Surah 17: Bani Israil.
Keturunan Israil.1-111

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Maha Terpuji bagi yang Maha Esa yang memerintahkan hambaNya (Muhammad) diwaktu

       malam, dari Masjid Suci (Mekkah) ketempat persujudan yang paling jauh,* dimana disekeliling

       -nya telah kami rahmati, untuk menunjukkan kepadanya beberapa tanda tanda kami. Sesungguh

       -nya, Dialah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. 

2.        Sebagaimana, yang telah kami berikan kepada Musa kitab, kebenaran dan petunjuk bagi bani

       Israil: "Jangan sekali kamu mengadakan pujaan sebagai Tuhan dan Tuan disampingKu."

3.        Mereka adalah keturunan keturunan dari orang orang yang kami bawa bersama sama Nuh;

Dialah seorang hamba yang tahu bersyukur.

4.        Kami mengemukakan kepada bani Israil didalam kitab: "Kamu akan komit kejahatan yang

terlampau dibumi, dua kali. Kamu telah ditakdirkan jatuh kedalam kesombongan yang amat

tinggi.

5.        "Apabila masa yang pertama berlaku, kami akan hantarkan hamba hamba kami yang mempunyai
kekuatan yang amat sangat untuk menentang kamu, dan mereka akan menyerang rumah rumah

       kamu. Ini adalah ramalan yang mesti berlaku.

6.        "Kemudian, kami akan menjadikan kamu berkuasa diatas mereka, dan memberikan kamu harta

yang banyak dan anak anak; kami akan memberikan kamu kekuasaan.

7.        "Jika kamu mengerjakan kebaikan, kamu mengerjakan untuk diri kamu, tetapi jika kamu komit kejahatan itu
hanya menjejaskan diri kamu sendiri. Lantas, apabila pada kali keduanya berlaku,

       mereka akan mengalahkan kamu dan memasuki masjid, seperti mana yang mereka lakukan pada

       pertama kalinya. Mereka akan habiskan kesemua keuntungan keuntungan yang telah kamu

       perolehi."

8.        Tuhan kamu telah mencucuri belas kasihNya kepada kamu.Tetapi jika kamu berpaling kepada

keterlampauan batas, akan kami balas dengan siksaan. Kami telah menjadikan Gehenna sebagai

tempat tinggal yang tetap untuk orang orang yang ingkar.

__________________________________________________________________________________

*17:1 "Masjid Aqsa" bermakna "tempat yang jauh dimana adanya tempat bersujud," jarak jauhnya  

berbilion tahun cahaya. Ayat ini memberitahukan kita bahwa Muhammad, rohnya, telah diangkat

keSyurga yang tertinggi untuk diberikan Quran (2:185, 44:3, 53:1-18, & 97:1).

__________________________________________________________________________________

Quran: Sumber Keselamatan.  

9.        Quran ini membimbing kejalan yang terbaik, dan membawa berita berita baik bagi orang orang

percaya yang menjalani kehidupan yang benar, dan mereka berhak mendapatkan ganjaran yang

terbesar. 

10.     Bagi orang orang yang mengingkari Hari Akhirat, kami telah siapkan untuk mereka hukuman yang

amat menyakitkan.

 

11.     Manusia itu biasanya mendoa' kepada sesuatu yang dapat memudharatkan dia, dengan

menyangkakan yang dia itu berdoa' untuk kebaikan. Sesungguhnya manusia itu tidaklah sabar.

12.     Kami telah jadikan malam dan siang hari itu keduanya sebagai tanda tanda, kami jadikan malam

itu gelap dan siang hari terang, supaya kamu dapat mencari rezeki rezeki dari Tuhan kamu

didalamnya. Ini juga dapat menetapkan sistem kiraan bagi kamu, dan keperluan bagi perkiraan.

Lantas, kami menerangkan kesemuanya dengan sempurna.

Pita Video*

13.     Kami telah rekodkan nasib bagi tiap tiap manusia; itu akan diikat dilehernya. DiHari

Kebangkitan kelak kami akan berikan rekod yang mudah didapatkan untuknya.

14.  Bacalah rekod kamu sendiri. Hari ini, cukuplah perkiraan bagi diri kamu sendiri.

15.     Sesiapa saja yang mendapat bimbingan, telah dibimbing untuk kebaikan diri sendiri, dan

       sesiapa yang telah disesatkan itu hanyalah menjejaskan diri diri sendiri. Tidak ada pesalah

       yang  boleh menanggung dosa dosa orang lain. Kami tidak akan menghukum sebelum terlebih

       dahulu menghantarkan rasul. 

16.     Jika kami hendak menghapuskan sebarang komuniti, kami biarkan ketua ketua mengkomit

korup yang besar. Sebaik saja mereka dipastikan mendapat hukuman, maka kami pun

hapuskan mereka sama sekali.

17.     Banyak generasi yang telah kami hapuskan selepas Nuh. Tuhan kamu amat cekap apabila

berurusan dengan dosa dosa yang dilakukan oleh hamba hambaNya; Sesungguhnya Dialah

yang Maha Perihatin lagi Maha Melihat.

Berhati Hatilah

Dalam Memililih Keutamaan

Di-Kehidupan Ini

18.     Sesiapa saja yang memilih kehidupan yang hanya sekejap ini sebagai keutamaannya, kami

akan datang dengan pantasnya kepada mereka untuk menentukan apa yang akan kami berikan

kepadanya, dan akan kami komitkan mereka kedalam Gehenna, dimana mereka akan

mengalami penderitaan yang berkekalan, dihina dan dikalahkan.

Akhirat.

19.     Bagi sesiapa yang memilih Akhirat sebagai keutamaan mereka, dan mengamalkan kehidupan

yang benar, sementara percaya, segala usaha mereka akan dihargai.

20.     Bagi tiap tiap seorang dari mereka kami akan sediakan; kami mengadakan itu dan ini dari

pemberianNya. Sesungguhnya pemberian dari Tuhan kamu itu tidak akan habis.

21.     Perhatikanlah bagaimana kami melebihi beberapa orang dari yang lainnya (didunia ini).

Perbezaan diAkhirat lebih lagi besar dan lebih lagi bermakna.

Perintah Perintah Yang Mustahak.

22.     Jangan sekali kali kamu mengada adakan tuhan disamping Allah, supaya kamu tidak berakhir

dengan kehinaan dan keaiban.

23.     Tuhan kamu telah mendekrikan supaya jangan kamu menyembah melainkan Dia, dan ibu bapa

ibu bapa kamu mestilah dimuliakan. Biarpun seorang ataupun keduanya masih hidup, jangan

sekali kamu mengatakan kepada mereka, "Uff" (walaupun sekecil tanda kejengkelan), tidak

juga mesti kamu menengking mereka; kamu mestilah melayani mereka dengan saksama.

________________________________________________________________________________

*17:13 Kehidupan kamu telah direkodkan, seperti perakam video, dari mula lahir hinggalah

kepada kematian. Rekod serupa ini akan ditunjukkan kepada kita. Lihat 57:22 & Appendik 14.

__________________________________________________________________________________

24.     Dan hormati mereka dengan bersifat merendahkan diri, serta kebaikan hati, dan katakanlah,

        "Tuhanku, belas kasihlah kepada mereka, kerana mereka telah membesarkanku semasa aku

        masih bayi lagi."

25.     Tuhan kamu amat sedar apa yang tersemat jauh didalam fikiran kamu. Jika kamu mengamalkan

kebenaran, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun kepada orang orang yang bertaubat.

26.     Kamu mestilah memberikan sedekah sewajarnya kepada saudara mara, yang memerlukan,

orang orang miskin dan pengembara, tetapi janganlah berlebih lebihan dan boros.

27.     Pemboros itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu tidak tahu bersyukur kepada Tuhannya.

28.     Walaupun sekiranya kamu terpaksa berpaling dari mereka, sementara mencari belas kasih

       dari Tuhan kamu, kamu mestilah melayani mereka dengan cara yang terbaik.

Sifat Kikir Di-Kutuk.

29.     Janganlah membiarkan tangan kamu kerana kekikiran terikat dileher kamu, dan tidak juga

kamu membukakannya luas kerana kebodohan, supaya kamu tidak akhirnya menyalahkan

dan menyesal.

30.     Tuhan kamu sajalah yang menambahkan rezeki kepada sesiapa saja yang Dia pilih, dan

mengurangkannya. Sesungguhnya Dia Amat Perihatin terhadap makhlukNya lagi Maha

Melihat.  

Menggugurkan Kandungan

itu Satu Pembunuhan.

31.     Jangan sekali kamu membunuh anak anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kami yang

memberikan mereka rezeki, begitu juga dengan kamu. Membunuh mereka adalah dosa besar.

32.     Janganlah kamu tercebur didalam perzinaan; itu satu dosa yang besar, dan itu adalah perbuatan

       syaitan.

33.     Janganlah kamu membunuh sesiapa jua kerana Allah telah menjadikan nyawa itu suci -

melainkan untuk menegakkan keadilan. Jika seseorang telah dibunuh dengan tidak adil, dan

kami berikan autoritif kepada warisnya untuk memaksakan keadilan. Lantas, dia tidak boleh

berlebih lebihan untuk menuntut bela terhadap pembunuhan itu, dia akan mendapat pertolongan.

34.     Janganlah kamu mengambil wang anak anak yatim melainkan untuk kebaikan mereka, hinggalah

mereka cukup matang. Kamu mestilah tunaikan janji janji kamu, kerana perjanjian adalah

satu tanggung jawab yang besar.

35.     Kamu mestilah memberi pertimbangan yang cukup apabila kamu berniaga, dan timbanglah

dengan saksama. Ini adalah baik dan lebih amanah.

Nasihat Yang Penting.

36.     Jangan sekali kamu menerima sebarang maklumat, melainkan kamu menentusahkannya

sendiri. Aku telah berikan kepada kamu pendengaran, pemandangan dan akal, dan kamu akan

dipertanggung jawabkan untuk menggunakan kesemuanya itu.

37.     Janganlah kamu berlagak sombong apabila kamu berjalan dimuka bumi - kamu tidak akan

dapat menggerek melalui bumi, dan tidak juga kamu boleh menjadi setinggi gunung gunung.

38.     Semua perangai yang buruk itu telah dikutuk oleh Tuhan kamu.

Quran Adalah Hikmah

(Kebijaksanaan ).

39.     Ini adalah beberapa hikmah diinspirasikan kepadamu dari Tuhan kamu. Janganlah kamu mengada

adakan tuhan yang lain disamping Allah, janganlah sampai kamu berakhir diGehenna,

menyalahkan dan dikalahkan.

40.     Sudahkah Tuhan kamu memberikan kamu anak anak lelaki, sementara memberikan diriNya

para malaikat sebagai anak anak perempuan?! Bagaimanakah dapat kamu mengatakan kekufuran

yang sedimikian.

41.     Kami telah memberikan didalam Quran ini (bermacam macam contoh contoh), supaya dapat

mereka renungkan. Tetapi ini hanya menambahkan kebencian mereka.

42.     Katakanlah, "Jika sekiranya ada sebarang tuhan tuhan yang lain disampingNya, sebagaimana

yang mereka dakwa, mereka tentu sekali berusaha untuk menggulingkan yang Maha Pemilik

singgahsana."

43.     Segala kepujian bagiNya, Dialah yang Maha Tinggi, jauh lebih tinggi dari percakapan

       percakapan mereka.

Kesemuanya Memuji Muji Allah.

44.     Memujinya adalah tujuh alam semesta, bumi dan segala sesuatu didalamnya. Tidak ada

suatu apa pun yang tidak memujiNya, tetapi kamu tidak faham dengan cara pemujian mereka.

Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun.

Orang Orang Yang Ingkar

Tidak Akan

Dapat Memahami Quran.

45.     Apabila kamu membaca Quran, kami letakkan diantara kamu dan orang orang yang ingkar

       dengan Hari Akhirat itu penghalang yang tidak dapat dilihat.

Quran: Hanyalah Satu Sumber.

46.     Kami letakkan perisai perisai dikeliling minda minda mereka, untuk menghalang mereka dari

memahaminya, dan ketulian didalam telinga telinga mereka. Maka apabila kamu mengajar

tentang Tuhan kamu, dengan menggunakan hanya Quran sahaja,* mereka cabut lari dengan

kebencian.

47.     Kami amat menyedari apa yang mereka dengar, apabila mereka mendengarkan kamu, dan

apabila mereka berkomplot secara rahsia - orang orang yang ingkar itu berkata, "Kamu telah

mengikuti lelaki gila."

48.     Perhatikanlah, bagaimana mereka menyifatkan kamu, dan bagaimana ini telah menyebabkan

mereka tersesat jalan.

49.     Mereka berkata, "Setelah kita menjadi tulang tulang dan serpihan serpihan, kami akan

dibangkitkan baharu?!"

50.     Katakanlah, "Walaupun jika kamu bertukar menjadi batu batu ataupun besi.

51.     "Walaupun jika kamu bertukar menjadi bermacam rupa kejadian yang kamu menganggapnya

       mustahil." Maka barulah mereka berkata, "Siapa yang akan membawa kami balik?" Katakanlah,

      "Yang menciptakan kamu pada mulanya." Mereka pun mengeleng gelengkan kepala mereka dan

       berkata, "Bilakah itu akan berlaku?" Katakanlah, "Ianya mungkin lebih dekat dari apa yang

       kamu sangkakan."

52.     Dihari yang mana kamu semua dikumpulkan, kamu akan merespons dengan memuji mujiNya,

dan barulah kamu sedar yang kehidupan kamu disini hanyalah dalam masa yang singkat.

Berlaku Baik Sesama Sendiri.

53.     Beritahukan kepada hambaKu supaya bertegur sapalah dengan cara yang terbaik terhadap satu

       sama lain, kerana syaitan sentiasa cuba untuk mengaturkan kemarahan diantara mereka. Tentu

       sekali, syaitan itu adalah musuh manusia yang amat nyata.

54.     Tuhan kamu amat mengetahui tentang kamu. Menurut kepada ilmuNya, mungkin Dia akan

mencucuri kamu dengan belas kasihNya, ataupun Dia mungkin akan memberikan kamu ganjaran.

Kami tidak menghantar kamu untuk menjadi penyokong mereka.

55.     Tuhan kamu amat mengetahui segala galanya disekilian cekrawala dan bumi. Dengan menuruti

ilmu ini, kami melebihkan sesetengah para nabi dari yang lainnya. Sebagai contoh, kami berikan

kepada Daud Zabur.

56.     Katakanlah, "Bermohonlah apa saja pujaan pujaan yang kamu ada adakan disampingNya."

Mereka tidak ada kuasa untuk meringankan penderitaan kamu, dan tidak juga mereka dapat

menghalangkannya.

Pujaan Pujaan Yang

Percaya Sembah Hanya Allah Sahaja.

57.     Bahkan pujaan pujaan yang mereka memohon itu mencari jalan jalan dan cara cara untuk

menuju kepada Tuhan mereka. Mereka mendoa' untuk mendapatkan belas kasihNya, dan takut terhadap
hukumanNya. Tentu sekali, hukuman dari Tuhan kamu itu amatlah dahsyat.

58.     Tidak ada satu komuniti pun yang tidak akan kami hapuskan sebelum Hari Kebangkitan,

ataupun dikenakan hukuman yang dahsyat keatas mereka. Ini telah pun dituliskan

didalam buku.

__________________________________________________________________________________

*17:46 Dalam bahasa Arab makna "Sahaja (yang Satu)" ditujukan kepada Allah diayat ayat: 7:70, 39:45, 40:12
& 84 dan 60:4. Jika kamu campurkan kesemua nombor nombor ini, kamu akan mendapat 361, 19x19. Tetapi
jika kamu campurkan 17:46, maka tidak akan dapat dibahagikan dengan 19. Kerana makna "Sahaja" didalam
ayat ini ditujukan kepada Quran 17:46 bukannya Allah (Appendik 18).

_________________________________________________________________________________

Mukjizat Mukjizat

Yang Lama Menjadi Keusangan.

59.     Apa yang menyebabkan kami berhenti dari menurunkan mukjizat mukjikat ialah kerana

generasi yang dahulu telah menolak mereka. Sebagai contoh, kami tunjukkan kepada Thamud

unta, (mukjizat) yang nyata, tetapi mereka telah melampaui batas dengan menentangnya. Kami

turunkan mukjizat mekjizat itu hanyalah untuk menanamkan rasa hormat.

60.     Kami telah memberitahukan kepada kamu yang Tuhan kamu itu berkuasa dengan sepenuhnya

keatas manusia, dan kami berikan visi yang telah kami tunjukkan kepada kamu bahwa itu adalah

ujian bagi manusia, dan pokok yang telah disumpah didalam Quran.* Kami tunjukkan kepada

mereka bukti bukti yang kuat untuk menanamkan rasa penghormatan didalam diri diri mereka,

tetapi ini hanyalah menambahkan keingkaran mereka.  

Syaitan Merperdayakan Manusia.

61.     Apabila kami katakan kepada para malaikat,"Jatuh sujudlah kepada Adam," mereka pun jatuh

sujud, melainkan syaitan. Dia berkata, "Mestikah aku sujud kepada suatu yang kamu ciptakan

daripada lumpur?"

62.     Dia berkata, "Oleh sebab Engkau telah memuliakan dia dariku, jika Engkau tangguhkan aku

sehingga keHari Kebangkitan, aku akan kenakan kesemua keturunan keturunannya, melainkan

hanya sedikit."

63.     Dia berkata, "Dan pergi; kamu dan orang orang yang mengikuti kamu akan berakhir didalam

Neraka sebagai pembalasan; pembalasan yang adil.

64.     "Mungkin kamu dapat menarik mereka dengan suara kamu, dan bersiap sedia dengan segala

pasukan pasukan dan semua orang orang kamu untuk menentang mereka, dan berkongsi didalam

kewangan dan anak anak mereka, dan menjanjikan mereka. Apa yang dijanjikan oleh syaitan itu

tidak lain hanyalah illusi.

65.     "Bagi hamba hambaKu, kamu tidak ada kuasa diatas mereka." Tuhan kamu cukup sebagai

       penyokong.

66.     Tuhan kamu Sahajalah yang menyebabkan kapal kapal terapung diatas samudera,* yang mana

kamu dapat mencari pemberianNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Penyayang terhadap kamu.

Kawan Kawan Di- Waktu Gembira.

67.     Jika kamu terkandas ditengah tengah lautan, kamu melupakan pujaan pujaan kamu dan bermohon

dengan penuh keikhlasan kepadaNya sahaja. Tetapi sebaik saja Dia selamatkan kamu ke tepi pantai,

kamu berbalik. Sememangnya manusia itu tidak tahu bersyukur.

68.     Adakah kamu dapat menjamin yang Dia tidak akan menyebabkan daratan, ditepi pantai, tidak

dapat menelan kamu? Ataupun, yang Dia tidak akan menghantarkan ribut taufan kepada kamu,

yang kamu tidak mendapatkan perlindungan?

69.     Adakah kamu dapat menjamin yang Dia tidak akan pulangkan kamu kembali ketengah laut bagi

kedua kalinya, dan menghantarkan ribut untuk menenggelamkan kamu kerana keingkaran kamu?
Apabila ini terjadi, kamu tidak akan diberikan peluang sekali lagi.

70.     Kami telah memuliakan keturunan Adam, dan mengadakan untuk mereka penunggangan

didaratan dan lautan. Kami mengadakan untuk mereka peruntukkan peruntukkan yang baik,

dan kami berikan mereka kesempatan yang lebih luas dari kebanyakan makhluk kami.

71.     Harinya akan tiba apabila kami kumpulkan tiap tiap orang, bersama sama rekod mereka. Bagi

orang orang yang mendapatkan rekod kebenaran, mereka akan membaca rekod mereka dan tidak

akan sedikitpun mengalami ketidak adilan.

__________________________________________________________________________________

*17:60 Perjalanan Muhammad keSyurga yang tertinggi sekali adalah untuk menerima Quran, telah
dinyatakan diayat 17:1 dan 53:1-18,  satu cubaan untuk manusia, kerana mereka mestilah mempercayakan
Muhammad dengan berdasarkan iman.

        *17:66 Pada masa ini kita telah mempelajari dari fizik dan fizikal kemestri bahwa air mengandungi

        kualiti yang unik sekali amat berguna untuk bermacam macam keperluan.

______________________________________________________________________________________

72.     Bagi orang orang yang tidak menggunakan penglihatan mereka dikehidupan ini, mereka akan

        juga buta diAkhirat kelak; bahkan lebih buruk lagi.

Allah Menguatkan Rasul.

73.     Mereka hampir hampir memalingkan engkau dari revelasi revelasi yang kami telah berikan

       kepadamu. Mereka mahukan supaya engkau mengada adakan suatu yang lain, semata mata

       untuk menjadikan engkau kawan mereka.

74.     Jika tidak kerana kami menguatkanmu, tentunya engkau menyebelahi kepada mereka sedikit.

75.     Jika kamu berbuat demikian, kami akan mengandakan hukuman kami kepadamu dikehidupan

       ini, dan selepas mati kelak, engkau akan mengetahui yang tidak ada seorang pun akan dapat

       membantumu untuk menentang kami.

76.     Mereka hampir hampir mengeluarkan engkau dari negeri untuk menghapuskanmu, supaya

mereka dapat berpaling selepas engkau pergi.

77.     Kejadian ini konsisten berlaku bagi setiap para rasul yang kami hantarkan sebelummu, dan

engkau akan dapati yang sistem kami tidak pernah berubah.

Sembahyang (Salat) Zuhur.

78.     Kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat) apabila matahari turun dari jarak ketinggian

yang tepat diwaktu tengah hari, apabila ianya menuju ketika matahari terbenam. Kamu juga

mestilah mengerjakan (membaca) Quran diwaktu subuh. Kerana (Membaca) Quran diwaktu

subuh itu akan disaksikan.

Bertafakur.

79.     Diwaktu malam, kamu mestilah bertafakur untuk mendapatkan kredit yang lebih, supaya

Tuhan kamu dapat menaikkan kamu kepada kedudukan yang mulia.

80.     Dan katakanlah, "Tuhanku, masukkanlah aku dengan kemasukkan yang mulia, dan

berangkatkanlah aku dengan keberangkatan yang mulia, dan berikanlah aku sokongan yang

kuat dariMu."

81.     Umumkanlah, "Kebenaran telah mengatasi dan kepalsuan telah lenyap; tentunya kepalsuan

pasti akan lenyap."

Penyembuh Dan Belas Kasih.

82.     Kami turunkan Quran sebagai penyembuh dan belas kasih untuk orang orang yang percaya.

Dengan masa yang sama, ianya hanya menambahkan kezaliman bagi orang orang yang

melampaui batas.

83.     Apabila kami merahmati manusia, mereka menjadi terlalu sibuk dan lalai. Tetapi apabila

       kesukaran menyerangnya, dia pun berputus asa.

84.     Katakanlah, "Semua orang bekerja dengan mengikuti kepercayaannya, dan Tuhan kamu amat

       mengetahui siapa yang dapat bimbingan kejalan yang lurus." 

Ayat Ayat Dari Tuhan:

Sumber Untuk

Semua Pengetahuan.

85.     Mereka menanyakan kepada kamu berkenaan revelasi revelasi. Katakanlah, "Revelasi revelasi

       datang dari Tuhanku pengetahuan yang diberikan kepada kamu itu hanyalah sedikit."

86.     Jika kami kehendaki, kami boleh ambil kembali apa yang kami telah turunkan kepada kau,

maka kau tidak akan mendapat sebarang pelindung untuk menentang kami.

87.     Ini adalah sebenarnya belas kasih dari Tuhan kamu. RahmatNya kepada kamu sangatlah

besar.

Matematika

Komposisi Quran.

88.     Katakanlah, "Jika kesemua manusia dan semuanya jin bersatu untuk menghasilkan Quran

serupa ini, mereka tidak akan dapat menghasilkan suatu apa apapun yang serupa dengannya,

walaupun berapa banyak pembantu yang dapat menolong satu sama lain."

89.     Kami telah berikan kepada manusia bermacam frasa-frasa dari Quran ini dengan berbagai contoh

contoh, tetapi kebanyakan manusia itu masih juga berkeras untuk mengingkarkan.

Para Rasul Sentiasa Di-Cabar.

90.     Mereka berkata, "Kami tidak akan percayakan kau melainkan jika kau boleh membuat

mata air pancut keluar dari tanah.

91.     "Ataupun jika kau mempunyai taman pokok pokok kurma dan buah buah anggur, dengan air

        sungai sungai mengalir melaluinya.

92.     "Ataupun jika kau boleh menyebabakan laknat yang besar turun dari langit, sebagaimana

yang kau telah mendakwa, jatuh keatas kami. Ataupun jika kau membawa Allah dan para

malaikat dihadapan mata mata kami.

93.     "Ataupun jika kau mempunyai rumah besar yang mewah, ataupun jika kau dapat memanjat

naik kelangit. Walaupun jika kau dapat memanjat, kami tidak akan percaya melainkan kau

bawakan buku yang kami boleh baca."* Katakanlah, "Segala kepujian bagi Tuhanku. Mestikah

aku lebih dari seorang rasul?"

 

Kerasulan:

Cubaan Yang Penting.

94.     Apa yang menghalang manusia dari mempercayainya apabila petunjuk datang kepada mereka,

ialah kerana perkataan mereka, "Adakah Allah menghantar manusia sebagai rasul?"

95.     Katakanlah, "Jika bumi ini menjadi tempat kediaman para malaikat, kami akan turunkan

mereka dari langit sebagai rasul malaikat."

Allah Saksiku.

96.     Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi diantara aku dan kamu. Sesungguhnya Dialah yang

Maha Perihatin terhadap penyembah penyembahNya lagi Maha Melihat."

97.     Sesiapa saja yang Allah bimbing telah benar benar terbimbing. Dan sesiapa saja yang

disesatkan, kamu tidak akan dapatkan untuk mereka sebarang tuhan tuhan dan tuan tuan

disampingNya. Kami akan kumpulkan mereka diHari Kebangkitan kelak dipaksakan;

buta, bisu dan pekak. Destini mereka adalah Neraka; apabila saja ianya menjadi sejuk,

kami akan tambahkan ianya dengan api.

Jauh Di-Dalam Fikiran Mereka.

98.     Demikian itu hukuman yang adil bagi mereka, apabila mereka mengingkari revelasi revelasi

        kami. Mereka berkata, "Setelah kami menjadi tulang tulang dan serpihan serpihan, dapatkah

        kami dibangkitkan semula sebagai ciptaan yang baru?"

99.     Adakah mereka tidak dapat melihat bahawasanya Allah yang menciptakan sekelian

cekrawala dan bumi, tentunya boleh menciptakan ciptaan ciptaan yang sama? Dia telah

tentukan jarak kehidupan mereka yang tidak boleh ditarik balik? Namun demikian, orang

orang yang ingkar itu berkeras juga dengan keingkaran.

100.   Umumkanlah, "Kalau seandainya kamu memiliki perbendaharaan dari belas kasih Tuhanku,

        tentu sekali kamu akan menahannya, takut mungkin kamu akan menghabiskannya. Sebenarnya

        manusia itu adalah kikir."

Musa Dan Fir'aun.

101.   Kami menyokong Musa dengan sembilan mukjizat mukjizat yang nyata - tanyakanlah kepada

 bani Israil. Apabila dia pergi kepada mereka, Fir'aun berkata kepadanya, "Aku fikir Musa yang

 engkau ini adalah ahli magik."

102.   Dia berkata, "Kau tahu dengan sebenarnya tidak ada seorang pun boleh jelaskan ini melainkan,

terang terangan, Tuhan kepada sekelian cekrawala dan bumi. Aku fikir yang engkau Fir'aun

        amatlah malang sekali."

103.   Apabila dia mengejar mereka, sambil dia menghalau mereka keluar dari negeri itu, kami

 tenggelamkan mereka, bersama sama orang orang yang mengikuti dia, kesemuanya mereka.

_________________________________________________________________________________

*17:93 Rasul Allah yang dijanjikan, Rashad Khalifa, telah dicabar, termasuk cabaran dengan

membawa kitab yang baru, ataupun turunkan kepulan kepulan dari langit. Ayat 3:81 menerangkan

tugas Rasul Allah yang dijanjikan, bukti yang mengkagumkan telah dijelaskan diAppendik 2 & 26.

__________________________________________________________________________________

104.   Dan kami berkata kepada bani Israil selepas itu, "Pergi tinggallah dinegeri ini. Apabila ramalan

 terakhir berlaku, kami akan kumpulkan kamu semua didalam satu kumpulan."

Quran Diturunkan

Dengan Peringkat Peringkat

Untuk Memudahkan Penghafazan.

105.   Dengan penuh kebenaran, kami menurunkannya, dan dengan kebenaran juga ianya turun.

 Kami tidak menghantarkan kepada kamu melainkan sebagai pembawa berita berita baik, dan

 juga sebagai amaran.

106.   Quran ini yang telah kami turunkan dengan berperingkat peringkat, supaya dapat kamu

         membacakannya kepada manusia dalam masa yang panjang, walaupun kami telah turunkan

         kesemuanya serentak.

107.   Umumkanlah, "Percayalah didalamnya, ataupun tidak percaya dengannya." Orang orang yang

 mempunyai pengetahuan dari kitab kitab yang terdahulu, apabila dibacakan kepada mereka,

 mereka tunduk dengan menahan dagu dagu mereka, lalu sujud.

108.   Mereka berkata,"Segala kepujian bagi Tuhan kami, ini telah memenuhi ramalan Tuhan kami."

109.   Mereka tunduk menahan dagu dagu mereka, sujud and menangis. Kerana ini semakin

 menambahkan penghormatan mereka.

110.   Katakanlah, "Panggillah Dia Allah, ataupun panggillah Dia Maha Pengasih; apa nama saja yang

        kamu sebutkan, kepunyaanNyalah segala nama nama yang terbaik."

Nada Suara Dalam

Mengerjakan Sembahyang (Salat).

        Kamu tidak semestinya melafazkan dengan kuat apabila kamu Mengerjakan Sembahyang

        (Salat), dan tidak juga dengan merahsiakan; gunakanlah nada suara yang sederhana.

111. Dan umumkanlah: "Segala kepujian hanya untuk Allah, yang tidak pernah mempunyai anak,

 dan tidak juga Dia mempunyai pasangan didalam kerajaanNya, dan tidak juga dia memerlukan

 sebarang pihak berikatan kerana kelemahan," dan sentiasa membesar besarkanNya. 


homeBack Home


 

info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 

 


 

Copyright © 1997-2003 Submission.org