, dan berterima kasihlah kepadaKu; janganlah kamu menjadi orang yang tidak tahu bersyukur.

153. Wahai orang orang yang percaya, mintalah pertolongan dengan penuh kesabaran dengan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Allah sentiasa bersama sama dengan orang orang yang sabar dan ta’at.

Kemanakah Kita Selepas Di-Sini?

154. Janganlah kamu mengatakan kepada orang orang yang terbunuh kerana Allah, "Mereka telah mati."Mereka itu hidup disisi Tuhan mereka, tetapi kamu saja yang tidak mengerti.*

155. Kami pasti akan mencubakan kamu dengan rasa ketakutan, kelaparan, dan kehilangan wang, nyawa, dan tanam tanaman. Berikanlah berita baik kepada orang orang yang sabar.*

156. Apabila kesukaran menimpa mereka, mereka berkata, "Kami kepunyaan Allah , kepadaNya sahajalah kami akan dikembalikan."

157. Mereka itulah yang akan mendapat rahmat dan belas kasih dari Tuhan mereka. Inilah orang orang yang mendapat bimbingan.

Melakukan Ibadah Haji.

158. Diatara penghujung Shafa dengan Marwah,itu adalah sebahagian dari syiar Allah. Sesiapa yang melakukan ibadah Haji atau Umrah tidak membuat kesalahan dengan menyeberangi jarak diantara keduanya. Jika siapa melakukan tambahan kebajikan dengan suka rela, sesungguhnya Allah sangat Pembalas Budi lagi Maha Mengetahui.

Kesalahan Yang Besar.

159. Sesiapa yang menyembunyikan revelasi revelasi dan petunjuk dari kitab kami, yang sepatutnya diisytiharkan kepada manusia, maka mereka itu akan mendapat kemurkaan dari Allah; mereka juga akan dimurkai oleh semua manusia yang menyalahkannya.

160. Tapi apabila ada orang orang yang bertaubat, membaiki diri, dan mengumumkannya, akan Aku mengampuni mereka. Sesungguhnyalah Aku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 161. Sesiapa yang tidak percaya dan mati dalam keadaan keingkaran, pasti akan mendapat kemurkaan dari Allah, dari para malaikatNya, dan manusia kesemuanya. (Dihari Pengadilan).


*2:149 Telah dinyatakan bahwa bukti menyekutukan Allah telah diamalkan oleh "Muslim" hari ini dengan terbinanya kubur Muhammad sebagai "Masjid Suci." Sedangkan Quran hanya menyatakan satu "Masjid Suci" saja.

*2:154 Orang orang yang benar sebenarnya tidak mati; mereka hanyalah meninggalkan tubuh tubuh mereka disini dan pulang keSyurga yang mana Adam dan Hawa pernah tinggal. Lihat Appendik 17 untuk bukti dan penjelasannya.

*2:155 Pencubaan ini telah dibentukkan untuk membuktikan walau dengan apa cara sekalipun kita mestilah sembah Allah Sahaja (29:2).


162. Mereka akan kekal didalamnya siksaan yang mereka terima tidak akan ditukarkan, ataupun ditangguhkan untuk mereka.

163. Tuhan kamu itu adalah yang satu; tidak ada tuhan selain dia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tanda Tanda Allah Yang Mengkagumkan.

164. Didalam ciptaan sekelian cekrewala dan bumi, dan penukaran malam dan siang, kapal kapal yang belayar dilautan, yang dapat memberikan kemanfaatan kepada manusia, air yang Allah turunkan dari langit bagi menyuburkan tanah dan untuk menghidupkan berbagai jenis penghidupan. Sepoian angin,dan awan yang berada diantara langit dan bumi, semuanya ini adalah petanda yang cukup bagi orang orang yang memahaminya.

Sekutunya Berpaling
Dari Yang Di-Sekutukannya.*

165. Namun begitu ada juga manusia yang mengadakan sanjungan mereka untuk disebandingkan dengan Allah; dan menyayanginya seolah olah mereka adalah Allah. Tetapi orang orang yang percaya mencintai Allah dengan sepenuhnya. Kalaulah orang orang yang ingkar itu dapat melihat sendiri siksaan Tuhan diatas mereka! sudah tentu mereka akan sedar yang segala kekuasaan adalah kepunyaan Allah sahaja, dan sesungguhnya hukuman Allah itu amatlah sangat dahsyatnya.

166. Pengikut yang mengikuti mereka akan berpaling dari yang mengikuti mereka.* Mereka akan menyaksikan siksaaan, dan segala hubungan diantara mereka akan terputus.  

167. Pengikut mereka akan berkata, " Kalaulah kami mendapatkan peluang sekali lagi, kami akan menjauhkan diri diri kami dari mereka, sepertimana yang mereka telah melupakan kami sekarang." Lantas Allah akan tunjukkan kepada mereka akibat perbuatan mereka yang tidak memanfaatkan mereka melainkan penyesalan; mereka tidak akan dapat keluar dari azab Neraka.

Syaitan Mengharamkan
Barang Yang Baik.

168. Wahai manusia, makanlah dengan makanan yang baik dan halal dari bumi, dan janganlah kamu mengikuti jejak syaitan; sedangkan dia adalah musuh kamu yang paling nyata.

169. Dia hanyalah memerintahkan kamu melakukan kejahatan dan maksiat, dan mengatakan berkenaan Allah apa apa yang tidak kamu ketahui.

Mengekalkan Status:
Tabi’at Manusia.

170. Apabila mereka diundang, " Ikutlah apa yang Allah telah bentangkan didalamnya," mereka menjawab "Kami mengikuti apa yang kami dapatinya dari amalan ibu bapa ibu bapa kami,"Bagaimanakah jika orang orang tua mereka itu tidak memahaminya, dan tidak juga mendapat petunjuk.?

171. Keadaan bagi orang orang yang ingkar itu adalah seperti burung kakak tua yang meniru sambil mengulangi apabila ianya mendengar bunyi suara dan panggilan yang tidak difahaminya. Pekak, bisu, dan buta; mereka tidak akan dapat mengerti.

Hanya Empat
Daging yang Diharamkan.*

172. Wahai orang orang yang percaya, makanlah makanan yang baik baik yang kami sediakan untuk kamu, dan berterima kasihlah kepada Allah, kalau memang sebenarnya kamu hanya sembah Dia sahaja.

173. Dia hanya mengharamkan untuk kamu dari memakan binatang yang mati dengan sendirinya, (dengan tidak ada campur tangan dari manusia) darah, daging babi,dan binatang untuk dipersembahkan selain dari Allah. Tetapi apabila seseorang itu dipaksa (untuk memakannya), dengan tidak ada kedengkian atau dengan tidak sengaja, maka itu tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


*2:165-166 Isa, Maryam, Muhammad, Ali dan semua wali wali akan menolak penykutuan manusia terhadap mereka pada Hari Kebangkitan kelak. Lihat juga 16:86, 35:14 46:6, dan Gospel of Matthew 7:21-23.

*2:172-173 keseluruhan Quran, hanya empat macam daging yang telah dilarang memakannya (6:145, 16:115, Appendik 16). Larangan yang melebihi dari empat ini adalah amalan yang mengadakan hukum hukum selain hukum Allah, merupakan penyekutuan terhadap Allah (6:121, 148, 150; 7:32).


Ketua Agama Yang Korup
Menyembunyikan Mukjizat Quran.*

174. Sesiapa yang menyembunyikan revelasi revelasi Allah yang ada didalam kitabNya, hanyalah saperti menukarkannya dengan barangan yang murah, makanlah tetapi api didalam perut mereka. Allah tidak akan mahu berkata kata dengan mereka diHari Perbangkitan kelak, dan tidak juga untuk menyucikan mereka. Mereka akan mendapatkan siksaan yang amat dahsyat.

175. Merekalah yang memilih kesesatan dari kebenaran, dan siksaan dari pengampunan. Akibatnya mereka akan tinggal diNeraka untuk selama lamanya.

176. Ini adalah kerana Allah telah terangkan didalam kitab ini, dengan penuh kebenaran, dan sesiapa yang berselisih faham berkenaan kitab ini, adalah penentang yang kuat.

Membuat
Kebajikan Boleh Didifinisikan

177. Pekerjaan yang baik itu bukanlah hanya memalingkan setiap wajah ketimur atau kebarat. Kebajikan ialah orang yang percayakan Allah, Hari Akhirat, para malaikatNya, kitab kitabNya dan juga para nabiNya; mereka memberi wang kepada keluarga dengan penuh keikhlasan, kepada anak anak yatim piatu, orang yang memerlukan pertolongan, orang orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta sedekah, yang membebaskan hamba sahya; orang orang yang Mengerjakan Sembahyang (salat) dan yang memberi derma yang diwajibkan (Zakat); mematuhi janji apabila membuat perjanjian; dan juga mereka penuh kesabaran dan tabah hati apabila menghadapi bencana, dan yang menderita didalam peperangan. Inilah orang orang yang benar; mereka itulah dari golongan orang orang yang mendapat kemenangan.

Hukuman Mati Tidak Digalakkan.*

178. Wahai orang orang yang percaya, keseksamaan peraturan undang undang bagi kamu ialah apabila kamu mengadilkan pembunuhan – orang merdeka digantikan dengan merdeka, hamba digantikan dengan hamba, perempuan digantikan dengan perempuan. Jika seorang dapat diampunkan oleh keluarga simati, jasa baik mereka mestilah dihargai, dan pampasan yang sewajarnya mesti dibayar. Ini adalah satu keringan dari Tuhan kamu dan dengan belas kasihNya. Sesiapa yang melampaui batas akan mendapat siksaan yang pedih.

179. Perundangan yang baik ialah dengan berlaku adil sepanjang kehidupan kamu, wahai kamu yang mempunyai kecerdasan, supaya kamu menjadi orang orang yang benar.

Tuliskan Wasiat .

180. Ini telah didekrikan apabila kematian menghampiri kamu, kamu mestilah menuliskan wasiat demi untuk kebaikan ibu bapa ibu bapa dan keluarga dengan seksamanya. Ini adalah tanggungjawab bagi orang orang yang benar.

181. Apabila seseorang menukarkan wasiat yang dia telah mendengarkannya daripada mula, dia akan menanggung dosa kerana menukarkannya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

182. Jika kamu melihat ketidak adilan ataupun berat sebelah dipihak pewasiat, dan pulihkan keadaan dengan berlaku adil berkenaan wasiatnya, maka dengan demikian itu dia tidaklah membuat dosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


*2:174-176 Walaupun mereka mengakui mukjizat Allah pada kod matematika yang didalam Quran, ketua ketua agama yang korup cuba dengan jayanya menyembunyikan mukjizat yang mengkagumkan ini. Kebanyakan dari mereka merasakan mengapa Rashad Khalifah, bukannya mereka, yang telah dirahmati dengan mukjizat ini.

82:178 Quran sebenarnya tidak menggalakkan hukuman mati. Bermacam macam cara boleh dicadangkan untuk menyelamatkan nyawa, termasuk nyawa sipembunuh. Saudara bagi simati bolehlah mengaturkan cara yang lebih baik dalam keadaan ini, untuk menyelamatkan nyawa sipembunuh supaya dapat ditukar gantikan dengan bayaran yang saksama. Begitu juga hukuman mati tidak sepatutnya dikenakan umpamanya seorang wanita membunuh seorang lelaki ataupun sebaliknya.


Puasa Menitiberatkan Dan
Juga Diubah Suaikan.*

183. Wahai orang orang yang percaya, diperintahkan untuk kamu berpuasa, sebagaimana yang telah diperintahkan kepada orang orang sebelum kamu, supaya kamu mendapat keselamatan.

184. Hari hari yang ditentukan (untuk berpuasa); apabila seorang itu sakit atau dalam perjalanan, mereka mesti menggantikan puasa mereka pada hari yang lainnya. Sesiapa yang boleh berpuasa tetapi dengan penuh kesukaran, maka diwajibkan dengan memberikan makanan kepada seorang miskin setiap hari yang mereka tidak dapat berpuasa. Jika seseorang itu dengan suka relanya melakukan kebajikan, maka itu lebih baik, tetapi puasa adalah perbuatan yang paling baik untuk kamu, jika kamu mengetahuinya.

185. Ramadan adalah bulan yang mana Quran diturunkan, yang mengandungi petunjuk untuk manusia, memberi pengajaran dengan jelas. Sesiapa yang menyaksikan bulan ini mestilah berpuasa. Jika ada diantara mereka yang sakit atau dalam perjalanan (musafir) bolehlah digantikannya dengan hari lainnya pada beberapa hari yang mereka tinggalkan. Allah menginginkan supaya memberi kemudahan kepada kamu, bukannya kepayahan, supaya mudah untuk kamu menjalankan kewajiban kamu, dan supaya kamu memuji Allah untuk meminta petunjuk dariNya dan supaya dapat kamu menunjukkan kesyukuran kamu.

Allah Menerima Do’a
Hamba HambaNya.

186. Apabila hamba hambaKu menanyakan berkenaanKu, Aku sentiasa mendekati mereka. Aku mengkabulkan do’a mereka, apabila mereka berdo’a kepadaKu. Manusia mestilah berurusan denganKu dan percaya kepadaKu, supaya kamu semua mendapat petunjuk.

187. Dizinkan untuk kamu bersetubuh dengan isteri isteri kamu pada malam hari dibulan puasa. Mereka adalah penyimpan rahsia bagi kamu dan kamu juga penyimpan rahsia untuk mereka. Allah mengetahui yang kamu pernah mengkhianati roh roh kamu, maka Dia telah mengampun -kan kamu dan telah juga memaafkan kamu. Dengan demikian bolehlah kamu bersetubuh dengan mereka, lakukanlah apa yang Allah meredhakannya untuk kamu. Makan dan minumlah apabila  kamu melihat benang putih yang bercahaya menjadikan perbezaan dari benang hitam (gelap) waktu masuknya malam hingga kesubuh. Lantas, kamu mesti berpuasa sampai matahari terbenam. Persetubuhan diharamkan jika sekiranya kamu bercadang untuk berada (iktikaf) dimasjid (sepuluh hari penghujung Ramadan) Ini adalah hukum Allah; kamu jangan sekali kali mengingkarinya. Allah telah jelaskan revelasi revelasiNya kepada manusia, supaya mereka mendapat keselamatan.

Sogokan Dan Korupsi Dikeji.

188. Jangan kamu mengambil wang diantara kamu dengan jalan yang keji, jangan sekali kali kamu memberi rasuah kepada orang yang berkuasa untuk mengelakkan orang lain dari mendapatkan hak hak mereka, sedangkan kamu mengetahuinya.

Jangan Memasuki
Rumah Dari Pintu Belakang.

 

189. Mereka menanyakan kepada kamu berkenaan perjalanan bulan! Katakan, "Ia memberikan perjalanan masa untuk manusia, dan memberi waktu yang tepat untuk mengerjakan Ibadah Haji."Tidaklah mendapat kebaikan jika kamu memasuki rumah dari belakang (kekata bidalan).* Kebaikan itu apabila kamu memegang kuat dengan perintahNya dan bersifat berani untuk berterus terang. Kamu mestilah takut kepada Allah, supaya kamu mendapat kejayaan.


*2:183-187 Sebagaimana semua ibadah dalam Penyerahan diri kepada Allah, puasa telah didekrikan melalui Ibrahim (22:78, Appendik 9& 15). Keutamaan bagi revelasi didalam Quran, melakukan perhubungan sek telah dilarang dalam bulan puasa. Undang undang ini telah diubah suaikan didalam 2:187 untuk mgizinkan sek dalam malam malam bulan puasa (Ramadhan).

*2:189 Mengikut perumpaan Quran dinyatakan: "Janganlah masuk rumah melalui pintu pintu belakang." Soalan untuk perjalanan bulan adalah contohnya disamakan seperti perumpaan diatas; ini adalah suatu dorongan yang terselindung disebalik soalan ini.


Undang Undang Dalam Peperangan.*

190. Kamu bolehlah berperang dijalan Allah, kepada siapa yang memerangimu, tapi janganlah melampaui batas. Allah tidak mencintai orang orang yang melampaui batas.

191. Kamu bolehlah membunuh orang orang yang merancangkan peperangan untuk melawanmu, lantas kamu boleh menghalau mereka sebagaimana mereka menghalau kamu. Penindasan lebih jahat dari pembunuhan. Jangan kamu melawan mereka diMasjid Suci, melainkan mereka menyerangmu dahulu disana. Jika mereka menyerangmu, maka barulah kamu boleh membunuh mereka. Ini adalah hukuman yang adil bagi orang orang yang ingkar.

192. Jika mereka mengundurkan diri, Maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

193. Kamu bolehlah juga berperang untuk menghapuskan penindasan, dan juga untuk menyembah Allah dengan aman. Jika mereka mengalah, kamu tidak boleh menggunakan kekerasan;  kekerasan hanya boleh digunakan kepada sesiapa yang menyerang dahulu.

194. Dalam bulan bulan Suci, jika terdapat keganasan berlaku, maka aturkan pembalasan yang sama jika mereka menyerangmu, kamu boleh menyerang kembali dengan tidak melakukan keganasan yang berlebih lebihan. Kamu mestilah mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah ada bersama sama dengan orang orang yang benar.

195.Kamu mestilah berbelanja dijalan Allah; janganlah membiarkan diri diri kamu terjerumus didalam kerosakan. Kamu mesti cinta untuk menderma; sesungguhnya Allah amat mencintai penderma.

Ibadah Haji Dan Umrah.

196. Tunaikan rukun Ibadah Haji dan ‘Umrah kerana Allah dengan sempurna. Jika kamu terhalang, kamu mesti membayar denda (fidyah) dan jangan kamu mengguntingkan rambut hinggakan sembelihan sampai ditempat destinasinya. Jika kamu sakit atau terluka dikepala, kamu mestilah menggantikannya dengan berpuasa, atau menderma, atau dengan cara yang lebih baik dalam beribadah. Dalam keadaan Haji biasa, jika kamu berhenti seketika didalam keadaan Ihraam diantara ‘Umrah dan Haji, kamu mesti menggantikan binatang untuk dikurbankan. Jika kamu tidak mampu maka kamu mestilah berpuasa tiga hari dimasa Haji dan tujuh hari apabila kamu pulang ketempatmu kelak – ini akan mencukupi sepuluh hari kamu berpuasa. Itupun kalau kamu tidak tinggal berdekatan dengan Masjid Suci. Kamu mestilah mengingati Allah, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Amat Keras dalam menjalankan hukuman.

Empat Bulan Untuk
Melakukan Haji (Zul-Hijjah,
Muharram, Safar, dan Rabi1-Awal).

197. Ibadah Haji mestilah ditunaikan pada bulan bulan yang telah ditetapkan.* Sesiapa yang telah bersedia untuk menunaikan Ibadah Haji mestilah menjauhkan diri dari mengadakan persetubuhan, buruk akhlak, suka bertengkar sepanjang menjalankan Ibadah Haji. Apa sahaja kebajikan yang kamu lakukan, Allah amat sangat mengetahuiNya. Dimasa kamu menyediakan bekalan untuk perjalanan kamu, adapun sebaik baik bekalan adalah ketakwahan. Kamu mestilah takuti Aku, wahai orang orang yang mempunyai kecerdasan.


*2:190 Semua cara peperangan telah diaturkan mengikut undang undang dalam 60:8-9. Peperangan telah diizinkan demi untuk pertahankan diri, sementara keganasan dan penindasan paling dikutuk didalam Quran.

*2:196 Lihat penjelasan Ibadat Haji dan 'Umrah dalam Appendik 15.

*2:197 Hajj boleh dilakukan disebarang masa pada Bulan Bulan Suci: Zul-Hijjah, Muharram, Safar, dan Rabil Awal. Kerajaan yang tertentu menghadkan Hajj kepada beberapa hari untuk memberikan keringanan kepada diri mereka sendiri. Lihat 9:37.



198. Kamu tidaklah melakukan kesalahan untuk mencari rezeki dari Tuhan kamu (melalui perniagaan). Apabila kamu telah bertolak dari ‘Arafaat, kamu mestilah mengingati Allah dekat Tempat Suci (Muzadalifah). Kamu mestilah mengingatiNya kerana telah membimbing kamu; sesungguhnya sebelum ini kamu adalah dikalangan orang orang yang sesat.

199. Kamu mestilah berkumpulan bersama sama dengan orang orang yang berkumpul,dan mintalah pengampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  

200. Setelah sempurna beribadah Haji, mestilah kamu berterusan mengingati Allah sebagaimana kamu mengingati ibu bapa ibu bapa kamu, bahkan lebih baik dari itu. Setengah dari mereka akan berkata,"Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan didunia ini," sementara tidak ada bahagian bagi mereka diAkhirat.

201. Yang lainnya akan berkata, "Tuhan kami, berilah kebaikan didunia ini,dan kebaikan diAkhirat, dan lindungilah kami dari ‘azab api Neraka.

202. Tiap tiap diantara mereka akan mendapat bahagian dari amalan mereka. Sesungguhnya Allah amat cekap apabila membuat perhitungan.

Mena: Rukun Akhir Untuk Haji.

203. Kamu mesti mengingati Allah beberapa hari (di Mina); barangsiapa melakukan hanya dua hari, tidaklah berdosa, dan sesiapa yang ingin tinggal lebih lama pun tidak melakukan dosa, dan berkekalanlah dengan melakukan kebaikan. Kamu mestilah mengingati Allah, dan ketahuilah yang Dia akan kumpulkan kamu sekelian.

Perawakan
Mungkin Boleh Tertipu.

204. Ada diantara manusia, yang dapat memberi keyakinan dalam perkataan mereka berkenaan kehidupan didunia ini, bahkan mereka sanggup memanggil nama Allah sebagai saksi supaya menghakimi apa yang ada didalam minda mereka, sedangkan mereka itu adalah pembangkang yang paling nyata.

205. Apabila sahaja mereka meninggalkan kamu, mereka menjelajah dimuka bumi ini dengan melakukan kejahatan, membinasakan harta benda dan juga nyawa, Allah tidak mencintai orang orang yang zalim.

206. Apabila dikatakan, "Ingatlah kepada Allah," dia berlagak sombong dan berpaling. Akibatnya, detininya adalah Neraka; betapa siksanya tempat penginapan mereka.

207. Tapi ada dikalangan mereka yang ta’at dalam mengabdikan diri diri mereka kepada Allah; Allah amat kasih kepada hambanya yang berbuat demikian.

208. Wahai orang orang yang percaya, kamu mesti menyerahkan diri kamu (kepada Allah) dengan sepenuh penyerahan; janganlah mengikuti jejak syaitan, kerana mereka itu adalah musuh kamu yang nyata.

209. Jika kamu berpaling setelah bukti yang nyata telah sampai kepada kamu, maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

210. Adakah mereka menunggu sampai Allah Sendiri datang kepada mereka dengan diiringi awan, beserta malaikatNya? Apabila semua ini terjadi maka segala urusan akan berakhir, dan kepada Allah segala galanya akan dikembalikan.*

Mukjizat Memberikan
Tanggungjawab Yang Besar.*

211.Tanyalah kepada bani Israil berapa banyak mukjizat yang penuh dengan pengetahuan telah kami tunjukkan kepada mereka! sesiapa yang berpaling dari rahmat yang Allah telah kurniakan kepada mereka, ketahuilah bahwasanya Allah Amat Tegas apabila memberi hukuman.


*2:210 Dunia ini hanyalah cubaan; adalah kali yang akhir bagi kita untuk membetulkan diri kita masing masing supaya dapat kembali kepada Allah dengan mengingkarkan penyekutuan disamping Allah (lihat Pendahuluan). Jika Allah dan para malaikatNya hadir, semua manusia akan percaya tetapi pencubaan itu akan tidak berguna lagi.

*2:211 Mukjizat matematika didalam Quran adalah rahmat yang paling besar dan yang membawa tanggungjawab yang amat besar (silakan lihat 5:115).


 

Minda Yang Singkat.

212. Kehidupan didunia ini adalah satu kenikmatan bagi orang orang yang ingkar, dan mereka mengejek ejek orang orang yang percaya. Walau bagaimanapun orang orang yang percaya akan mendapatkan kemulian lebih jauh keatas dari mereka diHari Akhirat kelak. Allah merahmati sesiapa yang Dia ingini dengan tidak ada batasan.

Sifat Cemburu Membinasakan.

213. Manusia itu adalah satu penghimpunan yang mana Allah mendatangkan para nabi sebagai pembawa berita berita baik, dan juga pemberi amaran. Dia turunkan kitab bersama mereka, untuk membimbing kepada kebenaran, dan untuk mengadili manusia atas pertikaian mereka. Malangnya, orang orang yang menerima kitablah yang berselisih faham dengan kitab yang baru, walaupun bukti yang nyata telah diberikan kepada mereka. Ini oleh kerana cemburu dipihak mereka. Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa yang percayakan kebenaranNya yang mana telah dipertikaikan oleh mereka, dengan kehendakNya, Allah membimbing sesiapa jua kejalan yang lurus.*

214. Adakah kamu sangka yang kamu akan masuk kesyurga tanpa dicuba sebagaimana telah dicubakan kepada orang orang yang sebelum kamu? Mereka telah dicuba dengan kesusahan beserta bermacam penderitaan yang penuh dengan kepayahan, sehingga rasul dan orang orang yang bersamanya berkata, " Dimanakah kemenangan Allah? " Kejayaan Allah sudah dekat.

Penerima Derma (Zakat).

215. Mereka bertanya kepada kamu berkenaan memberi: "Derma mestilah diberikan kepada ibu bapa ibu bapa, keluarga, anak anak yatim, orang orang miskin, orang orang yang dalam perjalanan (musafir)." Apa sahaja kebajikan yang kamu lakukan, Allah Amat Mengetahuinya.

Orang Orang Yang Percaya:
Menerima Penghormatan Yang Tinggi.

216. Peperangan akan diperintahkan untukmu, walaupun kamu tidak menyukainya.Tetapi mungkin kamu tidak menyukai sesuatu yang baik untuk kamu, dan mungkin kamu sukakan sesuatu yang tidak baik untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Penindasan Dikutuk.

217. Mereka menanyakanmu berkenaan bulan bulan suci dan juga berperang didalam bulan tersebut: katakan, " Peperangan pada bulan bulan itu adalah berdosa, bagaimanapun, menghalang dari jalan Allah dan tidak percaya kepadaNya dan mengganggu kesucian Masjid Suci, mengusir  orang didalamnya, lebih besar lagi dosanya disisi Allah. Penindasan itu lebih lagi jahat dari pembunuhan." Mereka sentiasa akan memerangimu supaya kamu menukarkan agamamu, itulah yang mereka sentiasa berusaha. Sesiapa diantara kamu yang menukarkan agama kamu, dan mati dalam tidak mempercayainya, maka segala amalan mereka akan batal sama sekali, baik didunia ini mahupun diAkhirat kelak. Mereka adalah penghuni Neraka dan akan tinggal berkekalan didalamnya untuk selama lamanya.

218. Sesiapa yang percaya, berhijrah dan berjuang dijalan Allah, sudah pasti mendapat belas kasih dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


*2:213 Semua penyembah yang menyembah Allah Sahaja, apa pun agama mereka, benar benar bersatu.


Segala Yang Memabukkan
Dan Perjudian Diharamkan.*

219. Mereka bertanyakan kepada kamu berkenaan benda benda yang memabukkan dan juga perjudian: katakanlah, "Dengannya kedapatan dosa yang besar, dan hanya sedikit kebaikan untuk manusia. Tetapi dosanya lebih besar lagi daripada kemanfaatannya.." Mereka juga menanyamu apa yang patut diberi sebagai derma: katakan, "Kelebihan."Allah telah menjelaskan revelasi revelasi untuk kamu, supaya dapat kamu merenungkan,

220. berkenaan kehidupan didunia dan juga diAkhirat. Dan mereka juga bertanya kepadamu berkenaan anak anak yatim: katakan, "Membesarkan mereka sebagai orang orang yang baik itulah yang paling mulia dapat kamu lakukan. Jika kamu campurkan harta kamu dengan harta mereka, maka kamu mestilah melayani mereka seperti ahli keluargamu." Allah tahu siapa yang benar dan juga yang zalim. Jika Allah menghendaki, Dia boleh kenakan undang undang yang lebih ketat terhadapmu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Jangan Kahwini Orang Orang Yang
Menyekutukan Tuhan.

221. Janganlah kamu berkahwin dengan orang orang yang menyekutukan (Allah) melainkan jika mereka percaya; wanita yang percaya lebih baik dari wanita yang menyekutukan walau sekalipun kamu menyukainya. Dan jangan sekali kali kamu membenarkan anak anak perempuan kamu berkahwin dengan lelaki yang menyekutukan (Allah) melainkan dia percaya. Lelaki yang percaya lebih baik dari yang menyekutukan Tuhan. Walaupun kamu amat menyukainya. Ini akan membawa kamu keNeraka, sedangkan Allah menjemput kamu kesyurga dan pengampunan bagimu, dengan kehendakNya. Dia terangkan revelasi revelasiNya kepada manusia sekelian, supaya mereka semua dapat mengambil perhatian.

Darah Haid.

222. Mereka menanyakan kepadamu tentang darah haid, "Itu memudharatkan; kamu mestilah jauhi dari persetubuhan dengan wanita dalam masa mereka berhaid janganlah mendekati (bersetubuh) mereka sehingga habis haidnya, kamu bolehlah bersetubuh dengan mereka, dengan cara yang telah diaturkan oleh Allah. Allah cinta kepada orang orang yang bertaubat, dan juga Dia cinta kepada orang orang yang bersih."

223. Isteri isteri kamu adalah tempat kamu menaburkan benih. Lantas, kamu boleh menikmati mereka ini sebagaimana yang kamu sukai, asalkan kamu mengikut cara yang diredhakan. Kamu mesti mengingati Allah, dan ketahuilah bahawasanya kamu akan bertemu denganNya. Sampaikan berita berita baik kepada orang orang yang percaya.

Jangan Menyalah
Gunakan Nama Allah.

224. Janganlah menggunakan nama Allah dalam kebiasaan sumpahanmu, berkemungkinan yang kamu dapat dilihat seperti orang orang yang percaya, salih ataupun ingin mendapatkan kepujian dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

225. Kamu tidak akan dipertanggungjawabkan diatas perbualan dalam sumpahanmu; tetapi Dia akan pertanggungjawabkan diatas niat kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Undang Undang Perceraian

226. Sesiapa yang ingin menceraikan isteri isteri mereka mesti menunggu selama empat bulan (untuk megamankan keadaan); jika mereka tukar fikiran untuk merujuk kembali, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

227. Apabila kamu telah mengambil keputusan untuk bercerai, sesungguhnya Allah Maha Mendengar  lagi Maha Mengetahui.

228.Wanita yang diceraikan mestilah menunggu selama tiga kali perjalanan darah haid (sebelum mengahwini lelaki lain). Adalah kesalahan bagi mereka (isteri isteri) untuk menyembunyikan apa yang Allah ciptakan didalam rahim mereka, jika mereka percaya kepada Allah dan Hari Kemudian. (jika menagandung), kehendak suami akan mengatasi keinginan isteri, jika sekiranya dia mahu mengawininya kembali.Wanita juga mempunyai hak dan juga kewajiban dengan seksamanya. Lantas kehendak suami mengatasinya (jika isteri mengandung). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.


*2:219 Dunia sekarang telah mengenali sesungguhnya perkilangan minuman keras dan pengharaman dadah dan sebagainya tidak menguntungkan bagi ikonomik dunia, malahan ianya merosakkan otak anak anak yang ibunya adalah peminum arak ataupun penagih, keretakkan keluarga dan bermacam macam kepincangan akhlak. Lihat penerangan bagi "Ketagih dan yang memabukkan" dan "Perjudian yang tidak dinamakan" untuk penerangan lanjut. Lihat juga 5:90-91.


229. Penceraian (talaq) hanya boleh ditarik balik dua kali. Wanita yang diceraikan mesti diizinkan tinggal serumah dengan suami dan berlaku adillah terhadapnya, atau lepaskannya dengan cara yang adil. Tidak menjadi kesalahan bagi suami mengambil kembali apa yang telah diberikan kepadanya. Walaupun demikian pasangan ini mungkin merasa takut jika mereka melanggar hukum Allah. Jika mereka takut akan melanggar hukum Allah, mereka tidak melakukan kesalahan jika siisteri memberi kembali dengan rela hati apa yang dia ingin kembalikan. Ini adalah hukum Allah; jangan mengingkarinya. Sesiapa yang melanggar perintah Allah maka mereka itu adalah orang yang zalim.

230. Jika dia menceraikannya (untuk kali yang ketiga), tidaklah halal baginya untuk mengahwini dia, melainkan dia kahwin dengan lelaki lainnya, dan suaminya menceraikan dia. Suami yang pertama bolehlah mengahwininya kembali, asalkan sahaja mereka menta’ati hukum Allah. Ini adalah hukum Allah; Dia menerangkannya kepada manusia supaya mereka semua dapat mengetahuinya.

Jangan Menghalau
Isteri Yang
Di-Ceraikan Keluar Rumah.

231. Jika kamu menceraikan isterimu, setelah selesai masa (tiga kali haid – iddah) kamu mestilah mengizinkan dia tinggal dirumah yang sama dengan berlaku adil, ataupun biarkanlah dia pergi dengan baik. Janganlah paksa mereka tinggal tanpa kerelaannya, demi untuk membalas dendam. Sesiapa yang melakukan sedemikian hanyalah mengkianati roh roh mereka sendiri. Jangan mengambil mudah dengan revelasi revelasi Allah. Ingatlah rahmat Allah terhadap kamu, dan Dia turunkan kitabNya dan hikmah sebagai pelajaran yang jelas untuk kamu. Kamu mesti mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 

232. Jika kamu menceraikan isteri isteri kamu, apabila mereka telah selesaikan iddah mereka, jangan kamu menghalang mereka bernikah semula dengan suami suami mereka, jika mereka telah berdamai dengan baik. Ini mestilah diambil kira bagi orang orang yang percaya kepada Allah dan hari penghabisan. Ini lebih suci bagi kamu dan juga lebih besar kebajikan yang kamu lakukan. Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

233. Ibu ibu yang diceraikan mesti menyusukan bayi mereka selama dua tahun genap kalau sibapa  menginginkannya. Sibapa mestilah memberi kepada ibu bayinya makanan dan pakaian dengan cukup sempurna. Tidak ada sesiapa mesti membebankan diri diri mereka dari luar kemampuan mereka. Tidak ada seorang ibu pun mesti disakiti untuk memelihara bayinya, dan juga tidak semestinya sibapa dianiayai kerana bayinya. (sekiranya bapa anak itu meninggal), Keluarganya (suami) mesti meneruskan tanggung jawabnya. Jika keluarga bayi (kedua pihak) bersetuju untuk membantu setelah berunding, maka tidak jadi kesalahan untuk berbuat demikian. Kamu tidak merlakukan kesalahan dengan mengupah ibu ibu asalkan kamu bayar mereka dengan adil. Kamu mesti mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah Maha Melihat apa apa yang kamu lakukan.

Kamu Mesti Memerhatikan
Ketetapan Masa
Sebelum Berkahwin Semula.

234. Suami yang telah wafat maka balu balu mereka mestilah menunggu selama empat bulan dan sepulah hari (untuk bernikah sekali lagi).Setelah selesai iddahnya, kamu tidak melakukan kesalahan untuk membiarkan mereka melakukan kebajikan apa sahaja yang mereka suka untuk melakukannya. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu lakukan.

235. Kamu tidak berdosa dengan menghebahkan tali pertunanganmu dengan wanita ataupun jika kamu mahu merahsiakannya. Allah tahu apa yang kamu memikirkan tentang mereka. Jangan mengadakan pertemuan sulit melainkan jika kamu ingin berunding berkenaan kebaikan. Jangan kamu berkahwin sebelum masanya berakhir. Kamu mesti ketahui yang Allah tahu apa yang kamu fikirkan, dan ta’atilah kepadaNya. Kamu mesti ketahui yang Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Memutuskan Pertunangan

236. Kamu tidak melakukan kesalahan dengan menceraikan isterimu sebelum kamu mencampuri mereka, ataupun sebelum kamu memutuskan mas kahwin untuk mereka. Dengan keadaan yang sedemikian, kamu mesti membayar ganti rugi kepada mereka yang kaya mengikut keupayaannya dan yang miskin mengikut kemampuannya - ganti rugi yang adil dan seksama. Ini adalah tanggungjawab bagi orang orang yang berbuat baik.

237. Jika kamu menceraikan mereka sebelum mecampuri mereka, tetapi setelah kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka, pembayaran ganti ruginya mestilah separuh dari mas kahwin, melainkan jika mereka bersetuju untuk merelakannya, ataupun dari pihak yang memuncakan penceraian ingin merelakan mas kahwinnya. Merelakan (menghalalkan) adalah seimbang dengan membuat kebajikan. Dan kamu mestilah mengadakan tali persaudaraan (silaturrahim) diantara kamu. Allah Maha Melihat apa apa yang kamu lakukan.

 

Kamu Mesti
Mengerjakan Sembahyang (Salat)*

238. Kamu mestilah konsisten Mengerjakan Sembahyang, lebih lebih lagi diwaktu pertengahan sembahyang (salat wusta), dan abdikanlah diri diri kamu keseluruhannya kepada Allah.

239. Dalam keadaan yang tidak menentu, kamu boleh Mengerjakan Sembahyang (Salat) semasa kamu berjalan atau menunggang. Apabila kamu telah selamat kamu mestilah mengingati Allah kerana Dia yang mengajarkan kamu apa yang tidak kamu ketahui.

Nafkah Untuk Janda Janda Yang
Diceraikan Mati Atau Hidup.

240. Sesiapa yang wafat dan meninggalkan isteri isteri mereka mestilah patut mengadakan wasiat untuk membantu mereka selama setahun, jika mereka tinggal serumah, jikalau mereka keluar dari rumah, kamu tidak berdosa dengan membiarkan mereka melakukan apa saja yang mereka suka, asalkan perbuatan baik yang mereka lakukan terpelihara. Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

241. Janda janda yang diceraikan oleh suami suami mereka juga mesti diberikan nafkah dengan adil. Ini adalah tanggung jawab bagi orang orang yang bertakwah 242. Allah telah menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu, supaya kamu faham.

Berjuang Untuk Allah.

243. Adakah kamu perhatikan mereka yang lari dari rumah rumah mereka – walaupun bilangan mereka sampai keribuan – kerana takut mati? Allah berkata kepada mereka, "Mati," lalu dihidupkan kembali. Allah taburkan kurniaNya kepada manusia, tetapi ramai dari manusia  tidak bersyukur.


*2:238 Kesemua sembahyang lima waktu terdapat diayat 2:238, 11:114, 17:78, & 24:58. Sebelum Quran diturunkan, Pengerjaan Sembahyang (Salat) telah pun wujud (Appendik 9). Penjelasan bagi sembahyang lima waktu - apa yang hendak dibacakan dan nombor (Raka'a) tiap tiap sembahyang, dll.- telah disahkan melalui matematika. Sebagai contoh tuliskan nombor nombor raka'a bagi tiap tiap sembahyang, sebelah menyebelah, kita akan dapat 24434, 19x1286. Juga jika kita gunakan [*]= nombor surah 1 (Al-Fatehah), dimana [*] = adalah surah nombor (1), diikuti dengan nombor bagi ayat ayat (7), dan diikuti pula dengan nombor tiap tiap ayat, nombor huruf huruf bagi setiap ayat, dan nilai gematirikalnya bagi setiap huruf, dituliskan 2[*] [*]4 [*] [*] [*] [*] 4 [*] [*] [*] [*] 3 [*] [*] [*] 4 [*] [*] [*] [*] ialah dibahagikan kepada 19 (lihat 1:1)



244. Kamu mesti berjuang kerana Allah dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

245. Siapakah yang bersedia untuk meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman berupa kebajikan yang mulia, supaya dibayarkan kepada mereka dengan pembayaran yang berlipat ganda banyaknya? Allah sahajalah yang memberi dan menahan (rezeki), dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.

Talut* (Saul)

246. Sudahkah kamu hayati berkenaan ketua ketua bani Israil selepas nabi Musa? Mereka berkata kepada nabi mereka, "Jika engkau mengangkat seorang raja untuk memimpin kami, akan kami berjuang kejalan Allah." Dia berkata, "Adakah ini tujuan kamu, jika peperangan dihukumkan untuk kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Kenapa mesti kita tidak berperang kejalan Allah, apabila mereka merampas rumah rumah dan anak anak kita?"Sedangkan apabila peperangan diperintahkan untuk mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit diantara mereka. Allah amat mengetahui tujuan orang orang yang melampaui batas.

Menyoalkan Kebijaksaan Allah.

247. Nabi mereka berkata kepada mereka, "Allah telah melantik Talut (Saul) sebagai raja." Mereka berkata, "Bagaimana dia boleh diberikan kuasa beraja untuk memimpin kita padahal kita yang mempunyai kelayakan untuk menjadi raja dari dia; dia tidak pun kaya?" Dia berkata, "Allah telah melantik dia dari kamu,dan telah merahmati dia dengan ilmu yang banyak dan juga tubuh (yang kuat)." Allah memberi kerajaan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah yang Maha Luas lagi Maha Mengetahui.

Peti
Yang Dijanjikan.

248. Nabi mereka berkata kepada mereka, " Tanda kerajaannya (Talut) ialah Peti yang dijanjikan akan dikembalikan kepada kamu, dengan membawa jaminan dari Tuhan kamu, dan dari peninggalan orang orang Musa dan juga Harun. Benda itu akan dibawa oleh para malaikat. Ini mestilah menjadi suatu tanda yang meyakinkan bagi kamu, jika kamu benar benar orang orang yang percaya."

Daud Dan Jalut

249 . Apabila Talut mengetuai kumpulannya, di berkata, "Allah akan mencuba kamu dengan menunjukki kealiran anak sungai. Sesiapa yang meminumnya bukanlah dari golonganku -hanya sesiapa yang tidak menjamahnya adalah bersamaku – melainkan itu hanya satu -sedutan." Mereka meminum darinya, kecuali sedikit saja diantara mereka. Apabila dia (Talut) menyeberangi bersama sama orang orang yang percaya, mereka berkata, "Sekarang kita telah tidak mempunyai tenaga untuk berhadapan dengan Jalut dan pasukannya." Mereka yang sedar akan pertemuan dengan Allah berkata, "Banyak kejadian yang mana kumpulan sedikit dapat merngalahkan kumpulan yang banyak dengan izin Allah. Allah ada bersama sama dengan orang orang yang sabar."

250. Apabila mereka berhadapan dengan Jalut dan pasukannya, mereka berdoa’ "Tuhan kami berilah kami kesabaran, kuatkan kedudukan kami, dan bantulah kami dari orang orang yang ingkar."

251. Mereka mengalahkan mereka dengan izin Allah, dan Daud pun membunuh Jalut. Allah memberinya (Daud) kerajaan dan hikmah, dan mengajarnya dengan kehendakNya. Jika tidak kerana pertolongan Allah antara manusia dengan lainnya, bumi ini akan menjadi huru hara. Tetapi Allah mencucuri kurniaNya kepada manusia.


*2:246 Sejarah yang sama ini telah diperkatakan didalam Bible Book of Samuel, Ch. 9 dan 10.



252. Ini adalah revelasi revelasi dari Allah. Kami bacakan melaluimu,* dengan kebenaran kerana kau adalah satu diantara para rasul.

 

Ramai Para Rasul
Tetapi Hanya Satu Mesej.

253. Semua para rasul ini; kami rahmati diantara mereka lebih dari yang lain. Sebagai contoh, Allah berkata kata dengan yang satu, dan kami mengangkat sabagian dari mereka dengan mempertinggikan kedudukan mereka. Dan kami berikan Isa anak Maryam, mukjizat yang nyata dan dibantu dengannya Roh Suci. Jika Allah kehendaki, pengikut pengikut mereka tak akan berbantahan sesama sendiri, selepas bukti yang nyata telah sampai kepada mereka. Tetapi mereka berbantahan sesama sendiri; sebahagian diantara mereka percaya dan sebahagian dari mereka  mengingkarinya. Jika Allah kehendaki, mereka tidak akan berselisih dengannya. Segala kejadian mengikut kehendak Allah.

Tidak Ada Perantaraan.*

254. Wahai orang orang yang percaya, kamu mesti mengeluarkan derma dari rezeki yang kami berikan kepada kamu, sebelum hari yang mana tidak ada lagi jual beli, tidak juga pihak memihak untuk saudara (nepotism), dan juga tidak ada perantaraan. Orang orang yang ingkar itulah yang zalim.

255. Allah: tidak ada tuhan selain Dia, Yang Hidup,Yang Kekal.Tidak pernah Dianya lalai dan tidak pernah Dia tidur. KepunyaanNya segala yang ada disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi. Siapakah yang dapat memberikan jaminan, melainkan dengan keizinanaNya? Dia tahu masa mereka yang lalu dan masa mereka yang akan datang. Tiada siapa akan menerima ilmu pengetahuanNya melainkan jika dikehendaki olehNya. SinggahsanaNya meliputi segala galanya disekelian cekrawala dan dibumi, dan menguasainya tidaklah membebankanNya . Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Tidak Ada Paksaan Dalam Beragama.

256. Semestinya tidak ada paksaan dalam beragama: kebenaran telah dapat mengatasi kepalsuan. Sesiapa yang meninggalkan syaitan dan percaya kepada Allah telah berpegang kepada hubungan yang kuat; yang tidak akan terputus. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

257. Allah adalah Tuhan kepada orang orang yang percaya; Dia yang membimbing mereka keluar dari kegelapan menuju kecahaya. Bagi sesiapa yang mengingkarkannya, tuhan mereka adalah pujaan pujaan mereka; ini akan membawa mereka dari cahaya menuju kegelapan - merekalah yang akan menjadi penghuni Neraka; mereka akan tinggal berkekalan didalamnya untuk selama lamanya.

 

Perdebatan
Ibrahim Yang Menggalakkan.

258. Sudahkah kamu hayati seorang yang bertengkar dengan Ibrahim berkenaan Tuhannya, walaupun Allah telah memberikan kepadanya kekuasan beraja? Ibrahim berkata, "Tuhanku yang memberi kehidupan dan juga kematian." Dia berkata, "Aku yang memberi kehidupan dan kematian." Abrahim berkata, "Allah menerbitkan matahari dari timur, bolehkah kamu menerbitkannya kebarat?" Orang yang ingkar itu tercengang. Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.