Surah 19: Maryam
1 - 98.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

 

1.        K. H. Y. A. S.* (Kaf Ha Ya 'Ayn Sad)

Zakariah

2.        Memperkatakan tentang belas kasih Tuhan kamu kepada hambaNya Zakariah.

3.        Dia bermohon kepada Tuhannya, bermohon didalam rahsia.

4.        Dia berkata, "Tuhanku, tulang tulang didalam tubuhku telah reput, dan rambutku telah

diselubungi dengan keputihan. Sentiasa aku berdoa' kepadaMu, aku tidak pernah putus asa.

5.        "Aku bimbang berkenaan tanggungan tanggungan selepasku, isteriku seorang yang mandul.

Berikanlah aku, dariMu, seorang waris.

6.        "Jadikanlah dia pewarisku dan mewarisi keluarga Ya'kub, dan jadikan dia, Tuhanku, diterima."

Yahya.

7.        "Wahai Zakariah, kami berikan berita baik; anak lelaki yang akan dinamakan Yahya. Kami

tidak pernah mencipta yang lainnya serupa dengan dia sebelum ini."

8.        Dia berkata, " Tuhanku, bolehkah aku mendapatkan anak lelaki sedangkan isteriku mandul,

       dan aku pula dengan umur tuaku?"

9.        Dia berkata, "Demikian itulah Tuhanmu berkata: 'Itu amatlah mudah bagiKu melakukannya.

       Aku telah menciptamu sebelum ini, dan kau asalnya tiada.'"

10.     Dia berkata, "Tuhanku, berikanlah aku tanda." Dia berkata, "Tandamu ialah yang kau tidak akan

boleh berbicara dengan manusia selama tiga malam berturut turut."

11.     Dia keluar dari tempat ibadah dan bertemu keluarganya, dan menunjukkan kata isyarat kepada

       mereka: "Bertafakkur (dengan Allah) siang dan malam."

12.     "Wahai Yahya, kamu mestilah mendukung kitab, dengan kuat." Kami berikan dia kebijaksanaan,

walaupun ketika dia masih muda lagi.

13.     Dan (kami berikan dia dengan) kemulian hati dan kesucian dari kami, kerana dia seorang yang

salih.

14.     Dia muliakan ibu bapanya, dan tidak pernah menjadi pengingkar yang zalim.

15.     Kesejahteraan baginya dihari dia dilahirkan, dihari kematiannya, dan pada hari yang dia akan

dibangkitkan semula.

Maryam.

16.     Telah disebutkan Maryam didalam kitab. Dia telah mengasingkan dirinya dari keluarganya,

dibahgian timur.  

17.     Sementara penghalang telah memisahkan dia dari mereka, kami hantarkan Roh kami kepadanya.

Dia datang kepadanya sebagai seorang manusia.

18.   Dia berkata, "Aku mencari perlindungan dari Maha Pengasih, semoga kau seorang yang benar."

19.      Dia berkata, "Aku adalah rasul dari Tuhanmu, untuk memberikan kau anak lelaki yang suci."

20.     Dia berkata, "Bagaimana boleh aku mendapat anak, apabila tidak ada lelaki yang memegangku;

aku tidak pernah membuat curang."

21.     Dia berkata, " Lalu Tuhanmu berkata, "Itu sungguhnya mudah bagiKu. Kami akan jadikan dia

tanda untuk manusia, dan belas kasih dari kami. Ini adalah perkara yang telah ditakdirkan.'"

_________________________________________________________________________

*19:1 Ini adalah nombor maksimum bagi huruf huruf diQuran, kerana surah ini menerangkan perkara

perkara yang amat genting sekali tentang lahirnya Yahya dan kelahiran Isa melalui ibunya Maryam

seorang wanita yang suci, dan mengutuk dengan sepenuh penuhnya tentang Isa dijadikan anak Tuhan.
Lima huruf huruf ini mengandungi bukti fizikal yang terkuat untuk menyokong isu ini. (Lihat Appendik
1 & 22).  

_________________________________________________________________________

Hari Lahirnya Esa.

22.     Apabila dia mengandungkannya, dia mengasingkan dirinya ditempat yang amat jauh.

23.     Proses kelahiran itu datang kepadanya disebuah batang pokok palma. Dia berkata,

       "(Aku amat merasa malu;) aku berharap yang aku boleh mati sebelum semuanya ini berlaku, dan

       dilupakan terus."

24.     (Bayi) memanggil dia dari bawahnya, dengan berkata, "Janganlah bersedih. Tuhanmu telah

kurniakan kau dengan anak sungai.

25.     "Jika kau goyangkan batang pokok palma ini, ianya akan menjatuhkan kurma kurma masak

untukmu.*

26.     "Makan dan minumlah, dan bergembiralah. Apabila kau melihat sesiapa, katakan, 'Aku telah

mengangkat sumpah untuk berdiam; * demi bagi yang maha pengasi aku tidak akan berkata kata
dengan sesiapa pun hari ini.'"

_________________________________________________________________________

 

*19:26 Ubah bahasa originalnya tidak meliputi perkataan ini," demi bagi yang  Maha Pengasih", 

 
                        tertulis didalam Quran yang berbahasa Arab.

_________________________________________________________________________

 

27.     Dia kembali kepada keluarganya, mendukung dia. Mereka berkata, "Wahai Maryam, kau telah

komit sesuatu yang tidak disangkakan.

28.     "Wahai keturunan Harun, bapamu bukanlah seorang yang jahat, dan ibumu bukanlah seorang

yang curang."

Bayi Membuat Kenyataan.

29.     Dia menunjuk kepadanya. Mereka berkata, "Masakan boleh kami berbicara dengan bayi didalam

buaian?"

30.     (Bayi itu bercakap dan) berkata, "Aku adalah hamba Allah. Dia telah berikan aku kitab, dan

melantikku sebagai nabi.

31.     "Dia merahmatiku kemana saja aku pergi, memerintahkanku Mengerjakan Sembahyang (Salat)

dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat) selama aku masih hidup.

32.     "Aku mesti memuliakan ibuku; Dia tidak menjadikanku pengingkar dan penentang.

33.     "Dan kesejahteraan bagiku dihari aku dilahirkan, dihari kematianku dan dihari kebangkitanku."

Kebenaran Terbukti

34.     Itulah Isa, anak kepada Maryam, dan inilah kebenaran bagi perkara ini, yang mana membuatkan

        mereka berterusan meragukan.

35.     Tidak selayaknya bagi Allah untuk Dia mempunyai anak, segala kepujian bagiNya. Untuk

mengadakan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya "Jadi," dan terjadilah ia.

36.  Dia juga mengumumkan, "Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu; kamu mestilah

menyembahNya saja. Inilah jalan yang benar."*

37.     Berbagai bagai kumpulan yang telah berbalahan sesama sendiri (berkenaan identiti Isa).

Dari itu, malang sungguh bagi orang orang yang mengingkari pandangan dihari yang dahsyat. 

38.     Tunggulah sampai kamu mendengarkan dan melihatkan mereka apabila mereka berhadapan

       dengan kami. Orang orang yang melampaui batas dihari itu akan mengalami kerugian dengan

       sepenuhnya.

39.     Berikanlah amaran berkenaan hari penyesalan, apabila pengadilan akan diisukan. Mereka

        telah lupa sama sekali; yang mereka itu tidak percaya. 

40.     Kami sahajalah yang mewarisi bumi dan kesemua manusia diatasnya; kepada kami sahajalah
kesemuanya mereka itu akan dikembalikan. 

Ibrahim.

41.     Disebutkan Ibrahim didalam kitab; dia adalah seorang walli, dan nabi.

_________________________________________________________________________

*19:25 Lantas, Isa telah dilahirkan pada lewat September ataupun permulaan Actober. Ini
adalah kerana

masanya buah buah kurma masak dan tumbangnya pokok pokok diTimur Tengah.   

*19:36 Penerangan ini lebih kurang sama sebagaimana yang telah diatributkan kepada Isa didalam

Gospel of John 20:17.

____________________________________________________________________________

42.     Dia berkata kepada bapanya, "Wahai bapaku, kenapa mesti kau sembah sesuatu yang tidak

boleh mendengar, tidak juga melihat dan tidak juga boleh menolongmu dalam segala hal?

43.     "Wahai bapaku, aku telah menerima suatu ilmu pengetahuan yang kau tidak dapati. Ikutlah

aku, dan aku akan membimbingmu kejalan yang lurus.

44.   "Wahai bapaku, janganlah sembah syaitan. Syaitan itu telah menentang yang Maha Pengasih.

45.      "Wahai bapaku, aku takut jangan sampai kau menerima hukuman dari yang Maha Pengasih,

        dan menjadi pihak berikatan dengan syaitan."

46.     Dia berkata, "Adakah kau meninggalkan tuhan tuhanku, wahai Ibrahim? Melainkan jika kau

berhenti, aku akan lemparkan kau dengan batu. Tinggalkanlah aku sendirian."

47.     Dia berkata, "Kesejahteraan bagimu. Aku akan bermohon kepada Tuhanku supaya mengampunimu;

Dia terlalu Amat Baik kepadaku.

48.     "Aku akan tinggalkan kau dan tuhan tuhan yang kau sembah disamping Allah. Aku akan sembah

hanya Tuhanku. Dengan bermohon kepada Tuhanku sahajalah, aku tidak akan berbuat salah."

49.     Disebabkan dia meninggalkan mereka dan tuhan tuhan yang mereka sembah disamping Allah itu,

maka kami berikannya Ishak dan Ya'kub dan kami jadikan tiap tiap mereka itu nabi.

50.     Kami cucuri mereka dengan rahmat kami, dan kami berikan mereka kedudukan yang mulia

didalam sejarah.

Musa.

51.     Disebutkan Musa didalam kitab. Dia sangat mengabdikan dirinya, dan dia adalah seorang

        rasul nabi.

52.     Kami memanggilnya dari sebelah kanan Bukit Sinai. Kami dekatkan dia, untuk

menganugerahkannya.

53.     Dan kami berikan kepadanya dari belas kasih kami saudaranya Harun sebagai nabi.

54.     Dan telah disebutkan Ismail didalam dikitab. Dia sesungguhnya benar apabila dia membuat

       perjanjian, dan dia adalah seorang rasul nabi.

55.     Dia telah memerintahkan keluarganya supaya Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan

memberikan derma yang diwajibkan (Zakat); dia telah diterima oleh Tuhannya.

56.     Dan disebutkan Idris didalam kitab. Dia adalah seorang walli, nabi.

57.     Kami naikkan dia kekedudukan yang mulia.

58.     Inilah beberapa para nabi yang Allah telah rahmati. Mereka telah dipilih diantara keturunan

Adam, dan keturunan yang kami bawa bersama Nuh, dan keturunan Ibrahim dan Israil, dan

diantara orang orang yang kami telah bimbing dan pilih. Apabila revelasi revelasi dari yang

Maha Pengasih telah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh sujud, menangis.

Meninggalkan Sembahyang (Salat)

59.     Selepas mereka, Dia telah gantikan generasi generasi yang meninggalkan Sembahyang (Salat),

       dan mengikuti hawa nafsu mereka. Mereka akan menderita kerana perbuatan perbuatan mereka.

60.  Hanyalah orang orang yang bertaubat, percaya, dan menjalani kehidupan yang benar akan

dimasukkan keSyurga, dengan tidak ada sedikit pun ketidak adilan.

61.     Taman taman 'Adnin menunggu mereka, sebagai janji dari Maha Pengasih bagi sesiapa yang

        menyembahNya, meskipun dengan sedang bersendirian. Sesungguhnya,perjanjianNya mesti

       akan terjadi.

62.     Mereka tidak akan mendengar perkara yang sia sia didalamnya; hanyalah sejahtera. Mereka

mendapat segala peruntukkan peruntukkan didalamnya, siang dan malam.

63.     Demikianlah syurga; kami berikan kepada orang orang yang benar diantara hamba hamba kami.

64.     Kami tidak turun kebawah melainkan dengan perintah dari Tuhan kamu. KepunyaanNyalah

        masa kamu yang telah berlalu, dan masa depan kami dan segala galanya diantara mereka.

       Sesungguhnya Tuhan kamu itu tidak pernah lalai.

65.     Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya diantara keduanya; kamu mestilah

sembah Dia dan sabar dan ta'atlah dalam menyembahNya. Adakah kamu tahu sesiapakah yang

sebanding denganNya?

66.     Manusia bertanya, "Selepas aku mati, adakah aku akan dihidupkan kembali?"

67.     Adakah manusia itu lupa yang kami sudah pun menciptanya, dan dia asalnya dari tiada?

Amaran Yang Istimewa Kepada

Para Pengetua.   

68.     Demi Tuhan kamu, kami tentu sekali akan menghimpunkan mereka, bersama sama syaitan

       syaitan, dan akan mengumpulkan mereka disekililing Neraka, dengan dihina.

69.     Dan kami akan pilih dari tiap tiap kumpulan itu penentang yang paling nyata terhadap

yang Maha Pengasih.

70.     Kami amat mengetahui dengan sepenuhnya orang orang yang paling patut dibakar didalamnya.

Semua Orang Akan Melihat Neraka.*

71.     Tiap tiap seorang dari kamu mesti melihatnya; ini adalah keputusan yang telah dipastikan oleh

Tuhan kamu.

72.     Lantas, kami akan menyelamatkan orang orang yang benar, dan meninggalkan orang orang yang

melampaui batas itu didalamnya, dengan penuh kehinaan.

Pihak Yang Ramai.

73.     Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada mereka, dengan terangnya, orang orang yang

       ingkar itu berkata kepada orang orang yang percaya, "Siapakah diantara kami yang lebih mewah?

       Siapakah diantara kami yang lebih ramai?"

74.     Banyak generasi yang telah kami hapuskan sebelum mereka; mereka itu lebih lagi kuat dan lebih

lagi mewah.

75.     Katakanlah, "Sesiapa yang memilih kepada kesesatan, yang Maha Pengasih akan membiarkan

mereka, sehingga mereka dapat melihat apa yang telah dijanjikan untuk mereka - sama ada

siksaan ataupun Waktunya. Disitu barulah mereka akan ketahui siapakah sebenarnya yang

paling buruk keadaannya dan yang paling lemah dalam berkuasa."

76.     Allah tambahkan bimbingan bagi orang orang yang memilih untuk mendapatkan petunjuk.

Kerana pekerjaan yang baik itu akan mendapat anugerah yang berkekalan dari Tuhan kamu  dan

akan membawa kepada keuntungan yang berlebihan.

77.     Sudahkah kamu perhatikan seorang yang mengingkarkan revelasi revelasi lalu berkata, "Aku akan

diberikan harta dan anak anak"?!

78.     Dapatkah dia melihat masa depan? Adakah dia mengambil pengakuan sedemikian itu dari yang

Maha Pengasih?

79.     Sesungguhnya, kami akan rekod apa yang telah dikatakan, dan komitkan dia dengan siksaan yang

sentiasa ditambahkan.

80.     Dan kami akan warisi apa yang dia telah perolehi, lalu dia kembali kepada kami bersendirian.

_______________________________________________________________________________

*19:71 Telah dijelaskan diAppendik 11, kita akan dibangkitkan semula sebelum Allah datang berfizikal

kealam kita ini. Dalam keadaan yang sedemikian itu kita akan merasai Neraka buat seketika,
sememangnya ketiadaan Allah adalah Neraka. Apabila Allah hadir (89:22), orang orang yang benar
akan diselamatkan. Lihat 19:72.

___________________________________________________________________________

81.  Mereka menyembah disamping Allah tuhan tuhan yang lain yang berkemungkinan untuk menolong

mereka.

Pujaan Pujaan

Menolak Penyembah Penyembahnya.

82.     Sebaliknya; mereka akan menolak pujaan pujaan mereka, dan akan menjadikan mereka

       itu musuh musuh mereka. 

83.     Tidakkah kamu lihat bagaimana kami lepaskan syaitan syaitan kepada orang orang yang ingkar

untuk menggoyangkan mereka?

84.     Janganlah tidak sabar; kami sedang sediakan untuk mereka dengan beberapa persediaan.

85.     Harinya akan tiba apabila kami himpunkan orang orang yang benar itu dihadapan yang Maha

Pengasih dalam satu kumpulan.

86.     Dan kami akan kumpulkan pesalah masuk keNeraka, untuk dijadikan tempat tinggal yang

       berkekalan.

87.     Tidak ada sesiapapun akan mempunyai kekuasaan untuk memberi jaminan, melainkan orang

       orang  yang telah diberikan kebenaran mengikut undang undang dari yang Maha Pengasih.

Kekufuran Yang Amat Besar.

88.     Mereka berkata, "Yang Maha Pengasih mempunyai anak!"

89.     Kamu telah melafazkan satu kekufuran yang amat besar.

90.     Sekelian cekrawala hampir akan berkecai, bumi hampir juga berpecah belah, dan gunung

gunung hampir hancur.

91.     Kerana mereka mendakwa yang Maha Pengasih telah mempunyai anak.

92.     Sungguh tidak layak bagi yang Maha Pengasih yang Dia mesti mempunyai anak.

93.     Setiap tiap seorang disekelian cekrawala dan dibumi adalah hamba kepada yang Maha Pengasih.

94.     Dia telah merangkumi mereka kesemuanya, dan telah mengira tiap tiap seorang.

95.     Kesemuanya mereka akan datang kepadaNya diHari Kebangkitan kelak dengan bersendirian. 

96.     Tentu sekali, orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, yang Maha Pengasih

akan mencucuri mereka dengan kasih sayang.

97.     Lantas, kami jadikan (Quran) ini penjelasan melalui lidah kamu, demi untuk menyampaikan

berita berita baik kepada orang orang yang benar, dan untuk memberikan amaran dengannya

kepada penentang penentang.

98.     Banyak generasi sebelum mereka itu telah kami hapuskan; dapatkah kamu melihat sebarang dari

mereka, ataupun mendengarkan sebarang suara dari mereka.


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

Copyright © 1997-2003 Submission.org